akronim.docx

2
Khidmat Nasihat Soalan Jawapan Jenis Soalan Salam. Apakah bezanya singkatan dengan AKRONIM? Jika mengikut definisi AKRONIM merupakan kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Jadi, adakah AKRONIM IPG merupakan satu perkataan? Sekian, terima kasihh. Perbezaan antara akronim dengan singkatan ialah akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Tataba a Soalan saya, mengapa akronim FELDA, FELCRA dan MADA diterima sebagai akronim bahasa Melayu sedangkan perkataan tersebut merupakan gabungan perkataan bahasa Inggeris? soalan kedua, MADA merupakan akronim bagi Muda Agricultural Development Authority (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda). Bagaimana gabungan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini boleh diterima sebagai satu nama perbadanan dan sebagai akronim oleh DBP? Akronim wujud dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk makluman saudara, tidak ada badan yang berwenang dalam negara ini boleh memberikan pengiktirafan dalam penjenamaan sesebuah jabatan/agensi kerajaan. Namun dalam disiplin ilmu bahasa buku Tatabahasa Dewan menetapkan kaedah pembentukan akronim yang betul dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak mengambil contoh pembentukan akronim yang betul ambillah contoh ADUN, Perhilitan dan Bernama. Tataba a adakah penggunaan akronim dapat digunakan secara meluas dalam bahsa melayu?? adakah akronim yang kita guna hendaklah diketahui oleh umum?? Penggunaan akronim dalam bahasa Melayu tidaklah meluas dan kebanyakan bentuk yang ada pun hanya merujuk pertubuhan dan institusi contohnya seperti RISDA dan MARA. Antara kelebihan penggunaan akronim ialah untuk memudahkan orang ramai menyebut dan mengingati sesuatu institusi itu. Lain-l Apakah makna Akronim dalam Bahasa Melayu dan jenis-jenis Akronim serta contohnya? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. Makna Adakah RTM dan KBSR termasuk dalam kumpulan akronim? Jika tidak apakah istilah yang sesuai? Terima kasih. Akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama dan kedua-dua ccontoh yang diberikan termasuk dalam kumpulan akronim. Tataba a

Upload: lina-abu-bakar

Post on 15-Dec-2015

255 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKRONIM.docx

Khidmat Nasihat

Soalan JawapanJenis Soalan

Salam. Apakah bezanya singkatan dengan AKRONIM? Jika mengikut definisi AKRONIM merupakan kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Jadi, adakah AKRONIM IPG merupakan satu perkataan? Sekian, terima kasihh.

Perbezaan antara akronim dengan singkatan ialah akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar.

Tatabahasa

Soalan saya, mengapa akronim FELDA, FELCRA dan MADA diterima sebagai akronim bahasa Melayu sedangkan perkataan tersebut merupakan gabungan perkataan bahasa Inggeris? soalan kedua, MADA merupakan akronim bagi Muda Agricultural Development Authority (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda). Bagaimana gabungan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini boleh diterima sebagai satu nama perbadanan dan sebagai akronim oleh DBP?

Akronim wujud dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk makluman saudara, tidak ada badan yang berwenang dalam negara ini boleh memberikan pengiktirafan dalam penjenamaan sesebuah jabatan/agensi kerajaan. Namun dalam disiplin ilmu bahasa buku Tatabahasa Dewan menetapkan kaedah pembentukan akronim yang betul dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak mengambil contoh pembentukan akronim yang betul ambillah contoh ADUN, Perhilitan dan Bernama.

Tatabahasa

adakah penggunaan akronim dapat digunakan secara meluas dalam bahsa melayu?? adakah akronim yang kita guna hendaklah diketahui oleh umum??

Penggunaan akronim dalam bahasa Melayu tidaklah meluas dan kebanyakan bentuk yang ada pun hanya merujuk pertubuhan dan institusi contohnya seperti RISDA dan MARA. Antara kelebihan penggunaan akronim ialah untuk memudahkan orang ramai menyebut dan mengingati sesuatu institusi itu. 

Lain-lain

Apakah makna Akronim dalam Bahasa Melayu dan jenis-jenis Akronim serta contohnya?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. 

Makna

Adakah RTM dan KBSR termasuk dalam kumpulan akronim? Jika tidak apakah istilah yang sesuai? Terima kasih.

Akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama dan kedua-dua ccontoh yang diberikan termasuk dalam kumpulan akronim.

Tatabahasa

Apakah berbezaan antara akronim dan singkatan? adakah kedua duanya membawa maksud yang seerti atau kedua duanya mempunyai fungsi yang berlainan. melalui pembacaan, saya dapati maksud kedua dua akronim dan singkatan adalah hampir sama. harap pihak tuan dapat memberikan saya penerangan lanjut berkaitan hal ini. sekian terima kasih ana

Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna.

Tatabahasa

Page 2: AKRONIM.docx

Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain).

Apakah akronim yang tepat untuk "Rancangan Malaysia Ke-9", RMKe-9 atau RMKe9 atau RMK-9?

Jawapan yang betul ialah RMK-9. Harap maklum. Lain-lain

penulisan singkatan (akronim) bagi 'pengajaran dan pembelajaran' di tulis huruf kecil atau huruf besar? (P&P atau p&p).

Mengambil contoh R & R (Rehat dan Rawat), maka pengajaran dan pembelajaran dieja P & P (huruf besar)

Ejaan

Adakah RTM, KPM dan BPR termasuk dalam golongan akronim? Terima kasih

Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu:1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia)

Berdasarkan contoh yang diberikan, RTM, BPR dan KPM merupakan akronim.

Tatabahasa

Adakah RTM dikira akronim? Terima kasih Ya, RTM akronim bagi Radio Televisyen Malaysia. Lain-lain

12 3 4 5 6 Selepas >