akidah dan akhlak untuk ijazah 2012 (2)

Download Akidah dan akhlak untuk ijazah 2012 (2)

If you can't read please download the document

Upload: manusia60

Post on 24-May-2015

5.935 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • 1. Akidah pada bahasaBerasal dari kata akar aqada bererti:(hissi)- Simpul / ikatan tali- Ikatan kontrak jual beli- Perjanjian / ikatan perkahwinan- (maknawi)- Pegangan atau kepercayaan

2. Akidah pada istilahMenurut Ibnu Taimiah(meninggal 1263):Perkara yang dibenarkan oleh jiwahati menjadi tenang dengannya tanpakeraguanMenurut al Firuz Abadi (1329):Sesuatu yang diikat dan disimpul dalam hatiMenurut Imam al Ghazali (1058-1111) :Berpegang dan membenarkan didalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak 3. Akidah IslamAkidah Islam ialah ;Beriman dengan teguh terhadap Allah SWT.MalaikatKitabRasulHari kiamatQada dan QadarBerpegang dengan perkara ghaib juga termasuk dalam akidah Islam. 4. Ilmu Akidah Islam Ilmuakidah Islam adalah ilmu yang membahaskan tentang asas-asas akidah Islam iaitu tentang rukun-rukun imanAtau Ilmu yang membahaskan tentang ketuhanan, kenabian, perkara samiyat dan mumkinat 5. Nama-nama lain kepada IlmuAkidah IslamIalah Ilmu Tauhid, Ilmu Usuluddin , Ilmu Makrifah ,Ilmu Kalam dan Ilmu Fiqh al Akbar 6. Pengertian Akhlak Perkataan akhlak ( ) berasal dari kalimahbahasa Arab yang merupakan kata jamak dari katamufradnya khuluk ( .( Perkataan ini timbul daripecahan kata akarnya khalaqa ))dan masdarnyakhalqu ))yang bererti ciptaan . 7. Pengertian akhlak Secara etimologi ( bahasa)bererti :pekerti, perangai, tingkahlaku tabiat,syakhsiah, maruah dll.. 8. Menurut Ibnu Athir: Khuluq / akhlaq itu adalah bentuk kejadian manusia dari sudut batinsementara Khalqu pula ialah bentuk kejadian manusia dari sudut zahir ( fizikal ) 9. Secara terminology ( istilah ) Terdapat beberapa definisi yang di berikan oleh tokoh tokoh ilmu akhlak Islam.Ibnu Maskawaih:Mendefinisikan akhlak adalah suatu hal atau keadaan jiwa yang sifatnya mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan atau tindakan dengan senang dan mudah tanpa didahului oleh daya pemikiran, kerana sudah menjadi sifat atau kebiasaan. 10. Imam Al Ghazali Menurutnya akhlak adalah sesuatu hal atau keadaan yang telah tetap dalam jiwa yang melahirkan tindakan atau perbuatan ataupun perlakuan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran. 11. KesimpulanAkhlak adalah hal atau sifat dalam diri ( jiwa ) manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan yang baik atau buruk tanpa memerlukan pertimbangan akal fikiran atau dirancang. 12. Jadi perilaku yang disifatkan sebagai akhlak mengandungi tiga syarat : 1. Perilaku itu didorong oleh jiwa 2. Mudah dan senang dilakukan 3. Tidak memerlukan timbangan akalfikiran dan perancangan 13. Pengertian moral Dari segi etimologi, ia adalah perkataan Inggeris moral diambil dari bahasa Greek mores. Dari kata jamak mos, yang membawa maksud adat dan kebiasaan 14. Moral membicarakan persoalan praktikal tetapi bukan semua persoalan praktikal merupakan persoalan moralkerana moral membicarakan persoalan betul dan salah, benar atau tidak dan apakah yang perlu dibuat atau yang harus ditinggalkan terhadap sesuatu perkara dalam satu - satu keadaan 15. Pengertian EtikaPerkataan etika berasal daripada bahasa Inggeris ethic.Perkataan ethic pula diambil dari bahasa greek ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan 16. Etika terbahagi kepada dua :Normatik iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahatMataethic iaitu yang terbahagi kepada dua.Analitik iaitu yang berfungsi menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik dan jahat ,sementara critical yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa apa yang dianalisis. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan lagi etika 17. Persamaan Dan Perbezaan Diantara Akhlak, Moral Dan EtikaPersamaan diantara ketiga tiga pengertian akhlak, moral dan etika adalah ketiga tiga pengertian ini memfokuskan kepada membicarakan perkara yang sama iaitu aspek tingkah laku manusia. 18. Perbezaan diantara ketiga-tiga pengertianakhlak, moral dan etika:Perbezaan dari aspek pengertian , dimana akhlakmempunyai ciri ciri berikut iaitu: Aspek batin iaitu keadaan jiwa yang menjadipenggerak kepada pembentukan tingkah laku. Tingkah laku itu bukan dari tekanan atauemosi atau desakan desakan dari luar Perbuatan yang dilakukan itu itu berterusanhingga menjadi kebiasaan dan dan darahdaging kepada seseorang. 19. Sementara moral adalah tingkahlaku yang diamalkan atau dihayati oleh seseorang.Etika pula adalah merupakan undang-undang atau peraturan hidup manusia. 20. Moral dapatlah diertikan sebagai satu disiplin yang dapat memberitahu kita apakah system moral yang dihayati oleh satu-satu manusia tertentu,sementara etika pula mengkaji,menganalisa dan mengkritik sistem moral tersebut. Oleh itu, etika bersifat reflektif dan teoritikal sementara moral pula bersifat praktikal. Etika adalah penyelidik atau pengkaji sementara moral merupakan bahan yang diselidik atau 21. Ilmu Akhlak Islam`Ilmu Akhlak . iaitu sekumpulan dari kaedah-kaedah ( dasar) yang mengariskan kepada kita panduanperilaku yang baik dan terpuji serta cara-cara untukmendapatkan sifat akhlak terpuji dan membersihkandiri dari sifat yang terkeji. 22. Hubungan Diantara Akidah Dan AkhlakHubungan yang rapat diantara akhlak dan agama maka dengan sendirinya menunjukkan hubungan kuat juga diantara akhlak dan akidah dalam Islam .Hubungan ini dalam nisbah kepada akhlak dan akidah adalah sebagai asas dan teras kepada akhlak 23. Akhlak Islam adalah pancaran dari tenaga kekuatan akidahnya:Akidah Islam diperkukuhkan oleh akal , sentiasa tergambar dalam ingatan, hadir dan hidup dalam hati serta jiwa,Akidah akan memberikan tenaga kekuatan ,iradah atau kemahuan dan keazaman dalam jiwa untuk melakukan apa yang disukai dan diredai oleh Allah 24. Jelasnya akidah Islam adalah tenaga , kuasa penyedar dan penggerak kepada hati kecil atau rasa akhlaknya.Menjadikan manusia yang berakidah itu merasa takut kepada Allah diatas setiap tingkah lakunya. Merasakan dirinya diawasi oleh Allah dan akan diadili oleh Allah 25. fiman Allah dalam surah al Nahl , 60 Bagi orang-orang yang tidak beriman dengan Hari Akhirat mempunyai sifat- sifat yang buruk. 26. Kepentingan Ilmu AkidahIlmu Akidah amat penting kepada setiap orang muslim kerana:1. Ilmu akidah merupakan asas kepada ilmu-ilmu agama yang lain2. punca berlaku penyelewengan agama adalah kerana kurang memahami tentang asas akidah Islam serta penghujahannyaAkidah kunci utama kearah kejayaan, kesejahteraan dan peradaban 27. Kepentingan Akhlak Diantara kepentingan akhlak adalah:1. Akhlak merupakan keperluan manusia yang menjadi topik penting perbincangan dalam setiap bahagian cara hidup muslim 28. 2. Akhlak merupakan garis pemisah antara orang yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak . 3. Akhlak merupakan roh bagi Islam. Agama tanpa akhlak samalah seperti jasad tidak bernyawa. 4. Akhlak juga merupakan nilai yang dapat menjamin keselamatan manusia daripada api neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dalam neraka 29. 6. Akhlak merupakan ciri-ciri kelebihan diantaramanusia kerana akhlak lambang kesempurnaaniman, ketinggian takwa dan kealiman orang yangberakal.Maksud sabda Nabi : Orang yang sempurna imannya ialah meraka yang paling baik akhlaknya. 30. 7. Kekalnya sesuatu ummah kerana kukuh akhlaknya dan sebaliknya runtuh sesuatu ummah itu kerana lemah akhlaknya. 8. Ketiadaan akhlak yang baik pada diri seseorang atau masyarakat akan menyebabkan berlaku pelbagai krisis dalaman dan luaran seperti krisis nilai diri, keruntuhan rumahtangga, kemunduran , masalah sosial dan sebagainya yang boleh membawa kepada kehancuran sesebuah Negara. 31. Akhlak para sahabatDalam Islam, Sahabat Rasulullah S.A.W. (Arab );bermaksud mereka yang hidup semasa zaman baginda lalu mengenali dan menjadi rakan seperjuangan Nabi Muhammad s.a.w. semasa mengembangkan Islam. 32. Ibnu Hajar al-Asqalani asy-Syafii pernah berkata:"Ash-Shabi (sahabat) ialah orang yang bertemu dengan Rasulullah SAW, beriman kepada beliau dan meninggal dalam keadaan Islam"[1] 33. Kedudukan para sahabat sangat istimewa dan kehidupan mereka diredai olah Allah SWT dan rasul- Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud:Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga- syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (al-Taubah: 100) 34. Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik kurun adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya. (riwayat Bukhari dan Muslim). 35. Ibn Umar r.a. mengatakan, "Sesiapa yang mencari teladan, hendaklah meneladani generasi yang terdahulu, iaitu para sahabat Rasulullah SAW. Merekalah generasi terbaik umat ini, hati mereka lebih bersih, ilmu mereka lebih dalam, dan mereka sangat jauh dari sikap berlebihan. 36. Samb.sebagaimana firman Allah : terjemahan : Allah reda akan mereka dan mereka pun reda ( serta bersyukur ) akan nikmat pemberianNYa. Balasan yang demikian itu untuk orang orang yang takut ( melanggar perintah ) Tuhannya. ( surah al Bayyinah ayat 8 ) 37. tugasanBuat satu pembentangan mengenai :Keindahan Akhlak Para Sahabat Rasulullah Saw. 38. Perkembangan Ilmu AkidahIlmu Akidah melalui zaman-zamanberikut:1. Zaman Rasulullah2. Zaman Khulafak al Rasyidin3. Zaman Bani Umaiyyah4.Zaman Bani Abasiayah5. Zaman Sesudahnya 39. Akidah Zaman Rasulullah (622-632m)Kepercayaan kuat dan kukuhBersih daripada syirik dan khurafakTidak timbul perbahasan dan pertelingkahan pendapatKefahaman mendalam terhadap agama 40. Sebab tidak timbul pertelingkahan1. Faham dengan maksud ayat dan sebab penurunan2. Persoalan dikemukakan terus kepada Rasulullah3. Jawapan Rasulullah dapat memuaskan hati mereka 41. Akidah dizaman Khulafa al Rasyidin(632-691m)Akidah kukuh sebagaimana di zaman rasulPerselisehan timbul hanya masaalah cawangan sahajaBeriman mengikut zahir ayatMengelakkan diri dari mentakwilkan ayat musyabahah 42. Zaman Abu Bakar banyak ditumpukan kepadamemerangi orang murtad, engan membayar zakat dan kemunculan nabi palsuZaman Umar sibuk memperluaskan penyibaran dakwah Islam keseluruh semenanjung Arab 43. Zaman Uthman berlaku pergolakan politik mengakibatkan pembunuhan UthmanZaman Ali berlaku perpecahan umat Islam sehingga berlaku peperangan Siffin dan majlis TahkimUmat Islam berpecah kepada tiga golongan: Pengikut Ali. MuawiahKhawarij 44. Akidah dizaman Bani Umaiyyah(661-750m)Umat Islam mula membahaskan persoalan akidah dan hukum-hukumMempersoalkan qada dan qadar dan kebebasan kehendak manusiaHukum mukmin dan kafir kerana dosa besarLahir mazhab Khawarij, Qadariah Jabariah dan Murjiah 45. Akidah di Zaman Abasiah(750-1258)Umat Islam bertambah ramaiOrang bukan Arab memeluk Islam membawa bersama akidah yang salahKemasukan ilmu-ilmu falsafah Greek melalui penterjemahanGolongan Muktazilah menggunakan Ilmu falsafah Greek menjelaskan persoalan akidah Islam mereka dapat mempengaruhi khalifah seperti al Makmun, al MuktasimLahir tokoh-tokoh yang menegakkan akidah sebenar seperti Abu Hasan al Asyari dan Abu Mansor al Maturidi iaitu golongan ahlu Sunnah wal Jamaah 46. Akidah Zaman Sesudah Abasiyyah (1258m)Di zaman ini pengikut al Asyari telah jauh menceburkan diri dalam ilmu falsafah dan mantik.Mencampurkan semua ilmu Kalam sebagaimana yang di lakukan oleh al Baidawi di dalam kitabnya al Tawali dan Abdul Din al Laigi dalam kitabnya al Muwakif.Mazhab Al Asyari berkembang pesat ke serantau hingga tiada lagi mazhab yang menandingi selain daripada mazhab Hambaliah yang tetap bertahan dalam mazhab Salaf.Permulaan abad 8 hijrah lahir di Damsyik lahir seorang ulama besar bernama Taqiudin ibnu Taimiyah yang menentang arus berlebihan dalam mencampurkan falsafah dan tauhidIbnu Taimiyah membela mazhab salaf dan membantah pendirian pendirian golongan golongan al Asyari dan lain lain. 47. PERTUMBUHANDAN PENDAPAT MAZHAB - MAZHAB 48. Mazhab-mazhab AkidahBerkaitan dengan sifat Allah dan perbahasan berhubung dengan qada dan qadar telah menyebabkan muncul berbagai bagai mazhab dan fahaman serta berpegang dengan iktikad masing-masing iaitu:SyiahKhawarijQadariahJabariahMurjiahMuktazilahAhli al Sunnah wal Jamaah 49. Mazhab SyiahErti pada bahasa; pengikutErti pada istilah: pengikut saidina Ali atau kaum yang beriktikad bahawa saidina Ali adalah berhak menjadi khalifah mengganti nabi Muhammad 50. Pendapat SyiahPendapat Syiah terhadap imam. Khalifah Abu Bakar, Omar dan Uthman tidak sahNabi telah menunjuk kepada S. Ali sebagai pengganti selepas kewafatanSesiapa yang tidak menerimanya adalah kafirKhalifah adalah imam . pangkat tertinggi dalam Islam bahkan menjadi salah satu rukun imanKhalifah adalah maksum. Kedudukannya yang sama dengan nabi, tidak boleh dikritik 51. Beberapa pendapat Syiah yang lain1. Tauhid2. Adlu ( keadilan )3. Nubuwah4. Al Quran5. Kitab hadis6. Taqiah7. Hukum hukum Allah 52. TauhidSyiah percaya Allah itu ada, esa. Keyakinan ini tiada bezanya dengan muslim lain. Begitu juga dengan sifat sifat Tuhan yang lain 53. Adlu(keadilan)Berkeyakinan Allah Maha Adil. Tidak melakukan kezalimanAllah bersih dari sifat kecacatan dan kecelaan. Sesuatu dilakukan dengan hikmahnya.Semua perbuatan Allah ada tujuan dan hikmahnya. Semua yang dicipta oleh Allah adalah baik dan tiada yang tidak baik. Fahamannya sama dengan Muktazilah. 54. NubuwahKepercayaan terhadap nabi dan rasul tidak berbeza dengan fahaman muslim yang lain.Nabi diutuskan oleh Allah untuk membimbing manusia, memberi khabar gembira dan memberi khabar siksa atau ancaman.Jumlah nabi: 124,000 orang.Nabi Mhammad adalah nabi dan rasul terakhirNabi Muhammad suci dari segala keaiban. 55. Al quranUlama Syiah mengarang banyak kitab berkenaan penukaran atau penyelewengan al QuranTerdapat satu surah tambahan yang dinamakan Surah Wilayah. Surah ini menyebut kewalian Ali sebagai imam selepas Rasulullah.Syiah tidak menerima al Quran mashaf Uthmani 56. Kitab HadisGolongan Syiah tidak mengiktiraf kebanyakan hadis yang dipegang oleh ahli Sunnah (Sahih Muslim, Sahih Bukhari dsb)Mereka menerima hadis yang diriwayatkan oleh orang Syiah dan sesuai dengan fahaman merekaYang dinamakan kitab al Kafi 57. Taqiah Taqiah menurut ahli Sunnah berertimenyembunyikan kepercayaan seseorangdisebabkan takut kepada bencana ataukebinasaan dengan menzahirkanpersahabatan bersama musuh, pada halhatinya tetap dengan kebencian ,sementaramenunggu peluang keluar dari kesempitantersebut . Sebaliknya golongan Syiah menjadikanamalan taqiah ini sebagai satu prinsip asasyang wajib 58. Hukum hukum Allah Terdapat percanggahan dalam masaalah- masaalah hukum seperti membenarkan nikah mutaah dan nikah anak saudara lelaki atau perempuan dengan bapa atau emak saudaranya. 59. Pecahan pecahan mazhab syiahKumpulan Syiah sangat banyak ;Syiah KisariahSyiah ZaidiahSyiah ImamahSyiah GhulatSyiah Islamiah 60. Berikan ulasan 2 amalan Syiah yang bertentangan dengan Ahlu Sunnah wal Jamaah 61. Mazhab KhawarijGolongan berpendapat khalifah tidak boleh di tentukan kepada keturunan Saidina Ali sahaja tetapi di pilih dari seluruh umat Islamlahir selepas berlaku majlis Takim Asalnya adalah penyokong Saidina AliGolongan yang bertentangan dengan puak syiahTidak bersetuju dengan Majlis Takim di mana Saidina Ali terlucut sebagai Khalifah secara tipu helah sementara Muawiyah di lantik sebagai Khalifah 62. Membenci Saidina Ali kerana menganggap beliau lemah dalam menegakkan kebenaran juga membenci Muawiyah Semboyan mereka maksudnya tidak ada hukum kecuali hukum Allah Menghukumkan Saidina Ali dan Muawiyah serta penyokong penyokong meraka kafir Mukmin yang melakukan dosa dosa besar kafir 63. Mazhab Khawarij berpecah kepadabeberapa golongan: Golongan Azarikah Golongan Najdah Golongan Safariah Golongan Ajaridah Golongan Abadiah Golongan Saalibah 64. Pendapat pendapat Khawarij Wajib keluar daripada menyokong Saidina Ali danMuawiyah. Mereka mengutamakan soal ini dari yanglain Perkahwinan tidak dapat di sahkan sehinggalahkedua belah pihak keluar daripada menyokong Alidan Muawiyah Menghukumkan kafir kepada semua orang orangyang membuat dosa dosa besar Wajib menderhaka kepada iman kalau ianyamenyalahi sunnah Rasul Imam atau khalifah boleh di lantik walaupun bukandaripada suku Quraisy, melantik imam harus dansah kepada sesiapa saja dari umat islam 65. Golongan MurjiahMurjiah bererti orang orang yang menangguhkan atau memberi harapanSebab di namakan Murjiah kerana :1. Golongan ini sengaja melewatkan kerja dari niat dan qasad2. Puak ini sengaja menangguhkan hukuman ke atas orang orang yang melakukan dosa dosa besar hingga ke hari akhirat3. Puak ini memberi harapan syurga kepada orang orang yang beriman walaupun melakukan banyak maksiat 66. Asal usul MurjiahTerdapat sekumpulan umat Islam yang menjauhkan diridari pertikaian yang tidak mahu ikut meyalahkan oranglain, tidak terikut ikut menghukumkan kafir ataumenghukumkan Islam pada orang itu atau orang iniPendirian seperti ini juga dianuti oleh beberapa sahabatNabi seperti Abdullah bin Umar, Hasan bin Sabit,Abdullah bin Salam , Saad bin Abi Waqqas.Mereka tidak menyokong Ali dan Muawiyah. Bahkan sukamenjauhkan diri daripada politik, berdiam diri , danmenjauhkan diri daripada perselisihan 67. Pecahan golongan Murjiah Abi Diah pemimpinya Abidul beberapamazhab yang muncul di kalangan Murjiah dinamakan mengikut nama pemimpin Golongan Yunusiah pemimpinya Yunus alSamri, Golongan al Ghasaniah pemimpinnya Ghasanal Kufi, golongan Saubaniah pemimpinyaSauban Marji 68. QADARIAHSiapaakah golongan QadariahApakah perinsip utama QadariahSiapakah pengasas QadariahApakah kesan buruk pegangan akidah Qadariah kepada umat Islam 69. Mazhab QadariahSebuah mazhab yang muncul di Basrah. Berikutan perbincangan hebat orang Islam mengenai qada dan qadarNama mazhab ini diambil daripada perkataan qadar.Mereka mengatakan segala kerja manusia itu terjadi dengan kehendak dan kuasanya sendiri. Allah hanya menyediakan peruntukan kepadanya. 70. Pendapat - pendapat QadariahManusia itu bebas melakukan sesuatu menurut kehendaknya sendiri.Mereka seterusnya percaya bahawa Tuhan tidak menentukan apa apa takdir kepada manusia. 71. Pengasas mazhab ini bernama Mabad bin Khalid al Juhani dan Ghayalan ad -Dimasyqi.Di katakan bahawa orang yang pertama memperkatakan qadar ini adalah seorang Kristian yang memeluk Islam tetapi kemudiannya memeluk Kristian semula.dari fahamannya itulah diambil oleh Mabad dan Ghayalan 72. Mazhab JabariahMazhab ini muncul di Kufah pada zaman Umayyah.Diketuai oleh seorang yang berasal dari Kharasan bernama Jahmu bin SafwanNama Jabariah diambil daripada perkataan jabara yang bererti terpaksa 73. Pendapat Jabariah mengenai perbuatanmanusiaManusia itu digagahi dan dikuasai sepenuhnya oleh AllahManusia tidak mempunyai apa - apa usaha atau ikhtiar dalam melakukan perbuatannyaManusia diibaratkan seperti kapas diudara yang boleh ditiup 74. Syurga dan Neraka tidak kekal, kerana tidak ada sesuatu yang kekal selain Allah. Pada fahaman mereka maksud kekal dalam al Quran bererti lama sahaja.Al Quran itu baharu, bukan qadim. Ini kerana ia boleh ditutur dan ditulis oleh manusia.Allah tidak mempunyai sifat selain zatnya.Allah tidak boleh dilihat di akhirat kelak. 75. Mazhab MuktazillahMazhab yang berpegang kuat kepada dasar kebebasan berfikir dan cuba melepaskan umat Islam daripada belenggu taklid buta.Pengasasnya bernama Wasil bin Atta (80-180 hijrah)Pada mulanya dia berguru kepada Hassan al Basri (23-110 hijrah)Kemudian menyisihkan diri dan berpisah dari gurunya kerana tidak bersetuju dengan pendapat gurunya dalam masalah orang yang melakukan dosa besar. 76. Cerita Kelahiran MuktazilahKetika imam Hassan al Basri sedang mengajar dimasjid, seorang pendengar bertanyaapakah hukum orang yang melakukan dosa besar dan mati sebelum dia sempat bertaubat? Belum pun sempat guru itu memberi jawapan, Wasil berkata bahawa orang itu bukan mukmin dan bukan kafir, tetapi berada ditengah- tengah antara duanya. 77. Samb.Sedangkan gurunya berpendapat bahawa manusia itu ada 3 macam, mukmin, kafir dan munafik.Setelah berlaku perselisihan tersebut, Hassan al Basri menghalau muridnya itu sambil berkata, Wasil telah mengasingkan diri daripada kita(itazalna wasil) .Daripada perkataan itulah dia digelar sebagai Muktazilah 78. Fahaman MuktazillahMuktazilah mengemukakan beberapa pendapatnyaberhubung dengan perkata berikut:1. Sifat Allah2. Keadilan Allah3. Janji baik dan ancaman4. Dosa besar5. Qadar dan Perbuatan manusia6. Allah berbuat baik dan membuat yang lebih baik 79. Muktazilah : Allah wajib berbuat baikdan yang lebih baik() (Allah wajib membuat sesuatu yang baik dan yang lebih baikAllah wajib mengadakan segala keperluan makhluk,dan rezkinyaAllah wajib mengutuskan rasul 80. Muktazilah : Dosa BesarOrang Islam nyang mengerjakan dosa besar tidak mukmin dan tidak kafirMereka berada diantara dua keadaan ( ) Jika meninggal tanpa taubat akan kekal dalam Neraka, tetapi siksanya lebih ringan daripada orang kafir. 81. Huraian Pendapat Muktazilah: sifatAllahMuktazilah menafikan adanya sifat maani AllahAlasannya akan wujud berbilang qadim, dimana zat Allah itu qadim dan sifat qudrat Allah juga qadim. Begitu juga sifat maani yang lain. 82. Muktazilah : Keadilan AllahAllah bersifat adil, dimana manusia bebas atas segala perbuatanya . Mereka bertindak mengikut mngikut kehendak dan kekuasaan mereka sendiri.Allah tidak memaksa seseorang dalam perbuatannya kecuali apa yang dipilihnya sendiriWalaubagaimana pun Allah tidak menghendaki dan menyukai keburukanDengan demikian manusia sendiri lah sebenarnya yang mewujudkan perbuatan baik atau buruk seperti beriman, kufur dan sebagainya. 83. Muktazilah :Janji baik dan ancaman Janji baik dan ancaman ( ) ialah tindakan Allah terhadap orang berbuat baik dan berbuat jahat.Allah wajib membalas mukmin dengan balasan Syurga dan kafir dengan Neraka jika tidak tidak dikatakan adilKeadilan menghendaki orang yang berbuat baik diberi ganjaran baik dan orang yang bersalah diberi hukuman 84. Muktazilah : Qadar dan perbuatanmanusiaBahawa Allah bijaksana dan Adil , tidak mungkin Allah memghendaki manusia berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendaknya.Manusia sendiri yang mewujudkan perbuatan -perbuatan baik dan jahatAllah hanya menyediakan kuasa dan kehendak kepada manusia.Allah tidak ada campur tangan dalam perbuatan manusia. 85. Ahlu Sunnah Wal JamaahPegangan terbanyak orang-orang IslamPengasas Abu Hasan al Asyari (260- 324h) bertempat di Basrah dan Abu Mansur al Maturidi meninggal (333h) bertempat di SamarkhanGolongan yang menentang semua mazhab yang menyeleweng dan membawa umat Islam berpegang Al Quran dan Sunnah 86. Pendapat Ahlu Sunnah:Perbuatan manusiaBahawa Allah telah mencipta perbuatan hamba yang berbentuk usaha dan ikhtiar.Dengan itu mereka bebas mengunakan samada hendak membuat sesuatu atau tidak danmereka ditaklifkan mematuhi hukum-hukum yang diwajibkan keatasnya. 87. Samb.Pilihan perbuatan manusia adalah dari manusia sendiri: Maksudnya: Baginya ganjaran apa yang diusahakan dan kecelakaan pula atasnya apa yang diusahakan 88. Samb. Golongan al Asyari mentakrifkan usaha ( )ialah :a. Kuasa dengan perbuatanb. Kehendak manusia terhadap sesuatu perbuatan 89. Ahlu Sunnah: Sifat AlllahBahawa Allah bersifat dengan sifat- sifat kesempunaan yang layak baginya. Seperti berkuasa, berilmu dan sebagainyaDengan sifat berkuasa Ia mengadakan sesuatu mumkinat dan dengan sifat Iradah Ia menentukan apa yang harus ada pada mumkinat 90. Ahlu Sunnah: Dosa BesarOrang mukmin yang melakukan dosa besar itu belum gugur imannya,mereka masih dikira beriman.Mereka yang mati wajib disempurnakan seperti mukmin yang lainBalasan diakhirat mereka tidak kekal dalam Nereka. 91. Ahlu Sunnah: Janji baik dan ancamanHarus Allah membalas mukmin dengan Syurga dan kafir dengan NerakaAllah bersifat Maha Adil, Maha Pengampun dan Maha PemurahTidak memasukkan kafir dalam Neraka tidak menunjuk ketidakadilan Allah, bahkan Allah maha berkehendak dan Dia menghendaki keatas sesuatu. 92. Ahlu Sunnah: Melihat AllahMelihat Allah di akhirat kelak adalah harus Pada akal dan wajib pada syarak Terdapat nas yang menyatakan Allah dapat dilihatfirman Allah : surah al Qiamah ayat 22 93. Kelahiran Ilmu TauhidPara penyelidik berpendapat ada dua faktoryang menyebabkan Kelahiran danpertumbuhan Ilmu tauhidFaktor dalamanFaktor luaranFaktor dalaman bermaksud faktor tercetus daridorongan agama Islam sendiri 94. Faktor dalamanFaktor dalaman bermaksud faktor tercetus daridorongan agama Islam sendiriPeranan al QuranalQuran menerangkan iktikad yang salah dan menjelaskan kepalsuannya.Firman Allah, surah al Jathiah ayat 24 95. , maksudnya: Mereka itu (atheis) berkata hidup hanya didunia sahaja, disini kita hidup dan mati dan yang membinasakan kita hanya masa, padahal mereka tidak ada pengetahuan tentang itu, mereka hanya berdasarkan sangkaan sahaja 96. Allah menjelaskan keingkaran mereka mempercayai kebangkitan semulaAl Quran menolak dakwaan yang tidak mengaku ada TuhanUlamak mengikuti langkah al Quran, mereka buktikan kesalahan dan kepalsuan musuh Islam. 97. Al Quran mengajak manusia memahami persoalan tauhid, ketuhanan, perhubungan antara Tuhan dan makhluk. Sifat-sifat Allah dan sebagainya. 102- - Al Quran menetapkan sifat-sifat Allah yang tidak menyamaiNya samada pada zat, sifat dan perbuatan. - , 11Terdapat ayat-ayat muhkam dan mutasyabih.5 : 98. Peranan Hadith Nabi Kelahiran hadith-hadith palsu menyebabkan ulamakberusaha menolak hadith-hadith tersebut Terdapat golongan yang mengadakan hadith palsudengan mensifatkan Allah dengan keterlaluan Kelahiran berbagai kumpulan dan aliran umat Islamketika itu Kemasukan bukan Arab yang membawa masukkefahaman lama mereka kedalam akidah Islam. 99. 3. Perselisihan politik umat IslamPerebutan jawatan khalifah diantara Ali dan MuawiahBerlaku peperangan SiffinKeputusan majlis Tahkim menyebabkan s. Ali terlucut jawatan secara tipu helahKelahiran golongan KhawarijKhawarij menghukumkan mukmin berdosa besar sebagai kafir 100. Faktor LuaranLahir dari orang kafir Yahudi dan NasraniTimbul perbahasan dengan Yahudi dalam masalah zat Allah, dan sifat-sifatNya dan masalah tanzih dan tasybihPerbahasan diantara Islam dan kristian mengenai Kalam Allah, khlqu al Quran , zat Allah dan sifatnya serta perhubungan jauhar dan aradhPerbahasan dengan agama Majusi dalam masalah al syar ()dan al khair( ,)al solah wal aslah () (dan seumpamanya. 101. Agama Yahudi Pertentangan ketara antara Yahudi dan Islam: Yahudi menganggap mereka bangsa pilihan Mereka menafikan kerasulan Nabi Muhammad alQuran mengisahkan kedegilan Yahudi, mensifatkansebagai musuh ketat Islam. Yahudi menyerapkan maklumat falsu kedalam agama Islammelalui kerjasama penditanya Ramai Yahudi memeluk Islam secara nifak seperti IbnuSaba dan Ibnu Sura. Mereka menerapkan kepercayaan melampau sepertikekudusan Ali, tasybih dan tajsim Mereka menerapkan hadith hadit falsu dan kisah Israiliyatdalam ajaran Islam. 102. Agama KristianTimbul perbahasan mengenai masalah al- Ittihad dan al- hululPada zaman Rasulullah, orang Kristian tidak menyahut cabaran perdebatan dan mubahalah daripada al- Quran.Selepas perkembangan Islam, mereka mula menyusun kembali pendapat mereka dalam menghadapi agama Islam 103. golongan Mutazilah atau al Asyariyyah sama- sama mencari jalan menolak pendapat kristian al Quran telah memberikan garis panduan untuk menolak dakwaan kristian itu.Tokoh tokoh Asyariah yang terkenal dengan perdebatan dengan kristian ini ialah Ibn Hazm , Imam al Haramain al Juwaini, al Baqilani dan al Syahrastani.Hasil daripada perdebatan ini telah melahirkan Ilmu tauhid yang lengkap khususnya mengenai sifat sifat Allah. 104. Dr Subhi telah berpendapat bahawa banyak masalah yang timbul di dalam perbahasan Ilmu al- Kalam adalah berlaku dengan sebab perbincangannya dengan orang orang Kristian bahkan masalah yang terbesar di dalam Ilmu Kalam iaitu masalah al- Quran itu makhluk dan Kalam Allah adalah lahir dari perbahasannya dengan orang orang Kristian. 105. Faktor Agama FarsiPerselisihan yang berlaku antara Islam dan agama Farsi ialah dalam masalah Tauhid yang berpunca dari perbahasan akhlak, khususnya dalam pentafsiran asal kejadian al shar() 106. Faktor Falsafah Greek pengaruh falsafah Greek dan keilmuan danperkembangan pemikiran Islam begitu ketarasekali, khususnya dalam Ilmu Kalam. Kenyataan ini ternyata dalam beberapapandangan ahli mutakallimin mengenai persoalansifat Allah dan hubunganya dengan falsafahGreek. Contohnya Jahmu pernah berkata bahawa tidakboleh di ketahui sesuatu sebelum di jadikanNya :sekiranya di ketahuiNya kemudian menjadikansama ada akan kekal Ilmunya sebagaimana yangsedia ada ataupun tidak 107. Samb.Kalau kekal maka ia jahil, kerana ilmu akan menjadikan berlainan dengan ilmu yang telah di jadikan. Sekiranya tidak kekal maka akan berubah ilmuNya , sedangkan yang berubah adalah makhluk bukan kepada yang qadim. 108. Faktor Luaran Yang LainCabaran baru kepada umat dan ulama Islam.Cabaran ini bermula apabila ramai di kalangan orangasing yang memeluk agama Islam tetapi tidakmemahami benar benar ajaran Islam. Aqidah yanglama juga masih lagi mempengaruhi jiwa mereka. 109. ISU-ISU AKIDAH 110. BATAS-BATAS KUFURKufur pada bahasa: ingkarMenurut Abu Faris :kufur lawan kepada imandisebut kufur kerana perbuatan menyembunyikan dan menutup kebenaran 111. Samb.Kufur pada istilah:Keluar dan menyeleweng daripada landasan iman. 112. Samb.Kufur dan iman adalah dua perkara yang berlawananIman : membenarkan (tasdik) serta patuh dihati terhadap segala berita yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan amalan syarak yang masyhur.Kufur: menolak kebenaran Islam 113. Samb.Ibnu Qayyim dalam kitabnya Madarij al Salikin , kufur terbahagi dua:1Kufur Asghar2. Kufur Akbar 114. Samb.Kufur asghar adalah: Perbuatan yang tidak menyebabkan orang melakukanya terkeluar dari Islam atau menjadi murtad. Hanya dikira brdosa besar kerana melanggar hukum syarakBalasannya diazabkan dalam api neraka tetapi tidak kekal 115. Samb.Contoh: Rasulullah pernah bersabda, Sesiapa yang menyetubuhi perempuan yang sedang haid atau menyetubuhi perempuan melalui duburnya atau berjumpa dengan tukang nujum, kemudian mempercayainya , maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammmad (s.a.w.) 116. Kufur AkbarIalah perbuatan menyebabkan oang yang melakukanya murtad, terkeluar dari agama Islam dan masuk neraka kekal didalamnya. 117. 5 jenis kufur akbar:1. Kufur Takdhib : kufur dengan sebab mendustakan hukum syarak2. Kufur Istikbar wa Iba : kufur dengan sebab kesombongan dan kebencian terhadap hukum Islam 118. 3. Kufur Irad: kufur kerana enggan menerima kebenaran Islam atau berpalinh daripadanya.4. Kufur Syak : kufur kerana syak tentang kebenaran Islam atau meraguinya.5. Kufur Nifak: menyembunyikan kekufuran diri dengan mempamerkan tingkah laku seperti seorang yang beriman. 119. Perkara-perkara yang membatalkaniman1. Syirik (mempersekutukan) Allah dalam ibadahContoh: berdoa dan meminta pertolongan kepada orang-orang yang telah matiBernazar dan menyembelih kerana mereka 120. Samb.ii)Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan diantara dirinya dengan Tuhaniii) Tidak mengkafirkan orang-orang musyrikin atau membenarkan ideologi mereka.iv) Beriktikad undang-undang ciptaan manusia lebih sempurnav) Benci dengan syariah yang dibawa oleh Rasulullahvi) Mempersendakan sesuatu ajaran yang telah dibawa oleh Rasulullah 121. Samb.Vii)SihirViii) Membantu orang musyrikin menentang orang-orang Islam , firman Allah bermaksud: wahai orang-orang yang beriman , janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat.ix) Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah 122. SyirikTauhid lawan bagi syirikSyirik pada bahasa: menjadikan sesuatu sekutu dengan yang lainIbn Manzur: syirik ialah menjadikan Allah sekutu bagiNya dalam kerajaan Allah 123. Syirik dari sudut Istilah: ada dua pengertian yang berbezai) Syirik akbar: perbuatan menyekutukan Allah merupakan dosa paling besarIi) syirik asghar : melakukan suatu perbuatan bukan kerana Allah seperti riak,nifaq dan sebagainya 124. ringkasnyasyirik ialah satu bentuk keyakinan yang mengakui adanya sekutu bagi Allah (s.w.t.) dalam kekuasaan-Nya. Ia termasuk mempercayai, menyembah, meminta dan mengharapkan sesuatu selain Allah (s.w.t.). syirik boleh membawa kepada murtad dan kafir terhadap Allah (s.w.t.). 125. Samb.Menyamakan makhluk dengan sifat sifat uluhiyyah dan rububiyyah Allah bererti telah mensyirikkan AllahSekali pun dihati dan lidahnya melafazkan kata-kata iman kepada Allah 126. Maksud ayat 106 surah Yusuf: Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah) kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukan-Nya juga dengan yang lain.Dengan lain perkataan, betapa ramai orang yang mengakui dirinya beriman kepada Allah, namun dalam pada itu mereka tidak terlepas dan sunyi dari melakukan amalan syirik kepada Allah 127. Jelas bahawa syirik merupakan amalan yang boleh membatalkan iman dan Islam seseorang Muslim.Masih kedapatan umat Islam yang jahil tentang hal syirik ini sehingga tidak dapat membezakan antara amalan yang disyariatkan Islam dengan amalan yang berunsur syirik, tak kira sama ada ia dilakukan secara sedar mahupun secara tidak sedar. 128. Sebagai contohnya, kepercayaan bahawa pokok pulai yang mengeluarkan air pada waktu malam di Kampung Bukit Bidang, Selising, Pasir Puteh sebagai air keramat adalah syirik mengikut hukum Islam. 129. firman-Nya yang bermaksud: Katakanlah: Marilah supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan Tuhan kamu kepada kamu iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) berbuat baik kepada kedua ibu bapa.[1] [1] Surah al-Anam, ayat 151 130. Allah s.w.t. memberi amaran keras terhadap orang yang melakukan syirik kepada-Nya dengan tidak mengurniakan keampunan kepada nya.firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang terbesar. [1] [1] Surah al-Nisa, ayat 48da 131. Sabda Rasulullah yang bermaksud: Jauhilah dan hindarilah perkara-perkara yang membinasakan. Kemudian para sahabat bertanya: Apakah dia perkara-perkara itu, wahai Rasulullah!. Lantas baginda menjawab: (salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik kepada Allah .. . [1] [1] Hadis riwayat Bukhari dan Muslim 132. Jenis-jenis syirikSyirik dikategorikan kepada dua jenisiaitu syirik yang besar atau syirik yang nyata dan syirik yang kecil atau syirik yang tersembunyi 133. Syirik besarSyirik yang besar atau syirik yang nyata itu ialahmempercayai adanya sesuatu yang setara dansetanding dengan Allah yang ditujukan kepadanyadoa permohonan, yang diuntukkan kepadanya satu-satu upacara ibadat dan juga yang ditakuti balabencananya. 134. Syirik kecilSyirik yang kecil pula atau yang tersembunyi pulaialah kepercayaan, perkataan atau perbuatan yangmenyebabkan berlakunya syirik terhadap kekuasaanatau undang-undang peraturan Allah. 135. Amalan-amalan yang termasuk dalam syirik yang tersembunyi amat banyak, di antaranya:-Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan yang baik atau buruk.Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain daripada Allah. 136. sambMenumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada Allah.Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.Mengatakan: Kalaulah tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan si polan dan si polan, tentulah aku tidak akan berjaya . 137. Mengatakan: Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda atau sebagainya, tentulah rumahku dimasuki pencuri.Melakukan sesuatu ibadat atau daya usaha pengorbanan atau perjuangan bukan kerana menjunjung perintah Allah semata-mata tetapi juga untuk tujuan-tujuan yang lain. 138. sambRasulullah s.a.w. menambahkan lagi beberapa amalan yang termasuk dalam kategori syirik tersebut.Sabda baginda yang bermaksud: Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kepada kamu ialah syirik yang kecil. Sahabat-sahabat bertanya: Apakah dia itu syirik yang kecil, wahai Rasulullah!? Baginda menjawab: (Syirik yang kecil itu) ialah riya. Allah s.w.t. akan berfirman pada hari kiamat nanti apabila manusia datang dengan amal masing-masing: Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riya semasa di dunia dahulu (untuk menunjukkan kepada mereka) kemudian lihatlah adakah kamu akan perolehi sebarang balasan di sisi mereka. [1] [1] Hadis riwayat Ahmad 139. Selain itu, amalan tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih juga termasuk antara amalan yang berunsur syirik yang diharamkan Islam terutamanya yang mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda yang bernajis dan kotor. 140. sambSabda Rasulullah yang bermaksud: Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih (yang digunakan untuk menambat hati suami kepada isteri atau hati isteri kepada suami) adalah syirik. 141. sambPerlu ditegaskan di sini, tidak kesemua tawar jampi dilarang dan diharamkan Islam. Adapun yang menggunakan ayat-ayat al-Quran, menyebut nama-Nya dan sifat-sifat-Nya atau zikrullah, maka yang demikian itu tidak dilarang dan harus diamalkan sebagaimana yang diamalkan Rasulullah sendiri dalam hayat baginda. 142. PERSOALAN MURTAD (kufur)Murtad berasal daripada perkataan riddah daripada akar kata radda yang bermaksud kembali dan dinamakan sebagai murtad kerana dia kembali kepada kekufuran.Menurut Ibn Manzur, murtad itu ialah kembali kepada kufur setelah menerima Islam 143. Murtad dari sudut istilah pula ialah keluar daripada Islam kepada kekufuran atau kufur selepas Islam yang diikrarkan dengan lafaz dua kalimah syahadah serta patuh kepada hukum daripada kedua-duanya. Al-Qalyubi pula menyatakan murtad sebagai memutuskan pegangan terhadap Islam dengan niat atau dengan perkataan atau dengan perbuatan sama ada berupa persendaan, penghinaan atau kepercayaan. . 144. Hukum murtadAl-Quran dan al-Hadith telah menegaskan dengan jelas berkenaan dengan hukum murtad ke atas seseorang Muslim.Allah (s.w.t) berfirman maksudnya: Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama- lamanya 145. sambDalil daripada hadith yang menyabitkan hukum murtad ialah sabda Rasulullah (s.a.w.) yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang maksudnya: Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda: Sesiapa yang telah menukarkan agamanya maka hendaklah kamu bunuhnya. [1] [1] Hadis riwayat Bukhari 146. sambIslam menetapkan hukuman bunuh kepada sesiapa sahaja yang murtad atau keluar daripada agama Islam. Di dunia, dia akan dikenakan hukuman yang paling keras iaitu hukuman bunuh dan di akhirat pula, dia akan dihumbankan ke dalam api neraka buat selama-lamanya 147. Murtad boleh berlaku dengan berbagai cara sebagaimana berikut:-i) murtad melalui perbuatanii) murtad melalui percakapaniii) murtad melalui iktikadiv) murtad melalui keengganan dan penafian terhadap perintah Allah (s.w.t.) 148. i) Murtad Melalui PerbuatanMurtad melalui perbuatan apabila melakukan sesuatutindakan atau perbuatan yang dilarang syarak dengansengaja, mempersendakan hukum Allah, memandangringan atau mahu menentang hukum Islam.Sebagai contohnya, sengaja sujud kepada matahari, bulanatau lain-lain objek, sengaja melempar al-Quran, kitabhadith atau tulisan-tulisan yang berkaitan dengannya ketempat yang kotor atau hina, sengaja mempersenda ataumenentang ajaran al-Quran atau al-Hadith, mengamalkansihir dan seumpamanya. 149. ii) Murtad Melalui Percakapanmenjadi murtad melalui percakapan apabila dia mengaku dirinya kafir atau menafikan Allah (s.w.t.) sebagai Tuhan.Begitu juga jika dia mengaku ada tuhan yang lain daripada Allah (s.w.t.), menafikan salah satu sifat-sifat Allah (s.w.t.) seperti mendakwa Allah mempunyai anak, mendakwa dirinya menjadi nabi, membenarkan orang lain mendakwa dirinya menjadi nabi, menafikan kewujudan para nabi dan malaikat, menafikan al-Quran serta isi kandungannya dan lain-lain lagi. 150. iii) Murtad Melalui IktikadSeseorang Islam boleh murtad melaluikepercayaan yang menyeleweng daripada konsepakidah Islam yang sebenarseperti meyakini bahawa alam ini wujud secara semulajadi tanpa khaliq,menganggap Allah (s.w.t.) bersifat baharu, beriktikad berlakunya penyatuan zat antara khalik dengan makhluk, mempercayai roh Allah (s.w.t.) boleh menjelma dalam diri seseorang dan lain-lain lagi iktikad yang bermaksud satu penghinaan terhadap Allah (s.w.t.). 151. iv) Murtad Melalui Keengganan dan PenafianTerhadap Perintah AllahSeseorang itu boleh murtad melalui keengganannya daripada menunaikan perintah Allah (s.w.t.). Ijmak ulama memutuskan bahawa seseorang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kefarduannya dianggap murtad.Ini berdasarkan peristiwa yang berlaku di zaman Khalifah Abu Bakr al-Siddiq yang telah memerangi mereka yang telah ingkar tuntutan berzakat. 152. KEPERCAYAAN YANG KARUTTerdapat sebahagian umat Islam yang masih terpengaruh dan berpegang pada kepercayaan benda-benda ghaib seperti toyol, pelesit, hantu, bomoh dan sebagainya. Padahal, kepercayaan purba yang mengandungi unsur-unsur khurafat dan tahyul pada hakikatnya bukan sahaja bercanggah dengan akidah Islam, malah ia tidak dapat diterima realitinya oleh akal yang waras dan pertimbangan ilmu yang benar. 153. Perkara ghaibMenurut bahasa, istilah ghaib berasal daripada akar kata ghaaba-yaghiibu-ghaibanbermaksud sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasai oleh pancaindera manusia yang lima kerana ia terlalu jauh atau pancaindera manusia tidak berupaya menjangkauinya 154. . Manakala menurut istilah pula, perkara ghaib merujuk kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasai oleh pancaindera yang lima bagi seorang manusia biasa, tetapi diakui dan diyakini dengan jalan pemerhatian dan fikiran berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima oleh akal yang sempurna dan waras seperti wujud Allah dan sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat, hari akhirat, syurga, neraka dan lain-lainnya. 155. Definisi khurafatKamus Arab al mujam al wasit;Sebagi cerita-cerita lama yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dustaKamus dewan:Sebagai kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan dan kejadian alam yang berlaku 156. Kesimpulan;Khurafat sebagai bidah akidahIaitu apa saja kepercayaan terhadap sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w. 157. Hukum beramal dengan khurafatMengamalkan khurafat dan kepercayaan karut boleh merosakkan akidah dan hukumnya haramSabda nabi yang bermaksud:Setiap bidah itu sesat dan setiap sesat itu akan dimasukkan kedalam Neraka 158. Contoh-contoh khurafatPercaya kepada keramat seperti kubur, pokok kayu , batu hikmatyang konon dapat menyembuhkan penyakit.Memohon bantuan daripada jin seperti adat memuja pantai, adat merenjis tepung tawar, dan sebagainya 159. Ciri-ciri khurafatTidak berdasarkan kepada nas syarakCerita-cerita rekaan , dogeng, khayalanBersumberkan kepercayaan lamaMenggunakan objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainyaMempunyai unsur negatif dari segi akidahdan syariat Islam 160. Punca amalan khurafatKejahilan dan kekurangan ilmu agama tidak cukup pengetahuan agama dan tidak beramal dengan ilmu yang adaMelakukan sesuatu perkara mengikut nafsuMengamalkan taklid butaMenerima dakwaan tanpa buktimenerima sesuatu perkara tanpa merujuk kepada yang arif 161. Aliran Pemikiran AsingSekularismeLibralismeHedonismekomunisme 162. SekularismeFahaman sekularadalah merujuk kepada perkataan Latin iaitusaeculum yang bererti generasi atau zaman.ideologi mengatakan bahawa urusan dunia seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan agama. 163. Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agamaDengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama 164. Fahaman sekularisme ini menjadi ibu kepada puluhan isme yang lain.Secara tidak langsung fahaman ini menghasilkan penolakan terhadap hari akhirat dan manusia bebas melakukan apa sahaja.Urusan dunia tidak ada kaitan dengan agama dan menolak agama dalam kehidupan 165. Sifat-sifat SekularismePenafian terhadap hal-hal kerohanian . Lahirnya fahaman mengatakan politik tidak ada kaitan dengan agamaPenafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama. Hasilnya mereka memandang rendah terhadap ulamak, wali atau nabiMenafikan adanya nilai hidup yang tetap. Hasilnya mereka berpendapat tidak wujud nilai-nilai yang tetap dan sempurna 166. Islam menolak sekularSekularisme suatu konsep (ideologi) yang amat asing dan bertentangan dengan IslamIslam mencakupi segala aspek kegiatan manusia.Segala gerak laku Muslim sentiasa terikat dalam bidang hukum syariahSemua bidang aktiviti seorang Muslim dianggap sebagai ibadahSabda Rasulullah bermaksud: Dunia ini adalah kebun untk akhiratBeriman dan berbuat baik di muka bumi alah bertujuan mencari keredaan Allah 167. LiberalismeAliran pemikiran yang bertujuan untuk meningkatkan kebebasan yang diberi kepada individu.Pelopornya adalah Martin Luther (1483-1546 M)Beliau menyebar liberalisme agama dengan memberi hak secara mutlak dan kebebasan individu dalam mentafsirkan kitab suci berdasarkan akal merekaFahaman liberalisme ini juga telah meninggalkan kesan dan pengaruh yang besar kepada negara dan umat Islam yang telah dijajah oleh barat 168. Libralisme bertentangan denganIslamFahaman liberalisme boleh menyesatkan orang Islam Riwayat Abullah Ibn Amru Ibnu al-As berkata : Sayatelah mendengar Rasulullah SAW bersabda :sesungguhnya Allah tidak akan menarik balik ataumencabut ilmu pengetahuan daripada manusia begitusahaja tetapi Allah akan menarik balik dengan mematikanpara ulamak, sehingga apabila telah pupus ulamak ,masyarakat akan mengangkat pemimpin mereka daripadaorang jahil . Apabila pemimpin ini ditanya , merekamengeluarkan fatwa dan pendapat tanpa berlandaskanilmu pengetahuan, mereka adalah orang-orang yang sesatdan menyesatkan 169. dalam bidang ekonomi liberalisme mengharuskan segala amalan riba serta sebarang unsur yang berbentuk ribaContoh : bank-bank dan syarikat milik Rotchilds, Rockfellers dan Wardurg telah memberi sokongan penuh kepada aliran liberalisme serta mengeksploitasikan kegiatan ekonomi berunsur riba 170. Ideologi Islam Liberal yangmenyesatkanMenurut Jaringan Ialam Liberal , Islam Liberal bermaksud kebebasan individu dan pembebasan dari struktur sosial politik yang menindas.Fahaman ini cuba menyesuaikan Islam dengan realiti kehidupan modenPemikiran ini bertentangan dengan Islam kerana hakikatnya kehidupan dizaman moden ini seharusnya disesuaikan dengan prinsip akidah dan syariah Islam 171. Isu-isu Islam LiberalAspek akidahMengamalkan konsep pluralisme iaitu mengatakan semua agama adalah setarafMenjadikan akal sebagai wahyu, menurut mereka al- Quran adalah wahyu bertulis semata-mata. Manakala akal wahyu tidak bertulisMeragui ketulinan al-Quran. Mendakwa al-Quran telah diresapi dengan budaya Arab dan hanya sesuai untuk masyarakat arab sahaja. 172. Aspek SyariahMempersoalkan kaedah pentafsiran al-Quran dan hadis. Mendakwa syurga dan neraka tidak wujudMenggesa tafsiran baru konsep ibadah. Tafsiran mereka dengan alasan untk memajukan umat islamMempertikaikan akhlak nabi mendakwa sifat nubuwwah Rasul sebagai sifat manusia biasaMengkritik ilmu-ilmu Islam , seperti Ilmu Tafsir, Ilmu Usul al-Fiqh dan lain-lain hanya sebagai aliran pemikiran buatan manusia 173. Ideologi Liberalisme sebenar mengancam dan memurtadkan umat IslamUmat Islam hendaklah berwaspada penyebarannya terutama melalui internet, media cetak dan elektronik yang lain.