akaun simpanan dan pelaburan dalam sistem perbankan islam

Upload: ezry-fahmy

Post on 06-Jan-2016

90 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Akaun Simpanan Dan Pelaburan Dalam Sistem Perbankan Islam

TRANSCRIPT

  • AKAUN SIMPANAN DAN PELABURAN DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM

    Oleh: Ezry Fahmy Eddy Yusof

    Zaman menimpan duit di bawah bantal atau katil telah lama berlalu, rata-rata semua kita tidak

    mengira peringkat umur pasti mempunyai akaun di mana-mana bank, baik ianya akaun simpanan

    mahupun akaun pelaburan. Setiap kita yang membuka akaun di mana-mana bank pasti

    mempunyai sebab yang tersendiri, dan antaranya adalah sebab faktor-faktor keselamatan. Tetapi

    daripada perspektif sistem perbankan pula, mereka berlumba-lumba meningkatkan jumlah akaun

    simpanan dan pelaburan kerana dari situlah datangnya dana yang bakal digunakan oleh

    perbankan untuk menawarkan perkhidmatan mereka kepada individu dan organisasi yang

    memerlukan modal.

    Duit yang diletakkan di bawah jagaan sistem perbankan dikenali umum sebagai wang deposit.

    Deposit inilah yang menjadi dana untuk bank terus beroperasi dan berkembang. Kemampuan

    bank untuk menarik para pendeposit daripada individu dan organisasi perniagaan adalah kayu

    ukur penting dalam meraih kepercayaan awam.

    Sistem operasi bank konvensional meletakkan harga awal ke atas deposit yang diterima yang

    mana pelanggan mengetahui jumlah dividen yang akan diterima oleh mereka ke dalam akaun

    mereka.

    5.1 Akaun Simpanan dan Pelaburan di perbankan konvensional

    5.1.1 Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving Account)

    Dalam konteks perbankan, akaun simpanan ini dibuka oleh masyarakat umum yang menyimpan

    jumlah wang yang kecil. Kadar minimum dalam membuka akaun simpanan ini secara umumnya

    ialah RM100 sehingga RM250 bagi peringkat dewasa. Mereka dianggap penyimpan wang yang

    Akaun Simpanan Biasa

    (Ordinary Saving

    Account)

    Akaun Pelaburan

    Dengan Pulangan Tetap

    (Fixed Deposit

    Account)

    Akaun Semasa

    (Current Account)

    Jenis-jenis akaun

    (Konvensional)

  • stabil oleh bank. Dalam bank konvesional yang berasaskan sistem dividen, dividen itu ditetapkan

    di awal kontrak sebagai bayaran kepada pelanggan.

    Secara umumnya pula, baik akaun simpanan biasa di bank konvensional dan juga perbankan

    islam, akaun simpanan biasa ini boleh dibuka oleh:

    Individu Bawah umur (kanak-kanak) Perkongsian (dua pihak atau lebih) Persatuan, pertubuhan, dan institusi selain firma, organisasi dan pengusaha perniagaan

    lain-lain.

    Trustee

    Setiap jenis akaun memerlukan borang permohonan yang berlainan untuk memenuhi syarat-

    syarat sah undang-undang.

    Para pelanggan akan diberikan buku akaun dan juga kad ATM (Automated Teller Machine), para

    pelanggan juga boleh melihat transaksi keluar-masuk duit dengan mengemas kini buku akaun

    atau melalui internet-banking. Kad ATM pula diberikan kepada para pelanggan untuk

    menyenangkan pengeluaran duit melalui mesin-mesin ATM yang disediakan. Melalui kad ATM

    tersebut para pelanggan boleh:

    Mengeluarkan duit dalam simpanan bank di luar waktu operasi bank Para pelanggan tidak perlu mengambil cuti semata-mata untuk mengeluarkan duit di

    bank

    Tidak perlu mengeluarkan duit dengan banyak dalam satu masa, boleh mengeluarkan duit mengikut keperluan.

    Bagaimana perbankan konvensional mengira dan memberikan dividen kepada para

    pelanggan mereka?

    Dividen diberikan kepada para pelanggan/pendeposit dikira berdasarkan jumlah akhir (balance

    outstanding) dalam akaun simpanan pada hari akhir. Pada kasarnya, dividen itu diberikan oleh

    pihak bank dan dimasukkan ke dalam akaun para pendeposit pada akhir setiap 6 bulan, contoh

    pada 30 Jun dan 31 Disember. Ada juga yang memasukkan jumlah dividen ke dalam akaun para

    pendeposit pada setiap akhir bulan. Formulanya ialah seperti berikut:

    P = Jumlah deposit (Principle amount)

    T = Waktu atau jumlah hari deposit di bawah simpanan bank, Cth. 1 / 365. (Duration of

    investment)

    Dividen = Jumlah Wang Deposit(P) x Waktu (T) x Kadar faedah (DT)

  • DT = (Interest rate)

    Di Malaysia, penggunaan 365 hari walaupun tahun tersebut mempunyai 366 hari.

    Contoh pembayaran dividen oleh bank konvensional untuk kes di bawah adalah seperti berikut:

    Ah Leong mempunyai deposit berjumlah RM10,000 pada 1 Januari 2009 pada kadar faedah

    4.5% selama sebulan (Contoh: 1 Januari 2009 hingga 31 Januari 2009).

    Kesimpulannya, dividen yang diperolehi oleh Ah Leong di atas dengan jumlah deposit sebanyak

    RM10,000 selama sebulan pada kadar faedah sebanyak 4.5% ialah RM38.22.

    Dividen yang diberikan oleh perbankan konvensional dari perspektif Islam

    Apa jua nama baik ianya digelarkan sebagai dividen, faedah, bunga mahupun caj perkhidmatan,

    para pelanggan perlu mengetahui konsep yang diguna pakai bagi melihat apakah ianya halal atau

    sebaliknya. Dalam konteks akaun simpanan biasa oleh perbankan konvensional, akaun simpanan

    ini berkait rapat dengan beberapa isu riba yang mana dividen yang diperoleh itu tidak boleh

    digunakan atau dimanfaatkan oleh para pelanggan kerana ianya adalah daripada hasil riba. Riba

    yang melibatkan diri para pendeposit di dalam akaun simpanan bank konvensional berlaku dalam

    kes berikut:

    Para pendeposit dianggap meminjamkan bank konvensional melalui wang deposit yang disimpan di dalam akaun dengan mengenakan caj atau faedah ke atas pinjaman yang dilakukan ke atas bank.

    1. Ah Meng menyimpankan RM10,000 di dalam akaun simpanan. Pendeposit dianggap

    sebagai pemberi pinjaman dalam situasi ini, manakala bank sebagai peminjam, yang

    diperolehi daripada wang simpanan itu.

    Dividen = RM10,000 x 31 x 4.5

    365 x 100

    = RM 38.22

    Pihak bank

    (Peminjam)

    Pendeposit

    (Pemberi pinjaman)

    1. Mendeposit

    (Memberi pinjaman)

    RM10,000

    2. Membayar dividen

    RM 38.22 pada

    kadar faedah 4.5%

  • 2. Mendapat dividen daripada simpanan tersebut daripada pihak bank seperti yang

    termaktub dalam kontrak akaun simpanan. Berdasarkan kiraan dividen di dalam contoh

    sebelum ini, RM38.22 pada kadar faedah 4.5% dan deposit disimpan (dipinjamkan)

    selama sebulan.

    Pelanggan dianggap seolah-olah telah menawarkan pulangan tetap atas pinjaman (simpanan)

    yang diberikan oleh pelanggan kepada pihak bank. Bank dikehendaki membuat pembayaran

    tambahan (faedah) menurut kadar yang telah di tetapkan (dividen) walau dalam keadaan apa jua

    sekalipun.Lebihan atas pinjaman pihak bank ke atas wang deposit itu dianggap riba.

    Wang deposit dalam akaun simpanan yang dipinjam oleh pihak bank itu akan digunakan pula

    oleh pihak bank konvensional untuk tujuan pinjaman dan juga pelaburan. Sistem perbankan

    konvensional melakukan pinjaman kepada para pelanggannya berasaskan sistem riba yang mana

    pinjaman yang diberikan akan dikenakan kadar faedah ke atas jumlah pinjaman itu, manakala

    dalam pelaburan pula, pihak bank konvensional akan melaburkan wang deposit dalam akaun

    simpanan para pelanggannya kepada pelaburan-pelaburan yang tidak patuh Shariah (yang

    mungkin terlibat dalam kegiatan haram seperti judi, alkohol, dan sebagainya). Maka para

    pelanggan dikira terlibat sama dalam kegiatan sedemikian kerana daripada wang simpanan para

    pelangganlah pihak bank konvensional mendapatkan dana untuk mengenakan faedah atas

    pinjaman dan juga melabur di dalam aktiviti yang tidak patuh Shariah.

    Kesimpulannya, para pelanggan yang mempunyai akaun simpanan di dalam perbankan

    konvensional akan terlibat dalam dosa-dosa seperti berikut:

    1. Beri pinjaman kepada pihak bank untuk buat pinjaman dengan mengenakan riba ke atas bank

    melalui sistem dividen, ianya adalah jaminan keuntungan berbentuk tetap.

    2. Memberi peluang kepada bank menggunakan deposit untuk tujuan pinjaman yang dikenakan

    riba (kadar faedah)

    3. Memberi peluang kepada pihak bank untuk membuat pelaburan kepada industri atau sektor

    yang melibatkan aktiviti yang haram dan tidak patuh Shari'ah.

    5.1.2 Akaun Semasa (Current Account)

    Akaun semasa ialah akaun yang mana para pelanggan mendepositkan sejumlah wang ke dalam

    akaun dan mendapat kemudahan pembayaran dengan mengeluarkan cek. Jumlah minimum

    membuka akaun semasa adalah RM500 (bergantung kepada ketetapan pihak bank).

    Akaun semasa ini boleh dibuka oleh:

    Individu Sole proprietors Perkongsian (dua pihak atau lebih) Persatuan, pertubuhan, dan institusi

  • Trustee Syarikat Firma, organisasi dan pengusaha perniagaan lain-lain.

    Permohonan membuka akaun semasa lebih ketat berbanding akaun simpanan biasa. Antara yang

    diperlukan ialah kad pengenalan (atau passport jika perlu), manakala untuk syarikat,

    Memorandum dan Artikel syarikat (Memorandum and Article of Association) dan juga resolusi

    diperlukan, sebagai kebenaran untuk membuka akaun.

    Seorang yang dikenali oleh pihak bank yakni introducer atau referee juga selalunya diperlukan

    oleh pihak bank, kerana introducer atau referee dikenali oleh pihak bank kerana mereka

    mempunyai akaun semasa dengan bank yang sama. Hal ini untuk mengelak akaun dibuka oleh

    mereka yang tidak dikenali yang mungkin menggunakan akaun semasa tersebut untuk aktiviti

    yang tidak sah dan segala perkara yang tidak diingini.

    5.1.3 Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit Account)

    Akaun pelaburan dengan pulangan tetap atau dikenali juga sebagai conventional fixed deposit

    account ini adalah satu bentuk akaun pelaburan. Individu akan menyimpan wang deposit seperti

    mana akaun simpanan biasa, akan tetapi wang simpanan dalam akaun ini akan digunakan oleh

    pihak bank untuk melabur ke mana-mana syarikat yang kukuh bagi mendapatkan pulangan

    pelaburan yang baik dan juga memberikan pinjaman kepada syaraikat-syarikat untuk

    mendapatkan faedah atas pinjaman yang diberikan.

    Dan pelanggan atau pelabur akan mendapat pulangan yang bersifat tetap sebagai contoh 2.5%

    atas pelaburan atau wang simpanan yang digunakan oleh pihak bank untuk suatu tempoh

    tertentu. Ianya digelar tempoh matang seperti tempoh 11 bulan dan mendapat pulangan sebanyak

    2.5% daripada jumlah deposit yang diletakkan. Ini jelas lebih kurang sama seperti akaun

    simpanan biasa dan melibatkan riba apabila jumlah keuntungan yang diberikan itu bersifat tetap

    dan melibatkan kadar faedah yang telah ditetapkan pada awal kontrak.

    Muslim dan akaun perbankan konvensional

    Justeru, menjadi saranan untuk seorang muslim yang mempunyai akaun di perbankan

    konvensional untuk menutup akaun mereka bagi menngelakkan dari terlibat dalam dosa riba.

    Wang simpanan di dalam akaun konvensional itu hendaklah dikeluarkan dan hanya boleh

    diambil wang asal pemilik akaun, manakala sebarang tambahan hasil dividen itu tidak boleh

    dimanfaatkan oleh pemilik akaun. Apa yang boleh dilakukan dengan wang pemberian dividen

    oleh bank konvensional ialah disedekahkan. Pemilik akaun konvensional yang muslim

    dicadangkan membuka akaun simpanan atau akaun pelaburan di perbankan Islam untuk

    mengelak dari terlibat dalam dosa riba. Berikut dijelaskan dengan lebih terperinci akaun di

    perbankan islam.

  • 5.1 Akaun Simpanan dan Pelaburan di perbankan Islam

    5.1.1 Akaun Simpanan Wadiah (Wadiah Saving Account)

    Akaun simpanan wadiah ternyata sangat berbeza dengan akaun simpanan biasa yang digunakan

    oleh perbankan konvensional. Jika akaun simpanan biasa di perbankan konvensional banyak

    melibatkan riba, akaun simpanan wadiah ini melibatkan kontrak wadiah.

    Kontrak Wadiah

    Dari perkataan wadaa, wadiah difahami secara literal sebagai deposit, atas dasar kepercayaan, manakala secara teknikal pula bermaksud kontrak yang mana seseorang meninggalkan barangan

    berharga atas tujuan jagaan supaya ianya selamat.

    Ia adalah satu kontrak berdasarkan prinsip amanah, tiada libailiti melainkan wujud kecuaian atau

    salah laku oleh pihak penjaga. Jagaan berlaku atas dasar sukarela yang dilakukan oleh

    penyimpan barangan justeru tiada sebarang caj atau pulangan balik.

    Kontrak wadiah tidak disebutkan secara jelas di dalam al-Quran, tetapi wujud beberapa ayat di dalam al-Quran menceritakan tentang konsep ini.

    Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.[Surah al-Mukminun 23:8]

    Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya [Surah an-Nisa 4:58]

    Akaun Simpanan Biasa

    (Wadiah Saving

    Account)

    Akaun Pelaburan

    Umum

    (Fixed Deposit-

    Mudharabah General

    Investment Account)

    Akaun Semasa

    (Wadiah/Mudharabah

    Current Account)

    Jenis-jenis akaun

    (Perbankan Islam)

  • Dalil dari sudut as-Sunnah pula adalah seperti berikut:

    Dari Abu Hurairah ra berkata, Sampaikanlah amanah kepada yang berhak menerimanya, dan janganlah membalas khianat kepada yang telah mengkhianati kamu. [Hadith direkodkan oleh Imam Abu Daud]

    Menjadi kesepakatan para ulamak tentang kebenaran kontrak al-Wadiah ini. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pandangan apakah kontrak ini status hukumnya mubah

    atau hanya sekadar harus.

    Mazhab Hanafi: Mubah Mazhab Shafie & Hanbali: Mubah hanya jika pada mereka yang mempunyai

    kemampuan, haram kepada mereka yang tidak pasti dan tidak mampu menjaga wadiah secara selamat.

    Mazhab Maliki: Secara umumnya diharuskan. Boleh menjadi wajib sekiranya keperluan diperlukan bagi menjaga barangan tersebut. Haram sekiranya barangan tersebut adalah

    barangan yang diperolehi secara haram.

    Rukun kontrak Wadiah 1. Sighah (Ijab dan Qabul penawaran dan penerimaan) 2. Barang jagaan (Wadiah) 3. Pemilik barangan/wang (Muwadi') 4. Penjaga barang/wang (Mustawda')

    Jenis-jenis Wadiah

    Para ulamak membahagikan wadiah kepada dua kategori

    Wadiah Yad Amanah

    Wadiah Yad Dhamanah

    Jagaan berasaskan konsep amanah. Kontrak hasil kombinasi

    Jagaan perlu dipastikan tidak berlaku

    kerugian atau kerosakan, barang jagaan yang

    berlainan perlu diasingkan dan diberikan

    pengawasan yang maksimum.

    Tidak memerlukan pengasingan barangan

    selagi mana penjaga barangan boleh

    membezakan di antara aset di bawah

    jagaannya

    Sebarang syarat tambahan dibenarkan jika

    perlu, contoh jika melibatkan tempat jagaan

    dan penggunaan barangan

    Barang dibawah jagaan diberikan keizinan

    untuk kegunaan memandangkan jaminan

    diberikan oleh penjaga amanah dan

    bertanggung jawab atas sebarang kerugian

    Tiada liabiliti melainkan disebabkan daripada

    kecuaian dan kesilapan penjaga amanah

    Berhak atas keuntungan memandangkan

    pihak penjaga menggalas liabiliti atas

    sebarang kerugian yang berlaku

    Tida berhak atas sebarang keuntungan

    daripada barang jagaan yang diamanahkan

    Pihak penjaga amanah boleh memberi hibah

    (hadiah) atas keuntungan yang diperolehi

    sebagai tanda terima kasih dan membalas

    budi pemilik

    Kebenaran untuk sewaan,pajakan dan Perlu dipulangkan atas permintaan pemilik

  • digunakan barangan yang diamanahkan

    sekiranya mendapat kebenaran daripada

    pemilik asal.

    Perlu dipulangkan kepada pemilik sekiranya

    diminta (kos penjagaan dan penghantaran

    ditanggung oleh pemilik)

    Setiap kaedah pinjaman (Qardh) diaplikasi

    dalam konsep Wadi'ah Yad Dhamanah ini

    Sebarang manfaat daripada barangan adalah

    hak pemilik barangan.

    Tidak dibenarkan perjanjian sebarang manfaat

    di awal kontrak memandangkan ianya boleh

    jatuh ke dalam kategori riba (setiap manfaat

    yang diperoleh daripada pinjaman adalah

    riba)

    Daripada penerangan konsep Wadiah di atas, jelas di sini bahawa perbankan Islam melalui akaun simpanan biasanya menggunakan konsep Wadiah Yad Dhamanah. Sebab itu perbankan Islam menawarkan produk dan perkhidmatan akaun simpanan yang dinamakan Akaun Simpanan

    Wadiah.

    Dalam akaun simpanan wadiah, pihak bank menerima deposit daripada para pelanggan yang inginkan jagaan yang dijamin. Pihak bank menjadi penjamin atau penjaga wang yang dideposit

    dan menjamin wang dikembalikan setiap kali para pelanggan inginkan. Wang yang diseposit itu

    mengikut kontrak Wadiah Yad Dhamanah, mendapatkan keizinan daripada pemilik wang untuk digunakan semasa dalam jagaan pihak bank untuk digunakan, dengan menggunakannya untuk

    pembiayaan para pelanggan bank yang lain atau dilaburkan ke dalam pelaburan yang menepati

    Shariah. Justeru pihak pelanggan tidak berhak menuntut sebarang pulangan atas manfaat yang diperolehi oleh pihak bank daripada wang deposit tersebut. Walau bagaimanapun, pihak bank

    berhak memberi hibah (hadiah) atas keuntungan yang diperolehi sebagai tanda terima kasih dan

    membalas budi pemilik atau pendeposit.

    Selain perbezaan kontrak dan operasi, perkara lain seperti prosedur membuka akaun simpanan

    Wadiah adalah sama dengan akaun perbankan konvensional seperti mereka yang layak membuka akaun simpanan ialah

    Individu Bawah umur (kanak-kanak) Perkongsian (dua pihak atau lebih) Persatuan, pertubuhan, dan institusi selain firma, organisasi dan pengusaha perniagaan

    lain-lain.

    Trustee

    Setiap jenis akaun memerlukan borang permohonan yang berlainan untuk memenuhi syarat-

    syarat sah undang-undang.

    5.1.2 Akaun Semasa (Wadiah/Mudharabah Current Account)

    Dalam sistem operasi perbankan, akaun semasa ialah akaun yang mana para pelanggan

    mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun dan mendapat kemudahan pembayaran dengan

  • mengeluarkan cek. Secara teori ianya difahami sama dengan perbankan konvensional, walau

    bagaimanapun, kontrak yang digunakan ialah berbeza. Sama seperti kontrak akaun simpanan

    Wadiah, akaun semasa juga menggunakan kontrak Wadiah yang boleh dibuka dengan jumlah minimum RM500. Selain itu, akaun semasa juga terdapat dalam kontrak Mudharabah, akaun

    semasa Mudharabah ini boleh dibuka dengan jumlah minimum RM5,000 (bergantung kepada

    ketetapan pihak bank).

    Akaun semasa ini boleh dibuka oleh:

    Individu Sole proprietors Perkongsian (dua pihak atau lebih) Persatuan, pertubuhan, dan institusi Trustee Syarikat Firma, organisasi dan pengusaha perniagaan lain-lain.

    Konsep Wadiah dalam akaun semasa adalah sama seperti yang telah dijelaskan di dalam akaun simpanan biasa. Tetapi konsep Mudharabah adalah satu konsep pelaburan dalam Islam.

    Mudharabah bermaksud suatu perjanjian antara pemodal (Rabbul Mal) yang memberi 100%

    modal untuk perniagaan dengan usahawan (Mudharib) yakni pihak yang menguruskan

    perniagaan atau pelaburan dengan menggunakan kepakarannya. Di bawah kontrak ini,

    keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan antara mereka mengikut nisbah yang dipersetujui

    sebelumnya atau di awal kontrak (seperti Rabbul Mal 30% dan Mudharib 70%) , sementara

    sebarang kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh pemodal. Dalam menggunakan konsep ini

    di dalam akaun semasa Mudharabah, pihak pelanggan atau pendeposit ialah Rabbul Mal,

    manakala pihak bank sebagai Mudharib. Konsep Mudharabah ini akan diterangkan lebih lanjut

    dari sudut Shariah di dalam subtopik berikut dalam akaun pelaburan.

    5.1.3 Akaun Pelaburan Umum (Fixed Deposit- Mudharabah General Investment Account)

    Akaun pelaburan ini ialah suatu bentuk akaun deposit yang mana sejumlah wang diletakkan di

    dalam tempoh yang dipersetujui dan ditetapkan bagi mendapatkan pulangan hasil daripada

    pelaburan yang dibuat. Tempoh tetap yang dibuat mungkin 1,2,3 hinggakan 60 bulan tempohnya.

    Jumlah minimum untuk 1 bulan ialah RM5000, untuk 2 bulan dan seterusnya jumlah minimum

    ialah RM500. Jika di dalam perbankan konvensional, kadar faedah yakni keuntungan telah

    ditetapkan lebih awal.

    Tetapi dalam perbankan Islam, kaedah asas akaun pelaburan ini adalah sama dari segi tempoh

    matang dan operasi, tetapi tiada perjanjian awal bagi keuntungan tetap kerana ianya

    berlandaskan konsep Mudharabah, ianya lebih dikenali sebagai Mudharabah General Investment

    Account (MGIA). Adapun dividen MGIA yang dipamerkan di premis-premis bank adalah

    berdasarkan kadar keuntungan pelaburan terdahulu (historical rates),atau juga difahami

    sebagai kadar pulangan rata berdasarkan prestasi lepas (indicative rates), dan ianya

  • digunakan sebagai kayu ukur dan bukan keuntungan tetap seperti yang dijanjikan perbankan

    konvensional memandangkan ianya menggunakan konsep Mudharabah.

    Kontrak Mudharabah

    Definisi mudharabah

    Mudharabah berasal dari kata dharb yang bererti memukul atau berjalan. Yang dimaksud adalah proses seseorang memukulkan kakinya dalam menjalankan usaha. Definisi yang lebih

    jelas seperti:

    Seorang memberi seorang yang lain satu jumlah modal untuk diusahakan dengannya, lalu disepakati oleh kedua-duanya satu juzuk (nisbah) yang tertentu daripada keuntungan, sama ada

    1/3, 1/4, 1/2, (daripada keuntungan) dan ia dinamakan sebagai Mudharabah (oleh mazhab Hanafi

    dan Hanbali) dan Qirad (oleh mazhab Maliki dan Syafie) [Bidayatul Mujtahid, 2/236]

    Dalil-dalil Mudharabah

    Ayat-ayat al-Quran berikut menerangkan keharusan kerja pada harta melalui kontrak Mudharabah:

    ..dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian kurnia Allah.. [Surah al-Muzammil 73:20]

    Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah

    kurnia Allah [Surah al-Jumuah 62:10]

    Tidak menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji.. [Surah al-Baqarah 2:198]

    Dalil dari sudut as-Sunnah pula adalah seperti berikut:

    Saidina Abbas bin Abdul Mutalib apabila menyerahkan harta sebagai Mudharabah mensyaratkan kepada kawannya (pekerja) supaya jangan mengambil hartanya

    menyeberang laut, menuruni lembah dan memberli binatang yang hidup. Jika dia

    melalukan juga demikian hendaklah dia menanggung ganti rugi.Syarat yang diletakkan

    oleh al-Abbas ini, telah sampai kepada pengetahuan Rasulullah Sallallhualahi Wa Sallam dan baginda meluluskannya [Direkodkan oleh al-Tabarani dalam al-Ausat, daripada Ibn Abbas, lihat Majma al-Zawaid, jilid 4 hlm.161]

    Direkodkan bahawa sekumpulan para sahabat bahawa mereka menyerahkan harta anak yatim untuk Mudharabah. Para sahabat yang dimaksudkan ialah Umar, Uthman, Ali, Ibn

    Masud, Ibn Umar dan Aisyah radhiallahuanhum. [ Nasb al-Rayah,jld. 4 hlm.113]

    Ijmak ulamak berdasarkan keharusannya dan para ulamak qiyaskan Mudharabah dengan kontrak Musaqah (kontrak menjaga tanaman) yang diperlukan manusia [Bidayatul

    Mujtahid jld.2 hlm.136 dan Mughni al-Muhtaj jld.2 hlm.309]

  • Rukun dan syarat Mudharabah

    1. Singah (Ijab dan Qabul) Sebagaimana syarat jual-beli, seperti jelas,difahami dan lain-lain.

    2. Pemilik Modal (Rabbul Mal) Cukup syarat seperti syarat jual beli (cukup umur dan lain-lain)

    3. Pengusaha (Mudharib) - Cukup syarat seperti syarat jual beli (cukup umur dan lain-lain)

    4. Modal (Raksul Mal) Wang,emas atau perak, aset juga dibolehkan asalkan diketahui jumlak spesifiknya. Jika ianya aset hendaklah diketahui nilainya. Diserahkan kepada

    Mudharib.

    5. Untung dan rugi Ditentukan nisbahnya (contoh 80:20) pada awal kontrak dan disepakati. Untung tidak dijamin oleh pengusaha. Jika berlaku kerugian maka

    ditanggung oleh pemodal, masa dan tenaga adalah bentuk kerugian pengusaha. Tetapi

    jika kerugian akibat kecuaian, maka pengusaha menanggung kerugian tersebut.

    6. Perniagaan dan kerja Menurut pendapat majority, Mudharabah tidak terhad kepada perniagaan jual beli sahaja, boleh juga pelaburan atas pelaburan (two-tier

    Mudharabah).

    Pengiraan dividen untuk akaun MGIA

    Contoh: Encik Ahmad mendepositkan wang sejumlah RM10,000 dalam masa 3 bulan dalam

    akaun pelabran MGIA sejak 20/1/2009 hinggalah 20/4/2009, dengan kadar pelaburan terdahulu

    (historical rate) seperti berikut,

    Tempoh

    Kadar Pelaburan Terdahulu

    (Historical Rate)

    16/1/2009 15/2/2009 3.20%

    16/2/2009 15/3/2009 3.25%

    16/3/2009 15/4/2009 3.17%

    16/4/2009 20/4/2009 3.12%

    Daripada kadar pelaburan yang dijadikan kayu ukur, dividen adalah melalui kiraan harian terakru

    berdasarkan kadar yang diberikan seperti berikut:

    Tempoh Kiraan Dividen

    Dividen

    20/1/2009 15/2/2009 27/365 x 3.2% x 10,000 RM 23.67

    16/2/2009 15/3/2009 28/365 x 3.2% x 10,000 RM 24.93

    16/3/2009 15/4/2009 31/365 x 3.17% x 10,000 RM 26.92

    16/4/2009 20/4/2009 05/365 x 3.12% x 10,000 RM 4.27

    Jumlah dividen yang diperolehi

    RM 79.79

  • Dalam kes MGIA, pengeluaran sebelum tempoh matang tertakluk kepada beberapa syarat

    berikut:

    Kurang dari sebulan Tiada dividen diberikan 1 bulan hingga bulan ke 3 Dividen dikira berdasarkan bulan yang lengkap 3 bulan dan seterusnya 75% daripada jumlah dividen terakru