akaun-i labbaik ( ) - bank islam malaysia · pdf filejadual caruman untuk perlindungan takaful...

6

Upload: trananh

Post on 06-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akaun-i Labbaik ( ) - Bank Islam Malaysia · PDF fileJADUAL CARUMAN UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL (Jadual 3) Umur (thn) Pakej A (RM) Pakej B (RM) ... Soalan-Soalan Lazim 1. Siapa yang
Page 2: Akaun-i Labbaik ( ) - Bank Islam Malaysia · PDF fileJADUAL CARUMAN UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL (Jadual 3) Umur (thn) Pakej A (RM) Pakej B (RM) ... Soalan-Soalan Lazim 1. Siapa yang

Akaun-i Labbaik ( ) merupakan Akaun Simpanan Mudharabah yang memberikan kemudahan pelan Perlindungan Takaful. Pelan simpanan ini membolehkan anda mengerjakan fardhu Haji1 apabila sampai tempoh matang atau Badal Haji jika berlaku kematian atau Keilatan Menyeluruh dan Kekal (KMK).

Pelan simpanan ini bersandarkan kepada kontrak Mudharabah, di mana konsep perkongsian untung diutamakan. Anda akan mendapat keuntungan daripada pelaburan mengikut nisbah yang telah dipersetujui.

PANGGILAN KE TANAH SUCIMerupakan rukun Islam ke-5, di mana semua umat Islam dijemput untuk mengunjungi Baitullah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Akaun-i Labbaik ( ) memberi anda peluang untuk menyahut seruan Allah SWT dengan simpanan bulanan yang minima.

PENGENALAN KEPADA AKAUN-i LABBAIK ( )

Pelan produkAkaun-i Labbaik ( ) merupakan pelan 2 dalam 1 yang membolehkan anda menyimpan serta dilindungi sekiranya berlaku kematian atau KMK2. Bagi menikmati manfaat di bawah pelan ini, anda hanya perlu mendeposit simpanan bulanan minimum ke dalam Akaun-i Labbaik ( ) dan bayaran sekali untuk Perlindungan Takaful.

Tempoh Perlindungan yang FleksibelAkaun-i Labbaik ( ) memberikan anda kelebihan fleksibel dalam merancang keperluan kewangan anda. Anda boleh memilih pelan yang sesuai dengan keperluan anda daripada minimum 5 tahun atau sehingga maksimum 15 tahun seperti di dalam Jadual 1.

JADUAL SIMPANAN BULANAN AKAUN-i LABBAIK ( ) (JADUAL 1)

PAKEJ ARM30,000

PAKEJ BRM40,000

PAKEJ CRM50,000

5 thn 10 thn 15 thn 5 thn 10 thn 15 thn 5 thn 10 thn 15 thn

RM534

RM284

RM210

RM700

RM367

RM256

RM867

RM450

RM312

Nota : Jumlah simpanan bulanan adalah berdasarkan kepada harga semasapakej Haji dan tertakluk kepada perubahan semasa [akan diumumkan oleh

pihak TH Travel & Services (THTS)]Manfaata. Keuntungan (jika ada) daripada pelaburan Mudharabah;b. Badal Haji akan diatur bagi pihak anda jika berlaku kematian atau KMK;c. Pakej Umrah untuk dimenangi3 (lebih lama dan konsisten anda menyimpan,

lebih tinggi peluang untuk mengerjakan Umrah. Tertakluk kepada terma dan syarat);

d. Sebagai pelanggan Bank Islam, anda akan menikmati keistimewaan eksklusif bersama Tabung Haji Travel Services (THTS), satu badan yang terkenal & mempunyai reputasi yang baik dalam pengurusan Haji & Umrah selama 40 tahun.

1Tertakluk kepada kuota yang diperuntukkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi tahun tersebut serta keutamaan kepada pendeposit Tabung Haji yang telah mendaftar Haji terlebih dahulu.

2untuk umur 65 tahun ke bawah dan tertakluk kepada tempoh pelan.

3semua pakej Umrah disediakan oleh bank.

Page 3: Akaun-i Labbaik ( ) - Bank Islam Malaysia · PDF fileJADUAL CARUMAN UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL (Jadual 3) Umur (thn) Pakej A (RM) Pakej B (RM) ... Soalan-Soalan Lazim 1. Siapa yang

NIKMATI MANFAAT PERLINDUNGAN TAKAFULDi bawah pelan simpanan ini, anda akan menikmati Perlindungan Takaful jika berlaku kematian atau KMK seperti pada Jadual 2.

JADUAL JUMLAH PERLINDUNGAN (Jadual 2)

PakejJumlah

Perlindungan4 Badal HajiPerbelanjaanPengebumian

A RM30,000 RM3,000 RM1,000

B RM40,000 RM3,000 RM1,000

C RM50,000 RM3,000 RM1,000

4Jumlah yang dilindungi akan berkurangansepanjang tempoh perlindungan.

JADUAL CARUMAN UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL (Jadual 3)

Umur (thn)

PakejA (RM)

PakejB (RM)

PakejC (RM)

5 thn 10 thn 15 thn 5 thn 10 thn 15 thn 5 thn 10 thn 15 thn

18-30 150 260 385 195 330 485 235 400 590

31-35 170 330 535 220 420 680 265 510 820

36-40 260 540 895 335 685 1130 405 830 1360

41-45 460 940 1525 590 1190 1925 720 1445 2325

46-50 790 1570 2465 1005 1995 3115 1225 2415 3765

51-55 1280 2455 3780 1635 3120 4785 1990 3780 5790

56-60 1895 3635 N/A 2420 4615 N/A 2945 5595 N/A

Nota : Kos perlindungan Takaful adalah berdasarkan umurpenyertaan penyumbang, tempoh dan pakej pelan.

Sila rujuk Helaian Keterangan Produk (HKP) Takaful myGroup Badal Haji untuk ‘Jadual Jumlah Perlindungan Berkurangan’

Page 4: Akaun-i Labbaik ( ) - Bank Islam Malaysia · PDF fileJADUAL CARUMAN UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL (Jadual 3) Umur (thn) Pakej A (RM) Pakej B (RM) ... Soalan-Soalan Lazim 1. Siapa yang

Soalan-Soalan Lazim

1. Siapa yang layak untuk membuka akaun ini?Semua pelanggan Islam Bank Islam yang berumur diantara 18 tahun dan 60 tahun adalah layak untuk membuka akaun ini.

2. Bilakah perlindungan saya bermula?Setelah anda membayar jumlah seperti Jadual 1 dan Jadual 3 dan setelah kami menerima dan meluluskan deklarasi kesihatan anda, perlindungan anda akan bermula.

3. Berapakah yang perlu saya bayar untuk permulaan dan seterusnya?Di bawah pelan ini, anda perlu mendeposit simpanan bulanan minima ke dalam Akaun-i Labbaik ( ) dan bayaran sekali bagi perlindungan Takaful.

Pembukaan akaun

Bulan ke-2 Bulan ke-3Bulan ke-4dan ke atas

Simpanan RM534 RM534 RM534 RM534

Sumbangan Takaful RM150 - - -

Kad Debit (Pilihan) RM20 - - -

Jumlah RM704 RM534 RM534 RM534

Andaian : Umur 25 tahun, Pakej A, 5 tahun.

4. Bagaimanakah cara pembayaran dibuat?Bayaran permulaan boleh dibuat melalui :a. tunai di kaunter;b. debit daripada akaun semasa/simpanan anda di Bank Islam.

Simpanan berikutnya boleh dibuat melalui :a. tunai di kaunter;b. debit daripada akaun semasa/simpanan anda di Bank Islam;c. arahan tetap daripada institusi kewangan yang lain;d. Terminal Layan Diri, Perbankan Internet dan Perbankan Mudah Alih-i

(TAP).

5. Bolehkah saya melakukan pengeluaran daripada akaun saya? Jika dibenarkan, adakah Perlindungan Takaful saya akan tamat?Pengeluaran hanya boleh dibuat melalui Akaun-i Labbaik ( ) apabila jumlah simpanan mencapai RM1,500 dan baki simpanan mestilah tidak kurang daripada RM1,500 pada setiap masa. Bagi keadaan tersebut, Perlindungan Takaful anda masih berkuat kuasa.

Jan Feb Mac April Mei Jun

Simpanan RM534 RM534 RM534 RM534 RM534 RM534

Pengeluaran X X ✓* ✓ ✓ ✓

PerlindunganTakaful

✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓

*Jumlah pengeluaran ialah RM102. Tertakluk kepada baki minima RM1,500.

6. Apakah yang akan saya perolehi apabila pelan Takaful ini matang?Pelan ini melindungi dan memberi persediaan kepada anda sekiranya berlaku kematian atau KMK. Apabila tiba tempoh matang, baki bagi Akaun Peserta (PA) dan jumlah pengagihan pelaburan akan dibayar terus kepada anda. Tambahan pula, peserta juga akan menerima jumlah terkumpul di dalam akaun simpanannya (sila rujuk HKP Akaun-i Labbaik ( ) untuk ilustrasi).

Page 5: Akaun-i Labbaik ( ) - Bank Islam Malaysia · PDF fileJADUAL CARUMAN UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL (Jadual 3) Umur (thn) Pakej A (RM) Pakej B (RM) ... Soalan-Soalan Lazim 1. Siapa yang

7. Jika berlaku kematian atau KMK, apa yang akan saya perolehi?a. KematianWaris anda akan menerima:i. Baki dalam akaun simpanan;ii. Perbelanjaan pengebumian sebanyak RM3,000; daniii. Jumlah Perlindungan Berkurangan dan baki Akaun Peserta (PA) (jika ada).

Takaful Malaysia akan mengeluarkan cek berjumlah RM3,000 yang akan dibayar terus kepada THTS selepas mendapat arahan daripada Bank Islam untuk memastikan Badal Haji dijalankan dengan sempurna (tertakluk kepada kekosongan tempat dalam tempoh Haji tersebut seperti termaktub dalam Kalendar Islam).

b. KMKApabila proses tuntutan bagi KMK telah selesai, anda akan menerima:i. Baki dalam akaun simpanan;ii. Jumlah Perlindungan Berkurangan dan baki Akaun Peserta (PA) (jika ada); daniii. Untuk Badal Haji, keadaan fizikal anda akan dinilai sepenuhnya untuk

menentukan sama ada anda boleh menunaikan Haji seperti yang terkandung dalam garis panduan Tabung Haji. Sekiranya anda MAMPU untuk menunaikan haji, kami akan memulangkan semula RM3,000 ke dalam akaun anda.

(sila rujuk HKP Akaun-i Labbaik ( ) untuk ilustrasi).

8. Adakah saya dapat menunaikan Haji dengan segera selepas tiba tempoh matang?Bank Islam menasihatkan bakal Haji untuk merancang dan mendaftar Haji mereka dengan lebih awal di Lembaga Tabung Haji kerana tempat bagi menunaikan Haji adalah tertakluk kepada kuota yang diperuntukkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi tahun tersebut serta keutamaan kepada pendeposit Tabung Haji yang telah mendaftar Haji terlebih dahulu.

9. Bolehkah saya membatalkan pelan Takaful di bawah Akaun-i Labbaik ( ) ?Ya, anda boleh membatalkan dan menyerahkan balik pelan ini. Baki yang terdapat di dalam akaun anda boleh dikeluarkan dan jumlah baki dalam Akaun Peserta (PA) daripada caruman Takaful akan dibayar, tertakluk kepada RM40 caj serahan.

10. Bagaimana Akaun-i Labbaik ( ) ini membantu simpanan saya di Tabung Haji?Akaun-i Labbaik ( ) bukanlah satu alternatif bagi menggantikan simpanan Tabung Haji anda. Ianya berfungsi untuk menambah simpanan Tabung Haji anda disamping mendapatkan Perlindungan Takaful.

11. Apakah langkah yang perlu diambil untuk membuat tuntutan ke atas Perlindungan Takaful?Waris anda perlu memberitahu pihak kami mengenai sebarang tuntutan di mana-mana cawangan terdekat kami.

12. Bagaimana untuk membuka akaun ini?Anda boleh menghubungi kami di 03-26 900 900 atau ke cawangan kami yang terdekat di seluruh negara.

Nota penting:• Untuk maklumat lanjut mengenai Perlindungan Takaful, sila rujuk HKP

Takaful myGroup Badal Haji.• Tempoh penelitian selama 15 hari diberikan kepada anda untuk meneliti

terma-terma dan syarat-syarat pelan ini selepas penerimaan sijil Takaful.

Page 6: Akaun-i Labbaik ( ) - Bank Islam Malaysia · PDF fileJADUAL CARUMAN UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL (Jadual 3) Umur (thn) Pakej A (RM) Pakej B (RM) ... Soalan-Soalan Lazim 1. Siapa yang

Produk oleh :Bank Islam Malaysia Berhad (No. 98127-X),Tingkat 32, Menara Bank Islam,No.22, Jalan Perak,50450 Kuala Lumpur.

Pelan ini telah diunderait oleh: Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K)Tingkat 26, Blok Annex,Menara Takaful Malaysia,No.4, Jalan Sultan Sulaiman,50000 Kuala Lumpur.Peti Surat 11483, 50746 Kuala Lumpur.

Bank berhak menambah,memansuh,meminda atau mengubah mana-mana Syarat dan Peraturan termasuklah nisbah pembahagian keuntungan pada bila-bila masa. Perubahan tersebut akan berkuat kuasa apabila ianya dipamerkan diperkarangan Bank atau melalui mana-mana cara penyampaian lain yang difikirkan sesuai oleh Bank.