akademika 38 (januari 1991) 105 -120 orang asli dan dasar

16
Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar Tanah: Tinjauan Awal di Tapah, Perak Hasan Mat Nor abstrak Artikel ini cuba membincangkan tentang kesan Akta 134 (Akta Orang Asli 1954 disemak semula pada tahun 1974) terhadap kehidupan masyarakat Orang Asli masa kini. Didapati Akta ini telah menimbulkan kesan yang negatif, khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi masyarakat tersebut. Dalam kajian kes di Tapah, Perak, didapati kebanyakan Orang Asli tidak lagi mengamalkan pertanian secara berhuma ataupun pertanian kekal, tetapi kembali kepada kegiatan memungut dan mengumpul hasil hutan untuk memenuhi keperluan menyara hidup harian. Keadaan yang demikian boleh menghalang usaha mengintegrasikan masyarakat ini ke dalam masyarakat Malaysia yang lebih luas. ABSTRACT This article discusses the effect of ACT 134, (Aboriginal People Act 1954and revised 1974) on the life of the aborigines (Orang Asli). It isfound that the Act had brought about negative impacts, particularly in the field of Orang Asli economic development. In the case study in Tapah, Perak, it wasfound that most of the Orang Asli communities have stopped practising swidden agriculture but have instead resorted to collectingjungle produce to earn their living. This situasion if left unchecked willprobably undermine the process of integrating them into the wider Malaysian society. Masyarakat Orang Asli yang kini berjumlah lebih daripada 70,000 jiwa dan terdiri daripada tiga kategori etnik yang utama dikenali sebagai Negrito, Senoi dan Melayu Proto adalah penduduk bumiputra asal Malaysia. Adalah menjadi satu kenyataan sejarah bahawa mereka telah ada di rantau ini jauh lebih awal daripada Orang Melayu, Cina dan India (Carey 1976: 5). Malah konotasi daripada gelaran Orang Asli yang diberikan kepada kumpulan penduduk asal ini memberikan implikasi pengabsahan bahawa kumpulan merekalah merupakan penghuni awal wilayah ini. Namun jika dibandingkan taraf kehidupan mereka dengan golongan rakyat yang datang lebih kemudian, ternyata kumpulan masyarakat Orang Asli telah tercicir jauh di belakang ditinggalkan oleh

Upload: others

Post on 21-Dec-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120

Orang Asli dan Dasar Tanah: TinjauanAwal di Tapah, Perak

Hasan Mat Nor

abstrak

Artikel inicuba membincangkan tentang kesan Akta 134 (Akta Orang Asli1954 disemak semula pada tahun 1974) terhadap kehidupan masyarakatOrang Asli masa kini. Didapati Akta ini telah menimbulkan kesan yangnegatif, khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi masyarakattersebut. Dalam kajian kes di Tapah, Perak, didapati kebanyakan OrangAsli tidak lagi mengamalkan pertanian secara berhuma ataupun pertaniankekal, tetapi kembali kepada kegiatan memungut dan mengumpul hasil hutanuntuk memenuhi keperluan menyara hidup harian. Keadaan yang demikianboleh menghalang usaha mengintegrasikan masyarakat ini ke dalammasyarakat Malaysia yang lebih luas.

ABSTRACT

This article discusses the effect ofACT 134, (Aboriginal People Act1954andrevised 1974) on the life of the aborigines (Orang Asli). It isfound that theAct hadbrought about negative impacts, particularly in the field of OrangAsli economic development. In the case study in Tapah, Perak, it wasfoundthat most of the Orang Asli communities have stopped practising swiddenagriculture but have insteadresorted tocollectingjungleproduce toearn theirliving. This situasion if left unchecked willprobably undermine theprocessof integrating them into the wider Malaysian society.

Masyarakat Orang Asli yang kini berjumlah lebih daripada 70,000 jiwadan terdiri daripada tiga kategori etnik yang utama dikenali sebagaiNegrito, Senoi dan Melayu Proto adalah penduduk bumiputra asalMalaysia. Adalah menjadi satu kenyataan sejarah bahawa mereka telahada di rantau ini jauh lebihawaldaripada Orang Melayu, Cina dan India(Carey 1976: 5). Malah konotasi daripada gelaran Orang Asli yangdiberikan kepada kumpulan penduduk asal ini memberikan implikasipengabsahan bahawa kumpulan merekalah merupakan penghuni awalwilayah ini. Namun jika dibandingkan taraf kehidupan mereka dengangolongan rakyat yang datang lebih kemudian, ternyata kumpulanmasyarakat Orang Asli telah tercicir jauh di belakang ditinggalkan oleh

Page 2: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

106 Akademika 38

arus pembangunan negara yang tanpa disengajakan telah meminggirkanmereka daripada program pembangunan. Hal ini mungkin terjadi keranabilangan mereka yang terlalu kecil dan tidak signifikan kepadakepentingan politik pemerintah. Justeru kerana bilangan yang kecil danterperangkap pula dalam kemiskinan pengetahuan moden dan material,masyarakat ini tidak berupaya mewujudkan suatu tekanan politik yangberkesan supaya pembangunan dan perubahan dapat mereka nikmatiselaras dengan kumpulan masyarakat Malaysia yang lain. Oleh yangdemikian kebanyakan pembangunan yang disalurkan kepada masyarakatitu lebih merupakan sumbangan ehsan kerajaan semata-mata dan bukanmerupakan sesuatu yang diperjuangkan atau dituntut oleh masyarakattersebut. Justeru keadaan tersebut masyarakat Orang Asli di Malaysialebih merupakan masyarakat yang menerima daripada masyarakat yangberjuang untuk memperoleh pembaharuan dan kemajuan. Sehubungandengan sikap yang sebegini rupa, maka keadaan kehidupan dan masahadapan mereka sangat-sangat bergantung kepada hasrat dan sikappemerintah yang menentukan dasar-dasar pembangunan untuk mereka.Sumbangan daripada mereka sendiri dalam menentukan arah dan maruahserta masa hadapan mereka sangat sedikit kerana saluran yang wujuduntuk menyatakan hasrat mereka begitu terhad sekali berbanding dengankaum-kaum Malaysia yang lain.

DASAR KERAJAAN TERHADAP ORANG ASLI

Perhatian yang diberikan oleh kerajaan terhadap masyarakat Orang Asliini bukan merupakan satu perkara yang baru. Sejak dari zaman penjajahlagi, iaitu pada tahun 1950 sebuah jabatan yang dikenali sebagai JabatanHal Ehwal Orang Asli telah ditubuhkan. Tujuan utama penubuhanjabatan tersebut ialah untuk melindungi orang asli daripada dipengaruholeh pergerakan Pengganas Komunis yang pada ketika itu berjuangmenentang kerajaan. Untuk memperkuatkan lagi kekuasaan kerajaanpenjajah dalam mengawal dan mentadbirkan kehidupan kumpulanmasyarakat ini, pada 25 Februari 1954 sebuah Akta yang dikenali sebagaiAkta 134, Akta Orang Asli 1954telah diperkenalkan. Akta ini seterusnyamenjadi garis panduan yang menentukan dasar kerajaan dalam urusanmentadbirkan masyarakat tersebut. Akta ini telah menyediakanperuntukan kepada kerajaan untuk menjaga dan melindungi masyarakatOrang Asli. Sebanyak 19 seksyen telah dimaktubkan dalam Akta 134 iniyang meliputi aspek-aspek seperti pentakrifan siapa yang dikatakansebagai Orang Asli dari segi undang-undang, pentadbiran Orang Asli,perlantikan Pesuruhjaya dan timbalannya yang menguruskan pentadbiranorang asli, perkara-perkara yang menyangkut kawasan Orang Asli,

Page 3: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

Orang Asli dan Dasar Tanah 107

perlantikan ketua, pelajaran dan larangan mengambil Orang Asli sebagaianak angkat. Daripada 19seksyen yangdimaktubkan itu 10daripadanya,iaitu mulai seksyen 6 hingga 15 menyentuh isu-isu yang berkait dengankawasan kediaman iaitu tanah. Dalam hal ini pun penekanan yangdiberikan oleh seksyen-seksyen tersebut lebih memberikan perhatiankepadahak dan kuasa pihak kerajaan dalam menentukan kawasan yangboleh didiami oleh Orang Asli serta tanggungjawab mengawal aktivitimasyarakat tersebut. Dari sudut Akta ini Orang Asli hanya diberi hakmenduduki sesuatu kawasan dan mengusahakan kawasan itu untuktujuan menyara diri. Hak untuk memiliki tanah tersebut secara peribadiyang membolehkan mereka melakukan transeksi berhubungan dengantanah itu tidak dimaktubkan. Sebaliknya yang ditekakan oleh Aktatersebut di bawah seksyen 12 ialah hak untuk menerima pampasan jikapokok-pokok ataukawasan mereka diambil oleh kerajaan. Perkara inilahsahaja keistimewaan hak yang diberikan di bawah Akta itu.

Apa yang jelas dapat dirasakan daripada Akta 134 yang diwujudkanpadatahun 1954 ituialah satusikap danpandangan kerajaan British padaketika itu terhadap masyarakat Orang Asli. Bagi mereka masyarakatOrangAsli adalah satu masyarakat yang primitif dan eksotik yang perludilindungi bagi tujuan mengekalkan tradisi hidup dan juga melindungimereka daripada terperangkap ke dalam perubahan yang sedang berlakuketika itu. Mengungkapkan semula pandangan Carey (1976: 289) tentangsikap kerajaan penjajah, beliau menyatakan:

...the attitude of the British colonial government from its early days until thecoming of independence was somewhat unrealistic and one of patronizingbenevolence towards the aboriginal tribes. The Orang Asli were regarded as noblesavages, leading an idealized and romantic form of existence, and the taskof thegovernment was to protect them from the ravages of modern life.Ringkasnya, dapat dikatakan falsafah yang terjelma dari semangat Akta134 itu ialah untuk memelihara dan mengekalkan ketradisian masyarakatOrang Asli. Akibatnya mereka telah menjadi beku dan dielakkandaripada perubahan.

Pemikiran yangdemikian berlanjutan sehingga tahun 1961 iaitu kira-kira 5 tahun selepas Malaya mencapai kemerdekaannya. Hanya padatahun itu barulah pihak kerajaanyangbaru inimengistiharkan satu DasarPentadbiran Orang Asli yang lebih realistik dan berorientasikanperubahan dan pembangunan. Falsafah polisi ini ialah untukmengintegrasikan masyarakat Orang Asli dengan masyarakat Malaysiaseluruhnya melalui pemberian hakdanpeluang seperti yang dinikmati olehkaum-kaum lainyangdibenarkan olehundang-undang dan perlembagaannegara. Tugas membangunkan sosio-ekonomi mereka supaya dapatdijadikan asas untuk mereka melibatkan diri dalam kegiatanpembangunan negara telah dipertanggung-jawabkan kepada Jabatan Hal

Page 4: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

108 Akademika 38

Ehwal Orang Asli. Sejak itu peranan JHEOA telah berubah daripadamenjadi agen yang memberikan perlindungan kepada agen yangbertanggungjawab membawa perubahan.

Kini hampir 30 tahun telah berlalu sejak daripada Dasar PentadbiranOrang Asli itu dilancarkan, namun pada hemat saya terlalu sedikit sekalidaripada bilangan 70,000 Orang Asliyang itu yangdapat kita banggakankerana telah mencapai taraf yang setanding dengan kaum-kaum laindalam bidang ekonomi misalnya. Dalam bidang pelajaran juga bilanganmereka yang telah mencapai kejayaan dalam Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM) terlalu kecil.

Mengapakah keadaan ini terjadi? Tentunya berbagai-bagai jawapanakan kita terima bagi menghuraikan masalah yang sedang melanda usahamemajukan masyarakat Orang Asli itu. Pihak yang melaksanakanprogram pembangunan akan meletakkan pokok kesalahan kepadamasyarakat yang menjadi sasaran. Tuduhan-tuduhan seperti anggotamasyarakat Orang Asli tidak mempunyai semangat, tiada inisiatif, malasdan mempunyai sikap negatif terhadap perubahan, tiada daya berdikari,degil dan berbagai-bagai tuduhan lagi dilemparkan untuk menjelaskanmengapa ahli masyarakat ini sukar dibangunkan. Jika ditanya pulakumpulan yang menjadi sasaran pembangunan, maka kegagalan dalamsesuatuprogram itu dilihat sebagai berpunca daripada kelemahan agensiyang melaksanakannya. Tuduhan-tuduhan seperti perancangan yangtidak teratur, pegawai yang tidak komited kepada tugas, penyelewengandan sikap pihak perancang yang kurang mengambil kira kemahuan danpandangan kumpulan sasar sentiasa menjadi alasan untuk menjelaskanmengapa sesuatu program itu kurang berjaya. Tidak kurang jugaterdapatnya pendapat-pendapat yang melihat keciciran masyarakatOrang Asli ini dalam arus pembangunan berpunca daripada penindasanyang dilakukan oleh orang tengah. Dalam kertas ini saya tidak akan cubamemberikan penilaian tentang pendapat kumpulan manakah yang betuldan tepat. Tetapi apa yang akan saya lakukan ialah untuk memahami satudaripada isu yang penting dalam pembangunan masyarakat Orang Asli,iaitu isu tanah. Isu tersebut telah mendapat perhatian yang istimewadalam Persidangan Pembangunan Orang Asli Semenanjung Malaysiayang berlangsung pada8 November hingga 11 November 1989 yang lalu.Isu tanah iniperludibincangkan kerana tanah ternyatamerupakan bukansahaja sebagai ruang fizikal yang pokok untuk dijadikan tempat tinggalmalahiajugamerupakan sumberyangmengizinkan masyarakat itu untukbergiat menampung kehidupan mereka seharian. Justeru itu dalam usahamembangun dan memperbaiki taraf ekonomi masyarakat Orang Asli,pembangunan tanah seharusnya menjadi tunjang kepada pembangunansosio-ekonomi dan juga pembangunan manusia. Tanpa pembangunan

Page 5: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

Orang Asli dan Dasar Tanah 109

ekonomi yang kokoh dalam masyarakat tersebut dikhuatiripembangunan-pembangunandalam aspek kehidupan yanglain tidak akanberkesan. Sehubungan dengan natijah ini dapat ditekankan, jikasekiranya kita berhasrat untuk mencapai matalamat yang dimaktubkandalam Dasar Pentadbiran Orang Asli 1961 itu, maka usahamembangunkan ekonomi masyarakat Orang Asli perlu mendapatperhatian dan tindakan yang serius. Jika sikap kita masih tidak berubah,sayayakinkeadaan hidup masyarakat OrangAsliini akan tetap demikianadanya.

TANAH DALAM KEHIDUPAN ORANG ASLI

Siapa jua yang pernah mendampingi masyarakat Orang Asli menyedaribetapa kegiatan hidup mereka dilaksanakan. Tanggapan yang melihatbahawa mereka ini hidup semata-mata sebagai pemburu dan pengeluarhasil hutan adalah satu tanggapan yang tidak tepat. Sehubungan denganitu juga tanggapan bahawa Orang Asli itu hidup berpindah randah darisatu tempat ke tempat lain dan tidak pernah kekal di satu-satu kawasanmenyebabkan kita berfikir dan merasakan bahawa tanah sebagai sumberutama dalam pengeluaran bukanlah perkara yang penting dalam sistembudayaOrang Asli. Hal ini disokong pula olehsistem nilaiyang terdapatdalam masyarakat tersebut di mana tanah tidak pernah dilihat sebagaisesuatu yang boleh dimiliki secara peribadi. Bagi mereka tanah adalahmilik komuniti yang memberikan mereka hak untuk memburu,mengumpul dan mengusahakannya dan tidak memilikinya secara peribadidan mewariskannyajuga secara peribadi kepada anak-anak (Carey 1976;Dentan 1968). Kerana persepsi yang demikian itulah barangkali semangatAkta 134yangmenyentuhsoal tanah dan pemilikannyademikiansifatnya.Masyarakat Orang Asli hanya diberi taraf hak mengguna dan bukan hakmemiliki tanah tersebut secara peribadi. Kerana itu akta ini tidakmengizinkan mereka hak melakukan sebarang transeksi terhadap sumbertersebut. Sifat akta yang menghalang ahli masyarakat Orang Aslimemilikitanah ini telah menjadikan masyarakat tersebut sebagai golongan rakyatyang termiskin di negara ini.

Dalam Akta ini juga hak mewartakan sebarang kawasan sebagaiKawasan Orang Asli atau Rizab Orang Asli adalah terletak dalam tanganPihak Berkuasa Negeri dan bukan Kerajaan Persekutuan. Adalahmenjadi satu irony apabila tanggungjawab menjaga kebajikan dan usahamembangunkan Orang Asli itu ditangani oleh JHEOA dan KerajaanPersekutuan, tetapi kuasa mewartakan kawasan Orang Asli itu beradapula dalam tangan Kerajaan Negeri. Kerana pengagihan kuasa dantanggungjawab ini demikian, usaha membangunkan masyarakat Orang

Page 6: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

UO Akademika 38

Asli menjadi rumit. Akta tersebut tidak mewajibkan KerajaanPersekutuan merizabkan tanah atau kawasan Orang Asli. Akta itu hanyamenyatakan bahawa pihak berkuasa negeri bolehlah mengistiharkanmelalui Warta Kerajaan mana-mana kawasan yang diduduki oleh OrangAsli sebagai satu rizab atau kawasan Orang Asli. Implikasi daripadakedudukan peruntukan yang demikian ialah mewujudkan satu suasanakelonggaran bagi pihak berkuasa negeri untuk memilih sama ada inginmewartakan sesebuah kawasan itu sebagai kawasan Orang Asli atau puntidak. Sebarang penentuan dalam hal ini dibuat oleh kerajaan negeriberdasarkan prioriti ekonomi dan politik sesebuah negeri itu.Kepentingan masyarakat Orang Asli jarang-jarang menjadi suatukeutamaan bagi sesebuah negeri, kecuali jika ia melibatkan soalkeselamatan negara. Hal ini akan menentukan sama ada sesebuahkawasan itu boleh diwartakan sebagai kawasan Orang Asli ataupunsebaliknya.

Selain daripada kurangnya kuasa Kerajaan Persekutuan dalam prosespenentuan Kawasan atau Rizab Orang Asli ini, Seksyen 8 dalam perkara2c Akta 134 ini juga telah menggariskan jenis hak menduduki sesuatukawasan itu kepada Orang Asli. Mengikut Akta itu "hak mendudukiboleh diberi dan hendaklah disifatkan sebagai tidak memberikan kepadaseseorang itu hakmilik yang lebih baik daripada hak milik seseorang tenanikut ehsan." Sebagai satu keistimewaan dalam menggunakan tanah-tanahtersebut, Orang Asli adalah bebas daripada membayar cukai atau apa-apasewa terhadap penggunaan tanah tersebut.

Jika sekiranya kehidupan masyarakat Orang Asli itu masih 'primitifsifatnya, iaitu masih memburu dan mengumpul dan hidup terusberpindah-randah, maka Akta 134 itu dan khususnya seksyen-seksyenyang menyentuh hak milik tanah amat sesuai dikuatkuasakan. Tetapisesuatu yang harus disedari ialah masyarakat Orang Asli hari ini bukanlagi demikian keadaannya. Mereka tidak lagi merupakan masyarakatterasing dan terpisah daripada sebarang perubahan dan pembangunannegara. Kegiatan ekonomi mereka telah turut berubah dan dipengaruhioleh sistem pasaran antarabangsa. Hari ini sebahagian besar daripadamereka terlibat dalam kegiatan pertanian dan justeru itu mereka telahtinggal kekal di kawasan-kawasan tertentu. Hidup berpindah randahhanya merupakan amalan masa silam. Gambaran tentang kegiatanhidupmereka masa kini banyak dibicarakan oleh ahli-ahli antropologi luar dantempatan. Misalnya tulisan oleh Coillard 1980; Voon et al. 1979; Carey1979; Gall 1977; Tamadan 1976; Hood 1980; Endicott 1973; Gomes 1986dan banyak lagi tulisan-tulisan lain yang tidak perlu disebutkan di sinimembicarakan kegiatan hidup masyarakat Orang Asli yang kini sangatbergantung kepada tanah. Dalam hal ini tidaklah pula dapat kita nafikanbahawa beberapa kegiatan menghasilkan keluaran-keluaran hutan seperti

Page 7: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

Orang Asli dan Dasar Tanah 111

rotan, damar, gaharu dan buah-buahan masih dijadikan kegiatansampingan oleh Orang Asli. Kegiatan ini mereka teruskan keranakegiatan pengeluaran hasil pertanian masih tidak dapat menampungsepenuhnya keperluan hidup mereka. Berbagai-bagai sebab menjadifaktor mengapa masyarakat Orang Asli masih tidak dapat bergantungsepenuhnya kepada kegiatan pertanian. Antara sebab yang utamamengapa pertanian tidak dapat dijadikan sebagai kegiatan yang bolehmenjamin kehidupan mereka ialah kerana kedudukan hak merekaterhadap tanah hanya sebagai tenan ikut ehsan yang sekaligus pulamembataskan ruang dan peluang bagi pihak dan agensi kerajaan untukmembantu memajukan sektor tersebut. Keadaan ini menyebabkankegiatan pertanian Orang Asli itu sukar dimajukan bagi tujuan menyarakehidupan. Sebaliknya pula dalam peraturan-peraturan yang berkaitdengan bantuan memajukan tanah pertanian telah ditetapkan syaratbahawa tanah yang boleh diberi bantuan untuk dimajukan adalah tanahyang telah sah hak pemiliknya dan jelas syarat-syarat yang dimaktubkanberkait dengan kegunaan tanah tersebut. Oleh sebab masyarakat OrangAsli tidak memiliki tanah secara milik peribadi maka dengan sendirinyamereka terlepas peluang untuk turut terlibat dan mendapat bantuandaripada kerajaan dalam usaha memajukan tanah pertanian. Kerana itujugalah agensi-agensi lain dalam pembangunan ekonomi negara tidakdapat memberikan sumbangan mereka secara lebih berkesan dalamprojek-projek pembangunan Orang Asli. Sebaliknya segala tanggungjawab itu dibebankan kepada JHEOA untuk mengendalikannya, sedangkandari segi sejarah dan falsafah penubuhan Jabatan tersebut adalah untukmentadbirkan hal ehwal Orang Asli sahaja bukan sebagai agensipembangunan seperti yang wujud pada perbadanan seperti FELDA,FELCRA dan risda. Amat malang sekali kerana Akta 134 itu hanyameletakkan beban menguruskan hal ehwal Orang Asli itu kepada JHEOAsahaja dan tidak menyenaraikan agensi-agensi lain untuk turut samabertanggungjawab membantu membangunkan masyarakat itu.Meletakkan tanggungjawab yang begitu besar kepada JHEOA untukmengendalikan pembangunan sosial seperti membaiki taraf kesihatan,pelajaran, infra-struktur sosial lainnya serta pembangunan ekonomiadalah terlalu membebankan kerana jheoa adalah sebuah agensi yanglebih cenderung kepada pentadbiran. Kerana itulah impak yangdibawanya paling sederhana kalau tidakpun meleset.

Tindakan mengasingkan pentadbiran Orang Asli daripadapentadbiran masyarakat Malaysia lainnya melalui penubuhan sebuahJabatan yang khusus seperti JHEOA tidak akan meringankantanggungjawab pembangunan dan dengan sendirinya pula menyangkalmatlamat dan hasrat ingin mengintegrasikan masyarakat Orang Asli kedalam masyarakat Malaysia yang lebih besar. Sebagai contoh (mengikut

Page 8: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

112 Akademika 38

maklumat yang diberikan) bila seseorang Orang Asli ingin mendapatbantuan atau nasihat dari agensi-agensi kerajaan, biasanya merekadinasihatkan merujukkan masalah mereka itu kepada JHEOA dahulu.Agensi-agensi kerajaan yang lain merasakan urusan tentang Orang Aslibukan urusan jabatan mereka. Implikasinya ialah seolah-olah masyarakatOrang Asli itu terasing dalam urusan kerajaan berbanding denganmasyarakat lain. Seolah-olah jabatan atau agensi lain itu terbatas bidangkuasanya kepada masyarakat yang bukan Orang Asli sahaja. Bila darisudut layanan kerajaan telah menyediakan perkhidmatan yang berasinganantara masyarakat, sukarlah dibayangkan satu bentuk integrasi yangmenyeluruh terlaksana.

Akta 134 ini juga menetapkan peraturan-peraturan bahawa kawasanatau rizab Orang Asli itu sebagai kawasan yang hanya boleh didiami olehOrang Asli.Dalam seksyen14Akta 134itu juga terdapat peruntukan yangmelarang orang asing masuk atau berada dalam kawasan atau rizab OrangAsli. Ini dengan sendirinya menghalang peluang-peluang interaksi yanglebih akrab antara masyarakat luar dengan Orang Asli. Kehadiranperaturan-peraturan yang sebegini walaupun dalam keadaan-keadaantertentu dirasakan perlu, tetapi kesannya pada jangka panjang tetapmencerminkan segregasi. Hal ini juga menjadi penyebab mengapa OrangAsli itu dilihat sebagai masyarakat terasing dan terpisah daripadaMasyarakat Malaysia yang lain. Satu kesan lain yang timbul daripadaAkta 134 ini ialah kawasan Rizab Orang Asli itu membayangkan satukawasan larangan yang mundur dan penghuninya pula terdiri daripadapenduduk yang miskin serba serbinya. Hal ini terjadi kerana kawasanataupun rizab Orang Asli adalah merupakan daerah yang kurang sekalimendapat kemudahan pembangunan untuk membolehkan mereka keluardaripada belenggu kemiskinan. Dan kurangnya kemudahan pembangunan ini pula adalah berpunca daripada status tanah akibat daripadaperuntukan yang telah ditetapkan oleh Akta 134 itu. Status tanah tersebutmenghalang agensi-agensi kerajaan yang lain untuk turut terlibatmembangunkan kawasan tersebut. Di samping itu pula kemampuan yangada pada JHEOA untuk membawa pembangunan adalah terhad dan lebihbersifat kebajikan. Kesannya Orang Asli akan terus menjadi terpinggirdalam serba serbinyadan imejsebagaikumpulan masyarakat yang rendahsekali taraf harga dirinya akan berterusan.

MASYARAKAT SEMAI DAERAH TAPAH

Untuk perbincangan seterusnya saya paparkan satu hasil tinjauanterhadap kedudukan tanah dan masyarakat Orang Asli dari kumpulanOrang Semai yang tinggal di Kampung Batu 7, Batu 12, Batu 17 dan Batu25 di daerah Tapah, Perak.

Page 9: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

Orang Asli dan Dasar Tanah 113

Tinjauan ringkas ini telah dibuat semasa menemani kumpulanmahasiswa kursus Etnografi Malaysia dari Universiti KebangsaanMalaysia menjalankan latihan amali mereka selama seminggu di beberapabuah perkampungan Orang Asli daerah Tapah pada awal tahun 1990.Mengikut tinjauan yang telah dibuat oleh Gomes (1986) di daerah ini,didapati kebanyakan daripada anggota masyarakat Semai sudah tidak lagibergantung kepada amalan berhuma. Keadaan demikian bukan sahajaberlaku di kawasan ini malah dari laporan Nicholas (1985) keadaann yangsama juga berlaku di Raub dan Betau, Pahang. Mengikut Williams-Huntjuga amalan berhuma ini sudah hampir dua dekad ditinggalkan olehmasyarakat Semai di kawasan Slim. Sebaliknya masyarakat ini kini lebihbayak terlibat dalam mengeluarkan bahan-bahan yang boleh dipasarkan.Apa yang berlaku kini ialah perubahan orientasi ekonomi daripadapengeluaran untuk penggunaan sendiri (subsistence) kepada pengeluaranuntuk tukaran. Ringkasnya mereka melihat kegiatan penghasilan itusebagai satu tugas untuk mendapatkan duit dan bukan bekerja untukmendapatkan makanan. Yang jelasnya pada masa kini masyarakat Semaiitu telah terserap erat ke dalam sistem ekonomi kewangan dan pasaran.Justeru keadaan yang telah terbentuk sedemikian, maka usaha merancangpembangunan hams mengambil kira strategi-strategi dan memperbaikisistem pengeluaran mereka yang telah ada itu, supaya pendapatan yangbakal diperolehi daripada pekerjaan tersebut dapat memperbaiki tarafdankualiti kehidupan mereka. Pembangunan ekonomi sebaiknya tidak lagiterarah kepada penerusan tradisi penggunaan sendiri tetapi sebaliknyadiarahkan kepada pasaran. Langkah-langkah demikian mungkin akanmemudahkan kumpulan masyarakat itu menerima pembaharuan.

Satu perkara yang menarik daripada penemuan Gomes (1986) itu ialahbertambah kurangnya minat masyarakat Orang Asli kepada kerja-kerjaberhuma, satu-satunya kegiatan tradisi yang telah mereka warisi sejakturun temurun. Alasan yang diberikannya ialah tanah yang merekausahakan itu sudah tidak sesubur dahulu dan kini mereka sangat-sangatmementingkan wang. Besar kemungkinan situasi ini juga berpuncadaripada kedudukan hubungan dan hak mereka terhadap tanah. Dalamsituasi di mana ekonomi wang telah menerobos masuk ke dalam sistemkehidupan dan wang menjadi alat tukaran yang perlu untuk memenuhikeperluan asas, maka sesuatu masyarakat itu akan berusaha sedaya upayauntuk mendapatkannya supaya tuntutan kehidupan dapat dipenuhi.Dalam keadaan masyarakat Semai ini kegiatan berhuma itu menjaditerpinggir kerana hasil yang diperolehi terlalu kecil dan tidak berupayamemenuhi tuntutan kehidupan asas yang saban hari memerlukan wang.Untuk mengalih kegiatan berhuma kepada kegiatan menanam tanamanwang yang dapat menghasilkan wang ringgit bukan sahaja mereka tidakmempunyai kemampuan dan kepakaran malah mereka juga tidak

Page 10: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

jjj Akademika 38

mempunyai hak yang jelas terhadap tanah yang diusahakan itu secaraperibadi. Hal ini sangat merumitkan mereka. Tambahan pula Seksyen10(3) Akta 134 itu ada mengatakan "pihak berkuasa negeri boleh denganperintah menghendaki mana-mana Orang Asli meninggalkan dan beradadi luar mana-mana kawasan tersebut..." Keadaan ini dan pengalamanyang pernah mereka alami kerana dipindahkan daripada satu tempat kesatu tempat lain menjadikan mereka sentiasa merasa bimbang dan tidakterjamin. Mengikut Itam Wali (1989) kejadian di mana pihak Kerajaanmengambil alih tanah milik Orang Asli bagi tujuan lain telah banyakberlaku, sedang berlaku dan mungkin akan berlaku lagi. Mereka sedarjika sekiranya kerajaan memerlukan kawasan mereka itu kerajaan akanmengambilnya 'tanpa mengira jumlah input modal pembangunan yangtelah dicurahkan di kawasan-kawasan itu. Dengan menyedari hakikat inimereka merasa khuatir untuk memajukan kegiatan bertani. Keadaan inisedikit sebanyak memaksa Orang Semai untuk mengalihkan kegiatanmereka kepada mengeluarkan hasil hutan supaya dapat dipasarkan dandengan ini wang tunai dapat diperolehi. Suatu perkara yang hamsdiberikan pertimbangan yang serius di sini ialah sejauh manakahmasyarakat ini dapat bergantung kepada pengeluaran hasil hutan untukmendapatkan wang, kerana saban hari hasil hutan itu kian pupus dan disamping itu juga ruang hutan yang ada telah menjadi bertambah kecilkerana kegiatan pembalakan dan pembangunan tanah oleh FELDA.Langkah-langkah segera perlu dimulakan dari sekarang untukmembolehkan masyarakat iniberdiri di ataskakimereka sendiri dan tidakbergantung kepada subsidi kerajaan untuk terus hidup.

Masyarakat Orang Asli di daerah ini ditadbirkan oleh Jabatan HalEhwal Orang Asli peringkat daerah yang berpejabat di bandar Tapah.Jabatan inidipimpin oleh seorang Pegawai Hal Ehwal OrangAsli Daerahdan dibantu oleh beberapa orang Pegawai Luar yang mentadbirkanbahagian Pendidikan dan Latihan, Pembangunan, RancanganPengumpulan Semula, Kesihatan dan Perubatan dan Penyelidikan danPerancangan. Jumlah penduduk Orang Asli yang tinggal di dalam daerahini ialah seramai 8280 orang yang terdiri daripada 1652 keluarga.Kesemua mereka ini menetap di dalam 71 buah kampung. Daripada 71buah kampung ini hanya 5 buah sahaja yang telah diwartakan sebagaikawasan dan rizab Orang Asli. Empat daripadanya telah diwartakandalam tahun 30an yang lalu dan satu lagi pada tahun 1967. Jumlahkeluasan tanah yang diwartakan itu ialah 863 ekar dan didiami oleh 142keluarga yang terdiri daripada 783 orang semuanya. Di samping ituterdapat pula 2 buah kampung yang terdiri daripada 30 buah keluargayang telah diluluskan hakmilik tapakrumah. Sebuah kampung lagi yangterdiri daripada 48 kelamin yang dianggotai oleh 240 penduduk sedangmenunggu kelulusan pelepasan tanah Negeri (Stateland) seluas 420 ekar

Page 11: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

Orang Asli dan Dasar Tanah H5

untuk dijadikan projek tanaman kelapa sawit. Kampung-kampungselebihnya masih belum diwartakan sebagai Kawasan atau Rizab OrangAsli. Kini kampung-kampung ini terletak di dalam kawasan HutanSimpan, Rizab Melayu, Kawasan Tadahan, Tanah Negeri (Stateland)yang bertaraf mc (lombong).

Jika kita lihat dari segi angka hanya lapan buah daripada 71 buahkampung Orang Asli yang kedudukan kawasan tanahnya terjamin keranatelah diwartakan. Tetapi bagi selebihnya kedudukan mereka di kawasan-kawasan yang telah mereka diami mungkin sejak ratusan tahun yang laluitu masih tidak pasti. Hal ini berlaku kerana taraf tanah yang merekadiami utu tidak dapat dilepaskan sebagai Kawasan Rizab Orang Asli ataupun sebagai Kawasan Orang Asli kerana tanah tersebut mempunyaikepentingan-kepentingan lain. Bagi kumpulan-kumpulan yang terlibathal ini tidak menjadi masalah selagi mereka dibenarkan tinggaldi situ dandibenarkan mengusahakan secara kecil-kecilan tanah tersebut untukmenyara kehidupan. Memiliki tanah atau kawasan itu secara kelompokatau peribadi bukanlah merupakan isu yang pokok selagicara kehidupantradisi mereka dapat diteruskan. Isu tanah ini akan timbul hanya apabilausaha untuk mengubah hidup mereka kepada kegiatan pertanian yanglebih baik ingin dimajukan. Selagi kawasan yang mereka diami itubertaraf sebagai kawasan Hutan Simpan misalnya selagi itulah tidak adaprojek pembangunan tanah dapat dijalankan. Justeru itu jugalahmasyarakat ini telah menumpukan perhatian kereka kepada kegiatanmengeluarkan hasil hutan untuk mendapatkan wang tunai. Dan jikasekiranya mereka tidak sanggup berpindah ke kawasan lain yang bolehdimajukan mungkin taraf kehidupan mereka tidak dapat diperbaiki.Pihak JHEOA misalnya dalam keadaan ini akan hanya dapat memberibantuan yang kecil sahaja seperti kemudahan membina rumah, binatangternakan, alat-alat pertanian dan sebagainya. Oleh kerana masalahmembangunkan Orang Semai ini berpunca daripada kedudukan tanahyang mereka diami dan mungkin juga kerana sebab-sebab lain,pentadbiran JHEOA lebih bertumpu kepada pembangunan sosial danpengurusan daripada pembangunan ekonomi. Usaha pembangunantanah secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh FELDA atauFELCRA atau RISDA tidak dapat dilakukan.

Selain daripada masalah yang timbul akibat daripada taraf tanah yangmereka diami, tidak kurang juga berlaku kejadian di mana kawasan-kawasan atau tanah Orang Asli berpindah hak kepada orangperseorangan, institusi kerajaan dan badan-badan swasta seperti estet.Sebagai misalan 20 ekar tanah di Kampung Batu 6, Jalan CameronHighland, Tapah telah menjadi kawasan pertanian kelompok OrangMelayu, 300ekar di kawasan Rasau dalam mukim Slimtelah diambil olehFELDA dan 80 ekar tanah di Kampung Batu Sepuluh, Tapah telah diambil

Page 12: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

116 Akademika 38

oleh Eden Estate. Nasib Orang Asli di Kampung Batu Sepuluh ini masihbaik kerana tanah 80ekar itu telah dapat mereka perolehi semula daripadaestet tersebut. Kejadian-kejadian mengambil tanah Orang Asli inibukanlah satu perkara yang baru. la telah lama berlaku dan kerana itulahdalam Akta 134 di bawah Seksyen 12 disediakan peruntukan yangmenyatakan pampasan boleh dibayar jika tanah mereka itu diambil. Yangmenjadi masalah ialah Orang Asli itu sendiri biasanya tidak jelas seluasmanakah kawasan tanah yang mereka miliki. Agak sukar bagi merekauntuk menentukan sama ada kawasan mereka itu telah diteroka atau

diambil oleh orang lain. Jika sekiranya mereka kurang peka kepadakawasan mereka yang sebenarnya, maka pengambilan kawasan itu olehorang lain akan terlepas begitu sahaja.

Dalam usaha memajukan Orang Asli ini dan untuk membolehkanpembangunan pertanian sampai kepada masyarakat ini pihak Jabatan HalEhwal Orang Asli Daerah Tapah telah mengajukan permohonan supayakawasan-kawasan yang didiami oleh masyarakat Orang Asli itudiwartakan. Sehingga ini pihak JHEOA telah memohon kepada PihakBerkuasa Negeri Perak supaya diwartakan tanah seluas lebih kurang18,475.08 ekar. Kawasan tersebut meliputi 28 buah perkampungan yangdihuni lebih kurang 4,272 orang penduduk atau 854 keluarga. Jika kitanisbahkan kadar keluasan kawasan yang dipohon untuk diwartakanberbanding dengan bilangan keluarga yang ada di perkampungantersebut, maka didapati setiap keluarga akan memperolehi tanah seluas21.63 ekar tiap-tiap sebuah. Keadaan ini merupakan kewajaranyangperludiperhitungkan oleh pihak Berkuasa Negeri. Apakah nisbah tersebutmerupakan nisbah yang munasabah. Antara soalan lain yang boleh kitatimbulkan sebagai pertanyaan ialah mengapakah kawasan yang dipohonitu terlalu luas berbanding dengan bilangan penduduk yang ada. Di sinilahterletaknya delima yang dihadapi oleh pihak JHEOA. Mereka mengajukanpermohonan untuk mewartakan sesuatu kawasan itu sebagai kawasanOrang Asli berdasarkan konsep tanah 'saka' yang diamalkan olehmasyarakat tersebut.

Tanah 'saka' merupakan satu wilayah di mana sesebuah kumpulan itusejak dari turun temurun lagi hidup berpindah randah di dalam ruangtersebut mengusahakan padi huma dan di samping itu menanam tanamankekal seperti petai dan durian. Apabila kesuburan tanah huma itu telahhilang mereka akan meninggalkannya supaya kesuburannya pulih semuladan membuka kawasan baru yang lain sebelum kembali semula kekawasan yang pertama tadi. Dalam kegiatan berhuma dari satu tempatke tempat lain dalam wilayah saka itu tanaman kekal seperti pokok duriandan petai dan juga kubur lama dijadikan tanda bahawa kawasan itu telahditeroka dan menjadi milik kumpulan tersebut. Tanah itu juga dianggapsebagai warisan dan tinggalan daripada nenek moyang mereka. Saban

Page 13: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

Orang Asli dan Dasar Tanah 117

tahun apabila tiba musim buah anak-anak cucu mereka akan pergi ketempat-tempat di mana pokok ini pernah ditanam untuk memunguthasilnya. Cara ini dapat menyedarkan generasi kemudian tentang 'saka'yang mereka miliki itu dan sedapat mungkin kalau kawasan itu ingindiwartakan mereka akan memohon supaya seluruh saka itu dapatdianggap sebagai kawasan Orang Asli kerana mereka telah menerokanya.

Keadaan ini sangat-sangat menyulitkan pihak berkuasa negeri untukmembuat pertimbangan. Masalahnya bukan sahaja kerana kawasan ituterlalu luas untuk diberikan kepada satu kumpulan yang kecilbilangannya, tetapi juga berkait rapat dengan kemampuan yang ada padakumpulan itu untuk memaju dan mengusahakan tanah itu. Tidak akanmenjadi sesuatu yang bermunafaat jika tanah yang begitu luas diberikantetapi tidak berupaya dimajukan bagi tujuan membangunkan sebuahkehidupan yang lebih baik. Untuk mengatasi masalah yang demikianlangkah-langkah yang lebih realistik seperti mewujudkan RancanganPengumpulan Semula (RPS) dengan memberikan tanggungjawab kepadaFELDA atau FELCRA untuk memajukannya serta bimbingan pertanianmoden perlulah diberikan kepada peserta-peserta. Projek ini sebaiknyadibuat secara kecil-kecilan dahulu dengan memilih beberapa puluhkeluarga yang dianggap mempunyai potensi dan berdaya maju untukdijadikan sebagai kumpulan contoh. Apabila projek ini berjaya dan dapatdilihat oleh kumpulan lain kejayaan yang dinikmati oleh pesertanya makalangkah-langkah untuk melibatkan kumpulan lain di dalam projek yangdemikian akan menjadi lebih senang. Koperasi Orang Asli yang wujudkini boleh juga memainkan peranan dengan membangunkan tanahpertanian secara koperasi. Aktiviti berkoperasi yang sedemikian jikaboleh membuahkan kejayaan akan menyemaikan semangat berdikari danyakin diri pasti akan meningkatkan imej masyarakat Orang Asli. Usahamaju diri yang sebegini akan membebaskan kaum Orang Asli daripadabelenggu pergantungan kepada kebajikan dan subsidi yang telah menjadisebahagian daripada budaya hidup mereka sejak beberapa dekad yanglalu.

RUMUSAN

Daripada perbincangan yang ditimbulkan itu, satu perkara pokok yangketara menjadi masalah dalam membangunkan ekonomi kaum Semai didaerah Tapah, menyangkut undang-undang pemilikan tanah yangtermaktub dalam Akta 134. Walaupun masyarakat Orang Aslimerupakan kaum pribumi di negara ini, tetapi Akta 134 itu tidakmenyediakan ruang bagi Orang Asli memiliki tanah sendiri seperti yangdapat dinikmati oleh kaum lain. Mereka hanya mempunyai hak untuk

Page 14: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

228 Akademika38

menggunakan tetapi bukan hak memiliki. Mengikut Nik Mohd. ZainYusoff (1989) sehingga tahun 1981 yang lalu, hanya 38,748 ekar tanahsahaja yang telah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli di seluruhSemenanjung Malaysia walaupun jumlah keluasan yang telah dipohonoleh JHEOAuntuk diwartakan ialah 333,285 ekar.

Untuk membolehkan masyarakat Orang Asli melibatkan diri secaralebih aktif dalam pembangunan ekonomi, perlulah Akta 134 itu disemaksemula dan diperbaiki. Peruntukan yang membolehkan masyarakatOrang Asli memiliki tanah secara pribadi mestilah disediakan. TanahRizab Orang Asli itu perlulah dikekalkan untuk selama-lamanya sepertiyang dilaksanakan kepada Tanah Rizab Melayu. Keadaan ini akanmengurangkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri dalam tindakanmembatalkan kawasan-kawasan Orang Asli yang telah diwartakan.Peruntukan yang demikian akan memberikan rasa jaminan dankeselamatan kepada Orang Asli dan dengan sendirinya akanmenambahkan rasa sayang mereka kepada kawasan itu sertamenimbulkan keyakinan dan kesanggupan untuk memajukan tanahtersebut. Dengan adanya peruntukan yang baru dan hak milik peribaditerhadap tanah, agensi-agensi kerajaan yang terlibat denganpembangunan ekonomi akan dapat bertindak dengan mudah membantumembangunkan masyarakat Orang Asli. Selagi tidak ada usahamewujudkan peruntukan undang-undang yang positif terhadap usahamembangunkan masyarakat Orang Asli ini selagi itulah usahapembangunan yang aktif dan berkesan tidak dapat dilaksanakan untukmembawa munafaat kepada kumpulan masyarakat asal Malaysia yangtelah tertinggal ini. Akta 134 perlu sekali dinilai semula dan diperbaikiuntuk membolehkan pembangunan yang bermakna dilaksanakan.

RUJUKAN

Baharon, B.A.R. Some aspects of the relationship of the Orang Asli and otherMalaysians. Kuala Lumpur. JHEOA.

Carey, Iskandar. 1976. OrangAsli The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia.Kuala Lumpur: OUP.

Carey Iskandar. 1976. Orang Asli Tanah Melayu dan Masa Depannya. Mimeo,KL: JHEOA.

Cerutti, G.B. 1904. The Sakais of Batang Padang, Perak. JMBRAS, 41: 113-117.Couillard, Marie-Andrea. 1980. Tradition in Tension. Carving in a Jah Het

Community. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.Dentan, R.K. 1968. The Semai: A Non-Violent People of Malaya. London: Holt

Rinehart, Winston.

Gall, P.L. 1977. Temuan socio-economic change: An 1977 ecological model.Dalam Cultural-ecological perspectives on Southeast Asia, W. Wood (ed.)Athens, Ohio: Ohio Uni. Centre for International Studies, SEA Programme.

Page 15: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar

Orang Asli dan Dasar Tanah **"

Gomes, A.G. 1986. Things arenot what they Seem: Semai Ekonomi in the 1980s.Kertas Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia 11.

Gomes, A.G. 1988. Masyarakat Semai di Perak: SatuTinjauan Etnografi. KertasSimposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia 11.

HasanMat Nor. 1975. Proses Peralihan di kalangankomuniti Semai di Pos Bersih:Satu Kajian Kes. Tesis Sarjanamuda, Jabatan Antropologi &Sosiologi, UKM.

Hood, H.M.S. 1975. Etnohistorical perspective and social change among theOrang Ash. Jurnal Antropologi & Sosiologi 4: 1-11.

Hood, H.M.S. 1980. Orang Asli asPeasants. Kertas Conference on Development:The Peasantry and Development in the ASEAN Region.

Hood, M.S. & Hasan Mat Nor. 1985. Roads are for Development?Some aspectsof Jah Het Social Change. Development Forum 14: 19-27.

Itam Wali Nawan. 1989. Penyertaan Orang Asli dalam Bidang Ekonomi SemasaDEB dan Strategi-strategi untuk masa Hadapan.. Kertas Seminar

Pembangunan Sosial dan Ekonomi Orang Asli.Jimin, I. 1972. A briefnote on the Orang Asli of Peninsular Malaysia and their

administration. K. Lumpur, JHEOA.Jones, A. 1968. The Orang Asli: an outline of their progress in modern Malaya.

Journal of Southeast Asian History 9: 286-305.Nik Mohd. Zain Yusoff. 1989. Halangan-halangan kepada Usaha-usaha

Membangun Masyarakat Orang Asli: Tanah dan Rezab Orang Asli. Kertaskerja Persidangan Pembangunan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Tamadan, J. 1976. Orang Kuala Rengit: Satu gambaran Umum denganPenekanan pada Kegiatan Ekonomi dan masalah yangberkaitan dengannya.Jab. Antropologi & Sosiologi, Universiti Malaya.

Voon, P.K., S.H. Khoo & Zaharah Hj. Mahmud. Integrated surveys for socioeconomic change among the Orang Asli in Peninsular Malaysia. Fed. Mus.Journal 24: 145-158.

Jabatan Antropologi & SosiologiFakulti Sains Kemasyarakatan & KemanusiaanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM BangiSelangor D.E.

Page 16: Akademika 38 (Januari 1991) 105 -120 Orang Asli dan Dasar