air selangor operator sektor perkilangan jana pilihan ... · 9/18/2019  · di pusat konvensyen...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 12 - 18 September 2019, 12 - 18 Muharam 1441 Air Selangor operator tunggal di Lembah Klang Sektor perkilangan jana pelaburan RM6 bilion Pilihan pengguna: Mahu GoJek atau bas mini Dekorasi bola sepak sinari Hooligans Cafe OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Lima dasar uta- ma sektor pertanian menja- di teras Kerajaan Negeri bagi memastikan bekalan makanan berada pada paras selamat. Dato’ Menteri Besar, Amiru- din Shari berkata, dasar itu itu adalah pertanian bernilai tinggi, permodenan pertanian, pem- bangunan usahawan tani, pro- gram galakan pemasaran dan agro pelancongan yang sedang dalam proses pelaksanaan. Katanya, tumpuan untuk meningkatkan sektor pertani- an makanan akan diberi pe- nekanan lebih tinggi, selain meningkatkan pendapatan usahawan serta amalan perta- nian lestari. “Hasil di sektor yang bernilai tinggi memerlukan pengala- man dan kos penyediaan in- frastruktur menjadi kekangan utama selain daripada ilmu pengetahuan berkenaan pe- laksanaan projek itu. “Oleh itu, Kerajaan Nege- ri mahu menjadikan syarikat yang berwibawa dan berpe- ngalaman untuk melaksana- kannya sebelum dijadikan mentor kepada pengusaha ba- haru. “Kita juga mempunyai jum- lah penduduk yang tinggi dan menyebabkan kekurangan ta- nah, justeru petani perlu mem- babitkan diri dengan teknolo- gi tinggi dan berkonsepkan pertanian moden,” katanya. Beliau berkata demikian pa- da Majlis Pelancaran Selangor Agrofest 2019: Pemodenan Pertanian ke Arah Kehidupan Lestari, di Bulatan Bazerana di sini, pada 7 September lalu. Hadir sama, EXCO Kerajaan Negeri, Ir Izham Hashim dan Dato’ Abdul Rashid Asari. Pada masa sama, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri turut mengatasi masalah usia yang semakin meningkat dalam ka- langan usahawan tani sedia ada. Katanya, program kesedar- an dan galakan untuk genera- si muda turut diberi perhatian melalui kaedah penggunaan peralatan moden yang mula menarik minat golongan itu. “Selaras penggunaan jualan dalam talian (online trading) yang menjadi trend pemasa- ran ketika ini, satu program khusus akan dilancarkan da- lam masa terdekat. “Melalui program itu, lapi- san orang tengah dapat dika- wal yang akhirnya pembeli dan penjual khususnya golo- ngan usahawan tani dapat menikmati jualan dengan har- ga menarik dan menguntung- kan kedua-dua pihak,” katanya. Untuk rekod, Keluaran Da- lam Negara Kasar pertanian bagi Selangor hanyalah 1.5 peratus pada tahun lalu de- ngan nilai RM3.98 bilion. Lima dasar utama modenkan pertanian GOMBAK - Ajaran Syiah tidak per- nah secocok dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah mahupun tradisi masyarakat di negara ini, demikian tegas Dato’ Menteri Be- sar, Amirudin Shari berhubung isu penangkapan pengikut ajaran itu di sini. Namun, beliau tidak menafi- kan pengikut itu masih boleh mengamalkan ajaran serta ke- percayaan mereka tetapi dila- rang keras menyebarkannya ke- pada orang awam. “Ulang kali perkara ini ditegas- kan melalui khutbah dan dakwah bahawa ajaran mereka tidak se- cocok, malah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 juga sudah menjelaskannya,” kata beliau. Beliau berkata demikian sele- pas merasmikan Program Gotong Royong Merdeka 2019 anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kam- pung Sungai Tua Baharu di sini, pada 8 September lalu. Terdahulu dilaporkan seramai 22 individu disyaki pengikut aja- ran Syiah ditahan JAIS, di sebuah markas di Taman Sri Gombak, pada 7 September lalu. Tangkapan itu dilakukan hasil risikan yang mendapati akan ber- lakunya perjumpaan dalam kala- ngan pengikut ajaran itu diketuai Pengerusi Syiah Malaysia, Kamil Zuhairi Abdul Azizi. Tindakan menahan kesemua individu berkenaan dilakukan me- ngikut Seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Turut disita pada serbuan itu antaranya batu karbala, bingkai gambar, kain rentang, kitab serta buku ajaran syiah. Bagaimanapun, dipercayai pe- ngikut ajaran itu membuat laporan polis berhubung penangkapan yang dilakukan JAIS. Amirudin berkata, sudah tentu pengikut berkenaan berhak mem- buat laporan polis namun, beliau yakin JAIS bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP). “Biar Polis Diraja Malaysia yang membuat siasatan sama ada ber- laku kesilapan atau sebagainya, tetapi saya yakin JAIS bertindak berdasarkan fatwa dan hasil risi- kan awal,” katanya. Syiah bertentangan Ahli Sunnah, tradisi masyarakat – MB Ke arah pendapatan tinggi

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 12 - 18 September 2019, 12 - 18 Muharam 1441

Air Selangor operator tunggal di Lembah Klang

Sektor perkilangan jana pelaburan RM6 bilion

Pilihan pengguna: Mahu GoJek atau bas mini

Dekorasi bola sepak sinari Hooligans Cafe

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Lima dasar uta-ma sektor pertanian menja-di teras Kerajaan Negeri bagi memastikan bekalan makanan berada pada paras selamat.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, dasar itu itu adalah pertanian bernilai tinggi, permodenan pertanian, pem-bangunan usahawan tani, pro-gram galakan pemasaran dan agro pelancongan yang sedang dalam proses pelaksanaan.

Katanya, tumpuan untuk meningkatkan sektor pertani-an makanan akan diberi pe- nekanan lebih tinggi, selain meningkatkan pendapatan usahawan serta amalan perta-nian lestari.

“Hasil di sektor yang bernilai tinggi memerlukan pengala-man dan kos penyediaan in-frastruktur menjadi kekangan utama selain daripada ilmu pengetahuan berkenaan pe- laksanaan projek itu.

“Oleh itu, Kerajaan Nege-ri mahu menjadikan syarikat yang berwibawa dan berpe- ngalaman untuk melaksana- kannya sebelum dijadikan mentor kepada pengusaha ba-haru.

“Kita juga mempunyai jum-lah penduduk yang tinggi dan menyebabkan kekurangan ta- nah, justeru petani perlu mem-babitkan diri dengan teknolo-gi tinggi dan berkonsepkan pertanian moden,” katanya.

Beliau berkata demikian pa-da Majlis Pelancaran Selangor Agrofest 2019: Pemodenan Pertanian ke Arah Kehidupan Lestari, di Bulatan Bazerana di sini, pada 7 September lalu.

Hadir sama, EXCO Kerajaan Negeri, Ir Izham Hashim dan Dato’ Abdul Rashid Asari.

Pada masa sama, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri turut mengatasi masalah usia yang

semakin meningkat dalam ka- langan usahawan tani sedia ada.

Katanya, program kesedar- an dan galakan untuk genera-si muda turut diberi perhatian melalui kaedah penggunaan peralatan moden yang mula menarik minat golongan itu.

“Selaras penggunaan jualan dalam talian (online trading) yang menjadi trend pemasa-ran ketika ini, satu program khusus akan dilancarkan da-lam masa terdekat.

“Melalui program itu, lapi- san orang tengah dapat dika-wal yang akhirnya pembeli dan penjual khususnya golo- ngan usahawan tani dapat menikmati jualan dengan har-ga menarik dan menguntung-kan kedua-dua pihak,” katanya.

Untuk rekod, Keluaran Da-lam Negara Kasar pertanian bagi Selangor hanyalah 1.5 peratus pada tahun lalu de-ngan nilai RM3.98 bilion.

Lima dasar utama modenkan pertanian

GOMBAK - Ajaran Syiah tidak per-nah secocok dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah mahupun tradisi masyarakat di negara ini, demikian tegas Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari berhubung isu penangkapan pengikut ajaran itu di sini.

Namun, beliau tidak menafi-kan pengikut itu masih boleh mengamalkan ajaran serta ke-percayaan mereka tetapi dila-rang keras menyebarkannya ke-pada orang awam.

“Ulang kali perkara ini ditegas-kan melalui khutbah dan dakwah bahawa ajaran mereka tidak se-cocok, malah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 juga sudah menjelaskannya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian sele-pas merasmikan Program Gotong Royong Merdeka 2019 anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kam- pung Sungai Tua Baharu di sini, pada 8 September lalu.

Terdahulu dilaporkan seramai 22 individu disyaki pengikut aja-ran Syiah ditahan JAIS, di sebuah markas di Taman Sri Gombak, pada 7 September lalu.

Tangkapan itu dilakukan hasil risikan yang mendapati akan ber-lakunya perjumpaan dalam kala-ngan pengikut ajaran itu diketuai Pengerusi Syiah Malaysia, Kamil Zuhairi Abdul Azizi.

Tindakan menahan kesemua individu berkenaan dilakukan me- ngikut Seksyen 12 (C) Enakmen

Jenayah Syariah Selangor 1995.Turut disita pada serbuan itu

antaranya batu karbala, bingkai gambar, kain rentang, kitab serta buku ajaran syiah.

Bagaimanapun, dipercayai pe- ngikut ajaran itu membuat laporan polis berhubung penangkapan yang dilakukan JAIS.

Amirudin berkata, sudah tentu pengikut berkenaan berhak mem-buat laporan polis namun, beliau yakin JAIS bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Biar Polis Diraja Malaysia yang membuat siasatan sama ada ber-laku kesilapan atau sebagainya, tetapi saya yakin JAIS bertindak berdasarkan fatwa dan hasil risi-kan awal,” katanya.

Syiah bertentangan Ahli Sunnah, tradisi masyarakat – MB

Ke arah pendapatan tinggi

2Utama

SelangorKini 12 - 18 September 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

BANGI - Jaringan perhubungan pelbagai agensi dalam dan luar negara mampu memperkuku-hkan kedudukan Kolej Universi-ti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam disegani dan terkemuka dunia.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, KUIS kini terus berkembang dan bersaing dengan universiti tempatan serta antara-bangsa dalam seminar, penyelidi-kan juga penerbitan.

Katanya, peningkatan mutu akademik dalam pelbagai bidang serta penyelidikan itu mampu memberikan sumbangan ilmu pengetahuan kepada pemban-gunan semasa KUIS dan masyar-akat yang dahagakan ilmu Islam.

“Dalam tempoh hampir 25 ta-hun penubuhannya, KUIS berjaya membuktikan kepada awam ke-mampun bersaing dengan insti-tusi pengajian tinggi lain serta sentiasa bergerak seiring dengan arus pembangunan negeri yang pesat membangun.

“Kejayaan sebegini mem-perkukuhkan keyakinan umat Islam di Selangor bahawa KUIS berupaya memenuhi keperluan pelajarnya bagi mempersiapkan diri mereka untuk berada di pasa-ran pekerjaan dan juga mampu mendepani cabaran masa hada-pan,” katanya.

Beliau berkata demikian di Maj-lis Konvokesyen KUIS kali ke 22, di Pusat Konvensyen KUIS di sini, pada 7 September lalu.

Jadikan KUIS kampus disegani

Jaringan hubungan dalam, luar negara

Rektor KUIS, Dato’ Dr Ab Halim Tamuri menyampaikan cende- ramata kepada Amirudin Shari seusai Konvokesyen Kolej Univer-siti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kali ke-22 di Bangi, pada 7 September 2019.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha KUIS dalam memartabatkan Islam sebagai sebuah institusi ilmu yang menyumbang kepada perkem-bangan tamadun Islam masa kini.

“Bermula dengan hanya 45 pe-lajar, kini KUIS mempunyai sera-mai 9,000 pelajar dalam pelbagai bidang bermula dari peringkat asasi sehingga ke ijazah doktor falsafah.

“Saya doakan semoga KUIS te-rus cemerlang dan mencapai taraf universiti penuh dan menjadi uni-versiti wakaf pertama di Selangor sebagai pelopor ketamadunan Is-

lam serta menjadi sumber rujukan utama di dunia.

“Teruskan usaha KUIS da-lam melahirkan para da’, ulama dan umara yang bakal memim- pin umat manusia berteraskan al-Quran serta as-Sunnah demi kedaulatan Islam juga kemasla-hatan ummah sejagat,” katanya.

Pada Majlis Konvokesyen kali ini, seramai 2,338 graduan di-anugerahkan diploma, ijazah sar-jana muda, sarjana dan doktor falsafah masing-masing.

Majlis penuh gemilang itu di-adakan selama tiga hari bermula 6 hingga 8 September lalu.

GOMBAK - Kerajaan Negeri ber-hasrat mengusulkan penam-bahan jumlah anggota polis bantuan dan juga penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada Kementerian Dalam Ne-geri tidak lama lagi.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri sudah membawa usul sama se-jak 2010 dan disusuli pada 2012.

“Usul ini dibuat memandang- kan Kerajaan Negeri mahu el-emen keselamatan diperkuku-hkan dalam kalangan rakyat, sebolehnya kita mahu rakyat lebih selesa.

“Penambahan jumlah ang-gota keselamatan memboleh-kan mereka memantau aktiviti

jenayah dengan lebih kerap dan rakyat khususnya penduduk Se-langor lebih yakin,” katanya ke-pada media.

Beliau berkata demikian sele-pas merasmikan Program Gotong Royong Merdeka 2019 anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kam-pung Sungai Tua Baharu di sini, pada 8 September lalu.

Amirudin berkata, jumlah ang-gota keselamatan perlu ditambah ekoran berlakunya pertambahan penduduk terutamanya di bebe-rapa bandar utama.

Beliau berkata, jumlah ang-gota keselamatan perlu ditambah ekoran berlakunya pertambahan penduduk terutamanya di beber-apa bandar utama.

Bawa usul tambah polis bantuan SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Amirudin

Shari melakukan kunjungan hormat ke atas Gabenor Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta, Anies Rasyid Baswedan, pada 5 September lalu.

Amirudin menerusi laman Twitternya me-maklumkan, pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam setengah di pejabat Anies.

“Pertemuan bersama Bapak @aniesbas-wedan, Gabenor DKI Jakarta di pejabat Anies. Kami berbincang hampir sejam setengah me- ngenai soal kerjasama antara Selangor dan Jakarta dari segi pertukaran maklumat dan teknologi membangunkan wilayah,” tulisnya di Twitter.

Terdahulu, Amirudin turut mengadakan la-watan ke Shenzen, China bagi menumpukan usaha menarik pelaburan dari negara itu.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga akan memperkukuhkan persediaan daripada segi jalur lebar untuk menarik lebih banyak pelabu-ran, sekali gus menjana lebih banyak peluang pekerjaan di Selangor.

MB kunjungi Gabenor Jakarta

SHAH ALAM - Selangor menyum-bang 23.7 peratus kepada Kelu-aran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun lalu, sekali gus mengekalkan status sebagai penyumbang pelaburan tertinggi berbanding negeri lain.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, beliau menyifatkan pencapaian itu luar biasa beriku-tan sumbangan KDNK meningkat daripada 22.7 peratus pada 2016 dan 23 peratus (2017).

“Ia membuktikan Selangor adalah negeri paling maju di Ma-laysia memandangkan kita turut menawarkan persekitaran mesra perniagaan khususnya dari segi infrastruktur dan kemudahan tek- nologi maklumat serta komunika-si (ICT),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog Bersama Dato’ Menteri Besar Selangor dengan The Hong Kong Chinese Importers and Ex-porters Association (HKCIEA) di Hotel Concorde di sini, pada 10 September lalu.

Turut hadir, EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Poli-tik Rakyat Cina (CPPCC), Leung Chun Ying serta delegasi HKCIEA.

Pada masa sama, Amirudin ber-kata, Selangor juga kekal sebagai negeri yang memiliki jumlah Ins- titusi Pengajian Tinggi (IPT) tert-inggi di negara ini iaitu sebanyak 160 institusi, selain tiga lapangan terbang utama dan pelabuhan kedua terbesar di Asia Tenggara.

“Bertepatan dengan visi untuk menjadi negeri pintar Smart Se- langor, Kerajaan Negeri akan terus melabur dan memperbaiki infra-struktur serta sistem penyampaian bagi memenuhi keperluan pelabur.

Sumbang hasil tertinggi negara

“Selain itu, kita juga akan sen-tiasa bergerak secepat mungkin untuk terus meningkatkan pela-buran yang kondusif di Selangor, seterusnya menjadi destinasi pili-han pelabur,” katanya.

Sementara itu, Chang Khim berkata, sesi dialog di bawah kelolaan Invest Selangor Bhd di- lihat sebagai wadah terbaik un-tuk mewujudkan rangkaian perniagaan berpotensi antara Selangor dan Hong Kong.

Katanya, inisiatif itu juga bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara Selangor dan Hong Kong, terutama dalam sektor perkilangan.

“Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan untuk mena- rik pelaburan, khususnya dari Chi-na ekoran pelaburan dari negara terbabit mencecah RM3.98 bilion pada tahun lalu, manakal pelabu-ran dari Hong Kong menjangkau RM1 bilion,” katanya.

Ia membuktikan Selangor adalah negeri paling maju di Malaysia memandangkan kita turut menawarkan persekitaran mesra perniagaan khususnya dari segi infrastruktur dan kemudahan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT)AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 12 - 18 September 2019

BANGI - Kerajaan Negeri berhas-rat menyediakan dana khas bagi membantu usaha penterjemahan karya aliran agama dan kemanu-siaan ke dalam Bahasa Melayu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata inisiatif itu mem-bolehkan mahasiswa Kolej Univer-siti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) serta Universiti Selangor (UNISEL) mempelajari ilmu tanpa sempadan.

Katanya, dengan ilmu pen- getahuan, mereka boleh mengu-bah nasib diri, keluarga dan turut menyumbang kepada pembangu-nan masyarakat dan negara.

“Setiap tahun kita ada mempe-runtukkan dana untuk terbitkan buku atau karya ke dalam bahasa Arab. Tetapi tiada Bahasa Melayu.

“Untuk terbitkan sudah tentu ada kos penterjemahan ini. Oleh itu, kita sedia berbincang dan uni-versiti ini sedia menyalurkan kepa-karan untuk bahan bacaan dalam Bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen KUIS kali ke 22, di Pusat Konven-syen KUIS, pada 7 September lalu.

Amirudin menjangkakan pe-runtukan penterjemahan karya ke Bahasa Melayu berkenaan akan mula disalurkan tahun hadapan memandangkan KUIS kini mena-warkan kursus penterjemahan.

Pada masa sama, Amirudin berkata, kepesatan inovasi dan teknologi yang lebih baharu da- ripada ‘Internet of Things’, ‘big data’ dan ‘blockchain’ akan men-jadi cabaran buat warga Muslim khususnya mahasiswa.

Bagaimanapun, beliau ber-kata, tidak semua perkara perlu dikomersialkan atau diper-dagangkan.

“Sebahagian perubahan tek- nologi seperti teknologi kecer-dasan buatan (AI) dan robotik bakal menjadikan sebahagian pekerjaan waktu ini bakal menja-di pupus.

“Justeru, anak mahasiswa yang mengaji agama di KUIS dan juga aliran kemanusian dalam UNISEL, kita bercadang untuk menyedia-kan dana khas untuk membantu sebarang penterjemahan karya yang membantu memanusiakan manusia,” katanya.

Sokong usaha terjemah karya ke Bahasa Melayu

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR - Bermula 13 Sep-tember, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menja-di pemegang lesen perkhidmatan bekalan air dan operator tunggal yang melaksanakan aktiviti rawatan serta agihan air kepada pengguna di Lembah Klang.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, menerusi penstruk-turan industri bekalan air dengan pengaktifan lesen tunggal itu, Air Selangor kini berjaya menyempur-nakan pengambil alihan semua syarikat konsesi.

Katanya, kejayaan penstruktur-an ini juga sekali gus memberi erti bahawa semua konsesi air akan ditamatkan.

“10 September menjadi hari bermakna dalam industri perkhid- matan bekalan air, usaha dan komitmen semua pihak sama ada di pihak Kerajaan Persekutuan, Ke- rajaan Negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor.

“Kita berjaya merealisasikan hasrat ke arah pengurusan indus-tri perkhidmatan air yang holistik di bawah satu operator dimiliki sepenuhnya Kerajaan Negeri bagi peningkatan mutu dan kualiti perkhidmatan air yang lebih efisien, efektif, berdaya saing serta mam-pan.

Selia operasi di Lembah Klang

Air Selangor operator tunggal

“Dengan ini, kita berjaya me- muktamadkan sepenuhnya pen-strukturan industri bekalan air dan mengambil alih semua syari-kat konsesi milik swasta iaitu PNSB Water Sdn Bhd (PNSB Water), Syari-kat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS), Konsortium Air Sela- ngor Sdn Bhd (KASB) serta Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Air Selangor Se-bagai Pemegang Lesen Tunggal Perkhidmatan Bekalan Air di Sel-angor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Ibu Pe-

jabat Air Selangor di sini, pada 10 September lalu.

Amirudin berkata, pemilikan lesen perkhidmatan bekalan air kepada Air Selangor menjadi ke-nyataan selepas melalui tempoh masa panjang dan menghadapi pelbagai cabaran.

“Air Selangor selaku pemegang lesen perkhidmatan bekalan air, kini menjadi operator tunggal yang akan melaksanakan aktivi-ti rawatan dan agihan air secara holistik, sekali gus akan dapat menumpukan perhatian sepe-nuhnya kepada peningkatan tahap keberkesanan serta kece-kapan perkhidmatan kepada pel-

anggan,” katanya.Sehubungan itu, bagi meman-

tapkan lagi pengurusan Air Selan-gor, Amirudin berkata, sejumlah RM30 bilion nilai perbelanjaan (CAPEX) melalui pelan perniagaan 30 tahun digunakan bagi merang-ka dan merancang pelaksanaan kerja kapital secara berterusan.

Terdahulu, Kerajaan Negeri dan Air Selangor melaksanakan pelbagai perancangan dan inisia-tif bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan selepas mengam-bilalih dua syarikat konsesi pada Oktober 2015.

Antaranya, membina dan menyiapkan dua lagi Loji Ra-

watan Air (LRA) baharu iaitu LRA Semenyih 2 dan LRA Labohan Da-gang dengan jumlah kos RM800 juta bagi meningkatkan rizab mar-gin air terawat di Selangor.

Kerajaan Negeri juga menyalur-kan bantuan dalam bentuk geran dan pinjaman RM324.3 juta bagi melaksanakan kerja pengantian paip lama melebihi 438km di Se- langor dan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Air Selangor juga membelanjakan sebanyak RM1.1 bilion sepanjang tempoh 2016 hingga tahun lalu, bagi me-naiktaraf dan membaikpulih pel-bagai aset serta infrastruktur bekalan air.

KLANG - Sebanyak 38,594,302 penumpang Bas Smart Selangor direkodkan bagi tempoh 1 Julai 2015 sehingga 31 Julai lalu, kata Ng Sze Han.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pen-gangkutan Awam dan Pembangu-nan Kampung Baharu itu berkata, perkhidmatan percuma di 11 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mem-babitkan kos keseluruhan bernilai RM78.6 juta diperuntukkan Kera-jaan Negeri.

“Perkhidmatan ini sering menja-di perhatian bukan sahaja dalam ka- langan rakyat di Selangor, malahan menjadi tarikan dan contoh kepada negeri lain untuk turut menyedia-kan perkhidmatan seumpama ini.

“Bagaimanapun, kemudahan disediakan harus mengekalkan kualiti perkhidmatan yang baik dan berterusan untuk menjamin ke- selesaan serta kesejahteraan mas-yarakat dengan kemudahan sistem pengangkutan awam lebih efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bas Smart Sela- ngor Laluan KLG3 & KLG4 di Dewan

Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini, pada 10 September lalu.

Turut hadir, Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin dan Pemangku Setiausaha MPK, Mohd Khairi Md Yusof.

Pada masa sama, Sze Han berka-ta, sehingga kini sebanyak 5,219,564 penumpang Bas Smart Selangor di-catatkan di MPK meliputi laluan KLG 1 dan KLG 2 dengan setiap laluan mempunyai empat bas yang ber-operasi membabitkan peruntukan RM8,188,218.

Beliau turut menyifatkan ke-jayaan pelancaran Bas Smart

Selangor MPK adalah hasil ker-jasama diberikan semua pihak yang terbabit.

“Saya berharap MPK terus mem-buat pemantauan secara berkala terhadap operasi Bas Smart Selan-gor daripada segi jadual dan per-jalanan bas bagi memastikan servis yang disediakan adalah terbaik.

“Kerajaan Negeri berpendirian positif dalam melaksanakan pro-gram Bas Smart Selangor ini yang berkonsepkan mesra rakyat di samping integrasi dengan jarin-gan pengangkutan awam yang lain,” katanya.

38.6 juta penumpang dapat manfaat bas percuma

Foto

BER

NAM

A

4Utama

SelangorKini 12 - 18 September 2019

SIDANG PENGARANG

SHAH ALAM - Delegasi Kerajaan Negeri bertemu konglomerat di China pada 1 hingga 4 Septem-ber lalu bagi menarik lebih ba- nyak pelaburan ke Selangor, sekali gus merealisasikan hasrat Negeri Pintar 2025.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata kolaborasi dengan dua entiti besar seperti Huawei dan Tencent Holdings sedang da-lam perancangan.

“Tencent adalah pengelola atau pengendali operasi sistem berkualiti tinggi dan menawarkan perkhidmatan software yang ba-nyak digunakan dunia masa kini.

“Saya tawarkan mereka datang ke Selangor dan membina pang-kalan data di sini, jadi ia sedang dibincangkan untuk melihat ke- sesuaiannya,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin berkata, hasrat Selangor menjadi Negeri Pintar 2025 mudah terca-

pai sekiranya kerjasama (dijalin) dengan kedua-dua pemain indus-tri utama itu.

“Penting untuk kita menarik pelaburan besar daripada pemain utama industri ini, apatah lagi mereka adalah pemain Smart City.

“Untuk menjadi Negeri Pintar, kita harus berkolaborasi dengan pemain utama ini bagi mening-katkan kefahaman kita bagaima-na mekanisme dan dirangkumkan dalam Belanjawan 2020,” katanya.

Katanya, agensi seperi SMART-Sel, Smart Selangor Delivery Unit, Invest Selangor dan Majlis Tek- nologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) akan menawar-kan projek baharu dengan kola- borasi itu nanti.

“Kita sedang aturkan dan semua rangkuman di bawah ta-waran yang saya rasa kukuh dan sangat menarik,” katanya.

Turut sama pada delegasi itu

Realisasi Negeri Pintar 2025

Jana pelaburan tinggi

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengetuai delegasi Kerajaan Selangor bertemu konglomerat bagi sektor rangkaian sosial dan permainan terbesar Asia, Tencent Holdings, di Shenzen, China ber-mula 1 September lalu

ialah Chang Khim dan EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Eh- wal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian serta Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris.

Terdahulu, delegasi itu men-gadakan lawatan ke Tencent – syarikat pertama di Asia berjaya mencatat nilai syarikat tertinggi mencecah AS$500 bilion dengan memberi pengkhususan terhadap sektor rangkaian sosial, pemba-yaran digital, hiburan, kecerdasan dan teknologi.

Sementara itu, pertemuan em-pat mata antara Kerajaan Selangor dan Huawei adalah bagi meneroka peluang baharu bagi memboleh- kan misi bergelar Negeri Pintar di ASEAN berjaya, tidak lama lagi.

Pada 7 April lalu, EXCO Pelabu-ran, Dato’ Teng Chang Khim men-gumumkan China mencatatkan pelaburan tertinggi di Selangor dengan nilai pelaburan RM3.93 bilion setakat ini menerusi pela-buran dalam barangan berasas-kan logam.

KAPAR - Penggunaan teknologi pintar yang lebih efisien melalui gagasan Smart Selangor mampu menambah baik kualiti perkhid-matan kemudahan awam di ne-geri ini.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inova-si dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian, berkata gagasan itu su-dah menambah baik penggunaan teknologi pintar melalui aplikasi ‘Selangor Intelligent Transport Sys-tem’ bagi penggunaan Bas Smart Selangor.

Selain itu, katanya, Smart Se-langor Delivery Unit juga mem-perkenalkan Smart Selangor Parking, dan terbaharu aplikasi CEPat yang akan membantu se-gala urusan orang awam dengan Pihak Berkuasa Tempatan serta Kerajaan Negeri.

“Kesemua kerja tambah baik ini dilakukan untuk memboleh-kan penduduk Selangor merasai manfaat sebuah negeri pintar.

“Perkhidmatan sebegini bukan sahaja mendapat liputan yang meluas di seluruh negeri, tetapi sentiasa mempunyai nilai tam-

bah yang memudahkan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka Karnival Jelajah 360 Smart Se- langor edisi keenam di Jalan Pasar Malam, di sini, pada 7 September lalu.

Hadir sama, Ahli Dewan Ne- geri Sementa, Dr Daroyah Alwi dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Mengulas lanjut, Loy Sian berkata, Klang adalah destina-si keenam program itu meman-dangkan ia antara daerah yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi.

“Sambutan menggalakkan di- terima sepanjang penganjuran Karnival Jelajah 360 membuktikan rakyat Selangor bersedia bersama dengan kerajaan untuk mencapai matlamat negeri pintar.

“Melalui program sebegini, bu-kan hebahan saja dilakukan kepa-da setiap pelusuk rakyat, tetapi rakyat sendiri dapat mengalami serta mendapat maklumat secara terus daripada Kerajaan Negeri,” katanya.

Agenda tingkat mutu kemudahan awam

Hee Loy Sian (tengah) merasmikan Karnival Jelajah 360 Smart Se-langor edisi keenam di Jalan Pasar Malam, pada 7 September lalu

GOMBAK - Peniaga Pasar Pagi Se-layang Baru dibantu mendapatkan tempat di bangunan baharu yang bakal dibuka tidak lama lagi, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, pihaknya sudah berulang kali mengadakan per-temuan dengan Ahli Majlis dan Maj-lis Perbandaran Selayang (MPS) bagi membincangkan isu berkenaan.

Katanya, isu mula timbul setelah jumlah peniaga bertambah se- hingga menyebabkan ada peniaga

mendakwa mereka tidak mendapat tempat di pasar baharu.

“Punca masalah ini ialah reka bentuk bangunan pasar baharu yang sudah direka bertahun lama- nya tidak dapat menampung jum-lah peniaga, sekarang kita lihat jum-lah peniaga semakin bertambah.

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri ada formula sendiri dan kita akan se-daya upaya (bantu) untuk dapatkan peniaga masuk,” katanya.

Dilaporkan penduduk menggesa

MPS lebih telus dalam isu agihan ta-pak dan pemindahan peniaga Pasar Pagi Selayang Baru ke bangunan ba-haru selepas hampir separuh per-mohonan peniaga ditolak.

Pasar Pagi Selayang Baru mam-pu membuatkan 400 peniaga ter-diri daripada pasar ikan dan sayur, medan selera serta penjaja ber-payung, sementara bangunan bertingkat bagi pasar baharu difa-hamkan hanya menyediakan 200 petak.

Peniaga pasar pagi dapat bangunan baharu

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 12 - 18 September 2019

SHAH ALAM - Petani dan pe-ladang dinasihatkan supaya tidak mengambil jalan pintas demi meraih keuntungan dan kejayaan semata-mata sebalik- nya mengikut prosedur tana-man ditetapkan.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemode-nan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim, berkata disiplin dan kesungguhan per-lu dijadikan asas untuk berjaya di samping mempelajari ilmu baharu selari dengan perkem-bangan teknologi semasa yang sesuai dengan bidang pertani-an.

“Disiplin merupakan teras kejayaan. Kita tidak boleh am-bil jalan pintas untuk menca-pai cita-cita.

“Jalan pintas ini sebenar- nya penuh perangkap dan kita pastinya akan terperangkap. Kesungguhan dan keyakinan pasti akan membuahkan has-il,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika menyampaikan ucaptama sempena Majlis Apresiasi Pensi-jilan myGAP dan myOrganic Sek- tor Tanaman Peringkat Negeri Selangor 2019 di pentas utama

Selangor Agro Fest.Katanya, Jabatan Pertanian

sudah menjalankan pelbagai usaha bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran ha- sil pertanian supaya ia selamat dimakan pengguna.

Pada majlis itu, seramai 112 petani bagi tahun 2018 dan 2019 memperoleh pensijilan myGAP dan myOrganic seka-li gus diiktiraf sebagai ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik serta Perladan-gan Organik.

myGAP yang dahulunya dikenali sebagai Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) adalah skim yang dirangka dan dilaksana Jabatan Pertanian se-jak 2012.

Untuk rekod, Selangor ada-lah penyumbang terbesar kepa-da pensijilan myGAP di negara ini sepanjang lima tahun ber-turut-turut sejak 2013.

Jabatan Pertanian Negeri Se-langor mensasarkan 264 pensi-jilan myGAP untuk tahun 2019, selari dengan kehendak Jaba- tan Pertanian Malaysia yang mensasarkan enam pensijilan bagi setiap Agen Pengemba- ngan Tanaman (APT).

Tiada jalan pintas untuk berjaya

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri se-dang dalam peringkat penyediaan logo khas ‘Selangor Premium’ untuk diberikan kepada pengusaha pro-duk makanan khususnya produk proses dan segar.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata melalui pengenalan logo itu, setiap produk yang dihasil-kan perlu melalui proses audit ber-kala sebelum diberikan kebenaran.

“Harapan Kerajaan Negeri su-paya masa hadapan kesemua agroprenuer sama ada pengelu-ar produk segar mahupun proses boleh mengadaptasikan prosedur operasi standard (SOP).

“Ia dapat diterapkan kepada

mereka dan seterusnya produk yang dihasilkan akan menjadi le-bih berkualti dan mendapat pasa-ran lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Selangor Agro-fest 2019: Pemodenan Pertanian ke Arah Kehidupan Lestari, di Bulatan Bazerana, di sini, pada 7 Septem-ber lalu.

Hadir sama EXCO Kerajaan Ne-geri, Ir Izham Hashim dan Dato’ Ab-dul Rashid Asari.

Pada masa sama, Amirudin ber-kata, Kerajaan Negeri turut mem-pertingkatkan promosi produk segar dan proses dari Selangor ke pasaran antarabangsa melalui

penyertaan ekspo jualan di Sin-gapura, Jepun, Asia Barat dan Ero-pah.

Selain itu, katanya, pembukaan tanah baharu untuk pertanian juga sedang giat dikenalpasti bagi memberi peluang kepada semua golongan khususnya beliau untuk menceburkan diri di sektor perta-nian.

“Melalui pembukaan tanah ba-haru, Kerajaan Negeri akan turut membantu daripada segi penye-diaan infrastruktur asas seperti kerja tanah dan penyediaan plot supaya beban golongan ini diri- ngankan untuk memulakan sesua-tu projek,” katanya.

Logo khas Selangor Premium bakal diperkenal

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Selangor terus mencatat prestasi ekonomi ter-baik apabila sektor perkilangan-nya menjana nilai pelaburan berjumlah RM6 bilion bagi tem-poh enam bulan pertama tahun ini sehingga 30 Jun lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, rekod itu menunjuk-kan peningkatan berbanding tem-poh sama pada tahun lalu yang hanya mencatat sejumlah RM3.8 bilion nilai pelaburan.

“Dengan kata lain, kita berada di landasan untuk mencapai hasil dua digit menjelang penghujung tahun ini yang diramalkan secara sederhana dan konservatif ber-jumlah RM10 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog Bersama Dato’ Menteri Besar Selangor dengan The Hong Kong Chinese Importers and Ex-porters Association (HKCIEA), di Hotel Concorde, di sini, pada 10 September lalu.

Turut hadir, EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Politik Rakyat Cina (CPPCC), Leung Chun Ying serta delegasi HKCIEA.

Amirudin berkata, pelaburan langsung domestik dan asing adalah aspek terpenting dalam kejayaan pelaburan di Selangor se-lepas berjaya menarik pelaburan bernilai RM210.6 bilion meneru-si lebih 7,900 projek pembuatan, sejak 1987.

Seiring dengan prestasi ekonomi yang sangat positif itu, katanya, ia sekali gus mampu mewujudkan lebih 700,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri itu.

“Menurut statistik pelabu-ran yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malay-sia (MIDA) pada 2018, angka itu melebihi jangkaan apabila pela-buran bernilai RM18.9 bilion diba-wa masuk ke Selangor yang juga menunjukkan pertumbuhan se-

Prestasi ekonomi kekal terbaik

Sektor perkilangan jana pelaburan RM6 bilion

Amirudin Shari bersalaman dengan Leung Chun Ying pada sesi Dialog Bersama The Hong Kong Chinese Importers & Exporters Association (HKCIEA) di Hotel Concorde, Shah Alam, pada 10 September lalu

banyak 239 peratus dari tahun sebelum ini.

“Ini juga adalah pelaburan ter- tinggi yang diterima dalam tem-poh setahun sepanjang 25 tahun yang lalu, malahan rekod pencapa-

ian mengagumkan ini menjadi tes-timoni hebat bagi Selangor untuk terus kekal sebagai destinasi pela-buran pilihan di Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa bangga apabi-

la Hong Kong Wilayah Pentadbi-ran Khas (SAR) menduduki tempat ketiga dalam kalangan negara penyumbang dengan nilai pela-buran sebanyak RM945.40 bilion (AS$25.44 bilion).

6Utama

SelangorKini 12 - 18 September 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

SETIA ALAM - Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan Skim Sewa Beli kepada rakyat Sela- ngor untuk memudahkan mereka mendapat pembiayaan pinjaman daripada institusi kewangan bagi memiliki rumah pertama.

EXCO Perumahan dan Kehidu-pan Bandar, Haniza Mohamed Talha, berkata usaha itu difo- kuskan kepada rakyat yang sukar mendapatkan pinjaman bagi pembelian rumah pertama.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang dalam sesi perbincangan bersama institusi kewangan bagi merealisasikan skim terbabit.

“Pada masa ini, kerjasama ber-sama institusi kewangan masih

dalam proses perbincangan lan-jut dengan jangkaan penyediaan dana sejumlah RM1 bilion.

“Melalui dana itu, ia akan di-gunakan bagi pembelian rumah dan diharapkan usaha ini dapat diperkenalkan pada 2020,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian ke- tika sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kepa-da Pembeli Rumah Selangorku De Cemara Setia Alam dan Penyera-han Kunci Kepada Penyewa Skim Smart Sewa, De Kiara Setia Alam, di sini, pada 7 September lalu.

Pada masa sama, Haniza berka-ta, Kerajaan Negeri optimis pem-beli dapat mengambil peluang terbaik bagi membantu lebih ra-mai kumpulan sasar mendapat

pinjaman perumahan mampu mi-lik secara mudah.

Pada 2 Januari lalu, Kerajaan Persekutuan melalui Bank Negara Malaysia memperkenalkan Dana Mampu Milik bertujuan mem-biayai pembelian rumah pertama.

Tawaran syarat kelayakan pemohon dinaikkan berkuat kua-sa pada 1 September lalu dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah RM4,360.

Selain itu, syarat lain adalah harga tanah sehingga RM300,000 seunit (sebelum ini sehingga RM150,000 seunit) dan kadar pembiayaan sehingga 3.5 pera-tus setahun.

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 40 tahun atau sehing-ga usia 70 tahun.

Bincang dengan institusi kewangan

Bantu rakyat miliki rumah

SETIA ALAM - Kerajaan Negeri me-nerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) membe-li 979 unit Rumah Selangorku un-tuk melaksanakan program Skim Smart Sewa sejak mula diperkenal-kan pada 2017 sehingga kini.

EXCO Perumahan dan Kehidu-pan Bandar, Haniza Mohamed Tal-ha, berkata sehingga kini Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM150 juta bagi pembelian unit ke-diaman bagi pelaksanaan skim itu.

Katanya, daripada jumlah itu se-banyak 515 unit disewakan dengan kadar sewaan bermula daripada RM450 sehingga RM900 sebulan.

“Pada akhir tahun ini sehingga pertengahan 2020 sebanyak 464 unit lagi dijangka disiapkan dan sedia untuk disewa kepada orang awam.

“Malah, hari ini di Setia Alam sa-haja, sebanyak 30 unit untuk pro-jek De Kiara sudah diserahkan kunci untuk mereka sewa, manakala 30 unit lagi bagi projek De Bayu di-jangka bakal diserahkan kunci pada Oktober,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kepada Pembeli Ru-mah Selangorku De Cemara Setia Alam dan Penyerahan Kunci Kepa-da Penyewa Skim Smart Sewa , De Kiara Setia Alam, di sini, pada 7 Sep-tember lalu.

Turut hadir Ketua Pegawai Ek-sekutif SP Setia Berhad, Dato’ Khor Chap Jen dan Ketua Penolong Pe- ngarah LPHS, Mohd Hafiz Hassan.

LPHS beli 979 unit, laksana Skim Smart Sewa

Haniza Mohamed Talha (dua dari kiri) menyerahkan replika kunci kepada seorang penyewa Skim Smart Sewa, De Kiara Setia Alam, pada 7 September 2019 SHAH ALAM - Selangor dipi-

lih sebagai tuan rumah Karnival Penjaja 2019 bagi peringkat Zon Tengah yang akan berlangsung pada Oktober ini.

EXCO Pembangunan Usaha-wan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rod-ziah Ismail, berkata karnival akan diadakan di Shah Alam itu bakal menghimpunkan ribuan penja-ja dari Wilayah Persekutuan Kua-la Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Dijangka karnival anjuran Ke-menterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu bakal menarik ribuan penjaja dari tiga negeri terbabit.

“Antara acara pada karni-val itu termasuk konvensyen

penjaja bagi membincang dan mencadangkan sesuatu isu serta mengenai gerai jualan perniagaan masing-masing,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog Membincangkan Masa Depan Penjaja dan Peniaga Kecil Dalam Aspek Pembangu-nan Usahawan Mikro Selangor di Menara Bank Rakyat di sini, pada 5 September lalu.

Rodziah berkata, karnival berkaitan dibuka kepada semua penjaja dan tidak semestinya mereka perlu melalui persatuan masing-masing.

Katanya, pada karnival itu kerajaan juga akan menerang-kan dasar terkini selain memberi peluang baharu kepada peniaga.

Tuan rumah Karnival Penjaja pada Oktober

KAPAR - Mesyuarat Majlis Tin-dakan Ekonomi Selangor (MTES) akan memutuskan sama ada kilang bateri yang didakwa mem-buat pencemaran plumbum di Jenjarom akan ditutup atau di- pindahkan.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inova-si dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian, berkata isu berkenaan akan dibawa ke MTES yang dijadual berlangsung sekurang-kurangnya seminggu dari sekarang.

“Buat masa ini, Kerajaan Nege-ri sedang mengumpulkan mak-lumat, namun kita sudah dapat keputusan hasil laporan daripada beberapa jabatan.

“Keputusan sama ada menutup atau memindahkan kilang bateri ini dibuat kerana penduduk men-gatakan kewujudannya mence-markan air bawah tanah serta udara.

“Bagaimanapun, dakwaan itu akan dikenal pasti melalui uji-an darah yang dibuat ke atas pe-ngadu,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Je-lajah 360 Smart Selangor, di sini, pada 7 September lalu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kilang bateri kon-troversi yang didakwa melakukan pencemaran plumbum di Jenja- rom, Kuala Langat, pada April lalu.

Terdahulu, dilaporkan pen-duduk mengadakan demonstrasi aman dan mendesak Majlis Daerah Kuala Langat serta Jabatan Alam Sekitar supaya tidak menyambung lesen operasi sementara kilang itu yang tamat, pada 19 Ogos.

Penduduk mendakwa kilang bateri itu membuang sisa plum-bum ke dalam saliran yang ber-sambung dengan sungai serta menyebabkan pencemaran udara di Jalan Sukepi, Kuala Langat.

Namun, pada April, Kerajaan Negeri mengumumkan kilang itu berdepan enam kompaun ber-jumlah RM12,000 berikutan kega-galannya mematuhi pengurusan peleburan plumbum mengikut jadual.

Kilang terbabit disyorkan untuk dipertuduhkan di bawah Seksyen 34A(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling kerana melakukan proses pemer-olehan kembali plumbum tanpa kelulusan Laporan Penilaian Ke-san Kepada Alam Sekeliling.

MTES tentukan status kilang bateri di Jenjarom

Pada masa sama, Haniza berka-ta, Skim Smart Sewa diperkenal-kan Kerajaan Negeri bertujuan membantu golongan sasar un-tuk menyewa sambil menyimpan.

Katanya, setiap penyewa akan menyewa untuk tempoh se-kurang-kurangnya dua tahun dan tempoh maksima sewaan adalah lima tahun.

“Sebanyak 30 peratus daripa-da jumlah keseluruhan sewaan bersih ini akan dipulangkan se- mula sebagai insentif dalam membantu mereka menyediakan deposit pembelian Rumah Selan-gorku kelak.

“Menariknya, ia juga sebagai

jalan mudah untuk penyewa membeli Rumah Selangorku ke- rana Perumahan dan Hartanah Se- langor Sdn Bhd akan menyerahkan senarai nama kepada LPHS untuk diberi keutamaan kepada peserta Skim Smart Sewa,” kata Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya itu.

Terdahulu, seramai 30 keluarga menerima manfaat Skim Smart Sewa Pangsapuri De Kiara selepas menerima kunci yang diserahkan sendiri EXCO terbabit, hari ini.

Unit kediaman berkeluasan 800 kaki persegi itu dilengkapi tiga bilik dan dua tandas selain kemudahan dua parkir bagi se-tiap unit.

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 12 - 18 September 2019

OLEH NORHAYATI UMOR SABAK BERNAM - Daerah Sabak Bernam diberi tumpuan khusus bagi memban-gunkan ekonomi penduduk setempat menerusi pelbagai usaha membabitkan sektor pelancongan, pertanian dan keu-sahawanan produk.

EXCO Pembangunan Usahawan ser-ta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, inisiatif itu bagi memastikan penduduk setempat dapat menjana pendapatan lebih tinggi.

Katanya, jawatankuasa pembangunan ekonomi daerah itu sudah ditubuhkan yang dianggotai oleh beliau, Exco Pelabu-ran, Exco Pelancongan dan Exco Pertanian.

“Kita mahu Sabak Bernam menjadi se- perti daerah lain yang pesat membangun daripada setiap aspek, justeru daerah ini perlu diberikan suntikan komprehensif daripada pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada peras-mian Mini Expo Usahawan (Mexus) kali ke tiga daerah Sabak Bernam, di sini, pada 7 September lalu.

Rodziah berkata, sebanyak 79 kam-pung di daerah itu yang terkenal dengan keunikan tersendiri seperti makanan po- pular mentarang, kerepek dan mee

udang.Selain itu, katanya, Pusat Konservasi

Enggang Sungai Panjang, Pusat Konserva-si Kelip-Kelip Sungai Pakeh dan Pantai Ba-gan Nakhoda Omar perlu diperkenalkan lagi kepada pelancong luar.

“Bukan itu sahaja, komposisi Melayu berketurunan Jawa, Banjar, Kampar dan Bugis selain terdapat adat Melayu Jawa seperti Kuda Kepang, Barongan, Gamelan serta Jawa Kompang perlu diperkenalkan ke peringkat luar.

“Oleh itu, saya berharap semua pihak termasuk pemimpin masyarakat, politik dan penduduk setempat dapat beker-jasama membantu pembangunan dae- rah ini,” katanya.

Pada masa sama, Rodziah berkata, pembangunan usahawan dan pemban-gunan luar bandar di Selangor akan terus bergerak seiring dengan Dasar Keusaha-wanan Nasional 2030 serta Dasar Pem-bangunan Luar Bandar 2030.

“Jumlah penduduk dsa di Selangor mengikut statistik melebihi 2.2 juta pen-duduk.

“Kepesatan ini perlu dilihat dengan baik melalui pelbagai program yang dibangunkan bagi memantapkan lagi ekonomi penduduk desa dan tidak mem-inggirkan mereka,” katanya.

Bangun tiga industri utama

Tumpuan khusus tingkat ekonomi Sabak Bernam

EXCO Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail melihat produk kraftangan penduduk setempat di Mini Expo Usahawan (Mexus) daerah Sabak Bernam, pada 7 September lalu

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, perbincangan berhubung potensi usa-ha sama strategik antara Khazanah Nasional Bhd dan Mubadala Investment Company berlangsung ketika beliau mengadap Pu-tera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

“Perbincangan yang produktif bersama Yang Teramat Mulia Sheikh @MohamedBin-Zayed Al Nahyan, berhubung potensi usaha sama strategik antara Khazanah Nasional Berhad dan Mubadala Investment Compa-ny membabitkan industri infrastrukur serta strategik bagi mewujudkan kemakmuran untuk manfaat kedua-dua negara,” kata Az-

min dalam tweetnya.Mubadala ialah dana kekayaan Abu Dhabi.Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan

juga ialah Timbalan Komandan Tertinggi Angkatan Bersenjata Emiriah Arab Bersa-tu (UAE).

Azmin berkata, perbincangan akan diada-kan bagi penubuhan Jawatankuasa Bersama (JIC) dalam usaha meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.

Ia akan dipengerusikan bersama oleh menteri dari Malaysia dan UAE.

“JIC bertujuan memanfaatkan potensi ker-jasama ekonomi sepenuhnya antara Malay-sia dan UAE dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, minyak dan gas, infrastruktur serta

pelancongan,” kata Azmin yang mengetuai delegasi Malaysia pada Rundi- ngan Meja Bulat Tenaga Asia Kelapan (AMER8) dan Kongres Tenaga Dunia ke-24 (WEC24), di Abu Dhabi.

“UAE ialah rakan da-gang terbesar Malaysia di Timur Tengah dan kami teruja dengan potensi ekonomi menerusi pela-buran yang memberi man-faat bersama menerusi JIC. Potensinya tiada had dan boleh dimajukan bersa-ma,” katanya. – BERNAMA

Bincang potensi usaha sama strategik Khazanah, Mubadala

8Nasional

SelangorKini 12 - 18 September 2019

KUALA LANGAT - Kadar baha-ru tarif air bagi semua negeri ke-mungkinan diumumkan hujung tahun ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berkata bagaimanapun perkara itu akan dibawa kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu untuk dibincang-kan.

“Setelah Jemaah Menteri ber-setuju dengan kadar baharu ini, baharu saya akan umumkan ke-naikan bagi setiap negeri, ke-mungkinan pada hujung tahun ini, tetapi saya tidak boleh janji

apa-apa,” katanya kepada pem-berita selepas majlis pelepasan Larian Keamanan 2019 di Data-ran Pantai Morib, di sini, pada 8 September lalu.

Ditanya mengenai peratusan kenaikan tarif air itu, Dr Xavier berkata, pihaknya akan memasti-kan kenaikan itu kelak tidak mem-bebankan rakyat.

“Kita faham situasi rakyat, teta-pi pada masa sama yang rakyat perlu faham bahawa industri air sudah lama tidak ada perubahan dan ia memerlukan modal operasi yang besar,” katanya. – BERNAMA

Tidak bebankan pengguna

Tarif air naik hujung tahun?

KUCHING - Kementerian Kesiha-tan akan membentangkan akta baharu berkaitan penggunaan tembakau, ‘vape’, rokok elektro-nik dan shisha di Parlimen sele-wat-lewatnya pada persidangan sesi Mac 2020.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ke-menterian berkenaan ketika ini dalam fasa akhir dalam pene-litian untuk menggubal akta berkenaan yang disifatkan lebih menyeluruh serta dapat mena-ngani pelbagai isu terkini.

“Kita hampir di penghujung perbincangan bersama Peguam Negara dan sangat mengharap-kan dapat membentangkannya di Parlimen pada suku yang per-tama sebelum Mac tahun hada-pan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri larian ‘Stop The Stigma’ anjuran Hospital Umum Sarawak di Bangunan DUN lama di sini, pada 8 Sep-tember lalu.

Beliau berkata, akta itu merangkumi bukan sahaja tem-bakau tetapi beberapa sisi lain

Menteri: Bentang akta baharu kawal tembakau, vape

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahi-ran (PTPK) mendapat peruntu-kan RM1 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) untuk membantu pelajar daripada kum-pulan berpendapatan rendah (B40) menjalani latihan kemahiran hing-ga ke peringkat diploma di insti-tusi swasta.

Pengerusi PTPK, K Saraswathy, berkata masalah yang timbul ialah ramai yang masih keliru tentang perbezaan fungsi antara PTPK de-ngan Tabung Pembangunan Sum-ber Manusia Berhad (HRDF) yang kedua-duanya berada di bawah Ke-menterian Sumber Manusia.

“PTPK adalah satu tabung pem-bangunan yang memberi pinjaman pelajaran kepada lepasan sekolah bagi menceburi bidang kemahiran sementara HRDF adalah sebuah agensi di bawah kementerian yang memberi latihan kepada pekerja menggunakan dana daripada caru-man yang dibuat syarikat-syarikat.

RM1 bilion bantu pelajar B40 jalani latihan

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaf-taran Negara (JPN) meminta orang ramai segera menghentikan pe-nyebaran isu tular dalam media sosial mengenai warga China mi-liki kad pengenalan MyKad.

Katanya, ia bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kebim-bangan rakyat bahawa kerajaan sewenang-wenangnya memberi-kan kewarganegaraan kepada

rakyat asing.Dalam satu kenyataan yang

dikongsi dalam laman Facebook, pada 7 September lalu, JPN ber-kata, tindakan tegas akan diam-bil kepada mana-mana individu yang menyebarkan sebarang isu berunsur fitnah kepada kerajaan.

JPN juga menjelaskan isu ber-hubung warga China miliki kad pengenalan MyKad adalah is-

teri kepada warganegara Ma-laysia yang telah memperoleh kewarganegaraan pada Septem-ber 2017 mengikut Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, sebagai isteri kepa-da warganegara Malaysia yang berkahwin secara sah mengikut undang-undang Malaysia boleh memohon kerakyatan setelah memenuhi syarat yang ditetap-

kan Perlembagaan Persekutuan.“Permohonan dan kelulusan ke-

warganegaraan Malaysia bukan tertumpu kepada satu-satu kaum tertentu sahaja malah menerima dan meluluskan daripada pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia.

“Penganugerahan taraf ke-warganegaraan adalah anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada warga asing yang benar-

benar layak sahaja dan perlu mengikut syarat yang ditetapkan serta tertakluk kepada peruntukan di bawah Perlembagaan Perseku-tuan,” katanya.

JPN berkata, isu itu juga per-nah ditular tahun lepas oleh pi-hak yang tidak bertanggungjawab dengan mendakwa JPN telah memberikan kad pengenalan ke-pada warga China. — BERNAMA

Henti tularkan isu warga China dapat MyKad – JPN

yang bersangkutan dengan niko-tin yang terdapat di dalam ‘vape’ ataupun rokok elektronik.

Sebelum ini, Timbalan Men-teri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye mengetuai jawatankuasa khas yang melihat kepada persoa-lan mengenai vape dan shisha

“Bagi mereka yang ingin mendaftar dengan PTPK sebagai alternatif menyambung pelajaran ke peringkat diploma kemahiran, kami menyarankan untuk mereka menyambung pengajian di institu-si latihan awam di bawah kemen-terian.

“Ini kerana masih ada banyak kekosongan bagi pengambilan Januari 2020 dan pendaftaran di-buka dari September hingga Di-sember tahun ini,” katanya.

Namun Saraswathy berkata, jika masih tidak mendapat tempat di in-stitusi awam, pelajar boleh mendaf-tarkan diri dengan institusi swasta dengan pihak PTPK akan memberi-kan pinjaman pelajaran sebanyak RM8,000 bagi satu-satu kursus lati-han bertempoh lapan hingga 12 bulan.

Orang ramai berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan pinjaman pela-jaran itu boleh melayari laman web www.ptpk.gov.my. – BERNAMA

Xavier Jayakumar

yang membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), FCTC (Rangka Kerja Kawalan Tembakau) dan farmasi Kemen-terian Kesihatan bertanggung-jawab melihat produk tembakau yang mengandungi nikotin.

PUTRAJAYA - Seluruh Malaysia diisytiharkan sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka kecuali pembakaran mayat, pem-bakaran bagi tujuan keagamaan, gril/barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar (flaring) berkuat kuasa serta-merta sehingga Mon-sun Barat Daya berakhir.

Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling, Norlin Jaafar menge-luarkan larangan itu susulan si-tuasi jerebu yang melanda negara sejak 5 September sehingga kini.

Larangan tersebut adalah di bawah kuasa yang diperuntukkan kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling di bawah Seksyen 29AA (2), Akta Kualiti Alam Sekeli-ling 1974, katanya dalam satu ke-nyataan, pada 11 September lalu.

“Semua pihak diminta tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau pre-mis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pemba-

karan terbuka untuk tujuan ter-tentu atau dengan tidak sengaja,” katanya.

Norlin berkata, mereka yang disabitkan kesalahan melaku-kan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kompaun maksimum seba-nyak RM2,000 juga boleh dike-nakan atas setiap kesalahan, katanya.

Orang ramai diminta memberi kerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil serta membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Alam Sekitar bagi sebarang aktiviti pembakaran ter-buka yang dikesan, katanya.

Orang ramai boleh meng-hubungi Jabatan Alam Sekitar di talian 03-88891972 atau 1-800-88-2727 dan JBPM di talian 999 bagi melaporkan aktiviti pemba-karan terbuka. - BERNAMA

Dilarang pembakaran terbuka seluruh negara

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 12 - 18 September 2019

Inisiatif elak kesesakan

OLEH AFIX REDZUAN

KESESAKAN bandar raya besar seperti Kuala Lumpur masih men-jadi perbincangan umum di semua peringkat dengan pelbagai inisiatif dicadangkan termasuk pengena- lan perkhidmatan teksi motosikal terbesar dari Indonesia, GoJek dan kemunculan semula bas mini oleh Rapid Bus Sdn Bhd.

Setiap cadangan dikemukakan memerlukan justifikasi kukuh sebe-lum kerajaan membuat keputusan pelaksanaan dengan mengutama-kan keselamatan serta keselesaan pengguna.

Pensyarah Jabatan Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran Universiti Selangor (UNISEL), Ismail Hashim, 57, berkata perkhidmatan GoJek tidak perlu diperkenalkan buat masa ini kerana kesesakan di Kuala Lumpur masih terkawal ber-banding di Jakarta, Indonesia.

Beliau berkata, dasar pengang-kutan negara perlu memperincikan setiap keperluan utama khususnya aspek keselamatan sebelum sesua-tu cadangan dilaksanakan.

“Kerajaan perlu membuat ka-jian mendalam sebelum cada- ngan perkhidmatan GoJek atau bas mini diperkenalkan. Kita perlu lihat bagaimana keperluan GoJek diperkenalkan itu signifikan kepa-da budaya di bandar kita berban- ding di Jakarta.

“Saya pernah ke Jakarta dan mengakui kesesakan di sana me-merlukan keperluan GoJek diper- kenalkan. Persoalan yang bermain di fikiran saya adakah angka kese- sakan di Kuala Lumpur itu menye-babkan GoJek perlu diperkenal-kan,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, jika perkhidmatan e-hailing itu diperkenalkan prose-

Dilema GoJek atau bas mini

GABUNGAN Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) ber-pendirian penggunaan bas mini lebih baik berbanding pengenal-an perkhidmatan teksi motosikal, GoJek jika kerajaan berhasrat un-tuk memperkenalkan jaringan pe- ngangkutan awam baharu di bandar.

Timbalan Presidennya, Mohd Yu-sof Abdul Rahman berkata, isu kese-lamatan menjadi topik utama yang perlu diberikan perhatian kerana ia membabitkan nyawa pengguna walaupun dari sudut positif GoJek boleh menjadi cabang baharu men-jana pendapatan.

“Saya berpandangan lebih baik bas mini, bukan seperti dahulu teta-pi jumlahnya lebih sedikit berban- ding bas biasa. GoJEK isunya le- bih berbahaya kerana membabit-

kan motosikal. “Saya rasa jum-

lah kadar kemala- ngan akan lebih ting-gi kerana pertamba-han motosikal di jalan raya dan membabit-kan penumpang. Bas mini lebih selamat,” ka-tanya.

Beliau berkata, jika kekal dengan pendirian mahu memperkenalkan GoJek, kerajaan perlu menyediakan laluan khas untuk motosikal serta memastikan penunggang lelaki ha-nya mengambil penumpang lelaki dan sebaliknya.

Katanya, polisi insurans moto-sikal yang digunakan untuk men-jalankan perkhdimatan GoJek juga perlu diwujudkan kerana ia

membabitkan nyawa penumpang berbanding perkhidmatan peng-hantaran makanan sedia ada.

“Dari aspek positif memang Go-Jek boleh menambah pendapatan seperti disediakan perkhidmatan penghantaran makanan tetapi penghantaran berkaitan tidak me- libatkan penumpang.

“Kita juga bimbang jika GoJek diperkenalkan, kos kemalangan juga akan lebih tinggi selepas ini,” katanya.

BAS MINI kekal menjadi pilihan pengguna berbanding perkhid-matan teksi bermotosikal atau GoJek jika ia ingin diperkenalkan sebagai alternatif pengangkutan awam baharu.

Hasil undian yang disertai 771 pengundi menerusi laman Face-book Media Selangor, 74 pera-tus netizen memilih bas mini berbanding GoJek sepanjang tempoh bancian bermula 4 se-hingga 10 September lalu.

Daripada pandangan dinyata-kan, pengundi menekankan soal keselamatan sebagai aspek uta-ma undian terhadap bas mini.

“Bas mini ada perlindungan serta selamat perjalanan dan terlindung dari panas, hujan serta kilat. Maka bas mini ada

potongan harga untuk yang kurang upaya serta percuma,” kata Mohamad Fitri.

Azmier Nien pula berpan-dangan, kerajaan seharusnya membangunkan aplikasi sendi-ri menerusi kajian dalaman bagi membuka peluang pekerjaan kepada anak watan.

Bagaimanapun, ada pengun-di berpandangan GoJek juga perlu diperkenalkan di ibu kota susulan kesesakan trafik sedia ada.

Jika ia ingin dilaksanakan, syarikat milik anak tempatan perlu diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan perkh-idmatan itu dan kerajaan per-lu memberikan subsidi kepada mereka.

dur meminimakan risiko kemala- ngan perlu diutamakan kerana ia membabitkan nyawa penunggang dan pembonceng kerana statistik kematian pengguna motosikal di negara ini juga tinggi.

Langkah keselamatan itu ter-masuk situasi pembonceng kerana di negara luar, penumpang wani-ta perlu duduk dalam keadaan so-pan ketika menggunakan GoJek walaupun dari sudut positif per- khidmatan berkaitan boleh mem-bantu belia menambah penda- patan.

“Saya berpandangan penggu-naan GoJek bakal meningkatkan lagi kesesakan motosikal di bandar. Jika kita tengok gaya penunggang motosikal yang suka mencelah di

antara kenderaan boleh memba-hayakan pembonceng.

“Kita akui syarikat perkhimatan GoJek mempunyai kriteria ciri ke-selamatan yang ditetapkan tetapi harus diingat kemalangan boleh dielak supaya ia tidak menjadi penyumbang terbaru statistik ke-matian membabitkan motosikal,” katanya.

Beliau berkata, aspek jantina juga perlu diberikan penekanan kerana pengguna wanita memer-lukan lebih perlindungan kese-lamatan walaupun ada pengguna bersifat terbuka dan tidak kisah membonceng GoJek yang ditung-gang lelaki.

Kabinet pada 21 Ogos lalu ber-setuju dengan cadangan untuk

mewujud-kan perkhid-matan GoJek dan memutuskan supaya kajian undang-undang dibuat terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

Katanya, pengenalan semula perkhidmatan bas mini disifatkan lebih praktikal bagi menampung keperluan pengguna pengangku-tan awam kerana jaringan transit

Bas lebih praktikal 74 peratus pilih bas mini

aliran ringan seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Komuter dan Aliran Transit Massa (MRT) kian berkem-bang di Malaysia.

“Saya lebih menyokong bas mini diperkenalkan bagi mem-perkukuh perkhidmatan bas se-dia ada dengan melihat aspek geografi lalu lintas. Pandangan saya, bas mini perlu bergerak dari satu stesen transit aliran ringan ke stesen lain bagi memenuhi keperluan pengguna tanpa perlu menunggu lama.

“GoJek mungkin relevan untuk digunakan di sekitar bandar besar tetapi bas mini perlu beroperasi di pinggir bandar. Saya bimbang jika bas mini masuk ke bandar, ia akan menambah kesesakan sedia ada.

“Perkara paling penting ada-lah semua bentuk per-

khidmatan pengangku-tan awam yang bakal

diperkenalkan per-lu saling berkait dan memban-tu melancar-kan pergerakan pengguna,” ka-tanya.

R a p i d K L sebelum ini

mengumumkan akan mengadakan

perkhidmatan bas mini percubaan dari

hab Bukit Indah ke Ampang Point, menerusi Jalan Rasmi dari

1 September hingga 29 Novem-ber tahun ini.

Bas mini yang boleh memba-wa 31 penumpang di dalam setiap bas itu akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit (waktu pun-cak) dan 25 minit (luar waktu pun-cak) dari 5.30 pagi hingga 11.40 malam.

10Global

SelangorKini 12 - 18 September 2019

VLADIVOSTOK - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meny-ifatkan lawatan kerja beliau untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur Ke-5 (EEF) di sini sebagai amat berhasil, dengan komitmen un-tuk menjalin kerjasama lebih ra-pat dengan negara yang terletak di Timur Jauh, terutamanya Russia.

Dr Mahathir menghargai sam-butan dan layanan mesra diberi-kan kepadanya oleh kerajaan Russia dan penganjur acara, Ro-scongress.

Lawatan beliau ke bandar raya pelabuhan di Timur Jauh, Russia itu atas undangan Presiden Rus-sia, Vladimir Putin untuk menyertai forum itu yang membincangkan kerjasama baharu dan potensi ekonomi di Timur Jauh.

Dr Mahathir yang menyertai fo-rum itu buat julung kalinya ber-kata, beliau gembira dan kagum dengan inisistif diambil oleh Putin untuk membangunkan wilayah di timur Russia.

Perdana Menteri berusia 94 ta-hun itu yang tiba di sini, pada 4 September lalu diberikan sam-

Dr Mahathir hadir Forum Ekonomi Timur

Hubungan Moscow-KL kukuh

Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) bersalaman dengan Presiden Rus-sia, Vladimir Putin ketika mesyuarat dua hala antara kedua-dua ne-gara sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) kelima di Vladivostok, Russia pada 5 September 2019. – foto BERNAMA

butan mesra dengan peserta EEF secara spontan memberikan tepukan gemuruh apabila beliau berjalan masuk ke pentas untuk menyampaikan ucapan.

Pada sesi pleno, acara utama forum itu, Dr Mahathir menyata-kan bahawa Malaysia selama ini beranggapan bahawa Russia tidak memberikan perhatian secuku-pnya kepada wilayahnya di Timur Jauh.

“Tetapi kini kami melihat baha-wa minat itu adalah jelas dan ke-pada kami, ini mungkin bermakna membuka pasaran baharu untuk Malaysia,” katanya.

Dengan penyertaan Russia da-lam pembangunan Timur Jauh, beliau percaya penduduk yang tinggal di Timur Jauh khususnya dan Asia amnya, akan mendapat manfaat daripada aktiviti pemban-gunan itu.

Beliau menzahirkan keyakinan bahawa pelabur Malaysia akan ke Vladivostok sekiranya situa-si ekonomi di wilayah itu cukup menarik.

Terletak di sempadan Russia

dengan China dan Korea Utara, Vladivostok ialah sebuah bandar raya yang sedang pesat memban-gun dengan pusat pentadbiran-nya terletak di Primorsky Krai di bawah Daerah Persekutuan Timur Jauh. Difahamkan Putin telah me-netapkan pembangunan Timur Jauh sebagai keutamaan negara pada sepanjang abad ke-21.

Kremlin sedang memban-gunkan ekonomi baharu secara menyeluruh di rantau itu dengan syarikat besar, serta perniagaan saiz kecil dan sederhana, boleh menjangkakan pelepasan cukai, pinjaman konsesi dan sokongan daripada pelbagai institusi pem-bangunan negara.

Mengulas lanjut tentang hubu-ngan dua hala antara kedua-dua negara, Dr Mahathir berkata hubu-ngan antara Malaysia dan Russia sentiasa baik, dan menurutnya banyak bidang yang kedua-dua negara boleh kaji bersama.

“Saya boleh nampak bahawa hubungan rapat ini akan mem-beri manfaat,” katanya.

Lawatan itu dilihat telah men-

gukuhkan lagi hubungan diplo-matik antara Kuala Lumpur dan Moscow, berdasarkan hubungan erat dipamerkan Dr Mahathir dan Putin sepanjang lawatan beliau ke Timur Jauh, Russia.

Dari segi ekonomi, terdapat tanda-tanda jelas bahawa Timur Jauh mempunyai banyak potensi perniagaan yang menawarkan pe-luang besar untuk diterokai syari-kat Malaysia. – BERNAMA

BANGKOK - Petani Thailand di-gesa meningkatkan mutu durian mereka bagi mengekalkan pen-guasaan pasaran selepas wilayah Hainan, China berhasil menanam pokok buah popular itu.

Pengarah Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa Thai-land di Nanning, China membuat gesaan itu selepas benih dari Ma-laysia berjaya ditanam di sana, lapor The Nation. Wanlada Rattanapan-ich mendedahkan jabatan tersebut

China tanam durian sendiriselama ini memantau perkemban-gan negara besar itu menanam du-rian di selatan Hainan.

“Sebuah syarikat swasta di Hain-an membeli 20 benih durian ‘Sanno’ dari Malaysia dan berjaya menan-amnya di bandar Sanya,” katanya.

Sementara itu, Presiden Institut Buah Tropika Hainan memaklum-kan memang mencabar percubaan menghasilkan durian kerana ia me-merlukan lebih banyak ruang dan mengambil masa hingga lapan ta-

hun untuk berbuah.“Kami sudah berusaha mena-

nam pokok durian selama beber-apa dekad, namun hasilnya tidak memuaskan, buahnya kecil dan rasanya kurang sedap,” kata Feng Xuejie.

Tambahnya, walau percubaan terbaharu menggunakan benih dari Malaysia agak berjaya tetapi masih ada risiko kegagalan jika cu-aca di ladang tidak dapat dikawal seperti di makmal.

NEW DELHI - Kapal angkasa India terhempas di permukaan bulan tetapi tidak berkecai, kata agensi angkasa lepas negara itu pada 9 September lalu.

Mendarat di bulan dan men-eroka permukaannya adalah ob-jektif utama misi Chandrayaan-2 bernilai AS$140 juta tetapi komu-nikasi dengan pesawat yang diberi nama Vikram itu, terputus ketika berada di ketinggian 2.1 kilome-ter dari permukaan bulan tempat ia dijadual mendarat.

Misi yang gagal itu mencetus-kan kekecewaan di seluruh ne-gara ketika India mahu melakar sejarah menjadi negara pertama mendarat di kutub Selatan bulan yang belum pernah diteroka.

“Pesawat itu berada di permu-kaan bulan tetapi tidak berkecai. Kedudukannya agak senget,” tulis agensi berita Press Trust of India memetik seorang pegawai Pertu-buhan Penyelidikan Angkasa Lep-

Kapal angkasa India terhempas di bulan

as India (ISRO).“Kami berusaha sedaya upaya

untuk melihat sama ada komu-nikasi dengan kapal angkasa itu dapat diperbaiki,” kata pegawai yang tidak dinyatakan namanya itu.

Setakat ini, hanya Amerika Syarikat, Rusia dan China berjaya menyempurnakan misi mendarat di permukaan bulan.

Israel mencuba dalam misi bu-lannya pada April lalu, tetapi kapal angkasa ”Beresheet” terhempas di bulan.

Misi Chandrayaan-2 mengand-ungi pesawat mengelilingi orbit, sebuah kapal angkasa pendarat dan Rover, jentera penerokaan di bulan.

Rover berkenaan perlu dilan-carkan dari pesawat pendarat bagi meneroka permukaan bu-lan andai kapal angkasa itu ber-jaya mendarat dengan sempurna. - BERNAMA

Fot

o A

FP

SHAH ALAM - Sinead O’Connor, penyanyi “Nothing Compares 2 U” yang memeluk Islam tahun lalu, memohon maaf minggu lepas selepas mengecam orang kulit putih dengan nada rasis pada November.

Menukar nama Shuha-da Davitt, penyanyi pop rock itu mencetuskan kemarahan selepas menganggap kulit pu-tih “menjijikkan” dan enggan bergaul dengan mereka, lapor Yahoo!.

Penyanyi Ireland berusia 52 tahun itu memohon maaf di Twitter pada 8 September lalu, selepas tampil berhijab dalam rancangan televisyen dua hari

Penyanyi Islam mohon maaf kutuk orang kulit putih

sebelumnya.Dalam rancangan itu, O’Connor

berkata beliau memeluk Islam wa-lau apa asalnya berprasangka bu-ruk terhadap agama itu.

“Dulu saya sangat prejudis ter-hadap Islam,” katanya.

Namun selepas membaca al-Quran, beliau berasa selesa dan “rasa seperti seorang Islam sejak dulu lagi.”

Dalam media sosial tersebut, beliau menjelaskan kecamannya tahun lalu kerana sikap anti-Is-lam terhadapnya. “Saya mohon maaf,” katanya.

“Ia satu daripada banyak core-tan saya yang tidak betul.”

Pada 1992, O’Connor mence-tuskan kontroversi ketika tayan-gan langsung program “Saturday Night Live” apabila mengutuk gereja berhubung dakwaan pen-deraan kanak-kanak.

Fot

o A

FP

InformasiTerkinidi jari anda

ALHAMDULILLAH, seting-gi-tinggi kesyukuran dirafak-kan ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah, rahmat, kur-nia dan izinnya maka kita ber-

peluang bertemu dalam Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Selangor (KUIS) kali yang ke-22. Dengan penuh rasa bangga, saya me-wakili Kerajaan Negeri ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas ke-pada 2,338 graduan KUIS yang telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima ijazah pada kali ini. Kejayaan anda semua pada hari ini menjadi kebanggaan kepada Selangor ker-ana lahirnya golongan profesional yang akan memacu perkembangan dan peradaban um-mah.

Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usa-ha KUIS dalam memartabatkan Islam sebagai sebuah institusi ilmu yang menyumbang kepa-da perkembangan tamadun Islam masa kini. Saya doakan semoga KUIS terus cemerlang dan mencapai taraf universiti penuh dan men-jadi universiti wakaf pertama di Selangor se-bagai pelopor ketamadunan Islam dan menjadi sumber rujukan utama di dunia.

Teruskan usaha KUIS dalam melahirkan para Dai, Ulama dan Umara yang bakal mem-impin umat manusia berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah demi kedaulatan Islam dan kemaslahatan ummah sejagat.

Pada 2020, KUIS akan menyambut ulang-tahun Jubli Perak. Dalam tempoh hampir 25 tahun semenjak penubuhannya, KUIS telah berjaya membuktikan kepada awam bahawa institusi ini mampu bersaing dengan institusi pengajian tinggi lainnya serta sentiasa berger-ak seiring dengan arus pembangunan Selangor yang pesat membangun.

Jaringan perhubungan dengan pelbagai agensi dari dalam dan luar negara mampu memperkukuhkan kedudukan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang disegani dan menjadi kebanggaan Negeri Se-

langor sebagai sebuah IPT yang terkemuka di dunia.

Beratus tahun dahulu, umat Islam berjaya menjadi peneraju pemikiran setelah mere-ka berjaya menguasai ilmu-ilmu baharu sep-erti logik, matematik serta ilmu alam yang lain daripada tamadun-tamadun sebelumnya. Mengambil iktibar dari hadis nabi yang ma-fhumnnya berbunyi “Hikmah itu adalah ba-rang Muslim yang hilang, maka kutiplah ia di mana sahaja”, umat Islam waktu itu den-gan penuh yakin menterjemah dan menam-bah sumbangan kepada body of knowledge; khazanah kepustakaan serta kesarjanaan yang mencapai kemuncaknya di zaman Khalifah Harun Al-Rasyid.

Maka tidak hairanlah sarjana sejarah Timur Tengah seperti Franz Rosenthal menyebut zaman keemasan itu sebagai “The Knowl-edge Triumphant” Ilmu menjadi keutama-an dan sentiasa menyuluh menerangi ikhtiar membangunkan peradaban sekaligus memad-amkan ketahyulan yang ketika itu menguasai pemikiran manusia.

Keilmuan dan pengetahuan itu kemu-diaannya berpindah ke Eropah, transference of knowledge pada abad 12 dan 13 masihi itu berlaku seputar aktiviti terjemahan yang ber-laku di gereja, biara dan seminari teologi yang kemudiannya berkembang menjadi universiti tersohor seperti di Oxford dan Paris. Pengeta-huan dan ilmu tersebut itulah yang membawa Eropah keluar daripada Zaman Kegelapan ke Zaman Pencerahan. Dunia Barat menikmati segala buah atau fruits of knowledge yang di-kutipnya daripada perabadan Islam.

Sudah pasti proses penterjemahan yang ber-laku di biara ataupun seminari teologi ratusan tahun lalu tidak semuanya diterima dengan baik oleh para pemuka agama Kristian. Nov-el penulis terkenal Umberto Eco yang berta-juk The Name of the Rose atau dalam bahasa asalnya Itali; Il nome della rosa (sebutan: illa nomay della roza) begitu mengesankan mengi-

sahkan kecemburuan, prejudis dan ketololan sesetengah fundamentalis agama Kristian yang menolak usaha penterjemahan yang dilakukan oleh biarawan serta biarawati yang dahagakan ilmu dan mahukan agama mereka tertegak dengan hujah.

Kita tahu bagaimana pengakhiran daripa-da benturan yang berlaku di Eropah tersebut. Dunia Barat termasuklah Amerika Syarikat menjadi kuasa besar dunia yang meneng-gelamkan kegemilangan Turki Uthmaniyyah dan Mughal India. Mereka menguasai sains dan teknologi dan sehingga kini, masih men-jadi aktor utama sehinggalah baru-baru ini muncul semula pesaing seperti Jepun, China dan Korea Selatan. Tidakkah kita resah se-kiranya umat Islam masih tertinggal jauh di belakang? Sedangkan Quran menyebut da-lam ayat 105 Surah Al Anbiya bahawa: “Dan sesungguhnya telah Kami tulis dalam Zabur setelah Adz-Dzikr:Bahwasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang shaleh.”

Bagaimana kita akan menjadi pewaris kepa-da bumi ini sekiranya umat Islam gagal untuk menyertai, khususnya kepesatan pembangunan teknologi seperti teknologi 5G, Artificial In-telligence dan robotik.

Beberapa tahun akan datang, pasti inova-si dan teknologi yang lebih baharu daripada IoT, big data, blockchain dan lain-lain pula yang akan menjadi cabaran buat kita warga Muslim amnya serta pelajar-pelajar anak ma-hasiswa khasnya.

Oleh kerana itu, pentadbiran ini cenderung untuk terus menyokong segenap usaha dalam melonjakkan lagi inovasi serta daya rekacip-ta dalam kalangan masyarakat. Usaha awal ke arah menjadikan satu-satu kajian itu sebagai suatu yang konkrit dan implementable ber-banding semata-mata suatu academic exercise membibitkan apa yang kini dikenali sebagai R&D&I Expo.

Ekspo yang menjadi sebahagian daripada Selangor Internasional Business Summit ini

bakal mempertemukan akademia dan juga para pemain industri dalam menjadikan satu-satu kajian itu boleh dikomersialkan dan menyum-bang kepada pembangunan negara dan negeri.

Kita sedia maklum bahawa bukan semua perkara perlu dikomersialkan atau diperda-gangkan. Sebahagian perubahan teknologi seperti A.I serta robotics bakal menjadikan sebahagian pekerjaan waktu ini bakal menja-di pupus. Sehubungan dengan itu, wajar un-tuk Kerajaan Negeri terus menyokong aliran humanities agar pengajian kemanusiaan tidak dipinggarkan.

Untuk anak mahasiswa yang mengaji aga-ma di KUIS dan juga aliran humanities dalam UNISEL, kita bercadang untuk menyediakan dana khas untuk membantu sebarang penter-jemahan karya yang membantu memanusia-kan manusia.

Izinkan saya mengajukan sedikit cadan-gan. Antara pemikiran yang bagi saya wajar kita terokai adalah pemikiran Syeikh Abdullah Ben Bayyah yang baru-baru ini dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1441H peringkat Kebang-saan. Ulama asal Mauritania ini fasih berbaha-sa Perancis, selain Arab dan Inggeris. Beliau sangat menguasai pemikiran-pemikiran juga falsafah Barat sama ada yang klasik sehingga ke pemikiran pasca moden. Keunggulan be-liau sebagai seorang pemikir dikagumi kawan dan lawan, dari Syeikh Hamza Yusof sehingga Barack Obama.

Maka, tokoh seperti ini wajar difahami pe-mikirannya dan semoga anak-anak mahasiswa mahasiswi KUIS antara yang terawal boleh menterjemah dan menjernihkan pemikiran be-liau ke tanah air kita yang tercinta ini. Saya berharap para graduan KUIS akan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan menyum-bang khidmat bakti kepada masyarakat, aga-ma, bangsa dan negara.

Sempena Majlis Konvokesyen KUIS kali ke-22 pada 7 September 2019

25 Tahun KUIS

Sebuah Institusi Ilmu Memartabatkan Islam

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 12 - 18 September 2019

Album Klik!13SelangorKini 12 -18 September 201912 SelangorKini 12 -18 September 2019

KIRIKanak-kanak gembira bermain buih besar di perkarangan Stadium Kajang I HAFIZ OTHMAN

KANANPelajar jurusan teknikal elektrik menjalani latihan amali di Kolej Antarabangsa INPENS, Kuala Selangor I FIKRI YUSOF

KIRISeorang jurusolek melukis karekter kartun di muka kanak -kanak, di Stadium Kajang I FIKRI YUSOF

KANANPeserta tarik tali bersemangat ketika permainan itu berlangsung di Padang Awam, Batu Caves I HAFIZ OTHMAN

KIRIPengunjung teruja bermain burung kakak tua di Selangor AgroFest 2019 di Shah Alam I ASRI SAPIE

KANANMurid tadika bergambar bersama imej Jalur Gemilang ketika program Kids Parades Negeri Selangor di Stadium Malawati, Shah Alam I REMY ARIFIN

KIRIMurid Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baharu, Batu Caves melihat pameran sejarah kemerdekaan di sekolah itu I ASRI SAPIE

KANANSi cilik membersihkan kawasan rumah sempena Program Breath New Life to Bagan Hailam di Pelabuhan Klang I REMY ARIFIN

Mengagihkan makanan percuma di Pasar Pagi Seri Kembangan, SerdangADN SERI KEMBANGAN

Memberi sumbangan kepada rumah anak yatim Good Samaritan Home di KlangADN PANDAMARAN

Leong Tuck CheeEan Yong Wah

Menziarahi pasangan yang baru menimang cahaya mata di kediaman keluarga itu

Beramah mesra bersama calon UPSR di Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti

ADN SUNGAI PANJANG

ADN DENGKIL

Mohd Imran Tamrin

Adhif Syan Abdullah

Menyerahkan tajaan kepada Persatuan Perayaan Poh Toh di Bandar Lama Petaling Jaya ADN BUKIT GASING

Rajiv Rishyakaran

Mencuba permainan pada program Persatuan Toe Chew sempena Pesta TanglungADN SEKINCHAN

Ng Sue Lim

14ADN

SelangorKini 12 - 18 September 2019

OLEH SHEEDA FATHIL KLANG - Orang awam khususn-ya petani digesa agar tidak mel-akukan pembakaran belukar dan kebun secara terbuka kerana dikhuatiri perbuatan itu akan men-gundang keadaan tidak terkawal.

Ahli Dewan Negeri Sungai Kan-dis, Ahmad Zawawi Mohd Mughni, berkata nasihat itu ekoran ber-lakunya kebakaran hutan di Johan Setia, Klang, di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, keba-karan di Johan Setia itu berjaya dikawal dan dipadamkan ang-gota Jabatan Bomba dan Penyela-mat Malaysia, Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) dan skuad rela-wan kampung.

SERI KEMBANGAN - Ahli De-wan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, memperuntuk-kan RM10,000 bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangani masalah pembuangan sampah haram di kawasan indus-tri, di sini.

Katanya, usaha itu dibuat ber-dasarkan aduan pengusaha in-dustri kecil dan sederhana serta penduduk setempat ekoran lam-bakan sampah haram di kawasan

Kesan selepas kebakaran di Johan Setia

Jangan bakar belukar, kebun“Kebakaran itu dipercayai

dilakukan oleh pihak tidak ber-tanggungjawab bagi tujuan per-tanian.

“Saya menyeru henti melaku-kan pembakaran terbuka kerana bimbang kebakaran itu merebak, sekali gus boleh terjadinya jere-bu,” katanya ketika dihubungi Se-langorKini.

Terdahulu, Unit Pengurusan dan Bencana Selangor memaklumkan, hasil pemantauan mendapati be-berapa tompok kecil sedang be-rasap, di kawasan Johan Setia.

“Keadaan di lokasi kini sela-mat dan terkawal, namun Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih be-rada pada tahap kualiti udara tidak sihat,” katanya.

Naik taraf pondok polis demi keselesaan anggota

Michelle bergambar bersama anggota polis Subang Jaya ketika mengadakan lawatan ke pondok bit polis SS15, pada 3 Septem-ber lalu

SUBANG JAYA - Pejabat Ahli De-wan Negeri Subang Jaya mem-belanjakan sebanyak RM19,995 untuk kerja naik taraf pondok bit polis SS15, di sini, demi keselesaan anggota yang bertugas menjaga keselamatan awam, di kawasan pusat komersial itu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Michelle Ng Sze, ber-kata selain memberi keselesaan kepada anggota bertugas, usaha naik taraf pondok itu juga pent-ing untuk memberi imej ‘selamat’ kepada pengunjung khususnya.

“Kewujudan pondok polis bit ini sangat penting kerana SS15 ialah kawasan komersial yang menja-di tumpuan orang ramai. Oleh se-bab itu, sangat penting untuk kita mencegah jenayah di lokasi panas sebegini.

“Selain itu, saya juga berharap supaya anggota polis lebih sel-esa walaupun penat membuat rondaan,” katanya ketika ditemui SelangorKini ketika mengadakan lawatan ke pondok bit polis SS15, pada 3 September lalu.

CCTV tangani sampah haram di kawasan industri

sampah yang dibuang adalah has-il sisa domestik dan industri serta dipercayai dilakukan oleh pekerja warga asing berhampiran.

Katanya, lebih memburukkan keadaan apabila kenderaan lama turut dibuang di lokasi sama.

“Saya mencadangkan supaya Majlis Perbandaran Subang Jaya menunda kenderaan buruk serta terbiar ini memandangkan ia juga menghalang laluan orang awam,” katanya.

duduk, di sini,” katanya.Nam Seng berkata, pondok bit

polis itu menjadi tempat berkum-pul selepas anggotanya membuat tinjauan di kawasan sekitar.

“Kewujudan pondok dan ang-gota polis juga dapat meyakinkan

penduduk bahawa mereka akan lebih selamat apabila keluar mem-beli-belah. Sehubungan itu, kami amat menggalakkan orang awam untuk membuat aduan di pondok ini jika ada anggota bertugas,” ka-tanya.

terbabit, sejak akhir-akhir ini.“Apabila CCTV ini dipasang leb-

ih awal, mungkin kita akan berjaya mengurangkan, sekali gus mence-gah masalah pembuangan sam-pah secara haram ini.

“Saya berharap supaya individu tidak bertanggungjawab ini akan dapat dicekup segera dan berke-mungkinan pada masa akan da-tang saya akan menambah lagi jumlah CCTV,” katanya.

Hian Wah berkata, kebanyakan

YB KitaAhli Dewan Negeri N06 Kuala Kubu Baharu

N06 KUALA KUBU BAHARU

Hadir sama Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Kes-elamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Depu-ti Superintendan Tan Nam Seng dan Timbalan Ketua Polis Balai Subang Jaya, Sub Inspektor Ros-lin Salleh.

Sementara itu, seorang pen-duduk, Michael Sundram, yang mendiami kawasan berkenaan se-

jak 38 tahun lalu berkata, sebelum ini kebanyakan penduduk berasa kurang selamat walaupun hanya berkunjung ke pasar berhampiran.

“Apabila adanya pondok polis ini, kami lihat anggota polis leb-ih selesa dan paling penting ialah mereka boleh membuat rondaan lebih kerap.

“Terima kasih kepada ADN yang prihatin dengan keselamatan pen-

nNama: Lee Kee Hiong

nUmur: 53

nAsal: Melaka nMakanan Kegemaran: Ketupat daun kelapa

nAktiviti Masa Lapang: Permainan komputer

nFalsafah Hidup: Jika anda menerangi hidup orang lain, ia juga mencerahkan hidup anda

nPendidikan: Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat nPekerjaan sebelum Menjadi ADN: Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang

nAlamat pejabat ADN: 15, Jalan Gamelan 1, Taman Gamelan, 44000 Kuala Kubu Bharu

nNombor Telefon ADN: 03-60645505

nE-mel: [email protected]

15SelangorKini 12 - 18 September 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

Berbeza dari kafe ‘hipster’ lain

Dekorasi bola sepak sinariHooligans Cafe

Oleh AFIX REDZUAN

MELANGKAH masuk ke Hooligans Cafe menjanjikan keterujaan saat melihat dekorasi berbeza dita-

mpilkan berbanding kafe ‘hipster’ lain yang ada masa kini.

Dengan warna hitam menjadi tema uta-ma, paparan barangan berkaitan bola sepak tersusun rapi di setiap sudut menyerikan lagi konsep Hooligans Cafe yang mula beroperasi, pada pertengahan Jun 2018.

Pemilik bersama, Mohd Ashizi Ikram, 32, ketika ditemui Se- langorKini berkata, ce-tusan idea untuk mem-ulakan perniagaan makanan dengan kon-sep bola sepak bermu-la ketika menonton aksi Liga Perdana Inggeris, beberapa tahun lalu.

“Pada asalnya, saya dan seorang rakan me-nonton perlawanan bola sepak di restoran. Kami terfikir un-tuk membuka satu ‘sports bar’ seperti di United Kingdom (UK) yang boleh menarik peminat bola sepak untuk bersantai sam-bil menonton perlawanan.

“Jika di UK, mereka menghidangkan bir atau arak kepada pengunjung tetapi kami mengubah konsep itu dengan makanan halal, di samping boleh dikunjungi bersa-ma keluarga.

“Bermula dari situ, kami mencari loka-si sesuai dan dengan bantuan empat lagi rakan kongsi Hooligans Cafe berjaya dib-uka,” katanya.

Cetusan idea untuk

memulakan perniagaan makanan dengan konsep bola sepak bermula ketika menonton aksi Liga Perdana Inggeris, beberapa tahun lalu. MOHD ASHIZI IKRAM Pemilik Bersama

Hooligans CafeNo 21, Jalan BK5A/2 Puchong, Bandar Kinrara,SelangorInstagram: @hooliganscafe

Terbuka kepada semua

Hooligans Cafe yang sedia menerima tem-pahan beroperasi di Bandar Kinrara ber-mula jam 12 tengah Hari hingga 12 malam kecuali Selasa kian mendapat tempat da-lam kalangan pengunjung walaupun bukan peminat bola sepak.

Mohd Ashizi berkata, penggunaan nama ‘Hoo-ligans’ pada kafe diam-bil sempena kumpulan fanatik bola sepak di Eropah yang terkenal dengan budaya mem-bakar suar serta berar-ak sebelum memasuki stadium.

Beliau berkata, oper-asi kafe ini terbuka ke-pada semua dan tidak tertumpu kepada pem-inat bola sepak sema-ta-mata, di samping menyiarkan perlawanan tumpuan setiap minggu. Katanya, ada pengun-jung yang datang untuk

menikmati makanan di sini sambil ber-gambar dengan koleksi jersi, mafla dan kasut bola.

“Koleksi di sini adalah sumbangan dar-ipada kawan-kawan komuniti pengumpul jersi dan peribadi. Saya sendiri meletakkan koleksi kasut bola, di sini.

“Hooligans Cafe tidak menumpukan ke-pada satu pasukan sahaja. Kita buka ke-pada semua peminat bola sepak. Jika ada pelawanan tumpuan yang disiarkan pada lewat malam, kami akan melanjutkan wak-tu operasi bagi memberi peluang kepada pengunjung datang,” katanya.

Guna aplikasi Food Panda, bayaran tanpa tunai

Beliau berkata, waktu kebiasaan yang men-jadi tumpuan ramai adalah tengah hari dan malam, di samping tempahan menerusi aplikasi Food Panda.

Hooligans Cafe turut menawarkan pembayaran tanpa tunai menerusi aplika-si QRPay Maybank dan E-dompet Touch ‘n Go.

Pengunjung yang datang berpeluang melihat dengan lebih dekat replika jersi dan kasut bola yang pernah dipakai pe-main ternama seperti Ronaldinho, Pao-lo Maldini, Zinedine Zidane serta David Beckam.

Selain itu, mafla beberapa pasukan sep-erti Sepanyol, AS Roma, SS Lazio dan Portu-gal serta poster pasukan bola sepak turut menghiasi dinding Hooligans Cafe.

Turut dipaparkan adalah koleksi replika jersi tertera 11 nama pemain Pahang yang pernah menjulang Piala FA 2014.

Di samping paparan koleksi mengenai bola sepak, terdapat mural ‘hooligans’ yang diinspirasikan daripada filem Green Streen Hooligans.

Dengan ungkapan ‘Stand Your Ground’, sudut di sebelah kiri kafe itu sentiasa me-narik perhatian pengunjung untuk ber-gambar apabila datang ke sini.

Bercerita tentang hidangan yang disajik-an, Nasi Ayam Kante, Messi Burger dan Wet Butter-Milk Chicken serta Kopi Illy antara pilihan menu yang boleh dicuba pengun-jung Hooligans Cafe.

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 12 - 18 September 2019

OLEH AZRIN FAUZI

O. begitu leka sekali menatap sebuah bingkai tanpa lu-kisan; langsung ti-

dak menyedari kehadiran saya di ruang galeri itu. Dia masih seperti dahulu: berkaca mata, berambut pendek potongan Caesar, menya-rung sepasang jean lusuh dan ke-meja putih yang agak besar buat tubuhnya. Hanya setibanya saya di sebelahnya – sama-sama berdi-ri menghadap karya konseptual Basuki Basri – barulah dia bersu-ara, “Jika karya ini tiada apa-apa,” dengan menekankan kata “karya” itu sesinis mungkin, “untuk apa lagi kita mendepaninya?” Saya membiarkan lengang ruang yang menjawab pertanyaannya. Bena-rlah, kami sedang menatap keko-songan.

Ingatan saya membuka kem-bali surat Gustave Flaubert buat kekasih gelapnya si Louise Colet, serpihnya: “Apa yang indah bagi-ku, apa yang mahu kutulis, ialah buku yang tiada apa-apa…” (16 Januari 1852). Dalam mendepani kenihilan, jika saya dan O. – malah khalayak yang lain juga – mem-persoal apakah berbaloi untuk menikmatinya, buat pengkarya pula, apakah berbaloi juga men-ciptanya? Sedangkan perbuatan mencipta atau menghasilkan itu mengada-adakan sesuatu. Flau-bert telah pun menghulurkan “buku yang tiada apa-apa” kepa-da kita dengan Madame Bovary-nya. Dan kita akan terus bertanya, “Untuk apa lagi pengarang mem-bangkitkan cereka, mereka-reka cerita?”

Shahnon Ahmad pernah me- nembungkan sastera dengan seni lukis dalam cerpennya “00000000000” (Berita Ming-

gu, 28 Disember 1997). Dengan menerbitkan kekosongan yang mengilhami kedua-dua cabang seni ini. Ceritanya bermula: “Hari itu Kreko datang ke studioku untuk bermain. Memang sudah kami ber-janji untuk sama-sama bermain. Dia bermain dengan bahasa. Aku bermain dengan garis dan warna. Dan bersamanya pula dia mem-bawa Dol, penyanyi rock daripada kumpulan Mad Dog.” Jalur cerita-nya menegang apabila Daiman

Kreko (seorang pen-ulis) dan narator “aku” (seorang pe-lukis) bergelut un-tuk gunakan cara masing-masing bagi mengungkap perso-na Dol dalam karya mereka. Sebelum segalanya berakhir dengan kekosongan.

Pada permukaan-nya, cerpen tersebut boleh sahaja men-jadi kritikan terha-dap pengaruh ‘kotor’ Barat atau budaya kuning atau nilai – menerusi watak Dol – yang tiada apa-apa. Tetapi sampai bila ingin kita lihat karya-karya penga-rang Malaysia den-gan kanta kritikan sosial semata-mata? Mungkin telah tiba

waktunya untuk kanta itu dipe-cahkan dan disapu ke bawah per-maidani sahaja serpih-serpihnya.

Sesekali O. mengelap sebelah kaca matanya dengan hujung ke-meja.

Dan kita pula melihat ba-gaimana Daiman Kreko “ber-main dengan bahasa” di atas kertasnya; kita melihat keghaira-han narator “aku” yang “bermain dengan garis dan warna” pada kanvasnya. Watak Daiman Kreko bukanlah dicipta oleh Shahn-on daripada ketiadaan. Kerana watak tersebut pernah bernafas dalam cerpen yang lain, “Saste-rawan Daiman Kereko” (Utusan Pemuda, 13 Ogos 1960) tulisan A. Samad Said. Manakala nara-tor “aku” pula semestinya wujud sedari awal lagi (jika tidak, mana mungkin cerpen tersebut sam-pai kepada kita?). Hanya watak Dol yang barangkali – dan boleh jadi – diada-adakan, sebagai idea, sebagai subjek ‘ketiadaan’.

Jika kita menanggap cerpen “00000000000” – samalah seper-ti karya berbingkai tanpa lukisan yang ditatap saya dan O. – tiada apa-apa, selain berakhir dengan kekosongan, ada proses yang dia-da-adakan. Sebenarnya bukanlah tiada apa-apa pada karya begini, sebaliknya ‘ketiadaan’lah yang in-gin – secara sengaja – dipersem-bahkan kepada kita. ‘Ketiadaan’ (nothingness) menjadi subjek yang dimain-mainkan oleh peng-

karya sebagaimana cerpen ini sendiri menjadi hamparan untuk seorang fiksyenis seperti Shah-non bermain-main dengan ce- reka. Pengarang akhirnya sengaja merenyuk jangkaan dan keingi-nan pembacanya. Hasil akhir (tu-lisan dan lukisan) yang dikerjakan oleh Daiman Kreko dan narator “aku” hanyalah “00000000000…” atau “Kosong. Kosong. Kosong. Ko-song. Kosong. Kosong. Kosong. Ko-song. Kosong. Kosong. Kosong…” Jika “00000000000…” ialah apa yang tertulis di atas kertas dan terlukis di atas kanvas, boleh jadi tiada apa-apa (yang boleh di-ambil dari)pada subjeknya. Jika “00000000000…” ialah hakikat kekosongan Dol, boleh jadi susuk tersebut sedari awal lagi diada-adakan oleh Daiman Kreko dan narator “aku” – semata-mata “un-tuk sama-sama bermain” meng-hasilkan karya.

Flaubert, tentang “buku yang tiada apa-apa” dalam suratnya kepada Colet itu turut menam-bah, “… buku yang hampir tiada subjek, atau paling kurang pun subjeknya tidak kelihatan.” Jika Tuhan yang menciptakan ses-uatu daripada ketiadaan (creatio ex nihilo), pengkarya pula – seb-agai makhluk – mencipta sesuatu daripada sesuatu. Ironinya, dalam karya-karya yang menempatkan kekosongan sebegitu, pengkarya mencipta ketiadaan daripada se-suatu.

Karya konseptual Basuki Bas-ri juga barangkali bertitik-tolak dari detik Robert Rauschenberg memalitkan cat putih di atas kan-vas putih – menghasilkan White Painting (1951) – sehingga apa-bila dipamerkan, seorang pen-gunjung menulis: “Kepada yang berkenaan: tiada subjek, tiada imej, tiada rasa, tiada objek, tia-da keindahan, tiada mesej, tiada bakat, tiada teknik, tiada kenapa, tiada idea, tiada niat, tiada seni, tiada objek, tiada perasaan, tia-da hitam, tiada putih, tiada dan.” Pengunjung tidak sedar dalam menanggapi karya yang “tia-da seni” sebenarnya dia telah melakukan sesuatu dek dicuit oleh karya tersebut.

Pandangan saya masih tergan-tung pada bingkai tanpa lukisan itu. Saya pun menoleh lebih jauh ke belakang. Di mana Kazimir Ma-levich lebih awal mencipta keko-songan dengan White on White (1918); segi empat sama berwar-na putih yang ditindih di atas kanvas segi empat sama dengan putih yang lebih cerah warnanya. O. sudah pun tiada di samping. Ada kekosongan yang menin-dih kekosongan. Malah naman-ya juga tidak dapat ditemukan dalam buku tamu galeri.

Keluar sahaja dari galeri itu, di luar sana juga semakin dipenuh-kan dengan kekosongan yang menyedarkan: saya juga seba-hagian daripada O.

Tetes bulan semalam

Api melingkar di tilammenjalar marak di bibir mata yang rapatketakutan membakar.

Di kepala mimpibulan menetes perlahan di permukaan silamyang rekahdan hitam.

Langit menguak jendelabangkit seorang diadengan wajah kaku yang heningdengan mata terpaku yang beningdi dada berselerakkanapidan jalan.

Jelison JupinBatu 6, Paitan

17SelangorKini 12 - 18 September 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH NADIAH ZAMLUS

Sebut saja Klang, sudah pasti ada yang menggambarkan ia sebagai lokasi yang dipenuhi kapal memba-wa kontena yang sarat dengan pel-

bagai barangan.Tidak kurang ada yang menggambarkan

daerah pesat itu dengan kepadatan ba- ngunan dan kenderaan yang sentiasa me-menuhi jalan raya seperti tidak pernah ti-dur.

Percaya atau tidak, daerah ini bakal men-jadi satu lokasi tarikan ekopelancongan apa-bila kerja menaik taraf Taman Hutan Paya Bakau Muara Sungai Klang dan Taman Awam Pengkalan Batu siap sepenuhnya menjelang 2022.

Tambah menarik apa-bila tarikan pelancongan itu akan turut menawar-kan perkhidmatan teksi air sama seperti di Bandaraya Bersejarah Melaka.

Berita itu sudah pastin-ya sesuatu yang dinantikan mereka yang gemarkan ke- tenangan dan kehijauan alam semula jadi.

Pengarah Urusan Lan-dasan Lumayan Sdn Bhd, Syaiful Azmen Nordin ber-kata, projek pembangu-nan di bawah Selangor Maritime Gateway (SMG) itu kini di peringkat per-mulaan. Fasa pertama bakal disiapkan ta-hun hadapan.

Katanya, selain hutan paya bakau, SMG akan turut memperindahkan kawasan Taman Awam Pengkalan Batu yang terle-tak kira-kira 15 kilometer dari hutan paya bakau berkenaan.

“Kedua-dua projek yang menelan kos RM24 juta ini adalah kesinambungan pro-jek SMG selepas fasa pembersihan kepada rehabilitasi dan pembangunan Sungai Klang yang dimulakan sejak 2016,” katanya.

Ekopelancongan menjelang 2022

Hutan paya bakau tarikan di Klang

Menghirup udara segar di hutan, atau forest bathing, diperkenalkan di Jepun pada 1980 dengan gelaran shirin-yoku. Ia menjadi asas penjagaan kesihatan, pencegahan dan penyembuhan dalam perubatan masyarakat di negara itu.

Kebaikan berjalan dalam hutan:

Mencegah barah Berdasarkan penyelidikan Dr Qing Li dari Sekolah Perubatan Nippon di To-kyo, aktiviti berjalan di hutan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Mengurangkan tekananMengikut kajian Universiti Kyoto, aroma hutan mampu mengurang-kan tekanan.

Membuat otak bekerja dengan baikKekerapan menyelusuri kawasan hutan atau deretan pepohonan hi-jau dapat membantu menguatkan memori.

Menurunkan tekanan darahPusat Kawalan dan Pencegahan Pe- nyakit (CDC) di Amerika Syarikat mengadakan Hari Menjejak Denai Kebangsaan (National Trails Day). Ia dikatakan berupaya menjadi satu fak-tor menurunkan tekanan darah.

Membantu menurunkan berat badanSebenarnya banyak cara untuk men-gatasi obesiti, namun ternyata ber-jalan, berbasikal dan beriadah di hutan akan membantu menurunkan berat badan.

Mengurangkan kesepianSelain mengatasi masalah kesihatan, berjalan di hutan juga mampu me- ngusir rasa sepi. Apabila di hutan, kita ditemani dengan pelbagai flora dan fauna.

Sedia pelbagai kemudahan riadah

Bukan sekadar taman biasa, Taman Awam Pengkalan Batu akan menyediakan ‘pavilion’ bagi aktiviti riadah serta mempamerkan ra-watan air terbuka yang membolehkan orang awam melihat prosesnya secara lebih dekat.

Sementara di hutan paya bakau pula akan disediakan laluan pejalan kaki se-jauh 1.6 km.

Syaiful berkata, beliau mahu pengun-jung melihat lebih dekat hidupan di paya bakau, sekali gus menjadikannya sebagai terapi menangani masalah tekanan jiwa.

“Saya yakin, masyarakat khususnya mereka yang berada di bandar sudah tidak mahu lagi pembinaan kompleks membe-li-belah kerana sudah terlalu banyak.

“Jadi melalui kelainan sebegini, ia mem-bolehkan penduduk setempat dan juga pelancong berasa lebih seronok serta ten-teram. Hasilnya, kita akan melahirkan mas-yarakat yang lebih produktif dan tenang,” katanya.

Beliau juga meletakkan keyakinan baha-wa konsep projek pelancongan mesra alam itu mampu menarik pengunjung khusus-nya di Lembah Klang dan pelancong luar negara.

Katanya, SMG mahu meluaskan pe-ranan Sungai Klang termasuk menjadikannya sebagai lokasi aktiviti riadah dan sumber ekonomi buat penduduk setempat.

“Secara tidak langsung wawasan meng-hidupkan kembali Sungai Klang mula menampakkan hasil dengan peningkatan taraf kualiti air yang sebelum ini berada di kelas lima meningkat ke kelas tiga iaitu dar-ipada status kotor kini semakin pulih.

“Selepas siapnya kemudahan awam itu, program pendidikan dan kelestarian akan diteruskan,” katanya.

SMG adalah projek pembersihan Sun-gai Klang seluas 35,612 hektar ke arah sumber ekonomi baharu membabitkan pembangunan perdagangan, perhotelan, pelancongan, perumahan dan industri perkhidmatan.

Melalui kelainan sebegini, ia membolehkan penduduk setempat dan juga pelancong berasa lebih seronok serta tenteram. Hasilnya, kita akan melahirkan masyarakat yang lebihproduktif dan tenang

Syaiful Azmen NordinPengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd

18PBT

SelangorKini 12 - 18 September 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BANTING - Pesta Morib 2019 bakal mencipta kelainan dengan mengetengahkan elemen udara, laut dan darat yang dijangka menarik minat lebih 30,000 pe- ngunjung, pada 14 hingga 16 September ini.

Pegawai Komunikasi Korpo-rat Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohammad Kamal Mohd Ramlan berkata, lebih daripada 15 acara menarik dirangka khusus sepanjang tiga hari pesta ber-langsung, di Pantai Morib, di sini.

“Antaranya, gerai jualan perta-nian dan industri kecil sederha-na, pameran dan jualan hartanah Kuala Langat, supa dupa, pesta mainan, pertandingan gasing moden (beyblade), pameran mo-tosikal klasik, persembahan tari-an tradisional, serta pertandingan mewarna.

“Kita membawakan acara sukaneka rakyat yang pasti men-jadi tarikan utama membabitkan penyertaan pelbagai bangsa di daerah ini seperti tarik tali, tuju tin, panjat tiang licin, pukul ban-tal dan layang-layang selain pertandingan permainan tra-disional dam haji, congkak, kaba-di serta xianggi.

KUALA SELANGOR - Sebanyak 70 kompaun dikeluarkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) atas kesalahan gagal mempamer-kan kupon letak kereta pada hari pertama pelaksanaannya, 3 September lalu.

Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat ber-kata, sejumlah RM10 dikenakan bagi mere-ka yang membuat bayaran dalam tempoh 24 jam dan akan meningkat kepada RM30 dalam tempoh 14 hari jika lewat.

“Bagaimanapun, pada hari pertama pelaksanaan sistem ini berjalan lancar dan kebanyakan pengguna memahami serta mematuhi pelaksanaannya.

“Hanya terdapat segelintir pengguna yang masih keliru dengan tarikh pelaksa-naannya, namun MDKS akan berterusan menjalankan proses hebahan kepada orang awam melalui Facebook dan laman rasmi

kami,” katanya kepada SelangorKini.Rahilah berkata, orang ramai boleh

mendapatkan kupon gores melalui 140 ejen yang dilantik di semua kawasan Ope- rasi Tempat Letak Kereta.

Katanya, untuk memudahkan pengguna, mereka juga boleh menggunakan aplikasi ‘Smart Selangor Parking’ dan ‘Flexi Parking’ yang boleh dimuat turun melalui ‘Google Play’ dan ‘Apple Store’.

“Selain itu, MDKS juga menawarkan har-ga promosi pas bulanan bernilai RM60 mu-lai September hingga Disember depan dan mulai 1 Januari 2020 dengan harga pas bu-lanan akan dijual pada harga asal iaitu RM70 sebulan.

“Orang ramai boleh mendapatkannya dengan menghubungi 0332811654 untuk tempahan pembelian,” katanya.

SHAH ALAM - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memilih Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai ban-dar raya perintis di Selangor bagi menja- yakan program Transformasi Urusan Permit Pembinaan Peneraju Utama Negeri (State DCP Champion).

Dato’ Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim berkata, program itu bertujuan memperka-sa sistem penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada aspek pengeluaran permit selain menghasilkan pe-rubahan dalam industri pembinaan negara.

Katanya, inisiatif di bawah ‘Construc-tion Industry Transformation Programme (CITP)’ yang diperkenalkan Lembaga Pem-bangunan Industri (CIDB) itu juga bertujuan mengukuhkan sistem penyampaian per- khidmatan PBT daripada aspek pengelua- ran permit pembinaan merangkumi OSC 3.0 dan OSC 3.0 Plus.

“Oleh itu, urusan permit pembinaan akan menjadi lebih cekap, mesra pelabur dan ber-potensi untuk menarik pelabur melabur di Shah Alam, sekali gus meningkatkan lagi sektor pembinaan dan pelaburan, di Sela- ngor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Menandatan-gani Aku Janji Melaksanakan Program Trans-formasi Urusan Permit Pembinaan Peneraju Utama Negeri (State DCP Champion) di De-wan Bankuet, MBSA, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir melancarkan majlis, Setia- usaha Kerajaan Selangor, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Untuk rekod, program itu adalah gabu- ngan kerjasama agensi kerajaan dan swas-ta membabitkan KPKT, CIDB serta Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Pada masa sama, Haris berkata, tahap ke-cekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam urusan permit pembinaan adalah salah satu aspek penentu yang di-gunapakai Bank Dunia untuk menentukan kedudukan sesebuah negara.

Justeru, katanya, matlamat utama State DCP Champion itu ditetapkan untuk menam-bahbaik kecekapan dan keberkesanan uru-san memperoleh permit pembinaan.

“Ini selaras dengan hasrat kerajaan mem-percepatkan urusan kelulusan permit pem-binaan di PBT kepada 90 hari berbanding 390 hari, sebelum ini.

“Melalui inisiatif ini, kerjasama daripada semua pihak dan sokongan Kerajaan Ne-geri dapat diteruskan bagi membangunkan inisiatif lain yang akan meningkatkan kualiti kerja dalam memproses permohonan per-mit pembangunan dan pembinaan di MBSA, pada masa akan datang,” katanya.

Program State DCP Champion turut dilak-sanakan di empat negeri lain antaranya Sa-bah, Pulau Pinang, Perak dan Johor manakala setiap ibu negeri itu ‘juara’ dalam melaksa- nakan perintis itu.

Ketengahkan tiga elemen

Pesta Morib 2019 tampil kelainan

KPKT pilih MBSA jayakan transformasi permit pembinaan

70 kompaun hari pertama bayaran parkir MDKS

“Di samping itu, turut dian-jurkan Kejohanan Paragliding Terbuka Jugra 2019, pertandi- ngan membina istana pasir, pertandingan bola sepak pantai, pertandingan ragbi 10 sebelah dan pertandingan memancing,” katanya ketika ditemui Media Se- langor bagi mempromosikan pes-ta berkenaan, di Dataran Pantai Morib, di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, katanya, orang awam bakal dihiburkan dengan persembahan nyanyian pada malam sambutan Hari Ma-laysia 2019, manakala keesokan harinya akan diadakan Morib Fun Run dan pertandingan Wau Tegak.

Mohammad Kamal berka-ta, kegemilangan pesta yang sinonim dalam kalangan pe- ngunjung sejak lebih sedekad lalu dikembalikan selaras hasrat menjadikan daerah berkenaan se-bagai Tahun Melawat Kuala La-ngat, menjelang 2021.

“Idea pelaksanaan pesta ini timbul daripada Yang Dipertua kami, Mohammad Zain A Hamid memandangkan (beliau) mahu melihat kegemilangan Pantai Morib yang dahulunya terkenal dengan aktiviti bermandi-man-da dan menjadi salah satu tempat pelancongan, di Selangor.

“Justeru, (beliau) berhasrat mengangkat kembali pelbagai ak-tiviti melalui pesta ini yang dilihat dapat menarik bukan sahaja pen-duduk tempatan, malahan pelan-cong luar ke daerah ini, sekali gus meningkatkan industri pelanco- ngan Kuala Langat,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pe- ngunjung supaya menjaga kein-dahan Pantai Morib dengan tidak membuang sampah di mera-

ta-rata tempat bagi memelihara imej dan nama baik Pihak Berkua-sa Tempatan itu.

“Diharapkan Pesta Morib kali ini berjalan lancar seperti dirancang memandangkan persediaan kita sehingga kini berada pada tahap memberangsangkan,” katanya.

Pesta kali ini mendapat kerjasa-ma Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Persatuan Penggiat Seni dan Budaya Daerah Kuala Langat,

Kelab Sukan dan Kebajikan MDKL, Kuala Langat Old Boys Rugby Club, Wak Jali Management, Refo Tech Enterprise, Persatuan Olahra-ga Amatur Daerah Kuala Langat, Jowo Bros Selangor dan Celcom.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat boleh hubungi Unit Korporat Dan Per-hubungan Awam di talian 03-3180 3694 dan Jabatan Pembangunan Masyarakat (03-3180 3140).

19SelangorKini 12 - 18 September 2019

“Pada masa ini terdapat lebih daripa-da 28 program pasca siswazah ditawarkan di KUIS, iaitu tujuh program pengajian di peringkat doktor falsafah dan 21 program pengajian di peringkat sarjana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen KUIS Kali Ke-22 di Pusat Konvokesyen KUIS di sini, pada 6 Sep-tember lalu.

Ab Halim berkata, tahun ini KUIS sekali lagi melahirkan dua graduan Ijazah Doktor Falsafah Islamiyyat yang mampu menjadi inspirasi kepada 126 orang pelajar pasca sis-

wazah terdiri daripada 37 pelajar doktor falsa-fah dan 89 orang pela-jar sarjana.

Ab Halim turut men-gucapkan tahniah ke-pada graduan sulung doktor falsafah wanita yang telah dilahirkan KUIS.

“Ini membuktikan KUIS mampu mela-hirkan cendekiawan dalam bidang doktor falsafah, seiring de-ngan perkembangan semasa dunia Islam dan kita harap pada

tahun hadapan, lebih ramai lagi graduan pasca siswazah bakal dilahirkan oleh KUIS.

“Saya juga menyeru kepada gradu-an KUIS sama ada di peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana untuk terus menyambung pengajian di KUIS se-hinggalah tamat di peringkat doktor fal-safah,” katanya.

Pada majlis konvokesyen kali ini, sera-mai 2,338 graduan dianugerahkan diplo-ma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah masing-masing.

20Pendidikan

SelangorKini 12 - 18 September 2019

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Pejabat yang

Memanggil Tender

Tajuk Projek Taraf/Jenis

Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/

Kelas,Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu

Tender Tutup

BahagianKontrak danUkur Bahan,JKR NegeriSelangor

Cadangan Membina DanMenyiapkan Sebuah BangunanMuzium Setem Negeri Selangor,Daerah Petaling, Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

JKR/SEL/(N)/018(T)/2019

BumiputeraT1

Kontraktor adalah

diwajibkan berdaftar dengan

Unit Perancang Ekonomi Negeri

Selangor (UPEN)

SPKK, PPK, STB & UPEN

Gred :G7

Kategori :B

Pengkhususan :

B04

BahagianKontrak &

Ukur Bahan,JKR

Selangor

23/09/2019(Isnin)

Hingga

07/10/2019(Isnin)

RM740.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)(Bayaran

tidak akan dikembali-

kan)

Atas Nama: Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak & Ukur

Bahan,Kompleks

Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor,

Tingkat Bawah Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Pada:

15/10/2019(Selasa)

Sebelum/Pada Jam 12.00 tengahari.

(Tender yang lewat diterima

tidak akan dilayan)

Lawatan Tapak DIWAJIBKAN pada 23/09/2019 (Isnin) jam 10.00 pagi. Sila berkumpul di Bilik Mesyuarat Teratai, Tingkat 4, Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor. No. Telefon: 03 55459800 Samb: 1244

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat didalam sijil PPK, SPKK dan STB yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK dan STBDokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Bendahari Negeri Selangor. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontrak yang sahsahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga PembangunanIndustri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. BagiKontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ danSijil Taraf Bumiputra (jika berkenaan)

*Jenis Pendaftaran:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% oleh warganegara.Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

4col x 18cm

OLEH NAZLI IBRAHIM

BANGI - Kolej Universiti Islam Antara-bangsa (KUIS) layak mendapat pujian berikutan kejayaan melahirkan 20,890 graduan sejak institusi pengajian ting-gi Islam itu ditubuhkan 24 tahun lalu.

Rektornya, Prof Dato’ Dr Ab Halim Tamuri, berkata KUIS terus mengorak langkah sebagai ‘Peneraju Tradisi Ilmu’ dengan membawa perubahan pen-didikan berasaskan Syariat Islam bagi memastikan hala tuju memenuhi ke- perluan semasa yang seiring peruba-han Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) dan Pendidikan Abad ke-21.

“Hasrat untuk melahirkan Dai’, Ulama Dan Umara’ adalah cita-cita KUIS yang sentiasa menjadi keutamaan dan se-bagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang memenuhi tanggungjawab sosial serta ummah, KUIS sentiasa beru-saha melahirkan lebih ramai tenaga profesional Muslim yang mampu mem-impin masyarakat juga membangun ummah agar lebih cemerlang dan ter- bilang.

KUIS terus cemerlang

Lahir 20,890 graduan, penuhi keperluan IR4.0

BANGI - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menempa banyak kejayaan di peringkat negeri dan luar hing-ga antarabangsa sekali gus mengharumkan nama negara serta Selangor khasnya.

Rektor KUIS, Profesor Dato’ Dr Ab Halim Tamuri, berkata antara kejayaan antarabangsa diraih adalah dalam bidang akademi dan penyelidikan pada Seminar Pameran Inovasi, Teknologi dan Penyelidikan (ITREX 2019), Pusat Sains dan Budaya Russia (RCSC) yang menggunakan aplikasi mudah alih Kit Asas Bahasa Russia.

Jelasnya, aplikasi itu dihasilkan pelajar Fakulti Sains & Teknologi Maklumat KUIS dan diletakkan di laman web rasmi RCSC dan Kerajaan Rusia.

“Selain itu, dalam pertandingan KPMG Cyber Security Challenge 2019, pelajar KUIS telah mendapat tempat ketiga daripada 20 finalis dan akan berentap pada pering-kat akhir pada 25 September akan datang.

“KUIS menyahut cabaran Revolusi Perin-dustrian 4.0 dengan mempraktikkan ilmu yang dipelajari selain menghasilkan aplika-si yang dapat membantu bidang industri dan syarikat besar yang terkemuka di Ma-laysia dan dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen KUIS Kali Ke-22 di Pusat Kon-vensyen KUIS di sini, pada 6 September lalu.

Ab Halim berkata, Pelajar KUIS juga menjuarai pertandi- ngan bola sepak Sunsuria Cup 2019 anjuran Xiamen Universi-ty Malaysia yang disertai 16 uni-versiti sekali gus membuktikan bahawa program ditawarkan KUIS menitikberatkan pencapa-ian dari segi rohani dan jasmani.

Katanya, kajian dan penyelidikan yang dijalankan pensyarah KUIS melalui geran Kerajaan Negeri seperti aplikasi e-Gadis pula banyak membantu menaikkan nama KUIS di persada nusa dan bangsa dalam membantu menangani isu sosial serta alam sejagat demi kesejahteraan umat.

KUIS juga memeterai perjanjian perse-fahaman dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) antarabangsa seperti EKUITAS Ban-dung, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan Universiti Islam Sultan Syarif Ali Brunei.

Katanya, langkah ini membuka era ba-haru kepada KUIS dalam dunia akademi di mana program mobiliti seperti pertu-karan pelajar dan pensyarah, penerbitan, persidangan, penyelidikan, perkongsian kepakaran serta perundingan telah dilak-sanakan dengan jayanya.

Ab Halim berkata, jaringan kerjasama ini dipergiatkan lagi dengan IPT luar negara yang lain seperti Vietnam, Singapura, Tur-ki dan Jepun khususnya dalam bidang in-dustri halal dan teknologi terkini.

SHAH ALAM - Yayasan Selangor menawar-kan pinjaman pelajaran peringkat diploma dan ijazah sesi 2/2019 kepada pemohon yang bakal melanjutkan pengajian secara sepenuh masa.

Timbalan Pengurus Besarnya, Zahura Zakry, berkata permohonan boleh dibuat sehingga 13 September ini dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang lahir, di Selangor.

Katanya, ibu atau bapa pemohon perlu lahir di Selangor atau Wilayah Persekutuan sebelum 1 Februari 1974 atau bermastau-tin lebih 10 tahun di Selangor dengan pe- ngesahan daripada Ahli Dewan Negeri, Penghulu, Pengerusi Jawatankuasa Ke-majuan Kampung atau ketua kampung.

“Tawaran itu juga diberikan kepada pemohon yang belum menerima seba-rang penajaan.

“Pelajar yang mendapat penajaan da- ripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, JPA atau MARA tidak la-yak memohon,” katanya dalam kenyataan.

Zahura berkata, jika pemohon pernah menerima pinjaman pelajaran, mereka perlu mengemukakan surat selesai ba-yaran pinjaman bersama borang permo-honan.

Yayasan Selangor tawar pinjaman pelajaran

Tempa kejayaan semua peringkat

SHAH ALAM - Jabatan Mufti Negeri Selangor ber-syukur atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Sisters In Is-lam (SIS), untuk mengisytiharkan Fatwa Liberalisme dan Pluralisme Agama sebagai tidak sah dan tidak

berperlembagaan.Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abd Wa-

hid, berkata keputusan itu jelas mengiktiraf semua fatwa diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan diwartakan Majlis Agama Islam Se-

langor (MAIS) serta Kerajaan Negeri sah mengikat semua umat Islam dalam Se-langor di bawah seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sel-angor) 2003.

“Sehubungan itu, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengajak semua umat Islam un-tuk mematuhi fatwa itu dan semua fatwa lain yang sudah diwartakan.

“Khususnya fatwa berkaitan dengan fahaman dan ajaran yang menyeleweng dari ajaran Islam sebenar menurut pega- ngan ahli Sunnah Wal Jamaah, demi men-jaga kemuliaan, kesucian dan kemurnian akidah Islamiah serta Syariat Islam di ne-geri ini,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Tamyes berkata, pihaknya turut menyeru mana-mana individu yang ber-pegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme untuk bertaubat dan kembali ke jalan Islam.

“Jabatan ini juga mengajak semua umat Islam untuk istiqamah dalam menuntut ilmu Islam sebenar dari ula-ma yang berwibawa dan bertauliah agar tidak mudah terjebak dengan fahaman serta ajaran yang sesat juga menyele-weng,” katanya.

Pada 27 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan se-makan kehakiman oleh SIS serta pemo-hon bersama, Zainah Anwar dan Zaid Ibrahim untuk mengisytiharkan Fatwa Liberalisme dan Pluralisme Agama diwar-takan pada 17 Julai 2014 sebagai tidak sah dan berperlembagaan.

Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan selepas mendapati mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu yang termaktub da-lam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

21SelangorKini 12 - 18 September 2019

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

3 cols x 21 cm

KENYATAAN TENDER

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

(1082296-U)

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

AIS/OS/T9/9/2019

AIS/OS/T10/9/2019

AIS/PROD/T13/9/2019

AIS/PCW/T17/9/2019

AIS/PCW/T18/9/2019

AIS/PCW/T11/9/2019

AIS/PCW/T12/9/2019

AIS/PCW/T14/9/2019

AIS/PCW/T15/9/2019

AIS/PCW/T4/9/2019

PACKAGE F9 - SUPPLY AND DELIVERY OF THREE (3) NOS OF ISUZU FSR PRO TRUCKS COMPLETE WITH 5,600 LITRES OF MILD STEEL WATER TANKS

PACKAGE F10 - SUPPLY AND DELIVERY OF FIVE (5) NOS OF ISUZU NPR PRO TRUCKSCOMPLETE WITH FULL MILD STEELBODY, CANOPY AND ACCESSORIES

SUPPLY AND DELIVERY OF VARIOUS POLYMERS FOR SLUDGE TREATMENT FACILITIES AT 24 WATER TREATMENT PLANTS

PROPOSED PIPE REPLACEMENTPROGRAM IN SELANGOR, WILAYAHPERSEKUTUAN KUALA LUMPURAND PUTRAJAYA YEAR 2019 -PACKAGE 26: KLANG AND SHAHALAM

REHABILITATION WORKS AT FLOCCULATION TANK, SEDIMENTATION TANK ANDINSTALLATION OF NEW 3 TON OVERHEAD CRANE AT RAW PUMP HOUSE AND ASSOCIATED WORKS AT SALAK TINGGI WATER TREATMENT PLANT, SEPANG,SELANGOR DARUL EHSAN.

PROPOSED PIPE REPLACEMENTPROGRAM IN SELANGOR, WILAYAHPERSEKUTUAN KUALA LUMPURAND PUTRAJAYA YEAR 2019PACKAGE 32: PETALING

PROPOSED PIPE REPLACEMENTPROGRAM IN SELANGOR, WILAYAHPERSEKUTUAN KUALA LUMPURAND PUTRAJAYA YEAR 2019PACKAGE 33: PETALING

PROPOSED PIPE REPLACEMENTPROGRAM IN SELANGOR, WILAYAHPERSEKUTUAN KUALA LUMPURAND PUTRAJAYA YEAR 2019PACKAGE 22: HULU SELANGOR

PROPOSED PIPE REPLACEMENTPROGRAM IN SELANGOR, WILAYAHPERSEKUTUAN KUALA LUMPURAND PUTRAJAYA YEAR 2019PACKAGE 23: GOMBAK AND KUALALUMPUR

PROPOSED PIPE REPLACEMENTPROGRAM IN SELANGOR, WILAYAHPERSEKUTUAN KUALA LUMPURAND PUTRAJAYA YEAR 2019PACKAGE 27: KLANG/SHAH ALAM &KUALA LANGAT

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1 atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut: https://www.syabas.com.my/business/supplier dan ikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma.

12 -18 SEPTEMBER 201912 - 18 MuharaM1441

12 Khamis 5:42 5:52 7:06 1:15 4:15 7:19 8:28 13 Jumaat 5:42 5:52 7:05 1:15 4:14 7:18 8:27 14 Sabtu 5:42 5:52 7:05 1:14 4:15 7:18 8:27 15 Ahad 5:42 5:52 7:05 1:14 4:15 7:17 8:26 16 Isnin 5:42 5:52 7:05 1:14 4:15 7:17 8:26 17 Selasa 5:41 5:51 7:04 1:13 4:16 7:16 8:25 18 Rabu 5:41 5:51 7:04 1:13 4:16 7:16 8:25

12 Khamis 5:40 5:50 7:04 1:12 4:14 7:16 8:25 13 Jumaat 5:40 5:50 7:04 1:12 4:13 7:15 8:24 14 Sabtu 5:39 5:49 7:03 1:12 4:12 7:15 8:24 15 Ahad 5:39 5:49 7:03 1:11 4:12 7:14 8:23 16 Isnin 5:39 5:49 7:03 1:11 4:12 7:14 8:23 17 Selasa 5:39 5:49 7:03 1:11 4:13 7:14 8:22 18 Rabu 5:38 5:48 7:02 1:10 4:13 7:13 8:22

12 Khamis 5:41 5:51 7:05 1:13 4:15 7:16 8:25 13 Jumaat 5:40 5:50 7:05 1:13 4:14 7:16 8:25 14 Sabtu 5:40 5:50 7:05 1:12 4:12 7:15 8:24 15 Ahad 5:40 5:50 7:04 1:12 4:12 7:15 8:24 16 Isnin 5:40 5:50 7:04 1:12 4:12 7:14 8:23 17 Selasa 5:39 5:49 7:04 1:11 4:13 7:14 8:23 18 Rabu 5:39 5:49 7:03 1:11 4:13 7:14 8:22

KUALA LUMPUR - Data halal Jabatan Kemajuan Islam Malay-sia (JAKIM) menunjukkan lebih 60 peratus syarikat dan pengelu-ar produk yang memperoleh sijil halal adalah syarikat multinasio- nal yang dimiliki oleh orang bu-kan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata ini kerana syarikat bukan Islam sedar akan kepenti- ngan memiliki pensijilan halal yang boleh membawa produk mereka jauh dalam industri se-lain produk mereka bukan sahaja diterima secara meluas dalam ne-gara tetapi juga di peringkat an-tarabangsa.

“Sebaliknya industri Bumipute- ra pula masih banyak lagi yang belum memohon untuk memi-liki sijil halal daripada kami… ini yang saya musykil kenapa mere-

ka tidak berbuat demikian,” kata- nya dalam ucapannya di HALFEST JAKIM 2019 edisi Ke-8 dari 4 hing-ga 8 September lalu, bertempat di

Pusat Pameran Mines (MIECC), Seri Kembangan dekat sini.

Mujahid berkata dengan persi-jilan halal JAKIM itu, dapat dipas-

tikan sesuatu produk itu bukan sahaja menggunakan bahan ha-lal tetapi juga bersih tidak kira ia dikeluarkan syarikat milik Muslim atau bukan Muslim.

Oleh itu syarikat-syarikat mi-lik Bumiputera dan Muslim yang belum mendapat pensijilan halal bagi produk atau perkhidmatan mereka digesa untuk memohon perakuan itu daripada Jabatan Ke-majuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Dengan adanya pensijilan ha-lal itu, syarikat Bumiputera juga dapat bersaing dengan syarikat multinasional, bukan sahaja da-lam negara bahkan di luar, ia juga memberi akses yang meluas, dan produk itu sendiri diyakini serta se-lamat digunakan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mujahid juga berkata Islam tidak mengajar umatnya un-tuk memilih produk berdasarkan

bangsa dan kaum tertentu tetapi menekankan kepentingan mem-beli barangan halal serta bersih.

“Kita perlu fokus kepada dua te-ras iaitu Yakini Halal Malaysia dan Buy Malaysian Product First, kita jadikan halal sebagai ‘benchmark’ kita.

“Sebagai Muslim, apabila saya ke luar negara, saya mencari makanan halal, saya akan tanya halal atau tidak, saya tidak tanya bangsa apa,” katanya.

Turut hadir pada majlis yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu ialah Ketua Penga-rah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; Pengerusi Majlis Agama Is-lam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Seri Syed Hussein Al Hab-shee dan Pengarah Sekretariat Ma-jlis Halal Malaysia JAKIM, Datuk Seri Sirajuddin Suhaimee. - BERNAMA

Mufti syukur kes SIS ditolak

Lebih 60 peratus syarikat

Bukan Islam kuasai sijil halal

Dr Mujahid Yusof (kanan) melawat tapak pameran selepas Majlis Pelancaran Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2019 anjuran JAKIM di Pusat Pameran Mines (MIECC) Seri Kembangan, pada 6 September lalu. -Foto BERNAMA

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 12 - 18 September 2019

Apa itu cukai petak?Cukai Petak bukan cukai yang baharu tetapi ia menggantikan cukai tanah yang dikenakan kepada pemilik harta tanah yang memiliki strata.

Kesan jika tidak membayar cukai petak:Pemilik harta tanah strata yang tidak membayar cukai petak akan terdedah kepada risiko perampasan harta tanah strata oleh pihak berkuasa.

Memudahkan urusan urusniaga dan pusaka dilaksanakan.

Cukai petak dikenakan secara adil mengikut syarat petak iaitu kediaman, perniagaan dan perusahaan.

Memudahkan pemilik petak membuat bayaran cukai secara terus tanpa melalui perbadanan pengurusan

Bayaran boleh dilakukan di:Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor Kaunter Majlis Bandaraya, Majlis perbandaran dan Majlis DaerahMelalui cawangan POS Malaysia seluruh negara dan POS online Secara “Online” Layari : https://ehasil.selangor.gov.my

Bil tidak diterima?Semak dan kemaskini maklumat anda.

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Pertubuhan Keba-jikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) sentiasa mem-buka ruang dan peluang untuk berkolaborasi bersama badan bu-kan kerajaan (NGO) lain.

Yang Dipertuanya, yang juga isteri Menteri Besar, Masdiana Mu-hamad berkata kolaborasi melalui perkongsian bijak supaya perlak-sanaan sebarang aktiviti dapat dioptimumkan bagi mencapai objektif untuk kebajikan khusus-nya rakyat Selangor.

Katanya, dengan gandingan itu, secara tidak langsung akan mem-perkasa peranan NGO dan memas-tikan kredibiliti dalam masyarakat agar tidak dipertikaikan terutama dari aspek legitimasi pertubuhan dan penilaian kendiri.

“Pada hari ini, NGO merupakan entiti penting dalam sistem pen-tadbiran di Malaysia.

“Kekuatan dan idea di sebalik pertubuhan seperti menyediakan peluang pendidikan dan kemahi-ran, memperkasa ekonomi wan-

ita, membantu mangsa bencana alam dan memperjuangkan isu berkaitan hak kemanusiaan,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra PEKAWANIS Bersama NGO Peringkat Negeri Selangor 2019, di Kediaman Dato’

Demi kebajikan rakyat

PEKAWANIS sentiasa buka ruang kolaborasi NGO

Menteri Besar, di sini, pada 9 Sep-tember lalu.

Hadir sama Penaung PEKA-WANIS, Yang Amat Mulia Tengku Putri, Datin Paduka Hajjah Arafiah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masdiana berkata, NGO me-

mainkan peranan besar terutama dalam sektor yang tidak dipenu-hi dalam perkhidmatan kerajaan.

“Ia disebut sebagai sektor ketiga yang membantu menye-lesaikan masalah negara dan menangani pelbagai keperluan sosial termasuk isu kemiskinan

serta pengangguran kearah ke- sejahteraan rakyat.

“Justeru, PEKAWANIS sentiasa membuka ruang untuk berkolab-orasi bersama NGO lain bagi me-martabatkan dan membantu rakyat Selangor khususnya,” ka-tanya.

Kekuatan dan idea di sebalik pertubuhan seperti menyediakan peluang pendidikan dan kemahiran, memperkasa ekonomi wanita, membantu mangsa bencana alam dan memperjuangkan isu berkaitan hak kemanusiaanMASDIANA MUHAMADYang Dipertua PEKAWANIS

23SelangorKini 12 - 18 September 2019

SukanInformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Skuad hoki le-laki Malaysia kini siap sedia meng-hadapi tugas berat dalam usaha untuk melayakkan diri menyertai Olimpik Tokyo 2020, selepas diun-di menentang pemenang tiga kali pingat emas, Great Britain.

Berdasarkan cabuatan undi dikendalikan oleh Ketua Pega-wai Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Thierry Weil di Lausanne, Switzerland pada 9 September lalu, Malaysia, pada ranking ke-11 di dunia, diletak-kan pada pot 3, sementara Great Britain dalam pot 2.

Skuad Harimau Malaysia itu perlu bermain dalam dua per-lawanan luar antara 1 hingga 3 November ini di London untuk mendapatkan kemenangan agre-gat bagi menempah tiket Olim-

KUALA LUMPUR - Pasukan tarik tali Maj-lis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjuarai kejohanan ‘Putrajaya KL Tug Of War Club Championship 2019’ yang diadakan di Pa-dang Merbok Kuala Lumpur, pada 26 hing-ga 31 Ogos lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubu-ngan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, MBSA memenangi kategori ‘Outdoor Sen-ior Men 680kg Traditional’ dengan me-newaskan pasukan Semutango Penjara Sungai Buloh.

Katanya, kejayaan pasukan Pihak Berkuasa Tempatan itu amat membangg-akan, sekali gus menaikkan imej majlis di mata masyarakat.

“Kejayaan ini juga menggalakkan lebih ramai kakitangan untuk membabitkan diri

secara langsung supaya dapat melahirkan kakitangan yang cergas dan berdisiplin,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, pasukan tarik tali MBSA juga pernah menjuarai pertandingan anju-ran Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan, Dewan Bandaraya Kuala Lum-pur, Majlis Bandaraya Sungai Petani, Maj-lis Bandaraya Jasin, Majlis Bandaraya Teluk Intan dan lain-lain.

Atas kejayaan itu, MBSA berjaya mem-bawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta pingat.

Kejohanan peringkat antarabangsa itu disertai lima negara lain iaitu Brunei, Sin-gapura, Afrika Selatan, China serta Malay-sia dan mempertandingkan sebanyak 10 kategori.

Hoki Olimpik 2020

Malaysia lawan Great Britain untuk tiket Tokyo

MBSA johan ‘Putrajaya KL Tug Of War Club Championship 2019’

Muhammad Nizamuddin (kiri) bersalaman bersama Presiden FAM, Hamidin sempena kerjasama EVC dan MFL untuk mendapatkan hak penyiaran Liga Malaysia. - Foto MFL

EVC nilai pakej penstrukturan hak penyiaran Liga MalaysiaSHAH ALAM - Enervive Consul-tancy Sdn Bhd (EVC) mengumum-kan proses penilaian tawaran dan pakej pengstrukturan semula hak penyiaran Liga Malaysia musim depan lengkap dalam tempoh 60 hari seperti ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid berkata, sejak pelantikan EVC sebagai rakan kongsi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Julai lalu, kedua-dua pihak menunjuk-kan komitmen tinggi terhadap tu-gas diberikan.

Katanya, kedua-dua pihak juga melaksanakan pelbagai inisiatif secara proaktif dalam usaha me-menuhi tarikh akhir yang diberikan.

“Bagaimanapun, pengumuman berhubung tawaran dan pakej penyiaran Liga Malaysia berke-

naan hanya akan didedahkan ke-pada umum selepas kertas kerja itu dibentangkan terlebih dahulu ke-pada Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“Ia mengambil sedikit masa me-mandangkan beberapa Ahli Lem-baga Pengarah MFL kini berada di Jakarta untuk memberikan sokon-gan padu kepada skuad Harimau Malaya dalam aksi pusingan dua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia,” katanya dalam kenyataan.

Nizamuddin berkata, MFL dan ECV akan mengeluarkan kenya- taan berhubung keputusan ta-waran serta pakej penstrukturan semula hak penyiaran Liga Ma-laysia sejurus kertas kerja terbabit dibentangkan.

“MFL dan EVC harus mengambil pertimbangan dan saranan dari-

pada semua pemegang taruh iaitu pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia sebelum memuk-tamadkan sebarang keputusan.

“Apa yang pasti, projek mega ini turut membabitkan syarikat kor-porat dan pertubuhan di dalam serta luar negara, malahan EVC su-dah memulakan komunikasi den-gan pelbagai pihak termasuk firma modal teroka,” katanya.

Penstrukturan semula ini men-yaksikan hak penyiaran Liga Malaysia secara terus kepada pengguna khususnya penyokong bola sepak tempatan.

“Ini juga membolehkan pe-nyokong memainkan peranan membantu pasukan apabila ba-yaran langganan siaran langsung perlawanan disalurkan terus kepa-da setiap pasukan,” katanya.

pik, selepas beraksi pada edisi Sydney 2000.

Pasukan Great Britain akan di- sertai pemain dari nombor tujuh dunia England, Wales (18) dan

Gam

bar F

B M

alay

sian

Hoc

key

Conf

eder

atio

n

Scotland (19).Walaupun menerima undian

yang sukar, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal yakin pasukan Ma-

laysia punya peluang cerah.“Untuk melayakkan diri ke Ol-

impik, kita perlu sanggup bermain. Ada sebulan setengah untuk per-siapan, sekarang terpulang ke-

pada pemain dan jurulatih untuk pastikan kita sampai ke Tokyo,” ka-tanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan acara cabutan undi di Facebook livestream, di ibu pejabat MHC, di sini, pada 9 September lalu.

Pertandingan hoki Olimpik akan berlangsung dari 25 Julai hingga 7 Ogos 2020 di Oi Hockey Stadium yang baru dibina membabitkan 12 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita.

Jepun (lelaki dan wanita) sudah mengesahkan tempat mereka se-laku tuan rumah dan johan Sukan Asia, demikian juga Argentina (le-laki dan wanita), Afrika Selatan (le-laki dan wanita), Belgium (lelaki), Australia (lelaki), Belanda (wanita) dan New Zealand (wanita) yang melayakkan diri sebagai johan be-nua. – BERNAMA

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Malaysia memberi-kan tentangan hebat sebelum tewas 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan Kumpulan G Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 10 September lalu.

Harimau Malaya bermula posi-tif mendahului pasukan lawan se- awal minit pertama menerusi ja-ringan hasil tandukan Syafiq Ah-mad yang mendapat hantaran Matthew Davies.

Bagaimanapun, penyerang UAE, Ali Ahmed Mabkhout meranap-kan impian skuad bimbingan Tan Cheng Hoe dengan dua gol jarin-gannya pada minit ke-43 dan 75 untuk kemenangan pasukannya.

Kekalahan itu agak mengece-wakan kerana Malaysia memula-kan kempen dengan catatan ke-menangan ke atas Indonesia 3-2 di Jakarta pada 5 September lalu.

Selepas dua perlawanan, pasu-kan kebangsaan kini menduduki tangga ketiga kumpulan dengan tiga mata.

KUALA LUMPUR - Sebagaima-na dijangka, penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya me-layakkan diri untuk ke Sukan Ol-impik Tokyo selepas meraih pin-gat emas bagi acara 3m Papan Anjal Individu Wanita di Kejo-hanan Terjun Piala Asia 2019 di sini, pada 8 September lalu.

Penerjun berumur 20 tahun itu berjaya mencuri perhatian hakim dengan terjunan kemas yang membolehkan beliau mengumpul 313.85 mata un-tuk menerajui acara lima pusin-gan itu, manakala rakan sene- gara, Loh Zhiayi pula berjaya meraih pingat perak selepas mengumpul 223.45 mata.

Penerjun Indonesia, Linadini Yasmin mengumpulkan 191.30 mata untuk merangkul pingat gangsa.

Nur Dhabitah berkata, beliau agak gementar pada mulanya semasa berdiri di atas papan anjal, namun berjaya mengata-si perasaan itu, memandangkan pertandingan ini amat penting baginya untuk membawa be-liau ke arena lebih tinggi.

“Alhamdulillah, akhirnya slot ke Olimpik dapat juga. Saya sangat gemuruh walaupun

kita ada peluang. Mungkin sebab pertandingan di tem-pat sendiri, dan saya nak bagi yang terbaik, sebab tu saya gemuruh,” katanya kepada pemberita di Pusat Akuatik Negara di sini.

Walaupun bergelar juara, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu masih belum berpuas hati dengan dua terjunan beliau.

“Saya rasa boleh buat lebih bagus di terjunan kedua dan ketiga saya. Saya akan terus berusaha untuk beraksi leb-ih baik sebab saya (baru pu-lang) dari Kejohanan Dunia (Gwangju 2019) dan tidak sem-pat untuk membuat latihan teknik dan asas. Jadi selepas pertandingan ini saya berhas-rat untuk mula balik kepada latihan asas,” tambahnya.

Bagi Piala Asia, masing-ma-sing pemenang acara papan anjal platform 3m dan 10m akan mendapat slot untuk me-layakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo.

Selain acara individu, Nur Dhabitah berkata, beliau me- nyasarkan untuk memperoleh satu lagi slot Olimpik dalam acara terjun 3m papan anjal

seirama wanita bersama pasa- ngannya, Wendy Ng Yan Yee.

Memandangkan Piala Asia tidak menjamin sebarang slot untuk acara seirama, kedua-dua mereka meletakkan sasa-ran memperolehnya di FINA Diving World Cup 2020 di Tokyo, hanya beberapa bulan sebelum Olimpik Tokyo 2020.

Sukan Olimpik Tokyo akan menjadi penampilan kedua Nur Dhabitah, dan beliau ada-lah penerjun keempat negara yang melayakkan diri selepas Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee dan Wendy.

Penampilan pertama be-liau adalah di Rio 2016 se-lepas beliau meraih pingat emas dalam acara 10m plat-form individu, juga di Kejo-hanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil pada tahun sebelum- nya.- BERNAMA

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan me- ngemukakan laporan kepada Persekutuan Bola Sepak Antara-bangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung insiden serangan yang berlaku ke atas penyokong Malaysia di Sta-dium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 5 September lalu.

FAM dalam kenyataannya ke-sal dengan gangguan penyokong pada perlawanan Pusingan 2 Ke-layakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, yang menyaksikan Ma-laysia bangkit menewaskan Indo-nesia, 2-3.

“’Fairplay’ dan profesionalisme telah dipamerkan pemain dan pegawai kedua-dua negara, teta-pi perlawanan dicemari insiden di luar padang.

“FAM anggap negara jiran kita, Persatuan Sepakbola Seluruh In- donesia (PSSI), melalui pihak ber- kuasa tempatan gagal menjang-kakan insiden yang telah berlaku justeru gagal mengotakan janji diberikan mereka secara umum untuk perlawanan ini.

“Mereka juga gagal mengawal sikap penyokong sepanjang per- lawanan, ketika serta selepas per-lawanan berlangsung sekali gus mencemarkan imej bola sepak In-

donesia,” katanya.Katanya, penyokong Malaysia

secara umumnya dilihat bertin-dak balas secara positif dan tidak mengikut sebarang provokasi.

FAM turut menasihatkan pe-nyokong tempatan untuk kekal sabar dan terus menghormati penyokong luar ke Malaysia sama ada peminat Indonesia, UAE, Thai-land atau Vietnam pada semua per-lawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional nanti.

“Tidak ada tempat dalam sukan bola sepak untuk gejala hooligan-isme dan gangsterisme dan oleh itu, kami telah membuat keputu-san untuk mengambil tindakan dan sedang mengumpul bukti kukuh bagi melaporkan kejadian berkaitan kepada FIFA dan AFC.

“Justeru, bagi penyokong Ma-laysia yang masih berada di In-donesia, kami mendoakan kese-lamatan anda di sana dan moga selamat pulang ke Malaysia.

“Terima kasih atas sokongan padu anda terhadap skuad ke-bangsaan, Harimau Malaya dan kami juga menggesa anda untuk mengelakkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menye-babkan kemudaratan kepada diri sendiri mahupun rakyat Indone-sia,” katanya.

Menang 1 tewas 1

FAM kemuka laporan kepada FIFA, AFC

Dhabitah layak ke Olimpik Tokyo 2020

Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023

Syafiq Ahmad (tengah) meraikan jaringan golnya ketika menentang Emiriah Arab Bersatu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September 2019. - Foto BERNAMA