ahl al-sunnah wa al-jamaah al-ashairah satu pengenalan
TRANSCRIPT
-
1
AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMACAH AL-ASHA
CIRAH: SATU PENGENALAN
Muhammad Rashidi bin Haji Wahab
Muhammad Faizul bin Azmi
Dr. Abdull Rahman bin Mahmood
ABSTRAK
Ashacirah yang diasaskan oleh Imam al-Ash
cari merupakan sebuah aliran pemikiran akidah
terbesar dalam mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah. Ini terbukti dengan majoriti masyarakat
Islam di seluruh dunia merupakan pengikut aliran Ashacirah atau Maturidi dan ia tidak terkecuali
di Malaysia yang rata-rata berpegang dengan Ashacirah. Keadaan ini dilihat sebagai satu
kelebihan kepada pembentukan kestabilan sosial dan politik sedia ada terhadap umat Islam di
Malaysia khususnya. Walau bagaimanapun, masih ramai dalam kalangan masyarakat Islam di
Malaysia tidak begitu mengenali aliran Ashacirah sepenuhnya memandangkan mereka kurang
mengambil berat tentangnya dan hanya mengikut tokoh-tokoh agama tertentu sahaja, walaupun
dalam persoalan akidah. Sehubungan itu, artikel ini akan mengetengahkan asas pemikiran aliran
Ashacirah dengan merujuk kepada kenyataan Imam al-Ash
cari sendiri dan dikuatkan dengan
huraian tokoh-tokoh ulama Ashacirah lain. Artikel ini turut membincangkan siapakah Ahl al-
Sunnah wa al-Jamacah yang sebenar menurut kacamata ulama muktabar bagi membezakan ia
dengan aliran yang sesat. Selain itu, turut dijelaskan mengenai faktor-faktor kemunculan
Ashacirah serta meneliti dakwaan yang berlegar di sekitar tahap kematangan pemikiran Imam al-
Ashcari. Kajian mendapati bahawa aliran Asha
cirah merupakan sebuah doktrin terbesar dalam
mempertahankan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah daripada aliran bidaah dengan membawa
tema-tema akidah yang kukuh sehingga sukar diganggu-gugat oleh aliran lain. Manakala
kematangan pemikiran Imam al-Ashcari hanya melalui dua peringkat sahaja iaitu bersama
Muctazilah sehingga berusia 40 tahun dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama
cah sehingga beliau
meninggal dunia.
Kata kunci; Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah, Asha
cirah, Pemikiran Akidah
PENDAHULUAN
Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah merupakan satu mazhab pemikiran akidah yang menjadi pegangan
majoriti umat Islam di Malaysia, malah di rantau Nusantara ini berkurun lamanya. Masyarakat
Islam menerima dan mengamalkan Islam berasaskan pendekatan mazhab ini sehingga Ahl al-
Sunnah wa al-Jamacah menjadi begitu dominan dan berwibawa. Hakikat ini telah menjadikan
Malaysia dan rantau ini paling seragam dan kukuh dalam pegangan akidah, amalan syariah dan
-
2
nilai akhlak berbanding dengan masyarakat Islam di rantau lain. Keadaan ini secara tidak
langsung memberi sumbangan kepada kestabilan politik, kemasyarakatan dan perpaduan umat
Islam. Pendekatan Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah yang sebati dihayati oleh masyarakat Islam di
Malaysia dalam aspek akidah dan kepercayaan ialah berasaskan fahaman dan aliran Ashacirah
dan Maturidi (Abdul Shukor, 1998: 7).
Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa majoriti masyarakat Islam di Malaysia
khususnya orang awam dalam aspek akidah berfahaman aliran Ashacirah yang lebih sinonim
dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah. Sementara aliran selain Asha
cirah tidak begitu dikenali
atau tidak dianggap sebahagian daripada Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah (Abdul Shukor, 1998:
13). Perkara ini terjadi disebabkan oleh usaha para ulama tradisional dalam menulis dan
menyebarkan karya-karya akidah berdasarkan aliran Ashacirah berbanding dengan aliran lain.
Oleh itu, pegangan aliran Ashacirah terus berkembang dari semasa ke semasa melalui dakwah
tokoh-tokoh ulama tempatan sehinggalah sampai ke generasi hari ini.
Walaupun majoriti umat Islam di Malaysia berpegang dengan akidah Ahl al-Sunnah wa
al-Jamacah aliran Asha
cirah, namun kebanyakan mereka khususnya masyarakat awam masih
kurang jelas mengenali aliran Ashacirah terutamanya berkaitan kerangka asas pemikiran yang
menjadi dasar utama sehingga terbina aliran ini (al-Hasani, 1993: 54; Mohd Nizam, 2006: 454).
Hal ini terjadi berkemungkinan kerana mereka kurang mengambil berat atau hanya mengikut
pandangan seseorang tokoh ulama sahaja tanpa berusaha menuntut ilmu akidah secara lebih
tersusun dan mendalam agar mereka dapat mengenalpasti intipati aliran Ashacirah yang sebenar.
Sehubungan itu, artikel ini akan mengetengahkan pegangan asas Imam al-Ashcari selaku
pengasas aliran Ashacirah, di samping meneliti kenyataan para ulama Asha
cirah dalam
menjelaskan sesuatu perkara yang menjadi pegangan aliran ini. Artikel ini turut memfokuskan
isu yang berlaku di sekitar peringkat kematangan pemikiran Imam al-Ashcari sehingga beliau
keluar dari aliran Muctazilah untuk mempertahankan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama
cah.
Sebagai permulaan, artikel ini terlebih dahulu akan membincangkan pengenalan kepada Ahl al-
Sunnah wa al-Jamacah merangkumi definisi dan aliran pemikiran yang terkandung di dalamnya.
-
3
AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAcAH: SATU PENGENALAN RINGKAS
Mengklasifikasi Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah adalah perlu dalam kajian ini memandangkan
mereka adalah mazhab akidah terbesar umat Islam serta mempunyai kaitan secara langsung
dengan pelbagai aliran pemikiran termasuklah Ashacirah. Sehubungan itu, menelusuri kata Ahl
dari sudut bahasa, ia membawa pengertian bahawa Ahl adalah keluarga, pengikut atau golongan
tertentu (Sacdi Abu Jaib, 1998: 29). Manakala al-Sunnah pula bermaksud segala yang
diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. berupa ucapan, perkataan, penetapan, peribadi, akhlak
sama ada sebelum atau selepas Baginda dilantik menjadi utusan Allah s.w.t. (al-Sibaci, 1966:
61). Jika dihubungkan perkataan Ahl dan al-Sunnah, maka Ahl al-Sunnah dapat dimaksudkan
sebagai golongan tertentu yang mendokong serta berpegang dengan sunnah Rasulullah s.a.w.
Menurut Ibn al-Athir (1963: 2/419), al-Jamacah adalah kelompok manusia terbesar
(majoriti) yang terdiri daripada umat Islam yang bersepakat untuk mengikut jalan yang lurus dan
mentaati pemerintah mereka. Maka termasuk dalam istilah al-Jamacah ialah kumpulan besar
umat Islam yang mengikut jalan para sabahat, tabicin dan tabi
c tabi
cin yang diambil daripada
Rasulullah s.a.w. (Abdul Shukor, 1998: 16). Walau bagaimanapun, al-Shatibi (1412H: 2/770-
2/778) mempunyai huraian lebih luas tentang maksud al-Jamacah sepertimana berikut: 1. Mereka
adalah majoriti umat Islam. 2. Mereka adalah sekumpulan ulama mujtahidin. 3. Mereka adalah
para sahabat. 4. Mereka adalah seluruh umat Islam. 5. Mereka adalah kumpulan umat Islam yang
berada di bawah pemerintah Islam. Oleh itu, perkataan al-Jamacah dapat disimpulkan sebagai
kumpulan terbesar umat Islam yang bersepakat mengikut jalan kebenaran daripada ajaran
Rasulullah s.a.w. Pengertian al-Jamacah sebagai majoriti umat Islam yang mengikuti jalan lurus
dilihat bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w. berikut:
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mempersepakatkan umatku di atas kesesatan. Tangan Allah
bersama al-Jamacah dan sesiapa yang menyendiri, dia akan menyendiri di dalam neraka.
(al-Tirmizi (2167), 1998: 4/40)
-
4
Berdasarkan penjelasan tersebut, istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah boleh dirumuskan
sebagai golongan terbesar atau al-Jamacah umat Islam yang mengikut serta mendokong jalan
sunnah Rasulullah s.a.w. Manakala berkaitan tarikh sebenar kehadiran Ahl al-Sunnah wa al-
Jamacah, ia tidak dapat ditentukan secara tepat dan begitu juga tentang tokoh yang mula-mula
memperkenalkan nama Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah. Kemunculannya jauh berbeza dengan
keadaan kemunculan beberapa aliran pemikiran lain seperti aliran Syicah dan Khawarij yang
mana kemunculan kedua-dua golongan ini bermotifkan politik kepimpinan umat Islam. Oleh itu,
golongan Syicah dan Khawarij boleh dikatakan sebagai dua buah parti politik agama yang
terawal lahir di dalam sejarah umat Islam sebelum kedua-dua aliran ini berkembang menjadi
sebahagian daripada aliran akidah (Abdul Shukor, 1998: 14; Abu Zahrah, 1996: 31).
Walaupun tarikh sebenar kemunculan istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah tidak
diketahui secara tepat, namun penamaan Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah telah digunakan sejak
generasi Salaf lagi. Sebagai contoh, ketika menafsirkan ayat 106 dari surah ali-cImran, Ibn
cAbbas r.a. (m. 68H) menyatakan bahawa muka orang-orang yang menjadi putih berseri itu ialah
golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah. Manakala muka orang-orang yang menjadi hitam legam
ialah ahli-ahli bidaah yang sesat serta pengikut-pengikut mereka (Ibn Kathir, 1999: 92). Ibn Sirin
(m. 110H) pula menggunakan istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah ketika menyatakan bahawa
periwayatan hadis daripada Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah sahaja diterima, sedangkan
periwayatan daripada ahli-ahli bidaah tidak diterima (Muslim, 2008: 9). Selain itu, Imam al-
Thawri (m. 161H) turut menggunakan istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah dengan menyatakan
bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah adalah golongan pedagang dan jumlahnya sedikit sahaja
(al-Lalikai, 2001: 1/64). Semua kenyataan ini jelas membuktikan bahawa istilah Ahl al-Sunnah
wa al-Jamacah telah digunakan sejak generasi Salaf lagi dan ia bukan satu istilah baru yang
muncul ketika zaman Khalaf.
Dalam perbincangan mengenai Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah, persoalan paling utama
yang perlu diperjelaskan ialah mengenai aliran atau al-Jamacah manakah yang termasuk dalam
kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah. Perkara ini perlu diketengahkan sebagai membezakan
antara kelompok Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah dengan aliran-aliran bidaah yang lain. Terdapat
-
5
beberapa riwayat dalam menjelaskan siapakah al-Jamacah tersebut, antaranya sabda Rasulullah
s.a.w. berikut:
Maksudnya:
Sesungguhnya Bani Israil telah berpecah kepada 71 golongan. Umatku (umat Islam) akan
berpecah kepada 72 golongan dan semua akan dimasukkan ke neraka kecuali satu golongan
sahaja iaitu al-Jamacah.
(Ibn Majah (3993), 1996: 4/353)
Maksudnya:
Sesungguhnya telah berpecah Ahli Kitab sebelum kamu kepada 72 golongan. Umat ini (umat
Islam) akan berpecah kepada 73 golongan. 72 golongan dimasukkan ke neraka dan satu
golongan sahaja dimasukkan ke syurga iaitu al-Jamacah.
(Abi Daud (4587), 1998: 5/182)
Merujuk kepada hadis di atas, al-Baghdadi (T.th: 27-28) menyatakan bahawa golongan
ke-73 itu ialah Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah yang terdiri daripada Ahl al-Rayi, Ahl al-Hadith
dan bukan mereka yang mempermain-mainkan hadis, ulama fikah, penghafal al-Quran,
periwayat hadis dan Ahl al-Kalam daripada kalangan Ahl al-Hadith. Termasuk juga di dalam
golongan ini ialah pengikut-pengikut Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Shafici, Imam
al-Awzaci, Imam al-Thawri dan Ahl al-Zahir. Kemudian al-Baghdadi (T.th: 234-237)
memperincikan tentang golongan yang termasuk dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah kepada
lapan golongan antaranya juga adalah pengikut kepada tokoh-tokoh bahasa Arab, tokoh-tokoh
qiraat al-Quran, tokoh-tokoh Tasawuf, tentera yang berjihad melawan kafir dan masyarakat yang
berada dalam pemerintahan Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah. Mereka semua tergolong di dalam
golongan majoriti umat Islam (al-Sawad al-Aczam) yang selamat (al-Firqah al-Najiyah)
sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w. berikut:
-
6
Maksudnya:
Sesungguhnya Bani Israil telah berpecah kepada 71 atau 72 golongan dan umat ini (umat Islam)
akan melebihi satu golongan. Semua akan dimasukkan ke neraka kecuali satu golongan sahaja
iaitu al-Sawad al-Aczam.
(al-Tabrini (8035), 2002: 8/268)
Maksudnya:
Allah Azza wa Jalla tidak akan mempersepakatkan umatku di atas kesesatan selama-lamanya.
Hendaklah kamu mengikut al-Sawad al-Aczam. Tangan Allah bersama al-Jama
cah. Sesiapa yang
menyendiri dia akan menyendiri di dalam neraka.
(al-Hakim (391), 1990: 1/199)
Ketika menjelaskan pengertian al-Sawad al-Aczam ini, Ibn al-Athir (1963: 2/419) telah
menyatakan bahawa al-Jamacah adalah al-Sawad al-A
czam iaitu kelompok majoriti umat Islam
yang mana mereka ini bersepakat di dalam mengikut jalan yang lurus dan mentaati pemerintahan
Islam. Walau bagaimanapun, penjelasan ini dilihat kurang menepati pengertian al-Sawad al-
Aczam kerana penjelasan yang lebih tepat dan terperinci tentang al-Sawad al-A
czam telah
dinyatakan dalam sabda Rasulullah s.a.w. berikut:
. : :
. : . : :
Maksudnya:
Sesunguhnya Bani Israil telah berpecah kepada 71 golongan dan Nasrani berpecah kepada 72
golongan. Semuanya sesat kecuali al-Sawad al-Aczam. Bertanya (para sahabat): Wahai
Rasulullah, siapakah al-Sawad al-Aczam itu? Sabda (Rasulullah s.a.w.): Mereka adalah orang-
orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama Allah dan
tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid dengan sebab dosa yang sudah diampuni-
Nya. Kemudian sabda (Rasulullah s.a.w.) lagi: Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan
asing dan akan kembali dalam keadaan asing. Bertanya (para sahabat): Wahai Rasulullah!
Siapakah orang-orang asing itu? Sabda (Rasulullah s.a.w.): Mereka adalah orang-orang yang
-
7
berbuat kebaikan ketika orang-orang lain berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam
agama Allah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid dengan sebab dosa yang
dilakukan.
(al-Tabrini (7659), 2002: 8/153)
Kajian The Royal Islamic Strategic Studies Centre (2010: 17) menunjukkan bahawa
Ashacirah dan Maturidi merupakan aliran majoriti umat Islam dengan 90 peratus daripada
keseluruhan umat Islam di dunia adalah pengikut aliran Ahl al-Kalam ini. Hasil kajian ini turut
dipersetujui oleh al-Qaradawi iaitu ketika mana beliau mempertahankan Universiti al-Azhar
yang berpegang dengan akidah Ashacirah daripada tohmahan golongan Salafiyyah Wahabiyyah,
beliau menyatakan bahawa Ashacirah merupakan pegangan majoriti umat Islam di seluruh dunia
pada hari ini (www.islamonline.net). Oleh itu, jika kajian dan kenyataan ini dijadikan ukuran,
maka benarlah kenyataan al-Zabidi (1989: 2/8) yang berpendapat bahawa secara umumnya Ahl
al-Sunnah wa al-Jamacah terdiri daripada kalangan Asha
cirah dan Maturidi. Manakala al-Subki
(T.th: 3/366) pula menyatakan bahawa pengikut-pengikut Imam Abu Hanifah, Imam Malik,
Imam al-Shafici dan Imam Ahmad bin Hanbal semuanya adalah Ahl al-Sunnah wa al-Jama
cah
dan mereka ini berada bersama Ashacirah. Selain itu, al-Saffarini (2008: 1/67) telah
membahagikan Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah kepada tiga golongan iaitu Athariyyah yang
diketuai oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Ashacirah yang diketuai oleh Imam Abu al-Hasan al-
Asycari dan Maturidi diketuai oleh Imam Abi Mansur al-Maturidi.
Kesimpulan ringkas yang boleh dinyatakan di sini ialah Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah
merupakan golongan majoriti umat Islam sepertimana yang telah dijelaskan oleh al-Baghdadi,
maka termasuk dalam golongan ini adalah pengikut-pengikut Ashacirah yang mana mereka ini
merupakan golongan yang berpegang teguh dengan al-Quran, sunnah Rasulullah s.a.w., ijmac
sababat dan tidak pula mudah mengkafirkan orang Islam lain tanpa hak sebagaimana yang telah
dinyatakan di dalam hadis (al-Tabrini (7659), 2002: 8/153). Manakala 72 golongan ahli bidaah
yang tidak termasuk di dalam golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah itu boleh dinyatakan
secara umumnya sebagaimana berikut; Muctazilah berpecah menjadi 20 kumpulan, Shi
cah
berpecah menjadi 22 kumpulan, Khawarij berpecah menjadi 20 kumpulan, Murjiah berpecah
menjadi lima kumpulan, Najjariyyah berpecah menjadi tiga kumpulan, Jabariyyah hanya satu
kumpulan dan Mushabbihah atau Mujassimah hanya satu kumpulan (Aclawiy, 1978: 297).
-
8
SEKITAR KEMUNCULAN ASHAcIRAH
Pada kurun kedua dan ketiga Hijrah, umat Islam dilanda dengan ancaman pemikiran dan
ditentang hebat oleh aliran bidaah. Tokoh-tokoh aliran bidaah diangkat menjadi pemimpin di
kalangan masyarakat menyebabkan ketulenan ajaran Islam semakin terhakis (Ibn al-Ashakir,
1347H: 164). Aliran Muctazilah merupakan antara aliran bidaah yang mendapat dokongan
pemerintah terutamanya semasa zaman pemerintahan al-Mamun, al-Muctasim dan al-Wathiq.
Mereka mengharuskan masyarakat mengakui pegangan Muctazilah tentang kemakhlukan al-
Quran sehingga pemikiran aliran Muctazilah berjaya dikembangkan ke serata tempat
terutamanya di Baghdad (al-cAmraji, 2000: 164).
Kemunculan aliran Ashacirah bermula pada akhir kurun ketiga Hijrah yang dipimpin oleh
Imam Abu al-Hasan al-Ashcari setelah beliau bertindak meninggalkan aliran Mu
ctazilah. Imam
al-Ashcari dilahirkan pada tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 330 Hijrah (Abu
Zahrah, 2006: 163). Sebahagian pendapat menyatakan Imam al-Ashcari meninggal dunia pada
320 Hijrah atau 324 Hijrah (Ibn al-Ashakir, 1347H: 56; al-Asnawi, 1987: 1/47). Gelaran al-
Ashcari merupakan nisbah daripada keturunan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Abu
Musa al-Ashcari r.a. yang merupakan datuk kepada Imam al-Ash
cari. Rasulullah s.a.w. pernah
menyatakan bahawa kaum yang mengikut Abu Musa al-Ashcari r.a. adalah kaum yang selamat
dan dicintai oleh Allah s.w.t. Ia dilihat sebagai salah satu petanda bahawa pegangan aliran
Ashacirah adalah bertepatan dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama
cah sepertimana yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. kerana Imam al-Ashcari berpegang dengan pegangan yang sama dengan
pegangan akidah datuknya (al-Shahrastani, 1993: 1/106).
: ) ( :
Maksudnya: cIyad al-Ash
cari berkata: Ketika turunnya ayat (Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah
mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya (al-Maidah (5): 54)) maka sabda Rasulullah s.a.w: Mereka adalah kaum kamu wahai Aba Musa. Sambil itu Rasulullah s.a.w. menunjukkan
tangannya kepada Abi Musa al-Ashcari.
-
9
(al-Hakim (3220), 1990: 2/342)
Ketika menafsir ayat (al-Maidah (5): 54) dan menjelaskan pengertian hadis di atas, al-
Qusyairi menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan hadis itu adalah pengikut Imam al-
Ashcari yang termasuk dalam kaum Abu Musa al-Ash
cari. Menurut al-Qusyairi lagi, penisbahan
ini adalah bertepatan dengan al-Quran kerana setiap penisbahan kaum yang didatangkan oleh al-
Quran terhadap para rasul-Nya, maka yang dimaksudkan dengan penisbahan itu adalah pengikut
para rasul tersebut (al-Qurtubi, 2006: 8/52-8/53; Ibn al-Ashakir, 1347H: 49-50). Oleh itu,
menisbahkan Imam al-Ashcari dan pengikut alirannya kepada kaum Abu Musa al-Ash
cari
sepertimana yang dinyatakan oleh hadis mempunyai sandaran yang kukuh.
Imam al-Ashcari bertindak keluar daripada aliran Mu
ctazilah untuk bersama dengan Ahl
al-Sunnah wa al-Jamacah setelah berlaku perselisihan pendapat dengan gurunya al-Jubai
mengenai perbuatan Allah s.w.t. (Ibn al-Ashakir, 1347H: 39). Walaupun begitu, terdapat dua
faktor atau sebab lain yang mendorong Imam al-Ashcari bertindak keluar daripada Mu
ctazilah
dan menyertai Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah (Ibn al-Ashakir, 1347H: 38-40) iaitu:
1. Keraguan Imam al-Ashcari terhadap pegangan Mu
ctazilah yang terlalu melebihkan dan
mendahulukan akal berbanding al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Hasil daripada keraguan
ini yang menyebabkan berlakunya perdebatan Imam al-Ashcari dengan gurunya al-Jubai.
2. Pada bulan Ramadan, Imam al-Ashcari telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w.
Dalam mimpi tersebut, Rasulullah s.a.w. meminta Imam al-Ashcari membela al-Quran dan
sunnah Baginda daripada dipermain-mainkan oleh aliran bidaah terutamanya Muctazilah.
Setelah meninggalkan Muctazilah, Imam al-Ash
cari mempergiatkan aktiviti penyampaian
dakwah Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah dengan mengajar di masjid-masjid dan menghadiri majlis-
majlis perdebatan. Imam al-Ashcari akan menghadiri majlis-majlis Mu
ctazilah untuk berdebat
dengan mereka sehinggkan ada orang yang bertanya kepada beliau tentang tujuan beliau masih
bergaul dengan ahli bidaah seperti Muctazilah. Imam al-Ash
cari menjawab bahawa kebanyakan
tokoh penting Muctazilah memegang jawatan tinggi di dalam kerajaan, maka adalah mustahil
untuk mereka datang kepada beliau untuk berbincang. Jika beliau tidak pergi kepada mereka, ini
-
10
bermakna mereka tidak mengetahui tentang kebenaran Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah (Ibn al-
Ashakir, 1347H: 68-69).
Sebagai tokoh besar dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah, Imam al-Ash
cari telah
meninggalkan hasil penulisannya yang banyak iaitu sekitar 300 buah karya sepanjang beliau
bersama dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah (Ibn al-Ashakir, 1347H: 127). Namun hanya
beberapa buah karya sahaja masyhur sampai kepada umat Islam hari ini antaranya; al-Ibanah can
Usul al-Diyanah (2005), al-Lumac fi al-Rad
cala Ahl al-Zaygh wa al-Bid
ca (1955) dan Maqalat
al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin (1950). Selain itu, Imam al-Ashcari turut meninggalkan
murid-muridnya yang ramai dalam meneruskan penyebaran aliran Ashacirah antaranya; Abu
cAbd Allah bin Mujahid, Abu al-Hasan al-Bahili, Abu al-Hussin Bundar bin al-Hussin al-
Shayrazi, Abu Muhammad al-Tabari, Abu Bakar al-Qaffal, Abu Sahal al-Sacluki, Abu Zayd al-
Marwazi, Abu cAbd Allah bin Khafif al-Shayrazi, Abu Bakar al-Jurjani, Abu al-Hasan
cAbd al-
cAziz bin Muhammad bin Ishaq, Abu al-Hasan
cAli bin Muhammad bin Mahdi dan lain-lain lagi
(Ibn al-Ashakir, 1347H: 177-195).
PERINGKAT PEMIKIRAN IMAM AL-ASHcARI
Memandangkan Imam al-Ashcari merupakan salah seorang tokoh besar Ahl al-Sunnah wa al-
Jamacah, maka pelbagai pihak berusaha untuk menyatakan pegangan aliran mereka mempunyai
persamaan dengan pegangan Imam al-Ashcari. Sebagai contoh, Ibn Taymiyyah telah
menyatakan bahawa Imam al-Ashcari telah melalui tiga peringkat dalam kematangan
pemikirannya sepertimana berikut; peringkat pertama: Imam al-Ashcari berada dalam
Muctazilah sehingga beliau berusia 40 tahun, peringkat kedua: Imam al-Ash
cari keluar daripada
Muctazilah untuk mengikut pegangan Ibn Kullab dan peringkat ketiga: Imam al-Ash
cari keluar
daripada mengikut pegangan Ibn Kullab untuk kembali kepada Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah
dengan mengarang karyanya al-Ibanah can Usul al-Diyanah (al-Mahmud, 1995: 1/337-1/379).
Oleh itu, Ibn Taymiyyah dan pendokongnya mendakwa bahawa pengikut Ashacirah
sekarang merupakan pengikut Ibn Kullab dan bukan pengikut sebenar Imam al-Ashcari dan Ahl
al-Sunnah wa al-Jamacah. Bagi mereka, pegangan Imam al-Ash
cari pada peringkat ketiga adalah
-
11
sama dengan pegangan mereka yang dikatakan mengikut metode Imam Ahmad bin Hanbal.
Melihat kepada dakwaan ini, didapati terdapat beberapa perkara yang perlu dijelaskan,
antaranya; 1. Benarkah Imam al-Ashcari melalui tiga peringkat pemikiran? 2. Adakah Ibn Kullab
ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah? 3. Benarkah karya Imam al-Ash
cari iaitu al-Ibanah
can
Usul al-Diyanah mengikut metode Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah dengan meninggalkan metode
Ibn Kullab? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, dijelaskan beberapa keterangan
sepertimana berikut:
1. Kisah Imam al-Ashcari melalui tiga peringkat pemikiran tidak pernah disebutkan oleh mana-
mana tokoh ulama silam selepas Imam al-Ashcari (Hamda al-Sinan & Fauzi al-Anjari, 2006: 45).
Tokoh-tokoh tersebut mustahil bersepakat atau sengaja melupakan kisah ini jika benar Imam al-
Ashcari telah melalui tiga peringkat pemikiran memandangkan beliau merupakan seorang ulama
yang sangat masyhur untuk dijadikan tempat rujukan. Adapun kisah yang sampai kepada umat
Islam hari ini adalah seperti tulisan Ibn al-Ashakir (1347H: 127) yang dinukilkan daripada Abu
Bakar Ibn Furak, menyatakan bahawa Imam al-Ashcari hanya melalui dua peringkat pemikiran
sahaja iaitu Muctazilah dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama
cah. Kenyataan sama turut dikemukakan
oleh Ibn Khalikan (T.th: 3/284-3/285) ketika beliau menyatakan bahawa Imam al-Ashcari
merupakan seorang pembela Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah. Menurut Ibn Khaldun (T.th: 3/1088)
pula, setelah Imam al-Ashcari keluar daripada Mu
ctazilah, beliau telah mengikut tokoh-tokoh
Salaf daripada kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah seperti Ibn Kullab, al-Muhasibi dan al-
Qalanisi. Kenyataan Ibn Ibn Khaldun ini jelas menunjukkan bahawa Ibn Kullab merupakan
salah seorang tokoh ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah generasi Salaf. Bahkan beliau tidak
menyatakan Imam al-Ashcari melalui tiga peringkat seperti dakwaan Ibn Taymiyyah.
2. Selain itu, Ibn al-Ashakir (1347H: 406) turut menukilkan kata-kata al-Qayrawani ketika beliau
menolak pandangan Muctazilah yang mengatakan Ibn Kullab adalah ahli bidaah. Beliau menolak
dakwaan terhadap Ibn Kullab itu dan menyatakan bahawa Ibn Kullab merupakan salah seorang
ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah yang berusaha keras menentang aliran bidaah. Al-Dhahabi
(1996: 11/174) dan al-Subki (T.th: 2/300) juga menyatakan perkara yang sama terhadap Ibn
Kullab dan mengakui beliau sebagai seorang ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah. Bahkan al-
Bukhari di dalam kebanyakan perkara berkaitan dengan akidah akan mengambil pendapat Ibn
Kullab dan al-Karabisi (al-cAsqalani, 2001: 1/293).
-
12
3. Dakwaan sebilangan pengikut Imam Ahmad bin Hanbal bahawa Ibn Kullab telah
menyimpang daripada Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah mungkin disebabkan perselisihan yang
berlaku di antara beliau dengan Imam Ahmad bin Hanbal berkenaan bacaan al-Quran seseorang
manusia itu dikira sebagai makhluk atau tidak. Ibn Kullab serta ulama lain seperti al-Karabisi,
al-Muhasibi, al-Qalanisi, al-Bukhari dan Muslim menyatakan bahawa bacaan itu adalah
makhluk, sedangkan Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan bacaan itu bukan makhluk. Mungkin
disebabkan perselisihan ini, sebilangan pengikut Imam Ahmad bin Hanbal mendakwa Ibn
Kullab sebagai ahli bidaah. Sebenarnya kebenaran dalam persoalan ini lebih memihak kepada
Ibn Kullab dan para ulama lain, namun tindakan Imam Ahmad bin Hanbal dilihat sebagai
langkah pencegahan awal terhadap isu kemakhlukkan al-Quran yang menjadi persoalan hangat
pada ketika itu (Hamda al-Sinan & Fauzi al-Anjari, 2006: 51-54; al-Dhahabi, 1996: 11/175).
4. Sebenarnya, kandungan tulisan Imam al-Ashcari iaitu al-Ibanah
can Usul al-Diyanah adalah
mengikut pegangan Imam Ahmad bin Hanbal dan juga Ibn Kullab (al-Ashcari, 2005: 14; al-
cAsqalani (4256), 2002: 4/487) yang mana kedua-dua imam ini adalah ahli Salaf dan ulama Ahl
al-Sunnah wa al-Jamacah. Oleh itu, tertolaklah dakwaan yang menyatakan bahawa Imam al-
Ashcari meninggalkan pegangan Ibn Kullab bagi menyertai Ahl al-Sunnah wa al-Jama
cah dan
Imam Ahmad bin Hanbal. Hakikatnya, Imam al-Ashcari berpegang dengan metode kedua-dua
imam ini di dalam penulisan kitabnya al-Ibanah can Usul al-Diyanah.
5. Perselisihan pendapat juga berlaku dalam menentukan karya terakhir Imam al-Ashcari iaitu
sama ada ianya al-Ibanah can Usul al-Diyanah atau al-Luma
c fi al-Rad
cala Ahl al-Zaygh wa al-
Bidca.
Menurut al-Kawthari (2009: 497), penulisan paling awal Imam al-Ash
cari setelah beliau
keluar daripada Muctazilah ialah al-Ibanah
can Usul al-Diyanah dan ini bermakna al-Luma
c fi
al-Rad cala Ahl al-Zaygh wa al-Bid
ca adalah karya kedua selepas daripada itu. Selain bagi
menjelaskan pegangan yang menjadi ikutannya, tujuan Imam al-Ashcari menulis al-Ibanah
can
Usul al-Diyanah ialah untuk memberi kesedaran kepada sebahagian pengikut Imam Ahmad bin
Hanbal seperti al-Barbahari yang telah terjerumus sebagai Mujassimah atau Mushabbihah.
Kemudiannya mereka ini telah mengubah dan memalsukan isi kandungan al-Ibanah can Usul al-
Diyanah agar ianya sesuai dengan pegangan mereka. Penjelasan al-Kawthari ini disokong
dengan kisah yang dibawakan oleh al-Dhahabi (1996: 12/82) tentang penolakan al-Barbahari
-
13
terhadap al-Ibanah can Usul al-Diyanah setelah karyanya itu dikemukakan oleh Imam al-Ash
cari
kepadanya.
Berdasarkan penjelasan ini, dakwaan Ibn Taymiyyah bahawa Imam al-Ashcari melalui
tiga peringkat pemikiran sebelum menjadi Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah dilihat sebagai kurang
tepat dengan fakta yang sampai kepada umat Islam hari ini. Hakikatnya, Imam al-Ashcari hanya
melalui dua peringkat pemikiran sahaja iaitu mengikut Muctazilah sehingga berumur 40 tahun
dan bersama Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah selepas beliau keluar daripada Mu
ctazilah, pegangan
ini kekal sehingga beliau wafat. Selain itu, Imam al-Ashcari turut menjadikan Imam Ahmad bin
Hanbal dan Ibn Kullab sebagai rujukan dalam mempertahankan akidah Ahl al-Sunnah wa al-
Jamacah daripada ancaman ahli bidaah sama ada dalam penulisan atau dakwah beliau selepas
keluar daripada aliran Muctazilah.
PEGANGAN ASAS PEMIKIRAN ASHAcIRAH
Pegangan asas Ashacirah penting untuk dibincangkan dengan lebih lanjut memandangkan
majoriti umat Islam yang berpegang dengan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah terdiri
daripada aliran Ashacirah. Beberapa aspek telah dikenalpasti menjadi pegangan asas Imam al-
Ashcari bagi membezakan antara Asha
cirah dengan aliran lain khususnya aliran bidaah. Dalam
persoalan ketuhanan, Imam al-Ashcari menyatakan bahawa Allah s.w.t. mempunyai sifat-sifat
tertentu seperti sifat cIlm, Qudrah, Sam
c, Basar, Kalam, Hayah dan Iradah dan sebagainya
berdasarkan dalil-dalil naqli. Dalam memperkukuhkan lagi kenyataan ini, Imam al-Ashcari
berdalilkan dengan dalil qias akal iaitu membandingkan di antara yang tidak dapat dilihat
dengan perkara yang boleh dilihat. Menurut Imam al-Ashcari, Allah s.w.t. mempunyai sifat-sifat
tersebut kerana segala perbuatan-Nya menunjukkan Dia memiliki segala sifat tersebut. Ini
diumpamakan bahawa tiada ertinya bagi seseorang yang mengetahui secara hakikat melainkan ia
mempunyai ilmu dan tiada ertinya bagi seseorang yang berkuasa secara hakikat melainkan ia
mempunyai kuasa (al-Ashcari, 2005: 56-60; al-Shahrastani, 1993: 1/106-1/107). Rentetan
daripada perbincangan ini, al-Sanusi telah menyusunkan satu pendekatan baru yang lebih
sistematik dikenali sebagai Sifat 20 dengan membersihkan pengaruh falsafah yang terdapat
dalam penulisan akidah khususnya berkaitan sifat-sifat Allah s.w.t. (al-Dusuqi, 2001: 95).
-
14
Selain itu, Imam al-Ashcari menyatakan bahawa Allah s.w.t. itu dapat dilihat oleh
manusia yang beriman di akhirat kelak dengan mata kepala sendiri dengan izin-Nya. Selain dalil
naqli, beliau telah mengemukakan hujah aqli bahawa hanya benda tidak mempunyai wujud
sahaja tidak dapat dilihat, sedangkan semua benda yang mempunyai wujud pasti dapat dilihat.
Memandangkan Allah s.w.t. itu wujud, maka sudah tentu Allah s.w.t. dapat dilihat di akhirat
kelak (al-Ashcari, 2005: 21-30). Imam al-Ash
cari juga menyatakan bahawa Kalam Allah s.w.t.
itu adalah sifat yang kekal pada zat-Nya dan bukan makhluk yang dijadikan (al-Ashcari, 2005:
31-38). Hal ini berbeza dengan pegangan Muctazilah yang menetapkan sifat-sifat Allah s.w.t.
bukanlah sesuatu yang lain daripada zat-Nya sendiri, jika tidak terjadilah yang qadim itu iaitu zat
Allah s.w.t. akan menjadi berbilang-bilang. Dengan dasar ini jugalah mereka menetapkan
bahawa al-Quran adalah makhluk. Penetapan ini dimaksudkan untuk mencegah berbilangnya
qadim dan menafikan sifat Kalam daripada Allah s.w.t. (Abu Zahrah, 1996: 127).
Imam al-Ashcari turut menyatakan bahawa kekuasaan dan kehendak Allah s.w.t. adalah
mutlak milik-Nya sahaja. Manakala hamba pula hanya berkuasa untuk berusaha tetapi mereka
tidak mampu mencipta perbuatan mereka sendiri. Menurut Imam al-Ashcari lagi, Allah s.w.t.
tidak mempunyai kewajipan tertentu terhadap segala makhluk ciptaan-Nya. Maka Allah s.w.t.
boleh memasukkan orang yang berbuat baik ke dalam neraka dan memasukkan orang yang
berbuat jahat ke dalam neraka. Namun Allah s.w.t. tidak akan berbuat demikian kerana Allah
s.w.t. telah memberitakan kepada manusia melalui perutusan para rasul-Nya bahawa orang yang
berbuat baik akan dimasukkan ke dalam syurga dan orang yang berbuat jahat akan dimasukkan
ke dalam neraka (al-Ashcari, 2005: 61-66). Dalam persoalan berkaitan dengan nas-nas
mutashabihat, Imam al-Ashcari dilihat mempunyai dua pegangan asas dalam menjelaskan
pengertian nas-nas yang dianggap boleh ditafsirkan bahawa Allah s.w.t. menyerupai makhluk-
Nya. Pegangan pertama Imam al-Ashcari iaitu melalui karyanya al-Ibanah
can Usul al-Diyanah,
beliau dilihat tidak mentakwilkan nas-nas sifat mutashabihat dan cukup dengan menyerahkan
pengertiannya kepada Allah s.w.t. sahaja (al-Ashcari, 2005: 46-50). Manakala pegangan kedua
iaitu melalui karyanya al-Lumac fi al-Rad
cala Ahl al-Zaygh wa al-Bid
ca, beliau dilihat lebih
cenderung untuk melakukan pentakwilan dan membina asas pemikiran beliau berdasarkan dalil
naqli dan dikuatkan dengan dalil aqli (al-Ashcari, 1955: 29-30).
-
15
Dalam persoalan kenabian, ulama Ashacirah mendefinisikan nabi dan rasul sebagai
seorang manusia dari kalangan kaum lelaki yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepadanya
dengan perantaraan malaikat Jibril a.s. supaya menyampaikannya kepada sekalian manusia atau
segolongan daripada mereka. Tetapi jika sekiranya nabi dan rasul itu diwahyukan oleh Allah
s.w.t. tanpa diperintahkan supaya menyampaikannya kepada orang lain, maka ia hanyalah
seorang nabi sahaja (al-Buti, 2009: 184). Manakala wahyu yang diberikan kepada nabi dan rasul
merupakan asas utama yang menentukan hakikat pengertian kenabian dan kerasulan mereka. Ini
kerana wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. itu dapat memisahkan seseorang nabi dan rasul
dengan manusia biasa yang mendawka menjadi nabi atau rasul (al-Buti, 2009: 186-187).
Memandangkan keyakinan bahawa Rasulullah s.a.w. telah diwahyukan oleh Allah s.w.t.
dengan al-Quran dan sebagainya, maka seseorang itu mesti meyakini pula tentang kenabian dan
kerasulan Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Keyakinan itu akan mengajak mereka untuk beriman
bahawa al-Quran adalah kalam Allah s.w.t. yang telah diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w.
dengan perantaraan malaikat Jibril a.s. Oleh itu, asas keimanan yang dibina ini akan
menyebabkan mereka turut mempercayai perkara-perkara berikut:
1. Manusia yang mula-mula sekali dibangkitkan sebagai nabi dan rasul ialah Nabi Adam a.s.
iaitu bapa kepada semua manusia. Ini kerana kenabian Nabi Adam a.s. sudah nyata sekali
kesahihannya sebagaimana yang telah dijelaskan dalam al-Quran dan hadis.
2. Allah s.w.t. telah menyebutkan di dalam al-Quran nama 25 orang nabi dan rasul. Setiap umat
Islam mesti mengimani dan mengetahui setiap daripada nabi dan rasul itu. Manakala nabi dan
rasul yang tidak disebut oleh al-Quran dan hadis, umat Islam hanya wajib mengimani tentang
adanya nabi dan rasul selain daripada 25 orang tersebut.
3. Antara perbezaan kenabian Rasulullah s.a.w. dan seluruh nabi dan rasul lain ialah Baginda
telah dibangkitkan untuk seluruh umat manusia di atas muka bumi ini. Sedangkan nabi dan rasul
lain diutuskan untuk umat atau kaum tertentu sahaja.
4. Tidak patut bagi umat Islam membandingkan di antara taraf kenabian seseorang rasul atau
nabi itu dengan nabi atau rasul lain kerana mereka memiliki taraf yang sama. Tetapi dari segi
kedudukan mereka di sisi Allah s.w.t., tidak dapat dinafikan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah
yang terbaik dan termulia darjatnya.
-
16
5. Beriman dengan semua kitab yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada para rasul-Nya
untuk umat mereka dengan mempercayai bahawa ini semua adalah wahyu daripada Allah s.w.t.
Namun begitu, selain al-Quran, kitab-kitab lain yang ada pada hari ini telah diubahsuai mengikut
peredaran zaman oleh pengikut masing-masing.
6. Syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah pemansuh kepada syariat-syariat atau
hukum-hakam amali sebelumnya. Sedangkan dalam perkara akidah, tidak ada bezanya dengan
nabi dan rasul terdahulu (al-Buti, 2009: 196-201).
Kebanyakan ulama Ashacirah telah menetapkan bagi seseorang rasul itu dengan empat
sifat wajib iaitu amanah, benar, bijaksana serta menyampaikan. Namun perkara ini dilihat sedikit
berbeza dengan Imam al-Sanusi yang menetapkan tiga sifat iaitu benar, amanah serta
menyampaikan (al-Bayjuri, 2001: 134-137; al-Dusuqi, 2001: 228-229). Manakala mukjizat pula
adalah suatu anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada nabi dan rasul-Nya untuk
membuktikan kepada orang lain yang mengingkari perutusannya (al-Buti, 2009: 214). Oleh itu,
kenabian dan kerasulan bukan suatu jawatan yang boleh diusahakan memandangkan nabi dan
rasul itu hanya boleh dilantik oleh Allah s.w.t. sahaja. Maka sebarang bentuk usaha untuk
mendapat kedudukan sebagai seorang nabi dan rasul adalah sia-sia dan tidak mendatangkan
sebarang manfaat. Ini kerana terdapat ahli sihir pada zaman ini yang menggunakan ilmu sihir
untuk mendakwa bahawa mereka adalah rasul dan nabi yang diutuskan kepada manusia kini (al-
Buti, 2009: 236-238).
Selain itu, Imam al-Ashcari menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai telaga
Kawthar dan syafaat untuk memberi pertolongan kepada orang Islam yang akan menerima azab.
Manakala orang Islam yang beriman tidak akan diberi syafaat oleh Rasulullah s.a.w.
memandangkan Allah s.w.t. telah menjanjikan mereka balasan nikmat. Dalam pemberian
syafaat, Rasulullah s.a.w. hanya memberi syafaat kepada mereka yang diredhai oleh Allah s.w.t.
sahaja iaitu dengan keizinan-Nya (al-Ashcari, 2005: 85-86). Imam al-Ash
cari turut mengakui
adanya azab kubur berdasarkan beberapa hadis, sedangkan Muctazilah pula menafikan adanya
azab kubur setelah seseorang itu meninggal dunia. Menurut Imam al-Ashcari lagi, azab kubur
hanya dikenakan kepada orang-orang yang tidak beriman sahaja dan mereka akan diperlihatkan
azab neraka pada waktu pagi dan petang. Manakala orang yang mati syahid pula akan mendapat
-
17
nikmat di dalam kubur dan mereka berbahagia di atas kurniaan Allah s.w.t. itu (al-Ashcari, 2005:
87-88).
Berkaitan persoalan pelaku dosa besar, Imam al-Ashcari tidak mudah mengkafirkan
mereka di atas dosa yang telah mereka lakukan. Pendirian ini jelas berbeza dengan Khawarij
yang menghukum kafir terhadap pelaku dosa besar. Imam al-Ashcari hanya mengkafirkan
mereka jika mereka menganggap bahawa dosa besar yang mereka lakukan itu adalah halal dan
tidak haram di sisi Islam (al-Ashcari, 2005: 17). Imam al-Ash
cari juga dilihat mengiktiraf
kepimpinan Abu Bakr al-Siddiq r.a. sebagai khalifah Islam yang pertama selepas kewafatan
Rasulullah s.a.w. Kenyataan ini berbeza sama sekali dengan pegangan aliran Shicah yang
menyatakan bahawa cAli r.a. merupakan sahabat yang lebih layak menjadi pengganti Rasulullah
s.a.w. dengan dakwaan bahawa Rasullah s.a.w. telah melantik cAli r.a. terlebih dahulu sebelum
Baginda wafat (al-Ashcari, 2005: 89-92).
Daripada perbincangan ini, dapat difahami bahawa dalam membina metode aliran
Ashacirah, Imam al-Ash
cari turut memberikan peranan kepada akal bagi tujuan menguat dan
menjelaskan dalil-dalil bersumberkan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Pendekatan ini
kemudiannya diteruskan oleh pengikut-pengikutnya yang terdiri daripada para ulama dalam
pelbagai bidang seperti Imam al-Baqillani, Imam al-Isfarayini, Imam al-Baghdadi, Imam al-
Juwaini, Imam al-Shahrastani, Imam al-Ghazali, Imam al-Razi, Imam al-Sanusi dan lain-lain.
Dengan memberikan peranan kepada akal, metode aliran Ashacirah dilihat sedikit berbeza
daripada metode Salaf kerana mereka hidup di dalam suasana pendebatan Ilmu Kalam yang
mendapat perhatian luas daripada para ulama (Yahya Hashim Hasan, 2007: 213-261).
Pendekatan yang diketengahkan oleh Imam al-Ashcari ini dilihat terus berkembang dan diguna-
pakai sehingga ke generasi hari ini.
KESIMPULAN
Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah ialah golongan terbesar umat Islam yang mengikut serta
mendokong sunnah Rasulullah s.a.w. Ashacirah yang diasaskan oleh Imam al-Ash
cari
merupakan aliran yang mempunyai pengikut teramai dalam mazhab Ahl al-Sunnah wa al-
-
18
Jamacah. Imam al-Ash
cari bertindak keluar daripada kelompok Mu
ctazilah setelah beliau
mendapati bahawa terdapat kepincangan dalam metode penghujahan Muctazilah yang lebih
mengutamakan logik akal berbanding nas-nas al-Quran dan hadis. Tindakan beliau
meninggalkan dan kemudian menentang Muctazilah menyebabkan perkembangan aliran
pemikiran itu semakin merosot dari semasa ke semasa sehingga mengukuhkan kembali Ahl al-
Sunnah wa al-Jamacah.
Berdasarkan sumber dapatan kajian, diyakini bahawa Imam al-Ashcari hanya melalui dua
peringkat pemikiran sahaja iaitu bersama Muctazilah sehingga berusia 40 tahun dan seterusnya
bersama Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah sehingga beliau meninggal dunia. Pada peringkat awal,
Imam al-Ashcari mempertahankan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama
cah dengan menggunakan
pendekatan Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibn Kullab terutamanya ketika beliau menghasilkan
karyanya al-Ibanah can Usul al-Diyanah sebagai tindakbalas beliau terhadap Mu
ctazilah yang
tidak mengutamakan hujah al-Quran dan hadis. Walaupun begitu, beliau dilihat telah membina
kerangka asas pemikirannya yang tersendiri melalui karya terakhirnya al-Lumac fi al-Rad
cala
Ahl al-Zaygh wa al-Bidca iaitu dengan memanfaatkan peranan akal dalam menguatkan nas-nas
al-Quran dan hadis. Pendekatan ini digunakan oleh beliau bagi mematahkan hujah aliran bidaah
terutamanya daripada Muctazilah yang menjadikan Ilmu Kalam sebagai satu senjata ketika
berhujah dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah. Pendekatan yang digunakan oleh Imam al-
Ashcari ini telah membentuk satu aliran yang dikenali sebagai Asha
cirah dan ia terus
dikembangkan oleh para pengikutnya sehingga ke generasi hari ini.
RUJUKAN
Abdul Shukor Husin. 1998. Ahli Sunah Waljamaah: Pemahaman Semula. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abi Daud, Sulayman bin al-Ashcath. 1998. Sunan Abi Daud. Tahqiq: Muhammad
cAwwamah.
Beirut: Muassasah al-Riyad.
Abu Zahrah, Muhammad. 1996. Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah. Qahirah: Dar al-Fikr al-
Arabi.
Aclawiy, al-Sayyid
cAbd al-Rahman bin Muhammad bin Husin bin
cUmar. 1978. Bughyah al-
Mustarshidin. Beirut: Dar al-Macrifah.
-
19
al-Ashcari, Abi al-Hasan
cAli bin Isma
cil. 1950. Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin.
Tahqiq: Muhammad Muhyi al-Din cAbd al-Hamid. Qahirah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah.
al-Ashcari, Abi al-Hasan
cAli bin Isma
cil. 1955. Al-Luma
c fi al-Rad
cala Ahl al-Zaygh wa al-
Bidca. Tahqiq: Hamudah Gharabah. Misr: Matbu
cah Misriyyah.
al-Asnawi, cAbd al-Rahim Jamal al-Din. 1987. Tabaqat al-Shafi
ciyyah. Beirut: Dar al-Kitab al-
cIlmiyyah.
al-Asycari, Abi al-Hasan
cAli bin Isma
cil. 2005. Al-Ibanah
cAn Usul al-Diyanah. Tahqiq:
cAbd
Allah Mahmud Muhammad cUmar. Beirut: Dar al-Kitab al-
cIlmiyyah.
al-Baghdadi, Abu Mansur cAbd al-Qahir bin Tahir bin Muhammad. T.th. Al-Farqu Baina al-
Firaq. Tahqiq: Muhammad Muhyi al-Din cAbd al-Hamid. Qahirah: Dar al-Talaic.
al-Bayjuri, Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad. 2001. Tuhfah al-Murid. Beirut: Dar al-Kitab al-cIlmiyyah.
al-Buti, Muhammad Sacid Ramadan. 2009. Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyat. Damshik: Dar al-
Fikr.
al-cAmraji, Ahmad Shauqi Ibrahim. 2000. Al-Mu
ctazilah fi Baghdad wa Atharuhum fi al-Hayat
al-Fikriyyah wa al-Siyasiyyah. Qahirah: Maktabah al-Madbuli.
al-cAsqalani, Ahmad bin
cAli bin Hajar. 2001. Fath al-Bari. Tahqiq:
cAbd al-Qadir Syaibah al-
Hamad. Riyad: Maktabah al-Malik.
al-cAsqalani, Ahmad bin
cAli bin Hajar. 2002. Lisan al-Mizan. Tahqiq:
cAbd al-Fatah Abu
Ghudah. Beirut: Dar al-Bashair al-Islamiyyah.
al-Dusuqi, Muhammad bin Ahmad bin cArafah. 2001. Hashiyah al-Dusuqi
cAla Umm al-
Barahin. Beirut: Dar al-Kitab al-cIlmiyyah.
al-Dzahabi, Shams al-Din Muhammad bin Ahmad bin cUthman. 1996. Siyar A
clam al-Nubala.
Tahqiq: Shucaib al-Arnauk. Beirut: Muassasah al-Risalah.
al-Hakim, Muhammad bin cAbd Allah bin
cAbd Allah. 1990. Al-Mustadrak
cAla al-Sahihain.
Tahqiq: Mustafa cAbd al-Qadir
cAta. Beirut: Dar al-Kitab al-
cIlmiyyah.
al-Hasani, Muhammad cAlawi al-Maliki. 1993. Mafahim Yajib an Tusahah. Qahirah: Dar
Jawamic al-Kalam.
al-Kawthari, Muhammad Zahid. 2009. Al-cAqidah wa Ilm al-Kalam. Beirut: Dar al-Kitab al-
cIlmiyyah.
al-Lalikai, Abu al-Qasim Hibah Allah al-Hasan bin Mansur. 2001. Sharh Usul Itiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama
cah. Iskandariyah: Dar al-Basirah.
-
20
al-Mahmud, cAbd al-Rahman bin Saleh bin Saleh. 1995. Mauqif Ibn Taimiyyah Min al-
Ashacirah. Riyad: Maktabah al-Rushd.
al-Qurtubi, Abi cAbd Allah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakar. 2006. Al-Jami
c al-Ahkam al-
Quran. Tahqiq: cAbd Allah bin
cAbd al-Muhsin al-Tarki. Beirut: Muassasah al-Risalah.
al-Saffarini, Muhammad bin Ahmad bin Salim. 2008. Lawamic al-Anwar al-Bahiyyah. Tahqiq:
Abu cAbd al-Rahman
cAdl bin Sa
cid. Beirut: Dar al-Kitab al-
cIlmiyyah.
al-Sharastani, Abi al-Fath Muhammad cAbd al-Karim bin Abi Bakar. 1993. al-Milal wa Nihal.
Tahqiq: Amir cAli Mahna &
cAli Hasan Fa
cur. Beirut: Dar al-Ma
crifah.
al-Shatibi, Abi Ishaq Ibrahim bin Musa. 1412 H. Al-Ictisam. Tahqiq: Salim al-Hilali. Qahirah:
Dar Ibn Affan.
al-Sibaci, Mustafa. 1966. Al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tashri
c al-Islam. Mesir: Dar al-
Qaumiyyah.
al-Subki, Taqi al-Din Abi Nasr cAbd al-Wahab bin
cAli bin
cAbd al-Kafi. T.th. Tabaqat al-
Shaficiyyah al-Kubra. T.t.p: Dar Ihya al-Kitab al-cArabiyyah.
al-Tabrini, Abi al-Qasim Sulayman bin Ahmad. 2002. Al-Mucjam al-Kabir. Tahqiq: Hamdi
cAbd
al-Majid al-Salafi. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-cArabi.
al-Tirmizi, Abi cIsa Muhammad bin
cIsa. 1998. Al-Jami
c al-Kabir. Tahqiq: Basyar Anwar
Macruf. Beirut: Dar al-Gharab al-Islami.
al-Zabidi, al-Sayyid Muhammad bin Muhammad al-Husaini. 1989. Ithaf al-Sadah al-Muttaqin. Beirut: Dar al-Kitab al-
cIlmiyyah.
Hamadi al-Rudaysi & Asma Nuwaydah. 2008. Al-Radd cAla al-Wahabiyyah fi al-Qarn al-Tasic cAsyar. Beirut: Dar al-Tali
cah.
http://www.islamonline.net.
Ibn al-Ashakir, Abi al-Qasim cAli bin al-Hasan bin Hibah Allah. 1347H. Tabyin Kadhib al-
Muftari Fima Nusiba ila al-Imam Abi al-Hasan al-Ashcari. Damshik: T.p.
Ibn al-Athir, Majad al-Din Abi al-Sacadat al-Mubarak bin Muhammad al-Jazari. 1963. Al-
Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar. Tahqiq: Mahmud Muhammad al-Tanahi & Tahir
Ahmad al-Zawi. T.t.p: al-Maktabah al-Islamiyyah.
Ibn Kathir, Abi al-Fida Ismacil bin cUmar bin Kathir. 1999. Tafsir al-Quran al-cAzim. Tahqiq: Sami bin Muhammad al-Salamah. Riyad: Dar Thaibah.
Ibn Khaldun, cAbd al-Rahman bin Muhammad. T.th. Muqaddimah Ibn Khaldun. Tahqiq:
cAli
cAbd al-Wahid Wafi. Qahirah: Dar Nahdah Masr.
-
21
Ibn Khalikan, Abi al-cAbbas Shams al-Din Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakar. T.th. Wafayat
al-Acyan wa Anba Abna al-Zaman. Beirut: Dar al-Thaqafah.
Ibn Majah, Abi al-Hasan al-Hanafi. 1996. Sunan Ibn Majah. Tahqiq: Khalil Mamun Shiha. Beirut: Dar al-Ma
crifah.
Mohd Nizam Sahad. 2006. Pemikiran dan Pemahaman Masyarakat Melayu Kuala Lumpur Terhadap Persoalan Ilahiyyat Dalam Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Tesis PhD yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya.
Muslim, Abi al-Hussain Muslim bin al-Hajjaj. 2008. Sahih Muslim. Kaherah: Dar Ibn Hazm.
Sacdi Abu Jaib. 1998. Al-Qamus al-Fiqh Lughatan wa Istilahan. Damshik: Dar al-Fikr.
The Royal Islamic Strategic Studies Centre. 2010. The 500 Most Influential Muslims In The
World 2010. Georgetown University.
Yahya Hashim Hasan. 2007. Al-Firaq al-Islamiyyah fi al-Mizan. Misr: Dar al-Afaq al-cArabiyyah.
_____________________________________________________________________________
MUHAMMAD RASHIDI BIN HAJI WAHAB
Jabatan Usuluddin
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
21300 Kuala Terengganu
Terengganu.
Emel: [email protected]
MOHD FAIZUL BIN AZMI
Jabatan Usuluddin
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
21300 Kuala Terengganu
Terengganu.
Emel: [email protected]
DR. ABDULL RAHMAN BIN MAHMOOD
Jabatan Usuluddin dan Falsafah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor.
Emel: [email protected]