agenda 21

21
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN LMCP1532 Tugasan 5 AGENDA 21

Upload: siti-hajar-mohd-khusairi

Post on 11-Feb-2017

218 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN BANDAR MAPANLMCP1532

Tugasan 5AGENDA 21

Arahan tugasan

Anda diminta oleh Datuk Bandar untuk memberi penilaian dan cadangan mengenai perlaksanaan Agenda Tempatan 21 (Local Agenda 21) bagi bandar anda. Tuliskan cadangan ringkas beserta gambar dan rajah-rajah.

Pengenalan kepada Agenda Tempatan 21 @ Local Agenda 21

• Agenda Tempatan 21 ialah kerja-kerja yang diterajui oleh kerajaan tempatan yang melibatkan kerjasama masyarakat, sektor swasta dan juga pihak berkuasa tempatan. Agenda ini bertujuan untuk membentuk strategi yang menyeluruh bagi melindungi alam sekitar, kemapanan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

• Angka ‘21’ adalah merujuk kepada abad ke-21.

Sejarah kemunculan Agenda 21

• Jun 1992, seramai 178 Ketua Negara (termasuk Malaysia) telah menghadiri satu persidangan kemuncak Bumi Bangsa–Bangsa di Rio De Janerio, Brazil untuk menyediakan satu pelan tindakan dunia bagi pembangunan mapan. Pelan ini dikenali sebagai Agenda 21 – satu agenda untuk mencapai pembangunan mampan di Abad 21.

• Berdasarkan persidangan ini, muncul istilah Agenda 21 yang membawa erti perancangan yang menyeluruh mengenai tindakan-tindakan yang diambil di peringkat global, kebangsaan dan tempatan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kerajaan dan persatuan-persatuan tempatan yang memberi impak kepada pembangunan bandar.

6 Elemen utama yang menjadi teras dalam Agenda Tempatan 21

1.Menguruskan dan memperbaiki kerajaan tempatan itu sendiri supaya mutu perkhidmatan lebih cekap.

2.Mengintergrasikan pembangunan dan polisi-polisi yang ada dalam bandar tersebut.

3.Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan bandar adalah tanggungjawab bersama.

4.Majlis Perbandaran perlu mendapatkan pandangan-pandangan daripada masyarakat berkenaan pembangunan bandar.

5.Menjalankan kerjasama antara pihak lain.6.Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan

kemajuan pembangunan bandar.

Penilaian mengenai pelaksanaan Agenda Tempatan 21 di bandar saya

• Pelaksanaan agenda ini adalah satu strategi yang terbaik dalam memastikan kemapanan pembangunan sesebuah bandar.

• Agenda ini bukan hanya melibatkan pihak tertentu sahaja, malah ia turut melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat di bandar tersebut.

• Kerjasama yang wujud antara pihak berwajib dan juga masyarakat pastinya menyumbang kepada kemajuan dan kualiti sesebuah bandar.

• Melihat kepada aspek-aspek yang terkandung dalam Agenda Tempatan 21, ia wajar dilaksanakan oleh sebab banyaknya manfaat yang bakal diperoleh selari dengan pelaksanaannya.

• Antar aspek-aspek yang terkandung di dalamnya ialah:

1) Sumber-sumber digunakan dengan efisien dan pembaziran dihadkan.

2) Pencemaran dihadkan3) Kepelbagaian alam dihargai dan dilindungi.4) Jika munasabah, keperluan tempatan

dihasilkan sendiri oleh masyarakat.5) Kesihatan manusia dijaga dengan menyediakan

persekitaran yang selamat, bersih dan nyaman.6) Kemudahan dan perkhidmatan disediakan.

Cadangan mengenai pelaksanaan Agenda Tempatan 21 di bandar Selayang.

• Untuk membangunkan sesebuah bandar bukanlah satu perkara yang mudah. Sebaliknya, ia memerlukan kepada usaha yang berterusan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk daripada masyarakat setempat. Majlis Perbandaran sesebuah bandar sememangnya memainkan peranan penting dalam memastikan kemajuan bandar di bawah tanggungjawabnya.

• Oleh yang demikian, pada pandangan saya pelaksanaan Agenda Tempatan 21 di bandar-bandar seluruh Malaysia adalah salah satu kaedah yang mantap dalam proses membangunkan sebuah bandar yang mapan.

Kesemua aspek di atas merupakan teras utama dalam usaha memperoleh pembangunan bandar yang bersepadu dan seimbang. Tanggungjawab membangunkan dan melestarikan bandar adalah tanggungjawab bersama antara Majlis Perbandaran Selayang, individu masyarakat dan juga sektor swasta.

Agenda Tempata

n 21

Pemuliharaan alam sekitar

Kesejahteraan

masyarakat

Pembangunan ekonomi

Cadangan saya mengenai pelaksanaan Agenda Tempatan 21 di bandar Selayang merangkumi 3 aspek utama iaitu:

Pemuliharaan alam sekitar

• Pembangunan yang mengambil kira akibat kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan kesihatan.

• Berdasarkan pemerhatian saya, Selayang merupakan sebuah bandar yang pesat membangun. Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan bandar raya Kuala Lumpur menjadikannya sebuah bandar yang tidak pernah berhenti dengan pembangunan-pembangunan yang pelbagai. Kawasan di bandar ini kebanyakannya dilitupi dengan ‘hutan batu-bata’.• Oleh itu, cadangan saya, pihak Majlis

Perbandaran perlu menghadkan pembangunan di sekitar bandar ini. Banyaknya pembangunan menyumbang kepada peningkatan suhu dan kurangnya kawasan hijau.• Kawasan-kawasan hijau yang ada perlu

dilindungi dan dipelihara daripada sebarang aktiviti pembangunan.

• Selain daripada itu, pihak Majlis Perbandaran perlu membuat pemantauan secara berkala di kawasan-kawasan yang dilindungi. Ketika ini kerjasama daripada masyarakat setempat diperlukan.• Penguatkuasaan undang-undang perlu lebih tegas

dalam pelaksanaannya. Denda bagi mereka yang mencemarkan alam sekitar perlu dikuat kuasakan dengan sebenar-benarnya.

Pembuangan sampah yang tidak terkawal Di sekitar Pasar Borong Selayang

Kemantapan Ekonomi

• Kemantapan ekonomi membantu masyarakat memenuhi keperluan asas.

Umum mengetahui bahawa kemapanan ekonomi sesebuah bandar merupakan sumber kelangsungan hidup masyarakat. Ekonomi yang baik menyumbang kepada kehidupan yang sejahtera.

• Di Selayang, sumber ekonominya diperoleh daripada pelbagai sektor. Antaranya ialah perniagaan, perkhidmatan dan pelbagai lagi.

•Memandangkan bandar ini merupakan sebuah bandar yang pesat membangun, jadi persoalan mengenai sumber ekonomi tidak perlu dipertikai. Namun demikian, hal ini tidak bermakna persoalan berhubung kemantapan ekonomi tidak perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib.

• Premis-premis perniagaan yang dibina perlu dimanfaatkan oleh masyarakat dengan sebaik mungkin. Majlis Perbandaran Selayang juga perlu cakna akan premis-premis yang beroperasi secara tidak sah.

• Memandangkan sejak belakangan ini penglibatan pekerja

asing semakin menjadi-jadi, masyarakat perlu bijak dalam

merebut peluang yang ada. Dalam masa yang sama, pihak

kerajaan perlu bertindak tegas dalam masalah ini.

• Cadangan saya, selain daripada pihak kerajaan, masyarakat

perlu bijak dan perlu sedar akan masalah ini. Bagi mereka

yang memiliki perniagaan sendiri dan mengupah pekerja,

mereka ini perlu membuka peluang kepada masyarakat

tempatan terlebih dahulu sebelum mengupah pekerja asing.

Persepsi yang menyatakan bahawa mengupah pekerja asing

adalah lebih murah perlu diubah. Tindakan undang-undang

boleh dikenakan bagi mereka yang mengupah pekerja asing.

• Cadangan saya seterusnya dalam memastikan kemantapan ekonomi bandar Selayang ialah dengan menjalankan kerjasama dua hala antara pihak luar. Tanah-tanah kosong disekitar bandar ini dapat dibangunkan dengan pelbagai pembangunan. Pembangunan tersebut seterusnya mampu menjana ekonomi setempat.

Kawasan terbiar yang akhirnya menjadi tempat pembuangan sampah

• Kesejahteraan masyarakat merupakan tujuan utama dalam pembangunan. Pemerintah yang terbaik adalah permerintah yang mengutamakan kesejahteraan masyarakat di bawah pimpinannya. Justeru, perlu ada perancangan dalam mewujudakan dan mengekalkan kesejahteraan masyarakat.

Kesejahteraan Masyarakat

• Dalam menjamin kesejahteraan masyarakat, semua pihak perlu berganding bahu. Bukan semata-mata pihak kerajaan yang berusaha keras untuk menjamin kesejahteraan bahkan sebaliknya masyarakat perlu bersama-sama dengan kerajaan dalam merealisasikan hasrat itu.

• Antara perkara yang menjadi penyumbang kepada kesejahteraan masyarakat ialah alam sekitar yang selamat, sistem keselamatan yang baik, kemudahan infrastruktur yang serba lengkap, pembangunan-pembangunan yang dibina dan juga sumber ekonomi yang stabil.

• Perkara yang ingin saya tekankan di sini ialah berkenaan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan di sekitar bandar Selayang.

• Memang tidak dapat dinafikan kemudahan yang disediakan di bandar saya ini serba lengkap semuanya. Namun begitu, dari segi penyelengaraannya tidak dikawal selia sebaik mungkin.

• Cadangan saya, pertamanya bagi pihak MPS perlu ada dan perlu dilaksanakan jadual pemantauan berkala terhadap kemudahan-kemudahan awam. Keduanya bagi pihak individu masyarakat itu sendiri perlu menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin. Sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan ataupun kerosakan kemudahan awam, masyarakat perlu melaporkan perkara tersebut kepada pihak MPS. Denda kepada golongan yang tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda awam perlu dikuatkuasakan.

Kesimpulan

• Bandar Selayang mampu menjadi bandar yang membangun dengan wujudnya pelaksanaan Agenda Tempatan 21.

• Kesemua dasar yang terkandung dalam agenda ini berkepentingan dalam merealisasikan hasrat untuk membangunkan sebuah bandar yang mapan yang merangkumi aspek pemeliharaan alam sekitar, kemantapan ekonomi dan juga kesejahteraan masyarakat.

• Justeru, Agenda Tempatan 21 adalah salah satu strategi terbaik dalam pembangunan sebuah bandar yang bersepadu dan seimbang.

SEKIAN

TERIMA KASIH