agama sebagai altenatif penyelesaian masalah belia

Upload: razaleigh-muhamat

Post on 04-Jun-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Agama Sebagai Altenatif Penyelesaian Masalah Belia

    1/13

    1

    AGAMA SEBAGAI ALTENATIF PENYELESAIAN MASALAH BELIAOleh

    Razaleigh Muhamat @ Kawangit

    Abstrak

    Artikel ini bertujuan melihat fenomena remaja dan sebab salahlaku remajadari pelbagai sudut dan seterusnya menyediakan satu cadangan altenatif,iaitu dari sudut agama untuk mengurangkan index permasalahan mereka.

    Kajian yang berdasarkan obsevasi dan penelitian ini akhirnya menemukanbahawa penjiwaan terhadap ajaran agama dilihat sebagai satu jalan pilihanterbaik dalam mendidik remaja kepada norma-norma baik dan terpuji.

    PENGENALAN: KEPELBAGAIAN DEFINISI REMAJA

    1. Definisi cendikiawan

    1.1 Marshall & Turner (1974), Logan (1980), Malina (1990), Noor Adiah Mohd Noor(Satu Kajian Kes Tentang Masalah Remaja Sekolah Dan Kaitannya Dengan PencapaianAkademik- 1998): Remaja selalunya dihubungkan dengan kedewasaan, iaitu sudah cukupumur bagi berkahwin apabila timbul rasa cinta .

    1.2 Mahmood Nazaar Mohamed (Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas KepadaJiwa Dan Tingkah Laku Manusia - 1990): Zaman peralihan sementara yang di lalui olehsetiap individu daripada zaman kanak-kanak kepada zaman dewasa. Ia adalah peringkatyang bermula apabila seseorang itu berumur 15 tahun sehinggalah dia mencapai umurdewasa ataupun apabila dia mampu mengambil tanggungjawab orang dewasa, seperti

    berkahwin, berkerja ataupun menyertai apa-apa fungsi seorang dewasa. (Mahmood Nazaar Mohamed, 1990: 51)

    1.3. Zakiah Daradjat (Pembinaan Remaja -1997): Usia remaja yang hampir disepakatioleh kebanyakkan ahli psikologi adalah umur antara 13 hingga 21 tahun. (ZakiahDaradjat, 1997: 14)

    1.4 Granville Stanley Hall (1844 1924): Remaja ialah tempoh masa daripada umur12 hingga 23 tahun dan ianya dipenuhi dengan gelora dan tekanan (storm and stress).Hall meminjam label storm and stress daripada bahasa Ge rman, storm and drang yangdigunakan oleh penulis-penulis German seperti Goethe dan Schiller, yang menulis novel-novel yang penuh dengan idealisme, komitmen kepada matlamat, rasa berahi, persaandan revolusi. Lebih lanjut lagi, Hall merasakan terdapat keselarasan antara tema-temanovel penulis-penulis German dengan perkembangan psikologi yang dialami oleh remaja.Pada pandangan Hall, pemikiran remaja, perasaan dan tindakannya sentiasa berbolak

    balik antara keangkuhan dan kerendahan hati, kebaikan dan godaan dan antarakegembiraan dan kesedihan. Dengan itu, remaja berkemungkinan bertindak baik padaketika yang lain. Remaja juga pada suatu ketika mungkin hendak bersendirian, tetapi

    beberapa ketika selepas itu dia berkehendakan kepada teman-teman dan rakan-rakan.(Granville Stanley Hall. 1904: 43-50)

  • 8/13/2019 Agama Sebagai Altenatif Penyelesaian Masalah Belia

    2/13

  • 8/13/2019 Agama Sebagai Altenatif Penyelesaian Masalah Belia

    3/13

    3

    Mengikut pandangan ahli perundangan Islam, syarat utama untuk menentukan permulaan peringkat baligh itu dapat dilihat daripada lima tanda, tiga bagi lelaki dan dua bagi perempuan. Tiga tanda yang terdapat bagi golongan lelaki ialah bermimpi(mengeluarkan air mani), pertumbuhan fizikal tubuh badan dan bersuara kasar. Duatanda bagi perempuan iaitu datang haid dan mengandung. (Abdullah Nashih Ulwan,

    1989: 53)

    KESEPAKATAN MENENTUKAN PERMASALAHAN REMAJA DANBENTUKNYA

    Permasalahan remaja ini secara umumnya ditafsirkan sebagai sesuatu yangmendatangkan keburukan kepada diri atau masyarakat sekeliling, iaitu perbuatan dantindakan serta pemikiran yang menyalahi norma-norma baik. Perbuatan, tindakan dan

    pemikiran ini bila dilaksanakan akan menimbulkan banyak kesan negatif dansesetengahnya membawa kepada kemudharatan kepada diri dan anggota masyarakat lain.Ianya berlaku di dalam semua masyarakat samada dahulu ataupun sekarang. Perkara yang

    membezakannya cuma bentuk jenayah (permasalahan yang ditimbulkan yang menyalahisesuatu undang-undang yang diguna pakai) yang dilakukan itu. Bentuk ini puladipengaruhi oleh pengalaman dan keadaan sekeliling dan keadaan sezaman remajatersebut. (Erickson, 1968: 28)

    Menurut Syariat Islam, sesuatu masalah yang menyalahi norma-norma baik(norma-norma ini sesetengahnya ada di dalam keterangan al-Quran atau al-Sunnah)disebut sebagai 'jenayah' iaitu segala perbuatan yang diharamkan melakukannya olehsyarak (hukum agama). Ia memberi maksud semua perbuatan yang ditegahmelakukannya oleh syarak kerana perbuatan itu menimbulkan bahaya yang nyataterhadap agama, nyawa, akal, maruah diri dan harta benda. Terdapat dua istilah dalamIslam yang biasanya digunakan untuk pengertian yang sama atau hampir sama berkaitan

    perbuatan yang dilarang oleh syarak ini, iaitu perkataan 'Jarimah' dan 'Jinayah'. Dalam pengertian biasa keduanya membawa erti sebagai perbuatan jahat secara umum.(Abdullah Nashih Ulwan, 1989: 279)

    Di dalam istilah perundangan Islam pula perkataan 'Jarimah' ialah melakukansesuatu tindakan yang diharamkan oleh Islam samada perbuatan yang disuruh ataudilarang dan dikenakan tindakan atau hukuman tertentu. Manakala istilah 'Jinayah' pulakebiasaannya digunakan untuk tindakan jahat yang melampau. Jadi penggunaan

    perkataan 'Jinayah' ini lebih berat jika dibandingkan dengan penggunaan perkataan'Jarimah'. 'Jinayah' menurut perundangan Islam ialah melakukan tindakan yangdiharamkan oleh Islam samada perbuatan yang disuruh atau dilarang yang membawakepada terlaksananya hukuman 'had' dan 'ta'zir' (hukum ini juga disebut sebagai hukumqisas) sebagai penguatkuasaan.

    Dari sudut pemakaian undang-undang di Malaysia pula, jenayah didefinisikansebagai tindakan atau perlakuan atau perbuatan jahat dan yang menyalahi undang-undangserta menyalahi moral atau etika masyarakat. Orang yang melakukan jenayah ini berhakuntuk menerima hukuman yang telah ditetapkan. Undang-undang dan hukuman terhadap

  • 8/13/2019 Agama Sebagai Altenatif Penyelesaian Masalah Belia

    4/13

    4

    penjenayah berubah-ubah mengikut tamadun. Ada sesetengah perbuatan dianggap salahdan menyalahi nilai-nilai sesuatu tamadun tetapi ada pula tamadun yang tidak mengaggap

    perbuatan itu satu kesalahan. (Samsudin Abd Rahim & Iran Herman, 1996: 31)

    Berkaitan dengan bentuk permasalahan remaja ianya berubah-ubah mengikut

    sesuatu suasana, keadaan, masa dan pengaruh-pengaruh sekeliling semasa. Umpamanya pada masa ini terdapat satu ketegori permasalahan remaja yang menyentuh masalahmultimedia, iaitu ketaggihan melayari laman web lucah. Akibat dari perbuatan ini akanlahir satu tindakan jenayah yang tidak dapat disangka jika perbuatan itu ditafsirkankepada sesuatu yang negatif. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkaitan dengan

    bentuk permasalahan remaja, berikut diberikan satu jadual, contoh bentuk kesalahanremaja dan perangkaan kadar perlakuannya di Malaysia mengikut tahun-tahun tertentu;

    Bentuk Permasalahan Remaja 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992

    Bunuh

    RogolMendatangkan kecederaanPecah rumah dan curiCuri kenderaanLain-lain kecurianKesalahan dadahPeras ugutUgutan jenayahMemiliki senjata merbahayaJudiSamun

    Lain-lain kesalahan

    6

    17544781349803464031625174

    282

    22

    228433268720247552423788

    322

    5

    2112333493636164271328186

    272

    6

    9742375349512732-154641

    237

    13

    301324921599452603913986101

    462

    7

    245831727013213535-212322

    332

    10

    13611791052176515-15823

    151Jumlah 2570 2044 1886 1401 2789 1376 862 Jadual menunjukkan bentuk-bentuk permasalahan remaja dan kadar perlakuannya

    dari tahun 1986-1992Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

    Bentuk-bentuk kesalahan yang terdapat di dalam jadual di atas adalah bentuk- bentuk kesalahan biasa. Terdapat kesalahan-kesalahan yang terdapat di dalam jadual diatas juga adalah berdasarkan kepada kes-kes yang telah direkodkan samada direkodkandengan cara pengaduan di Balai Polis atau direkodkan dengan melalui prosedur undang-undang (melalui proses mahkamah). Walau bagaimanapun terdapat permasalahn-

    permasalahan lain yang tidak di jadualkan. Permasalahn-permasalahn lain ini samadatidak direkodkan ataupun timbul disebabkan perubahan masa dan zaman ataupun tidakterdapat peruntukan undang-undang untuk menghukumnya ataupun tindakan yangdilakukan dianggap tidak menyalahi norma-norma baik sesuatu tamadun tetapi tetapmenyalahi hukum Islam kerana akibatnya yang serius. Antara permasalahan tersebutadalah seperti berikut;

    i) Kesalahan Siber.

  • 8/13/2019 Agama Sebagai Altenatif Penyelesaian Masalah Belia

    5/13

    5

    ii) Pergaulan bebas.iii) Sumbang mahram.iv) Vandalisme.v) Gengsterisme.vi) Penagihan arak.

    vii)

    Lari dai rumah.viii) Pembuangan bayi.ix) Penipuan.

    FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERMASALAHAN REMAJASECARA UMUM

    Banyak faktor yang menyebabkan permasalahan remaja ini timbul. Setiap faktor inidianggap sebagai pengaruh yang besar dalam mempengaruhi tindakan remaja yang

    bersifat negatif. Faktor-faktor tersebut dapat diringkaskan seperti berikut; (Samsudin AbdRahim & Iran Herman, 1996: 31-35)

    a) Faktor keluarga.

    i) Penceraian dan kematian ibu bapa.ii) Kurangnya didikan agama dari ibu bapa.iii) Kurangnya perhatian dan kasih sayang.

    b) Faktor pengaruh teman-teman.

    i) Pengaruh di sekolah.ii) Pengaruh di kejiranan.iii) Pengaruh di tempat kerja.

    c) Faktor persekitaran.

    i) Persekitaran bandar.ii) Persekitaran kampung.iii) Setinggan.iv) Perubahan masa dan zaman.v) Perubahan fesyen semasa.vi) Perubahan gaya hidup semasa.vii) Faktor ekonomi diri dan keluarga.viii) Bilangan adik beradik.

    d) Faktor media.

    i) Pengaruh media massa.ii) Pengaruh media elektronik.iii) Pengaruh media siber.

  • 8/13/2019 Agama Sebagai Altenatif Penyelesaian Masalah Belia

    6/13

    6

    e) Faktor pendidikan.

    i) Pendidikan formal.ii) Pendidikan tidak formal.iii) Pendidikan agama.

    iv)

    Pendidikan asas zaman kanak-kanak.

    f) Faktor dalaman.

    i) Sifat buruk yang diwarisi.ii) Rendah darjat kecerdasan dan kecacatan anggota.iii) Tersekat kemahuan dan keinginan yang munasabah.

    Dari pembentangan faktor-faktor yang menyebabkan permasalahan remaja di atasdapatlah dirumuskan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatianserius untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan permasalahan-permasalahan

    tersebut. Antara perkara-perkara yang sepatutnya diambil perhatian ialah seperti berikut;i) Peranan ibu bapa atau penjaga sebagai memerhati, meneliti, mengawasi dan

    memberi dorongan dan sokongan terhadap setiap permasalahan anak-anak remajamereka.

    ii) Pendidikan agama sebagai asas kepada setiap pergerakan golongan remaja.Pendidikan ini tidak semestinya diperolehi secara formal, tetapi boleh jugadiadakan secara tidak formal. Walaupun tidak ada satu perbicaraan khusus

    berkaitan menangani permasalahan remaja dari sudut agama, tetapi bentuk pengajaran norma-norma dan hukum-hakam dianggap sebagai satu pendidikantidak langsung dari sudut agama. Contohnya, sumbang mahram dihukumkansebagai haram dan ini secara tidak langsung mendidik remaja supaya tidakmelakukannya.

    iii) Penguatkuasaan yang lebih menyeluruh merangkumi semua aspek pencegahantindakan remaja yang negative.

    iv) Strategi-strategi meliputi pendidikan, pencegahan, penguatkuasaan yangmenyeluruh termasuk strategi-strategi utama dan altenatif perlu diwujudkan dandilaksanakan dari masa k semasa untuk mengatasi permasalahan remaja ini.

    PENYELESAIAN DARI ASPEK AGAMA: SATU ALTENATIF

    1. Karektor umum Agama

    Agama adalah satu anutan yang bekembang sebagai ilmu pendidikan jiwa (dalaman)yang mengajar manusia menyelami jiwa sendiri, hubungkaitnya dengan kekuasaanTuhan, sifat Zuhud (sederhana) dalam menangani kerenah dunia dan yang berkaitandengan falsafah jiwa manusia yang diterjemahkan di dalam tingkahlaku tertentu dalamusaha merealisasikan kesempurnaan moral. Walaupun ilmu ini dilihat sebagai satu ilmuyang terpencil kerana pendidikan jiwa adalah hak dan peribadi seseorang tetapi ia adalah

  • 8/13/2019 Agama Sebagai Altenatif Penyelesaian Masalah Belia

    7/13

    7

    cara yang berkesan dalam menangani kerakusan jiwa untuk tunduk kepada sesuatutindakan yang negatif.

    Ilmu agama adalah kaedah pendidikan dalaman yang mahu membuang sifat-sifatego, keangkuhan, nafsu yang tinggi terhadap dunia, kelalaian tehadap tanggungjawab

    akhirat (kehidupan selepas mati) yang diterjemahkan melalui tindakan dan tingkahlakuseperti Zuhud, Tawadhu', rendah diri, prihatin dan nilai-nilai murni yang lain. Sifat-sifatini lahir dengan menumpukan kepada kebesaran dan keesaan Tuhan, kesan kebesarantersebut terhadap manusia dan tanggungjawab yang besar manusia terhadap kehidupan.

    Jika dizahirkan ilmu ini dalam kehidupan seharian ianya akan mempengaruhisifat-sifat moral manusia itu sendiri. Sifat-sifat kemoralan yang baik secara langsungakan nampak dalam diri seseorang jika mempraktikkan dan menghayatai agama ini.Walaupun sebahagian besar dari pengamal ilmu ini atau yang dipanggil ahliagama/pengikut agama tidak mengistiharkan secara terbuka tentang pengamalannyatetapi kemoralan dirinya akan terserlah. Ini kerana kesan daripada pendidikan jiwa yang

    diasuh akan menyebabkan seseorang itu menzahirkannya melalui tindakan dantingkahlaku.

    Secara umumnya karektor umum agama itu adalah seperti berikut;

    i) Menghayati kebesaran Tuhan di dalam diri dan kehidupan.ii) Menumpukan kepada pendidikan jiwa (dalaman) yang tinggi dan bersungguh-

    sungguh.iii) Menterjemahkan pendidikan jiwa di dalam tingkahlaku dan tindakan dengan

    konsep Zuhud, Tawadhu',rendah diri dan sifat-sifat murni yang lain.iv) Secara tidak langsung dapat memperbaiki moral diri dari sudut jiwa (dalaman)

    mahupun luaran.v) Penekanan pendidikan jiwa (dalaman) adalah dari perkara amat penting dalam

    sesuatu ajaran agama.

    Walau bagaimanapun masih banyak lagi faedah dan kebaikan dari agama ini yangtidak dapat dicungkil dan di dedahkan. Ahli agama/pengikut agama adalah orang yang

    paling banyak menerima faedah dan kebaikannya. Kesukaran mengenegahkan kebaikanagama ini kerana samada tidak menjadi pengamal atau kerana sifat agama itu sendiriyang suatu ketika adalah ilmu yang terpencil dalam dunia moden ini. Maksudnya hanyasebahagian kecil yang mendalaminya dan ketiadaan satu wadah untukmengistiharkannya.

    2. Asas-asas ajaran agama.

    Abdullah Nasih Ulwan, seorang cendikiawan pendidikan Islam meringkaskan asas-asasajaran agama seperti berikut;

    I) Pengajaran agama akhlaki/sahsiah/kemoralan

  • 8/13/2019 Agama Sebagai Altenatif Penyelesaian Masalah Belia

    8/13

    8

    Pada pandangan golongan agama, manusia selalu cenderung untuk menurut nafsunya.Kecenderungan ini akan menjadikan manusia bertuhankan keinginan nafsunya. Akibatlangsung daripada ini ialah akan membawa kepada kehancuran moral peribadi danmasyarakat. Oleh kerana itu, kecenderungan negatif ini perlu diatasi atau dikurangkanterlebih dahulu dan perjuangan melawan nafsu ini adalah perjuangan yang mulia. Bagi

    ahli agama pendidikan bentuk ini mesti melalui tiga peringkat penting iaitu; (al-Ashari,1977: 53)

    i) Peringkat Takhalli (kesedaran) - Iaitu pendidikan untuk membersihkan diridaripada sifat-sifat yang tercela yang digelar maksiat zahir dan maksiat batin yangmengotori jiwa seperti sifat dengki, sombong, buruk sangka, membangga diri danlain-lain sifat-sifat tercela. Cara mendidiknya ialah dengan melihat kesan-kesan

    buruk sifat-sifat tercela tadi dan balasan-balasan yang dijanjikan Tuhan terhadapmanusia yang mempunyai sifat-sifat tersebut.

    ii) Peringkat Tahalli (pengisian) - Iaitu tahap dimana ahli agama mengisi danmenghias diri dengan sifat-sifat terpuji setelah berjaya di perngkat Takhalli.

    Caranya ialah dengan menerapkan dan membiasakan jiwa, diri dan tindakandengan sifat-sifat terpuji dan mulia.iii) Peringkat Tajalli (penyempurnaan) - Iaitu satu tahap penyempurnaan pendidikan

    jiwa dimana ahli agama pada peringkat ini sudah tidak mempunyaikecenderungan pada godaan dunia. Sebaliknya menumpukan kepada ganjaran diakhirat (kehidupan selepas mati). Peringkat ini diasuh dan dikuatkan dengan sifatMunajat, Muraqabah dan Muhasabah (menginsafi diri dan selalu merasakanTuhan ada bersama)

    II) Pengajaran agama amali

    Iaitu lanjutan daripada yang pertama diatas. Pengajaran ini adalah dalam bentuk pengisian dan praktikal kehidupan seharian ahli agama. Setiap ahli agama perlu mengisikehidupan hariannya seperti yang disyariatkan oleh agama, iaitu membuat apa yangdisuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Di dalam melalui pengajaran ini ahli agamamelatih diri mereka dengan melalui 4 peringkat berikut; (al-Shahrawardi, 1966: 72)

    i) Syariah/undang-undang - Iaitu melatih diri dengan mengikuti semua yang telahdibebankan oleh Islam terhadap seseorang hamba dari perkara yang disuruh dan

    perkara yang dilarang.ii) Tariqah/cara-cara - Iaitu perlaksanaan mematuhi syariah/undang-undang

    hendaklah dibuat dengan satu tujuan sahaja iaitu kerana Tuhan.iii) Haqiqah/hak penentuan - Iaitu hasil daripada perlaksanaan syariah/undang-

    undang yang dibuat kerana Tuhan, hakikatnya hanya Tuhan sahaja yangmengetahui samada benar-benar diterima atau sebaliknya.

    iv) Makrifah/mengenali - Iaitu jalan atau cara mengenal Tuhan dengan cara hati ataudalaman. Ini adalah hasil daripada praktis syariah/undang-undang, Tariqah/cara-cara dan Haqiqah/hak penentuan.

    III) Pengajaran agama falsafi

  • 8/13/2019 Agama Sebagai Altenatif Penyelesaian Masalah Belia

    9/13

    9

    Pengajaran jenis ini adalah pengajaran yang lebih kepada nilai-nilai praktikal daripadakonsep-konsep atau teori-teori ilmu agama itu sendiri. (al-Sullami, 1969: 21)Umpamanya praktikal konsep 'cenderung melakukan sesuatu yang baik' di dalam diriseseorang ahli agama. Golongan ahli agama berpendapat jika seseorang menghayati

    ajaran agama, semua perbuatan atau perlakuan akan cenderung melakukan perbuatanyang baik. Hakikatnya tidak ada satupun ajaran agama menyuruh penganutnyamelakukan sesuatu perbuatan yang cenderung kepada kejahatan.

    PENDEKATAN AGAMA DI DALAM MENANGANI PERMASALAHANREMAJA

    Permasalahan remaja dari masa kesemasa dan dari hari kehari menunjukkan peningkatanyang serius dan menakutkan. Ini mungkin disebabkan oleh penularan budaya

    permasalahan tersebut dari individidu remaja kepada individu yang lain dan darisekumpulan ke sekumpulan yang lain. Perkara ini tidak menghairankan kerana majunya

    bidang komunikasi yang ada sekarang. Oleh itu, perlu ada satu mekanisme yang dapatmenangani permasalahan ini.

    Agama adalah satu altenatif untuk memberi didikan kepada golongan remajatentang perlunya moral yang baik di dalam kehidupan. Selama ini seringkali di hebahkan

    peri pentingnya pendidikan agama di dalam menangani masalah remaja ini. Tetapi tidakada pengkhususan dan pendekatan yang direncanakan dan digunakan dalam usahamengurangkan permasalahan ini. Pendidikan agama/moral secara umum sahaja tidak

    banyak membantu kerana pada dasarnya sebahagian besar daripada remaja yangmenghadapi masalah ini kadang-kadang mempunyai didikan agama dasar.

    Ajaran agama menumpukan skop didikan jiwa/dalaman. Ini adalah satu skop yangmenarik kerana kebanyakkan remaja yang bermasalah ini mempunyai masalah didikandalaman. Pengalaman dari ahli agama juga diharapkan dapat membantu merealisasikan

    penerapan pendekatan agama ini kepada golongan remaja yang bermasalah ini. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menerapkan pendekatan agama ini dalammenangani permasalahan remaja seperti yang diusulkan oleh Abdullah Nasih Ulwan,iaitu seperti berikut;

    1. Penerapan pendekatan secara teori

    Cara ini boleh dilakukan dengan melaksanakan perkara-perkara berikut;

    i) Memberi penerangan secara umum tentang asas-asas ajaran agama terutama yangmenyentuh pendidikan jiwa kepada golongan sasaran.

    ii) Memberi penerangan tentang bertapa pentingnya pendidikan jiwa dan jiwa yang bersih di dalam kehidupan.

    iii) Menyatakan hubungan diri dengan kekuasaan Tuhan melalui cara dan kaedahyang sesuai.

    iv) Menerapkan sifat-sifat mulia di dalam jiwa.

  • 8/13/2019 Agama Sebagai Altenatif Penyelesaian Masalah Belia

    10/13

    10

    v) Menerangkan kaedah-kaedah dan strategi-strategi yang boleh diguna pakai darisudut apabila remaja menghadapi masalah seperti penyesalan, perubahan dariyang buruk kepada yang baik dan lain-lain lagi.

    Penghasilan (dalam kajian saintifik penghasilan ini seringkali diebut sebagai k eakhiran

    atau dalam Bahasa Inggeris dsebut sebagai Outcomes ) dari penerapan pendekatansecara teori ini ialah;

    i) Golongan sasaran dapat memahami secara asas tentang permasalahan jiwa.ii) Golongan sasaran dapat mengenalpasti permasalahan moral yang di hadapi.iii) Menanamkan sifat sayangkan diri sendiri kepada golongan sasaran.iv) Menerapkan konsep kekuasaan Tuhan mengatasi segala-galanya.v) Golongan sasaran dapat menilai kesan-kesan baik dan buruk dari sikap yang

    ditonjolkan dan dari tindakan yang dijalankan.

    2. Penerapan pendekatan secara praktikal

    Abdullah Nasih Ulwan juga menyarankan perkara-perkara berikut sebagai satu latihan(praktikal) kepada mereka yang bergelar remaja;

    i) Memberi peluang kepada golongan sasaran mengamalkan nilai-nilai murni yangmudah seperti sifat menghargai diri, sifat kasih sayang, sifat lemah lembut danlain-lain lagi.

    ii) Memberi ruang dalam diri untuk menghayati kebesaran Tuhan yang diaplikasikanmengikut pengajaran agama yang betul.

    iii) Menghayati kesan-kesan buruk dari perlakuan dan tindakan yang tidak bermoralyang dilakukan sebelum ini.

    iv) Menghargai setiap usaha dan tindakan yang dijalankan oleh semua golongan demimemperbaiki diri.

    Latihan (praktikal) yang dicadangkan diatas adalah untuk penghasilan(keakhiran/outcomes);

    i) Golongan sasaran dapat merasakan pengalaman mempratikkan nilai-nilai murnisepertimana ahli agama dapat merasakan 'kelazatan' di dalam pengamalanilmunya.

    ii) Penghayatan yang berkesan terhadap kebesaran Tuhan di dalam kehidupan.iii) Dapat membezakan baik dan buruk tindakan yang tidak bermoral yang telah

    dilakukan sebelum ini.iv) Golongan sasaran dapat merasakan bahawa ada pihak yang prihatin terhadap

    permasalahan mereka dengan menghargai setiap usaha yang dijalankan oleh pihaktertentu untuk memperbaiki diri.

    3. Penerapan pendekatan melalui kesan

  • 8/13/2019 Agama Sebagai Altenatif Penyelesaian Masalah Belia

    11/13

    11

    Pendekatan cara ini menurut Abdullah Naih Ulwan adalah lebih menuju kepada hasil ataukesan atau apa yang di dapati daripada mempraktikkan dan mengamalkan ajaran

    berbentuk agama lebih-lebih lagi kepada jiwa dan sifat-sifat dalaman. Cara ini dapatdilaksanakan dengan menggunakan kaedah-kaedah berikut;

    i)

    Menzahirkan dalam bentuk kata-kata atau cerita daripada pengamal ajaran agamaini kepada rakan sebaya atau rakan yang mempunyai permasalahan yang sama.ii) Memberi pengajaran secara intensif cara-cara dan kaedah-kaedah yang boleh

    mendidik jiwa melalui ajaran agama.iii) Ahli agama memperkenalkan diri mereka atau mengistiharkan amalan mereka

    dikhalayak ramai atau pada umum.iv) Mengikis sifat 'bersembunyi' dalam diri pengamal ajaran agama terutama sekali

    yang berkaitan dengan pendidikan jiwa kerana ia akan memberi peluang kepadaumum menghayati dan memahami ajaran agama.

    Penghasilan yang hendak dicapai melalui praktis perkara-perkara diatas adalah;

    i) Berkongsi kesan dan faedah daripada pengamalan ajaran agama.ii) Ajaran agama lebih berkesan jika pengamal ajaran ini tersohor.iii) Membudayakan pendidikan dalaman di dalam pengajaran dan pembelajaran.

    KES-KES YANG DIRUJUK

    Kepelbagaian masalah remaja memerlukan metode yang berbeza untukmenanganinya. Berdasarkan kepada kes-kes yag dirujuk oleh sebilangan pelajar universitikepada pensyarah-pensyarah mereka (pelajar universiti adalah golongan remaja yangsering menonjolkan permasalahan mereka dalam usaha mereka untuk mengatasinya demiuntuk kelangsungan penumpuan mereka kepada pelajaran dan tidak mahu dibebani oleh

    permasalahan remaja. Ini tidak bermakna selain dari pelajar universiti, golongan remajalain tidak menghadapi permasalahan yang serupa, cuma tempat rujukan itu harusdisediakan/diadakan mengikut kesesuaian golongan remaja, contohnya pekerja kilangyang rata-ratanya golongan remaja perlu merujuk permasalahan mereka kepada majikanatau unit-unit tertentu di tempat kerja mereka) memerlukan penyelesaian atau

    pandanagan dari sudut agama. Antara permasalahan yang diutarakan ialah;(permasalahan ini diambil dari kes-kes yang dirujuk kepada pensyarah-pensyarah JabatanPengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti KebangsaanMalaysia)

    1. Seorang remaja wanita menceritakan pengalaman pertama melakukan istimta'(ringan-ringan) dengan pasangannya dan menjadi ketagih melakukannya setiap kali'dating'.

    2. Seorang remaja mengalami 'kekosongan jiwa' sehingga menganggu emosi dan perlakuannya. Sampai kepada suatu peringkat remaja tersebut menganggap kehidupansudah tiada ertinya dan sering bercerita tentang cara-cara kematian.

  • 8/13/2019 Agama Sebagai Altenatif Penyelesaian Masalah Belia

    12/13

    12

    3. Seorang remaja menghadapi tekanan kerana sering dimarahi dan dihina olehkeluarga kerana cuba mempraktiskan membaca al-Quran dan melakukan Solat danmengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar.

    4. Seorang remaja yang ketagihan ubat batuk sehingga sanggup membelanjakansekurang-kiurangnya RM 30.00 sehari untuk membeli ubat batuk tersebut.

    5. Seorang remaja perempuan yang mengandung 3 bulan hasil dari pergaulan bebas.Remaja tersebut cenderung untuk menggugurkan kandungan tersebut dan menghadapisuasana panik yang amat kronik.

    6. Seorang remaja yang ketagihan rokok dan menghabiskan 3 kotak rokok sehari.Datang untuk meminta pandangan cara-cara untuk menghentikan ketagihan tersebut.

    7. Seorang remaja yang datang kerana menghadapi masalah 'konflik agama'. Tidak

    pernah seumur hidupnya mempraktiskan ajaran agama dan tidak mempunyai pengetahuan langsung berkaitan ajaran agama kecuali apa yang dilihat dan didengar dariorang lain.

    9. Seorang remaja lelaki yang meminta pandangan dari sudut agama berkaitanmasalah kegemukan yang dihadapinya.

    10. Seorang remaja lelaki yang datang meminta pandangan untuk menyelesaikanmasalah yang dihadapinya, iaitu kegemarannya 'mengurat' wanita dan sentiasa terdoronguntuk melakukan perkara-perkara diluar batasan bersama pasangan barunya.

    Sacara umumnya, berdasarkan kes-kes yang dirujuk di atas, ajaran agama adalahaltenatif terbaik sebagai panduan penyelesaian permasahan tersebut. Idea yangdikemukakan dalam perbincangan diatas dari sudut agama boleh dijalankan secara

    beperingkat tanpa membebankan diri remaja yang dating merujuk. Penyelesaian segeraseperti member wang secukupnya kepada remaja yang menghadapi masaah kewangandilihat sebagai satu bentuk penyelesaian jangka pendek selagi sifat boros berbelanja yangada dalam diri mereka tidak diatasi. Idea agama yang melarang sifat boros dan cara-caramengatasi melalui pendidikan jiwa pula boleh dianggap sebaai satu penyelesaian jangka

    panjang.

    KESIMPULAN

    Permasalahhan remaja yang semakin serius dan dikhuatiri akan menjadi satu budayayang negatif dikalangan remaja di negara ini memerlukan satu pendekatan yang benar-

    benar tersusun dan jitu dalam menanganinya. Di dalam perkara ini pendekatan pendidikan secara dasar sahaja samada secara formal atau tidak formal tidak memadaikerana pendekatan cara ini lebih banyak menekankan perkara-perkara yang berbentuk

  • 8/13/2019 Agama Sebagai Altenatif Penyelesaian Masalah Belia

    13/13

    13

    tradisi semata-mata seperti tradisi hormat menghormati, tradisi budi bahasa lain-lain lagiyang tidak menyentuh secara langsung punca yang menyebabkan permasalahan remaja

    berlaku.

    Punca sebenar berlakunya tindakan luar kawalan dikalangan remaja sehingga

    menjadikannya gejala sosial ialah pendidikan jiwa atau pendidikan dalaman. Jiwa yangkosong tanpa pendidikan yang khusus akan menjadikan diri remaja itu terumbang ambing.Pendekatan dan ajaran agama adalah altenatif kepada pendidikan secara dasar malahajaran agama ini mempunyai ciri keistimewaan khusus di dalam mendidik jiwa untukdigunakan sebagai satu kaedah pendidikan remaja terutama sekali yang menghadapimasalah gejala sosial .

    RUJUKAN

    Abdullah Nashih Ulwan, Dr.. 1989. Pedoman Pendidikan anak-anak dalam I slam , Jilid1, Klang: Klang Book Centre.

    ______________. 1989 . Pedoman Pendidikan anak-anak dalam I slam . Jilid 2, Klang:Klang Book Centre.

    Al-Ashari, Abu al-Hassan. 1977. Al-I banah an U sul al-Diyanah . Ed. Fawkiyah HusaynMahmud. Kaherah: dar al-Ansar.

    Al-Shahrawardi, Abd al-Qahir Abd Allah. 1966. Kitab 'Awarif al-Maarif . Beirut: Daral-Kitab al-Arabi.

    Al-Sullami, Abu Abd al-Rahman. 1969. Tabaqat al -Sufi yyah . Ed. Nur al-Din Sharibah:Kaherah: Maktabah al-Khanji.

    Erickson, E.H. 1968 . Identyty, Youth and Crisis . New York: W-W. Norton.Granville Stanley Hall. 1904. Adol escence: I ts Psychology and I ts Relations toPhysiology, An thr opology, Sociology, Sex, Cr ime, Reli gion, and Education , 2 vols.

    New York: AppletonLogan. 1980. Social Cogniti ve Development D ur ing Adolescence . New York: WileyMarshall & Turner. 1974. Requi rements for H ealth y Development of A dolescent You th .

    New York: Pan Ltd.Md. Akhir Haji Yaacub. 1997. Undang-undang Islam dan Kewajipan

    M elaksanakannya . Kelantan: Pustaka Reka Sdn. Bhd.Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar Psikologi : Satu Pengenalan Asas Kepada

    Jiwa Dan Tingkah Laku M anusia . Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dan Pustaka. Newman & Newman. 1991. Ef fects of TV Violence on Chi ld Behavior . New York. Noor Adiah Mohd Noor. 1998 . Satu Kaj ian Kes Tentang Masalah Remaja Sekolah

    Dan Kaitannya Dengan Pencapaian Akademik . Latihan Ilmiah, UniversitiKebangsaan Malaysia. tidak diterbitkan.

    Samsudin A. Rahim & Iran Herman. 1996. Remaja dan A I DS: M edia, Nilai , Personali tidan Ti ngkah L aku . Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Santrock, J.W. 1996. Adolescence: An in troduction . Sixth Edition. Chicago:: Brown &Benchmark Publishers.

    Sidi Gazalba. 1983 . I slam dan Peru bahan Sosio B udaya . Kuala Lumpur: Pustaka Antara.Zakiah Daradjat. 1997. Pembinaan Remaja . Jakarta: Bumi Aksara