aedes

Upload: ginger-padilla

Post on 29-Feb-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PdP

TRANSCRIPT

Aedesmerupakan genusnyamukyang asalnya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, namun telah tersebar disebabkan aktiviti manusia ke seluruh benua kecualiantartika. Namanya diperolehi daripada perkataan Yunani Kunoads, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya sepertidemam denggi.Aedes albopictusmerupakan spesies yang sering ditemui diAsia. Kakinya berbelang hitam putih.Aedes aegyptijuga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.1. Dalam Rumah1. Akuarium2. Perangkap semut3. Pasu Bunga4. Timba5. Tempayan6. Kolam (kolah) mandi7. Tempat air peti sejuk2. Luar Rumah1. Tayar buruk2. Tempurung kelapa3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air4. Salur air hujan5. Tempayan6. Pokok Pisang7. Pokok Keladi8. Longkang yang tersekat9. Tangki septik (terdedah)Pencegahan pembiakan nyamuk aedes[sunting]1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk7. Peliharalah ikan sepertiIkan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali

Malariaadalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa yang paling biasa di dunia, iaituplasmodiumyang menyumbang kepada lebih kurang 3 juta kes dan 1.5 hingga 2.7 juta kematian setiap tahun. Ia disebarkan olehnyamukbetina genusAnopheles(nyamuk tiruk), terutamanyaAnopheles sundaicusdi Asia danAn. gambiaedi Afrika. Ramai orang mendapat malaria semasa mengembara ke negara-negara tropika atau subtropika. Malaria berlaku di kebanyakan bahagian sub Sahara Arika,Asia TenggaradanSelatan,Mexico,Haiti,Amerika TengahdanSelatan,Papua New GuineadanKepulauan Solomon.Malariamerupakan penyakit berjangkit bawaan vektor yang disebabkan oleh parasitprotozoa. Ia meluas di kawasan tropika dan subtropika, termasuk sebahagian dariAmerika,Asia, danAfrika. Setiap tahun ia menyebabkan penyakit pada sekitar 650 juta orang dan membunuh antara satu hingga tiga juta, kebanyakannya kanak-kanak diSub-Sahara Afrika. Malaria biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi turut merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi.Malaria merupakan salah satu penyakit berjangkit biasa dan masaalah kesihatan umum yang besar. Penyakit ini disebabkan oleh parasitprotozoadarigenusPlasmodium. Bentuk penyakit ini yang paling serious disebabkan olehPlasmodium falciparumdanPlasmodium vivax, tetapi spesies berkait yang lain seperti (Plasmodium ovale,Plasmodium malariae, dan kadang-kalaPlasmodium knowlesi) turut mampu menjangkiti manusia. Kumpulan pathogenic manusia spesiesPlasmodiumini dirujuk sebagaiparasit malaria.Parasit Malaria disebar oleh nyamukAnophelesbetina. Parasit membiak dalam sel darah merah, menyebabkan simptom termasukanemia(kepala rasa ringan, semput nafas, (tachycardia) dll.), termasuk juga simptom umum lain sepertidemam,sejuk,mual,penyakit seperti selsema, dan dalam kes teruk,komadan kematian. Penyebaran Malaria boleh dikurangkan dengan menghalang gigitan nyamuk melalui kelambu nyamuk dan penghalang serangga, atau melalui langkah pengawalan nyamuk seperti menyembur racun serangga dalam rumah dan mengeringkan kawasan air bertakung di mana nyamuk bertelur.Tiada vaksin kini berkesan bagi malaria; ubat penghalang mesti diambil secara berterusan bagi menghalang risiko jangkitan. Rawatan ubatprophylaktiksering kali terlalu mahal bagi mereka yang dinggal dikawasan endemik. Kebanyakan orang dewasa dalam kawasan endemik mempunyai jangkitan ulangan jangka panjang dan juga separuh kebal; kekebalan berkurangan menurut tempoh dan dewasa sebegitu mungkin terdedah kepada malaria teruk sekiranya mereka tinggal lama dikawasan bukan endemik. Mereka disaran mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya sekiranya mereka kembali kekawasan endemik. Jangkitan Malaria dirawat melalui penggunaan ubat anti malaria, sepertiquinineatau hasilanartemisinin, sungguhpun malaria kebal ubat semakin menjadi kebiasaan.