adat resam dan pantang larang masyarakat cina

5
Adat Resam dan Pantang Larang Masyarakat Cina PENGENALAN Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya. Kelahiran Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Sewaktu Mengandung Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami.

Upload: norhanim-bt-zainudin-hanim

Post on 21-Jun-2015

27.646 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adat resam dan pantang  larang masyarakat cina

Adat Resam dan Pantang Larang Masyarakat Cina

PENGENALAN

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.

Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling

menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara,

tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal

kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan

secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun

apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina

secara keseluruhannya.

 Kelahiran

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina

dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas

lahir.

Sewaktu Mengandung

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat

Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang

bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau

kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan

kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam

masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan

bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana

anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek

moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu

sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan

diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana

Page 2: Adat resam dan pantang  larang masyarakat cina

dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu

mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang

memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga

digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu

dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama

kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang

larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila

harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap

menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang

manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali

makan makanan yang �tajam� seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan

makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan

ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau

perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil,

terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat,

bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan

tajam.

Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat

puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin.

Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya.

Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan

tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat

Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa

depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik.

Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua.

Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani

kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih

Page 3: Adat resam dan pantang  larang masyarakat cina

daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar

kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat

daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan

bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan

pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin

disamping menguatkan semula tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu

apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna

merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai

merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang

mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa

pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur

rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang

dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam

kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai

pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.

Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-

saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem

nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat

mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu

diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Page 4: Adat resam dan pantang  larang masyarakat cina

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang

kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak

bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama

berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta

saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang

mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga

akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan

atau mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala

menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka

yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.