adat perkahwinan kadazan dusun

6
PROSES PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN Merisik Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua- dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki. Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada. Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu. Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan merisik meminang bertunan g majlis perkawin an

Upload: janne-jong

Post on 21-Oct-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dg

TRANSCRIPT

Page 1: Adat Perkahwinan Kadazan Dusun

PROSES PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN

Merisik

Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua

pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara

yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi

tanda peminangan daripada pihak lelaki.

Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan

terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan

juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan

malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu

bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa

perempuan itu sudah tidak ada.

Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada

dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau

perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau

perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan

itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh

daripada risikan terdahulu itu.

Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang

kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh

diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan

merisik meminang bertunang majlis perkawinan

Page 2: Adat Perkahwinan Kadazan Dusun

PROSES PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN

adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai

berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan

jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya.

Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

Meminang

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan,

mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin

pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'.

Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.

Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti

membersihkan diri pada hari itu juga.

Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan.

Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam

tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada

malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali

akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir

serupa dan adakalanya benar-benar serupa.

Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti,

risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk.

Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses

pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit

kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.

Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang

yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang

yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk

Page 3: Adat Perkahwinan Kadazan Dusun

PROSES PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN

ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa

sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu

berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.

Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga

terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat

mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka

menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.

Bertunang

Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak

lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin

yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki

diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi

kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi

buruk.

Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki

dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran

perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya

pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari.

Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran

yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat

di depan pengadilan adat.

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk

adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran

untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat

Page 4: Adat Perkahwinan Kadazan Dusun

PROSES PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN

pinang yang diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri

oleh pengantin pada hari penrkahwinan.

Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang,

gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu.

Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi

atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut.

Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum

berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan

dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.

Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari

perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum

beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain

daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat

beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan

memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat

semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah

pihak.

Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat,

pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta

pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi

mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas

hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama

dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam

pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah

ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya.

Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu

diadakan.

Page 5: Adat Perkahwinan Kadazan Dusun

PROSES PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN

Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan

pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang

sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin

lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum

pasangan itu sah bersatu.

Majlis Perkahwinan

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk

adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran

untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat

pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri

oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan

'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya

menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari

perkahwinan.

Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada

kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak

perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni

kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di

rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang

dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang

sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di

rumah pengantin perempuan.

Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan,

terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan

memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat

semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah

Page 6: Adat Perkahwinan Kadazan Dusun

PROSES PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN

pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara

adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat

pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi

mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas

hari.

Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan

kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama.

Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang

mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya

ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan

pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang

sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin

lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum

pasangan itu sah bersatu.

Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara

yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu

upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki

dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang

ber-pakaian tradisional berwarna hitam.

Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan

menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur

ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu

dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara

tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun

dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti

dengan pertunjukan tarian sumazau.