adab dalam islam

23
Adab Dalam Islam - KEPENTINGAN ADAB DALAM MASYARAKAT Adab atau akhlak bererti budi pekerti pera!"ai ti!"kahlaku tabiat da! ada kebiasaaa!# budi pekerti ada $a!" baik da! $a!" buruk# Ia dipa!""il si%at mahmudah seperti pe!$abar ama!ah &u&ur da! lai!-lai!# be"itu &u"a de!"a! si%at ma'mumah seperti s(mb(!" de!"ki da! lai!-lai!# Akhlak sesuatu ba!"sa $a!" baik bermula dari rumahta!""a# Apabila a!""(ta dalam rumah ta!""a itu baik maka baiklah sesuatu mas$arakat itu# Apabila sesuatu mas$arakat itu baik maka baiklah sesuatu ba!"sa itu# )leh $a!" demikia! sesebuah !e"ara itu me!&adi baik apabila mempu!$ai mas$arakat $a!" baik dari akhlak $a!" luhur sebalik!$a &ika mempu!$ai mas$rakat $a!" berakhlak buruk maka r(saklah pula ba!"sa da! !e"ara# Pe!$air Ahmad S$au*i per!ah berkata +,Satu ba!"sa dike!al kera!a akhlak budi pekerti. # /ika budi pekerti!$a telah ru!tuh maka ru!tuh pula ba!"sa Akhlak $a!" baik adalah pe!ti!"# )leh sebab itu tu"as Nabi SA0 diutuska! (leh Allah adalah u!tuk memperbaiki akhlak umat ma!usia# Nabi SA0 bersabda+,Sesu!""uh!$a aku diutuska! u!tuk me$empur!aka! akhlak $a!" mulia, Dalam a"ama Islam akhlak adalah pe!"ukur ama ada sempur!a atau tidak ima! sese(ra!"# Nabi SA0 bersabda+,(ra!" mukmi! $a!" sempur!a ima!!$a ialah $a!" terbaik akhlak!$a, Sesu!""uh!$a akhlak memai!ka! pera!a! pe!ti!" dalam pemba!"u!a! satu- satu ba!"sa# Berikut ialah adab-adab dalam Islam+ ADAB SESAMA ISLAM

Upload: muslim-abdullah

Post on 03-Nov-2015

263 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

adab dalam islam

TRANSCRIPT

Adab Dalam Islam -KEPENTINGAN ADAB DALAM MASYARAKATAdab atau akhlak bererti budi pekerti, perangai, tingkahlaku, tabiat dan adab kebiasaaan. budi pekerti ada yang baik dan yang buruk. Ia dipanggil sifat mahmudah seperti penyabar, amanah, jujur dan lain-lain. begitu juga dengan sifat mazmumah seperti sombong, dengki dan lain-lain. Akhlak sesuatu bangsa yang baik bermula dari rumahtangga. Apabila anggota dalam rumah tangga itu baik maka baiklah sesuatu masyarakat itu. Apabila sesuatu masyarakat itu baik maka baiklah sesuatu bangsa itu. Oleh yang demikian sesebuah negara itu menjadi baik apabila mempunyai masyarakat yang baik dari akhlak yang luhur, sebaliknya jika mempunyai masyrakat yang berakhlak buruk maka rosaklah pula bangsa dan negara. Penyair Ahmad Syauqi pernah berkata :Satu bangsa dikenal kerana akhlak (budi pekerti) . Jika budi pekertinya telah runtuh, maka runtuh pula bangsa ituAkhlak yang baik adalah penting. Oleh sebab itu tugas Nabi SAW diutuskan oleh Allah adalah untuk memperbaiki akhlak umat manusia. Nabi SAW bersabda:Sesungguhnya aku diutuskan untuk meyempurnakan akhlak yang muliaDalam agama Islam, akhlak adalah pengukur ama ada sempurna atau tidak iman seseorang. Nabi SAW bersabda:orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknyaSesungguhnya akhlak memainkan peranan penting dalam pembangunan satu-satu bangsa. Berikut ialah adab-adab dalam Islam:ADAB SESAMA ISLAM- memberi salam ketika bertemu- menziarahi ketika sakit- melawat jenazah bila mati- memberi nasihat bila diminta- menyukai sesuatu yang disukai oleh saudaranya dan membenci sesuatu yang dibenci oleh saudaranya- sentiasa menolong dan jangan menzaliminya- tidak menyakitinya sama ada dengan perbuatan atau perkataan- tidak membesar diri, angkuh atau sombong- haram hukumnya jika tidak bertegur lebih dari tiga hari- jangan menghina, mencaci, mengumpat atau merendah-rendahkan mereka- tidak membuat tuduhan palsu sama ada yang masih hidup atau yang mati- tidak berlaku hasad dengki, sangka buruk atau mengintip rahsia saudaranya- tidak menipu atau membohongi- hendaklah bergaul dengan baik- hendaklah menghormati yang tua dan mengasihi yang muda- hendaklah menutup keaibannya dan kecacatannya- handaklah menolongnya jika memerlukan pertolongan- hendaklah melindunginya dan memberi jika dimintaADAB ATAU AKHLAKPerkataan adab jika diteliti dan diberi penghayatan sebenar memberikan tafsiran yang sangat besar. Di dalam Kamus Dewan (1989), adab didefinisikan sebagai tingkah laku serta tutur kata yang sopan, budi bahasa, budi pekerti, dan kesopanan. Kesemuanya ini mempunyai kaitan dengan pendidikan dan etika manusia itu sendiri. Menurut Kamus Dewan (1989), orang yang beradab dikatakan telah maju dalam tingkat kemajuan (jasmani dan rohani) ataupun telah bertamadun. Dalam erti kata lain, manusia yang mengamalkan peradaban mengetahui dan dapat membezakan antara yang hak (kebaikan) dan batil (keburukan). Menurut Plato dalam Rosenthal (1992) menyatakan bahawa :Tujuan adab ialah untuk melahirkan manusia yang baik dan mampu menahan diri daripada nikmat fizikal dan material, dan yang menunjukkan kestabilan emosi pada raut muka gembira dan sedih dan segala kejadian yang lain, dan juga tetap berada dalam keadaan yang tidak diganggui dan tidak aktif, kecuali apabila sebab dan pemikiran menandakan keinginan atau keperluan kepada tindakan.( Keagungan Ilmu, 1992,hal.312)Menurut salah seorang pemikir Islam, Ibn Abd-Rabbih dalam Rosenthal (1992) menegaskan tentang konsep adab mengandungi semua aspek tingkahlaku manusia. Berdasarkan konsep tersebut, ia dapat dikaitkan dengan tindak-tanduk, perbuatan dan perlakuan manusia. Selaras dengan itu, keseluruhan definisi adab ini akhirnya membawa kita kepada keperluan memahami hubungan antara adab dengan pendidikan yang menjadi teras kepada perbincangan tugasan ini iaitu belajar dan mengajar.Dalam kepincangan yang semakin melanda di Negara Malaysia kini, pendidikan mengenai adab dan akhlak semakin rundum dalam kalangan masyarakat pada hari ini terutamanya bagi golongan remaja. Dewasa ini, keruntuhan akhlak dan moral, pelbagai masalah sosial, jenayah dan banyak lagi semakin berleluasa dalam kalangan anak-anak. Masalah ini tidak pernah reda malah semakin menjadi-jadi saban hari walaupun pelbagai langkah mengatasi telah giat dijalankan. Oleh itu, hal ini tidaklah harus dipandang mudah oleh masyarakat pada hari ini.Antara permasalahan terbesar yang dihadapi dalam kalangan remaja pada hari ini ialah hiburan yang melampau, globalisasi, media massa, rakan sebaya dan kemudahan Informasi dan Teknologi (IT) amat mempengaruhi anak-anak masa kini. Dalam keadaan ibubapa kesuntukan masa untuk mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang sepatutnya, anak-anak pula terdedah kepada pelbagai pengaruh luar yang lebih dominan. Menurut Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Azrina Sobian (2007) menyatakan bahawa mendidik anak-anak pada era ini adalah satu cabaran yang besar terhadap para ibubapa. Oleh itu, selain daripada pendidikan informal di rumah, pendidikan formal di sekolah juga harus ditingkatkan prestasinya agar dapat memberikan keseimbangan dan pertambahan pelbagai ilmu yang dapat dikuasai dan didedahkan oleh para pelajar sewaktu di bangku persekolahan lagi.Adab yang amat dititik-beratkan dalam Islam ialah adab pergaulan yang merupakan cara imteraksi antara manusia atau disebut juga muamalat. Salah satu bentuk pergaulan antara manusia adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan, ibubapa dan masyarakat. Kadangkala bentuk pergaulan tersebut membaitkan perasaan dan saling meluahkan isi hati. Persahabatan yang terjalin antara lelaki dan perempuan biasanya kerana mempunyai kesamaan idea, gaya hidup, minat, cara berfikir dan harapan yang sama. Bermulanya dari situ timbullah empati. Dalam konteks Islam biasanya disebut ukhuwah. Ukhuwah ini didasari dengan keimanan. keikhlasan.Adab pergaulan hendaklah dijadikan aspek rohani sebagai landasan hukum dan syariat sebagai tolok ukur yang didalamnya mampu menciptakan nilai-nilai peribadi yang luhur. Atas sebab itu, Islam menetapkan umatnya untuk menjaga batas pergaulan sebagai lawan jenis seperti menjaga maruah diri dan pandangan, tuntutan menutup aurat samaada lelaki dan perempuan, larangan lelaki dan wanita berkhalwat (berdua-duaan) kecuali wanita itu disertai mahramnya dan menjaga pergaulan antara lelaki perempuan. Oleh itu, banyak kes di masa kini yang melibatkan pembuangan bayi, seks bebas, perzinaan, kemaksiatan dan sebagainya.Di dalam Surah al-Nur ayat 30 iaitu Allah memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebgaimana firman-Nya :Katakanlah kepada laki-laki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita yang beriman. Allah S.W.T.berfirman dalam ayatnya di dalam Surah al-Nur ayat ke-31 iaitu : Katakanlah kepada wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.Allah S.W.T.berfirman dalam Surah al-Nur ayat 31 iaitu : dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. Juga dalam Firman-Nya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin; Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu lebih baik supaya mereka mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dalam Surah al-Nur, ayat 59 iaitu : Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud al-Khudri r.a berkata, Rasulullah S.A.W.bersabda : Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita , jangan melihat aurat wanita.Tambahan pula, ucapan yang makruf dan sopan amat dituntut, dalam Firman Allah S.W.T iaitu Dan ucapkanlah kata-kata makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia. Selain itu, Riwayat al-Bukhari daripada Sabda Rasulullah S.W.T dalam menghindari tempat syubhat iaitu, Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu.

2. Adab-adab bergaul dengan rakan ialah :-

-Gunakan bahasa yang baik- Bergaul dengan mesra- Memberi pertolongan dengan ikhlas - Elakkan bertengkar dan bergaduh

Dalam kehidupan seharian, kita sering bergaul bersama rakan-rakan dan jiran tetangga. Kadang-kadang kita bertegur sapa dengan orang yang tidak kita kenali. Contohnya ketika menunggu bas. Sekiranya pertemuan singkat itu dilanjutkan, lama-kelamaan orang itu akan menjadi kawan kita. Walaubagaimanapun, kita perlu ingat adab dan tatatertib ketika bergaul.Selain itu, kita tidak boleh malu menegur kesalahan kawan. Mungkin dia melakukannya tanpa disedari. Apabila kawan meminta maaf di atas kesilapannya, kita mestilah sentiasa bersedia memaafkannya. Rasulullah SAW tidak pernah berdendam dengan orang lain. Baginda tetap berbuat baik walaupun kepada orang yang selalu menghinanyaJika kawan kita sakit, kita perlu menziarahinya dan memberi nasihat serta kata semangat kepadanya agar dia mampu menghadapi ujian dengan sabar. Berdoalah agar dia cepat sembuh. Kita juga mestilah menziarahi kenalan kita yang meninggal dunia atau sekurang-kurangnya menyembahyangkan jenazah dan menyedekahkan al-Fatihah kerana itulah bakti terakhir kita kepadanya.Kesan beramal dengan adab bergaul dengan rakan : - Mendapat pahala- Mengeratkan hubungan- Hidup dengan harmoni- Mendapat ramai kawan

Adab BercakapRasulullah saw pernah ditanya tentang sebab yang paling banyak mengakibatkan orang masuk syurga, Nabi menjawab, takwa kepada Allah dan akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab yang paling banyak mengakibatkan orang masuk neraka, maka Nabi menjawab, mulut dan kemaluan.(HR. Tirmidzi)Sebab tu kita lahir dengan 2 mata, 2 talinga tetapi hanya 1 mulut supaya kita lebih banyak melihat dan mendengar daripada bercakap. Pepatah melayu pun ade mengatakan kerana mulut badan binasa. Oleh kerana kita semua tak nak binasa di sana nanti akibat mulut kita, jom belajar adab bercakap. 1) Semua perkataan mestilah membawa kebaikan

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) 2) Bercakap mestilah jelas dan mudah difahamiAisyah berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya(Hadis riwayat Abu Daud) 3) Rendah diri dan menjauhi sikap berdolak dalihSabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersifat sombong dalam bercakap(Hadis riwayat Tarmizi- hadis Hassan) 4) Menghindari banyak bercakap, kerana khuatir membosankan orang yang mendengar.Seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wail :Adalah Ibnu Masud R.A. senantiasa mengajari kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Masud)! Seandainya engkau mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Masud: Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi S.A.W. dan baginda menjawab khuatir membosankan kami. (HR Muttafaqalaih) 5) Bercakap benar dan menghindari dari menyatakan yang dustaAda pepatah mengatakan, Bercakap benarlah kamu, walaupun yang benar itu pahit, kerana kepahitan itu adalah penawar yang mujarabTanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika ia diberi amanah ia khianat.(HR Bukhari) 6) Mengulangi kata-kata yang penting, jika diperlukan

Anas berkata apabila Rasulullah SAW bercakap, maka baginda akan mengulanginya sampai 3 kali sehingga semua yang mendengar menjadi faham dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang, maka baginda akan mengucapkan salam 3 kali(HR Bukhari) 7) Menjauhi perdebatan sengitSabda Rasulullah SAW: Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat. (HR Ahmad dan Tirmidzi)Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi S.A.W. :Aku jamin rumah di dasar syurga bagi orang yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi orang yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.(HR Abu Daud) 8) Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.Sabda Rasulullah SAW: Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.(HR Tirmidzi dengan sanad sahih) 9) Menghindari banyak membuat lawak.Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.(HR Bukhari) 10) Menghindari ghibah (mengumpat) dan mengadu domba.Sabda Rasulullah SAW: Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.(HR Muttaafaqalaih) 11) Jangan menghina atau mengaibkan orang lain.Sabda Rasulullah SAW:Jika seseorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.(HR Abu Daud dan Tirmidzi)Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.(Al-Hujuraat: ayat 12)Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat(riwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani). 12) Mengucapkan insyaAllah terhadap sesuatu rancangan atau sesuatu yang belum pasti."Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini."(Al-Kahfi,18: 23- 24)Adab Bertutur dalam Islam

1. Bercakap benarSurah al-Tawbah ayat 119 : Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan jadilah kalian bersama orang yang benar.2. Perkataan yang baikRasulullah S.A.W bersabda : Jagalah diri daripada api neraka walau dengan sebelah kurma. Sesiapa yang tidak mendapatkannya maka lakukan dengan ucapan yang baik. (Riwayat al-Bukhari)Firman Allah S.W.T : Dan ucaplah kata-kata yang baik kepada manusia. (Baqarah 2 : 83)3. Kurangkan bercakapSabda Rasulullah S.A.W :Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci daripada kalangan kalian dan paling jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bicara. (Riwayat al-Tirmizi)4. Jelas dan terangSupaya hasrat dan maklumat yang disampaikan itu difahami oleh orang yang mendengarnya. Berbicaralah dengan perlahan-perlahan dan tidak tergesa-gesa dengan penuh keyakinan. Berikan tumpuan atau fokus semasa bercakap dengan memandang wajah orang yang mendengar.Hadis Rasulullah S.A.W :Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berbicaralah dengan baik atau diam. (Riwayat Bukhari)Firman Allah S.W.T :Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir (malaikat Raqib dan Atid yang mencatat amalan. (Surah Qaf 50:18)Rasulullah pernah bersabda, Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah". Antara adab-adab dalam bercakap ialah bercakap dengan nada yang jelas tanpa keraguan, bercakap dengan bertentang mata, tidak bercakap semasa makan dan tidak bercakap tentang perkara-perkara yang menjijikan semasa seseorang sedang makan, tidak bercakap tentang sesuatu yang mendukacitakan kepada seseorang yang sakit, tidak sesekali meniru percakapan orang yang jahil, tidak mengumpat atau menfitnah, panggil seseorang dengan nama yang disukainya serta tidak bercakap tentang perkara yang tidak diketahui. Adab-adab ini bayak ditegaskan dalam hadis serta ayat al-Quran, antaranya ialah:Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinyaHadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda

Sesiapa yang berkunjung ke Baitullah dan tidak bercakap dengan percakapan yang keji serta tidak berbuat fasik, maka dia akan kembali seperti ketika dia dilahirkan oleh ibunyaSurah Al-Ahzaab : ayat 32 Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baikSurah Al-Hujurat : ayat 2 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata padanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap yang lain, nanti (pahala) segala amalmu bisa terhapus sedangkan kamu tidak menyedariADAB ZIARAH MENZIARAHI RAKAN

1. Hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk,2. Tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu.3. Menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi.4. Memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.5. Sebagai tetamu, mestilah berniat baik di atas kunjungannya.6. Hendaklah menjaga aurat dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan terutama yang bukan Mahram.7. Jangan dibezakan antara orang kaya dan miskin ketika membuat jemputan.8. Hendaklah jangan ditolak sesuatu undangan hanya semata-mata berpuasa sunat, sebaliknya terimalah undangan dan hendaklah berbuka kerana untuk menimbulkan kegembiraan dipihak yang membuat undangan.9. Hendaklah menolak undangan di mana makanan yang dihidangkan itu terdapat syubhat dan terdapat aktiviti munkar atau orang yang mengundang itu bersifat fasik, zalim atau suka membesar diri.10. Semasa berkunjung hendaklah memilih waktu yang sesuai. Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu itu pihak tuan rumah ingin beristirahat atau membuat persiapan keperluan keluarga.11. Perlu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi.12. Selaku tetamu adalah sangat digalakkan agar berjabat tangan dengan tuan rumah sebagaimana dengan hadith Nabi S.A.W riwayat dari al Barra R.A yang bermaksud Tidak ada dua orang muslim yang bertemu,lalu saling berjabat tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah S.W.T sebelum berpisah. Walaubagaimanapun amalan berjabat tangan ini mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam.13. Sebagai tetamu juga tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah.14. Menjaga mata, jangan mencuri dengar atau mengintai tuan rumah, janganlah mengangkat suara semasa berada di dalam rumah dan jangan duduk lama ketika berziarah.15. Hormat tuan rumah.16. Elakkan dari terus ke meja hidangan. Sebaiknya, carilah Tuan Rumah terlebih dahulu atau kalau kebetulan tidak ada ketika itu (mungkin sibuk di dapur atau melayan tetamu lain).17. Bersalamlah dengan para tetamu yang berdekatan ketika itu.18. Sementara menunggu arahan Tuan Rumah, ambillah kesempatan untuk berbual-bual mesra dengan para tetamu yang ada.19. Kawak suara ketika berbual.20. Keseronokan berbual terutama bertemu rakan-rakan juga ada kalanya membuatkan kita tidak sedar bahawa kita mengeluarkan suara yang kuat. Kadang-kadang, ia juga boleh mengganggu orang lain. Lebih parah, andai perbualan tersebut berkisar kepada umpatan atau perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati Tuan Rumah atau orang lain.21. Keseronokan berbual-bual pasal perkembangan politik tanah air adakalanya agak sensitif bila terdapat orang-orang politik pihak lawan yang hadir ketika itu. Sebaiknya, sebagai tetamu, kita kenalah kawal suara kita dan berbuallah pada perkara-perkara yang dirasakan boleh dikongsi bersama tanpa menimbulkan sesetiviti.22. Jaga adab makan. Kesopanan amat penting ketika makan.23. Elakkan dari berebut-rebut. Jika perlu beratur, beraturlah mengikut giliran.24. Ambillah makanan ketika dipelawa Tuan Rumah.25. Mengambil makanan dengan kadar sederhana juga menunjukkan adab yang baik. Oleh itu, mengelak dari mengambil makanan berlebihan sehingga kelihatan berlonggok di pinggan satu cara yang amat baik.26. Kadang-kadang, tanpa disedari perbuatan atau tingkah laku kita sepanjang majlis berkenaan diperhatikan orang, apatah lagi jika kita mempunyai kedudukan tertentu dalam masyarakat.27. Mempunyai disiplin yang tinggi.28. Sebagai tetamu, sebaiknya elakkanlah dari memandang ke sana ke sini. Sekali sekala itu wajar juga. Cuma, pandanglah yang perlu sahaja seperti memandang wajah para tetamu baru yang datang dengan pandangan ikhlas bersama senyuman.29. Memandang tetamu yang lain berkali-kali sambil berbisik-bisik dengan rakan sebelah kita juga perlu dielakkan. Ia mungkin menimbulkan rasa tidak selesa pada orang yang berkenaan. Lebih teruk jika melibatkan umpatan kepada orang lain.30. Hadkan masa, kadang-kadang keseronokan bertemu kawan-kawan lama membuatkan kita tidak sedar bahawa kita telah berada di rumah Tuan Rumah agak lama. Kunjungan yang sepatutnya berlangsung dalam 20-30 minit akihrnya berlangsung sehingga 2-3 jam31. Kehadiran kita yang begitu lama dalam majlis itu menghalang orang lain dari mendapat tempat duduk.32. Tuan Rumah mungkin akan merasa tidak selesa apabila TERPAKSA berulang-ulang kali melayan kita dengan perbualan atau layanan yang sewajarnya diberikan kepada tetamu baru.33. Bilangan rombongan yang sederhana. Membawa ahli keluarga dan rakan-rakan ke satu majlis rumah terbuka memang seronok. Namun, kedatangan rombongan kita yang ramai mungkin akan menjadi satu kesulitan kepada Tuan Rumah apatah lagi kehadiran kita di majlis tersebut tidak diberitahu lebih awal kepada Tuan Rumah.PENUTUP6.0 Cadangan Akhlak merupakan suatu perkara yang perlu ada pada semua manusia, tambah-tambah lagi pada diri umat Islam itu sendiri. Akhlak akan melahirkan manusia yang cemerlang dalam semua aspek. Tidak kira dari aspek mana sekalipun, ianya amat sempurna jika dilakukan. Berdasarkan kepada rumusan yang dapat diambil dari perbincangan diatas, penulis ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh diikuti oleh mana-mana pihak bagi meningkatkan lagi jati diri remaja Islam. Antaranya ialah mereka perlu mengikuti kelas pengajian agama atau kem motivasi yang membina, Sebagai contoh kem motivasi, kem tersebut memerlukan komitmen yang tinggi daripada pihak bertanggunjawab bagi merealisasikan matlamat yang ingin dicapai dan program tersebut perlu dilakukan secara berkala atau berperingkat, ini bagi mengelakkan remaja mudah bosan dan tidak berminat. Mereka juga perlu diisi dengan program-program yang berbentuk organisasi kepimpinan seperti kem perkhemahan,kem kepimpinan dan PLKN,ini adalah untuk melahirkan remaja yang mempunyai komitmen dalam masyarakat luar. Penulis juga ingin menyarankan agar remaja Islam sentiasa mendekati dengan al-Quran dan Hadith serta membaca al-Quran dan terjemahannya sekali, memahami isi-isi al-Quran dan pengajaran yang terdapat dalam al-Quran itu akan meningkatkan lagi jati diri mereka dengan akhlak yang terpuji lagi dirahmati oleh Allah. Disarankan juga agar golongan remaja ini, sentiasamelakukan solat malam atau qiamullai bagi mengisi jiwa mereka yang kosong dengan kealpaan dunia mereka. Dengan bangun malam tersebut akan melahirkan remaja yang sentiasa peka dengan sesuatu masalah dan berikhtiar untuk menyelesaikannya.7.0 PenutupDasar pembentukan sebuah masyarakat yang bertamadun tidak ubah seperti membina sebuah bangunan yang kukuh. Dalam pembinaan bangunan yang kukuh asasnya perlu disiapkan dahulu. Begitu halnya dalam membentuk masyarakat. Ianya mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya terlebih dahulu. Apabila asas yang dibina itu kukuh, maka kukuhlah masyarakat itu. Sebaliknya apabila asasnya lemah, robohlah apa sahaja yang dibina di atasnya. Kembali kepada sirah pembentukan masyarakat Islam pada zaman Rasulullah S.A.W akhlaklah yang menjadi asas yang penting dalam membentuk masyarakatnya. Walaupun Rasulullah S.A.W tidak bersama umatnya ketika ini, sunnahnya masih lagi amat relevan untuk dipraktikan dan diamalkan oleh umatnya. Ini kerana sunnahnya itu adalah peraturan atau disiplin cara hidup yang paling sesuai dalam kehidupan umat manusia akhir-akhir ini. Jika sunnahnya itu diikuti oleh semua manusia, maka kebaikkan akan melangkaui keburukkan.Empat Asas Membentuk Remaja Berakhlak MuliaZAMAN remaja adalah masa peralihan yang menghubungkan antara alam kanak-kanak yang tidak matang ke alam dewasa yang lebih matang. Corak peralihan pelbagai akan membawa pelbagai pengaruh kepada individu yang mengalaminya. Setiap remaja sewajarnya diasuh untuk mempersiapkan dirinya sebagai khalifah Allah.Tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai dalam diri seorang remaja sejak awal lagi supaya mereka berjaya dan maju sebagai generasi cemerlang dan diberkati.Jika pembentukan remaja tidak berlaku dengan sempurna, maka pembangunan negara akan terjejas kerana golongan remajalah bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih, maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." - (Riwayat Bukhari).Ketika ini, masalah sosial di kalangan remaja amat membimbangkan. Boleh dikatakan keruntuhan akhlak remaja bagaikan seiring dengan pembangunan negara. Ini dapat dilihat melalui pembangunan yang hampir ke kemuncaknya, akhlak remaja juga kian jatuh dan bagaikan tidak dapat dibendung lagi. Antara masalah sosial yang sering dilakukan remaja pada hari ini ialah seks bebas, lari dari rumah, pembuangan bayi, penagihan atau pengedaran dadah, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram dan sebagainya.Sesungguhnya, masalah sosial remaja pada hari ini disebabkan beberapa faktor.Antaranya persekitaran berubah secara mendadak terutama pengaruh media cetak dan elektronik yang saban hari memaparkan mengenai eksploitasi terhadap wanita serta kebebasan remaja yang keterlaluan dan banyak mempengaruhi pemikiran anak-anak terutama yang baru meningkat remaja.Selain itu, faktor kurangnya didikan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa, perasaan mahu mencuba serta desakan atau pengaruh daripada rakan sebaya.Sebenarnya, masalah remaja adalah masalah kita bersama. Oleh itu gandingan yang mantap dan kerjasama erat antara ibu bapa, guru, rakan sebaya dan anggota masyarakat amat diperlukan dalam menangani masalah remaja.1. Peranan Ibu bapaFirman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka." - (Surah At-Tahrim ayat 6).Anak-anak adalah amanah Allah kepada kita. Didikan awal kepada anak-anak amat mustahak dalam kita merencanakan masa depan hidup mereka kerana mengabaikannya bererti akan merosakkan ahli masyarakat seluruhnya.Antara panduan keibubapaan yang digariskan Islam ialah: - Ibu bapa menjadi model yang salih dengan menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sebenar. Ibu bapa salih adalah model terbaik untuk memberi pendidikan agama kepada anak-anak. Didik dan biasakanlah anak-anak dengan tingkah laku dan kegiatan yang baik sejak anak kecil.- Mendisiplinkan anak dengan kasih sayang bukan kekerasan kerana ini akan menjadikan mereka berasa senang hati dan gembira untuk melakukan sesuatu perkara positif. Anak juga perlu dilatih membuat kebajikan dan pada masa yang sama menerima ganjaran atau pujian.- Memenuhi masa lapang bersama anak seperti sembahyang berjemaah, makan, membaca al-Quran dan bersukan. Hubungan akrab ibu bapa dan anak akan memudahkan anak taat perintah ibu bapa kerana sudah wujud perasaan saling hormat antara satu sama lain. - Ibu bapa perlu bijak membaca setiap pergerakan anak. Simbol atau isyarat tertentu boleh memberi gambaran tahap perkembangan anak. Kemahiran ini perlu dipelajari ibu bapa dari semasa ke semasa.- Kesabaran juga amat perlu dalam diri ibu bapa kerana tiap-tiap anak walaupun dalam satu keluarga, mempunyai personaliti yang unik dan berbeza antara satu sama lain.2. Peranan GuruDalam proses pendidikan, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas pendidikan dilakukan Rasulullah.Baginda bersabda yang bermaksud: "Salah satu cara terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan."Dalam hal ini, antara fungsi penting guru ialah:- Menjadi 'Qudwah Hasanah' atau contoh teladan baik. Setiap tingkah laku guru hendaklah dijaga kerana setiap inci pergerakan guru akan menjadi ikutan.- Memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga.- Mengamalkan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan sebagai 'role model' kepada pelajar.- Penampilan dan penerimaan guru terhadap konsep berilmu, beramal dan berakhlak yang sebenar-benarnya.- Bersedia bekerjasama dengan ibu bapa dalam usaha membentuk insan Rabbani.3. Peranan Rakan SebayaDari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain.Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja lain.Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur.Oleh itu adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa.4. Peranan Anggota MasyarakatDalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai." - (Surah Ali Imran, ayat 103).Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain." - (Riwayat at-Tabarani).Ayat ini menjelaskan bahawa kerjasama anggota masyarakat amat penting untuk menciptakan lingkungan yang baik bagi perkembangan dan pertumbuhan remaja yang sihat.Antara perkara yang boleh dilakukan masyarakat setempat ialah:- Mewujudkan sebuah organisasi belia remaja yang dapat menentukan peranan mereka dalam pelbagai bidang sebagai persediaan menentukan corak pembangunan negara pada masa akan datang.- Mengaktifkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk melatih belia remaja aktif dalam berpersatuan. Ia adalah jambatan yang menghubungkan mereka secara langsung dengan masyarakat, sekali gus menghindarkan mereka dari melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah. - Wujudkan kerjasama dan persefahaman yang erat antara ahli dalam sesuatu kariah melalui kegiatan gotong-royong dan seumpamanya supaya anggota masyarakat setempat dapat saling mengenali antara satu sama lain serta dapat mewujudkan perasaan mengasihi anak jiran seperti mana dia mengasihi anaknya sendiri.- Memartabatkan seluruh institusi keagamaan Islam (mahkamah atau perundangan, pendidikan masjid, zakat dan badan dakwah dan NGO lain) supaya peranan dan fungsi institusi berkaitan dapat direalisasikan dengan berkesan.- Menggesa sektor pekerjaan sama ada kerajaan, swasta atau korporat untuk menzahirkan budaya kerja dan budaya hidup sihat di kalangan pekerja mereka. Ia boleh dilakukan dengan mengambil kira faktor seperti penjadualan, kegiatan kekeluargaan, hari kelepasan dan lain-lain.Walaupun usaha pelbagai pihak diperlukan bagi membendung gejala sosial di kalangan remaja, sesuatu yang pasti ialah memohon pertolongan dan petunjuk daripada Allah.Ini kerana hidayah Allah juga faktor terpenting mempengaruhi pemulihan dan kemurnian akhlak seseorang.Nabi Nuh gagal memujuk isteri dan anaknya memeluk Islam. Begitu juga Rasulullah gagal memujuk bapa saudaranya, Abu Talib kembali ke pangkuan Islam.Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasih (supaya ia menerima Islam) tetapi Allah jua yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan dialah jua yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." - (Surah Al-Qasas, ayat 56).

http://harjin-bismillah.blogspot.com/2010/09/adab-dalam-islam.htmlhttp://sautulhanis.blogspot.com/2012/11/adab-atau-akhlak.htmlhttp://nur.karangkraf.com/etika-ziarah-menziarahi-1.323348