acf422 fasa3 watak perwatakan analisis penilaian js

4
Analisis Penilaian Fasa Tiga Fasa kedua ini merupakan pengajaran tema, pemikiran dan latar kepada teks drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, langkah ini mengandungi: 1. Perbincangan berkenaan watak yang terkandung dalam teks Jalan Sempit untuk mencerakin watak dan perwatakan, 2. Permainan kad Siapaitu? untuk menggalakkan pelajar untuk memberi hujah dan pendapat dengan contoh-contoh yang sesuai dan bernas sewaktu menghuraikan, 3. Pengisian lembaran kerja yang berbentuk penyusun grafik secara individu untuk menganalisa teks bagi watak dan perwatakan, 4. Pelajar memberikan respons di akhir pengajaran. Guru telah membahagikan kumpulan kepada campuran tingkatan kebolehan pelajar dengan sekurang-kurangnya satu pelajar HA dalam setiap kumpulan. Rasional disebalik langkah ini ialah untuk memupuk kerja berkumpulan yang rencam dari berbagai sudut dan tahap. Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan pada langkah ini berbentuk formatif yang dilakukan secara informal kerana melibatkan permainan kad Siapaitu? yang melibatkan perbincangan dan catatan lembaran kerja yang berbentuk penyusun grafik. Guru turut menyediakan aktiviti yang mencabar dan kreatif serta menguji minda mengikut tahap perkembangan pelajar dari segi pemahaman watak dan perwatakan dalam teks. Selain itu, guru turut mengaplikasikan kemahiran kesusasteraan yang telah diajarkan.

Upload: dramajalansempit

Post on 30-Jul-2015

229 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Acf422 fasa3 watak perwatakan analisis penilaian js

Analisis Penilaian Fasa Tiga

Fasa kedua ini merupakan pengajaran tema, pemikiran dan latar kepada teks drama

Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, langkah ini mengandungi:

1. Perbincangan berkenaan watak yang terkandung dalam teks Jalan Sempit untuk

mencerakin watak dan perwatakan,

2. Permainan kad Siapaitu? untuk menggalakkan pelajar untuk memberi hujah dan

pendapat dengan contoh-contoh yang sesuai dan bernas sewaktu

menghuraikan,

3. Pengisian lembaran kerja yang berbentuk penyusun grafik secara individu untuk

menganalisa teks bagi watak dan perwatakan,

4. Pelajar memberikan respons di akhir pengajaran.

Guru telah membahagikan kumpulan kepada campuran tingkatan kebolehan

pelajar dengan sekurang-kurangnya satu pelajar HA dalam setiap kumpulan. Rasional

disebalik langkah ini ialah untuk memupuk kerja berkumpulan yang rencam dari

berbagai sudut dan tahap.

Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan pada langkah ini berbentuk

formatif yang dilakukan secara informal kerana melibatkan permainan kad Siapaitu?

yang melibatkan perbincangan dan catatan lembaran kerja yang berbentuk penyusun

grafik. Guru turut menyediakan aktiviti yang mencabar dan kreatif serta menguji minda

mengikut tahap perkembangan pelajar dari segi pemahaman watak dan perwatakan

Page 2: Acf422 fasa3 watak perwatakan analisis penilaian js

dalam teks. Selain itu, guru turut mengaplikasikan kemahiran kesusasteraan yang telah

diajarkan.

Penilaian yang dilakukan ialah dalam bentuk lisan dan penulisan. Melalui

perbincangan sebelum memulakan permainan kad Siapaitu?, guru mengajak para

pelajar untuk memberi sumbangan mengenai watak yang terkandung dalam teks Jalan

Sempit. Penilaian ini dapat membolehkan guru menganggarkan pemahaman pelajar

mengenai aspek watak bagi teks yang telah dibaca sebelum meneruskan aktiviti.

Melalui perbincangan tersebut, guru mengukur kebolehan para pelajar selain

menggalakkan sumbangan dari mereka.

Melalui aktiviti permainan kad Siapaitu? yang dilakukan secara berkumpulan, ia

bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk memberi hujah dan pendapat dengan

contoh-contoh yang sesuai dan bernas. Selain memberi peluang kepada pelajar untuk

menghuraikan watak perwatakan dalam teks drama ‘Jalan Sempit’. Aktiviti

perbincangan secara berkumpulan juga memberi peluang kepada pelajar untuk

berkongsi pendapat mereka yang pelbagai. Ini selari dengan visi Arif Budiman iaitu

minda Beretika (the Respectful Mind). Penilaian yang dilakukan berdasarkan

perbincangan dan pemerhatian guru ketika permainan itu dijalankan. Guru akan

mengingatkan pelajar bahawa mereka dikehendaki untuk memberi penerangan yang

sesuai dan bernas. Selain memastikan bahawa semua pelajar turut serta dalam aktiviti

kumpulan mereka. Penilaian ini penting untuk memantau perkembangan dan

pemahaman pelajar sewaktu mereka menjalankan aktiviti kad permainan Siapaitu?

Page 3: Acf422 fasa3 watak perwatakan analisis penilaian js

Pengisian lembaran kerja yang berbentuk penyusun grafik secara individu

selepas permainan kad Siapaitu? bertujuan untuk mencatatkan watak dan perwatakan

yang harus disertakan dengan huraian dan bukti. Ini bertujuan untuk menilai kebolehan

dan pemahaman para pelajar menyaring bukti dari teks dan menyatakan huraiannya

berkenaan pemikiran.

Di akhir pengajaran, pelajar digalakkan memberikan respons merupakan

penilaian atau penaksiran guru terhadap pemahaman pelajar pada pengajaran tersebut.

Pada masa yang sama, pelajar dapat merumuskan dan memberi maklum balas

mengenai kad permainan Siapaitu? dan apa yang dipelajari dalam pengajaran pada

hari itu secara lisan.

Sepertimana yang difahamkan, penilaian formatif merupakan penilaian

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk

mengesan penguasaan dan kemajuan pelajar untuk memperbaiki kelemahannya

dengan serta merta. Objektif penilaian yang dilakukan ialah untuk menilai pemahaman

para pelajar mengenai aspek watak dan perwatakan dalam teks Jalan Sempit. Selain

itu, mereka harus membuat intepretasi dan menyatakan respons peribadi sewaktu

permainan kad Siapaitu?

Dalam kemahiran berfikir, pelajar diharapkan dapat meningkatkan keyakinan diri

dan mengekpresikan pendapat selain diterapkan dengan nilai tanggungjawab terhadap

pemikiran dalam diri mereka sewaktu permainan tersebut. Unsur kepelbagaian

kecerdasan yang terlibat ialah interpersonal terutamanya sewaktu perbincangan

kumpulan dan perkongsian baik menyampaikan hasil atau memberikan pendapat.

Page 4: Acf422 fasa3 watak perwatakan analisis penilaian js

Berdasarkan visi Arif Budiman, perbincangan secara berkumpulan memberi peluang

kepada pelajar untuk berkongsi pendapat mereka yang pelbagai selari dengan minda

Beretika (the Respectful Mind)