abul a'la al-maududi

23
KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) Sultan Ismail Petra International Islamic College KM12, Jalan Kuala Krai, Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan Darulnaim Tel : 609 – 712 9386 Faks : 609 – 7129444 Web Site : www.kias.edu.my [IPTS 07010-KP (JPS)5195/IPTS/1007] MADKHAL DAKWAH (KIAS 2630) Tokoh Gerakan Dakwah : Abul A’la Al-Maududi NAMA PELAJAR: TAJU RAHIM BIN ABDULLAH (SY 0699) 1

Upload: jummpm

Post on 18-Jun-2015

981 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Abul a'La Al-Maududi

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

Sultan Ismail Petra International Islamic College

KM12, Jalan Kuala Krai, Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan DarulnaimTel : 609 – 712 9386 Faks : 609 – 7129444 Web Site : www.kias.edu.my

[IPTS 07010-KP (JPS)5195/IPTS/1007]

MADKHAL DAKWAH(KIAS 2630)

Tokoh Gerakan Dakwah : Abul A’la Al-Maududi

NAMA PELAJAR:TAJU RAHIM BIN ABDULLAH

(SY 0699)

NAMA PENSYARAH :USTAZ ZULQARNAIN BIN HASSAN

DIPLOMA SYARIAHSEMESTER 6

SESI 2009/2010

1

Page 2: Abul a'La Al-Maududi

Gambar Sayyid Abul A'la al-Maududi

2

Page 3: Abul a'La Al-Maududi

Sayyid Abul A'la al-Maududi

Biodata

Sayyid Abul A'la al-Maududi ( المودودی االعلى ابو ;سيد merujuk kepada Maulana

Maududi). Beliau dilahirkan di Aurangbad ( Hyderabad ) India pada 25

September 1903M1 bersamaan 3 Rejab 1321 Hijrah. Salasilah keluarganya

berhubung dengan Rasulullah s.a.w. melalui Saidina Ali r.a. dan Saidina Hussein r.a.

Beliau merupakan seorang sayyid, yang berketurunan Muhamad. Beliau seorang

pemimpin spiritual bertaraf wali / Sufi. Bapa Maulana Maududi ialah Ahmad Hasan yang

lahir pada 1855 adalah seorang peguam. Maulana Maududi anak bungsu dari 3 beradik

lelaki.2

Beliau merupakan salah seorang ulama abad ke-20 dan pengasas Jamaah-al-

Islami (Parti Islam) . Maulana Maududi merupakan seorang ahli falsafah, sasterawan,

dan aktivis yang aktif dalam pergerakan dan perjuangan Islam di seluruh dunia. .

Maulana Maududi mendapat ilham daripada perjuangan Sayyid Qutb di Mesir iaitu

Jamaah al-Ikhwan al-Muslimun . Sebagaimana Sayyid Qutb,Maududi merupakan tokoh

pembangunan dan perjuangan Islam seluruh dunia.

Beliau di programkan oleh bapanya untuk menjadi manusia yang berjasa kepada

agama. Bapa al-Maududi adalah seorang peguam dan seorang yang menitik-beratkan

pendidikan agama dan bahasa Arab. Kegeniusannya telah terserlah semenjak zaman

1 Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini m/surat 2

2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Abul_Ala_Maududi

3

Page 4: Abul a'La Al-Maududi

kanak-kanak lagi dan ini antara faktor bapanya mengasuhnya di rumah dalam lingkungan

yang lebih selamat3.

Oleh itu, sehingga berusia sembilan tahun, al-Maududi mempelajari ilmu agama

di rumahnya oleh seorang guru yang diupah keluarganya. Kanak-kanak genius ini

ternyata mempunyai kekuatan akal serta bakat yang luar biasa. Gurunya sangat

menyedari potensi yang ada pada Maududi. Tidak hairanlah ketika berusia 13 tahun, al-

Maududi sudah menterjemahkan buku ‘al-Islam wal Islah’ karya Syeikh Abdul Aziz

Jawisy ke bahasa Urdu.

Pada usia 11 tahun, al-Maududi dimasukkan ke sekolah umum di Aurangabad. Di

sekolah ini, al-Maududi mempelajari ilmu-ilmu moden seperti sains, matematik dan lain-

lain. Beliau juga seorang pelajar yang genius serta aktif dalam penulisan dan pidato.

Ketika beliau berusia 16 tahun, bapanya, Syed Ahmad Hassan meninggal dunia.

Kehilangan bapa yang dikasihi telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan

beliau. Beliau hilang tempat bergantung dan seorang bapa yang sentiasa menyalakan api

dan obor semangat untuk terus mendalami ilmu.

Bagi menyara hidupnya, al-Maududi bekerja sebagai wartawan dan editor.

Tugasan ini tidak menghalangnya dari terus meningkatkan ilmu beliau. Pada tahun 1920,

al-Maududi bekerja di akhbar harian India, Taj dan kemudiannya berpindah ke Delhi dan

menjadi siding redaksi bagi akhbar al-Jamiat.

Beliau kemudiannya menerbitkan buku al-Jihad fi al-Islam pada tahun 1928.

sehingga tahun 1932, al-Maududi menerbitkan majalah bulanan Tarjuman al-Quran

kemudian bergabung dengan Mohamad Iqbal bagi mendirikan Akedemi Dar as-Salam.

3 Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden

4

Page 5: Abul a'La Al-Maududi

Pada tahun 1926 Maulana al-Maududi telah mula mendapat perhatian masyarakat

menerusi tulisan beliau bertajuk al-Jihad fi al-Islam yang dengan terperinci

membandingkan konsep Islam tentang Jihad dengan undang-undang moden antara

bangsa mengenai peperangan. Dengan begitu teliti beliau membezakan jihad daripada

konsep peperangan tradisional dan moden.

Pada tahun 1932, Maulana Maududi menyusun sebuah buku yang begitu terkenal

“Toward Understanding Islam” yang bertujuan mempngaruhi pemikiran orang muda

berpendidikan moden supaya mempunyai keyakinan yang murni. Buku ini telah

diterjemahkan ke dalam lebih 12 bahasa yang terus menerus diulang cetak. Ribuan

naskhahnya terjual diseluruh dunia. Buku ini juga merupakan buku wajib di sekolah-

sekolah di beberapa buah Negara Islam. Pada tahun yang sama Maulana Maududi mula

menerbitkan majalah bulanan yang sering dikaitkan namanya, Tarjuman al-Quran yang

selama beberapa dekat menghuraikan kemurniaan Islam kepada masyarakat pembaca

yang berbahasa urdu.

Hampir tujuh tahun memimpin Akedemi Dar as-Salam, beliau berhijrah ke

Lahore pada tahun 1938 selepas kematian Muhammad Iqbal. Di Lahore, al-Maududi

bekerja sebagai dekan Fakulti Falsafah di Kolej Lahore.

Namun, beliau kemudiannya berpindah semula ke akedeminya kerana tidak setuju

dengan beberapa dasar kolej tersebut. Beliau kemudiannya mengaktifkan diri dalam

penerbitan buku dan mengasaskan gerakan Jamiat Islami sebagai usaha dakwahnya

menentang pengaruh thoghut.

Al-Maududi berkahwin dengan Sayyidah Mahmudah iaitu anak seorang tokoh

ulama India pada tahun 1938. selama 30 tahun memimpin Jamiat Islam, beliau telah

memberikan impak kepada dunia Islam dalam mencontohi gerakan bercorak politik ini.

Al-Maududi meninggal dunia pada 22 September 1979 ketika berusia 76 tahun.

5

Page 6: Abul a'La Al-Maududi

Falsafah Abul A’la al-Maududi4

Maulana Maududi menerima konsep yang dibawa oleh Shah Waliullah bahawa

Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, dan merupakan agama tamadun

yang universal. Ini adalah asas perbezaan antara Islam dengan Jahiliah.

Beliau menyatakan umat Islam hendaklah berjihad sebagai satu strategi

pembangunan umat.

Maulana Maududi mahu konsep perpaduan ummah dan Islam satu cara hidup

difahami benar-benar.Al Quran dan Sunnah hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan

100 %.

Baginya , dalam sejarah Islam, tidak semua perjuangan dimenangi oleh Islam.

Tetapi jika umat Islam mengamalkan Islam, kemenangan adalah pasti .

Penglibatan Dalam Gerakan Ialam5

Kejatuhan sistem khalifah Islm di Turki pada tahun 1924 merupakan agenda berat bagi

menularkan gerakan nasionalisme menggantikan gerakan berbentuk agama. Di India,

sejak abad ke 17, Islam menjadi agama yang kukuh dalam sejarahnya. Tegaknya kerajaan

Islam Moghul dengan kepimpinan yang hebat seperti Muhyudin Aurengzeb, Syah

Waliyullah dan sebagainya. Utara India pula, sejak zaman berzaman menjadi pusat

pengajian Islam yang terkenal dengan ilmu-ilmu hadith.

Negara seperti Mesir, Turki, Algeria termasuk Indonesia dan Tanah Melayu mula

melancarkan strategi revolusi berbentuk dalaman yang digerakkan sendiri oleh rakyat

tempatan. Al-Maududi sebagai ahli pemikir dan wartawan dapat merasakan perjuangan

4 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Abul_Ala_Maududi

5 Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden

6

Page 7: Abul a'La Al-Maududi

ahli-ahli revolusi terutama di Turki, pemimpin Mustafa at-Tartuk yang tidak berpaksikan

agama sebaliknya menumpukan kepada semangat kebangsaan-nasionalisme semata-mata.

Beliau merasakan ini adalah serangan pemikiran yang akan menghancurkan luluh

akidah umat Islam, apatah lagi di awal kebangkitan Mustafa Kamal, ramai intelektual

Islam yang terpengaruh dengan liberalisasi yang dibawa oleh beliau.

Sejarah Jamiat Islam Yang Ditubuhkan Oleh al-Maududi6

Di India, Parti Kongres mahu menamatkan kuasa British dan menaikkan kepentingan

Hindu. Oleh itu, manifesto Parti Kongres amat membahayakan masa depan politik Islam

di Negara India. Al-Maududi kemudiannya menubuhkan Jamaat Islami (JI) pada 26 Ogos

1941 di Lahore. Hari ini Jamiat Islami merupakan gerakan Islam paling tersusun di rantau

Sub Continent, seperti di Pakistan, India, Bangladesh, Sri Langka, Afghanistan serta turut

mempunyai rangkaian di Eropah. Jamiat juga telah menubuhkan rangkaian NGO Islam

yang bergerak di atas pelbagai nama dan pelbagai bidang, menguasai kawasan kelas

menengah, berpendidikan serta kawasan Bandar-bandar.

Jamiat Islam bukanlah merupakan parti politik atau pertubuhan agama dalam erti

kata lain, atau badan kebajikan tetapi ia adalah satu gerakan ‘aqidah atau Harakah

Islamiyyah yang bermatlamatkan Iqamat al-Din dan mencari keredhaan Allah di akhirat

kelak. Penegakan agama yang dimaksudkan ialah Islam secara keseluruhannya sama ada

dari segi ibadah membawa kepada ekonomi, sosial, politik dan lain-lain. Oleh itu,

mukmin hendaklah mencurahkan segala potensi dan segala kemampuan yang ada pada

mereka untuk menegakkan Islam keseluruhannya. Persoalan peribadi muslim hendaklah

diselesaikan secara Jamiat. Tanpa wujudnya individu-individu yang mahu berkhidmat

6 Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden 135- 139

7

Page 8: Abul a'La Al-Maududi

dan menyumbangkan segala potensi dan kemampuan yang ada pada diri masing-masing,

hasrat untuk mencapai cita-cita Islam adalah mustahil. (M.Kamil Majid : 1990)

Maududi telah meletakkan tiga teras dasar di dalam harakahnya :

1. Pendukung hendaklah terdiri daripada mereka yang kuat imannya, jelas

pendiriannya serta jelas sirahnya. Kualiti hendaklah lebih penting daripada

kuantitinya.

2. Peraturan harakah hendaklah kukuh dan kuat. Ia hendaklah dielakkan darioada

sebarang bentuk kecuaian dan kealpaan. Anggota mestilah beriltizam dan

menjuhkan dosa-dosa, menghalal yang halal dan mengharamkan yang haram.

Inilah syarat minimum bagi seseorang muslim. Tanpa iltizam tidak ada tempat

mereka di dalam harakah.

3. Harakah mestilah mengandungi dua unsur di dalam satu masa iaitu mereka yang

berpendidikan agama dan moden. Mereka hendaklah bekerja dan bersatu dalam

menggerakkan harakah menuju Islam yang menyeluruh. Kedua-dua golongan ini

mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing yang amat berguna.

Secara berasingan mereka tidak akan dapat mencapai cita-cita Islam. Mereka

mestilah menyatukan tenaga, ilmu dan pendidikan mereka untuk bergerak pada

masa moden. Jamiat Islam menumpukan kepada program dakwah bagi

membentuk kefahaman masyarakat untuk kembali kepada empat bahagian :

a. Melakukan pembersihan dan penyucian akal daripada bibit-bibit asing

serta pengaruh-pengaruh luar dan kemudiannya menanam pengajaran

Islam supaya dapat dinilai secara kritis terhadap keilmuan, kesenian,

sistem budaya dan tamadun barat dan seterusnya memberi alternative

Islam terhadapnya. Ertinya, melakukan sesuatu revolusi mental dan

pemikiran untuk kebangkitan dan era baru Islam.

b. Mereka yang baik dikumpulkan di bawah satu Tarbiyyah Islam yang

hakiki dan sebenarnya. Mereka ini yang terdiri daripada berbagai-bagai

8

Page 9: Abul a'La Al-Maududi

sektor yang diperlukan, baik dari kalangan intelek, kaum miskin atau

kaya, lelaki atau perempuan. Mereka juga diberi pentarbiyyahan dalam

pemikiran dan akhlak supaya pemikiran mereka bertambah jelas dan hati

mereka juga menjadi semakin bertenaga.

c. Melakukan perubahn di dalam masyarakat.

d. Memperbaiki sistem pemerintahan yang sedia ada. (M.Kamil : 1990)

Al-Maududi melalui gerakan Jamiat Islam dan karya-karyanya, telah

membangkitkan semangat Islam di kalangan masyarakat termasuk golongan elit dan

akedemik di India. Pada tahun 1947, terjadinya pemisahan Negara Pakistan daripada

India.

Beliau kemudiannya telah menggasaskan sistem pemerintahan Islam bagi

membina Negara Pakistan. Akibatnya, beliau ditangkap dan dipenjarakan pada tahun

1948 sehingga Mei 1950.

Pada tahun 1953, beliau telah dijatuhkan hukuman mati akibat tuduhan

menyebarkan risalah haram yang kemudiannya ditukar menjalani hukuman penjara

seumur hidup. Sehingga tahun 1955, al-Maududi dibebaskan oleh Mahkamah Agung

Pakistan.

Namun, ketika Pakistan berada di bawah regim Ayub Khan, gerakan JI telah

diharamkan pertubuhannya dan untuk kali ketiga, al-Maududi dipenjarakan semula pada

Januari 1964 dan dibebaskan pada 9 Oktober 1964. dalam rakaman sejarah musuh-musuh

Maududi dengan segala kemampuan yang ada melakukan sabotaj terhadap Jamiat seperti

yng berlaku di Muktamar tahunan Jami’at Islami yang diadakan pada 25 hingga 28

oktober 1963. Meskipun terdapat banyak rintangan yang dihadapi dari semua

penentangnya yang cuba membatalkan permit perjalanannya dan menolak permintaan

untuk mengguna pembesar suara, Muktamar itu akhirnya diadakan juga dan dihadiri oleh

9

Page 10: Abul a'La Al-Maududi

lebih dari 10,000 orang. Meskipun di bawah perlindungan polis, para pengacau cuba

untuk membakar tempat Muktamar dan ingin membunuh Maududi. Tetapi di sebabkan

keberanian dan ketenangan para petugas Jamiat, muktamar itu dapat dijalankan dengan

jayanya.

Kejayaan mengadakan Muktamar semakin menyempitkan dada musuh politik

Jamiat Islami dan musuh Maududi. Musuh-musuh politiknya yang kemudiannya segera

melakukan propaganda menentang dengan suatu tindakan melalui akhbar yang mencapai

puncaknya padanya 6 Januari 1964 sehingga beliau dan semua pemimpin terkemuka dari

Jami’at Islam ditangkap dan dipenjarakan tanpa pembicaraan. Jamiat Islam akhirnya

menjadi sebuah pertubuhan haram di mana kewujudannya sudah tidak sah lagi menurut

undang-undang. Semua pejabat, perpustakaan dan tempat pertemuan kepunyaan Jami’at

diawasi pihak polis. Bagaimanapun kes ini dibawa juga ke mahkamah untuk diadili

dengan jujur sehingga pengharaman terhadap pertubuhan Jami’at dan hukuman mati di

atas di atas pemimpinnya ditarik balik. Hanya selepas 15 hari selepas keluar dari penjara

iaitu pada 25 oktober 1964, ketika pemilihan presiden diadakan, Maulana Maududi

menyampaikan ucapannya kepada umum selama dua jam di Lahore. Maududi

menyampaikan sebab-sebab bantahan yang begitu jitu yang mengkritik dasar politik

rejim kerajaan juga cabaran politiknya untuk menentang badan tunggal pihak berkuasa:

Kritikan Terhadap Abul A’la al-Maududi7

7 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Abul_Ala_Maududi

10

Page 11: Abul a'La Al-Maududi

Maududi merupakan tokoh kontroversi. Golongan sekular dan Islam massa

mengkritik beliau. Ramai ulama yang terlibat dalam penubuhan Jamaat

menentang balik dasar dan gaya kepimpinan beliau. Antaranya ialah aliran

Barelwi dan Deobandi.

Aliran Barelvi yang dipimpin oleh Shaikh al-Islam Sayyid Muhammad Madani

Ashrafi mendakwa Maududi tidak memahami terminologi tradisional Islam.

Aliran Deoband yang dipimpin oleh Shaikh Muhammad Zakariyya Kandhalwi

yang menghasilkan Jamaah Tabligh.Buku tulisan Kandhalwi ialah "Fitna-e

Mawdudiyyat" mengkritik dan bertentangan dengan falsafah Maududi.

Golongan muslim sekular membidas teori politik Maududi yang berakar daripada

Sayyid Qutb di Mesir. Ia menyerupai Stalin atau Mussolini berbanding dengan

Quran dan Hadis . Negara Islam Madinah yang majoritinya Islam pada abad ke-7

adalah amat berlainan sama sekali dengan realiti hari ini.

Maulana Abul Ala Maudoodi selaku Amir (Ketua) Jamaati Islami , adalah hasil

pendidikan teologinya pada tahun 1927. Itu adalah berdasarkan pendidikan dan

stail Urdu . Kritikan Maududi terhadap ulama sekolah Deoband dan Lucknow —

memaparkan kelemahan ketara beliau dalam disiplin teologi . Beliau mengkritik

Jamiyat Ulamai Hind berkaitan dengan teori Nasionalime , telah meletakkan

umat Islam dalam bahaya .Ini akan menyebabkan umat Islam bermusuhan

dengan Hinduisme dan Muhammad Ali Jinnah seorang Muslim nasionalis .

Pengaruh Pemikirannya Menular Ke Beberapa Dunia Islam8

8 Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden m/s 139-140

11

Page 12: Abul a'La Al-Maududi

Al-Maududi merupakan tokoh pemikir Islam abad ke 20 yang lahir dari kebuncahan

Dunia Islam untuk beradaptasi dengan kebangkitan barat di seluruh dunia. Proses

kehidupan beliau yang sejak kecil bergelumang ilmu terutama ilmu agama serta

kematangannya menghasilkan kritikan dan wacana ilmiah sejak muda telah membina

imejnya sebagai reformis Islam.

Kesan pengaruh beliau bukan sahaja berlegar di tanah kelahirannya iaitu India

dan Pakistan, tetapi juga dipraktiskan oleh cawangannya di seluruh dunia seperti Jamiat

Islami di Bangladesh, Sri Langka, Afghanistan, India dan Singapura.

Di Malaysia, al-Maududi menjadi inspirasi kepada peserta-peserta kebangkitan

Islam yang mengimpikan tertegaknya sistem dan cara hidup Islam di negara ini. Buku-

buku pemikiran dan dakwah yang ditulis oleh beliau telah menembusi perpustakaan dan

berlegar dalam masyarakat.

Oleh kerana beliau adalah pengasas gerakan Jamiat Islami, namanya sentiasa

meniti di bibir para ahli Jamiat Islami dan pelopor-pelopor gerakan Islam yang muncul

selepasnya. Tambahan, al-Maududi bukan sekadar menggasaskan ideanya melalui lisan

bahkan beliau memiliki koleksi penulisan yang membincangkan keseluruhan aspek

agama yang terus ditekuni generasi sepanjang zaman.

Antara Hasil Karya-karya Abul A’la Al-Maududi9

9 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Abul_Ala_Maududi

12

Page 13: Abul a'La Al-Maududi

Makna Al-Quran (Bahasa Arab: Tafhim al-Quran)

Asaa-asas Islam

Islam Way of Life

Khutabat: Fundamentals of Islam

Khalifah dan Raja (Bahasa Arab: Khulafa wa Mulukiyyat)

Hak Asasi Manusia dalam Islam

Al-Hijab

Sistem Ekonomi Islam

Hak Asasi Manusia dalam Islam

Hak Non Muslim di Negara Islam

Menuju Memahami Islam

Menjelang Memahami Al-Quran

NASIHAT PENTING10 DARIPADA ABUL A’LA AL-MAUDUDI

10 Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini

13

Page 14: Abul a'La Al-Maududi

Saudara-saudara yang mulia !

Di akhir ceramah ini, ingin saya sampaikan nasihat kepada saudara-

saudara, iaitu janganlah saudara-saudara menjalankan kerja secara

gerakan persatuan sulit (tanpa ada penyebaran umum dakwah) dan

janganlah saudara-saudara menggunakan cara kekerasan senjata

untuk mengubah suasana yang berlaku. Uslub ini termasuk dalam

ertikata gopoh gapah yang tidak akan meninggalkan kesan yang baik.

Janganlah anda cuba-cuba untuk mencari jalan pendek, kerana

uslub ini adalah lebih buruk akibatnya dan mendatangkan

kemudaratan yang lebih besar daripada jalan yang lain. Sesungguhnya

perubahan yang betul dan sihat yang telah dicapai di zaman dahulu,

dan akan tercapai juga di zaman mendatang, ialah dengan kerja

dakwah yang terus terang seterang matahari diwaktu tengah hari.

Oleh itu, anda mesti menyebar dakwah anda dengan cara terus

terang. Anda mesti bangun bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran

manusia dengan kegiatan yang seluas mungkin.

Anda mesti menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada

tujuan anda yang mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang

menarik, nilai yang luhur, budi pekerti yang baik, nasihat yang bagus

dan kebijaksanaan yang tinggi. Dan anda mesti menghadapi rintangan

yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan seorang

pahlawan. Inilah jalan yang membolehkan kita melakukan perubahan

secara radikal, yang kukuh asasnya, kuat umbinya dan besar pula

faedahnya kepada umat yang lemah di hari ini. Riak gelombang

semacam ini tidak dapat disekat oleh mana-mana kekuatan musuh.

14

Page 15: Abul a'La Al-Maududi

Saya berani bertegas bahawa umat Islam yang kemudian ini

tidak menjadi baik melainkan dengan mengamalkan ajaran yang telah

diamalkan oleh umat Islam yang terdahulu. Adapun jika anda

bergopoh gapah melakukan perubahan dengan menggunakan cara

kekerasan, kemudian anda berjaya sedikit sebanyak dalam perubahan

itu, maka kejayaan itu tak ubah seperti angin yang masuk melalui

pintu dan keluar melalui jendela.

Nasihat ini saya sampaikan kepada setiap orang yang bekerja

menyebar dakwah Islamiyyah, kerana ia adalah peringatan bagi orang

yang mempunyai hati atau menggunakan pendengarannya sedang ia

menyaksi.

Saya memohon kepada Allah supaya ia memperbetulkan

kesalahan kita, mengilhamkan hidayah, taufik dan menolong kita

dalam usaha meninggikan kalimahnya pada jalan yang Ia redai.

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong. Wasalamu ‘alaikum

warah matulllahiwabarakat

15

Page 16: Abul a'La Al-Maududi

Rujukan

1. Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden

- Zainudin Hashim & Riduan Mohamad Nor

2. Tanggungjawab pemuda Islam Hari Ini

-Abul A’la Al-Maududi

3. www.dakwah.info

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Abul_Ala_Maududi

16