abstrak_jawapanthesis

2
ABSTRAK Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam menjanakan idea dalam penulisan Bahasa Cina di kalangan murid Tahun 5 di salah sebuah sekolah rendah yang terletak di Bahagian Sibu, Sarawak. Untuk kajian ini, teknik pengajaran yang akan dicadangkan adalah pengajaran berasaskan gambar rajah bersiri dan kajian ini akan dijalankan ke atas 34 orang murid yang sedang belajar dalam Tahun 5. Murid-murid ini terdiri daripada 23 orang yang berbangsa Cina dan 11 orang murid berbangsa Iban. Semua murid dalam kelas ini mempunyai taraf sosio-ekonomi yang berbeza. Kaedah kajian ini adalah berbentuk eksperimen, iaitu kajian banding kumpulan. Kaedah yang digunakan adalah melalui kaedah kuantitatif iaitu data diperoleh melalui Ujian Pra, Ujian Pos dan borang soal selidik. Ujian Pra dikendalikan bagi mendapatkan gambaran awal murid tentang tahap penguasaan kemahiran menjana idea dalam Penulisan Esei Bahasa Cina. Kemudian, Ujian Pos diberi kepada murid-murid untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan gambar rajah bersiri dalam pengajaran penjanaan idea yang digunakan dalam penulisan Bahasa Cina. Selepas itu, borang soal selidik diberi kepada murid- murid bagi mengetahui maklum balas murid terhadap kesan teknik pengajaran berasaskan gambar rajah bersiri dalam memperbaiki keupayaan mereka untuk menjana idea dalam penulisan Esei Bahasa Cina. Seperti yang diperhatikan dalam kelas, murid- murid menghadapi masalah menjana idea yang bernas dalam penulisan Esei Bahasa Cina. Untuk mengatasi masalah ini, teknik pengajaran berasaskan gambar rajah bersiri akan dicadangkan. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti keberkesanan teknik

Upload: leslieting

Post on 21-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABSTRAK_JawapanThesis

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam

menjanakan idea dalam penulisan Bahasa Cina di kalangan murid Tahun 5 di salah

sebuah sekolah rendah yang terletak di Bahagian Sibu, Sarawak. Untuk kajian ini, teknik

pengajaran yang akan dicadangkan adalah pengajaran berasaskan gambar rajah bersiri

dan kajian ini akan dijalankan ke atas 34 orang murid yang sedang belajar dalam Tahun

5. Murid-murid ini terdiri daripada 23 orang yang berbangsa Cina dan 11 orang murid

berbangsa Iban. Semua murid dalam kelas ini mempunyai taraf sosio-ekonomi yang

berbeza. Kaedah kajian ini adalah berbentuk eksperimen, iaitu kajian banding kumpulan.

Kaedah yang digunakan adalah melalui kaedah kuantitatif iaitu data diperoleh melalui

Ujian Pra, Ujian Pos dan borang soal selidik. Ujian Pra dikendalikan bagi mendapatkan

gambaran awal murid tentang tahap penguasaan kemahiran menjana idea dalam

Penulisan Esei Bahasa Cina. Kemudian, Ujian Pos diberi kepada murid-murid untuk

mengenal pasti keberkesanan penggunaan gambar rajah bersiri dalam pengajaran

penjanaan idea yang digunakan dalam penulisan Bahasa Cina. Selepas itu, borang soal

selidik diberi kepada murid-murid bagi mengetahui maklum balas murid terhadap kesan

teknik pengajaran berasaskan gambar rajah bersiri dalam memperbaiki keupayaan

mereka untuk menjana idea dalam penulisan Esei Bahasa Cina. Seperti yang

diperhatikan dalam kelas, murid- murid menghadapi masalah menjana idea yang bernas

dalam penulisan Esei Bahasa Cina. Untuk mengatasi masalah ini, teknik pengajaran

berasaskan gambar rajah bersiri akan dicadangkan. Sehubungan dengan itu, objektif

utama kajian ini adalah mengenalpasti keberkesanan teknik pengajaran berasaskan

gambar rajah bersiri untuk memperbaiki keupayaan murid menjana idea dalam

penulisan Esei Bahasa Cina.