abstrak.docx

2
ABSTRAK Kajian ini dirangka dan dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis tahap penguasaan murid bagi membina ayat berkohesi leksikal reiterasi repetisi penuh secara gramatis berpandukan gambar ransangan. Saya mengesan masalah ini semasa menjalankan sesi praktikum di Sekolah Kebangsaan Ringlet Cameron Highland. Terdapat enam daripada dua puluh dua orang murid dari kelas tahun Lima Ceria telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat kekaburan dalam membina ayat kohesi secara gramatis kerana murid tidak mempunyai teknik dan kemahiran yang betul. Mereka membina ayat tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang betul serta tidak gramatis. Kajian ini diwujudkan bagi membantu murid menyelesaikan masalah asas membina ayat yang mempunyai kohesi supaya dapat membantu murid meningkatkan kemahiran dalam membina ayat berkohesi dalam wacana atau penulisan karangan. Kajian ini dijalankan dengan memfokuskan objektif kajian iaitu untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam membina ayat kohesi leksikal reiterasi repetisi penuh secara gramatis berpandukan gambar menggunakan Kaedah ‘Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib’. Data dikumpulkan melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, ujian pra, latihan pengukuhan, ujian pasca, senarai semak dan soal selidik. Pendekatan kuantitatif digunakan supaya data yang dianalisis dapat menunjukkan peningkatan penguasaan murid melalui ujian yang telah dijalankan. Melalui hasil analisis yang telah dibuat pencapaian murid meningkat setelah menggunakan Kaedah ‘Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib’. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini perlu ditekankan agar murid lebih mahir untuk membina ayat yang mempunyai kohesi leksikal reiterasi repetisi penuh secara gramatis khususnya dalam penulisan formal terutama aspek bahasa seperti yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kata kunci : Kohesi, Membina ayat berkohesi leksikal reiterasi repetisi penuh secara gramatis, Kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib.

Upload: khirul-amir

Post on 13-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABSTRAK.docx

ABSTRAK

Kajian ini dirangka dan dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis tahap penguasaan murid bagi membina ayat berkohesi leksikal reiterasi repetisi penuh secara gramatis berpandukan gambar ransangan. Saya mengesan masalah ini semasa menjalankan sesi praktikum di Sekolah Kebangsaan Ringlet Cameron Highland. Terdapat enam daripada dua puluh dua orang murid dari kelas tahun Lima Ceria telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat kekaburan dalam membina ayat kohesi secara gramatis kerana murid tidak mempunyai teknik dan kemahiran yang betul. Mereka membina ayat tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang betul serta tidak gramatis. Kajian ini diwujudkan bagi membantu murid menyelesaikan masalah asas membina ayat yang mempunyai kohesi supaya dapat membantu murid meningkatkan kemahiran dalam membina ayat berkohesi dalam wacana atau penulisan karangan. Kajian ini dijalankan dengan memfokuskan objektif kajian iaitu untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam membina ayat kohesi leksikal reiterasi repetisi penuh secara gramatis berpandukan gambar menggunakan Kaedah ‘Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib’. Data dikumpulkan melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, ujian pra, latihan pengukuhan, ujian pasca, senarai semak dan soal selidik. Pendekatan kuantitatif digunakan supaya data yang dianalisis dapat menunjukkan peningkatan penguasaan murid melalui ujian yang telah dijalankan. Melalui hasil analisis yang telah dibuat pencapaian murid meningkat setelah menggunakan Kaedah ‘Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib’. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini perlu ditekankan agar murid lebih mahir untuk membina ayat yang mempunyai kohesi leksikal reiterasi repetisi penuh secara gramatis khususnya dalam penulisan formal terutama aspek bahasa seperti yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Kata kunci : Kohesi, Membina ayat berkohesi leksikal reiterasi repetisi penuh secara gramatis, Kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib.