abstrak [email protected] 3 infrastruktur sistem pintu menggunakan kod qr berikut menunjukkan...

10
PTA-FTSM-2018-179 SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF NORLEYZA JAILANI Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pertumbuhan pesat perkhidmatan sewa kediaman Airbnb menyebabkan ramai bakal usahawan terpanggil untuk mengambil bahagian dalam perniagaan yang dikenali sebagai ekonomi perkongsian. Namun terdapat risiko kemungkinan seseorang mengambil kesempatan terhadap layanan yang ditawarkan oleh tuan rumah Airbnb. Salah satu kriteria sistem keselamatan penyewaan Airbnb adalah sistem masuk tanpa kunci. Peranti masuk tanpa kunci menghapuskan proses penyerahan dan pemulangan kunci secara fizikal dan memberi kebebasan untuk membuka penyewaan Airbnb melalui telefon bimbit. Jenis peranti ini jauh lebih murah berbanding sistem lengkap automasi rumah. Kajian ini membangun reka bentuk dan sistem masuk tanpa kunci berasas kod QR mengguna teknologi Internet Benda atau Internet of Things (IoT). Sistem kawalan sekuriti pintu menggunakan Kod QR adalah suatu projek berasaskan konsep IoT. Melalui sistem tidak perlu lagi mengunci pintu meggunakan kunci tetapi hanya dengan mengisi kata laluan di telefon dan mengimbas Kod QR ,pintu akan buka/tutup berdasarkan isyarat dari pengkodan yang dibina. Perkakasan dan perisian utama bagi projek ini ialah Raspberry Pi, kamera dan sensor. Sistem pintu dapat menyelesai masalah kehilangan kunci akibat sifat lalai manusia dan kes pecah dapat dikurangkan. Penjanaan automatic Kod QR baharu setiap kali masuk mampu mengelak pengguna tanpa izin walaupun kod QR dicuri atau dicapai penggodam. 1 PENGENALAN Perkembangan teknologi semakin meningkat dengan mendadak. Saban hari pasti ada teknologi terkini yang diketengahkan oleh pakar teknologi. Perkembangan teknologi tersebut sebenarnya telah memberi sumbangan yang besar kerana kualiti hidup manusia semakin baik. Rangkaian Internet Benda (IoT) adalah medium komunikasi terkini yang menggunakan mikropengawal, penghantar-terima dan protokol yang sesuai yang membolehkan manusia berkomukasi tanpa wayar (Rouse 2016). Pada hari ini IoT merupakan rangkaian luas bagi rangkaian pintar yang Copyright@FTSM

Upload: others

Post on 11-Feb-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PTA-FTSM-2018-179

    SISTEM KAWALAN SEKURITI PINTU MENGGUNAKAN KOD QR

    MOHD AKMAL HAFIZUDDIN BIN ABDUL LATIFF

    NORLEYZA JAILANI

    Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

    ABSTRAK

    Pertumbuhan pesat perkhidmatan sewa kediaman Airbnb menyebabkan ramai bakal usahawan

    terpanggil untuk mengambil bahagian dalam perniagaan yang dikenali sebagai ekonomi

    perkongsian. Namun terdapat risiko kemungkinan seseorang mengambil kesempatan terhadap

    layanan yang ditawarkan oleh tuan rumah Airbnb. Salah satu kriteria sistem keselamatan

    penyewaan Airbnb adalah sistem masuk tanpa kunci. Peranti masuk tanpa kunci

    menghapuskan proses penyerahan dan pemulangan kunci secara fizikal dan memberi

    kebebasan untuk membuka penyewaan Airbnb melalui telefon bimbit. Jenis peranti ini jauh

    lebih murah berbanding sistem lengkap automasi rumah. Kajian ini membangun reka bentuk

    dan sistem masuk tanpa kunci berasas kod QR mengguna teknologi Internet Benda atau

    Internet of Things (IoT). Sistem kawalan sekuriti pintu menggunakan Kod QR adalah suatu

    projek berasaskan konsep IoT. Melalui sistem tidak perlu lagi mengunci pintu meggunakan

    kunci tetapi hanya dengan mengisi kata laluan di telefon dan mengimbas Kod QR ,pintu akan

    buka/tutup berdasarkan isyarat dari pengkodan yang dibina. Perkakasan dan perisian utama

    bagi projek ini ialah Raspberry Pi, kamera dan sensor. Sistem pintu dapat menyelesai masalah

    kehilangan kunci akibat sifat lalai manusia dan kes pecah dapat dikurangkan. Penjanaan

    automatic Kod QR baharu setiap kali masuk mampu mengelak pengguna tanpa izin walaupun

    kod QR dicuri atau dicapai penggodam.

    1 PENGENALAN

    Perkembangan teknologi semakin meningkat dengan mendadak. Saban hari pasti ada teknologi

    terkini yang diketengahkan oleh pakar teknologi. Perkembangan teknologi tersebut sebenarnya

    telah memberi sumbangan yang besar kerana kualiti hidup manusia semakin baik. Rangkaian

    Internet Benda (IoT) adalah medium komunikasi terkini yang menggunakan mikropengawal,

    penghantar-terima dan protokol yang sesuai yang membolehkan manusia berkomukasi tanpa

    wayar (Rouse 2016). Pada hari ini IoT merupakan rangkaian luas bagi rangkaian pintar yang

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2018-179

    bekerjasama dalam mengumpul dan menganalisa data serta melaksanakan tindakan bagi

    memastikan ia menjadi realiti.

    Pelbagai sistem kawalan sekuriti pintu telah dicipta untuk mencegah capaian oleh orang

    yang tidak diberi izin. Motif utama pembangunan sistem ini untuk bangunan seperti rumah

    sewa, pejabat mahupun premis perniagaan adalah untuk menjaga keselamatan manusia dan

    harta benda. Pada hari ini kebanyakan sistem keselamatan sekuriti pintu di rumah mahupun

    premis pejabat masih menggunakan kunci atau sistem penggera. Oleh hal yang demikian,

    potensi untuk menceroboh masuk rumah menggunakan kunci pendua atau kehilangan kunci

    boleh berlaku. Jika empunya rumah atau pejabat ingin menyewakan kediaman atau premis

    pejabat penyerahan dan pemulangan kunci lazimnya dilakukan secara bersua muka. Untuk

    perniagaan sewa Airbnb, lazimnya transaksi dilakukan dalam talian. Penyewa dan empunya

    premis dan penyewa perlu bersetuju tentang cara dan masa penyerahan kunci. Ini boleh

    menjadi kekangan jika penyewa sedang bekerja atau tiada berdekatan untuk penyerahan dan

    pemulangan kunci. Ada kalanya penyewa tiba dari lokasi yang jauh pada waktu tengah malam

    dan menyukarkan penyerahan kunci untuk masuk ke premis.

    Kajian oleh Verma dan Tripathi (2010) dari Indian Institute of Information Technology

    menggunakan RFID jenis pasif sebagai kunci untuk membuka dan mengunci pintu rumah.

    Projek ini juga dibangunkan dengan menggunakan tag RFID, pengimbas RFID dan sistem

    aplikasi Android yang menjadi tempat penyimpanan data. Sistem ini memerlukan sambungan

    rangkaian. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dilakukan, litar yang telah siap

    dipasang dengan gabungan semua peranti telah dipasang dan telah diujikaji pada pintu yang

    sebenar. Cara sistem ini berfungsi ialah dengan menggunakan pengimbas RFID untuk

    membaca tag RFID pada jarak tertentu. Data yang diambil akan diproses oleh sistem. Setelah

    proses kenal pasti berjaya, pintu akan dibuka atau dikunci. Apabila pengguna menutup pintu,

    dengan secara automatik pintu tersebut akan terkunci. Untuk membuka kunci kembali,

    pengguna hanya perlu melakukan proses seperti tadi. Sistem LibeTech QR Code pula yang

    dilaporkan pada laman sesawang https://hackaday.com (Mike 2012) dibina oleh seorang lelaki

    yang bernama Jeremy Blum. Kajian ini membolehkan pengguna mendapat Kod Qr melalui e-

    mel apabila sudah mendaftar untuk membolehkan kunci dibuka. Di dalam projek ini

    Beaglebone dipilih sebagai komputer utama dan penghubung diimplimentasi bersama Linux

    dan jaringan kamera. Kajian oleh (Sedhumadhavan & Saraladevi 2014) membentangkan

    keupayaan mengunci dan membuka kunci dengan menggunakan Adruino. Daripada kajian

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2018-179

    yang dilakukan, sistem ini menggunakan Bluetooth yang diintegrasikan dengan Arduino Uno

    mikropengawal dan disambung terus ke solenoid 12v dan pengunci pintu elektronik untuk

    digunakan sebagai pembuka atau penutup kunci pintu. Android akan menghantar insyarat

    kepada Arduino Uno mikropengawal yang telah diintegrasikan dengan Bluetooth.

    Di Malaysia, menggunakan Kod QR untuk keselamatan masih lagi tidak meluas walhal

    Kod QR dapat membantu menjaga keselamatan tempat tinggal dan pejabat. Oleh hal demikian,

    Sistem Kawalan Sekuriti Pintu Menggunakan Kod QR menawarkan perkhidmatan

    keselamatan berasaskan IoT. Kod QR digabungkan bersama alat telekomunikasi menjadi

    keperluan di arus zaman moden seperti telefon pintar. Antara penambahbaikan dalam sistem

    yang dibangunkan oleh kajian ini ialah menggunakan penyulitan hash kriptografi untuk data

    sulit yang disimpan dalam pangkalan data. Selain itu juga suatu aplikasi dibangunkan dan

    rekod pendaftaran dikawal oleh penyelia untuk memberi akses kepada pengguna. Aplikasi ini

    juga mempunyai log masuk yang mana pengguna perlu memasukkan nama pengguna dan kata

    laluan untuk tujuan keselamatan. Akhir sekali cadangan penambah baikan dalam sistem ini

    ialah semua log masuk pengguna yang berjaya membuka kunci akan direkodkan.

    2. PENYATAAN MASALAH

    Kes pecah masuk rumah bukanlah perkara yang asing lagi di Malaysia. Lebih ribuan kes telah

    berlaku saban tahun dan telah meningkat dari semasa ke semasa. Statistik menunjukkan pada

    tahun 2008, sebanyak 765 bilangan jenayah pecah rumah telah berlaku di kawasan perumahan

    di seluruh Malaysia. Kemudian, pada tahun berikutnya, kes jenayah pecah rumah telah

    meningkat sebanyak 375 kes iaitu sebanyak 1140 kes jenayah pecah rumah telah direkodkan

    (Shafie 2010). Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan masalah

    keselamatan rumah antaranya:

    i. Penjenayah berjaya memecah masuk kedalam rumah dengan mengunakan kaedah

    mengumpil pintu dan memotong mangga kunci rumah. Malah penjenayah dapat

    membuka pintu dengan hanya menggunakan kunci pendua mengikut kesesuaian setiap

    pintu .

    ii. Kecuaian pemilik rumah itu seperti menghilangkan kunci rumah atau meninggalkan

    kunci rumah di merata tempat dan lupa untuk mengunci pintu sebelum meninggalkan

    rumah.

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2018-179

    3. OBJEKTIF KAJIAN

    Berdasarkan masalah yang telah dibincangkan, objektif kajian adalah seperti berikut :

    i. Menambah baik sistem keselamatan yang sedia ada kepada sistem keselamatan yang

    lebih efisien dengan membangunkan sistem kunci pintu menggunakan Kod QR yang

    dijana secara automatik. Kawalan untuk membuka dan menutup pintu boleh dilakukan

    melalui aplikasi telefon pintar “Android” dan Raspberry Pi.

    ii. Membina algoritma pengekod dan penyahkod kod QR, disamping algoritma hash

    kriptografi untuk data sulit yang disimpan dalam pangkalan data.

    4. METOD KAJIAN

    Bagi membangunkan sistem ini, kaedah metodologi yang dipilih ialah “Agile”. Kaedah “Agile”

    ini merujuk kepada sekumpulan metodologi pembangunan perisian berdasarkan pembangunan

    yang berulang kali. “Scrum” adalah salah satu teknik dalam metodologi “Agile” yang

    membenarkan pembangunan perisian yang pantas dan membolehkan pemeriksaan perisian

    dilakukan dengan kerap. “Product backlog” adalah suatu keperluan sistem di mana di dalamnya

    akan terkandung fungsi sistem, senarai kepentingan dari pemilik projek, dan segala yang perlu

    bagi membantu dalam proses pembangunan sistem.

    Rajah 1 Rajah bagi Proses “Scrum”

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2018-179

    4.1 Fasa Perancangan

    Fasa yang pertama ini merupakan proses untuk mengenalpasti objektif, skop pengguna dan

    organisasi di dalam projek kajian. Fasa ini juga melibatkan perancangan berkaitan tempoh

    masa untuk menyiapkan laporan dan membangunkan model projek. Pada peringkat ini,

    maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran awal dengan melihat kepada kajian

    pasaran dan kajian lepas yang berkaitan.

    4.2 Fasa Analisis Keperluan

    Fasa analisis keperluan ini adalah fasa di mana pembangun cuba memahami dengan lebih jelas

    konsep reka bentuk semasa dan kelemahannya, masalah semasa dan juga menentukan

    penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Fasa ini melibatkan pemilihan komponen-

    komponen bagi pembangunan sistem dan pembangunan reka bentuk yang baharu haruslah

    merupakan perubahan yang boleh membawa kebaikan kepada pengguna.

    4.3 Fasa Reka Bentuk

    Fasa ini terbahagi kepada dua iaitu merekabentuk senibina infrastruktur dan juga merekabentuk

    aplikasi mudah alih. Proses penyambungan litar yang sesuai, jenis pengatur voltan, jenis

    geganti dan lain-lain untuk rekabentuk sistem sekuriti pintu yang lengkap dilakukan. Setelah

    semua keperluan rekabentuk sistem diputuskan, langkah seterusnya adalah untuk mereka dan

    menghasilkan litar skematik untuk sistem automasi tersebut. Reka bentuk litar boleh dilakukan

    secara manual atau dengan menggunakan perisian komputer seperti Fritzing. Rajah 2

    menunjukkan seni bina infrastruktur sistem kawalan sekuriti pintu menggunakan Kod QR.

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2018-179

    Kamera kawalan dan selak pintu elektronik perlu disambungkan kepada alat elektronik

    Raspberry Pi. Pengguna kemudiannya boleh mencapai menggunakan Kod QR melalui aplikasi

    android MyQR_Door yang dibangunkan.

    4.4 Fasa Pembangunan dan Implementasi

    Fasa ini terbahagi kepada dua iaitu membangunkan infrastruktur sistem dan mengimplementasi

    aplikasi mudah alih. Bagi proses fasa membangunkan infrastruktur sistem, semua komponen-

    komponen disambungkan kepada alat elektronik Raspberry Pi yang berfungsi sebagai

    mikropengawal. Komputer peribadi juga akan digunakan untuk membangunkan aplikasi sistem

    kawalan. Seterusnya, komputer tersebut haruslah menepati keperluan pembangunan sistem

    Android SDK. Perisian Eclipse IDE yang dipasang dengan pakej Android SDK dan Plugin

    Android Development Tools (ADT) digunakan untuk membangunkan aplikasi mudah alih.

    Android SDK Pakej 4.4.2 adalah versi android yang digunakan dalam proses pengaturcaraan.

    Pada fasa implementasi aplikasi mudah alih, aplikasi mudah alih yang telah dibangunkan

    memerlukan penyelidik menggunakan bahasa pengaturcaraan Python untuk mengaturcara

    kawalan Raspberry Pi dan modul kamera untuk kawalan melalui peranti telefon pintar.

    4.5 Fasa Penyelenggaraan

    Pada fasa ini aplikasi dipasang pada peranti mudah alih Huawei P8 Lite dan kalibrasi aplikasi

    dengan infrastruktur sistem automasi dijalankan. Pengujian dilakukan untuk memastikan

    Rajah 2 Rekabentuk senibina infrastruktur sistem.

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2018-179

    aplikasi boleh berinteraksi dengan infrastruktur sistem kawalan. Proses pengubahsuaian

    dilakukan jika diperlukan.

    5. HASIL KAJIAN

    Rajah 3 menunjukkan senibina infrastruktur sistem yang dibangunkan.

    Rajah 3 Infrastruktur Sistem Pintu menggunakan Kod QR

    Berikut menunjukkan beberapa jenis pengujian yang dijalankan kepada Aplikasi MyQR_Door

    dan Sistem yang dibangunkan.

    i. Penguji memasukkan kata nama pengguna dan kata kunci yang tidak sah, aplikasi

    akan memaparkan mesej yang ditunjukkan seperti dalam Rajah 4.

    Rajah 4 Pemberitahuan log salah masuk

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2018-179

    ii. Selepas penguji memasukkan kata nama dan kata laluan yang sah dan berjaya

    memasuki antara muka aplikasi MyQR_Door, pengguna perlu memasukkan id atau kad

    pengenalan untuk menjana kod QR seperti yang dipaparkan pada Rajah 5.

    iii. Apabila pengguna berjaya memasukkan nombor kad pengenalan dengan betul, aplikasi

    MyQR_Door akan memaparkan mesej bahawa kod QR berjaya dijana seterusnya

    memaparkan kod QR seperti dalam Rajah 6.

    Rajah 5 Pengguna perlu memasukkan no Kad Pengenalan

    untuk menjana kod QR

    Rajah 6 Mesej kod QR berjaya dijana

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2018-179

    iv. Apabila pengguna berjaya mengimbas kod QR yang sah pada kamera dan sama seperti

    direkodkan dalam pangkalan, maka Raspberry Pi akan menghantar isyarat untuk

    mencetus operasi kunci pintu. Rajah 7 menunjukkan pintu berjaya dibuka.

    v. Pengujian bagi keseluruhan sistem aplikasi dilakukan dengan jayanya Berikut

    merupakan pautan video di youtube yang diambil sewaktu pengujian dilakukan:

    https://youtu.be/4d3p2SgdVs4. Rajah 8 menunjukkan video rakaman pengujian.

    Rajah 8 Pautan video di youtube sewaktu pengujian dilakukan.

    Rajah 7 Pintu berjaya dibuka selepas Kod QR yang sah berjaya di imbas

    Copy

    right@

    FTSM

    https://youtu.be/4d3p2SgdVs4

  • PTA-FTSM-2018-179

    6. KESIMPULAN

    Sistem ini merupakan satu sistem tanpa kunci yang membolehkan pengguna mengakses pintu

    premis menggunakan Kod QR melalui aplikasi yang dibangunkan pada platform Android.

    Walaupun sistem yang dibangunkan telah memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Sistem ini

    masih lagi mempunyai ruang untuk ditambahbaik dari segi fungsi dan antara muka untuk

    kegunaan yang lebih stabil.

    7. RUJUKAN

    Dr Shafie Abu Bakar. (t.th.). Dr Shafie Abu Bakar: Kes Jenayah Di Kajang Menurun: Kes

    Rogol Meningkat. http://drshafie.blogspot.my/2010/05/kes-jenayah-di-kajang-

    menurun-kes-rogol.html [8 December 2017].

    Sedhumadhavan, S. & Saraladevi, B. 2014. Optimized Locking and Unlocking a System

    Using Arduino 6658–6663.

    Mike S. 2012. QR code opens doors to you | Hackaday. https://hackaday.com/2012/09/17/qr-

    code-opens-doors-to-you/ [23 October 2017].

    Verma, G. K. & Tripathi, P. 2010. A Digital Security System with Door Lock System Using

    RFID Technology. International Journal of Computer Applications IJCA, 5(11), 6–8.

    Margaret Rouse. 2016. What is Internet of Things (IoT)? - Definition from WhatIs.com.

    https://internetofthingsagenda.techtarget.com/definition/Internet-of-Things-IoT [13

    May 2018].

    Copy

    right@

    FTSM