abs trak

1

Click here to load reader

Upload: azlin

Post on 21-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

PAGE iv

ABSTRAKKajian ini bertujuan untuk sumbangan multimedia dalam pengajaran matematik terhadap minat murid prasekolah. Kajian dijalankan di empat buah sekolah daerah Batang Padang dengan melibatkan 200 orang murid berusia lima dan enam tahun. Proses pengumpulan dijalankan ke atas murid dengan menggunakan ujian Matematik yang digubal oleh pengkaji iaitu instrumen yang pernah dikemukakan oleh Gagne 1985 berkaitan pengukuran ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Dalam kajian yang berkaitan kecepatan mengira pula pengkaji melihat alat yang digunakan oleh John Carroll (1776), Bandura (1970) yang berkaitan kelajuan pencapaian pelajar dalam pembelajaran Learning Time seperti soalan ujian pra, ujian pos dan juga perisian multimedia. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra dan pos yang mempunyai empat bahagian berkaitan latar belakang responden, kecepatan mengingat, kecepatan mengira dan kecepatan mencampur. Data telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0 for Windows. Data telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min, kekerapan dan peratus serta ujian t. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan kesan sumbangan pengajaran multimedia berbanding dengan pengajaran tradisional mengikut Jantina, etnik dan lokasi serta ke atas prestasi dan minat murid terhadap matematik bagi komponen kecepatan mengingat, mengira dan mencampur. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu untuk mempertingkatkan kemahiran guru dalam penggunaan multimedia sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam usaha meningkatkan prestasi pencapaian akademik murid.