abs trak

2
“LOMPEJA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KVK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 Syaza Izzati Binti Mohammad Amir [email protected] Abstrak Asas bagi kemahiran membaca adalah dengan menguasai bacaan perkataan satu kata seperti suku kata KVK. Kegagalan murid untuk menguasai bacaan perkataan suku ka KVK akan menyekat penguasaan mereka kepada kemahiran membaca perkataan yang lebihmencabar. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup KVK. eknik !"M#$%A diperkenalkan dalam kajian ini bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. ekn !"M#$%A& singkatan untuk lompat dan eja merupakan salah satu inisiati' yang di'ikirk mampu membantu murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran membaca. Amalan pengajaran dan pembelajaran saya turut dapat ditingkatkan melalui kajian in diambil daripada murid pemulihan yang berada di kelas perdana. Seramai ( orang murid telah terpilih. Kajian ini telah dijalankan secara kualititati'. Kaedah pemerhatian& dan analisis dokumen dipilih untuk mengumpulan data. )ata kajian telah dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. #enyemakan data kajian pula telah di menggunakan triangulasi sumber. )apatan kajian mendapati baha*a teknik !"M#$ mampu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan KVK dalam kalangan murid tahun + di samping memberi keseronokan kepada murid. Sebagai kajian lanjutan& dicadangan agar teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi perkataa yang mempunyai dua suku kata yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup se KV , KVK dan KVK , KVK. Kata Kunci - Suku kata tertutup & KVK& Kemahiran Membaca& $ja

Upload: syaza-izzati

Post on 01-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LOMPEJA

TRANSCRIPT

LOMPEJA DALAMMENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KVK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2

Syaza Izzati Binti Mohammad [email protected]

Abstrak

Asas bagi kemahiran membaca adalah dengan menguasai bacaan perkataan satu suku kata seperti suku kata KVK. Kegagalan murid untuk menguasai bacaan perkataan suku kata KVK akan menyekat penguasaan mereka kepada kemahiran membaca perkataan yang lebih mencabar. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup KVK. Teknik LOMPEJA diperkenalkan dalam kajian ini bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Teknik LOMPEJA, singkatan untuk lompat dan eja merupakan salah satu inisiatif yang difikirkan mampu membantu murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran membaca. Amalan pengajaran dan pembelajaran saya turut dapat ditingkatkan melalui kajian ini. Sampel diambil daripada murid pemulihan yang berada di kelas perdana. Seramai 4 orang murid telah terpilih. Kajian ini telah dijalankan secara kualititatif. Kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen dipilih untuk mengumpulan data. Data kajian telah dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Penyemakan data kajian pula telah dibuat menggunakan triangulasi sumber. Dapatan kajian mendapati bahawa teknik LOMPEJA mampu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan KVK dalam kalangan murid tahun 2 di samping memberi keseronokan kepada murid. Sebagai kajian lanjutan, dicadangan agar teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi perkataan yang mempunyai dua suku kata yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup seperti KV + KVK dan KVK + KVK.

Kata Kunci : Suku kata tertutup , KVK, Kemahiran Membaca, Eja