abdullah munshi

Upload: husna269

Post on 03-Jun-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Abdullah Munshi

    1/2

    6.1 PENGENALAN

    alaupun Hikayat Raja Pasai diperkirakan ditulis pada tahun 1452 M dan Taj us-Salatin pada tahun 1603M, masih ditemui bukti persuratan yang tidak diketahui tarikh penulisannya yang asal seperti Hang Tuah. Cerita

    yang lain juga kebanyakannya bukan ditulis oleh penulis asal melainkan daripada satu pencerita kepadapencerita yang lain atau daripada satu penulis kepada penulis yang lain. Ada juga di antaranya yang disadur

    daripada cerita asing dan nama penulis asalnya tidak dinyatakan.

    Beberapa kitab dan hikayat yang agak penting sehingga penghujung abad ke-19 ialah: Sulalatus

    SalatinatauSejarah Melayukarya Tun Sri Lanang (1612 M),Hikayat Inderaputera (1634 M),Bustanus

    Salatin atau Taman segala Raja-rajakarya Nuruddin al-Raniri (1638),Kitab seribu masaalah(1726),Hikayat

    Ghulam (1736),Hikayat Acheh(1736),Hikayat Bayan Budiman (1736), Syair Emop(1740),MisaMelayu (1742),Hikayat Pancatanderan(1835),Hikayat Patani(1838),Kisah pelayaran Abdullahkarya

    Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1838), Tuhfat al-Nafiskarya Raja Ali Haji (1865),Pelayaran Muhammad

    Ibrahim Munshikarya Muhammad Ibrahim Munshi (1872),Hikayat Gul Bakawali karya Syed Mahmud Ali

    (1875), danHikayat Ganja Mara(1897).

    Beberapa buah karya akan dipetik seperlunya untuk melihat bagaimanakah bahasa Melayu terus diperkaya olehpara penulis atau cendekiawan pada masa tersebut.

    6.9 ABDULLAH BIN ABDUL KADIR MUNSHI

    Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854 M) telah menghasilkan

    karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar. Abdullah Munshi bukan sekadar

    memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedaribetapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan

    seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing

    yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian

    ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.

    Ia melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaiannahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu. Itulah sebabnya ia mengatakan:

    Sebermula hendaklah engkau ketahui, janganlah tersalah faham. Maka jikalau ada nahu bahasa Melayu itu

    niscaya meringankan pekerjaan sahaja gunanya, jangan engkau sangkakan boleh menjadi pandai dalam

    pekerjaan karang-mengarang. Maka sungguhpun diletakkan hukumnya maka ada juga lagi beberapa perkataan

    yang tiada menurut hukum itu. Umpamanya jikalau seratus hukum itu barangkali tujuh puluh sahaja yang masuk

    dalam hukum itu, dan yang tiga puluh itu di luarnya.

    Di samping itu, jika kita bandingkan bahasa Melayu sebelum Abdullah dan bahasa yang digunakan olehAbdullah nyatalah ada perkembangannya. Perhatikan bahasa yang terdapat dalam petikan yang berikut ini:

    Bahawa ini Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munshi kepada tarikh sanat 1253 tahun. Maka bahawa

    sesungguhnya kepada tahun itu adalah barang saudagar-saudagar orang China dan orang Yahudi yang duduk

    dalam negeri Singapura, kira-kira sepuluh dan dua belas orang, telah memberi sambutan dagangan kepadaChina sampan pukat empat buah, kira-kira empat lima puluh ribu ringgit banyaknya, akan dibawanya ke negeri

    Pahang dan Trengganu dan Kelantan, Patani dan Senggora.

    Perkembangan bahasa Melayu yang diperlihatkan Abdullah dinyatakan oleh Li Chuan Siu sebagai

    "Menciptakan perkataan-perkataan atau ungkapan baru dalam bahasa Melayu untuk mempercakapkan hal-halatau benda-benda baru yang timbul kerana pertemuan antara kebudayaan Timur dan Barat". Perkembangan

    bahasa yang dibawa oleh Abdullah tidaklah menghairankan kerana ia mendapat pendidikan Inggeris manakala

    sasterawan sebelumnya ramai yang mendapat pendidikan Arab.

  • 8/12/2019 Abdullah Munshi

    2/2

    etakat ini bahasa yang memiliki cara pembinaan kata dan pembinaan ayat yang serupa dengan bahasa

    Melayu hanya terdapat di kawasan Nusantara. Bahasa yang seiras dengannya ialah bahasa yang terdapat di

    pulau yang terdapat di Lautan Hindi seperti di Pulau Madagaskar di sebelah Barat dan bahasa yang terdapat di

    beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik, iaitu bahasa Austronesia, Mikronesia, Melanesia, dan

    Polinesia. Bahasa seperti ini tidak ditemui di Asia Tengah.

    Kekeluargaan bahasa ini memperlihatkan bahawa bahasa Melayu tumbuh dan berkembang di kawasan

    Nusantara atau alam Melayu, dan beberapa bukti menunjukkan bahawa pertumbuhan tersebut bermula di

    kawasan Jambi dan Palembang di Sumatera Selatan. Buku ini lebih berkecenderungan mengatakan bahawa

    asal bangsa yang mendiami Palembang tersebut pada awalnya datang daripada Asia Barat tempat lahirnya

    para nabi.

    Tulisan asal orang Melayu ialah tulisan/aksara Rencong (tulisan yang terdapat di Sumatera Selatan) yang

    dicipta oleh orang Melayu berdasarkan benda yang ada di alam sekitar mereka seperti ranting kayu, akar,

    rotan, dan sungai. Hal ini dapat dikaitkan pada penciptaan susastera Melayu yang asal, iaitu pantun yang

    menggunakan pengisi alam sebagai pembayang maksud atau sampiran sebelum menyatakan isi pantunnya.

    Semasa pertumbuhan awal bahasa Melayu ini, ia sesungguhnya telah memiliki aturan pengimbuhan dan

    penyusunan ayatnya sendiri. Walaupun sebahagian besar perkataan asing dapat dimelayukan oleh bahasa

    Melayu sendiri, namun kerana desakan yang kuat serta kehadiran bahasa asing yang begitu sangat diperlukan

    bagi keperluan perhubungan masyarakat, maka aturan tadi menjadi bercampur-baur.

    Walaupun pelbagai aturan bahasa asing datang mendesaknya, pelbagai perkataan baru daripada bahasa asing

    datang menambahnya, namun aturannya sendiri berjalan terus daripada bahasa Melayu Purba hinggalah

    bahasa Melayu Tinggi sekarang ini. Gambaran perjalanan bahasa Melayu Purba hingga bahasa Melayu Tinggi

    diperlihatkan di dalam rajah 7.1.Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu sebelum ditemui bukti sejarahnya. Sumatera Selatan telah ada

    penduduknya sebelum orang India mendirikan Kerajaan Sriwijaya. Sebelum itu juga mereka telah mengembara

    sebagai pelaut ke mana-mana di kawasan Nusantara ini dan menggunakan bahasa mereka di tempat yang baru

    serta membawa pulang bahasa yang mereka temui bagi yang kembali ke tempat asalnya.

    Ini bermakna, perkataan yang terdapat pada Batu Bersurat Palembang yang tidak berasal daripada bahasa

    Sanskrit dapat dianggap sebagai bahasa Melayu Purba, kerana tidak ditemui bahasa asing lain yang

    mempengaruhi bahasa Melayu tersebut. Bahasa lain yang terdapat di Nusantara ini selain daripada bahasa

    Melayu dianggap sebagai dialek pada masa itu.

    Bahasa yang terdapat pada beberapa Batu Bersurat Palembang tersebut dikatakan sebagai bahasa Melayu

    Kuno, iaitu campuran bahasa Melayu dan dialeknya dengan bahasa Sanskrit. Oleh kerana penulis Batu Bersurat

    tersebut merupakan ahli pahat yang didatangkan dari India dan juga menggunakan tulisan Sanskrit,

    kemungkinan penyebutan bahasa Melayu tersebut telah diubah suai sesuai dengan keadaan bentuk aksara

    Sanskrit tersebut.