abc

1
1.0 PENYATAAN MASALAH Pulau Pangkor merupakan satu destinasi pelancongan yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat negara kita. Bersandarkan kos perbelanjaan yang murah serta berbaloi, Pulau Pangkor tidak ketinggalan dalam mendapatkan tempat di hati setiap penduduk Malaysia. Bukan itu sahaja, malah pihak kerajaan juga tidak lepas memandang Pulau Pangkor sebagai sumber pendapatan negara dari segi pelancongan yang turut membantu dalam meningkatkan ekonomi negara. 2.0 OBJEKTIF PENULISAN Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut: Mengenal pasti tentang asal- usul negeri Perak? Mengenal pasti sejarah Pulau Pangkor? Mengenal pasti keistimewaan Pulau Pangkor? Mengenal pasti tujuan para pelancong memilih Pulau Pangkor sebagai pusat pelancongan? Mengenal pasti antara pusat pelancongan yang menarik tumpuan para pelancong? Mengenal pasti usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan produktiviti Pulau Pangkor sebagai pusat pelancongan? 3.0 KAEDAH KAJIAN Kaedah yang telah pengkaji gunakan untuk mendapatkan maklumat tentang Pulau Pangkor ialah kaedah temu bual. Temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Pulau Pangkor secara terperinci. Beberapa soalan pertanyaan diajukan kepada masyarakat setempat Pulau Pangkor serta pemandu pelancong. Pengkaji telah menggunakan soalan yang ringkas dan berstruktur untuk mendapatkan maklumat daripada mereka. Semasa temu bual, pengkaji mengumpul data dengan merekodkan perbualan mereka. Tambahan pula, kaedah analisis brosur serta pemplet juga merupakan salah satu kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang destinasi pelancongan Pulau Pangkor. 1

Upload: elisabeth-hayes

Post on 16-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PULAU PANGKOR

TRANSCRIPT

1.0 PENYATAAN MASALAHPulau Pangkor merupakan satu destinasi pelancongan yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat negara kita. Bersandarkan kos perbelanjaan yang murah serta berbaloi, Pulau Pangkor tidak ketinggalan dalam mendapatkan tempat di hati setiap penduduk Malaysia. Bukan itu sahaja, malah pihak kerajaan juga tidak lepas memandang Pulau Pangkor sebagai sumber pendapatan negara dari segi pelancongan yang turut membantu dalam meningkatkan ekonomi negara. 2.0 OBJEKTIF PENULISANSecara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut: Mengenal pasti tentang asal- usul negeri Perak? Mengenal pasti sejarah Pulau Pangkor? Mengenal pasti keistimewaan Pulau Pangkor? Mengenal pasti tujuan para pelancong memilih Pulau Pangkor sebagai pusat pelancongan? Mengenal pasti antara pusat pelancongan yang menarik tumpuan para pelancong? Mengenal pasti usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan produktiviti Pulau Pangkor sebagai pusat pelancongan?

3.0 KAEDAH KAJIANKaedah yang telah pengkaji gunakan untuk mendapatkan maklumat tentang Pulau Pangkor ialah kaedah temu bual. Temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Pulau Pangkor secara terperinci. Beberapa soalan pertanyaan diajukan kepada masyarakat setempat Pulau Pangkor serta pemandu pelancong. Pengkaji telah menggunakan soalan yang ringkas dan berstruktur untuk mendapatkan maklumat daripada mereka. Semasa temu bual, pengkaji mengumpul data dengan merekodkan perbualan mereka. Tambahan pula, kaedah analisis brosur serta pemplet juga merupakan salah satu kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang destinasi pelancongan Pulau Pangkor.

1