(a) tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus influenza...

28
1 SOALAN PERCUBAAN NEGERI JOHOR 1 (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) proses (ii) memproses (iii) pemprosesan (iv) tafsir (v) tafsiran (vi) pentafsiran [6 markah] (b) Kenal pasti ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat tersebut ayat perintah suruhan, ayat perintah larangan, ayat perintah silaan atau ayat perintah permintaan. (i) Makanlah kuih raya ini dahulu. (ii) Usah bertanya ke mana aku pergi. (iii) Jemputlah hadir ke majlis pertunangan kami. (iv) Tolong hantarkan makanan itu sebelum tengah hari. (v) Jangan ambil wang haram. (vi) Awak siapkan karangan itu sekarang. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Azizi mempercepatkan kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah kerana takut di denda guru. (ii) Ahli-ahli persatuan belia diingatkan agar mengenepikan perbezaan pendapat demi mewujudkan perpaduan yang menjadi moto belia seMalaysia. (iii) Para ilmuan sedang berbincang tentang cara-cara untuk meningkat hasil negara dalam bidang komersial. [6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. i) Pengambilan pekerja mengikut jantina di dalam persatuan itu berdasarkan had yang ditetapkan oleh syarikat. ii) Pelajar diharapkan bahawa bersabar kerana pihak pentadbiran sekolah akan membasmi masalah kerosakan tandas itu dengan segera. iii) Goreng pisang Kak Kiah selesai dimakan oleh ketiga-tiga orang budak itu. [6 markah]

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

62 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

1

SOALAN PERCUBAAN NEGERI JOHOR 1

(a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan

maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan

serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) proses

(ii) memproses

(iii) pemprosesan

(iv) tafsir

(v) tafsiran

(vi) pentafsiran

[6 markah]

(b) Kenal pasti ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat tersebut ayat perintah suruhan, ayat

perintah larangan, ayat perintah silaan atau ayat perintah permintaan.

(i) Makanlah kuih raya ini dahulu.

(ii) Usah bertanya ke mana aku pergi.

(iii) Jemputlah hadir ke majlis pertunangan kami.

(iv) Tolong hantarkan makanan itu sebelum tengah hari.

(v) Jangan ambil wang haram.

(vi) Awak siapkan karangan itu sekarang.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan

imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh

menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda

tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Azizi mempercepatkan kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah kerana takut di denda guru.

(ii) Ahli-ahli persatuan belia diingatkan agar mengenepikan perbezaan pendapat demi

mewujudkan perpaduan yang menjadi moto belia seMalaysia.

(iii) Para ilmuan sedang berbincang tentang cara-cara untuk meningkat hasil negara dalam

bidang komersial. [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu

kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh

menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan

tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

i) Pengambilan pekerja mengikut jantina di dalam persatuan itu berdasarkan had yang

ditetapkan oleh syarikat.

ii) Pelajar diharapkan bahawa bersabar kerana pihak pentadbiran sekolah akan membasmi

masalah kerosakan tandas itu dengan segera.

iii) Goreng pisang Kak Kiah selesai dimakan oleh ketiga-tiga orang budak itu.

[6 markah]

Page 2: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

2

(e) Berikan maksud peribahasa di bawah ini.

(i) Seperti kaca terhempas ke batu

(ii) Rumah sudah pahat berbunyi

(iii) Pisang tak akan berbuah dua kali

[6 markah]

SOALAN PERCUBAAN NEGERI JOHOR 2

a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham

akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,

menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) pakai

(ii) memakai

(iii) terpakai

(iv) susun

(v) menyusun

(vi) tersusun

[6 markah]

b) Kenal pasti jenis ayat perintah sama ada ayat perintah silaan, ayat perintah larangan, ayat

perintah suruhan atau ayat perintah permintaan .

(i) Jangan buang sampah di sini.

(ii) Sila serahkan buku-buku latihan itu ke bilik guru.

(iii) Awak siapkan tugasan yang diberikan itu sekarang.

(iv) “Tak usah kauambil tahu akan hal aku lagi,” kata Azura kepada Zainal.

(v) “Tolong hantarkan bekalan makanan ini kepada ayah yang sedang berehat itu,” pinta Zeety.

vi) “Jemputlah makan yang terhidang itu,” kata Farid kepada tetamu yang hadir itu.

[6 markah]

c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.

Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh

menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.

Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kementerian Pendidikan mendapati bahawa pelaksana dasar bahasa Inggeris dalam

matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang

timbul.

(ii) Jabatan Pengangkutan Jalan akan kuat kuasa undang-undang dari semasa ke semasa

untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.

(iii) Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak

dengan gejala gengsterisma.

[6 markah ]

Page 3: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

3

d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu

kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda

tidak boleh menyenaraikanlebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan

kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut.

(i) “Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak dalam hotel itu?” tanya para

peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

(ii) Bapa saudaranya memperoleh pendapat supaya agak lumayan hasil jualan pisang goreng

yang dibuat olehnya.

(iii) Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan memalapkan

syarikat wang tersebut.

[6 markah ]

e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan maksud peribahasa yang sesuai.

(i) sediakan payung sebelum hujan.

(ii) bagai isi dengan kuku.

(iii) ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk.

[6 markah]

Page 4: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

4

SOALAN PERCUBAAN NEGERI KEDAH

Page 5: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

5

Page 6: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

6

SOALAN PERCUBAAN NEGERI KELANTAN

Page 7: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

7

Page 8: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

8

SOALAN PERCUBAAN NEGERI SABAH – KOTA BELUD

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud

dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) mengorak langkah

(ii) memupuk perpaduan

(iii) meniupkan semangat

(iv) menumpukan perhatian

(v) menyelesaikan masalah

(vi) memikul tanggungjawab

[6 markah] (b) Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah

maksud asalnya.

1. Kanak-kanak itu mandi di sungai.

2. Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.

3. Bangunan tinggi itu belum tentu selamat.

4. Ibu Raihana sedang sakit tenat di hospital.

5. Kelihatan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di padang.

6. Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan

imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Isu rumah setinggan yang di duduki oleh pendatang asing di pinggir bandar itu telah saya

lapurkan kepada pihak berkuasa.

(ii) Timbalan Menteri Pertanian telah diberi penghormatan untuk melepasi anak-anak ikan ke dalam kolam ternakan semasa beliau merasmikan projek Desa Maju di kampung kami.

(iii) Sawah yang kering-kuntang di daerah itu digenang air kerana hujan lebat sejak seminggu

yang lalu. [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kerajaan akan memastikan tiada mana-mana gulungan, terutamanya rakyat yang kurang

berkemampuan di luar bandar terpinggir di dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.

(ii) Ladang milik Pak Deraman sungguh lapang dan ditanami dengan berbagai jenis buahan.

(iii) Selain daripada menahan lukah, nelayan itu juga menggunakan seutas jala untuk menangkap ikan di Sungai Kadamaian.

[6 markah ]

Page 9: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

9

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-

ayat tersebut.

(i) Sejak kematian Inan dan Aki Mondou, anak-anak mereka tetap meneruskan kehidupan mereka

walaupun terpaksa meminta bantuan daripada orang ramai.

(ii) Sikap Dr Jesel Ginturun langsung tidak berubah walaupun kini beliau telah berjawatan tinggi.

Beliau sentiasa bersikap merendah diri ketika berinteraksi dengan orang bawahannya.

(iii) Rakan-rakan Lintagu tidak menyenanginya di tempat kerja kerana dia hanya akan melakukan

tugas-tugasnya apabila disuruh.

[6 markah]

SOALAN PERCUBAAN NEGERI MELAKA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah dengan menunjukkan bahawa anda faham akan

maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan dan tidak boleh menggunakan

rangkai kata itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i) telur putih

(ii) putih telur

(iii) susu lembu

(iv) lembu susu

(v) jambu merah

(vi) merah jambu

[6 markah]

(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata

tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam

ayat-ayat yang diberi.

(i) Ibu ke pasar pagi tadi.

(ii) Tuan Hj. Sulaiman pengetua sekolah itu.

(iii) Pelajar itu berjaya dengan cemerlang kerana rajin belajar.

(iv) Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan di Dewan Seri Murni.

(v) Pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak melalui kerjasama perpasukan.

(vi) Tiga biji telur digunakan untuk membuat kek itu.

[6 markah]

Page 10: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

10

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.

Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan

lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu

menyalin ayat itu semula.

(i) Kadar kemalangan jalan raya dalam kalangan penunggang motorsikal yang semakin

meningkat pada masa ini kebimbangan banyak pihak.

(ii) Pemakanan yang baik dapat melahirkan jenerasi yang sihat sekali gus berupaya untuk

meningkatkan cemerlangan pelajar dan produktiviti pekerja.

(iii) Tahap pendidikkan moral yang rendah telah dikenalpasti sebagai punca utama wujudnya

pelbagai gejala sosial di sekolah rendah dan sekolah menengah.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu

kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda

tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu

kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Uji pandu kereta yang baru siap syarikat pengeluar kereta itu dilakukan oleh berapa orang

pekerjanya.

(ii) Semua orang ramai diminta untuk berada di dalam rumah sekiranya berasa tidak sihat bagi

mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1).

(iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati agama,

kepercayaan dan budaya dengan hati yang ikhlas tanpa ada sebarang prasyarat.

[6 markah]

(e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan

penggunaannya.

(i) Hangat-hangat tahi ayam

(ii) Bagai ikan pulang ke lubuk

(iii) Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

[6 markah]

Page 11: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

11

SOALAN PERCUBAAN MRSM

Page 12: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

12

Page 13: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

13

SOALAN PERCUBAAN NEGERI SEMBILAN

Page 14: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

14

Page 15: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

15

SOALAN PERCUBAAN NEGERI PERAK – PPD KINTA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkatan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud

dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu

sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) pilih

(ii) pilihan

(iii) pemilihan

(iv) tukar

(v) tukaran

(vi) penukaran

[6 markah]

(b) Tukar cakap ajuk dalam petikan di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

“Saya bercadang menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh sebuah syarikat

rakaman,” kata Alia kepada sahabat baiknya Julia. “Eloklah tu, Alia. Suara awak memang merdu dan

patut diketengahkan,” sokong Julia. “Tapi saya bimbang jika ibu bapa saya tidak mengizinkanya,” ujar

Alia. “Agaknya, macam mana saya hendak bercakap dengan mereka,” Alia meminta pandangan Julia.

“Mudah sahaja, awak katalah awak ada harapan dan dan berjanji akan menjaga diri dan nama baik

keluarga,” cadang Julia. “Bagus juga cadangan awak tu. Baiklah saya akan cuba,” balas Alia.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.

Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan

lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin

ayat itu semula.

(i) Deligasi dari luar negara yang menghadiri Seminar Kemanusiaan Sejagat di Putrajaya diberi

cenderamata sebagai tanda ingatan.

(ii) Setiap ibu bapa harus sedar bahawa mereka memikulkan tanggungjawab mendidik dan

menggilap karisme anak-anak menjadi insan yang cemerlang.

(iii) Keuntungan yang menjanjikan melalui skim cepat kaya merupakan pembohongan pihak

penganjur yang ingin mengaut keuntungan berlipatganda.

[6 markah]

Page 16: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

16

(d) Dalam petikan di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan

tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh

menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan

tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sampah-sarap yang dibuang di dalam sungai itu telah menyebabkan aliran sungai

tersangkut dan berbau busuk.

(ii) Aktiviti tolong-menolong membersihkan kawasan kejiranan dapat memupuk semangat

perpaduan di kalangan penduduk.

(iii) Pada akhir waktu persekolahan, Cikgu Kamil menerangkan lain-lain faktor yang

mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.

[6 markah]

(e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

(i) Tidak akan tercapai dengan tidak berusaha kuat

(ii) Kalau takut menanggung kesusahan, janganlah melakukan kerja yang susah.

(iii) Berhati-hati apabila melakukan atau memperkatakan sesuatu.

[6 markah]

Page 17: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

17

SOALAN PERCUBAAN NEGERI PERLIS

Page 18: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

18

SOALAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan

maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta

menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) mewangi

(ii) menyukat

(iii) menjulang

(iv) menyusut

(v) menyelam

(vi) menyisih

[6 markah]

Page 19: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

19

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam

bidang ekonomi.

(ii) Kawat berduri yang berlingkaran itu memagari kawasan di sekeliling rumahnya.

(iii) Pengetua telah melantik Cikgu Shaari sebagai guru disiplin kerana ketegasannya

menjalankan tugas.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan

imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh

menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu

menyalin ayat itu semula.

(i) Serunding daging yang dikeluarkan oleh Syarikat Deen itu telah dieksport ke negara-negara

Timur Tengah dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan.

(ii) Kempen anti-rokok yang sudah berlangsung sejak beberapa tahun lalu masih belum dapat

menyedari rakyat tentang bahaya yang berpunca daripada rokok.

(iii) Orang ramai disarankan menghadkan pengambilan makanan berlemak agar dapat

mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu

kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda

tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu

kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Encik Yasir berbangga hati mempamerkan lukisan-lukisannya yang cantik-cantik bersempena

dengan pameran lukisan yang diadakan di Kuala Lumpur.

(ii) Kompleks membeli-belah terkemuka itu akan dibuka semula secara resmi pada minggu

hadapan setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai dilakukan.

(iii) Rakyat di negara ini diseru agar menguburkan perasaan cintakan tanah air serta menghayati

erti kemerdekaan yang sebenar.

[6 markah]

(e) Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud yang berikut.

(i) Nasib yang baik akan menyebabkan seseorang itu selamat atau mendapat rezeki, jika

bernasib malang seseorang itu akan menghadapi masalah.

(ii) Jika melakukan sesuatu secara perlahan-lahan, akhirnya bertambah hasilnya.

(iii) Orang yang tidak tahu untuk membaiki sesuatu benda tetapi cuba membaikinya hingga benda

itu menjadi rosak.

[6 markah]

Page 20: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

20

SOALAN PERCUBAAN NEGERI SARAWAK - BELAGA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud

dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu

sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) intensif

(ii) kemaslahatan

(iii) kebejatan

(iv) kekangan

(v) spekulasi

(vi) menelusuri

[6 markah]

(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah maksud

asalnya.

Golongan remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak

seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja. Oleh

sebab itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka di samping

memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaandansatu kesalahan penggunaan

imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh

menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda

tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pihak sekolah mengundang ibu bapa datang ke sekolah bagi menandatangankan rekod

kemajuan pelajar sambil berbincang dengan guru-guru tentang prestasi akedemik anak

masing-masing.

(ii) Beberapa orang pekerja Majlis Perbandaran telah menemui bayi di stesyen bas dan

mempercayai bahawa bayi itu telah ditinggalkan.

(iii) Penggambaran filem dokumenteri tentang perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan sedang

dilakukan dengan giatnya oleh Kementerian Penerangan Malaysia untuk ditayang

sepanjang Bulan Kemerdekaan.

[6 markah]

Page 21: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

21

(d) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu

kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak

boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan

tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kerajaan menyatakan yang usaha-usaha meningkatkan persefahaman dalam kalangan

pelajar dapat dilakukan menerusi Rancangan Integrasi Murid di sekolah-sekolah.

(ii) Aktiviti pendidikan dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan secara konstruktif, kreatif, dan

inovatif oleh para guru-guru.

(iii) Masalah penurunan bekalan daging ayam di bandar-bandar tidak melibatkan semua bandar

di seluruh negara ini tetapi hanya di berapa buah bandar kecil sahaja.

[6 markah]

(e) Berikan maksud peribahasa di bawah ini.

(i) Lembu punya susu, sapi punya nama

(ii) Bagai air titik ke batu

(iii) Makan angin

[6 markah]

Page 22: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

22

SOALAN PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

Page 23: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

23

SOALAN PERCUBAAN NEGERI SELANGOR – SMK SIJANGKANG JAYA

a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada perkataan tersebut. (i) dingin

(ii) diam

(iii) haus [6 markah]

b) Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah

maksud asalnya.

(i) Budak-budak itu mandi di sungai.

(ii) Adik Nurina sedang sakit tenat di hospital.

(iii) Cincin yang bertatahkan berlian itu sungguh cantik.

(iv) Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di taman permainan.

(v) Keadaan suhu di atas Bukit Melawati pada awal pagi sungguh dingin.

(vi) Rumah besar di atas bukit itu tidak berpenghuni sejak sepuluh tahun yang lalu.

[6 markah]

Page 24: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

24

c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Shazwan menghadiahkan ibunya seutas jam tangan kerana meraiekan ibunya yang baru sahaja dinaikkan pangkat.

(ii) Proses pengtinan nenas yang dijalankan di kilang itu menggunakan teknologi tinggi dari negara Jepun.

(iii) Kakak selalu menggunakan losyen melembab muka sebelum dia tidur.

[6 markah]

d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Murid-murid di sekolah itu saling bantu-membantu menjayakan projek Taman Herba di kawasan gersang di belakang kantin sekolah.

(ii) Senarai peserta-peserta yang akan menyertai ekspedisi itu telah diserahkan pada pengetua untuk diluluskan.

(iii) Orang yang berusaha rajin kebanyakannya adalah orang yang tidak mengenal erti kecewa dan

putus asa untuk mencapai segala impiannya. [6 markah]

e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Pada suatu malam ibu telah menyuruhku ke kedai. Kebetulan aku ingin ke rumah Tiara kerana

hendak meminjam buku latihan Sejarah. Aku keluar untuk dua tujuan sekali gus, bagus juga kerana

aku tidak membuang masa. Aku memang rapat dengan Tiara sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Banyak perkara yang kami lakukan bersama, sama ada belajar mahupun bermain. Hubungan kami

begitu erat dan keluarga kami juga akrab. Ibu Tiara terpaksa bekerja keras selepas kematian ayahnya

kerana menyara enam orang anak yang masih bersekolah. Ibunya bekerja sebagai operator

pengeluaran kilang.Untuk menambah pendapatannya dia membuat kuih untuk dihantar ke gerai atau di

kantin tempat dia bekerja. Saya sedih melihat kesukaran hidup keluarga Tiara tetapi Tiara sekeluarga

tentulah lebih sedih lagi tetapi mereka tabah mengharungi hidup.

[6 markah]

Page 25: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

25

SOALAN PERCUBAAN NEGERI TERENGGANU

Page 26: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

26

Page 27: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

27

SOALAN PERCUBAAN YAYASAN ISLAM KELANTAN

Page 28: (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya ... · mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati

28