a - standard guru malaysia (1) -che mi

12
TUGASAN 1 PENULISAN AKADEMIK ( BERKUMPULAN ) - MUHD HARITH FAHMI BIN ABDUL RAHMAN - AHMAD KAMIL BIN MOHD MOKRI - MOHD ASRAF BIN SAPERI Standard Guru Malaysia Apabila bercerita mengenai kerjaya seorang guru ramai yang beranggapan bahawa guru merupakan satu kerjaya yang mudah tidak kira guru tersebut mengajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Namun bukan itu yang ingin dibicarakan tetapi bagaimana guru ini berjaya menjadikan kerjayanya sebagai profesion yang membantu anak-anak didik mereka ini supaya dapat berfikiran kearah kemahiran berfikiran aras tinggi yang bukan sahaja membantu anak murid kita menyelesaikan masalah tetapi dapat membangunkan modal insan yang berjaya bersaing dalam memajukan negara tercinta ini. Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikkan dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengubahsuaian dalam misi dan visi pendidikan. Selari dengan itu, guru merupakan elemen yang paling penting dalam mencorakkan stail pengajaran yang berkesan agar segala matlamat dalam dunia pendidikan dapat dicapai secara optimum. Ledakan dunia sains dan teknologi pada masa kini menambahkan lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam menentukan mod pengajaran yang baik. Sekiranya satu ketika dahulu tugas utama guru adalah sebagai penyampai pengajaran namun pada masa kini guru lebih bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum kita menerajui dengan lebih dalam lagi apa yang perlu di upgradedalam membentuk ciri ciri guru masa kini yang memenuhi Standard Guru Malaysia, kita perlu memahami perkara asas yang perlu untuk kita terapi dalam diri kita sebelum melaksanakan perubahan lain. Apabila diberitakan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini di khalayak, masih ramai yang tidak mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa itu Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) walaupun mereka ini belajar dari kecil lagi sehinggalah dewasa namun masih ramai yang masih tidak mengerti tentang falsafah ini. Kebanyakkan dari mereka ini bukan tidak tahu tetapi kurang diberi pendedahan yang mana pendedahan ini amat penting kerana ia merupakan langkah awal kepada

Upload: naim7641867

Post on 14-Jul-2016

228 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

3

TRANSCRIPT

Page 1: A - Standard Guru Malaysia (1) -Che Mi

TUGASAN 1

PENULISAN AKADEMIK ( BERKUMPULAN )

- MUHD HARITH FAHMI BIN ABDUL RAHMAN

- AHMAD KAMIL BIN MOHD MOKRI

- MOHD ASRAF BIN SAPERI

Standard Guru Malaysia

Apabila bercerita mengenai kerjaya seorang guru ramai yang beranggapan bahawa guru

merupakan satu kerjaya yang mudah tidak kira guru tersebut mengajar sekolah rendah

mahupun sekolah menengah. Namun bukan itu yang ingin dibicarakan tetapi bagaimana

guru ini berjaya menjadikan kerjayanya sebagai profesion yang membantu anak-anak didik

mereka ini supaya dapat berfikiran kearah kemahiran berfikiran aras tinggi yang bukan

sahaja membantu anak murid kita menyelesaikan masalah tetapi dapat membangunkan

modal insan yang berjaya bersaing dalam memajukan negara tercinta ini.

Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu,

perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikkan

dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengubahsuaian dalam misi

dan visi pendidikan. Selari dengan itu, guru merupakan elemen yang paling penting dalam

mencorakkan stail pengajaran yang berkesan agar segala matlamat dalam dunia pendidikan

dapat dicapai secara optimum. Ledakan dunia sains dan teknologi pada masa kini

menambahkan lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam menentukan mod

pengajaran yang baik. Sekiranya satu ketika dahulu tugas utama guru adalah sebagai

penyampai pengajaran namun pada masa kini guru lebih bertindak sebagai fasilitator atau

pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum kita menerajui dengan lebih dalam lagi apa yang perlu di “upgrade” dalam

membentuk ciri – ciri guru masa kini yang memenuhi Standard Guru Malaysia, kita perlu

memahami perkara asas yang perlu untuk kita terapi dalam diri kita sebelum melaksanakan

perubahan lain. Apabila diberitakan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini di

khalayak, masih ramai yang tidak mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa itu Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) walaupun mereka ini belajar dari kecil lagi sehinggalah

dewasa namun masih ramai yang masih tidak mengerti tentang falsafah ini. Kebanyakkan

dari mereka ini bukan tidak tahu tetapi kurang diberi pendedahan yang mana pendedahan ini

amat penting kerana ia merupakan langkah awal kepada penerapan elemen-elemen yang

Page 2: A - Standard Guru Malaysia (1) -Che Mi

menjadi pemangkin kepada kemajuan negara kita ini. Sebagai contoh, pendidik yang

mengajar anak didik mereka ini tidak diberi masa tertentu dalam jadual pengajaran mereka

ini tentang pendedahan elemen-elemen ini yang mana penerapan ini tidak dapat dijalankan

secara sempurna dan diserapkan dengan baik oleh para pelajar. Disebabkan itu, bagi

mengelakkan daripada perkara ini berulang maka Kementerian Pendidikan telah mengambil

inisiatif untuk menerapkan elemen-elemen ini dalam diri guru dan menjadikan guru sebagai

role model kepada para pelajar. Bak kata peribahasa “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan membawa maksudnya tersendiri iaitu pendidikan di

Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Berdasarkan

dari FPK ini dapat kita lihat tujuan falsafah ini digubalkan yang bertujuan untuk membentuk

peribadi warganegara yang seimbang. Ia juga untuk menjadikan insan tersebut dapat

menghayati ilmu pengetahuan yang diberikan,berakhlak mulia danteguh dalam agama. Hal

ini adalah untuk menjadikan mereka iaitu waganegara Malaysia supaya mempunyai fikiran

dan jiwa yang tenteram disamping mempunyai ketahanan diri dari segi mental dan fizikal dan

seterusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna.

Selain itu, falsafah ini juga memberi fahaman individu tentang alam sekeliling dan

tingkahlaku manusia dan membentuk pekerja yang positif,cekap dan bertanggungjawab

dalam memenuhi keperluan Negara dalam memperkembangkan potensi secara menyeluruh

dan bersepadu yang merangkumi pemupukkan sahsiah secara lengkap. Disamping itu,

membentuk individu yang boleh menerima dasar demokrasi, membentuk individu yang

berdaya usaha serta membentuk bangsa Malaysia yang menjadikan Rukun Negara sebagai

panduan hidup. Hal ini adalah bagi mananamkan semangat setia kepada Negara atau

patriotisme dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan

dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan

masyarakat berbilang bangsa disamping menjadi “centre of attraction” disebabkan

kedudukannya yang strategik disamping mempunyai pelbagai tarikan yang tiada di negara

lain. Semangat perpaduan ini adalah bagi menunjukkan kekuatan Negara kita yang

walaupun mempunyai pelbagai bangsa namun masih boleh berdiri sama tinggi dengan

Negara lain.

Page 3: A - Standard Guru Malaysia (1) -Che Mi

Dalam menjayakan falsafah ini terdapat beberapa perkara yang ditekankan iaitu melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Dalam hal ini, masyarakat ditekan agar lebih

gemar membaca supaya dapat menambah ilmu pengetahuan dan menanamkan semangat

mencintai ilmu pengetahuan dalam diri. Seterusnya, melahirkan rakyat Malaysia yang

berketrampilan yang mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas dengan cekap dan

sempurna serta layak dengan tugas yang diberikan. Di samping itu, ia bertujuan mencapai

kesejahteraan diri yang mana adalah untuk mewujudkan fikiran yang waras serta

mewujudkan perhubungan yang baik.

Setelah menelusuri liku-liku dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka kita menyelusuri

pula tentang Standard Guru Malaysia yang mana ia juga memainkan peranan yang sangat

penting dalam pembangunan modal insan unggul yang mana modal insan ini mempunyai

cirri – ciri yang diperlukan dalam membangunkan Negara dalam persaingan yang semakin

kuat ini dalam menjadi sebuah Negara maju bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Dalam

menjadi sebuah Negara maju ini maka faktor-faktor penting seperti ekonomi, politik,

pendidikan perlu diambil kira dalam hal ini kerana ia merupakan penggerak atau generator

kepada sesebuah Negara yang maju di mata dunia.

Dalam melahirkan modal insan unggul ini antara perkara utama yang perlu diambil kira ialah

dari pendidikan itu sendiri dimana pendidikan merupakan satu medium bagi penyampaian

ilmu yang berguna bagi menjadi Negara maju ini lebih – lebih lagi dalam penerapan nilai-

nilai murni ini. Sehubungan dengan itu juga pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil

jalan awal dalam melahirkan modal insan unggul ini dengan mengubah sikap pelajar ini dari

negatif kepada positif melalui beberapa siri yang dijalankan di sekolah – sekolah.

Usia semakin hari semakin tinggi, semakin lama semakin meniti zaman ketuaan. Namun itu

bukan menjadi penghalang kepada Kementerian yang sudah lama wujud bagi membantu

melahirkan modal insan ini. Bagi mengembalikan kejayaan sama ini, pihak Kementerian

telah memutuskan untuk mewujudkan satu standard dimana ia mempunyai persamaan

standard yang jitu yang boleh menaikkan modal insan unggul setanding dengan negara maju

lain seperti Jepun, Amerika dan Cina dan mampu mengubah nasib negara pada masa akan

datang.

Oleh sebab itu, Standard Guru Malaysia (SGM) ini telah diwujudkan bagi membentuk

peribadi guru yang unggul kerana ianya seperti aur dengan tebing yang saling memerlukan

antara satu sama lain. Ini membawa maksud bahawa perkara ini saling berkait rapat dimana

apabila guru tersebut mempunyai peribadi serta standard yang menepati SGM ini maka

secara tidak langsung mahupun secara langsung telah menyebabkan para guru ini mendidik

anak muda dari awal persekolahan sehinggalah zaman akhirnya. Perkara ini bukan sahaja

Page 4: A - Standard Guru Malaysia (1) -Che Mi

terhenti sesudah pelajar ini berhenti sekolah namun ianya berterusan kerana telah terpupuk

sejak kecil lagi dan menjadi amalan kepada mereka ini. Dengan adanya Standard Guru

Malaysia ini juga para pendidik akan dapat menerapkan pengetahuan dan pemahaman

mereka ini dengan lebih berkesan lagi dan dapat menjamin produk yang berkualiti dengan

hasil tempatan. Justeru itu, SGM ini membantu para guru supaya menerapkan standard ini

dalam diri mereka dan seterusnya diambil input ini oleh para pelajar kerana guru itu umpama

“role-model” kepada para pelajar yang masih belum mengenali dunia luar yang penuh

dengan input-input negatif dan bahaya dalam melahirkan modal insan unggul ini.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat

menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,

berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan

negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis

dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru,

mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang

sering berubah dari masa ke semasa.

Standard Guru Malaysia (SGM) ini merupakan agenda utama Kementerian Pendidikan

Malaysia dalam membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan mengikut acuan

Malaysia iaitu acuan anak buah tempatan. Ini bagi menunjukkan bahawa hasil tangan anak

tempatan mampu membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia yang mana mampu

untuk memberi saingan kepada negara - negara lain. Guru yang merupakan penggerak

dalam bidang pendidikan perlu mencapai kompetensi profesional dalam aspek amalan nilai

profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan

pembelajaran. Disamping itu juga, SGM digubal bagi mengenal pasti penyediaan dan

pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi atau institut latihan perguruan bagi menjamin

tahap kompetensi guru yang ditetapkan ini tercapai dan selaras dengan Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang memartabatkan profesion keguruan. Dengan

bergubalnya SGM ini maka ia dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan

pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran

semasa dunia pendidikan.

Dalam setiap perkara yang dibuat mestilah mempunyai sebab atau kerasionalannya

terhadap perkara yang dikaji. Hal ini bertepatan dengan Standard Guru Malaysia yang mana

mempunyai sebab musabab akan ia diwujudkan terutamanya dalam memberikan kesan

serta suntikan kepada guru. Kerasionalan SGM digubalkan adalah guru selaku pendidik

perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan amalan

kefahaman serta kemahiran P&P. Selain itu, ia bagi memastikan agensi dan institusi latihan

Page 5: A - Standard Guru Malaysia (1) -Che Mi

perguruan menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap serta memastikan KPM untuk

melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru sebagai showcase kepada

pembangunan modal insan ini. Standard ini juga menggariskan kriteria dan standard am

guru selaras dengan Malaysian Qualification Framework (MQF) yang menggariskan kriteria

dan standard am pendidikan tinggi dimana ia menunjukkan apa yang patut dan tidak patut

dalam bidang pendidikan ini.

Dalam memastikan Standard Guru Malaysia ini dapat digunapakai oleh pihak dalam bidang

pendidikan maka ia secara dalam bentuk dokumen rujukan yang membawa maksud bahawa

dokumen ini perlu menjadi rujukan bagi pihak tersebut dalam memenuhi standard yang

ditetapkan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Antara pihak-pihak

yang menggunapakai perkara ini adalah guru, pendidik guru di Institusi Latihan Perguruan,

Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan, Guru Besar dan Pengetua Sekolah

serta Agensi Latihan Perguruan.

Dalam merealisasikan Standard Guru Malaysia ini,guru selaku pendidik di sekolah-sekolah

perlu membuat rujukan kepada SGM ini dalam apa jua urusan yang melibatkan pendidikan.

Dalam mengikuti standard guru malaysia ini, guru perlu membuat refleksi kendiri terhadap

tahap pencapaian standard dan mengenalpasti keperluan pembangunan profesionalisme

diri. Hal ini perlu bagi memastikan guru-guru mempunyai sikap untuk menaiktaraf hidup

mereka ini menjadi lebih baik terutamanya dalam menyampaikan ilmu-ilmu ini. Seterusnya,

kita lihat pula pada pendidik guru di Institusi Latihan Perguruan iaitu pensyarah yang

mendidik guru-guru praperkhidmatan dan juga guru-guru dalam perkhidmatan di mana

pensyarah perlu mendidik guru-guru ini dengan teratur dan diterapkan dengan input-input

baharu yang kini banyak perubahan dasar pendidikan yang menekankan aspek kemahiran

berfikir aras tinggi ini. Dalam pada itu juga pendidik guru perlu untuk mengenalpasti

profesionalisme diri dan juga membuat refleksi kendiri terhadap pencapaian standard.

Disamping itu, pendidik guru perlu untuk mengenalpasti tahap pencapaian standard oleh

guru pelatih supaya mencapai tahap yang diinginkan terutamanya guru pelatih

praperkhidmatan dan guru dalam perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai kursus masa cuti.

Setelah mengenalpasti standard guru pelatih ini maka pendidik guru perlu untuk

mengenalpasti strategi bagi membantu guru pelatih dalam meningkatkan pencapaian

standard yang dikehendaki.

Bagi pihak pengurus dan pentadbir Institusi Latihan Perguruan ini, mereka juga perlu

mengenalpasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus disamping

menyediakan tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi. Pihak

pengurus dan pentadbir hendaklah mengenalpasti strategi baru bagi meningkatkan tahap

Page 6: A - Standard Guru Malaysia (1) -Che Mi

pencapaian standard dan keperluan guru pelatihdimana dua perkara ini amat penting bagi

melahirkan guru-guru yang mempunyai kompetensi dalam profesion mereka. Bagi guru

besar dan pengetua sekolah pula satu inisiatif baru dalam perangkaan strategi yang bukan

sahaja dapat meningkatkan tahap pencapaian guru malah membantu mereka dalam

mengemaskini cara P&P yang berkesan seterusnya membantu guru dalam mencapai

Standard Guru Malaysia . Bagi agensi latihan perguruan seperti UPSI dan universiti-

universiti yang menawarkan kursus pendidikan ini perlu memainkan peranannya dalam

membentuk sahsiah guru yang baik yang membantu mengenalpasti tahap pencapaian

standard oleh guru pelatih dan peserta kursus. Selain itu, SGM ini dapat mengenalpasti

tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan agensi tersebut yang akan digunapakai oleh

peserta kursus. Disini ia dapat mengenalpasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan

guru yang boleh dibuat penambah baikkan.

Sesungguhnya, dalam setiap dasar yang digubal perlu ada elemen-elemen penting yang

merupakan faktor utama wujudnya sesuatu dasar malah sebagai penggerak kepada dasar

tersebut. Dalam SGM ini terdapat beberapa elemen-elemen penting yang perlu dipandang

serius dalam membentuk jati diri para pelajar disamping membantu untuk menambah

baikkan dasar sedia ada dalam membentuk profesionalisme guru. Elemen atau lebih dikenali

sebagai standard ini mempunyai beberapa peringkat dimana bagi setiap peringkat yang

wujud ini tidak sama dengan peringkat-peringkat lain. Dalam SGM ini terdapat tiga standard

yang perlu dirujuk oleh para guru. Standard pertama ialah amalan nilai profesionalisme

keguruan, standard kedua ialah pengetahuan dan kefahama manakal standard ketiga ialah

kemahiran P&P.

Bagi standard pertama ini iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan ini pula terbahagi

kepada tiga pecahan atau dikenali sebagai domain yang mana domain ini mempunyai

domain yang merujuk kepada domain diri, domain profesion dan domain sosial. Bagi

standard pertama untuk domain diri ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia

ada dan patut dikembangkan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Dalam hal

ini ia merujuk kepada nilai-nilai jati diri atau nilai murni yang ada dalam diri para guru yang

mana penerapan nilai murni ini mempengaruhi ciri-ciri standard serta keberkesanan guru

tersebut dalam menyampaikan perkara yang diajar. Contohnya, penerapan nilai ini dalam diri

guru akan mendorong untuk guru menunjukkan ciri-ciri tersebut lantas memberikan contoh

teladan kepada para pelajar kerana bak kata peribahasa “bagaimana acuan begitulah

kuihnya”. Antara nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada

Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa,

daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal

dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien. Nilai-nilai ini diambil bagi membantu para

Page 7: A - Standard Guru Malaysia (1) -Che Mi

guru untuk lebih berkesan dalam profesion keguruan kerana hal ini bukan sahaja memberi

impak kepada diri sendiri malah kepada masyarakat sekeliling. Bagi nilai kepercayaan

kepada Tuhan ini merupakan satu nilai dimana pengamalan nilai ini membantu para guru

untuk lebih membentuk jati diri serta membersihkan hati dari sikap-sikap kurang baik yang

mana ia mampu untuk membentuk perilaku para guru.

Amanah dan ikhlas pula merujuk kepada apabila hati kita sudah bersih dari perkara negatif

ini maka nilai ini akan timbul dalam diri dan seterusnya ilmu yang disampaikan dapat sampai

dalam diri para pelajar. Dalam domain ini juga menerangkan akan tahan lasak, cergas, aktif

dan sihat yang mana ia mampu untuk merubah hidup guru untuk lebih peka serta dalam

masa yang sama juga ia mampu untuk membentuk sahsiah guru yang mampu untuk

bergerak aktif dan berkolaborasi dengan para pelajar agar sentiasa cergas. Sebagai contoh,

guru yang aktif untuk melaksanakan kegiatan yang mengeluarkan peluh ini akan mendorong

diri mereka ini untuk melaksanakan P&P dengan berkesan yang bukan sahaja dapat

membantu para pelajar malah memperbaiki diri sendiri disamping penerapan nilai-nilai murni

ini. Bagi kemahiran interpersonal dan intrapersonal ini pula membawa maksud bahawa nilai

ini digunapakai dalam membuat refleksi kendiri serta muhasabah diri yang mana ia mampu

untuk menilai seseorang agar guru mampu untuk menilai diri seseorang itu dalam

menangani hal-hal kendiri yang akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu.

Semangat sukarela ini juga ditekankan bagi menunjukkan semangat berpasukan yang mana

ia mampu untuk membentuk nilai kendiri bagi setiap guru agar lebih efektif dalam

berkolaborasi.

Seterusnya ialah domain yang kedua iaitu domain profesion yang merujuk kepada

pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya

sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah

kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja

sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif. Bagi nilai kecintaan terhadap profesion ini ialah guru

perlu untuk melahirkan rasa cinta kepada nilai ini agar dapat menjadi seorang guru yang

berkaliber dalam melakukan kerja yang mana ia amat ditekankan terutamanya dalam

kemenjadian seorang guru. Kemudian, nilai berketerampilan dan integriti ini juga ditekankan

dalam domain ini. Nilai berketerampilan ini merujuk kepada imej guru yang mempamerkan

imej seorang guru dan tidak mempamerkan imej bagi seorang jurutera. Nilai integriti pula

merujuk kepada amanah, telus dan bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja yang

diberikan. Nilai ini amat penting bagi mewujudkan satu suasana atau keadaan dimana

kawasan tempat kerja ini menjadi satu medan yang memberikan keselesaan dalam

melaksanakan kerja yang diberikan justeru suasana aman dan tenteram tanpa ada penipuan

dapat dielakkan di tempat kerja. Domain profesion ini juga mengamalkan kerja sepasukan

Page 8: A - Standard Guru Malaysia (1) -Che Mi

dimana guru perlu mewujudkan kolaborasi antara satu sama lain supaya budaya kerja dapat

diterapkan dalam diri dan bekerja secara efektif dan efisian. Domain ini juga menekankan

aspek kreatif dan inovatif dimana guru perlu lebih berfikiran ke arah kekreatifan dan

berinovatif selari dengan negara maju menjelang 2020.

Domain Sosial pula merujuk kepada satu medan atau medium sosial yang mana guru

memainkan peranannya dalam mewujudkan satu suasana dimana guru berperanan sebagai

agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut

diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat,

patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. Nilai-nilai yang dinyatakan seperti

keharmonian dan kemahiran sosial amat penting kerana ia melambangkan serta

mempamerkan imej sebagai seorang guru seterusnya melahirkan suasana yang ceria di

medium P&P ini. Dengan adanya domain ini semangat bermasyarakat dapat diterapkan

dalam diri lantas membantu para guru untuk lebih terbuka kepada masyarakat dan

memudahkan para pelajar untuk mengakses kepada guru mereka disebabkan keramahan

guru tersebut. Nilai kecintaan terhadap alam sekitar ini juga dapat diterapkan dalam diri guru.

Hal ini kerana apabila guru ini mencintai alam sekitar maka nilai kasih sayang dapat dipupuk.

Disini nilai kasih sayang ini bukan sahaja dapat diterapkan dalam diri kepada tumbuhan

malah kasih pada haiwan yang mana ia mampu untuk menerapkan nilai menjaga serta

menghargai alam sekitar ini.

Standard yang kedua ialah pengetahuan dan kefahaman iaitu guru yang memiliki dan

menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan

tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Dalam hal ini

terdapat beberapa bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru terutamanya falsafah,

matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini akan menyebabkan guru tersebut tahu kemana harus mereka ini

berpegang pada sesuatu kerana tanpa adanya pegangan ini maka guru tersebut akan

terapung-apung tanpa ada arah tuju. Ini bermaksud bahawa penekanan aspek ini adalah

bagi memastikan guru tahu apa yang diajarnya serta mempunyai garis panduan untuk diikuti.

Seterusnya ialah falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran,

dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan. Dalam hal

ini, aspek yang diberi penekanan ialah dalam bidang kokurikulum dimana kini merupakan

salah satu perkara yang dititik beratkan samada guru mahupun pelajar. Guru selaku

generator perlu memotivasikan diri untuk menjayakan kokurikulum ini kerana dalam

melahirkan modal insan ini keseimbangan amat penting yang terdiri daripada kurikulum dan

Page 9: A - Standard Guru Malaysia (1) -Che Mi

juga kokurikulum ini. Dalam hal ini, aspek yang diberi penekanan ialah dalam bidang

kokurikulum dimana kini merupakan salah satu perkara yang dititik beratkan samada guru

mahupun pelajar. Disamping itu, dalam memastikan Standard Guru Malaysia ini menepati

piawai standard kedua iaitu pengetahuan dan kefahaman ini maka standard kandungan

mata pelajaran yang diajarkan di sekolah ditetapkan dan mempunyai silibus yang ditetapkan

sebagai rujukan kepada para guru agar tidak terpesong dari apa yang diajar. Dalam

kandungan mata pelajaran yang diajarkan ini juga mempunyai standard yang merangkumi

tahap pemikiran kreatif dan inovatif yang mana ia mampu untuk melahirkan para pelajar

yang lebih maju kehadapan. Dalam standard ini juga terdapat kandungan ilmu pendidikan

yang mana ia mempunyai nilai-nilai kependidikan yang mana ia merangkumi  Ilmu

Pendidikan Sebagai Ilmu Normatif dan Ilmu Pendidikan sebagai Ilmu yang Bersifat Teoritis

dan Praktis. Dalam hal ini, nilai yang dijunjung tinggi ini dijadikan norma untuk menentukan

ciri-ciri manusia yang ingin dicapai melalui praktik pendidikan. Nilai-nilai ini tidak diperoleh

hanya dari praktik dan pengalaman mendidik, tetapi secara normatif bersumber dari norma

masyarakat, norma filsafat dan pandangan hidup, malah dari keyakinan keagamaan yang

dianut oleh seseorang. Disebabkan ilmu ini tidak boleh didapati dari pembelajaran dan pratik

ketika mendidik maka standard telah menekan aspek ini bagi memastikan guru mempunyai

nilai-nilai sebegini bagi memudahkan sistem pembelajaran yang teratur dan mampu untuk

melaksanakan sistem ini dengan lebih baik dan efektif disamping menerapkan ilmu ini dalam

diri tanpa paksaan.

Seterusnya dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber

pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum pula mengetengahkan

bagaimana penerapan ilmu keteknologian ini membantu guru dalam pendidikan. Jelasnya

dalam menghadapi negara yang semakin membangun dan pesat dengan pelbagai gajet-

gajet ini maka ilmu berkenaan teknologi ini diambil kira dalam membangunkan pendidikan

berasaskan teknologi yang mana ia merupakan salah satu cara bagi melahirkan pelajar yang

berfikiran kreatif. Pengamalan (TMK) ini mampu untuk merealisasikan hasrat negara dalam

menjadi negara maju menjelang 2020. Standard ini juga mampu untuk melahirkan guru yang

kreatif dalam melaksanakan P&P dimana penggunaan teknologi ini akan menarik minat para

pelajar. Menurut Apple Reports Of Education (1989) dalam Yusuf Hashim (1997)

menyatakan pencapaian pelajar dalam pengajaran kognitif menggunakan teknologi

multimedia adalah lebih baik daripada pengajaran tradisional. Sebagai contoh, guru yang

mengajar matematik di sekolah menggunakan papan hitam bagi melukis bentuk-bentuk

geometri yang mana ia mampu untuk menunjukkan sesuatu pada bentuk 2 dimensi

berbanding komputer yang mampu menunjukkan bentuk 3 dimensi yang mana ia bolehh

bergerak dan ini akan mendorong para pelajar untuk berfikir bagaimana bentuk-bentuk

Page 10: A - Standard Guru Malaysia (1) -Che Mi

tersebut menjadi sedemikian lantas menggalakkan mereka ini berfikir. Seterusnya, aspek

yang diambil kira ialah strategi dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Perkara ini diambil kira bagi memastikan para guru tahu bagaimana kaedah ataupun cara

bagi menghasilkan satu suasana pelajaran yang akan membantu para pelajar untuk lebih

memahami apa yang diajar. Seperti yang kita tahu kondusi tempat belajar yang bersih akan

mendatangkan pemikiran yang baik namun begitu bagi memantapkan lagi apa yang sedia

ada ini maka penekana aspek ini penting dalam usaha kerajaan menjadikan guru sebagai

pembimbing dan perancang. Kemudian kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan

tindakan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kaedah

ini bukan sahaja mengetahui sejauh mana tahap pemikiran seseorang guru itu malah

membantu para pelajar untuk lebih faham tentang pengisian subjek yang diajar. Kaedah ini

juga dapat membantu para guru untuk lebih kreatif serta memudahkan kerja di kemudian

hari. Sebagai contoh, guru yang sudah melaksanakan kaedah ini akan lebih bermotivasi

terutamanya dalam p&p yang mana ia akan membantu guru melalui apa yang perlu

ditambah dan dikurangkan dalam sesi pengajaran ini. Selain itu, standard seterusnya ialah

potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu. Dalam

konteks ini nilai ini ditekan bagi melahirkan guru yang bermotivasi serta sentiasa tahu apa

yang kurang dalam pendidikan. Disini guru akan dapat mengenali potensi murid itu sendiri

terutamanya dalam menangani isu pelajar zaman kini yang cenderung untuk bermain

permainan video. Standard ini membolehkan guru tahu tentang kelebihan dan kekurangan

pelajar mereka dan seterusnya membantu para pelajar untuk mengembangkan bakat

mereka ini secara menyeluruh.

Seterusnya ialah kemahiran pengajaran dan pembelajaran iaitu standard ini memfokuskan

kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan

pembelajaran akademik dan kokurikulum. Dalam standard ini menekankan aspek kemahiran

itu sendiri iaitu kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan sukatan pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan,

pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid. Kemahiran ini membolehkan

para guru untuk lebih berfikiran terbuka serta membantu untuk memanfaatkan masa yang

ada dan menghasilkan impak yang besar dalam pendidikan masa kini yang mementingkan

penjimatan iaitu modal kecil tetapi hasil besar. Kemudian, kemahiran melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan

teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

Page 11: A - Standard Guru Malaysia (1) -Che Mi

Aspek ini juga membantu guru supaya dilengkapi dengan pelbagai jenis kemahiran kerana

kemahiran-kemahiran inilah yang akan membantu perkembangan diri iaitu guru dan para

pelajar dalam merealisasikan wawasan 2020.

Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid. Guru yang

mempunyai standard ini mampu untuk mengesan kelemahan dan kelebihan yang ada pada

diri dan mampu untuk memperbaikinya dengan segera. Contohnya, guru akan membuat

refleksi kendiri bersama pelajar itu sendiri mengenai pemahaman pelajar terhadap subjek

yang diajar di akhir kelas. Ini bagi memudahkan guru untuk melakukan penambahbaikkan

terhadap kaedah pengajaran mereka ini. Akhir sekali dalam standard ketiga ini ialah

kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa,

ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Dalam

konteks ini ia merujuk kepada faktor-faktor yang mendorong diri guru ini dalam

melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan terutamanya dalam mengesan faktor yang

boleh menganggu pemahaman seseorang pelajar itu sendiri. Contoh yang boleh kita cungkil

dalam kemahiran mengurus bilik darjah ini ialah dalam melakukan pembelajaran yang

berkesan ini maka faktor kelas itu sendiri memainkan peranannya kerana kelas yang tidak

ceria akan menyebabkan para pelajar terdorong kepada kengantukan di dalam kelas.

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut

dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada

warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama

dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru

Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi

dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta

kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta melahirkan modal insan

unggul ini dengan jayanya menjelang tahun 2020.