900-1-pencemaran

19

Upload: russlan-ssvs

Post on 21-Jan-2018

6.757 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

SEPINTAS LALU…

LATIHAN 1

SOALAN

Pembuangan sisa pertanian mencetuskan pencemaran

alam. Sebenarnya, sisa pertanian dapat digunakan untuk

menghasilkan bahan dan barangan yang mendatangkan

manfaat kepada kita. Bincangkan kaedah-kaedah

pengurusan sisa pertanian untuk menghasilkan bahan

dan barangan yang berguna.Sumber: Teks Pra-U STPM Pengajian Am Penggal 1, Longman Pearson

Gerakerja

1. Tafsirkan soalan di atas (Teknik KFS-Takso)

2. Definisi “sisa pertanian”

3. Sesi Brainstorming (Isi dan Huraian)

4. Tulis Esei Penuh (40 minit)

LATIHAN 2

SOALAN

Manusia rakus mengeksploitasi khazanah alam sehingga

sumber alam kian pupus dan pencemaran alam semakin

kronik. Kini, muncul kesedaran untuk menyelamatkan

dan memelihara sumber alam melalui kempen kitar

semula barangan buangan dan barangan terpakai.

Berikan alasan anda untuk menjelaskan pentingnya

mengitar semula baragan buangan da barangan terpakai.Sumber: Teks Pra-U STPM Pengajian Am Penggal 1, Longman Pearson

Gerakerja

1. Tafsirkan soalan di atas (Teknik KFS-Takso)

2. Definisi “kitar semula” dan “guna semula”

3. Sesi Brainstorming (Isi dan Huraian)

4. Tulis Esei Penuh (40 minit)

LATIHAN 3

SOALAN

Alam sekitar negara kita semakin tercemar akibat

pembuangan sisa toksik dan bahan yang tidak mudah

reput seperti plastik, kaca, dan alumunium. Masalah ini

jika tidak diselesaikan dengan segera, akan

mendatangkan masalah pencemaran yang lebih serius

kepada negara. Bincangkan cara-cara terbaik untuk

menangani masalah ini.Sumber: Teks Pra-U STPM Pengajian Am Penggal 1, Longman Pearson

Gerakerja

1. Tafsirkan soalan di atas (Teknik KFS-Takso)

2. Definisi “sisa toksik dan bahan yang tidak mudah reput”.

3. Sesi Brainstorming (Isi dan Huraian)

4. Tulis Esei Penuh (40 minit)

GERAKERJA – LATIHAN 3

1. Pentafsiran Soalan – KFS Takso

• Kenalpasti

- Jenis / Bentuk soalan – Soalan tersurat

- Isu Utama – Pencemaran alam sekitar

- Isu Spesifik – Ancaman pencemaran alam sekitar yang semakin

serius (meningkat) berpunca daripada pembuangan sisa pepejal

dan sisa toksik.

• Fahami

- Kata tugas – Kemukakan…

- Emphasis – cadangan untuk mengatasi ….masalah pembuangan

sisa pepejal dan sisa toksik

- Fokus / Bahagian Jawapan – 1bahagian (sebab 1 kombinasi

emphasis sahaja)

• Senaraikan ( Isi cadangan – berasaskan emphasis)

- 5 Isi / Huraian – “cadangan mengatasi”

i) Pengurusan sisa pepejal bersepadu

ii) Mencari kegunaan alternatif

iii) Membina loji pelupusan

iv) Kemajuan sains dan teknologi

v) Penguatkuasaan undang-undang dengan lebih ketat

TAJUK-TAJUK ESEI PENGGAL 1

1. Alam sekitar - pencemaran

2. Aktiviti cetak rompak

3. Kemasukan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin)

4. Pelanunan

5. Jenayah pemerdagangan manusia

6. Rompakan

7. Integriti dalam sektor awam – rasuah

8. Isu berkaitan sukan

9. Ibu tunggal

10. Isu berkaitan pemimpin dan kepemimpinan

11. Inflasi dan isu kewangan

12. Isu globalisasi

Aspek perbincangan

Cabaran

Punca

Penyelesaian

LATIHAN DALAM KELAS

SOALAN

Ruang udara negara kita semakin tercemar akibat

pembuangan sisa-sisa toksik ke udara oleh manusia

sendiri. Masalah ini jika tidak diselesaikan dengan

segera, akan mendatangkan masalah pencemaran yang

lebih serius kepada negara. Bincangkan punca-punca

pencemaran udara dan kesan-kesannya terhadap

masyarakat dan negara.

Gerakerja

1. Tafsirkan soalan di atas (Teknik KFS-Takso)

2. Berikan contoh “sisa-sisa toksik ke udara”.

3. Sesi Brainstorming (Isi dan Huraian)

4. Tulis Esei Penuh (40 minit)

GERAKERJA – LATIHAN DALAM KELAS

1. Pentafsiran Soalan – KFS Takso

• Kenalpasti

- Jenis / Bentuk soalan – Soalan tersurat

- Isu Utama – Pencemaran Udara di Malaysia

- Isu Spesifik – Ancaman terhadap ruang udara akibat

pencemaran yang semakin serius (meningkat) berpunca

daripada pembuangan dan pelepasan sisa toksik.

• Fahami

- Kata tugas – Bincangkan…

- Emphasis

i. Punca-punca

ii. Kesan-kesan terhadap “masyarakat” dan “negara”

- Fokus / Bahagian Jawapan – 2 bahagian (sebab 2 kombinasi

emphasis)

- Kombinasi Isi / Huraian: 3P, 2K (1KM, 1KN)

• Senaraikan ( Isi cadangan – berasaskan emphasis)

- 5 I/H – “cadangan mengatasi”

i) Aktiviti perindustrian dan pembangunan

ii) Asap daripada kenderaan bermotor

iii) Pembakaran terbuka (open burning)

iv) Menjejaskan kesihatan masyarakat

v) Ekonomi negara terjejas – pelabur asing kurang

LATIHAN DALAM KELAS

PENGENALAN

Belakangan ini, ruang udara Malaysia semakin

terancam akibat masalah pencemaran udara yang semakin

serius. Pada dasarnya, berlakunya pencemaran udara ini

disebabkan oleh beberapa punca dan mendatangkan

pelbagai kesan terhadap masyarakat dan negara.

ISI / HURAIAN 1 – PUNCA 1

Salah satu punca kepada masalah pencemaran udara

di Malaysia ialah aktiviti perindustrian dan pembangunan.

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada

industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga

getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah

menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas

organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk.

Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang

mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen

dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan

asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon.

Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara

dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Jelaslah, pelepasan

bahan toksik ke udara daripada aktiviti perindustrian dan

pembangunan mencemarkan udara dan berpotensi besar

mendatangkan pelbagai kesan buruk.

ISI / HURAIAN 1 – PUNCA 2

Selain itu, asap daripada kenderaan bermotor juga

merupakan punca pencemaran udara di negara ini.

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan

bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan

kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan

hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api

fosil, yang menghasilkan asap beracun yang membawa

kesan buruk kepada keadaan setempat. Di dalam sektor

pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama

kepada pencemaran udara. Dalam tahun 2004, 14 juta

kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali

ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus

meningkat dari tahun ke tahun dan akan memburukkan lagi

keadaaan. Pertambahan bilangan kenderaan bermakna

kandungan asap yang beracun dalam udara semakin tinggi.

ISI / HURAIAN 1 – PUNCA 3

Seterusnya, pembakaran terbuka (open burning) juga

boleh dikategorikan sebagai punca kepada berlakunya

pencemaran udara. Hal ini jelas berikutan pembakaran

pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk

tujuan pertanian seperti penanaman semula. Jika dilihat

dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat

baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka

yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh

menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Pembakaran

secara terbuka mengakibatkan pengumpulan asap di udara di

samping partikel-partikel lain terapung dalam udara seperti

debu dan jelaga membentuk suatu gumpalan awan hitam

yang bersifat toksik dan membahayakan kesihatan

penduduk. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran

secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa

kepada pencemaran alam sekitar serta sekaligus turut

menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

ISI / HURAIAN 1 – KESAN 1

Pencemaran udara telah meninggalkan pelbagai

kesan, terutamanya kepada masyarakat dan negara. Dalam

konteks masyarakat, pencemaran udara akan mula memberi

kesan yang buruk dari segi kesihatan penduduk. Udara yang

memerangkap bahan tercemar di dalamnya akan memasuki

hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui

trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat

meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan

begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar seperti

Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan

pendarahan pulmonari. Fenomena yang berlaku lama

kelamaan akan menjejaskan kualiti kesihatan

masyarakat, dan jika tidak dibendung akan menjejaskan

peranan masyarakat sebagai unit yang penting dalam

sesebuah negara.

ISI / HURAIAN 1 – KESAN 2

Dalam konteks kesan pencemaran udara terhadap

negara, tempias kesan buruk pencemaran udara boleh dirasai

dan mempengaruhi sektor ekonomi yang merupakan tunjang

pembangunan negara. Sebagai contoh, jerebu (haze) yang

sering berlaku telah mempengaruhi aktiviti ekonomi seperti

pelancongan. Sektor pelancongan terjejas teruk akibat jerebu

di mana pelancong akan merasakan negara ini sebagai tidak

selamat dari segi kesihatan untuk dikunjungi. Jika ia

berlaku, negara akan hilang sumber pendapatan pada kadar

yang tinggi. Sektor pertanian negara juga terjejas kesan

daripada jerebu di mana tanaman-tanaman tidak dapat

mengeluarkan hasil yang optimum, dan ini sangat merugikan

negara.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pencemaran udara seharusnya

ditangani secara berterusan agar tidak merugikan semua

pihak. Kerajaan seharusnya memainkan peranan yang lebih

serius dengan mengetatkan peraturan-peraturan tentang hal

berkaitan dengan alam sekitar.