9 cara membantu anak berjaya di tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3...

38
© Siri ‘Bagaimana?’ 1 Siri ‘Bagaimana?’ 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. Melalui 2 minggu pertama awal persekolahan. Satu Perkongsian untuk Ibu bapa dan Guru. Oleh Noraminah Omar www.noraminahomar.com Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

Upload: others

Post on 22-Sep-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   1  

Siri  ‘Bagaimana?’          

9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.

 Melalui  2  minggu  pertama  awal  persekolahan.  

Satu  Perkongsian  untuk  Ibu  bapa  dan  Guru.          

   

           

Oleh Noraminah Omar www.noraminahomar.com

Penulis Buku Cerita Kanak-kanak

Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak

Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

Page 2: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   2  

Kandungan di dalam manuskrip ini merupakan pengalaman peribadi dan juga hasil pembacaan penulis. Para pembaca DIBENARKAN berkongsi kandungan dan cerita dalam manuskrip ini untuk sesi pembelajaran dan perkongsian bisnes dengan menyebutkan sumber dan nama Penulis. Para pembaca juga DIBENARKAN berkongsi manuskrip ini dengan mereka yang berminat untuk membaca kandungannya. Tidak ada mana-mana bahagian dalam manuskrip ini yang boleh diterbit, dicetak atau direkodkan dalam sebarang bentuk tanpa mendapat keizinan bertulis dari Penulis. Pembaca digalakkan untuk merujuk kepada pakar dan menjalankan kajian serta membuat bacaan lanjut sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengaplikasikan mana-mana bahagian teknikal dalam manuskrip ini. Kandungan ini adalah benar dalam masa ia diterbitkan.

Page 3: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   3  

KANDUNGAN

Bahagian 1 : Pendahuluan : Dari Penulis 4

Bahagian 2 : 9 Cara Untuk Ibu bapa 6

Bahagian 3 : 9 Cara Untuk Guru 19

Bahagian 4 : 5 Kunci Kejayaan Anak di Tadika 32 Bahagian 5 : Penutup 38

Page 4: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   4  

PENDAHULUAN Dari Penulis

Tulisan ini khusus saya titipkan untuk perkongsian ibu, bapa dan guru di tadika. Saya yakin, ramai ibu, bapa dan guru yang sudah biasa dengan situasi pertama kali menghantar anak ke tadika. Namun, adakalanya kita lihat setiap anak menunjukkan reaksi dan memberikan kita pengalaman yang berbeza. Ada anak yang secara semulajadi mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh berdikari. Ada juga anak-anak yang menunjukkan sikap positif dan yakin apabila berada di rumah, tetapi tidak apabila mereka berjauhan daripada ahli keluarga. Kepelbagaian inilah yang menjadikan kehidupan kita normal dan harmoni sebagai manusia. Dalam sebuah institusi keluarga dan sebuah pengurusan tadika, momen inilah yang menjadi kenangan buat kita. Sehingga hari ini, meskipun sudah tidak mempunyai tadika sendiri, saya masih mempunyai banyak rekod dan memori semasa melalui fasa 2 minggu pertama persekolahan. Malah kisah dan cerita yang terhimpun sejak tahun 2000 itu, masih banyak yang belum saya zahirkan dalam bentuk penulisan yang sesuai untuk bacaan umum. Tulisan ini menjadi permulaan kepada siri “Bagaimana?” yang akan dititipkan khusus untuk ibu bapa dan guru. Tidak perlu ada pemisah antara kita. Apabila kerjsama dan persefahaman secara professional dapat dibentuk, kita boleh membina sebuah bangsa yang berbudaya tinggi. Bak kata pepatah, “It takes a village to raise a child.”

Page 5: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   5  

Tulisan ini juga merupakan sebahagian kecil pengalaman peribadi dan perkongsian yang saya perolehi dari sahabat dan rakan taulan dalam industri. Ya, pengalaman kita tidak sama. Kita boleh saling belajar antara satu sama lain. Tempoh penyesuaian diri anak kita dengan tadika yang mereka hadiri juga tidak sama. Biasanya, kita selalu dimaklumkan tentang program orientasi atau aktiviti suai kenal untuk tempoh seminggu pertama. Ada juga tadika yang menjalakan aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan pembelajaran. Malah, ada anak yang melalui sesi ‘orientasi’ mereka sepanjang tahun! Saya yakin, kita tidak mempunyai niat lain selain mahukan yang terbaik buat anak-anak. Bukan sahaja anak kita, malah anak-anak kawan kita dan kawan-kawan anak kita. Saya masih ingat. Sepanjang tempoh saya menghantar anak saya yang 5 orang itu ke tadika dan taska, saya tidak berkesempatan untuk menunggu mereka meskipun pada hari pertama sesi. Waktu itu, saya sendiri mempunyai jadual khusus untuk memantau tadika. Tugas saya untuk memastikan semua sesi dapat berjalan baik dan guru-guru menerima anak-anak yang baru masuk ke tadika dengan selesa menjadi keutamaan. Sepanjang tempoh itu, saya hanya berdoa agar anak-anak saya diberikan perlindungan di bawah penjagaan guru yang saya sudah serahkan kepercayaan. Alhamdulillah, Allah jualah yang mempermudahkan semua urusan. Tulisan ini hanyalah satu perkongsian yang disusun dengan 2 bahagian berbeza. Bahagian 1 : Untuk Ibu bapa. Bahagian 2 : Untuk Guru. Saya menjemput tuan dan puan yang menerima tulisan ini memberikan maklumbalas kepada saya di www.noraminahomar.com Noraminah Omar

6 Januari 2015

Page 6: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   6  

BAHAGIAN 1 : Untuk Ibu Bapa Sama ada anak pertama, kedua atau ketiga, setiap seorang mempunyai karakter

dan kekuatan yang berbeza. Pengalaman mereka masuk pertama kali ke tadika

atau pengalaman masuk ke tadika baru, menjadi antara kenangan yang manis

dalam diari kita sebagai ibu bapa.

Namun, ada juga situasi dan perkara yang tidak ‘manis’ berlaku dalam tempoh

itu. Ini semua berbeza.

Apa yang saya bakal kongsikan, banyak merujuk kepada pengalaman saya sendiri

semasa mengendalikan bisnes tadika. Pada masa yang saya, pengalaman

bersama 5 orang anak saya juga memberi peluang untuk saya melihat pelbagai

situasi yang unik.

Baiklah. Seperti yang dijanjikan, mari kita kongsikan 9 perkara yang boleh kita

lakukan sebagai ibu bapa untuk membantu anak kecil kita melalui fasa 2 minggu

pertama di tadika.

Pertama, kita bawa anak melawat tadika lebih dari sekali.

Kita sering mamilih tadika yang kita mahu untuk anak-anak. Kita juga akan

melihat faktor bajet dan juga program pembelajaran yang terbaik untuk anak-

anak kita.

Page 7: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   7  

Kita sebagai ibu bapa memang jelas dengan pepentingan untuk memastikan

keperluan pendidikan anak-anak sejak dari kecil. Biasanya kita akan mula mencari

dan meninjau serta mengumpulkan maklumat tadika yang kita pilih untuk

mereka. Semasa lawatan pertama yang biasa kita gelar sebagai ‘window

shopping’ kita tidak perlu membawa anak kita bersama.

Zaman sekarang, kita banyak melalukan carian secara online sahaja. Malah, kita

juga boleh membaca banyak maklumat yang dikongsikan di blog dan juga grup

komunikasi di FB dan Whatsap.

Namun, apabila sudah disenarai pendekkan tadika itu kepada 2 atau 3 buah,

bawalah anak kita bersama. Semasa membuat pertanyaan lanjut di tadika

biarkan anak kita hadir dan bersama-sama dalam proses perbincangan dengan

guru.

Pastikan guru dan pihak pengurusan tadika mengenali anak kita secara ringkas.

Sedikit sebanyak, kita sudah membina keyakinan dalam diri anak kita.

Kemudian, apabila sudah memilih tadika berkenaan, bawalah sekali lagi anak kita

untuk membeli pakaian seragam atau sekadar membuat lawatan santai.

Membiasakan diri boleh bermula dengan dengan apa yang selalu kita lihat.

Page 8: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   8  

Kedua, kita bawa anak bersama untuk membeli dan memilih barang

keperluan ke tadika.

Banyak tadika yang membekalkan barang keperluan anak untuk memulakan sesi

persekolahan. Bolehlah kita bawa anak kita bersama dalam proses itu.

Namun, ada juga tadika yang memberikan kita kebebasan untuk membeli dan

memilih sendiri barang lain seperti beg sekolah. Bawalah anak bersama dan

berikan peluang untuk anak kita memilih dan mencipta rasa suka dan tertunggu-

tunggu akan hari persekolahan.

Menyediakan barang fizikal (yang boleh disentuh) membantu anak-anak lebih

berimaginasi.

Ketiga, kita daftarkan anak kita untuk menyertai kelas percubaan di tadika

baru.

Kita dapat lihat banyak tadika yang mengadakan kelas semasa cuti sekolah. Kita

boleh mengambil peluang ini untuk menghantar anak kita menyertai program

mereka. Jadi, kita boleh berikan anak kita peluang untuk mencuba suasana

pembelajaran disana.

Page 9: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   9  

Ada banyak juga tadika yang mengadakan kelas percubaan. Ada yang berbayar

ada yang percuma. Apa pun, kita berikan peluang kepada anak kita untuk

mempunyai pengalaman awal dan bersedia untuk sesi persekolahan kelak.

Mencuba sesuatu yang baru dapat membantu anak-anak menambah

pengalaman. Emosi positif lebih mudah dibentuk melalui pengalaman.

Keempat, setiasa memberitahu anak kita perkara yang benar.

Bagi mengelakkan sebarang ketakutan yang sangkaan yang tidak baik, pastikan

kita melakukan perkara berikut apabila mahu meninggalkan anak kita di tadika.

Terutamanya untuk anak-anak yang pertama kali ke tadika, atau mula belajar di

tadika baru, mereka perlu diberikan sokongan agar dapat masuk ke dalam sesi

pembelajaran dengan tenang.

a. Beritahu bahawa kita akan pergi dan kembali selepas kelas tamat.

“Haziq, ayah perlu ke pejabat. Apabila kelas tamat jam 12, ayah

akan datang ambil Haziq.”

Sebaiknya, tunjukkan jam tangan atau jam dinding. Meskipun

mereka tidak tahu cara melihat dan membaca jam, mereka akan

faham.

Page 10: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   10  

Anak-anak akan berasa tenang dengan maklumat begini. Usah

tinggalkan anak begitu sahaja.

b. Salam atau peluk anak dengan ucapan doa.

Sebelum berlalu, pastikan anak dipeluk dan ucapkan ayat doa yang

positif.

“Ayah yakin Haziq akan seronok di tadika hari ini. Ayah doakan

Haziq boleh berkawan dengan baik.”

Secara spesifik, sebutkan perkara yang kita mahu berlaku pada hari

itu.

ELAKKAN menyebut ayat negatif untuk tujuan positif.

Contoh:

“Ayah yakin Haziq akan seronok. Jangan nangis ya.” (SALAH)

“Haziq anak yang baik. Jangan nakal ya.” (SALAH)

“Haziq mesti suka main dengan kawan. Jangan bertumbuk ya.”

(SALAH)

Page 11: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   11  

c. Beritahu bahawa guru di tadika ialah kawan baik kita.

Beritahu anak kita bahawa guru merupakan kawan kita dan

mereka boleh bercakap dan minta bantuan pada bila-bila masa.

“Haziq, ini Cikgu Anis. Cikgu Anis juga kawan Ayah dan Mama.

Seandainya Haziq mahu apa-apa beritahu Cikgu ya!”

Ayat ini menjadi satu azimat bagi anak-anak. Ia akan dapat

membantu anak-anak untuk lebih yakin dan bekerjasama dengan

guru. Tinggalkan mereka dengan maklumat yang betul, meskipun

mereka menangis dan meronta-ronta.

Biarkan seandainya anak kita marah dengan kebenaran.

Bukan gembira dengan pendustaan.

Apakah yang boleh dilakukan sekiranya anak tidak boleh ditinggalkan di tadika

tanpa ibu bapa?

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan.

a. Mohon kebenaran kepada guru untuk berada di dalam kelas

untuk 5 minit yang pertama.

Page 12: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   12  

Pastikan anak-anak yang lain selesa dan ibu(bapa) tidak

boleh mengganggu pembelajaran dalam kelas. Beri

perhatian, lihat suasana anak-anak yang lain.

Ada sesetengah anak-anak yang lain akan mula teringatkan

akan ibu (bapa) mereka apabila melihat ada ibu(bapa)

rakannya berada di dalam kelas. Kita tidak mahu

menggangu perjalanan kelas.

Beraksi sebagai ‘invisible man’ sahaja melainkan dengan

makluman atau permintaan guru.

Kemudian, ibu (bapa) duduk sahaja di luar kelas. Pastikan

duduk di ruang yang anak mudah untuk datang kepada kita.

Selain ibu(bapa), mana-mana individu yang biasa di rumah

juga termasuk pembantu rumah boleh dibenarkan.

Biasanya dalam 100 murid hanya ada seorang sahaja yang

memerlukan bantuan seperti ini.

b. Untuk hari kedua, usah masuk ke dalam kelas. Duduk di luar

kelas sahaja.

Page 13: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   13  

Teruskan hingga anak selesa. Biasanya ia memakan masa

hampir seminggu. Ada juga yang sebulan.

Situasi begini jarang berlaku, tetapi ada. Sebagai ibu (bapa), kita juga perlu

memahami kebimbangan guru yang sebahagian besarnya malu dan tidak selesa

dengan kehadiran orang dewasa di dalam kelas.

Sebaiknya, kita mahu anak kita mengalami pengalaman positif apabila masuk ke

alam persekolahan. Walaubagaimanapun, saya yakin ramai diantara kita sebagai

ibu bapa lebih mengenali anak kita. Kita tahu ‘trick’ yang biasa mereka gunakan

di rumah.

Apa yang penting, kita sebagai ibu bapa juga mesti berlapang dada dan

menerima hakikat tentang kekuatan dan kelemahan anak kita itu dengan positif

dan tenang.

Apabila kita sebagai ibu(bapa) menunjukkan sikap yang professional, guru-guru

dan pihak tadika sudah tentu akan dapat menerimanya dengan baik.

Semua situasi boleh diselesaikan dengan perbincangan dan budi bicara.

Page 14: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   14  

Kelima, kita bekalkan anak kita dengan semua barang keperluan

secukupnya dalam beg.

Untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak bawakan barang keperluan

asas dalam beg mereka. Sebaiknya, maklumkan kepada guru apa yang ada.

Selepas seminggu dua, Cikgu akan dapat memahami dengan baik keperluan anak

kita dan dapat menyediakannya di tadika. Ada sebilangan anak yang mempunyai

keperluan yang sedikit berbeza meskipun kebanyakannya sama.

a. Air kosong.

b. Sapu tangan atau tisu.

c. Bahan lain untuk memberikan ketenangan.

i. Snek

ii. Gambar

iii. Barang kegemaran dari rumah.

Bagi anak-anak yang jarang berjauhan dengan kita, ada baiknya bekalkan mereka

dengan barang yang sesuai. Ada sesetengah anak perlukan ‘teddy bear’, gambar

ibu (ayah) dan sebarang bahan yang memberikan mereka rasa seperti di rumah

dan bersama ibu bapa. Ini dikenali sebagai ‘comforting item’.

Pernah juga dilihat seorang anak membawa beg tangan ibunya sepanjang berada

di tadika. Meskipun ia kelihatan agak keanak-anak dan memalukan, ia tidak

Page 15: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   15  

menjadi satu kesalahan. Tujuan utama kita ialah memberikan sokongan kepada

anak –anak untuk melalui fasa awal bersekolah.

Dalam suasana pembalajaran yang terancang dan tersusun, guru akan

menggunakan banyak teknik mendorong sepanjang sesi persekolahan yang

membolehkan anak-anak berasa selesa dan tenang. Biasanyanya, keperluan anak

terhadap ‘comforting item’ ini hanya bersifat sementara.

Membantu anak membina emosi yang stabil lebih utama daripada rasa malu

yang tidak bertempat.

Keenam, kita pastikan anak selesa dengan pakaian seragam yang baru.

a. Tidak terlalu ketat atau longgar.

b. Sekiranya tidak bersedia memakai pakaian seragam, maklumkan

kepada guru.

Kita mempunyai objektif yang spesifik untuk 2 minggu pertama persekolahan,

iaitu anak-anak seronok mahu datang ke tadika. Maka, seandainya anak tidak

selesa atau belum bersedia memakai pakaian seragam, berikan sedikit

kelonggaran kepada anak-anak.

Page 16: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   16  

Maklumkan kepada guru. Biasanya, guru mempunyai teknik yang khusus untuk

mendorong anak-anak membiasakan diri memakai pakaian seragam dan juga

mengikuti rutin persekolahan.

Bagi anak perempuan yang tidak selesa dengan tudung, berikan mereka latihan

dari rumah memakainya. Di tadika, biasanya mereka tidak mewajibkan anak

sekecil 4 tahun memakai tudung, tetapi menggalakkan mereka.

Bagi anak-anak yang sudah biasa, ia tidak menjadi isu.

Apabila bermula, mudahkanlah apa yang susah.

Ringkaskanlah apa yang sukar.

Ketujuh, kita berikan kepada guru maklumat penting tentang anak kita.

a. Sebarang elergi kepada apa-apa jenis makanan.

b. Sebarang fobia yang khusus

Semak dengan tadika sekiranya ada makanan dihidangkan. Jika ya, pastikan pihak

sekolah mempunyai rekod elergi anak kita. Contih yang biasa ialah elergi kepada

telur.

Telur menjadi bahan asas dalam banyak masakan seperti nasi goreng, bihun

goreng dan sandwich.

Page 17: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   17  

Dalam kes tertentu ada sesetengah anak mempunyai fobia khusus yang

menyebabkan mereka panik dan menunjukkan reaksi yang luar biasa. Maklumkan

kepada guru. Ada situasi berlaku di mana anak menjerit-jerit ketakuan dan

menangis apabila melihat cicak.

Apabila guru diberitahu akan perkara ini, mudah untuk mereka membantu

menyediakan suasana yang harmoni untuk anak-anak.

Berahsia itu ada batasnya. Berterus-terang dapat membantu apabila

dilakukan kena pada tempatnya.

Kelapan, kita pastikan guru dan pihak tadika menyimpan nombor hubungan

kita untuk perkara kecemasan.

Semasa mendaftarkan anak, pastikan kita mengisikan borang dengan nombor

yang betul. Pastikan ada nombor kedua dan ketiga. Sebagai ibu(bapa) yang

bekerja terutamanya, nombor kedua dan ketiga amat penting.

Malah, seandainya seorang ibu itu suri rumah sepenuh masa sekalipun, amat

penting untuk mempunyai nombor hubungan kedua untuk apa-apa kes

kecemasan.

Sentiasa bersedia untuk perkara yang paling buruk.

Page 18: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   18  

Kesembilan, kita berikan kepercayaan kepada Guru.

Kita biasa mendengar pelbagai kisah di tadika atau pusat jagaan tentang perilaku

guru. Malah, kita juga tahu bahawa kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk

anak kita.

Apabila kita sudah berusaha dan memilih yang baik untuk anak kita, yang tinggal

ialah doa. Apa yang kita percaya juga, selalu menjadi sebahagian daripada apa

yang kita fikirkan dan menjadi sebahagian daripada doa kita.

Ada baiknya kita ucapkan doa kepada guru itu,”Puan, saya yakin Puan boleh

menjaga anak saya dengan baik. Saya doakan anak saya serasi dengan suasana di

tadika ini.”

Saya yakin, doa ini akan tersemat dalam hati guru itu dan beliau akan

mengingatinya.

Selepas berusaha, berdoalah.

Page 19: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   19  

BAHAGIAN 2 : Untuk Guru Individu yang penting di tadika ialah guru. Guru juga terdiri daripada beberapa

kategori. Guru baru, berpengalaman dan matang. Kebanyakan tadika akan

mempunyai campuran antara 3 kumpulan guru ini.

Guru baru biasanya aktif, positif dan bersedia menerima cabaran meskipun

mereka memerlukan banyak input dan juga sokongan. Guru berpengalaman pula

boleh berdikari dan yakin dengan tugas mereka, namun memerlukan bantuan

untuk menyelesaikan satu-satu situasi. Guru yang matang pula menunjukkan

gaya kepimpinan dan boleh memberikan panduan dan khidmat nasihat yang

baik.

Mari kita teruskan dengan 9 perkara pula untuk guru. Meskipun situasi dan ruang

di tadika berbeza-beza, kita akan lihat secara am dengan mengambil andaian

suasana biasa di sebuah tadika.

Pertama, sebagai guru kita mesti bersedia dengan situasi tangisan dan aksi

anak-anak yang tidak stabil emosinya.

Pertama, pastikan suasana selamat. Pintu ke luar bahagian tadika yang bahaya

ditutup.

Kedua, apabila anak menangis dan berkata, “Tak mahu sekolah, nak balik!”

Jawab sahaja, “Kita tidak perlu sekolah, kita bermain sahaja hari ini.”

Page 20: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   20  

Beritahu anak-anak bahawa kita BUKAN bersekolah, tetapi BERMAIN. Kosa kata

‘sekolah’ banyak memberikan makna yang berat, bosan dan menakutkan kepada

anak-anak kecil terutama yang tidak pernah ada pengalaman hadir di mana-

mana pusat pembelajaran formal.

Fokuskan semua percakapan dan perbincangan kepada aktiviti. Kepada anak-

anak yang menangis atau menjerit-jerit sambil bercakap, beritahu kepada anak

itu dalam keadaan tenang dan suara yang lebih perlahan daripada jeritannya.

Cuba katakana kepada anak itu, “Sara, Cikgu tak faham apa yang Sara mahu.

Sara cakap baik-baik. Berhenti menangis, baru Cikgu boleh faham.”

Ketiga, sediakan air kosong untuk anak minum dan melegakan tekak. Biasanya,

anak yang menagis akan cepat berasa kering tekak dan haus. Akibatnya mereka

akan batuk dan berlanjutan sehingga anak itu muntah.

Bawa anak ke ruang yang agak lapang. Keluar sebentar daripada kumpulan anak-

anak yang tidak menangis. Apabila anak sudah agak tenang bawa semula masuk

dalam kumpulan. Ya, menangis juga ‘berjangkit’.

Apabila anak berguling-guling atau menumbuk dan menyepak guru, lihat

situasinya. Sekiranya anak boleh ditenangkan dengan pelukan, peluklah anak itu.

Page 21: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   21  

Sekiranya perlu, peluk dari belakang. Bawa anak duduk dari keadaan berdiri.

Bawa anak baring dari keadaan duduk.

Seandainya anak agak kuat rontaannya dan membahayakan dirinya sendiri,

lepaskan dahulu. Usah dipegang atau dipaksa dengan sentuhan. Berikan anak

ruang untuk menenagkan diri, tanpa dibiatkan bersendirian. Apabila anak

bertenang, sentuh semula.

Biasakan mengurut dada atau bahagian belakang anak dengan menyebutkan

ayat-ayat positif. “Sara, diam dulu ya. Rehat. Kita bertenang.”

Bagi kita guru muslim, sentiasa bacakan al-fatihah atau bismillah agar anak-anak

mendengarnya. Biasanya, dengan perlakuan kita yang positif dan berterusan

anak akan apat bertenang.

Meskipun mereka teresak-esak menangis, mereka tidak lagi meronta-ronta atau

berguling-guling. Ada juga sesetengah anak-anak yang masih meneruskan aktiviti

dalam tengisan dan esakan mereka itu.

Keempat, seandainya anak belum bersedia untuk masuk ke dalam kelas dan

menyertai aktiviti berkumpulan, berikan masa. Sekurang-kurangnya, biarkan

anak itu melihat dan mendengar semua sesi pembelajaran meskipun tidak

menyertainya.

Page 22: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   22  

Sekiranya kelihatan mengantuk, benarkan anak itu tidur sebentar. Biarkan anak

baring di satu sudut khas dalam keadaan selesa. Sediaka satu ruang yang agak

senyap.

Guru yang bersedia mempunyai perancangan yang tersusun.

Kedua, kita pastikan anak-anak memakai tanda nama.

Tanda nama boleh disediakan dengan pelbagai cara.

Ada yang memakai ‘sticker’.

Ada yang memakai ‘button badge’.

Ada yang memakai ‘name tag’ dengan pin.

Ada yang memakai ‘name tag’ dengan tali.

Tanda nama adalah penting untuk memastikan anak yang betul berada ddalam

kumpulan yang betul. Ia juga membantu guru mengecam dan mengenali anak-

anak dengan lebih tepat dan cepat.

Apa yang penting, pastikan tanda nama itu selamat dipakai untuk anak-anak.

Yang berpin; pastikan pin itu berbentuk ‘safety pin’ yang tidak akan terbuka

dengan mudah.

Yang bertali; tidak digalakkan kerana bimbang ia akan terbelit atau tertarik dan

mengakibatkan kecederaan.

Apabila bersama anak-anak kecil, keselamatan lebih utama.

Page 23: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   23  

Keempat, kita pastikan suasana kelas sedia untuk digunakan.

Kipas atau penghawa dingin dipasang 15 minit sebelum kehadiran murid. Bilik

dan ruang pembelajaran juga digalakkan agar mempunyai bau yang boleh

memberikan ransangan dan emosi positif. Ini akan membantu anak-anak

bertenang dengan cepat.

Bau seperti citrus dan lavender adalah antara bau yang banyak disarankan oleh

pakar psikologi untuk digunakan dalam ruang pembelajaran.

Kondisi kelas dan ruang pembelajaran mestilah disediakan sebelum murid

sampai. Namun, dalam situasi tertentu, semua kipas dan penghawa dingin

mestilah ditutup apabila tidak digunakan.

Pastikan suhu penghawa dingin dan kelajuan kipas dikawal. Sekali-sekala,

tanyakan kepada anak-anak sama ada mereka berasa panas atau terlalu sejuk.

Maklimblasa dari ibu bapa tentang kesihatan anak-anak juga dapat membantu.

Sesetengah anak ada mengalami alahan kulit dalam suasana yang agak panas.

Biasanya mereka akan berasa gatal apabila berpeluh dengan banyak.

Keselesaaan bermula dengan Susana yang mempunyai suhu yang sesuai dan

bau yang enak.

Page 24: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   24  

Kelima, kita sediakan keperluan penting dalam kelas.

Antara yang biasa mesti ada dalam kelas ialah:

a. Tisu

b. Kain lap

c. Alat tulis yang sedia digunakan

d. Buku cerita

e. Alat permainan

Anak-anak kecil sering berhingus dan sekali sekala mereka akan mengeluarkan

air liur tanpa sengaja atas sebab-sebab tertentu. Ada juga ketikanya anak-anak

akan mengotorkan badan, baju, kerusi, meja atau mana-mana ruang di dalam

kelas.

Bersedia dengan tisu dan kain lap untuk memastikan kebersihan dan

keselamatan anak-anak terjaga apabila berada di dalam kelas.

Alat tulis juga perlu sedia untuk digunakan. Usah biarkan pensil dan pensil warna

terletak di dalam kotak. Letakkan dalam bekas yang terbuka agar mudah anak-

anak mencapai dan berkongsi penggunaannya di dalam kumpulan.

Buku cerita pula mesti ada untuk memenuhi keperluan mereka yang suka

membaca. Ada ramai kanak-kanak yang banyak didedahkan dengan bahan

bacaaan dirumah. Kehadiran buku-buku ini dapat memberikan ketenangan

Page 25: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   25  

kepada anak-anak yang boleh menemui sesuatu yang biasa dan ‘familiar’ di

dalam kelas.

Alat permaian merupakan kemestian dalam kelas. Penggunaannya yang bermula

dengan aktiviti bebas memberikan mereka ketenangan emosi untuk

mengadaptasikan diri dengan situasi dan kawan baru.

Berikan masa yang cukup untuk anak-anak meneroka semua bahan yang ada di

dalam kelas.

Anak yang bersedia emosinya akan dapat menerima apa juga input yang

diberikan dengan baik.

Keenam, kita masukkan aktiviti ‘melawat’ tadika dalam jadual minggu

pertama.

Anak-anak perlu dibiasakan dengan semua ruang dan fasiliti yang ada ditadika.

Masukkan dalam jadual aktiviti di mana semua anak-anak akan dibawa dalam

kumpulan secara bergilir-gilir memasuki dan melihat semua ruang yang ada.

Seperti membawa pelancong, guru akan menjadikan aktiviti ini lebih menarik

dengan memberikan sedikit maklumat kepada mereka.

Page 26: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   26  

Contoh:

“Ini tandas. Apabila perlu pergi ke tandas, beritahu Cikgu segera.

Ini pula ruang untuk kita bermain. Kita akan bermain semasa rehat dan waktu

yang sesuai. Cikgu akan bawa kamu semua bermain nanti.

Ini pula ruang pejabat. Di sini, kita tidak dibenarkan masuk. Hanya ibu bapa dan

orang dewasa sahaja.”

Begitulah seterusnya. Berikan peluang untuk anak-anak bertanya. Sesetengah

guru mempunyai gaya tersendiri untuk membantu anak-anak mengingati

maklumat yang dikongsi.

Perkara kecil boleh memberi kesan yang besar.

Ketujuh, kita sedia memakai pakaian yang sesuai.

Suasana di tadika pada peringkat awal, terutama 2 minggu pertama memerlukan

guru bergerak lebih aktif daripada kebiasaannya. Akan ada anak-anak yang

menangis, marah dan berguling-guling atas banyak sebab.

Maka, guru dinasihatkan untuk berpakaian selesa yang membolehkan guru

bergerak pantas, berlari dan melompat bersama anak-anak jika perlu.

Page 27: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   27  

Biasanya, disarankan agar guru memakai blouse panjang dan berseluar, jubah

seluar atau jubah dan memakai seluar. Meskipun berbaju kurung, memang

digalakkan guru memakai seluar untuk mengahadapi situasi yang memerlukan

guru bergerak dengan kepantasan maksima.

Apabila memakai tudung, guru juga biasanya akan memilih yang ringkas dan

mudah dibetulkan. Malah, ramai guru yang sengaja membawa sepasang pakaian

tambahan. Dalam situasi 2 minggu pertama, adakalanya anak-anak kecil secara

tidak sengaja mengotorkan baju guru (buang air kecil secara tidak sedar) dalam

situasi tertentu.

Ini biasa berlaku apabila mereka yang tidak selesa dengan situasi baru.

Maklumlah, mahu ke tandas pun tidak tahu dimana.

Aksesori yang tajam seperti pin dan kerongsang yang besar tidak sesuai dipakai.

Pada situasi ini, kita banyak perlu memeluk anak-anak dan menenangkan

mereka. Adakalanya, mereka perlu didukung untuk ditenangkan.

Aksesi serta barang perhiasan yang boleh membahayakan anak kecil tidak boleh

dipakai. Adakalanya, tanda nama guru yang bertali itu juga menjadi bahaya.

Keselamatan dan keselesaan dengan kemasan lebih penting daripada

kecantikan paras rupa.

Page 28: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   28  

Kelapan, kita sediakan pelan rancangan aktiviti kelas yang fleksibel yang

bersifat ‘bermain’. Sediakan lebih daripada satu pelan.

a. Sediakan aktiviti yang singkat.

Biasanya, guru akan mempunyai jadual khusus untuk setiap 15

minit. Memandangkan ianya ialah minggu pertama, sediakan

aktiviti yang berubah setiap 15 minit.

Untuk minggu kedua, panjangkan kepada 20 minit dengan 5 minit

pengenalan dan 5 minit penutup.

Dengan mempunyai aktiviti yang berterusan, anak-anak tidak

mempunyai masa untuk memikirkan ‘kesedihan’ mereka itu.

b. Sediakan 2 jenis variasi aktiviti untuk setiap satu topik.

Apabila aktiviti itu melibatkan permainan berkumpulan, sediakan

minima 2 jenis permainan. Contoh, permainan masak-masak,

permainan bertukang dan lego.

Jadi, anak-anak mempunyai pilihan. Mereka akan sibuk berfikir

untuk memilih.

Page 29: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   29  

c. Kepelbagaian bahan yang digunakan.

Dalam setiap aktiviti sediakan 2 pilihan bahan. Contohnya, apabila

aktiviti itu melibatkan tampalan (kolaj) sediakan kertas warna

dengan dua warna yang berbeza. Atau, sediakan kertas dan kain.

Mereka akan sibuk menyiapkan aktiviti dan memilih.

d. Sediakan alat tambahan

Secara semulajadi, kita sukakan bunyi. Apa yang berbeza ialah jenis

bunyi yang kita suka.

Sediakan dan bersedia menyanyi lagu kanak-kanak yangs seronok

dengan aksi yang sesuai. Senyum dan gembiralah menyanyi.

Hafal beberapa buah lagu kanak-kanak dan gerakannya.

Seandainya kira baru dalam bidang, bioasakan dengan mendengar

lagu kanak-kanan dan menonton video lagu kanak-kanak.

Dapatkan apa rasanya menyanyi bersama anak-anak kecil.

Oh ya! Anak-anak tidak kisah akan suara kita. Sedap atau tidak,

mereka hanya mahukan keseronokan.

Page 30: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   30  

Untuk peringkat permulaan dan bimbang kita akan jadi ‘nervous’,

sediakan radio dengan pemian CD atau kaset. Sediakan lagu pilihan

yang kita sudah biasa dengar dan nyanyikan.

Pasangkan dan nyanyikan berasama anak-anak.

Meskipun ia hanya lagu A, B, C, semua anak-anak akan seronok

menyanyi.

Namun, sekiranya kumpulan itu tidak menunjukkan ransangan

yang positif semasa aktiviti itu, bersedialah untuk mengubah lagu

lain.

Kepelbagaian aktiviti dan perubahan suasana membantu kita memerhatikan

gelagat dan perbezaan anak-anak. Pada minggu pertama, kita sudah boleh

mengumpulkan maklumat anak-anak secara am termasuklah perkembangan

emosi dan fizikal mereka.

Adakalanya, sesetengah anak tidak banyak bercakap dan lebih suka aktiviti

individu. Ada pula anak yang petah bercakap dan suka bekerja dalam kumpulan.

Ada juga anak-anak yang perlukan bantuan untuk bersosial dan berkongsi

dengan rakan di dalam kelas.

Bersedia. Ia menjadikan kita lebih yakin dan meyakinkan.

Page 31: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   31  

Kesembilan, kita mesti sentiasa senyum dan berseronok di dalam kelas.

Minggu-minggu awal di tadika memang memenatkan. Namun, ia menjadi

KEMESTIAN untuk kita ‘senyum’ sentiasa semasa berada bersama anak-anak.

Sentiasa boleh senyum dalam semua keadaan ialah ciri-ciri seorang guru yang

berjaya.

Page 32: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   32  

BAHAGIAN 3 : Kunci kepada kejayaan anak di tadika

Semua ibu bapa dan guru sentiasa mahu melakukan yang terbaik. Meskipun ada

banyak kisah dan cerita yang tidak enak didengar tentang ibu bapa dan guru, kita

memerlukan beberapa kunci untuk memastikan keadaan sentiasa dalam keadaan

terkawal.

Minggu-minggu awal di tadika merupakan cabaran bagi semua ibu bapa dan

keluarga. Tidak semua ibu bapa yang mempunyai kelapangan dan dapat

mengambil cuti pada hari pertama anak masuk ke tadika. Malah, ada juga guru

sendiri mempunyai anak yang juga masuk pertama kali ke tadika.

Dalam situasi ini, kedua-dua pihak, ibu bapa dan guru sama-sama dalam keadaan

emosi yang mudah terganggu.

Baiklah. Kita lihat beberapa kunci utama dalam usaha menjamin perjalanan

minggu-minggu pertama yang bakal menentukan perjalanan bulan-bulan

seterusnya di tadika anak kita.

1. Bersangka baik.

Banyak kisah dan cerita yang kita dengar tentang guru dan pengurusan tadika.

Malah guru juga banyak mendengar kisah dan cerita tentang ibu bapa yang

‘demanding’ dan kurang mempunyai kemahiran keibubapaan.

Page 33: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   33  

Kita juga didedahkan dengan berita kemalangan dan kecederaan serta

ketidakbolehan anak mencapai potensi di tadika akbiat pengurusan yang buruk.

Guru di tadika juga banyak mendapat perkhabaran tentang ibu bapa yang suka

menyaman guru dan tadika atas perkara yang mereka anggap sebagai boleh

diselesaikan dengan baik.

Lihat.

Kedua–dua belah pihak sebenarnya mempunyai situasi yang sama. Banyak

mendengar perkhabaran buruk.

BAIK SANGKA memberikan kita asas untuk bekerjasama dengan baik. Apakah

yang boleh mengurangkan risiko ini? Bagaimana kita mengawalnya?

Sebagai ibu bapa, kita pastikan bahawa kita dimaklumkan tentang prosedur

tadika dan faham SOP asas pengurusan tadika yang mengendalikan program

untuk anak kita.

Sebagai guru, kita mesti memastikan komunikasi yang efektif berlaku antara

guru-tadika –ibu bapa.

Page 34: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   34  

2. Fokus kepada penyelesaian.

Apabila menghadapai situasi tertentu, kita lebih cenderung untuk menyiasat apa

yang berlakau. Bagaimanakah ia boleh berlaku? Siapakah yang

bertanggungjawab? Salah siapa sebenarnya?

Dalam banyak situasi yang pernah saya alamai sendiri, adakalanya perkara kecil

melarat sehinggalah menjadi alasan untuk ibu berbalah dengan bapa.

Pemahaman yang jelas di kalangan ibu bapa dan guru tentang fokus kepada satu

isu itu amat penting. Apa yang kita mahukan? Sudah tentu kita mahu

menyelesaikan situasi itu.

Seandainya anak kita menangis semasa mahu ke tadika, kita mahu anak itu

gembira.

Seandainya anak itu luka semasa di tadika, kita mahu anak itu selamat.

Seandainya anak itu tidak mempunyai kawan, kita mahu anak itu berkawan.

Sebagai ibu bapa, berikan maklumat yang sejelas mungkin kepada guru supaya

mereka boleh menyusunkan pelan tindakan dengan lebih baik. Bersedia

menerima maklumbalas daripada guru meskipun sekali sekala kita akan bertemu

dengan guru yang ‘kurang mahir’ bercakap dan menyusun ayat.

Page 35: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   35  

Sebagai guru, ambil semua maklum balas daripada ibu bapa sebagai perkara

penting. Amalkan proses yang biasa dalam menyelesaikan situasi:

I. Semak senario kejadian.

II. Apakah yang biasanya berlaku dalam senario itu.

III. Susunkan pelan tindakan untuk penambahbaikan.

IV. Maklumkan kepada ibu bapa 3 perkara di atas. Beritahu peranan mereka

untuk membantu dalam hal ini.

V. Bercakap semula dengan ibu bapa selepas 3atau 5 hari pelan tindakan

dijalankan. Kemaskinikan maklumat. Beritahu perubahan atau minta

maklumbalas daripada ibu bapa.

Kita juga bertanggungjawab untuk memperbaiki cara penyampaian maklumat

dan gaya bahasa yang betul agar tidak menimbulkan sebarang kecederaan emosi

kepada anak dan ibu bapa itu sendiri.

3. Berani membuat keputusan.

Ada banyak keadaan yang memerlukan ibu bapa dan guru membuat keputusan.

Keputusan ini melibatkan perkara kecil dan ada yang melibatkan perkara yang

lebih besar.

Sebagai ibu bapa, beri tempoh masa untuk guru dan pihak tadika melakukan

pelan tindakan mereka. Berikan bantuan sebaiknya. Apabila tidak ada perubahan,

Page 36: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   36  

kita boleh mengambil keputusan untuk tidak menyembung sesi persekolahan di

tadika itu.

Sebagai guru, kita boleh memberikan tempoih bertenang kepada anak dan ibu

bapa sekiranya perlu. Setelah komunikasi dan pelan tindakan dijalan dan jalan

penyelesaian tidak juga kelihatan, kita boleh mengambil keputusan untuk

menamatkan perkhidmatan kepada anak itu.

Dalam membuat keputusan ini ibu bapa dan guru perlu menerima bahawa:

• Meskipun tadika itu sebuah tadika yang bagus, ia mungkin tidak sesuai

untuk anak kita.

• Meskipun anak kita anak yang baik dan bijak, ada kemungkinan suasana

dan sistem di tadika itu tidak sesuai dengan gaya pembelajaran anak kita.

Itu saja.

4. Berlapang dada.

Apabila sudah membuat satu keputusan, berlapang dadalah dengan diri sendiri

dan keadaan. Terima sahaja hakikat akan keputusan yang kita sudah buat.

Dengan berlapang dada, kita menyelamatkan diri kita sendiri daripada perasaan

‘marah’ dan ‘dendam’ kepada pihak yang satu lagi.

Page 37: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   37  

Sebagai ibu bapa, kita berhak berkongsi pengalaman dan menceritakan apa yang

kita laami kepada orang lain. Hakikatnya, apa saja pengalaman buruk yang kita

alami, ia tidak semestinya terjadi kepada orang lain.

Sebagai guru, kekalkan etika dan profesionalisme dalam bidang perguruan dan

pengurusan bisnes. Semua perkara yang bersifat sulit dan persendirian tidak

boleh didedahkan kepada umum.

Apabila ibu bapa dan guru serta pihak pengurusan tadika saling berlapang dada,

kita dapat belajar daripada kesilapan dan membuat penambahbaikan.

5. Fikir dan sebut yang baik. Banyakkan berdoa

Berfikiran positif sudah banyak dibincangkan dan disebutkan hasilnya oleh pakar

psikologi dan buku-buku motivasi.

Satu perkara yang kita juga mesti percaya ialah dengan kekuatan doa. Doa

merupakan senjata yang paling tajam. Doa ibu dan bapa adalah hadiah yang

paling besar buat anak dan juga guru-guru di tadika.

Ibu bapa dan guru yang saling doa mendoakan antara satu sama lain, sudah

pasti berjaya membawa aura positif dan dapat mengatasi apa juga yang negatif.

Page 38: 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.€¦ · aktiviti penyesuaian secara menyeluruh selama 3 bulan. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan

© Siri ‘Bagaimana?’   38  

BAHAGIAN 5 : PENUTUP Tidak ada satu cara khusus yang standard dalam mendidik anak. Ada banyak

teori dan panduan yang memang boleh kita gunakan.

Akhirnya, ia masih bergantung kepada setiap situasi dan dinamiknya sesebuah

keluarga dan institusi pendidikan tadika.

Dalam tulisan ini, saya sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak saya dan juga

anak-anak tuan dan puan.

Sama ada anak sendiri atau anak didik, bagi seorang guru, mereka akan melihat

semua anak-anak sebagai ‘murid’.

Manakala ibu bapa juga sudah mula memainkan peranan apabila mula

mendoakan anak kita, kawan-kawan anak kita dan anak-anak kawan kita

menjadi anak yang baik.

Anak kita boleh berjaya dengan lebih jaya apabila berada dikalangan orang yang

berjaya.

Amin.