85918244-khemah-dome

Upload: lulu-mus

Post on 06-Jul-2018

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 85918244-Khemah-Dome

    1/4

    KHEMAH DOME 

    Khemah dome merupakan jenis khemah yang paling kerap digunakan di kalangan para

    pendaki, pengembara dan juga orang ramai yang berminat untuk berkhemah kerana ia mudah

    untuk dipasang dan ringan untuk dibawa ke mana-mana. Khemah dome juga dipanggil sebagai

    khemah kubah. Lapisan lantai di dalam khemah ini mempunyai dua lapisan yang tebal untuk

    keselesaan para pengguna dan juga lapisan luar yang diperbuat daripada bahan kalis air

    sebagai pelindung hujan. Permukaan melengkung di sekeliling khemah dome menyebabkan

    ianya stabil dan sukar ditiup oleh angin kencang. Selain daripada itu, bentuknya yang bulat juga

    membolehkan air hujan dapat mengalir dengan baik. Tahap kestabilan khemah ini adalah tinggi

    sehingga ia boleh di pindahkan ke mana-mana tempat tanpa perlu untuk memisahkan bahan-

    bahannya. Ini dapat memudahkan para pengguna khemah jikalau hendak bertukar ke tapakkhemah yang lebih strategik.

    Cara-cara Memasang Khemah Dome

    1.  Bersihkan kawasan yang dipilih untuk membuat khemah daripada batu, ranting kayu

    dan benda tajam yang boleh menyebabkan lapisan lantai khemah koyak dan seterusnya

    mencederakan orang yang tinggal di dalam khemah tersebut.

    2.  Keluarkan khemah dan item-item yang terdapat dalam beg simpanan khemah. Pisahkan

    lapisan luar dan kain tapak khemah serta kumpulkan pancang dan tiang khemah di

    tempat yang berbeza. Penyusunan khemah yang sistematik adalah amat penting supaya

    pembinaan khemah dapat disiapkan dengan cepat.

  • 8/17/2019 85918244-Khemah-Dome

    2/4

    3.  Tebarkan lapisan dalam khemah di permukaan tanah dengan kain tapak kalis air

    menghadap ke tanah dan pastikan pintu khemah tidak menghadap ke arah tiupan

    angin. Pasang pancang pada setiap sudut khemah dan pacak menggunakan tukul.

    4.  Seterusnya, sambungkan setiap batang tiang khemah sehingga menjadi satu tiang yang

    panjang. Tiang khemah dome adalah fleksibel. Ia diperbuat daripada bahan yang mudah

    untuk dilentur. Setiap khemah dome mempunyai dua tiang khemah yang panjang dan

    satu tiang pendek untuk pintu khemah.

    5.  Masukkan dua tiang khemah tersebut di setiap cincin besi yang terdapat pada lapisan

    bawah khemah yang terbentang. Pastikan tiang tersebut disambungkan di antara dua

    sudut yang bertentangan. Setelah siap dipasang, tiang khemah tersebut akan berada

    dalam bentuk “X”. Masukkan setiap penghujung tiang tersebut ke dalam pancang yang

    telah dipasang pada setiap sudut khemah. Seterusnya lenturkan tiang khemah ke atas

    untuk membuat bentuk kubah (dome).

    6.  Bentangkan lapisan luar khemah di atas permukaan kubah yang sudah terbentuk untuk

    dijadikan sebagai pelindung hujan.

    7.  Pasangkan tali pada lapisan atas khemah dengan setiap tiang yang berbentuk “X” tadi.

    Ketatkan ikatan yang telah dibuat.

    8.  Simpan semua keperluan dan barang-barang yang telah dibawa untuk berkhemah ke

    dalam khemah agar tidak dihinggap oleh serangga.

    Pemilihan Kawasan Perkhemahan/Tapak Perkhemahan 

    Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang membuat

    penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada peserta. Pemilihan kawasan ini

    sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tdak mengambil kira beberapa faktor penting seperti di

    bawah:

    1.  Tanah atau tapak yang rata.

    Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan  – pemasangan khemahdan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walaupun tempat yang

    rata, cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak

    khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air

    bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun.

  • 8/17/2019 85918244-Khemah-Dome

    3/4

    2.  Corak tapak perkhemahan.

    Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah

    atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang

    curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan daripada membina khemah di

    kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau

    dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.

    3.  Berhampiran punca air.

    Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca air yang

    bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang

    bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan

    sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air sama ada sungai, anak air,

    telaga, kolam atau sebagainya. Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah

    dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-

    birit atau sebarang penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih.

    Punca air juga haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang

    bagaimana.

    4.  Tapak yang lebih tinggi dari punca air.

    Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan

    daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai dan

    air pasang dan sebagainya.

    5.  Mudah untuk mendapat bantuan.

    Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah

    untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan itu

    haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Selain itu juga setiap kali

    sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada

    pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab yang lain.

  • 8/17/2019 85918244-Khemah-Dome

    4/4