8.3 -8.4

15
8.3 PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN TENAGA ELEKTRIK Penghantaran elektrik adalah bermula di Stesen Janakuasa dan akan berakhir di rumah anda. Tapi tahukah anda bagaimana elektrik dapat dihantar dan diagihkan ke seluruh Malaysia?

Upload: teh-o

Post on 01-Sep-2015

253 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

transmission of elecricity

TRANSCRIPT

  • 8.3 PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN TENAGA ELEKTRIK

    Penghantaran elektrik adalah bermula di Stesen Janakuasa dan akan berakhir di rumah anda.Tapi tahukah anda bagaimana elektrik dapat dihantar dan diagihkan ke seluruh Malaysia?

  • 8.3 Sistem Penghantaran dan Pengagihan Elektrik

  • 8.3 PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN TENAGA ELEKTRIK1. Penjana di STESEN JANAKUASA akan menghasilkan ARUS ULANG ALIK dengan voltan yang tinggi, 11kV atau 25kV.2. Arus ini akan memasuki stesen transformer (TRANSFORMER INJAK NAIK)Voltan akan ditingkatkan daripada 11kV / 25kV kepada 132k,275kV atau 500kV. Ini adalah bagi tujuan membolehkan elektrik dihantar ke tempat yang jauh dan mengurangkan kadar kehilangan elektrik melalui haba semasa dipindahkan.

  • 8.3 PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN TENAGA ELEKTRIK3. Arus ulang alik mengalir ke KAWASAN LAPANGAN SUIS. 4. Arus ulang alik ini kemudiaannya dialirkan melalui rangkaian kabel penghantaran yang lebih dikenali sebagai RANGKAIAN GRID NASIONAL

  • 8.3 PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN TENAGA ELEKTRIK5. Seterusnya arus ulang alik ini akan disalurkan ke PENCAWANG UTAMA yang mana di sini terdapat Transformer Injak Turun yang akan menurunkan voltan untuk dihantar ke PENCAWANG BAHAGIAN untuk disalurkan ke kawasan-kawasan tertentu seperti kawasan industri berat, industri ringan dan kawasan perumahan.

  • Nilai voltan sesalur (utama) yang disalurkan ke rumah kita daripada pencawang bahagian adalah 240V.Alat-alat elektrik seperti peti sejuk, kipas angin, televisyen, komputer dan mesin basuh menggunakan voltan sebesar 240 V.Arus ulang alik dibekalkan ke rumah biasanya 50 Hz, ia menukarkan arahnya sebanyak 50 kali pada setiap saat.Arus elektrik disalurkan ke rumah melalui kabel yang terdiri daripada dua jenis dawai, iaitu:Dawai hidup membawa arus ke rumah dari pencawang.Dawai neutral mengembalikan arus ke pencawang.8.4 Bekalan Elektrik dan Sistem Pendawaian di Rumah

  • Jenis Pendawaian

    Pendawaian satu fasa(Single phase wiring)Pendawaian tiga fasa(Three phase wiring) Biasanya digunakan di rumah kediaman yang memerlukan bekalan elektrik yang rendah dan sederhana. Ia jenis pendawaian yang paling ringkas. Biasanya digunakan dalam industri ringan dan berat kerana industri ini memerlukan nilai voltan yang tinggi (biasanya melebihi 415V) Namun, sesetengah rumah kediaman menggunakan motor elektrik dan alat penghawa dingin yang bervoltan tinggi perlu menggunakan pendawaian tiga fasa.

  • Sistem pendawaian elektrik di rumah termasuk: Kotak fius (Fuse box) Suis sesalur (Main switch) Pemutus litar (Circuit breaker) Dawai hidup (Live wire) Dawai neutral (Neutral wire) Dawai bumi (Earth wire) Meter elektrik (Electric meter)

    Pendawaian elektrik di rumah

  • Sistem pendawaian elektrik di rumah

  • Pendawaian pada dinding di luar rumahPendawaian pada dinding di dalam rumah Terdapat dua dawai bertebat (bewarna hitam). Satu daripada dawai itu ialah dawai hidup dan satu lagi dawai neutral. Dawai hidup disambung kepada fius sesalur (utama). Kemudian, kedua-dua dawai hidup dan dawai neutral disambungkan ke meter elektrik. Dawai hidup disambungkan kepada suis sesalur (utama) dan kemudian ke pemutus litar. Kemudian, dawai hidup disambungkan ke kotak fius. Seterusnya, dawai hidup disambung melalui suis-suis ke mentol dalam litar lampu dan soket pada litar kuasa. Dawai bumi dihubungkan ke setiap soket 3-pin dalam litar kuasa.

  • Pemutus litar (Circuit Breaker) Pemutus litar yang disambung kepada suis sesalur ialah Pemutus Litar Bocor Bumi (ELCB-Earth Leakage Circuit Breaker) Litar elektrik diputuskan dalam sesetengah keadaan seperti berlakunya petir kilat. Kuantiti arus elektrik yang besar perlu dielakkan daripada mengalir melalui litar pada satu masa yang tertentu.Kotak Fius (Fuse Box) Setiap rumah yang menggunakan elektrik mempunyai satu kotak fius. Kotak fius mengandungi fius-fius bagi pelbagai bahagian litar di rumah. Jika arus berlebihan mengalir melalui bahagian litar yang tertentu, fius untuk bahagian ini akan lebur dan memutuskan arus.

  • Komponen sistem pendawaian elektrikFungsiDawai hidup (Earth wire) Membawa arus elektrik ke rumah dari pencawang bahagianDawai neutral (Neutral wire) Mengembalikan arus elektrik ke pencawang bahagianFius sesalur (Mains fuse) Mengawal jumlah arus yang mengalir ke dalam litar di rumah. Fius melebur dan memutuskan pengaliran arus jika arus berlebihan mengalir melalui litar.Meter elektrik/Meter joule(Electric meter/Joule meter) Menyukat kuantiti tenaga elektrik yang digunakan di rumah.Suis sesalur (Mains switch) Mengawal bekalan arus ke semua bahagian litar di rumah Membenarkan bekalan arus diputuskan untuk sementara untuk tujuan tertentu seperti membaiki dawai elektrik yang rosak.Pemutus litar (Circuit breaker) Memutuskan bekalan arus di rumah apabila arus berlebihan mengalir melaluinya.Kotak fius ( Fuse box) Mengandungi fius-fius yang dapat melebur dan memutuskan pengaliran arus untuk melindungi bahagian litar elektrik yang mengalami litar pintas atau penggunaan tenaga berlebihan.

  • Pendawaian palam 3-pin

  • Ringkasan fungsi komponen dan warna dawai dalam palam 3-pin

    KomponenFungsiDawai bumi (Earth wire) Warna kuning berbelang hijauMengalirkan arus terbocor dari alat elektrik ke bumi.Dawai neutral (Neutral wire) Warna biruMengalirkan arus dari alat elektrik kembali ke pencawang bahagianDawai hidup (Live wire) Warna perangMengalir kan arus dari pencawang bahagian ke alat elektrik.Fius (Fuse)Dawai dalam fius melebur dan memutuskan pengaliran arus apabila arus yang berlebihan mengalir melaui alat elektrik (semasa berlaku litar pintas)