810930135775001

17
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2013 HBHE 2103 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA NO. MATRIKULASI : 810930135775001 NO. KAD PENGENALAN : 810930135775 NO. TELEFON : 0194594515 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SIBU

Upload: wencelaus

Post on 07-Jul-2016

233 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kursus ini adalah pencemaran yang berlaku di Malaysia dan langkah-langkah untuk menanganinya.

TRANSCRIPT

Page 1: 810930135775001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2013

HBHE 2103

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NO. MATRIKULASI : 810930135775001

NO. KAD PENGENALAN : 810930135775

NO. TELEFON : 0194594515

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SIBU

Page 2: 810930135775001

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Punca – Punca Jerebu

2.1 Pembakaran Terbuka 1 – 2

2.2 Pembukaan Tanah Baru 2

2.3 Penggunaan Kenderaan Bermotor 2

2.4 Pembakaran Bahan Api Industri 3

2.5 Fenomena El -Nino 3

3.0 Data Indeks Pencemaran Udara ( IPU ) 4 – 7

4.0 Cadangan Mengatasi Masalah Jerebu

4.1 Kempen Kesedaran 7

4.2 Memperkasakan Undang – undang 7 – 8

4.3 Pendidikan 8

4.4 Alat Bacaan Indeks Pencemaran Udara 8 – 9

4.5 Pembenihan Awan 9

5.0 Kesan – kesan Jerebu 9 – 11

6.0 Penutup 11 – 12

7.0 Rujukan

Page 3: 810930135775001

HBHE2103

1.0 Pengenalan

Malaysia telah digemparkan dengan fenomena jerebu baru – baru ini. Di dapati

hampir semua negeri terlibat dengan masalah jerebu. Jerebu merupakan satu masalah

global yang semakin meruncing pada masa kini. Jerebu boleh ditakrifkan sebagai suatu

keadaan partikal yang terampai di atmosfera seperti gas – gas, debu, habuk, asap dan

zarah yang terdapat di dalam keadaan udara yang kering. Secara dasarnya, fenomena

jerebu boleh terjadi melalui pencemaran udara. Di dapati bahawa fenomena di Malaysia

kebanyakannya berpunca daripada pembakaran terbuka, pelepasan asap dari kenderaan

dan industri, dan kebakaran tanah gambut.

2.0 Punca – Punca Jerebu

Kejadian masalah jerebu yang berlaku sejak akhir – akhir ini yang berlaku di negara

kita lebih banyak puncanya dari negara jiran iaitu Indonesia. Kejadian kebakaran tanah

dan hutan berlaku di Sumatera dan Kalimantan yang tidak terkawal menjadikan salah

satu sebab terjadinya jerebu di Malaysia. Kawasan yang teruk dilanda jerebu adalah di

kawasan Lembah Klang. Fenomena jerebu ini boleh berlaku daripada beberapa punca

utama. Antara punca – punca berlakunya kejadian jerebu adalah seperti pembakaran

terbuka, pembukaan tanah baru, penggunaan kenderaan bermotor, pembakaran bahan api

industri, dan fenomena El – Nino serta peletusan gunung berapi.

2.1 Pembakaran Terbuka

Pembakaran semula kawasan pertanian merupakan salah satu sebab berlakunya

masalah jerebu. Para petani akan membersihkan seluruh kawasan pertanian dengan

membakar semua kayu – kayu sehingga licin agar mudah bagi mereka untuk bercucuk

tanam dan bertani. Dengan membakar kawasan pertanian mereka, sedikit sebanyak dapat

mengurangkan kos untuk membersihkan kawasan pertanian mereka. Adakalanya,

terdapat segelintir para petani sanggup membiarkan kawasan mereka terbakar hingga

beberapa hari lamanya sehinggakan seluruh kawasan pertanian mereka tiada satu pun

pokok – pokok yang besar kelihatan. Seluruh asap akan ke udara dan ini menyebabkan

kadar penglihatan semakin teruk dimana asap – asap ini mengganggu penglihatan

1

Page 4: 810930135775001

HBHE2103

manusia. Kepulan – kepulan asap akan berkumpul dan ini akan menyebabkan keadaan

berlakunya masalah jerebu yang amat teruk.

Masalah ini boleh kita perhatikan di kawasan Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

Banyak kawasan pertanian dibakar secara terbuka dan tidak terkawal berlaku. Natijahnya

bukan hanya Indonesia sahaja yang berlakunya jerebu, tetapi merebak juga ke negara kita

iaitu Malaysia.

2.2 Pembukaan Tanah Baru

Seterusnya adalah pembakaran tanah yang baru untuk diterokai dan dijadikan

sebagai kawasan pertanian yang baru. Perkara ini boleh dilihat dimana baru – baru ini,

Indonesia telah digemparkan dengan pembakaran hutan yang melampau yang berlaku di

Kalimantan dan Sumatera. Pembakaran ini mencetuskan masalah jerebu yang amat teruk

yang melanda Malaysia terutama di kawasan yang dekat dengan Indonesia. Tahap indeks

pencemaran udara telah menunjukkan tahap jerebu berada pada tahap yang amat

berbahaya sehinggakan negara telah mengisytiharkan darurat di beberapa negeri. Kepulan

– kepulan asap hitam yang terkepul di udara boleh mencacatkan lagi pemandangan

terutamanya pada waktu pagi dan bila asap tersebut ditiup angin.

2.3 Penggunaan Kendaraan Bermotor

Hari demi hari, bilangan kenderaan di jalan raya kian bertambah. Senario ini jelas

memperlihatkan realiti masyarakat di negara kita kurang berminat untuk menggunakan

perkhidmatan awam. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya perncemaran udara.

Asap yang dilepaskan dari kenderaan boleh mengundang bahaya. Asap hitam yang

dilepaskan oleh kenderaan bermotor akan membebaskan gaskarbon monoksida. Gas ini

memang diketahui ramai boleh menjejaskan kesihatan orang sekeliling memandangkan ia

tidak baik untuk pernafasan kita. Secara ringkasnya, penggunaan fosil seperti arang batu

dan minyak petrol boleh mengakibatkan pencemaran udara ke tahap yang cukup

membimbangkan.

2

Page 5: 810930135775001

HBHE2103

2.4 Pembakaran Bahan Api Industri

Punca yang seterusnya adalah pengeluaran bahan api dari industri. Asap yang

dikeluarkan oleh industri – industri berat di Malaysia yang tidak terkawal menambahkan

lagi keadaan jerebu yang semakin meruncing. Selain menggunakan minyak dan arang

batu sebagai bahan api, bahan – bahan pencemar yang berbahaya juga turut dilepaskan ke

udara melalui industri petrokimia dan industri kuari sepeti yang terdapat di Seguntor di

Sandakan dan Lembah Klang di Selangor. Bukan setakat industri – industri tersebut

sahaja, malahan juga perindustrian yang berasaskan kayu turut menjadi punca berlaku

kepada jerebu. Semua sisa – sisa industri ini akan dilupuskan secara pembakaran.

Pembakaran ini akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida,

hidrokarbon, debu, dan habuk yang terampai dibebaskan ke udara.

2.5 Fenomena El – Nino

Punca yang seterusnya adalah dari faktor semulajadi iaitu fenomena El – Nino. El –

Nino merupakan suatu keadaan dimana cuaca menjadi terlalu panas yang berpanjangan.

Akibatnya, suhu perairan di Lautan Pasifik akan meningkat terlalu tinggi. Perkara ini

terjadi kerana pergerakan angin dari Timur yang perlahan ditengah dan kawasan barat

perairan tersebut. Dalam masa yang serentak juga, keadaan Asia Tenggara turut juga

akan mengalami musim kemarau yang kering. Ini boleh menyebab dan memudahkan

kebakaran hutan yang teruk sepertimana yang telah berlaku di Sumatera dan di

Kalimantan, Indonesia. Asap – asap yang terlepas dan akan terkumpul ke ruang udara

dan terus terperangkap di ruang angkasa hinggakan terbentuknya keadaan yang

berjerebu.

3

Page 6: 810930135775001

HBHE2103

3.0 Data Indeks Pencemaran Udara

Negeri Lokasi 7 pagi 11 pagi 5 petang

Johor Kota Tinggi 78* 74* 68*

Johor Larkin Lama 111* 107* 108*

Johor Muar 148* 132* 125*

Johor Pasir Gudang 83* 75* 74*

Kedah Alor Setar 63* 64* 64*

Kedah Bakar Arang, Sg. Petani 75* 77* 98c

Kedah Langkawi 58* 57* 55*

Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu 108* 114* 114*

Kelantan Tanah Merah 90* 93* 98*

Melaka Bandaraya Melaka 182* 141* 128*

Melaka Bukit Rambai 260* 170* 150*

Negeri Sembilan Nilai 145* 149* 150*

Negeri Sembilan Port Dickson 335* 292* 193*

Negeri Sembilan Seremban 153* 169* 171*

Pahang Balok Baru, Kuantan 198* 191* 147*

Pahang Indera Mahkota, Kuantan 171* 166* 138*

Pahang Jerantut 106* 111* 123*

Perak Jalan Tasek, Ipoh 70* 73* 87*

Perak Kg. Air Putih, Taiping 63* 66* 76*

Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh 79* 82* 100*

Perak Seri Manjung 141* 148* 171*

Perak Tanjung Malim 128* 137* 152*

Perlis Kangar 62* 63* 63*

Pulau Pinang Perai 72* 72* 83*

Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai 79* 79* 88*

Pulau Pinang USM 70* 71* 81*

Sabah Keningau 78* 77* 74*

Sabah Kota Kinabalu 76* 75* 73*

Sabah Sandakan 50* 50* 51*

Sabah Tawau 39* 41* 41*

Sarawak Bintulu 75* 77* 73*

Sarawak ILP Miri 75* 76* 80*

Sarawak Kapit 63* 66* 71*

Sarawak Kuching 70* 72* 75*

Sarawak Limbang 72* 73* 69*

4

Page 7: 810930135775001

HBHE2103

Sarawak Miri 81* 82* 84*

Sarawak Samarahan 74* 75* 78*

Sarawak Sarikei 85* 88* 92*

Sarawak Sibu 85* 102* 106*

Sarawak Sri Aman 64* 67* 70*

Selangor Banting 178* 180* 209*

Selangor Kuala Selangor 117* 128* 157*

Selangor Pelabuhan Kelang 296* 288* 319*

Selangor Petaling Jaya 198* 193* 196*

Selangor Shah Alam 157* 162* 171*

Terengganu Kemaman 249* 253* 197*

Terengganu Kuala Terengganu 95* 98* 100*

Terengganu Paka 159* 158* 151*

Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur 191* 198* 189*

Wilayah Persekutuan Cheras,Kuala Lumpur 157* 160* 168*

Wilayah Persekutuan Labuan 82* 80* 79*

Wilayah Persekutuan Putrajaya 155* 152* 156*

Bacaan Indeks Pencemaran Udara Pada 24 Jun 2013

WARNA API STATUS0 - 50 Baik 51-100 Sederhana 101-200 Tidak Sihat 201-300 Sangat Tidak Sihat Lebih 300 Berbahaya

Petunjuk Indeks Pencemaran Udara( IPU )

Daripada jadual di atas, kita dapati bahawa beberapa buah negeri telah mengalami

keadaan jerebu yang tidak sihat kepada kesihatan. Melalui petunjuk Indeks Pencemaran

Udara ( IPU ), keadaan yang tidak sihat bermula apabila sesuatu kawasan tersebut

mencatat keputusan IPU di antara 101 hingga 200. Seterusnya, bila IPU dicatatkan

antara 201 hingga 300, status keadaan adalah sangat tidak sihat dan membahayakan

kepada kesihatan manusia. Manakala jika IPU melebihi daripada 300 pula adalah

keadaannya terlalu berbahaya.

Berdasarkan jadual data indeks di atas, di dapati terdapat dua buah negeri

mencatatkan indeks pencemaran yang berbahaya. Kewasan tersebut adalah Port Dickson,

Negeri Sembilan dan Pelabuhan Kelang, Selangor. Jika diperhatikan, keadaan berbahaya

5

Page 8: 810930135775001

HBHE2103

di Port Dickson yang mencatat 335 IPU telah dicatatkan pada waktu pagi. Manakala pada

sebelah tengah hari pula, keadaan jerebu sedikit menunjukkan penurunan iaitu mencatat

sebanyak 292. Pada sebelah petangnya pula, keadaan jerebu semakin beransur pulih dan

mencatatkan 193. Walau pun masih dikategorikan sebagai tidak sihat, apa yang penting

adalah mencatatkan penurunan demi penurunan IPU.

Seterusnya, di Pelabuhan Kelang pula, keadaannya pula sebaliknya. Pada sebelah

pagi, keadaan jerebu mencatatkan IPU 296. Ini menunjukkan IPU berada dalam keadaan

sangat tidak sihat. Manakala pada sebelah tengah hari pula mencatatkan sedikit

penurunan dengan mencatat indeks sebanyak 288. Tetapi pada sebelah petang pula,

keadaan menjadi berbahaya kepada warga Kelang di mana mencatat indeks sebanyak

319. Ini sekaligus dapat memudaratkan keadaan kesihatan dan perlu diarahkan untuk

mengurangkan akviti di luar rumah bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini

dariapada berlaku.

Seterusnya bagi Negeri Perak pula, terdapat beberapa kawasan yang mencatatkan

bacan IPU sederhana manakala terdapat juga kawasan lain mencatatkan bacaan

sederhana. Kawasan – kawasan bagi Jalan Tasek, Ipoh, Kampung Air Putih, Taiping dan

SK Jalam Pegoh, Ipoh mencatatkan bacaan antara 63 hingga 100. Bagi kawasan Seri

Manjung dan Tanjung Malim pula telah mencatatkan bacaan antara 128 hingga 171 dari

awal pagi sehingga ke petang. Bagi kawasan – kawasan ini, rakyat boleh menjalankan

aktiviti seperti biasa cuma perlu berhati – hati dan berwaspada kepada keadaan jerebu.

Bagi Negeri Sabah dan Sarawak pula, secara keseluruhannya, bacaan indeks bagi

beberapa kawasan adalah dalam keadaan baik dan sederhana sahaja. Beberapa kawasan

di bahagian Sabah mencatatkan indeks yang baik dimana mencatat bacaan kurang

daripada 50. Kawasan tersebut adalah di kawasan Sandakan dan Tawau. Selebihnya, di

kawasan Keningau Dan Kota Kinabalu telah mencatatkan bacaan sederhana iaitu antara

73 hingga 78 sahaja.

Manakala di Sarawak pula, hampir kesemua kawasan mencatatkan bacaan indeks

yang sederhana yang dicatatkan dari sebelah pagi sehingga ke sebelah petang. Hanya

kawasan Sibu sahaja telah menunjukkan peningkatan bacaan dimana bacaan

menunjukkan berada dalam paras tidak sihat. Bermula pada tengah hari sampailah ke

petang, bacaannya meningkat dari 102 hingga ke 106 sahaja. Keadaan ini membolehkan

6

Page 9: 810930135775001

HBHE2103

masyarakat digalakkan untuk mengurangkan sedikit aktiviti – aktiviti di luar rumah untuk

mengelak timbul sebarang masalah.

4.0 CadanganMengatasi Masalah Jerebu.

4.1 Kempen Kesedaran.

Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat berhubung dengan pencemaran

udara amnya dan memulihara alam sekitar khususnya haruslah dipergiatkan lagi.

Kesemua kempen – kempen yang dirancangkan ini haruslah mendapat kerjasama dan

komitmen padu daripada semua pihak terlibat agar ia akan memberik kesan yang sangat

mendalam. Kempen – kempen yang berterusan hendaklah dilakukan sepanjang masa dan

bukannya bermusim sahaja.

Selain daripada itu, penggunaan saluran media elektronik mahupun cetak ditambah

lagi dengan kemajuan teknologi maklumat yang ada kini sedikit sebanyak diharap dapat

mempertingkatkan lagi kesedaran di kalangan kita tentang bahayanya jerebu. Paparan

rencana khas yang berkaitan dengan kesan buruk jerebu hendaklah diterbitkan dan

dipertontonkan kepada umum. Ini secara tidak langsung membolehkan masyarakat

menyaksikan sendiri dalam pelbagai perspektif akan perbuatan mereka yang boleh

mengundang masalah jerebu.

4.2 Memperkasakan Undang – undang.

Seterusnya adalah memperketatkan lagi undang – undang sedia ada. Undang –

undang yang berhubung dengan pencemaran dan aktiviti – aktiviti yang menyumbang ke

arah jerebu perlu dipergiatkan lagi supaya segala yang telah dan akan berlaku dapat

diatasi dengan baiknya. Penguatkuasaan undang – undang bukanlah untuk memberikan

tekanan dan bebanan kepada orang ramai sebaliknya adalah langkah terbaik bagi

membendung segala perlakuan yang tidak sihat.

Mereka yang mencemari alam sekitar yang dalam apa jua keadaan yang menjerumus

kepada berlakunya jerebu harus dikenakan hukuman yang setimpal. Ini secara tidak

langsung akan memberi peringatan kepada orang lain agar sentiasa menjaga persekitaran

yang tiada tukar gantinya.

7

Page 10: 810930135775001

HBHE2103

Bukan setakat itu sahaja, mana – mana kilang perindustrian harus juga sentiasa

memantau dan membuat pemeriksaan secara berkala dari semasa ke semasa serta

mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Sebagai contoh, semua

industri besar dan kecil telah diwajibkan untuk menapiskan asap yang dikeluarkan dari

kilang.setiap kilang perlu menggunakan Wet scrubber yang mana merupakan penapis

asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini sedikit sebanyak

dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90% di dalam asap yang dibebaskan.

4.3 Pendidikan

Langkah yang seterusnya adalah melalui program pendidikan alam sekitar tidak kira

secara formal atau pun tidak formal. Semua pihak boleh terlibat dalam menjayakan

program ini terutama Jabatan Alam Sekitar dan agensi – agensi lain. Program yang

dirancang merangkumi setiap peringkat masyarakat iaitu pihak pentadbir, orang ramai

dan turut sama murid – murid sekolah. Melalui program ini, setiap lapisan masyarakat

dapat mempertingkatkan lagi kesedaran dan tanggung jawab bagi memelihara dan

memulihara alam sekitar.

Aktiviti ini merupakan salah satu agenda yang penting bagi memastikan satu strategi

pencegahan dan juga pengurusan alam sekitar berjalan dengan jayanya. Dalam masa yang

sama juga, lapisan masyarakat dapat menambah pengetahuan terhadap implikasi sosial

dan juga ekonomi dalam mempengaruhi soal alam sekitar.

4.4 Alat Bacaan Indeks Pencemaran Udara.

Antara lain langkah untuk mengatasi masalah jerebu dinegara kita adalah dengan

mengunakan alat bacaan Indeks Pencemaran Udara. Alat ini perlu diletakkan di

dibeberapa kawasan yang bermasalah. Ini adalah untuk mengatasi dan mengurangkan

masalah jerebu dengan mengenal pasti keadaan jerebu secara berkala. Sekiranya bacaan

indeks menunjukkan bacaan yang tidak sihat, maka pihak kerajaan perlu mengadakan

tindakan susulan bagi mengatasi masalah jerebu daripada merebak dengan teruknya.

Pengambilan bacaan tahap indeks pencemaran secara berkala haruslah sentiasa dilakukan

agar dapat mengehadkan masalah jerebu yang melanda. Bukan setakat itu sahaja, dengan

8

Page 11: 810930135775001

HBHE2103

alat bacaan indeks diletakkan di kawasan perindustrian juga mampu menghadkan

pengusaha kilang – kilang dari mengeluarkan asap atau gas yang berlebihan. Sekiranya

bacaan indeks menunjukkan bacaan yang tidak sihat, maka pengusaha kilang tersebut

perlu dikenakan sebarang tindakan undang –undang.

4.5 Pembenihan Awan.

Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah jerebu yang melanda adalah

melalui pembenihan awan. Pembenihan awan dijalankan bagi menurunkan hujan di

tempat – tempat tertentu yang dirasakan mencatatkan indeks pencemaran yang teruk

sehingga boleh menjejaskan tahap kesihatan. Hujan adalah pembersih semulajadi yang

terbaik untuk mengelakkan jerebu daripada terus teruk. Pembenihan awan ini seringkali

dilakukan dengan kerjasama dari pihak Jabatan Alam Sekitar dan Puncak Niaga Sdn.

Bhd. Kerjasama ini adalah untuk melakukan pembenihan awan yang secara khususnya di

kawasan – kawasan sekitar Lembah Kelang dan juga beberapa tempat di Negeri

Selangor. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang teruk. Walau pun cara

ini hanya akan berjaya sekiranya kawasan tumpuan mengandungi awan, tetapi cara ini

adalah yang terbaik yang boleh dilaksanakan.

5.0 Kesan – kesan Jerebu

Masalah jerebu yang melanda secara berterusan banyak mendatangkan kesan

buruk terhadap semua terutama yang berisiko tinggi seperti kanak – kanak, orang tua,

wanita yang sedang mengandung, pesakit – pesakit asma, jantung, perokok dan banyak

lagi pesakit yang mengidap penyakit yang kronik.

Golongan kanak – kanak paling mudah terdedah kepada jerebu. Oleh yang

demikian, pelbagai kesan yang dapat diperhatikan apabila mereka terdedah kepada

jerebu. Kesan jerebu kepada tahap kesihatan kanak – kanak kebiasaannya adalah ringan

dan boleh dirawati oleh ibu bapa mereka sendiri. namun begitu, ia boleh juga

menyebabkan gejala – gejala seperti kerengsaan mata, hidung dan ruam pada kulit

seluruh badan. Lantaran daripada itu juga, jerebu ini akan menimbulkan masalah yang

lebih serius sekiranya kanak – kanak mengidap penyakit asma, serta mempunyai sejarah

masalah respiratori, sinusitis dan juga alergi kulit.

9

Page 12: 810930135775001

HBHE2103

Seterusnya bagi golongan yang mengidap penyakit asma, mereka akan mengalami

gejala yang lebih teruk. Mereka akan mengalami sesak nafas yang berulang – ulang dan

seterusnya nafas mengeluarkan bunyi berdehit. Perkara ini adalah disebabkan oleh

kebengkakan pada tiub bronkus yang seterusnya akan menyempitkan lagi saluran

pernafasan dan ini akan mengurangkan aliran udara yang masuk dan keluar dari paru –

paru.

Selain daripada kedua – dua golongan ini, golongan perokok juga turut mendapat

kesan dari masalah jerebu yang melanda. Bagi golongan perokok yang sering merokok di

luar rumah, mereka bukan sahaja menyedut asap rokok malah mereka juga terdedah

untuk menyedut sekali partikel udara PM10 dan PM25. Ini sekali gus masuk bersama ke

dalam saluran kecil dalam paru – paru. Mereka akan mendapat kerengsaan, batuk dan

juga amat mudah untuk dijangkiti penyakit yang berkaitan dengan jerebu. Golongan ini

lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan.

Jerebu juga boleh memberikan kesan yang amat mendalam terhadap golongan

yang mengidap penyakit paru – paru. Mereka lebih terdedah dan cenderung untuk

mendapat sakit jantung, emphysema dan bronkitis yang agak kronik. Mereka perlu

sentiasa berwaspada dan berhati – hati kerana jerebu boleh menambahkan lagi tahap

keterukan penyakit mereka. Sekiranya mereka mendapat sebarang gejala yang tidak baik,

maka segeralah ke klinik atau hospital yang berdekatan agar dapat mengelakkan dari

menyebabkan keadaan kesihatan dari bertambah teruk.

Seterusnya, bagi orang tua pula, mereka akan cepat sesak nafas, kulit menjadi

gatal, batuk kering sentiasa berterusan dan sebagaianya. Sekiranya terdapat orang tua

yang sering dan selalu terdedah kepada jerebu, mereka akan mengalami gatal – gatal di

kawasan kerongkon dan seterusnya akan batuk secara berterusan. Bukan setakat itu

sahaja, mereka juga akan merasakan sukar untuk bernafas apabila berada dalam jerebu.

Oleh yang sedemikian, orang tua yang mudah mendapat penyakit semasa menghadapi

jerebu haruslah sentiasa berwaspada dan berhati – hati dengan tahap kesihatan mereka.

Jika menghadapi sebarang masalah yang memudaratkan, segeralah pergi berjumpa

dengan doktor dan seterusnya mengambil ubat mengikut masa yang telah diperuntukkan.

10

Page 13: 810930135775001

HBHE2103

Gejala – gejala / kesan jerebu.

6.0 Penutup.

Kerancakan pembangunan dan ekonomi yang pesat membangun tidak harus dijadikan

sebagai alasan untuk kita terus mencemari alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita

sejak dari azali lagi. Kita perlu sedar bahawa setiap kejadian yang dicipta oleh-Nya saling

berkaitan antara satu sama lain dan saling memerlukan. Hutan – hutan tidak seharusnya

digondol, bukit – bukit diratakan dan pembakaran yang berlaku di sana – sini tidak

sepatutnya berlaku. Dalam masalah jerebu, kita hendaklah menghentikan sama sekali

perbuatan pembakaran secara terbuka yang mana merupakan faktor utama yang

menyumbang kepada masalah jerebu. Untuk jangka masa yang panjang, perbuatan

tersebut hanya merugikan dan menimbulkan kesan yang buruk terhadap rakyat.

Jelaslah, alam yang tercemar tidak dapat dibayar dengan wang ringgit kerana alam

sekitar adalah satu anugerah tuhan yang tiada nilainya. Namun begitu, kita masih boleh

menyelamatkannya dengan mengambil langkah – langkah untuk memuliharanya. Jika ini

tidak dilaksanakan, kita bakal menyaksikan lebih banyak lagi pencemaran yang akhirnya

memudaratkan kita sendiri. Kesan daripada masalah yang timbul ini sesungguhnya

bukanya sedikit sehinggakan adakalnya ia boleh membawa maut.

( 2865 Patah Perkataan )

11

Page 14: 810930135775001

HBHE2103

Rujukan

(n.d.). Retrieved from Program Bersepadu Sekolah Sihat: http://skbhilir.tripod.com/pbss.htm

(n.d.). Retrieved from Isu Alam Sekitar : Jerebu( Punca dan Langkah Mengatasi): http://pengajianamcgsue.forumotion.com/t1267-isu-alam-sekitar-jerebu-punca-dan-langkah-mengatasi

12

Page 15: 810930135775001

HBHE2103

(2013, Jun 24). Retrieved from Catatan Terkini IPU Jerebu di Malaysia yang Terjejas 24 June 2013: http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun-2013-seluruh-negeri

(2013, Jun 24). Retrieved from Tips Menghadapi Masalah Kesihatan Ketika Jerebu: http://www.drhatta.com/2013/JUN13/Jerebu_TipSihat.htm

Abdul Rahman Isa, R. N. (1990). Pertolongan Cemas Prinsip Dan Amalan. Kuala Lumpur: Cresent News.

Bernama. (2013, Jun 20). Retrieved from Pembenihan awan perlu disegerakan atasi jerebu: http://www.astroawani.com/news/show/pembenihan-awan-perlu-disegerakan-atasi-jerebu-pakar-16815?cp

Bhd., B. E. (2007). Panduan Keselamatan Menghadapai Bencana Dan Krisis. Selangor : Pro-Office Shoppe Sdn. Bhd.

Calla, R. (2013, Jun 16). Retrieved from Punca Dan Keadaan Terkini Jerebu Di Semenanjung Malaysia: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/punca-dan-keadaan-terkini-jerebu-di.html#ixzz2gfMw1OZN

Calla, R. (2013, Jun 20). Retrieved from Panduan DanTips Ketika Jerebu: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/panduan-dan-tips-kesihatan-ketika-jerebu.html#ixzz2gfP4AIkB

Chong, C. H. (2013, Julai 14). Retrieved from STPM:GEOGRAFI:Langkah dalam mengatasi Udara DAn Jerebu: http://gerbangsejaraham.blogspot.com/2013/07/normal-0-false-false-false-en-us-zh-cn.html

Ibrahim, R. (2004). Pencemaran Udara / Ancaman Jerebu. Selangor Darul Ehsan: Pustaka Cita Tinggi.

KPM, B. S. (2008). Panduan Pengurusan 3K. PERMAI PADUJAYA SDN. BHD.

Lian, T. H. (2013, Jun). Retrieved from Langkah-Langkah Mengatasi Jerebu: http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-contoh-17-langkah-langkah.html

Malaysia, K. K. (2011). Dasar Program Bersepadu Sekolah Sihat. Rasli, N. C. (2011, November 20). Retrieved from Langkah dalam mengatasi

Pencemaran Udara dan Jerebu: http://geografifizikalstpm.blogspot.com/2011/11/pencemaran-udara-dan-jerebu_20.html

13

Page 16: 810930135775001

HBHE2103

Rasli, N. C. (2011, November 19). Retrieved from Kesan - kesan Pencemaran Udara dan Jerebu: http://geografifizikalstpm.blogspot.com/2011/11/pencemaran-udara-dan-jerebu_5713.html

Saad, I. M. (2013, Jun 25). Retrieved from Jerebu:Punca, Kesan, Akibat, Kronologi dan Penyelesaian: http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html

Shasha, D. (2013, Jun 26). Retrieved from Jerebu: OPerasi Pembenihan Awan Di Selangor Dan Perak Berjaya: http://www.feldavoice.com/?p=4131

WMS, C. A. (2009, September 8). Retrieved from Langkah - langkah mengatasi jerebu: http://anelyza.blogspot.com/2009/09/langkah-langkah-mengatasi-jerebu.html

14