8.0

3
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Pengkaji bercadang kajian ini diteruskan dalam kemahiran Matematik yang lain. Penggunaan bahan maujud dan gambar rajah ini boleh diteruskan dalam kemahiran tambah, tolak, bahagi, masa dan waktu, bentuk 2D dan 3D. Menurut Piaget dalam Abd Rahman (2010), isi pelajaran hendaklah disusun mengikut perkembangan kognitif kanak- kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak mengikut perkembangan fizikal individu. Oleh itu, apabila guru ingin mengenalkan sesuatu kemahiran Matematik yang baru, guru boleh menunjukkan bahan maujud dan gambar rajah terlebih dahulu agar murid lebih dapat memahami konsep akan sesuatu kemahiran Matematik dengan lebih jelas. Seterusnya, pengkaji bercadang untuk meluaskan lagi kaedah penggunaan bahan maujud dan gambar rajah dalam kalangan murid pemulihan. Bahan maujud dan gambar rajah yang lebih pelbagai akan dapat menarik minat pemulihan untuk belajar mata pelajaran Matematik. Dalam pada itu, murid juga digalakkan untuk mencari bahan maujud dan melukis gambar rajah yang sesuai dengan minat mereka. Kaedah ini sangat mudah dan sesuai diaplikasikan kepada kepada murid yang lemah kognitifnya lebih-lebih lagi murid pemulihan. Dalam pada itu, kajian ini juga boleh diteruskan dengan menggunakan responden yang lebih ramai. Selain dari murid pemulihan, kaedah ini boleh dilaksanakan pada murid di kelas aliran perdana sebelum mereka diperkenalkan dengan fakta asas darab. Bilangan sekolah yang dijalankan kajian boleh ditambah agar keberkesanan penggunaan bahan maujud dan gambar rajah ini dapat digeneralisasikan. 64

Upload: harraz

Post on 02-Oct-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

haa

TRANSCRIPT

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengkaji bercadang kajian ini diteruskan dalam kemahiran Matematik yang lain. Penggunaan bahan maujud dan gambar rajah ini boleh diteruskan dalam kemahiran tambah, tolak, bahagi, masa dan waktu, bentuk 2D dan 3D. Menurut Piaget dalam Abd Rahman (2010), isi pelajaran hendaklah disusun mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak mengikut perkembangan fizikal individu. Oleh itu, apabila guru ingin mengenalkan sesuatu kemahiran Matematik yang baru, guru boleh menunjukkan bahan maujud dan gambar rajah terlebih dahulu agar murid lebih dapat memahami konsep akan sesuatu kemahiran Matematik dengan lebih jelas.

Seterusnya, pengkaji bercadang untuk meluaskan lagi kaedah penggunaan bahan maujud dan gambar rajah dalam kalangan murid pemulihan. Bahan maujud dan gambar rajah yang lebih pelbagai akan dapat menarik minat pemulihan untuk belajar mata pelajaran Matematik. Dalam pada itu, murid juga digalakkan untuk mencari bahan maujud dan melukis gambar rajah yang sesuai dengan minat mereka. Kaedah ini sangat mudah dan sesuai diaplikasikan kepada kepada murid yang lemah kognitifnya lebih-lebih lagi murid pemulihan.

Dalam pada itu, kajian ini juga boleh diteruskan dengan menggunakan responden yang lebih ramai. Selain dari murid pemulihan, kaedah ini boleh dilaksanakan pada murid di kelas aliran perdana sebelum mereka diperkenalkan dengan fakta asas darab. Bilangan sekolah yang dijalankan kajian boleh ditambah agar keberkesanan penggunaan bahan maujud dan gambar rajah ini dapat digeneralisasikan.

9.0RUMUSAN

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), matematik merupakan mata pelajaran wajib yang dipelajari oleh setiap murid hinggalah ke peringkat tertinggi. Keadaan ini memerlukan pelajar memahami konsep asas matematik seperti fakta asas darab di samping mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Penguasaan kemahiran fakta asas darab menjadi keutamaan yang penting dalam pembelajaran matematik.

Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji mendapati murid pemulihan masih tidak dapat menguasai kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan. Berdasarkan kajian kajian yang lepas, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan bagi mengatasi masalah murid yang mempunyai masalah dalam kemahiran darab. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan kaedah bahan maujud dan gambar rajah dalam membantu meningkatkan kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan murid pemulihan.

Dapatan kajian ini memberikan gambaran bahawa kaedah penggunaan bahan maujud dan gambar rajah memberikan kesan yang positif dalam meningkatkan pencapaian murid pemulihan dalam kemahiran fakta asas darab. Perbezaan di antara min ujian pra dan pos adalah sebanyak 70%. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan maujud dan gambar rajah membantu responden dalam meningkatkan kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan mereka.

Hasil dapatan soal selidik juga menyokong bahawa penggunaan bahan maujud dan gambar rajah dapat membantu reponden dalam meningkatkan kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan mereka dengan lebih baik. Selain itu, dengan menggunakan bahan maujud dan gambar rajah juga dapat melahirkan persepsi positif dalam kalangan murid pemulihan bahawa kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan adalah kemahiran yang mudah difahami.

66