8) peta minda - kaitan isu dengan aspirasi pendidikan negara

11
peta minda 1

Upload: amar-safwan

Post on 14-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kl

TRANSCRIPT

Page 1: 8) Peta Minda - Kaitan Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Negara

peta minda

1

Page 2: 8) Peta Minda - Kaitan Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Negara

2

ISU-ISU DI DALAM KAJIAN KES

‘KAJIAN PERSEKOLAHAN MURID ORANG ASLI’

Kehadiran murid-murid Orang Asli ke sekolah.

Pencapaian akademik murid-murid Orang Asli terutama dalam penguasaaan 3M

Masalah yang dihadapi oleh Guru Besar, guru, dan murid dalam menangani isu-isu pendidikan.

Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran untuk memahami pengajaran guru yang menggunakan bahasa Melayu.

ISU-ISU MENGIKUT KEUTAMAAN

Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran untuk memahami pengajaran guru yang menggunakan bahasa Melayu.

Pencapaian akademik murid-murid Orang Asli terutama dalam penguasaaan 3M

Kehadiran murid-murid Orang Asli ke sekolah.

Masalah yang dihadapi oleh Guru Besar, guru, dan murid dalam menangani isu-isu pendidikan.

1

2

3

4

Page 3: 8) Peta Minda - Kaitan Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Negara

3

Guru perlu cekap dalam menyampaikan pengajaran supaya BM tidak menjadi penghalang kepada murid dalam memahami sesuatu pengajaran.Tindakan yang diambil secara proaktif dan holistik oleh guru dapat membantu murid-murid Orang Asli memahami sesi p&p walaupun menggunakan bahasa Melayu.Strategi yang digunakan oleh guru bergantung kepada tahap penguasaan murid terhadap sesuatu topik yang diajar.

BM adalah untuk semua orang di mana setiap Orang Asli boleh menggunakan BM dalam pendidikan selaras dengan peranannya sebagai bahasa utama di Malaysia.Penyelarasan bahasa digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia untuk memudahkan sesi p&p berjalan dengan lancar. Penyampaian dan perkongsian maklumat boleh dilakukan dengan mudah.Memudahkan murid Orang Asli berhubung dengan orang lain yang berada di bandar tanpa rasa rendah diri.Murid akan lebih mudah memahami p&p guru dengan baik melalui penguasaan BM.

Guru perlu menghasilkan sesi pengajaran yang berkualiti yang mengambil kira unsur-unsur budaya Orang Asli bagi memupuk minat murid-murid Orang Asli belajar dalam suasana yang berkualiti dan seimbang antara alam sekitar dan ruang persekolahan.Pelbagai strategi dan kaedah boleh digunakan oleh guru bagi menghasilkan p&p yang berkualiti.

Dengan menguasai BM, murid Orang Asli akan lebih mudah untuk memahami sesi p&p dan dapat membantu mereka dalam mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.Guru digalakkan mempelajari bahasa Orang Asli untuk memudahkan komunikasi dua hala antara guru dan murid supaya murid lebih memahami sesuatu perkataan dalam BM.

Akses

Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran dalam memahami pengajaran guru yang

menggunakan bahasa Melayu.

Kualiti

EkuitiUniti

BM dapat meningkatkan perpaduan serta kerjasama di antara murid-murid Orang Asli itu sendiri atau dengan murid-murid lain dari pelbagai kawasan.Komunikasi dan interaksi berlaku dengan lebih mudah jika menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh semua kaum tanpa mengira bangsa.Interaksi guru dengan murid melalui bahasa yang mudah dfahami oleh murid dapat meningkatkan perasaan saling mempercayai antara satu sama lain.Bahasa dan cara penyampaian sesuatu ilmu dapat membantu meningkatkan kepercayaan murid-murid terhadap guru.

Kecekapan

Page 4: 8) Peta Minda - Kaitan Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Negara

4

Penguasaan kemahiran 3M dengan baik dapat meningkatkan kecekapan murid dalam berfikir dan menyelesaikan masalah yang memerlukan mereka membaca dan memahami sesuatu ayat dengan baik.Murid-murid perlu menguasai kemahiran 3M sebelum menguasai kemahiran yang lebih tinggi.

Penguasaan 3M secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kualiti proses pembelajaran dalam kalangan murid-murid Orang Asli.Memudahkan guru melaksanakan sesi p&p yang berkesan dan bahan bantu belajar (BBM) yang dihasilkan bersesuaian dengan tahap kognitif murid-murid.

Penguasaan 3M (membaca, mengira, menulis) dalam diri murid Orang Asli akan meningkatkan lagi kefahaman murid dalam p&p.Memudahkan murid dalam mengakses maklumat atau pengetahuan melalui pembacaan.

Pencapaian akademik murid-murid Orang Asli terutama dalam

penguasaaan 3M

Akses

Kualiti

Ekuiti

Setiap murid berhak mendapat peluang pendidikan yang sama rata tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama.Berdasarkan PIPP, murid-murid diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan dan profesion keguruan merupakan satu pekerjaan atau tanggungjawab untuk membantu murid-murid menjadi insan yang seimbang berlandaskan FPK. Sesi pengajaran dan pembelajaran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih dikenali sebagai pembelajaran masteri menekankan pembelajaran dilakukan daripada satu unit kecil kepada satu unit lain setelah murid menguasai sesuatu topik yang diajar.

Kecekapan

Page 5: 8) Peta Minda - Kaitan Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Negara

5

Kehadiran penuh murid-murid Orang Asli ke sekolah akan meningkatkan keberkesanan p&p guru di sekolah.Murid tidak lagi tercicir dan ketinggalan dalam mana-mana mata pelajaran.

Sistem pendidikan yang direncanakan oleh Malaysia ialah semua kanak-kanak termasuk Orang Asli, tanpa mengira siapa ibu bapa mereka, atau tempat mereka belajar akan dilengkapi dengan keperluan yang mampu mencerahkan peluang masa depan mereka.

Semua murid berpeluang untuk mendapatkan pendidikan berkualiti bagi mendorong murid meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah.Bagi mencapai matlamat ini, komitmen yang tinggi daripada semua pihak amat diperlukan.

Kemudahan yang diperlukan seperti kemudahan pengangkutan bagi memudahkan murid Orang Asli ke sekolah.Murid Orang Asli berhak mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti dalam semua aspek bagi mencapai potensi masing-masing.Memastikan semua murid Orang Asli memenuhi standard minimum yang diterima iaitu penguasaan 3M dan lulus dalam mata pelajaran teras.

Kehadiran murid-murid Orang Asli ke sekolah.

Akses

Kualiti

EkuitiUniti

Melalui interaksi murid-murid Orang Asli yang datang dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, mereka dapat belajar untuk berkongsi nilai dan pengalaman bersama.Interaksi sihat yang dialami di sekolah dapat meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah.Murid-murid belajar secara kontekstual berdasarkan pengalaman sedia ada dan dikaitkan dengan pengalaman baru yang diperolehi.

Kecekapan

Page 6: 8) Peta Minda - Kaitan Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Negara

6

Pihak sekolah harus cekap dalam menangani masalah yang berkaitan dengan isu-isu pendidikan yang melibatkan murid Orang Asli.Guru kelas dan guru kaunseling memainkan peranan penting dalam memberi motivasi kepada murid Orang Asli untuk terus belajar demi masa depan mereka.

Guru besar dan guru perlu menjadi contoh teladan kepada murid-murid Orang Asli untuk menyatupadukan mereka melalui penglibatan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah.

Guru yang berkualiti akan menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan yang berbeza dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan murid dan juga pendidikan.

Guru besar dan guru perlu mendekati murid secara proaktif bagi memastikan murid-murid Orang Asli menerima standard minimum dalam pendidikan.Guru yang mengenali muridnya dalam pelbagai aspek dapat memudahkan seseorang guru mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh muridnya dan cuba atasi masalah tersebut.

Masalah yang dihadapi oleh Guru Besar, guru, dan murid dalam menangani isu-isu pendidikan.

Akses

Kualiti

Ekuiti

Setiap guru perlu mengambil berat terhadap setiap muridnya tanpa ada perasaan pilih kasih.Guru harus mengenali setiap muridnya dengan lebih mendalam dari pelbagai aspek perbezaan.

Uniti

Kecekapan

Page 7: 8) Peta Minda - Kaitan Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Negara

‘KAJIAN PERSEKOLAHAN MURID ORANG ASLI’

7

Implikasi : Pengetahuan dan kefasihan bercakap dalam BM membuatkan

murid Orang Asli berasa rendah diri dan malu untuk bertanya guru

atau melibatkan diri terhadap sesuatu aktiviti p&p.

Cadangan : 1) Guru harus menerima kekurangan murid dan cuba

memberi keyakinan kepada murid untuk bertanya dan memberi

kata-kata semangat serta peneguhan kepada murid yang dapat

menggunakan BM dengan betul.

2) Guru tidak boleh berputus asa dalam meningkatkan

penguasaan murid dalam BM.

Implikasi : Persekitaran fizikal yang tidak selesa kurang mendorong

murid-murid Orang Asli untuk memahami sesuatu p&p dengan

lebih mudah dan bermakna.

Cadangan : 1) Guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal yang sesuai

dengan budaya Orang Asli supaya mereka lebih tertarik

dan berminat untuk belajar melalui pendekatan yang

dipilih yang bersesuaian dengan cara hidup mereka.

2) Guru menggunakan bahan bantu belajar yang

mempunyai unsur alam semula jadi.

Penambahbaikan : Guru seharusnya menggunakan pendekatan kontekstual di mana

contoh-contoh yang digunakan di dalam p&p haruslah berkait rapat dengan sekeliling murid.

Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran memahami pengajaran

guru yang menggunakan bahasa

Melayu.

Persekitaran Fizikal

Persekitaran Sosioemosi

Page 8: 8) Peta Minda - Kaitan Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Negara

8

Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran memahami pengajaran

guru yang menggunakan bahasa

Melayu.

Implikasi : Kesukaran memahami p&p akan membuatkan murid Orang

Asli yang lemah berasa malu untuk bergaul atau berbincang dengan

mereka yang pandai.

Cadangan : 1) Aktiviti kumpulan yang menggabungkan pelbagai tahap

pencapaian dan kebolehan murid dapat meningkatkan

kerjasama antara murid dalam kalangan masyarakat Orang Asli

itu sendiri.

2) Guru perlu wujudkan persekitaran yang mesra budaya antara

guru-murid dan murid-murid.

Penambahbaikan : Guru menggunakan strategi pembelajaran secara koperatif dan aktiviti-aktiviti

bersifat interaktif.

Perhubungan antara kelompok etnik

Implikasi : Pengurusan guru yang kurang cekap akan membantutkan usaha

murid memahami sesuatu pengajaran.

Cadangan : 1) Seseorang guru perlu cekap mengurus p&p dengan baik agar

murid Orang Asli mudah memahami pengajaran.

2) Proses pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan.

3) Pengajaran guru mestilah sesuai dengan tahap pencapaian dan

kebolehan murid serta menggunakan BM yang mudah

memandangkan murid Orang Asli masih tidak dapat menguasai

BM dengan sebaiknya.

3) Guru perlu merancang aktiviti yang sesuai supaya dapat

menggalakkan murid Orang Asli menguasai BM dengan

lebih baik.

Penambahbaikan : Guru harus bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka di mana alat

bahan bantu mengajar dipilih berdasarkan bahan-bahan yang wujud di sekitar mereka.

Pengurusan pengajaran & pembelajaran

Page 9: 8) Peta Minda - Kaitan Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Negara

9

Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran memahami pengajaran

guru yang menggunakan bahasa

Melayu.

Implikasi : Guru tidak seharusnya mengajar isi kandungan pengajaran dengan

menggunakan buku teks semata-mata.

Cadangan : 1) Guru perlu memilih strategi, kaedah, dan teknik yang sesuai

mengikut budaya masyarakat Orang Asli dengan mengaitkan

pengajaran guru dengan kehidupan seharian murid.

Pedagogi Relevan Budaya

Implikasi : Penggunaan BM oleh guru menyukarkan murid Orang Asli untuk

faham dalam pengajaran guru.

Cadangan : 1) Guru perlu menggunakan laras bahasa yang mudah dalam

pengajarannya dan mempelajari bahasa Orang Asli supaya

penyampaian pengajaran menjadi lebih berkesan.

2) Guru perlu menarik minat murid Orang Asli untuk

belajar BM dengan penuh minat dan seronok.

Sosiolinguistik

Page 10: 8) Peta Minda - Kaitan Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Negara

10