8. perkhidmatan@ servis

9
Bab 8 : Bab 8 : Perkhidmatan / Perkhidmatan / Servis Servis

Upload: yunnach

Post on 04-Jul-2015

5.228 views

Category:

Business


0 download

DESCRIPTION

Apakah itu perkhidmatan atau servis; perbezaan produk dan servis; dan jenis2 servis.

TRANSCRIPT

Page 1: 8. perkhidmatan@ servis

Bab 8 :Bab 8 : Perkhidmatan / Perkhidmatan /

ServisServis

Page 2: 8. perkhidmatan@ servis

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Mengenal pasti perkhidmatan atau servis2. Membezakan antara produk dan servis3. Mengenal pasti jenis-jenis servis

Page 3: 8. perkhidmatan@ servis

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SERVIS?

• Perkhidmatan atau servis adalah aktiviti atau faedah yang ditawarkan untuk jualan secara tidak ketara dan tidak mendatangkan apa-apa pemilikan terhadap sesuatu secara kebendaan

• Servis perbankan, penerbangan, telekomunikasi, perhotelan, perubatan, dan pencucian adalah antara contoh-contoh servis

Page 4: 8. perkhidmatan@ servis

PERBEZAAN ANTARA PRODUK DENGAN SERVIS

• PRODUK - Merupakan apa saja yang boleh ditawarkan kepada

pasaran untuk mendapatkan perhatian, perolehan, pemilikan, dan kegunaan yang boleh memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak

- Produk (dalam bentuk objek) mempunyai sifat-sifat tertentu yang boleh dilihat, dihidu, dirasa, didengar dan sebagainya.

- Ciri-ciri ketara ini boleh diamati melalui warna, saiz, berat, jenama, pembungkusan, reka bentuk, label, dan tahap kualiti

Page 5: 8. perkhidmatan@ servis

PERBEZAAN ANTARA PRODUK DENGAN SERVIS

• SERVIS- Servis tidak mempunyai sifat-sifat yang nyata

seperti produk fizikal.- Walau bagaimanapun, ia mempunyai ciri-ciri

seperti berikut :a) tidak ketarab) tidak boleh dipisahkanc) berbeza-beza / heteroginitid) tidak boleh disimpan

Page 6: 8. perkhidmatan@ servis

CIRI-CIRI SERVIS

1. TIDAK KETARA - servis tidak dapat dilihat secara fizikalnya- ini menyukarkan pengguna untuk membuat

pemeriksaan atau mengenalpasti kualiti sebelum membeli atau menggunakan servis tersebut - cabaran kepada pemasar adalah dari segi

meyakinkan pengguna dengan servis yang ditawarkan

Page 7: 8. perkhidmatan@ servis

CIRI-CIRI SERVIS

2. TIDAK BOLEH DIPISAHKAN- servis yang ingin ditawarkan kepada pengguna

adalah tidak boleh dipisahkan daripada pihak yang akan memberikan servis tersebut.

- ini bermakna, servis tidak boleh diwujudkan hanya dengan ada satu pihak sahaja (dalam kata lain, penawaran & penggunaan servis perlu dibuat secara serentak)- pemasar perlu memastikan permintaan dan

penawaran servis diuruskan dengan baik

Page 8: 8. perkhidmatan@ servis

CIRI-CIRI SERVIS3. BERBEZA-BEZA / HETEROGINITI

- servis adalah berbeza-beza bergantung kepada siapa, bila, di mana, dan bagaimana

pemberi servis itu melakukannya.- perbezaan ini wujud disebabkan pelbagai

perkara, antaranya adalah interaksi di antara pemberi servis dan pelanggannya, keadaan persekitaran, dan lain-lain

- pemasar perlu memastikan keseragaman servis yang ditawarkan e.g latihan pekerja, dan penambahbaikan berterusan bagi menjamin kualiti servis yang ditawarkan

Page 9: 8. perkhidmatan@ servis

CIRI-CIRI SERVIS4. TIDAK BOLEH DISIMPAN

- servis tidak boleh disimpan untuk digunakan kemudian- ini bermakna, servis tidak boleh diinventorikan- servis hanya boleh ditawarkan apabila ianya

diperlukan, dan disampaikan oleh pemberi servis sebaik sahaja ianya dikehendaki oleh pelanggan- aspek permintaan dan penawaran servis ini perlu diberi penekanan oleh pemasar untuk memastikan servis tersedia apabila diperlukan