document7k

8
Dunia dakwah bukan dunia populariti. Juga bukan dunia selebriti . Hakikatnya dunia dakwah penuh ujian dan dugaan. Apatah lagi ia menjadi cabaran buat Du’at Muda yang bergelar sebagai mahasiswa. Ada 7K cabaran sebagai Du’at Muda 1.Kembara Mengembara ilmu di negara-negara yang dingin semangat dakwah akan mempengaruhi kehidupan pendakwah tadi. Apatah lagi jika belajar di negara yang tidak ada amal dakwah dan tarbiyah akan mudah terdedah kepada gejala futur.Disamping itu du’at tadi mudah terpengaruh dengan suasana persekitaran jahiliyah yang kadang-kadang mencairkan identiti islami bahkan terpengaruh dengan fahaman secular-liberal. 2. Komputer Perisian komputer yang sarat dengan aneka program di samping penjajahan dunia maya mengherat daie muda dengan kelalaian beramal di medan maya sehingga lupa medan yang asal iaitu dakwah face to face. Jika tidak ia disibukkan dengan permainan computer yang mencuri masa dan waktunya sehingga melemahkannya untuk konsisten dalam tarbiyah atau menghadiri wasilah-wasilah tarbiyah. Dia leka menghabiskan masa dengan meng’update’ status facebook, twitter, instragram sehingga mengabaikan wajibat fardi dan wajibat jamaie. 3. Kawan Kawanyang baik ibarat penjual minyak wangi sedangkan kawan yang jahat ibarat tukang besi. Masing-masing memberikan pengaruh kepada du’at muda. Ibnu Khaldun menyebut manusia adalah anak kelahiran persekitaran. Berapa banyak da’ie muda tersungkur dalam lapangan amal dakwah dan tarbiyah apabila berada dalam alam menara gading, sedangkan dia semasa sekolah adalah pimpinan-pimpinan badan-badan dakwah, pentazkirah, nuqabak dan naqibak. Dek pengaruh rakan dan silap memilih kawan menjadikannya hilang dalam kamus sebagai orang dakwah.

Upload: nurislah

Post on 15-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

halangan-halangan yang akan ditempuhi oleh seorang daie

TRANSCRIPT

Page 1: Document7K

Dunia dakwah bukan dunia populariti. Juga bukan dunia selebriti . Hakikatnya dunia dakwah

penuh ujian dan dugaan. Apatah lagi ia menjadi cabaran buat Du’at Muda yang bergelar

sebagai mahasiswa.

Ada 7K cabaran sebagai Du’at Muda

1.Kembara

Mengembara ilmu di negara-negara yang dingin semangat dakwah akan mempengaruhi

kehidupan pendakwah tadi. Apatah lagi jika belajar di negara yang tidak ada amal dakwah

dan tarbiyah akan mudah terdedah kepada gejala futur.Disamping itu du’at tadi mudah

terpengaruh dengan suasana persekitaran jahiliyah yang kadang-kadang mencairkan identiti

islami bahkan terpengaruh dengan fahaman secular-liberal.

2. Komputer

Perisian komputer yang sarat dengan aneka program di samping penjajahan dunia maya

mengherat daie muda dengan kelalaian beramal di medan maya sehingga lupa medan yang

asal iaitu dakwah face to face. Jika tidak ia disibukkan dengan permainan computer yang

mencuri masa dan waktunya sehingga melemahkannya untuk konsisten dalam tarbiyah atau

menghadiri wasilah-wasilah tarbiyah. Dia leka menghabiskan masa dengan meng’update’

status facebook, twitter, instragram sehingga mengabaikan wajibat fardi dan wajibat jamaie.

3. Kawan

Kawanyang baik ibarat penjual minyak wangi sedangkan kawan yang jahat ibarat tukang

besi. Masing-masing memberikan pengaruh kepada du’at muda. Ibnu Khaldun menyebut

manusia adalah anak kelahiran persekitaran. Berapa banyak da’ie muda tersungkur dalam

lapangan amal dakwah dan tarbiyah apabila berada dalam alam menara gading, sedangkan

dia semasa sekolah adalah pimpinan-pimpinan badan-badan dakwah, pentazkirah, nuqabak

dan naqibak. Dek pengaruh rakan dan silap memilih kawan menjadikannya hilang dalam

kamus sebagai orang dakwah.

4. Kejayaan dan Kecemerlangan Sijil

Daie muda akan diuji dengan sijil kejayaan cemerlang sehingga dia melupai peranan

risalahnya. Pencapaian CGPA yang tinggi membawa dirinya merasai ujub,riak dan

bermegah-megah hingga memandang rendah kepada mereka yang terdahulu di medan

dakwah. Jika dipilih menjadi pensyarah atau dalam skim latihan pensyarah,dia sibuk

memberikan untuk ‘excuse’ program atas alasan kesibukan mengejar MA dan Phd demi

untuk dakwah. Namun hakikatnya dia mengorbankan dunia dakwah dan beralih kepada

dunia akademik dan sijil demi mengejar habuan duniawi.

Page 2: Document7K

5. Konvo

Daie muda tadi aktif semasa belajar universiti kemudian menjadi pasif pasca graduasi.

Kalau dahulu menjadi pemimpin pelajar diperingkat universiti kemudian setelah tamat, dia

dan pulang ke kawasan kembali menjadi orang bawahan Pengalaman beramal di medan

yang berbeza menyumbang kepaga gejala futur bahkan tekanan untuk mencari kerja dan

rezeki adalah factor kegelinciran dalam amal islami. Ketika passing ke kawasan baharu,

sukar dihubungi bahkan kerap habis bateri. Kalau pun tidak, HPhone bersilih ganti sebagai

tanda sudah letih dan lesu untuk beramal islami.

6. Kerjaya

Mengejar gaji yang lumayan dari tawaran kerja sufah menjadi prioriti hidup jika dibandingkan

urusan dakwah. Di celah-celah kerjaya tersebut da’ie tadi terdedah kepada ikhtilat yang

bebas di tempat bekerja serta pekerja wanita yang tidak menjaga auratnya.Lantas

kesibukannya di dalam dunia kerjaya serta serta fana dengannya menjadikan sentuhan daie

kepada mad’unya semakin tumpul dan tidak berbekas bahkan rasa intim dengan rakan kerja

lebih dari rakan dakwah.

7. Kahwin

Perkahwinan menjadi salah satu faktor kegelinciran di atas jalan dakwah. Memilih pasangan

berasaskan asas dakwah sudah pudar setelah melalui tempoh tertentu sehingga neraca

kecantikan menjadi kayu ukur dalam memilih jodoh hidup. Begitu juga kekecewaan da’ie tadi

dalam urusan bait muslimnya menjadikannya futur dakwah. Apabila melayari bahtera

perkahwinan pula,dia terpaksa menanggung susah payah dunia perkahwinan yang kadang-

kadang menjadi menghambat perjuangan untuk beraksi aktif dalam dunia dakwah yang

menuntut segala keringat, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya. Rumahtangga

dakwah yang diimpikan bertukar menjadi rumahtangga biasa yang tidak lagi menjadi tempat

untuk mendidik generasi pewaris dakwah pada masa hadapan.

Firman Allah S.W.T.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami beriman,

sedang mereka belum diuji? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum

mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya

Dia mengetahui orang-orang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

“Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu

(cubaan) sebagaimana orang-orang yang dahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa oleh

malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan)

Page 3: Document7K

sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya. “Bilakah datangnya

pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.” (Al-

Baqarah: 214)

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-

orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik

buruknya) hal ehwalmu.” (Muhammad: 31)

“Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu akan tetapi mereka

sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka hingga

datang pertolongan Kami kepada mereka. Tak ada seorang pun yang dapat merubah

kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepada mu sebahagian

dari berita rasul-rasul itu.” (Al-An’am: 34)

“Allah sekali-kali tidak tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan

kamu sekarang ini, sehingga dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik

(mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepadamu hal-hal yang ghaib,

akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya, kerana itu

berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka

bagimu pahala yang besar.” (Ali-lmran: 179)

“Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka).” (Ali-lmran:

141)

“Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan bagi yang batil. Adapun

buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya, adapun yang memberi

menafaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat

perumpamaan-perumpamaan.” (Ar-Ra’ad: 17)

“Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami beriman kepada Allah” maka apabila ia

disakiti kerana ia beriman kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab

Allah. Dan sesungguhnya jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan

berkata: “Sesungguhnya kami adalah besertamu”. Bukankah Allah lebih mengetahui apa

yang ada di dalam dada manusia?. Dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang

yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang munafik.” (Al-Ankabut : 10-

11)

Page 4: Document7K

7 K

Kembara

Komputer

KawanKejayaa

n sijil

Konvo

Kerjaya

Kahwin

Page 5: Document7K

7 K (cabaran

daie muda)

Kembara

Komputer

Kawan

Kejayaan sijil

Konvo

Kerjaya

Kahwin

7 K(cabaran

daie muda)

Kembara

Komputer

Kawan

Kejayaan sijil

Konvo

Kerjaya

Kahwin

Page 6: Document7K