750210135302001_hbpe3103_jawapan

Upload: teng-ung-sing

Post on 02-Nov-2015

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sejarah

TRANSCRIPT

HBPE31031.0 PENGENALAN

Sejak tahun 2000 SM, sejenis permainan yang merupai permainan hoki telah dimainkan oleh Orang Greek, Parsi dan Rom. Mereka bermain dengan menggunakan kayu dan bola. Walau bagaimanapun, nama permainan tidak diketahui. Pada tahun 1365, sejenis permainan seperti permainan hoki sekarang telah diperkenalkan di England. Walau bagainamapun, permainan ini tidak mempunyai peraturan yang tertentu. Hal ini menyebabkan pelbagai kekecohan telah berlaku hingga menyebabkan pertumpahan darah. Akhirnya permainan hoki telah diharamkan di England. Sungguhpun begitu, permainan ini telah berkembang ke Negara-negara lain berhampiran dengan England. Perkataan hoki dipercayai berasal daripada perkataan Perancis, iaitu hogket. Perkataan ini diInggeriskan menjadi hockey(hoki). Walau bagaimanapun, pada peringkat awal perkembangannya permainan hoki ini dikenali dengan beberapa namanya, shinty di Scotland, banty di Wales dan hurley di Ireland. Pada kurun ke -17, pemerintahan England membenarkan permainan ini dimainkan semula. Sebagai kesannya beberapa kelab hoki telah ditubuhkan di England. Kelab-kelab ini telah mewujudkan peraturan rasmi permainan ini.Menjelang tahun 1886, permainan ini berkembang ke Eropah, Amerikan Syarikat dan India. Pada tahun 1896 hoki telah diterima sebagai satu acara dalam Sukan Olimpik. Perkembangan hoki yang pesat di seluruh dunia ini menyebabkan Persekutuan hoki Antarabangsa(FIH) ditubuhkan pada tahun 1954. FIH berfungsi sebagai penyelaras dan pengendali segala kejohanan dan ha-hal yang berkaitan dengan permainan hoki.Di Malaysia permainan hoki diperkenalkan oleh orang Inggeris pada tahun 1892. Selepas 30 tahun barulah permainan ini diterima oleh penduduk tempatan sehingga tertubuhnya Persatuan Hoki Malaya pada tahun 1948.Persekutuan Hoki Malaysia adalah antara persekutuan sukan kebangsaan yang sangat aktif. Hoki adalah antara permainan yang mempunyai aktiviti dan program di semua peringkat sepanjang tahun mahupun di peringkat dunia, negeri atau sekolah.Hari ini,Malaysia merupakan antara 15 buah Negara yang terbaik dalam sukan hoki di dunia. Malaysia berjaya melayakan diri ke sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956. Sejak itu, pasukan hoki kebangsaan hanya dua kali tidak layak ke peringkat Sukan Olimpik, iaitu pada Sukan Olimpik di Seoul(1988) dan Sukan Olimpik Di Athens(2004). Beberapa prestasi cemerlang telah tercapai oleh pasukan Malaysia termaksuk: kedudukan tempat keempat dalam pertandingan Piala Dunia pada tahun 1975,dedudukan tempat keempat dalam Pertandingan Piala Dunia Remaja pada tahun 1979 di Paris dan memenangi pingkat perak dalam pertandingan hoki Sukan komanwel pada tahun 1998. Antara pemain tokoh yang memberi banyak sumbangan, iaitu Sri Shanmuganathan yang diingati sebagai ketua pasukan yang berjaya memasuki peringkat separuh akhir dalam pertandingan Piala Dunia 1975. M.Mahendran, seorang penyerang dalam pasukan yang sama diingati sebagai pemain lelaki hoki terunggul yang memenangi anugerahSportsman of the year. Hoki wanita telah melahirkan beberapa pemain terkenal seperti Rani Kaur yang merupakan pemain hoki wanita terunggul memenangi anugerah Sports woman of the Year.

2.0 TEKNIK-TEKNIK KEMAHIRAN

Hoki merupakan suatu permainan fizikal yang senorok kerana ia mempunyai unsur-unsur seperti kepantasan, kekuatan dan daya tahan, unsur-unsur tektikal dan kemahiran-kemahiran yang menarik. Kemahiran-kemahiran dalam hoki memberi peluang kepada pemain untuk kreativiti dan gaya individu (individual flair). Terdapat beberapa kemahiran asas yang patut diperoleh supaya pemain dapat keseronokan daripada permainan ini. Permainan hoki mengutamakan kemahiran menggunakan kayu hoki dan kepantansan berlari. Kemahiran asas dalam permainan hoki melibatkan kemahiran menggelecek bola menjaga gol memukul bolabermain secara berpasukan menolak bolasudut panalti menguis bola menahan /menyerkap bola menghantar bola merebut(tackle) bola merebut bola

2.1 KEMAHIRAN ASAS : MENGGELECEK BOLA

Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia adalah kemahiran yang digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila dikawal oleh pihak lawan. Seorang pemain hoki harus mengetahui cara melakukan kelecek. Mengelecek penting kepada pemain hoki kerana:1. menghantar bola ke kawan2. membawa bola ke sasaran 3. membawa bola ke hadapan melalui pihak pemain lawan4. membawa bola menjaring gol5. mengawal bola melakukan kelecekMenggelecek bola boleh dilakukan dengan berkesan apabila hujung kayu sentiasa hampir dengan bola. Terdapat dua jenis kelecekan iaitu Gaya English dan Gaya India.

2.1.1Menggelecek Gaya English Menggelecek gaya English - Pemain mengerakkan bola di sisi kanan. Tujuan untuk menghalang pemain lawan daripada merampas bola. Mengelecek dilakukan untuk menewaskan pemain lawan apabila menghadapi masalah tidak dapat membuat tolakan atau pukulan dengan baik jika pemain lawan berada berhampiran. Apabila melakukan kelecek ,pemain mempunyai ruang dan keadaan yang lebih baik untuk bertindak meneruskan permainan.

Rajah 1 : Menggelecek Gaya English

2.1.2 Menggelecek Gaya IndiaMenggelecek Gaya India - Pemain mengerakkan bola di hadapan pemain lawan dengan menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya apabila berdekatan dengan pihak lawan. Tujuan untuk melarikan diri daripada pihak lawan.

Rajah 2 : Menggelecek Gaya India

2.1.3Cara Menggelecek Yang Betul:a. Pegang pangkal kayi dengan tangan kiri: tangan kanan berada pada paras panjang kayu.b. Badan tidak perlu terlalu bongkok.c. Letakkan bola di hadapan sebelah kanan kamu pada jarak yang sesuai. Ini kerana bola yang berada terlalu dekat dengan badan menganggu pergerakan manakala bola yang terlalu jauh dari badan pula sukar dikawal.d. Gerakan bola secara mengetuk bola dengan hujung kayu. Pukulan ini dilakukan setiap kali hujung kayu menghampiri bola.e. Ketika mengelecek bola, elakkan mengejar bola. Semakan kelajuan bola dengan kelajuan diri semasa berlari. Keadaan ini membantu ketika berlari sambil membawa bola.

Ketika mengelecek bola, tentukan jarak bola tidak Samakan kelajuan larian kamu terlalu dekat dengan badan untuk memudakan dengan kelajuan bola apabilapergerakan mengelecek bolaRajah 3 : Posisi Menggelecek bola

2.1.4Kemahiran Menggelecek Bola

Rajah 4 : Cara dan langkah melakukan kelecek

Langkah (2) Langkah ( 3) Bergerak ke hadapan dengan bola Pusingkan muka kayu dan bawa bola ke belakang dan kemudian bergerak dengan bola ke hadapan

Rajah 5 : Kelecek bola ke sebelah kiri dan kanan sambil bergerak

Cara dan langkah-langkahLangkah (i)- Pegang kayu hoki dengan baik dan bergerak hadapan membawa bola.Langkah (ii)- Lakukan sentuhan kilas dan tolak bola ke hadapan.

Langkah (iii)-Bergerak ke hadapan dan bawa bola ke hadapan(sentuhan biasa).

2.1.5Cara Menggelecek BolaTiga cara menggelecek, iaitu:1. Menggelecek Longgar - Kemahiran mengelecek ini (open/loose dribble) digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat. Ini bertujuan untuk:a) Melepaskan diri dengan bola daripada pihak lawanb) Memiliki bola sambil bergerak

Rajah 6 : Menggelecek Longgar

2. Menggelecek Rapat - Mnggelecek rapat digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Ia digunakan apabila pemain itu tidak dapat memastikan keadaan atau situasi semasa bermain sama ada selamat atau tidak untuk mendedahkan bola tersebut kepada pemain lain.

Rajah 7 : Menggelecek Rapat

3. Menggelecek Indian - Kemahiran ini sangat berguna jika pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya dan melalui cara ini pemain boleh melarikan diri daripada pihak lawan.

Rajah 8 : Menggelecek Indian

2.1.6 Kegunaan Menggelecek

bergerak dengan bola yangpersediaan untuk menghantar atau sedang dikawal menjaring gol

melepasi diri daripada pemain lawan

Kegunaan Menggelecek

menukar arah mencari ruang

menunggu penyokong mengekalkan pemilikan bola

melengahkan masa

Rajah 9 : Kegunaan Menggelecek

2.1.7 Mekanik Menggelecek Dan Butiran Mengajar1. Menggelecek longgara. Pengangan - tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar, siku dan pergelangan tangan kiri menghadap ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu hoki dengan tapak tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit serta lutut dibengkokkan.b. Badan - bongkok sedikit serta lutut dibengkokkan.c. Mata - memandang bola pada masa membuat tolakan. Panjang ke hadapan dengan serta-merta selepas melakukan tolakan untuk mengkaji situasi permainan.d. Bola - bola hoki harus berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. Bola tidak harus terlalu jauh sehingga tidak dapat dikawal atau terlalu dekat sehingga menghalang pergerakan atau mengehadkan penglihatan. Bola digerakkan ke hadapan dengan ketukan dilakukan oleh tangan kanan. Kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 45 ke tanah.2. Menggelecek rapata. Pegangan- seperti menggelecek longgarb. Badan-seperti menggelecek longgarc. Mata sentiasa memandang bola dan memandang sekilas untuk memastikan ke mana pemain akan bergerak dan untuk mengkali situasi padang apabila bola di dalam kawalan yang baik.d. Bola-bola harus berada ke kanan dan di hadapan kaki kanan serta sentiasa menyentuh kayu hoki.

Rajah 10 : Sudut bentuk kayu hoki

Rajah 11 : Sudut salah kayu hoki

Bahagian rata kepala hoki bersudut sedikit apabila menyentuh bola. Tekanan diberi di bawah bahagian tengah bola yang akan memberi momentum berlebihan.3. Menggelecek IndianUntuk kemahiran mengelecek Indian, bola hoki diketuk secara pepenjuru di hadapan dan seberang badan, iaitu dengan bertukar-tukar posisi tangan dan kayu hoki(reversed stick) untuk melakukan pukulan hadapan(forehand) dan menterbalikkan kayu hoki apabila jari kayu hoki menghadap ke arah badan pemain. Bahagian kepala kayu hoki (blade) diputar di atas dan berdekatan dengan bola oleh tangan kiri.a. Pegangan - menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri akan memutarkan kayu. Meletakkan ibu jari tangan kiri dengan menujukkan ke bawah kayu hoki akan menolong mendapatkan keselesaan pergerakan kemahiran ini. Pegang kayu hoki dengan longgar oleh tangan kanan, lebih kurang 20 cm di bawah tangan kiri. Kedua-dua tangan akan bergerak pada masa menggelecek Indian dilakukan.b. Bola - bola hoki berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian(laterally) lebih kurang lebar bahu. Bola digerakkan secara menyilang dari kiri ke kanan dan balik. Semakin kemahiran meningkat, pergerakan yang lebih luas boleh dilakukan, khasnya untuk mengelirukan pihak lawan.c. Mata - seperti menggelecek rapatd. Badan - seperti lari biasa dengan bolae. Kaki - pada masa kaki kiri menyentuh tanah,ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kaki kanan menyentuh tanah.

Rajah 12 : Cara Menggelecek India

2.1.8Kesilapan Biasa

1. Tangan kanan terlalu ke bawah semasa memegang kayu hoki menyebabkan pemain terlalu membongkok.2. Tangan kanan diletakkan terlalu ke atas semasa memegang kayu hoki, menyebabkan pemain dalam kedudukan tegak dan kayu hoki bergerak secara kibasan dan tidak dapat dikawal.3. Bola hoki terlalu jauh dari kayu hoki, mengakibatkan pemain tidak dapat mengawal bola hoki.4. Bola terlalu dekat kepada pemain, menghalang pergerakan dan mengehadkan penglihatan.5. Mata terpaku pada bola hoki hingga tidak sedar persekitaran bermain.6. Bola digerakkan dari sisi dengan ketukan secara berterusan tetapi kayu hoki tidak sentiasa menyentuh bola semasa gerakan bola dari sebelah ke sebelah

2.2Kemahiran memukul boLAKemahiran mumukul bola digunakan untuk menggerakkan bola dengan laju dan jauh. Kemahiran ini amat penting untuk digunakan ketika menjaringkan gol, membuat hantaran jauh atau mengeluarkan bola dari kawasan D. Ketepatan pukulan adalah penting dan perlu ditegaskan oleh jurulatih.

2.2.1Mekanik Memukul Dan Butiran Mengajara. Pegagan - Letakkan kepala kayu hoki di atas tanah,dengan jari kayu menghala ke hadapan. Letakkan tangan kiri di hujung kayu dan genggam dengan longgar. Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri, jari-jari memegang batang kayu. Satu bentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan adalah selari dengan jari kayu hoki. Hanya sebahagian kayu hoki, iaitu 4-7cm, menjulur(protrudes) di atas tangan kiri.b. Cara Berdiri - Berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. Kedudukan badanadalah seimbang. Jari kaki kanan bersudut tegak dengan bahu dan jari kaki kiri lebih kurang 30-40.c. Bola - Bola selari dengan jari kaki dan berjarak selesa untuk memukuld. Ayunan - Untuk pukulan lurus,ayunan dimulakan dari ayunan belakang ke ayunan bawah dan ikut lajak. Ia mesti mengikut lorong yang sama. Berdiri ke sisi ke arah bola, memegang kayu hoki dengan dua belah tangan rapat di atas kayu hoki. Pada masa kayu hoki di hayun ke hadapan, pinggul(hip) berputar dan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan sambil bola dipukul. Pada masa mumukul bola, pastikan kepala kita di atas bola dan muka kayu hoki sama rata dengan bola. Pukulan diteruskan dengan ayunan mengikut lajak ke arah, di mana bola ditujukan.Untuk memastikan bola bergerak dengan laju dan ke arah tertentu, kayu hoki mesti memukul bola dengan rata dan kuat. Kayu hoki harus bergerak sebagai bandul(pendulum) dengan tumpuan kepada ayunan ke hadapan.e. Badan - Berat badan seimbang semasa menghayun ke belakang, dengan berat badan dipindahkan ke kaki kiri pada masa ayunan ke bawah bermula. Pada masa bola dipukul,berat badan berada di kaki kiri. Berat badan terus berpindah ke kaki kiri semasa ikut lajak. Biasanya, tumit kaki kanan dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki.f. Kuasa Untuk Memukul BolaKuasa untuk memukul didapati daripada kordinasi beberapa faktor. Ini termasuk momentum badan dan pemindahan berat badan dengan betul, kekuatan bahu dan lengan, kelajuan dengan pecutan ayunan ke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul.

Rajah 13 : Dirian tindak sebelum memukul bola

Rajah 14 : Apabila memukul bola tentukan kayu tidak melebihi paras bahu sebelum dan selepas memukul

Rajah 15 : Pukulan ke hadapan sambil berlari

Rajah 16 : Pukulan ke sisi sambil berlari

2.2.2Kemahiran Asas : Pukulan

Pukul bola ke hadapandan ke sisi tanpa bergerak.

Rajah 17 : Langkah(i) Letakkan bola di hadapan sedikit di antara kedua belah kaki yang dibuka. Kepala tunduk memandang bola.

1. Hayun kayu ke bawah dan pukul bola. 2. Kawal kayu selepas memukul.(Hayun kayu tidak melebihi aras bahu)

Rajah 18 : Posisi memukul bola

Peringatan:1. Faul akan berlaku jika kayu hoki dihayun ke atas aras bahu.2. Faul akan berlaku jika memukul bola hoki dengan menggunkan belakang kayu dan bukan muka kayu hoki.

Rajah 19 : Jangan mengalih kaki semasa memukul bola

2.2.3 Pukul Bola Sambil Bergerak

Rajah 20 : Pukul bola sambil bergerak

Rajah 21 : Posisi memukul bola

Bersedia dahulu dan pandang ke arah datang bola, Semasa hendak memukul bola ke hadapan, pemain harus silang kaki kanan ke belakang, bahu kiri arah ke sasaran sambil menghayun kayu dengan kedua belah tangan rapat memegang di bahagian atas. Bawa kaki kiri ke hadapan untuk mengimbang berat badan dan pukul bola.

2.2.4 Berbagai Cara Dan Teknik Memukul Bola

Rajah 22 : Berbagai cara dan teknik memukul bola

2.2.5Pukul Tolak (hit-push)

Rajah 23 : Cara pukul tolak (hit push)

2.2.6 Taktik Dan Teknik Pukul Tolak

Rajah 24 : Taktik dan teknik pukul tolak

2.2.7Kesilapan Biasa

1. Lajakan dihentikan semasa memukul bola.2. Menghayun kaki hoki sekeliling badan, mulai dari belakang bahu kanan hingga melepasi garisan badan.3. Tidak memindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan semasa memukul bola.4. Ayunan ke belakang berlebihan dilakukan untuk menambah kuasa memukul.

2.3 Sesi Latihan Penting bagi jurulatih merancang setiap sesi latihannya dengan teliti. Beliau mesti mempunyai pandangan menyeluruh terhadap apa yang hendak beliau capai. Kandungan latihan juga perlu dijelaskan seperti berukut:K pelaziman (conditioning) fizikalA - teknikN - kemahiran asas dan latih tubi (drills)D - kemahiran kompleks dan latih tubiU - taktik dan strategiN - bermain mengikut posisi (positional)G formasi (formations)A - permainan kecilN - latihan permaina sebenar

Usaha-usaha seorang jurulatih harus bertujuan untuk mengajar satu kemahiran atau taktik baharu atau memperbaiki beberapa aspek permainan di dalam setiap sesi latihan.Main sahaja jarang membawa manfaat kepada pasukan. Jurulatih harus menetapkan objektif/tujuan untuk setiap sesi latihan. Pemain tidak boleh mencapai kemajuan begitu baik melainkan mereka bermain dengan penuh azam. Jurulatih mesti memastikan mereka akan sentiasa berasa ada lagi sesuatu yang baharu untuk dipelajari. Rekod bertulis untuk sesi latihan harus dicatat dan disimpan oleh jurulatih untuk rujukan.

Adalah penting setiap sesi latihan menyeronokkan dan mencabar. Latihan sepatutnya berasaskan tiga perkara, iaitu:

Malatih untuk

KemajuanKeseronokan

Pencapaian

Rajah 25 : Kepentingan sesi latihan

Keseronokkan berlatih harus membawa kepada kemajuan yang akan memotivasikan pemain mencapai matlamat yang ditetapkan. Seorang jurulatih harus sentiasa konsisten menjalankan setiap latihan dengan penuh semangat dan bertujuan memperbaiki kebolehan setiap pemain.

2.3.1Format Untuk Satu Sesi LatihanSatu sesi latihan akan mengandungi empat bahagian, iaitu:1. Memanaskan badan atau satu aktiviti pengenalan.2. Pengajaran kemahiran dan latihan3. Permainan kecil, di mana kemahiran yang telah dipelajari boleh digunakan4. Menyejukkan badan

Kompenen-komponen lain juga boleh digunakan semasa sesi latihan, seperti latihan berkumpulan untuk melatih kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dan juga untuk latihan kecerhasan. Keempat-empat bahagian yang disebutkan di atas adalah lebih asas.

2.3.2Pertimbangan Untuk Latihan:(i) Tahap MuridAktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan murid(ii) Bilangan muridGuru harus mengetahui murid yang akan menyertai aktiviti ini supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian(iii) Langkah-langkah keselamatanAntara langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah:(iv) Tahap kesihatan murid(v) Memanaskan badan sebelum dan gerak kendur dilakukan(vi) Pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti(vii) Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat.(viii) Tempat latihanRuang latihan yang sesuai dan selamat(ix) Kemudahan peralatanMerancang jumlah/jenis peralatan yang perlu digunakan semasa aktiviti contoh: kon, bola segar dan tali.(x) Masa LatihanMasa yang diperuntukan untuk aktiviti sukan adalah seperti berikut:Sekolah rendah: 60 minit /mingguSekolah menengah: 90 minit/minggu

2.3.3Contoh Sesi Latihan Kemahiran Menggelecek BolaDi bawah merupakan dua contoh rancangan pelajaran untuk satu sesi latihan yang menjelaskan bagaimana setiap latihan harus dirancang , dikelola dan dijalankan.Permainan : HokiTarikh: 17.03.2014(Isnin)Masa : 60 minitBilangan pemain: 12Umur: 12 tahunKawasan bermain: Padang hokiKemahiran untuk pelajaran: Kemahiran menggelecek bola (longgar) Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat:1. melakukan kemahiran menggelecek dengan baik2. menyatakan aspek-aspek keselamatan dalam permainan kecilAlatan:Bola hoki, kayu hoki, konPengetahuan Sedia Ada: Murid pernah melakukan aktiviti seperti memukul bola dengan kayu pemukul, menggelecek, menendang bola dan menjaga golKomponen/MasaAktiviti/KeteranganPengelolaan/Gambar rajah

Memanaskan badan(10 minit)1.Pemain melakukan aktiviti memanaskan badan dengan bola.2. Pemain melakukan aktiviti regangan.

Contoh aktiviti regangan

Aktiviti kemahiran (10minit)1.Jurulatih melakukan demonstrasi menggelecek bola secara setempat, dengan berjalan dan lari anak.2.Pemain melakukan aktiviti kemahiran menggelecek bola. 3.Jurulatih menarik perhatian kepada butir-butir teknik berikut:Teknik Menggelecek: genggaman kayu kedudukan bola pergerakan pergelangan tangan

Kemahiran menggelecek bola

Aktiviti Pengukuhan(10minit)

Aktiviti 1: Menggelecek berpasangan1.Pemain A menggelecek bola melepasi halangan dengan menguis bola melepasi halangan.2.Setelah selesai, tinggalkanbola kepada pemain B.3.Pemain B ulangi aktiviti pemain A sehingga semua pemain dapat menguasai kemahiran tersebut.Aktiviti 2: Mengelecek berpasangan dengan halangan1. Kedua-dua pemain mengelecek ke arah kon.2. Tiba di kon terakhir, kedua-dua pemain menolak bola kepada pemain yang sedang menunggu.3.Ulang aktiviti sehingga semua pemain dapat menguasai kemahiran tersebut.Variasi Bilangan pemain dan jumlah halangan boleh ditambah mengikut kesesuaian pemain.

PermainanKecil(20 minit)Hoki Mini 6 lawan 6Syarat Permainan:1. Dua pasukan dengan 6 orang sepasukan.2.Setiap kali seseorang pemain dapat mengelecek pihak lawan, pasukannya akan mendapat satu mata.Variasi: Bilangan dan kedudukankon boleh diubahmengikut kesesuaian dan tahap kemahiran pemain-pemain Ganti garisan gol dengan kon. Untuk menjaring pemain mesti jatuhkan kon.

Menyejukkanbadan(10 minit)1. Aktiviti gerak kendur2. Perbincangan Mengenal pasti kelemahan yang didapati

Contoh aktiviti gerak kendur

2.3.4 Contoh Sesi Latihan Kemahiran Memukul BolaPermainan: HokiTarikh: 17.04.2014(Khamis)Masa: 60 minit Bilangan pemain:10Umur:12 tahunKawasan bermain: Padang hokiKemahiran untuk pelajaran : Kemahiran Memukul Bola Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat:1. melakukan kemahiran memukul bola2. mengenalpasti tindakan yang berbahaya dalam situasi permainanAltan:bola hoki, kayu hoki, Helmet, Chest guard, Throat guard, glove, ball guard, Shin guard, pads, kickers, carta aktiviti, kad tugasan, paparan cecair kristal (LCD), komputerPengetahuan Sedia Ada: Murid pernah melakukan aktiviti seperti memukul bola dengan kayu pemukul, mengelecek, menendang bola dan menjaga gol

Komponen/MasaAktiviti/KeteranganPengelolaan/Gambar rajah

Memanaskan badan(10 minit)a.Berjoging dari garisan 25 meter ke garisan 50 meter dan ulangi latihan ini sebanyak dua kali.b.Seperti di atas dan menggunakan kelajuan yang sama, tetapi bergerak mengikut arahan:-lari skip-lari sisi-jog-lari ke belakang(ulang)c. Kalistheniks untuk melonggarkan otot dan sendi memutar tangan mengilaskan badan memutar pinggang bongkok badan dan luruskan memutarkan pergelangan tangan kaki melonggarkan otot quadriceps, hamstrings angkat tumit bertubi-tubiBerdiri sepanjang garisan dan berlari serentak.

Contoh aktiviti kalistheniks

Aktiviti Kemahiran(10 minit)a.Jurulatih memperkenalkan kemahiran memukul bola dan membuat demonstrasi.b.Jurulatih menarik perhatian pemain kepada butir-butir teknik berikut:-pegangan kayu,cara berdiri, kedudukan kaki untuk memukul,ayunan, badan dan kuasa untuk memukul bola

Kemahiran memukul bola

Aktiviti Pengekuhan(10 minit)Latihan individua.Gunakan dua biji bola hoki. Pemain memukul bola pertama dengan kuat. Pemain memukul bola kedua, supaya bola itu bergerak separuh jarak bola pertama.Tujuan: Latihan ini adalah untuk pemain berasa pukulan kuat dan mengawal pukulan untuk jarak tertentu.b.Memukul bola di atas garisan lurusPemain memukul bola di atas garisan lurus secara bergilir-gilir.Tujuan latihan ini adalah untuk memastikan persedian dan ayunan pemain adalah lurus bagi satu pukulan atau hantaran yang tepat.

Pemain bola bola pertama

Pemain bola bola kedua

Pemain bola

Latihan berkumpulan1.Pemain diminta berdiri satu langkah di belakang bola. Kemudian , bergerak satu langkah ke hadapan dan pukul bola kepada pasangan. Tambahkan langkah kepada dua atau tiga.2.Setelah itu, pemain berlari dua atau tiga langkah ke arah bola dan memukulnya kepada pasangan dan sebaliknya.3.Langkah seterusnya dengan menolak bola, kemudian berlari dan memukul bola yang sedang bergerak kepada pasangan dan sebaliknya.4.Latihan dijalankan dengan memukul bola yang bergerak dari kanan secara berempat:A menolak bola ke BB memukul bola ke CC menolak bola ke DD memukul bola kepada ASelepas 10 pukulan, A bertukar tempat dengan B dan C bertukar tempat dengan D.

Pemain Pasangan bola

B C

bola

A D Latihan memukul bola

Komponen/MasaAktiviti/KeteranganPengelolaan/Gambarajah

Permainan Kecil(20 minit)

1.War Game a. Pemain A memukul ke arah B. b. Pemain B menahan dan memukul balik ke arah A. c. Mana-mana pemain yang dapat memukul melepasi pemain lawan atau melepasi garisan belakan dikira sebagai pemenang. d. Bola kena kon 2 mata, bola melepasi garisan 1 mata.Variasi Tambah jarak antara kedua-dua pasukan2. Jatuhkan skitala. Pemain-pemain dibahagikan kepada dua pasukan.b. Setiap pasukan berada lebih kurang 20 meter antara satu dengan lain.c.Susunkan skital di tengah-tengah(10 meter daripada setiap pasukan).Bilangan skital dan jarak antara skitalditentukan oleh guru mengikut kemampuan pemain.d. Setiap pasukan dikehendakimenjatuhkan seberapa banyak skital yang boleh.

Pemain A Pemain B

Komponen/MasaAktiviti/KeteranganPengelolaan/Gambarajah

Menyejukkanbadan(10 minit)Menyejukkan badana.Berjoging dari garisan gol ke garisan golb.Kalistheniks untuk otot-otot besar, sendi bahu, tulang belakang dan pinggang.

Contoh aktiviti menyejukkan badan

3.0 SISTEM PERTANDINGANPertandingan boleh didefinisikan sebagai pertarungan bersiri yang tersusun untuk menguji kemahiran(Johnson,1997). Ia merupakan perlawanan yang dianjurkan secara sistematik untuk menentukan pemenang di kalangan pencabar-pencabar yang terlibat.Pertandingan menyumbang ke arah pembangunan individu dengan mengubah tingkahlakunya ke arah yang positif. Pertandingan bukan sahaja perjuangan dengan pihak lawan tetapi merupakan penggunaaan kemahiran untuk mengatasi halangan.Walau pertandingan selalunya dikaitkan dengan pertandingan dengan perlawanan akhir musim, akhir semester atau akhir tahun, ia mempunyai fungsi yang lain untuk guru sukan yang cekap. Guru sukan sedar bahawa pelbagai jenis pertandingan boleh digunakan dalam latihan.Antara kelebihan-kelebihan mengadakan pertandingan semasa latihan sukan adalah seperti berikut:1. Pertandingan mendorong dan merangsang minat individu terhadap kegiatan fizikal, dan dengan itu menolong membangunkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi.2. Pertandingan membekalkan pertarungan yang bukan saja mencabar tetapi menonjolkan aktiviti yang berfaedah.3. Melatih dan menyediakan pelajar atau atlit ke arah tahap pertandingan yang lebih tinggi pada masa akan datang. Dengan ini, ia menolong mereka menyesuaikan diri dengan tekanan pertandingan.4. Pertandingan boleh juga digunakan untuk memilih pemain untuk pertandingan individu atau berpasukan.

Untuk mencapai kejayaan dalam pengelolaan pertandingan, perincian terhadap beberapa perkara adalah perlu. Antara perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:1. Membentuk jawatankuasa2. Menentukan sisitem pertandingan3. Menyediakan jadual pertandingan4. Menentukan, meminjam dan menempah kemudahan-kemudahan5. Memastikan penyelesaian masalah ( jika ada ) semasa pertandingan

3.1 Menentukan Sistem Pertandingan Secara am, pertandingan boleh dikategorikan kepada empat kumpulan besar. Empat kumpulan itu disenaraikan seperti berikut:Jadual 1 : SISTEM PERTANDINGANKategoriJenis Pertandingan

1.PerlawananTemasya(Meet)Pertandingan berlapis (Stratified meet)

2.Kalah MatiSekaliSekali bersagu hatiBerlapisDua kaliTiga kaliBagnall-WildMuller-AdersonOmbakPerawakan berterusan(Continual randomization)

3.LigaBiasaKumpulanLombard

4.Cabar mencabarTanggaPiramidSerombongCorongSarang labah-labah

3.1.1SISTEM LIGASistem Pertandingan ini dianggap mempunyai kelebihan berbanding dengan jenis-jenis pertandingan yang lain kerana sistem ini membenarkan seorang peserta menghabiskan bilangan permainannya sebelum disingkir dari pertandingan seterusnya. Sistem ini sesuai untuk bilangan peserta atau pasukan yang tidak begitu ramai. Sebenarnya sistem ini juga sesuai untuk bilangan peserta atau pasukan yang besar tetapi sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan. Sistem Liga Berkumpulan boleh digunakan dan kumpulan itu mungkin dua, tiga atau empat peserta atau pasukan.Jika Liga kumpulan dilaksanakan, biasanya ia diikuti dengan Sistem Kalah Mati Sekali untuk menentukan pemenang. Sistem Liga boleh dibahagikan kepada tiga kategori penting iaitu Liga Biasa, Liga Berkumpulan ( Dua, Tiga atau empat) dan Liga lombard.

Jadual 1.2 Kelebihan Dan Kelemahan Sistem LigaKelebihanKelemahan

Liga Biasa Menghasilkan pemenang yang mutlak. Memberi kedudukan kepada peserta-peserta lain. Tidak seorang disingkirkan atau dimatikan sehingga habis pusingan itu. Penentuan peserta/pasukan pilihan tidak begitu penting Menggunakan gelanggang dengan banyaknya dan berkesan. Tidak perlu tunggu peserta lain bermain kecuali lawan.

Liga Berkumpulan Memerlukan lebih sedikit bilangan perlawanan

Liga Lombard Boleh dihabiskan dalam masa yang singkat; satu hari atau beberapa jam Memerlukan bilangan permainan yang banyak

Banyak permainan mungkin berat sebelah

Pentuan peserta/Pasukan pilihan adalah penting

Walau bagaimanapun, sekiranya menggunakan Sistem Liga,perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian: Masa yang mencukupi Kewangan yang ada Bilangan pengadil Kemudahan dan peralatan yang sedia ada3.1.2SISTEM KALAH MATISistem ini biasanya digunakan oleh pengelola kerana beberapa sebab tertentu seperti berikut:1. Masa atau tempoh untuk pertandingan adalah pendek, pengelola terpaksa menghabiskan perlawanan-perlawanan dalam masa yang ditetapkan.2. Pertuntukan kewangan untuk pertandingan adalah terhad. Peruntukan besar perlu untuk bayaran-bayaran tempahan kemudahan seperti gelenggang dan dewan ataupun bayaran untuk peralatan seperti bola tenis dan bulu tangkis.3. Penyertaan adalah besar dan akan memakan masa panjang untuk mengelolanya.4. Bilangan kemudahan yang boleh digunakan atau yang tidak jauh adalah terhad.

Jadual 2 : Kelebihan dan kelemahan Sistem kalah Mati SekaliKelebihanKelemahan

Sistem Kalah Mati SekaliFormat mudah difahamiBoleh melibatkan ramai pesertaMemerlukan bilangan perlawanan yang sedikitMemerlukan kemudahan yang sedikitMenjimatkan masa dan perbelanjaan

Setiap peserta dijamin satu permainanseparuh dari peserta disingkir selepas pusingan pertamaTidak menggunakan kemudahan secara optimumPenentuan pemain/pasukan pilihan(seeds) pentingPemenang tidak semesti peserta terbaik. Peserta yang kalah tidak semesti kedua baik

3.2Pertandingan hoki mssr peringkat daerahBagi pertandingan hoki yang terdiri daripada 25 pasukan/sekolah yang menyertainya, saya mencadangkan gabungan sistem liga dan kalah mati digunapakai dalam pertandingan. (Carta Aliran 1) Pada rasionalnya, sistem gabungan ini diaplikasikan kerana objektif dan matlamat pertandingan adalah untuk mencungkil bakat dan pemilihan wakil ke pertandingan Majlis Sekolah-sekolah Rendah (MSSR) peringkat bahagian. Jadi, seiringan dengan tujuan pertandingan, pihak pengajur berharap sistem gabungan dapat menyediakan lebih banyak ruang dan peluang kepada pemain-pemain berpontensi sekolah untuk beraksi dan menunjukkan bakat mereka. Walaupun sistem ini akan memakan masa pertandingan yang agak panjang tetapi adalah adil bagi semua sekolah jika dibandingkan sistem kalah mati satu pusingan. Contohnya, pemain sesebuah sekolah adalah berpontensi tetapi telah diabaikan kerana kurang pendedahan atau pasukannya telah disingkirkan oleh sistem kalah mati pada peringkat awal. Jadi, sistem pertandingan kalah mati boleh menghadkan peluang pemain untuk beraksi dalam pertandingan dan seterusnya pihak pengajur gagal memilih pemain-pamain hoki yang betul-betul berkaliber.Secara umumnya, pertandingan ini akan dijalankan dalan 3 pusingan iaitu1. Pusingan Pertama : Sistem Liga Berkumpulan (25 pasukan menyertai)2. Pusingan Kedua : Sistem Liga Berkumpulan (10 pasukan yang layak sahaja)3. Pusingan Ketiga : Sistem Kalah Mati Sekali (1 pasukan yang layak)

3.3.1Pusingan pertama sistem liga berkumpulanPada pusingan pertama ini, 25 pasukan yang menyertai pertandingan akan dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu A, B, C, D dan E. (Jadual 1) Bagi ahli-ahli dalam setiap kumpulan adalah ditentukan berdasarkan cabutan undi kecuali bagi pasukan pilihan (seeded team). Jadi, pihak pengajur adalah mengambil kira pencapaian atau keputusan pertandingan hoki MSSR Daerah tahun lepas. Berdasarkan pencapaian yang lepas, sekolah yang mendapat johan akan ditempatkan di kumpulan A, begitu juga sekolah yang mendapat naib johan akan ditempatkan di kumpulan B dan seterusnya. Penempatan pasukan-pasukan pilihan ini ke dalam kumpulan yang berlainan adalah bagi mengelakkan pasukan berpontensi tersingkir pada pusingan awal lagi sekiranya dua pasukan yang berwibawa bertemu di kumpulan yang sama. Bagi pasukan yang bukan pilihan akan ditentukan melalui cabutan undi untuk ditempatkan ke mana-mana kumpulan. Justeru itu, pihak pengajur akan mengadakan satu mesyuarat penyelarasan hoki bagi semua sekolah yang mengambil bahagian bagi tujuan penempatan pasukan pilihan dan bukan pilihan.Setelah setiap kumpulan ditempatkan pasukan pilihan dan bukan pilihan, maka pertandingan akan diadakan berdasarkan jadual perlawanan (Jadual 1). Dalam perlawanan-perlawanan setiap kumpulan, pasukan yang menang akan dapat 3 markah, kalah dapat 2 markah dan seri pula adalah 1 markah. Berdasarkan pengiraan mata dengan jadual rekod yang disediakan (Jadual 2), pasukan yang memungut mata tertinggi dan kedua tinggi dalam setiap kumpulan akan diisytiharkan berjaya layak ke pertandingan pusingan kedua nanti. Secara keseluruhannya, jumlah bilangan perlawanan bagi pusingan ini sebanyak 60 perlawanan bagi 5 kumpulan.3.3.2pusingan kedua sistem liga berkumpulanPada pusingan ini, hanya 10 buah sekolah yang layak setelah pertandingan dalam pusingan pertama iaitu pasukan mendapat tempat pertama dan kedua dalam setiap kumpulan. Jadi, pada pusingan ini tiada ada mana-mana pasukan ditempatkan sebagai pasukan pilihan. Sebaliknya, penempatan adalah berdasarkan pilihan rawak melalui cabutan undi. 10 buah sekolah yang layak akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. (Jadual 1)Dalam setiap kumpulan, setiap pasukan perlu menghadapi persaingan 4 buah pasukan yang lain dan kedudukan mata tertinggi serta kedua tinggi akan layak masuk pertandingan akhir nanti. (Jadual 3, 4) Secara keseluruhannya, jumlah bilangan perlawanan bagi pusingan ini sebanyak 24 perlawanan bagi 2 kumpulan.

3.3.3pusingan ketiga sistem kalah mati SekaliPada pusingan akhir ini, hanya tinggal 4 buah pasukan yang layak untuk memenangi kejuaraan pertandingan hoki MSSR Daerah. Secara keseluruhannya, terdapat 4 perlawanan di antara pasukan-pasukan bertanding ke peringkat akhir ini. Perlawanan dimulakan dengan pasukan menang kumpulan A lawan pasukan kalah pasukan B dan pasukan menang kumpulan B lawan pasukan kalah kumpulan A. Di mana, pasukan-pasukan yang menang akan layak ke perlawanan akhir untuk merebut kedudukan Johan. Sebaliknya, pasukan-pasukan yang kalah akan bertanding untuk kedudukan tempat ketiga atau keempat sahaja. (Jadual 5)

37