7 penyediaan penyata kewangan tahunan sekolah

Upload: duan7

Post on 04-Jun-2018

400 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 7 Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

    1/10

    Penyediaan Penyata Kewangan Sekolah

    Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 1

    PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN SEKOLAH

    9.2.1 Pengenalan

    Penyata Kewangan Tahunan Sekolah merupakan penyata yang menunjukkan kedudukan

    kewangan untuk sesuatu tahun berakhir 31 Disember bagi setiap kumpulan wang yang

    diselenggara oleh sekolah.

    9.2.2 Kandungan Penyata Kewangan

    (a) Kunci Kira-Kira.

    (b) Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.

    (c) Penyata Penerimaan dan Pembayaran.

    (d) Nota-Nota kepada Akaun.

    (e) Penyata Lain (contoh: Penyata Penyesuaian Bank dan Baki Panjar Wang Runcit).

    9.2.3 Persiapan Awal Penyediaan Penyata Kewangan Sekolah

    (a) Kemas kini buku tunai, ditutup dan diimbangkan.

    (b) Pastikan penyata penyesuaian bank pada 31 Disember tahun berkenaan telah disediakan.

    (c) Dapatkan Penyata Akaun Tahunan Sekolah yang telah diaudit bagi tahun sebelumnya. (Jika

    tiada, penyata yang belum diaudit boleh digunakan) sebagai angka bandingan.

    (d) Kemas kini rekod-rekod:

    (i) Akaun Belum Terima (ABT) dan Akaun Belum Bayar (ABB) tahun semasa.

    (ii) Buku Rekod Subsidiari.

    (iii) Daftar Penghuni Asrama.

    (iv) Jadual Kedatangan Murid.

    (v) Bantuan Per Kapita/Bantuan Makanan Asrama.

    (vi) Surat-surat Perjanjian Sewaan (Kantin/Kedai Buku/Koperasi).

    (e) Sediakan format kertas kerja penghitungan:

    (i) Penerimaan dan Pendapatan (Lampiran 3).

    (ii) Pembayaran dan Perbelanjaan (Lampiran 4).

    (iii) Aset dan Liabiliti (Lampiran 5).

    (iv) Kumpulan Wang Terkumpul (Lampiran 6).

    (v) Kertas Kerja Subsidiari.

    (f) Sediakan format penyata kewangan tahunan sekolah:

    (i) Penyata Penerimaan dan Pembayaran (Lampiran 7).

    (ii) Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan (Lampiran 8).(iii) Kunci Kira-Kira (Lampiran 9).

    (iv) Nota-Nota Kepada Akaun.

    (v) Penyata lain (Penyata Penyesuaian Bank dan Panjar Wang Runcit)

    9.2.4 Penyata Penerimaan Dan Pembayaran

    (a) Definisi

  • 8/13/2019 7 Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

    2/10

    Penyediaan Penyata Kewangan Sekolah

    Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 2

    Penyata Penerimaan dan Pembayaran adalah penyata yang menunjukkan jumlah terimaan

    sebenarnya telah diterima dan juga jumlah bayaran sebenarnya yang telah dibayar dalam

    tempoh tahun kewangan berkenaan serta kedudukan baki wang yang ada dalam bank pada

    akhir tahun.

    (b) Definisi Penerimaan

    Jumlah sebenar yang diterima sebagaimana yang tercatat dalam buku tunai.

    (c) Definisi Pembayaran

    Jumlah sebenar yang dibayar sebagaimana yang tercatat dalam buku tunai.

    (d) Proses Kerja Menyediakan Penyata Penerimaan Dan Pembayaran

    (i) Pengisian Kertas Kerja Penghitungan Penerimaan

    (Lampiran 3):

    Sediakan Lampiran 3.

    Pindahkan Baki Awal buku tunai bagi setiap peruntukan ke dalam kertas kerja

    tersebut.

    Pindahkan jumlah penerimaan bulanan buku tunai dari Januari hingga Disember

    ke dalam ruangan setiap butiran peruntukan.

    Campurkan jumlah penerimaan bulanan mengikut peruntukan dari Januari hingga

    Disember untuk mendapatkan jumlah penerimaan tahunan pada ruangan Jumlah

    Kecil/Jumlah Penerimaan Semasa.

    Untuk membuat semakan pengiraan sama ada betul atau tidak, pastikan jumlah

    menegak dan melintang adalah sama.

    Campurkan baki pada 1 Januari dengan jumlah penerimaan tahunan setiap

    peruntukan untuk mendapatkan Jumlah Besar Tahunan.

    (ii) Pengisian Kertas Kerja Penghitungan Pembayaran

    (Lampiran 4):

    Pindahkan jumlah pembayaran bulanan dari Buku Tunai dari Januari hinggaDisember ke dalam ruangan setiap butiran berkaitan.

    Campurkan jumlah pembayaran bulanan mengikut butiran kepala dari Januari

    hingga Disember untuk mendapatkan jumlah pembayaran tahunan pada ruangan

    Jumlah Pembayaran Semasa.

    Untuk membuat semakan pengiraan sama ada betul atau tidak, pastikan jumlah

    menegak dan melintang adalah sama.

    Masukkan baki 31 Disember dari Buku Tunai tahun semasa ke kertas kerja

    pembayaran.

    Campurkan Jumlah Pembayaran Tahunan dengan Baki 31 Disember untuk

    mendapatkan Jumlah Besar.

    Pastikan Jumlah Besar di kertas kerja penerimaan dan Jumlah Besar di kertas kerjapembayaran adalah sama.

    (iii) Pengisian Penyata Penerimaan dan Pembayaran

    (Lampiran 7):

    Pindahkan amaun-amaun dari Penyata Akaun Sekolah tahun lalu yang telah diaudit

    ke ruangan angka bandingan (tahun sebelumnya).

    Dari Kertas Kerja Penerimaan, pindahkan:

  • 8/13/2019 7 Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

    3/10

    Penyediaan Penyata Kewangan Sekolah

    Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 3

    o Jumlah Baki Awal pada 1 Januari (Lampiran 3) ke Baki Wang di Bank pada 1

    Januari.

    o Jumlah Kecil setiap peruntukan terimaan (Lampiran 3) ke setiap peruntukan di

    ruangan Penerimaan.

    o Campurkan Baki pada 1 Januari dengan Jumlah Terimaan setiap peruntukan

    untuk dapatkan Jumlah Penerimaan.

    Dari Kertas Kerja Pembayaran, pindahkan:

    o Jumlah Kecil setiap peruntukan bayaran (Lampiran 4) ke setiap peruntukan di

    ruangan Pembayaran.

    o Campurkan amaun untuk dapatkan Jumlah Pembayaran.

    Tolakkan Jumlah Penerimaan dengan Jumlah Pembayaran untuk mendapatkan

    Baki Wang Di Bank Pada 31 Disember (tahun semasa).

    9.2.5 Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan

    (a) Definisi

    Penyata yang menunjukkan jumlah semua penerimaan yang sepatutnya diterima dan jumlah

    semua pembayaran yang sepatutnya dibayar pada tahun berkenaan. Penyata ini jugamenunjukkan kelebihan/(kekurangan) pendapatan atas perbelanjaan bagi tahun berkenaan.

    (b) Definisi Pendapatan

    Jumlah sepatutnya diterima bagi sesuatu tahun, termasuk jumlah yang masih belum

    diterima.

    (c) Definisi Perbelanjaan

    Jumlah sepatutnya dibayar bagi sesuatu tahun, termasuk amaun yang masih belum dibayar.

    (d) Proses Kerja Menyediakan Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan. (Lampiran 8)

    (i) Pengisian Kertas kerja Pelarasan Penerimaan kepada Pendapatan (Lampiran

    3):

    Pindahkan Jumlah Penerimaan Semasa ke Jumlah Penerimaan di Lampiran 3.

    Daripada Jumlah Penerimaan pelarasan perlu dibuat secara campur (+) atau tolak

    (-) bagi perkara-perkara berikut:

    Campur:

    o Penerimaan ABT Tahun Kewangan.

    o Penerimaan Wang Pertaruhan (Contoh: Per. Kantin).

    o Penerimaan Terdahulu (tahun kewangan), iaitu penerimaan pada tahun lepas

    yang merupakan pendapatan tahun semasa.

    o Faedah simpanan tetap yang dilabur semula.

    o Hapus kira (Pelarasan) ABB (jika telah mendapat kelulusan).

    o Pelarasan-pelarasan lain jika ada.

    Tolak:

    o Penerimaan ABT Tahun Lalu (diterima tahun semasa).

    o Penerimaan Terdahulu (tahun hadapan).

    o Penerimaan semula Cagaran.

    o Amaun-amaun Kontra.

    o Pembatalan Cek (Cek-cek batal yang diambil kira sebagai penerimaan).

  • 8/13/2019 7 Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

    4/10

    Penyediaan Penyata Kewangan Sekolah

    Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 4

    o Penamatan Akaun PWR.

    o Terima Semula Simpanan Tetap.

    o Pelarasan-pelarasan lain jika ada.

    Tindakan pelarasan yang dilakukan menghasilkan Jumlah Pendapatan sepatutnya

    bagi tahun tersebut.

    (ii) Pengisian Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan: Pindahkan amaun-amaun dari Penyata Akaun Sekolah tahun lalu (yang telah

    diaudit/belum diaudit) ke ruangan angka bandingan (tahun sebelum).

    Dari Kertas kerja Pelarasan Penerimaan kepada Pendapatan, pindahkan:

    o Jumlah Pendapatan tahun semasa setiap peruntukan.

    o Dapatkan Jumlah Pendapatan.

    (iii) Pengisian Kertas kerja Pelarasan Pembayaran kepada Perbelanjaan (Lampiran 4):

    Pindahkan Jumlah Pembayaran Semasa ke Jumlah Pembayaran di Lampiran 4.

    Daripada Jumlah Pembayaran pelarasan perlu dibuat secara campur (+) atau tolak

    (-) bagi perkara-perkara berikut:

    Campur:o ABB Tahun Kewangan.

    o Bayaran terdahulu (tahun semasa).

    o Hapus kira ABT.

    o Nilai Setem Pada 1 Januari.

    o Pelarasan lain jika ada.

    Tolak:

    o ABB Tahun Lalu (dibayar pada tahun semasa).

    o Membayar Balik Wang Pertaruhan .

    o Pembayaran Cagaran (seperti cagaran telefon)

    o

    Amaun-amaun kontra.o Pendahuluan PWR .

    o Bayaran terdahulu (tahun hadapan).

    o Nilai Setem Pada 31 Disember.

    o Pembatalan cek.

    o Simpanan Tetap.

    o Terlebih Bayar.

    o Pelarasan-pelarasan lain jika ada.

    Tindakan pelarasan yang dilakukan akan menghasilkan Jumlah Perbelanjaan

    sepatutnya bagi tahun tersebut.

    (iv) Pengisian Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan (Lampiran 8):

    Pindahkan amaun-amaun dari Penyata Akaun Sekolah tahun lalu ke ruangan angka

    bandingan (tahun sebelum).

    o Dari Kertas kerja Pelarasan Pembayaran kepada Perbelanjaan (Lampiran 4)

    pindahkan:

    o Jumlah Perbelanjaan tahun semasa setiap butiran.

    o Dapatkan Jumlah Perbelanjaan.

  • 8/13/2019 7 Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

    5/10

    Penyediaan Penyata Kewangan Sekolah

    Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 5

    Untuk mendapatkan Kelebihan/(Kekurangan) Pendapatan Atas Perbelanjaan tolakkan

    antara Jumlah Pendapatan dengan Jumlah Perbelanjaan.

    9.2.6 Kunci Kira-Kira (Lampiran 9)

    (a) Definisi

    Laporan kedudukan kewangan tahunan yang mengandungi:(i) Aset.

    (ii) Liabiliti.

    (iii) Kumpulan Wang Terkumpul.

    (b) Aset

    (i) Definisi:

    Aset ialah sumber ekonomi yang dimiliki oleh sekolah.

    Sumber ini memberi faedah untuk mengendalikan aktiviti sekolah pada masa

    hadapan.

    (ii) Aset Tetap

    Merupakan aset yang digunakan secara berterusan dalam sesuatu organisasi yangbukan merupakan stok untuk dijual.

    Aset ini sukar ditukarkan kepada wang tunai dalam jangka masa yang pendek.

    Contoh: Tanah, bangunan, perabot, mesin-mesin dan lain-lain.

    (iii) Aset Semasa

    Merupakan kuasa beli serta merta dalam bentuk wang tunai/tuntutan terhadap wang

    tunai dan harta yang boleh ditukar menjadi kuasa membeli dalam satu jangka masa

    pendek biasanya 12 bulan.

    Contoh:

    Wang Dalam Tangan (PWR).

    Wang Dalam Bank (baki di Buku Tunai).

    Wang Simpanan Tetap.

    Pelbagai Cagaran.

    Bayaran Terdahulu.

    Pelbagai ABT.

    Baki Stok Setem.

    (c) Liabiliti

    Liabiliti ialah jumlah hutang yang perlu dijelaskan dalam bentuk wang, barang atau

    perkhidmatan. Liabiliti wujud kerana barang/perkhidmatan telah diterima tetapi bayarannya

    belum dijelaskan.

    Contoh:

    (i) Wang Pertaruhan (Cagaran diterima).

    (ii) Terimaan Terdahulu.

    (iii) Akaun Belum Bayar.

    (d) Kumpulan Wang Terkumpul (KWT)

    KWT merupakan kelebihan atau kekurangan pendapatan atas perbelanjaan bagi setiap

    butiran yang berlaku semenjak akaun sekolah bermula hingga 31 Disember tahun semasa.

  • 8/13/2019 7 Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

    6/10

    Penyediaan Penyata Kewangan Sekolah

    Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 6

    KWT juga merupakan kedudukan kewangan sekolah yang sebenarnya terkumpul iaitu aset

    bersih sekolah pada masa itu.

    KWT = Aset tolak Liabiliti

    (e) Pengisian Kertas Kerja Aset/Liabiliti Semasa (Lampiran 5):

    Penuhkan Kertas Kerja tersebut seperti berikut:

    BUTIRAN BAKI 1/1

    PERGERAKAN

    BAKI 31/12

    TAMBAHAN KURANGAN

    ASET

    SEMASA

    Baki wang di

    dalam bank

    Dapatkan dari

    Kunci Kira-

    Kira Tahun

    Lepas

    Baki di buku

    tunai pada

    31 Dis. tahun

    semasa

    ABT - sda - Jumlah ABT Tahun

    Kewangan

    (Lampiran 3)

    Jumlah ABT Tahun

    Lalu (diterima tahun

    semasa)

    (Lampiran 3)

    Wang Dalam

    Tangan (PWR)

    - sda - Jumlah Pendahuluan

    PWR (Lampiran 4)

    Jumlah Penamatan

    PWR (Lampiran 3)

    Bayaran

    Terdahulu

    - sda - Jumlah Bayaran

    Terdahulu tahun

    semasa (Lampiran 4)

    Jumlah Bayaran

    Terdahulu tahun

    hadapan

    (Lampiran 3)

    Cagaran - sda - Jumlah Pembayaran

    Cagaran (Lampiran 4)

    Jumlah Terimaan

    Semula Cagaran

    (Lampiran 3)

    Baki Setem - sda - Jumlah Nilai Setem

    pada 1 Januari

    (Lampiran 4)

    Jumlah Nilai Setem

    pada 31 Disember

    (Lampiran 4)

    Simpanan Tetap - sda - Jumlah Simpanan

    Tetap (Lampiran 4) &

    Jumlah Terima

    semula Simpanan

  • 8/13/2019 7 Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

    7/10

    Penyediaan Penyata Kewangan Sekolah

    Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 7

    Faedah Simpanan

    Tetap Yang Dilabur

    semula (Lampiran 3)

    Tetap (Lampiran 3)

    JUMLAH

    ASET

    SEMASA

    Jumlahkan

    semua amaun di

    atas. Pastikan

    sama dengan

    jumlah aset

    tahun lalu

    Jumlahkan semua

    amaun di atas

    Jumlahkan semua

    amaun di atas

    Jumlahkan

    semua

    amaun di

    atas

    LIABILITI

    Akaun Belum

    Bayar

    Dapatkan dari

    Kunci Kira-

    Kira Tahun

    Lepas

    Jumlah ABB Tahun

    Kewangan

    (Lampiran 4)

    Jumlah ABB Tahun

    Lalu (dibayar tahun

    semasa)

    (Lampiran 4)

    Pertaruhan - sda - Jumlah Penerimaan

    Wang Pertaruhan

    (Lampiran 3)

    Jumlah Bayaran

    Balik Wang

    Pertaruhan

    (Lampiran 4)

    Terimaan

    Terdahulu

    - sda - Jumlah Terimaan

    Tahun Hadapan

    (Lampiran 3)

    Jumlah Terimaan

    Terdahulu Tahun

    Kewangan

    (Lampiran 3)

    JUMLAH

    LIABILITI

    Jumlahkan

    semua amaun di

    atas. Pastikan

    sama dengan

    jumlah aset

    tahun lalu.

    Jumlahkan semua

    amaun di atas

    Jumlahkan semua

    amaun di atas

    Jumlahkan

    semua

    amaun di

    atas

    JUMLAH

    BERSIHJUMLAH ASET SEMASA TOLAK JUMLAH LIABILITI

  • 8/13/2019 7 Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

    8/10

    Penyediaan Penyata Kewangan Sekolah

    Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 8

    (f) Pengisian Kertas Kerja Kumpulan Wang Terkumpul (Lampiran 6)

    Penuhkan Kertas Kerja tersebut seperti berikut:

    Peruntukan Baki 1/1 Pelarasan Kelebihan/

    (Kekurangan) Baki 31/12Tajuk-Tajuk

    Peruntukan

    yang terdapat

    di Nota KWK

    Tahun Lalu

    Pindahkan

    amaun-amaun

    baki 31 Dis. tahun

    lalu bagi setiap

    peruntukan

    Jika ada dan

    telah mendapat

    kelulusan dari

    pihak tertentu

    Pindahkan amaun

    Kelebihan/

    (Kekurangan) bagi

    setiap peruntukan

    dari Lampiran 3

    Baki 1 Jan. (+)

    Pelarasan (+)

    Kelebihan/

    (Kekurangan)

    (g) Pengisian Kunci Kira-Kira (Lampiran 9):

    Pindahkan amaun-amaun dari Penyata Akaun Sekolah tahun lalu ke ruangan angka

    bandingan (tahun sebelum).

    (i) Aset

    Pindahkan Baki Wang Dalam Bank pada 31 Disember daripada Kertas Kerja

    Aset/Liabiliti (Lampiran 5).

    Pindahkan semua jumlah Aset di ruangan baki 31/12 daripada Kertas Kerja

    Aset/Liabiliti (Lampiran 5).

    Dapatkan Jumlah Aset.

    (ii) Liabiliti

    Pindahkan semua jumlah Liabiliti di ruangan baki 31/12 daripada Kertas Kerja

    Aset/Liabiliti (Lampiran 5).

    Dapatkan Jumlah Liabiliti.

    Untuk menghasilkan Aset/(Liabiliti), Jumlah Aset tolak Jumlah Liabiliti.

    (iii) Kumpulan Wang Terkumpul

    Pindahkan Jumlah baki 1/1 (Lampiran 6) ke Baki Pada 1 Januari.

    Pindahkan Jumlah Pelarasan (Lampiran 6) ke Pelarasan.

    Pindahkan Kelebihan/(Kekurangan) (Lampiran 6) ke Kelebihan/ (Kekurangan)

    Pendapatan Atas Perbelanjaan.

    Jumlahkan Baki pada 1 Januari + Pelarasan + Kelebihan/(Kekurangan) untuk

    mendapatkan baki pada 31 Disember.

    (h) Bagi menentukan penyata diimbangi betul dan tepat pastikan jumlah Aset/(Liabiliti) Bersih

    hendaklah sama dengan Baki KWT pada 31 Disember.

    9.2.7 Nota-Nota Kepada Akaun

    (a) Definisi

    Merupakan sebahagian daripada akaun yang perlu dibaca bersama dengan Penyata

    Kewangan Tahunan Sekolah bagi tujuan:

    (i) Menjelaskan prinsip dan asas perakaunan yang diguna pakai..

    (ii) Menerangkan jumlah yang ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira dan Penyata

    Pendapatan dan Perbelanjaan.

  • 8/13/2019 7 Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

    9/10

    Penyediaan Penyata Kewangan Sekolah

    Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 9

    (iii) Memberi pecahan yang terperinci mengenai sesuatu amaun dalam Kunci Kira-Kira

    dan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.

    (iv) Membantu pembaca memahami kandungan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah bagi

    setiap Kumpulan Wang.

    (b) Contoh Nota-Nota Kepada Akaun:

    Nota

    (1) Dasar Perakaunan

    Asas Perakaunan

    Akaun ini telah disediakan mengikut konvensyen kos sejarah.

    Pendapatan dan Perbelanjaan

    Pendapatan dan perbelanjaan diperakaunkan menurut konsep akru.

    (2) Perkara-Perkara Lain:

    (3) Akaun Belum Terima

    Perkara Peruntukan Tahun Amaun

    (4) Wang Dalam Tangan

    Perkara Peruntukan Tahun Amaun

    (5) Bayaran Terdahulu

    Perkara Peruntukan Tahun Amaun

    (6) Cagaran

    Perkara Peruntukan Tahun Amaun

    (7) Simpanan Tetap

    Perkara & No. Sijil Peruntukan Amaun

    (8) Akaun Belum Bayar

    Perkara Peruntukan Tahun Amaun

    (9) PertaruhanPerkara Peruntukan Tahun Amaun

    (10) Terimaan Terdahulu

    Perkara Peruntukan Tahun Amaun

    (11) Kumpulan Wang Terkumpul

    KW TERKUMPUL Baki pada 1/1 Pelarasan Kelebihan/

    (Kekurangan)

    Baki pada

    31/12

    Yuran Khas

    Kertas Ujian

    Kantin

    Pelbagai

    JUMLAH

  • 8/13/2019 7 Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

    10/10

    Penyediaan Penyata Kewangan Sekolah

    Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 10

    (12) Pendapatan Pelbagai

    Perkara Amaun

    (13) Perbelanjaan Pelbagai

    Perkara