7 c-m j-? 3 oooo 00121088 3 · 2013. 7. 18. · senarai lam pj ran m bab i pengf.nalan 1.1...

24

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • P E R P U S T A K A A N KUi TTHO

    7 C-M "J-? 3 OOOO 00121088 3

  • JPTV/MTT 3113

    KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

    BORANG PENYERAHAN KAJIAN KES

    JUDUL: CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PI

    KALANGAN PENSYARAH: SATU KAJIAN KES DI KUiTTHO

    SESIPENGAJIAN: 2001/2002

    Saya NORWANI BINTI HARUN (MT001212)

    (HTJRUF BESAR)

    mengaku membenarkan Kajian Kes ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-svarat kegunaan seperti berikut:

    1. Kajian kes ini adalah hak milik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat

    salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan kajian ini sebagai bahan pertukaran

    antara institusi pengajian tinggi.

    . ( t Z & W J ^ i , Disahkan Oleh:

    :'£/ ASVi

    (TANDATANGAN PENUL1S) ^ § g ^ | I ^ A N D A T A N G A N PENYELIA)

    Alamat Tetap:

    1962 Mukim 7 Permatang Rawa, Encik Mahmad Amir Bin Radzali 14000 Bukit Mertajam, Seberang Perai, Nama Penyelia Pulau Pinang.

    Tarikh: 1 7 - < 7 - 2 0 0 1 Tar ikh: / • /

  • PENGESAHAN PENYELLA

    "Saya akui bahawa saya telah membaca kaiya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

    Ijazah Saijana Pendidikan (Teknikal)".

    TANDATANGAN

    NAMA PENYELIA : ENCIK MAHMAD AMIR BIN RADZALI

    TARIKH ^ ^

  • CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KALANGAN

    PENSYARAH: SATU KAJ1AN KES DI KUiTTHO

    NORWANI BINTI HARUN

    Kajian Kes Ini Dikemukakan

    Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

    Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknikal)

    Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional

    Fakulti Teknologi Kejuruteraan

    Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

    SEPTEMBER, 2001

  • 11

    PENGAKUAN

    "Saya akui kajian kes yang bertajuk: 'Cabaran Penggunaan Teknologi Maklumat Di

    Kalangan Pensyarah : Satu Kajian Kes Di KUiTTHO' adalah hasil keija

    saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

    satunya telah saya jelaskan sumbemya"

    TANDATANGAN

    NAMA PENULIS : N O R W A N I B I N T I H A R U N

    TARIKH 17 • 1 • Aool

  • i i i

    DEDIKASI

    Untuk mereka yang menjadi sumber inspirasi,

    Bonda, Puan Hamiah Binti Md. Sutan dan Ayahanda, Encik Harun Bin Hashim,

    Terima kasih atas doa dan kasih sayang yang tak terbalas.

  • vi

    PENGHARGAAN

    Setinggi penghargaan kepada Encik Mahmad Amir Bin Radzali, penyelia kajian

    kes, di atas bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar di sepanjang tempoh kajian ini

    dijalankan.

    Terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang secara

    langsung atau tidak langsung telah memberikan idea dan pandangan terhadap kajian ini.

  • vi

    ABSTRAK

    Perkembangan teknologi di alaf baru ini telah menampakkan kepentingan

    teknologi maklumat sebagai suatu alat yang penting dan telah meresapi semua aspek

    kehidupan termasuklah di dalam bidang pendidikan. Pensyarah menggunakan teknologi

    maklumat sebagai media yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran dikatakan

    menghadapi pelbagai cabaran dalam menggunakan teknologi tersebut. Kajian ini

    tertumpu kepada usaha mengenal pasti apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh

    pensyarah dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses

    pengajaran. Seramai 37 orang pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan telah

    terlibat sebagai responden. Program SPSS Versi 6.0 telah digunakan bagi menganalisa

    data yang diperolehi dan statistik deskriptif telah digunakan untuk menganalisa dapatan.

    Dapatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh pensyarah

    dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran

    seperti kekurangan latihan penggunaan teknologi maklumat, kekurangan perkakasan

    yang mencukupi dan terkini serta perisian yang kurang bersesuaian dengan bidang

    pengajaran.

  • v i

    ABSTRACT

    As technology develops rapidly in this 21st century, information technology has

    become a very important tool in all aspects of life including in the field of education.

    Lecturers who adopt information technology as a medium to assist them in the teaching

    and learning process are likely to face difficulties and obstacles. This study was

    conducted to identify what are the difficulties and obstacles faced by lecturers when

    applying information technology in the teaching process. Thirty seven lecturers from

    the Faculty of Engineering Technology have been involved as respondents. Statistical

    Package for Social Science (SPSS) Program Version 6.0 was used to analyze the data

    gathered and descriptive statistics were utilized to analyze the findings. The results

    showed that there were several difficulties and obstacles faced by lecturers in applying

    information technology in the teaching process such as lack of training in using

    information technology, inadequate supply as well as lack of an up-to date hardware and

    the software used were not really suitable for the teaching field.

  • k \ M ) I N ( , \ N

    BAH IM.RkARA Ml K \ SI K M

    P I ' . M I R A I 1 A N kA.HAN k l S

    I*I:NC.I:SAIIAN PINYI'LI A

    J l ' D l ' l . '

    PKNGAKIAN

    DLOIkASl

    PLNGHARGAAN "

    ABSTRAK \

    ABSTRACT \ I

    KAN D I N G AN MI

    SENARAI .LADL AL.

    SENARAI LAM PJ RAN M

    BAB I PENGF.NALAN

    1.1 Pcndahuiuan

    1.2 Latar Bclakans; Masalah

    I.? Penvataan Masalah

    1 4 Soalan Kajian

    1.5 Objeknf Kajian

    1 6 Kerangka Teon

    1 7 Kepcntingan Kajian

  • VI11

    1.8 Skop Kajian

    1.9 Definisi Istilah

    BAB II SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pendahuluan 10

    2.2 Masalah Penggunaan Teknologi Maklumat 11

    2.3 Kekurangan Perisian Yang Bersesuaian 12

    2.4 Sikap Negatif Pensyarah 13

    2.5 Gaya Pembelajaran dan Penerimaan Pelajar 14

    Yang berbeza

    BAB m METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Reka Bentuk Kajian 15

    3.2 SumberData 16

    3.2.1 Kaedah Pensampelan 16

    3.3 Instrumen Kajian 16

    3.3.1 Borang Soal Selidik 17

    3.4 Kaedah Analisis Data 18

    3.5 Kajian Rintis 19

    3.6 Batasan Kajian 19

    3.7 Andaian 19

  • BAB IV ANALISIS DATA

    4.1 Pendahuluan

    4.2 Kemahiran Pensyarah Dalam Penggunaan

    Teknologi Maklumat

    4.3 Kemudahan Kepada Pensyarah Dalam

    Menggunakan Teknologi Maklumat

    Semasa Proses Pengajaran

    4.4 Sikap Pensyarah Dalam Mengaplikasikan

    Penggunaan Teknologi Maklumal Semasa

    Proses Pengajaran

    4.5 Pengaruh Gaya Pembelajaran Pelajar Terhadap

    Pensyarah Dalam Mengaplikasikan Penggunaan

    Teknologi Maklumat Semasa Proses Pengajaran

    BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

    5.1 Pendahuluan 30

    5.2 Perbincangan 30

    5.3 Kesimpulan 34

    5.4 Cadangan 35

    5.5 Penutup 36

    BIBLIOGRAFI 37

    24

    26

    LAMPIRAN A - D 3 9 - 4 8

  • vi

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    Jadual 3.3.1.1 Skala Pemerin«katan Liken ] 7

    Jadual 3.3.1.2 Pembahagian Item Dalam Borang Soal Selidik

    Jadual 4.2.1 Analisis Min Bag]' Kemahiran Pensyarah Dalam

    Penggunaan Teknologi Maklumat

    T)

    Jadual 4.3.1 Analisis Mm Bagi Kemudahan Kepada

    Pensyarah Dalam Menggunakan Teknologi'

    Makiumai Semasa Proses Pensajaran

    24

    Jadual 4.4.1 Analisis Mm Bagi' Sikap Pensyarah Dalam

    Mengaplikasikan Penggunaan Teknologi

    Ivlaklumal Semasa Proses Pengajaran

    26

    Jadual 4.5. Analisis Min Bagi Pengaruh Gaya

    Pembelajaran Pelajar Terhadap Pensyarah

    Dalam Mengaplikasikan Penggunaan

    Teknologi Maklumat Semasa Proses

    Pengajaran

    28

  • SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Senarai Nama Pensyarah Fakulti Teknologi 39

    Kejuruteraan

    B Borang Soal Selidik 41

    C Reliability Analysis - Scale (Alpha) 46

    D Analisis Min 47

  • BAB [

    PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan

    Perkembangan teknologi di alaf baru ini telah menampakkan kepentingan

    teknologi maklumat sebagai suatu alat yang penting dan telah meresapi semua aspek

    kehidupan termasuklah di dalam bidang pendidikan (Abang Ahmad Ridzuan dan

    Salawati Taiib). Penggunaan teknologi maklumat telah menjadi suatu keperluan dan

    bukan lagi dianggap sebagai alat yang mahal dan hanya sesuai untuk golongan tertentu

    sahaja (Sallehuddin Salim, 1997).

    Selaras dengan perkembangan masyarakat akan datang yang menuju ke arah

    masyarakat yang bermaklumat dan sentiasa maju ke hadapan, maka untuk menjadi

    masyarakat yang kuat, masyarakat tersebut mestilah dapat menguasai sepenuhnya

    penggunaan teknologi maklumat (Abdul Rahim dan Zaharah Kassim, 1997).

    Kemunculan teknologi maklumat di dalam bidang pendidikan merupakan suatu

    perkara yang agak baru di Malaysia. Kesemua ini bermuia pada tahun 1991 apabila

    Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan cita-cita Malaysia

    untuk menjadi sebuah negara maju yang kaya dengan maklumat menjelang tahun 2020.

    Matlamat ini dikenali sebagai Wawasan 2020. Salah satu daripada perenggan yang

    terdapat di dalam dokumen Wawasan 2020 menyatakan bahawa:

  • "Computer literacy is a must if we want to progress and develop. No effort must be spared in the creation of information rich Malaysian society (Malaysian - The Way Forwara') ".

    (Mahathir Mohamad : para 79-80, 1991)

    Wawasan 2020 yang bermatlamat ke arah pembentukan sebuah negara yang

    maju, memerlukan para pendidik di Malaysia untuk mengorak langkah bagi

    memastikan generasi pelajar akan datang mencapai tahap yang setara dengan negara-

    negara maju yang lain. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan untuk meningkatkan

    mutu pendidikan di negara ini dan salah satu usaha yang telah dan sedang dilaksanakan

    ialah program meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan

    teknologi maklumat (Sumilah Marto, 1997).

    Perkembangan pendidikan di Malaysia pada masa kini juga sedang menuju ke

    arah penggunaan teknologi maklumat sebagai alat pengurusan, pengajaran dan

    pembelajaran. Pendidik kini bukan sahaja berusaha untuk meningkatkan prestasi

    mereka dalam tugas seharian tetapi juga sedang memantapkan diri agar lebih

    berketrampilan dalam kerjaya mereka.

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Menyedari tentang perlunya menyediakan sumber tenaga rakyat yang berilmu

    pengetahuan dalam teknologi maklumat, sistem pendidikan yang berasaskan teknologi

    maklumat amat diperlukan (Lalita,1996). Penggunaan teknologi maklumat dalam

    pendidikan tidak harus diabaikan kerana mampu melahirkan generasi yang

    berketrampilan dan berkeupayaan tinggi dalam era maklumat (Sulaiman Sarkawi,

    1996).

  • Kerajaan sememangnya telah menyedari tentang perlunya menggunakan

    teknologi maklumat di dalam bidang pendidikan sama ada di sekolah atau di pusat

    pengajian tinggi. Oleh yang demikian sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan

    telah membelanjakan sejumlah peruntukan untuk memberikan kursus kepada pendidik

    di dalam bidang teknologi maklumat. Namun di sebalik peruntukan tersebut, Laporan

    Jemaah Nazir dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

    (Sumilah Marto, 1997), menyatakan bahawa tahap penggunaan teknologi maklumat

    masih lagi rendah dan tidak memuaskan. Jika hal yang sedemikian berterusan, sudah

    pasti matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan

    mempunyai 'value added' tidak akan terlaksana dengan sepenuhnya.

    Pusat pengajian tinggi terutamanya, perlu mempunyai pensyarah yang

    berkemahiran mengguna dan mengeksploitasi teknologi maklumat bagi mencapai

    pembangunan sumber manusia (Tengku Azman, 1991). Menurut Bernett (1997),

    usaha mengenal pasti masalah penggunaan teknologi maklumat dan memperbaiki

    kelemahan yang dialami serta meningkatkan penggunaannya perlu dijalankan. Oleh

    yang demikian satu kajian tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pensyarah

    dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran

    telah dijalankan memandangkan ada sumber-sumber tertentu yang melaporkan tentang

    tahap penggunaan teknologi' maklumat yang masih rendah di kalangan mereka.

    1.3 Penyataan Masalah

    Penyelidikan ini dibuat untuk mengenal pasti 'apakah cabaran-cabaran yang

    dihadapi oleh pensyarah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

    dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran?'

  • 4

    1.4 Soalan Kajian

    Secara khususnya kajian ini cuba meninjau pendapat dan pandangan pensyarah

    serta menjawab persoalan kajian di bawah:

    i. Adakah pensyarah mempunyai kemahiran tentang penggunaan teknologi

    maklumat?

    ii. Adakah pensyarah mempunyai kemudahan penggunaan teknologi maklumat

    semasa proses pengajaran?

    iii. Adakah sikap pensyarah itu sendiri mempengaruhi mereka terhadap

    penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran?

    iv. Adakah gaya pembelajaran pelajar mempengaruhi pensyarah dalam

    penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran?

    1.5 Objektif Kajian

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui apakah cabaran-

    cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi

    maklumat semasa proses pengajaran. Objektif secara khusus adalah seperti berikut:

    i. Meninjau sama ada pensyarah mempunyai kemahiran tentang penggunaan

    teknologi maklumat.

    ii. Meninjau sama ada pensyarah dibekalkan dengan kemudahan teknologi

    maklumat semasa proses pengajaran.

  • 5

    iii. Menilai sikap pensyarah dalam menggunakan teknologi maklumat semasa

    proses pengajaran.

    iv. Mengenal pasti sama ada gaya pembeiajaran pelajar mempengaruhi pensyarah

    dalam menggunakan teknologi maklumat semasa proses pengajaran.

    1.6 Kerangka Teori

    Pensyarah Mengendalikan Aktiviti Pengajaran

    melalui

    Penggunaan Teknologi Maklumat

    di halang oleh

    Cabaran-Cabaran

    Masalah Penggunaan Teknologi Maklumat

    Kekurangan Perisian

    Yang Bersesuaian

    Sikap Negatif

    Pensyarah

    Pembeiajaran Dan

    Penerimaan Pelaiar

    Berbeza

    Berdasarkan kerangka teori di atas, pensyarah KUiTTHO merupakan sumber

    utama kajian ini bagi mengenal pasti apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh

    mereka dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses

    pengajaran.

  • 6

    Penggunaan teknologi maklumat sebagai media yang membantu proses

    pengajaran di kalangan pensyarah sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

    Namun begitu, menurut Lalita (1996), peranan teknologi maklumat bukanlah untuk

    menggantikan pendidikan tradisional tetapi memberi pilihan, berfungsi saling

    melengkapi di dalam pendidikan dan membekalkan peluang latihan yangbanyak

    kepada pensyarah.

    Pengkaji mengandaikan bahawa terdapat beberapa faktoryang menjadi

    halangan atau cabaran kepada pensyarah dalam mengaplikasikan penggunaan

    teknologi maklumat semasa proses pengajaran. Faktor-faktor tersebut juga telah

    disokong oleh kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang

    terdahulu. Di antara faktor-faktor tersebut adalah:

    i. Masalah Penggunaan Teknologi Maklumat

    Masalah penggunaan adalah seperti perasaan bimbang terhadap komputer atau

    'compulerphobia'' (Jay, 1981). Kekurangan latihan dan kemahiran juga menyebabkan

    mereka tidak mempunyai keyakinan untuk menggunakan komputer semasa proses

    pengajaran (Thomas Kok, 1997).

    ii. Kekurangan Perisian Yang Bersesuaian

    Kekurangan perisian yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang akan diajar,

    perisian tidak bermutu tinggi serta tidak memenuhi kehendak matlamat pendidikan

    negara juga merupakan cabaran kepada pensyarah walaupun mereka dibekalkan

    dengan kemudahan perkakasan komputer yang terkini (Baharuddin Aris, Noraffandy

    Yahaya, Jamalludin Hj. Harun dan Zaidatun Tasir, 2000).

  • 7

    iii. Sikap Negatif Pensyarah

    Pensyarah menganggap teknologi maklumat sebagai suatu ancaman kepada

    peranan tradisional mereka sebagai pendidik kerana penggunaan teknologi maklumat

    akan melenyapkan nilai-nilai kemanusiaan dan hubungan secara langsung dengan

    pelajar dalam proses pengajaran. Sebaliknya mereka lebih cenderung menggunakan

    kaedah yang lama dan seterusnya melenyapkan inovasi baru tersebut yang temyata

    lebih efektif (Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Hj. Harun dan

    Zaidatun Tasir, 2000).

    iv. Penerimaan Pelajar Yang Berbeza

    Personaliti dan latar belakang pelajar yang berbeza memerlukan teknik

    pengajaran yang berbeza (Ee Ah Meng, 1996). Terdapat sebahagian pelajar yang lebih

    selesa belajar menerusi teknik yang terkini menggunakan teknologi maklumat kerana

    mereka sememangnya telah terdedah dengan penggunaan teknologi' tersebut sejak kecil

    lagi. Ini mungkin disebabkan oleh faktor latar belakang keluarga dan persekitaran.

    namun tidak pula bagi sebahagian pelajar yang lain. Situasi ini merupakan suatu

    cabaran kepada pensyarah bagi menyesuaikan penggunaan teknologi maklumat semasa

    proses pengajaran.

    Berdasarkan kepada faktor-faktor di atas yang merupakan sebahagian daripada

    cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam mengaplikasikan penggunaan

    teknologi maklumat semasa proses pengajaran, diharapkan pihak yang berkenaan akan

    memberikan perhatian yang sewajarnya.

  • 1.7 Kepentingan Kajian

    Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan dan membantu

    pihak KUiTTHO mengenal pasti apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh

    pensyarah dalam mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat sebagai alat yang

    membantu proses pengajaran dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang

    bersesuaian bagi menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

    1.8 Skop Kajian

    Kajian ini hanya melibatkan pensyarah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein

    Onn (KUiTTHO) sahaja.

    1.9 Definisi Istilah

    Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang mempunyai maksud dan

    definisi tertentu. Definisi-defmisi tersebut adalah dalam konteks kajian ini sahaja iaitu:

    i. Teknologi Maklumat

    Teknologi maklumat merujuk kepada penggunaan peralatan berteknologi tinggi

    seperti komputer, modem, printer, peralatan multimedia dan sebagainya dengan

    menggunakan perisian aplikasi 'Microso f t Office', internet, pangkalan data dan

    sebagainya untuk mendapatkan maklumat.

  • 9

    ii. Pensyarah

    Pensyarah yang dimaksudkan adalah semua kakitangan akademik dari Fakulti

    Teknologi Kejuruteraan di KUiTTHO yang mengajar pelbagai mata pelajaran dan

    terhad kepada mereka yang memiliki ijazah saijana sahaja (DS1 dan DS2).

    iii. Pendidik

    Pendidik yang dimaksudkan adalah mereka yang menjalankan proses

    pengajaran di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi.