6_kajian kes sejarah tahun 4

Upload: zarina-selamat

Post on 06-Oct-2015

92 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian kes sejarah thn 4

TRANSCRIPT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Kajian Kes

a. Pemilihan tajuk ( Kajian Peristiwa) TAJUK 3: ZAMAN PRASEJARAH

Standard KandunganStandard Pembelajaran

3.1 Mengetahui dan memahami Kehidupan manusia prasejarah

3.1.4 Mengenal pasti alatan dan kegunaannya dalam masyarakat

prasejarah.

b. Mengenalpasti masalah dan membina hipotesis

Menyenaraikan alatan dan kegunaan

alatan zaman prasejarahTAJUK KAJIAN KES:

Arahan: Persoalan lain yang boleh ditimbulkan oleh guru untuk membantu murid mengembangkan idea.

Kaedah rangsangan:Guru membawa murid ke persekitaran kawasan sekolah untuk melihat tukang kebun melakukan rutin harian mereka.Murid diminta untuk melihat alatan yang digunakan oleh tukang kebun dan dikaitkan dengan alatan zaman prasejarah serta kegunaan.(Kajian lapangan)1. Senaraikan alatan yang digunakan pada zaman prasejarah berserta gambar?2. Jelaskan kegunaan alatan yang dinyatakan di atas?3. Adakah anda bersetuju bahawa alatan zaman prasejarah menjadi idea untuk mencipta alatan moden pada masa kini ?.Nyatakan sebabnya?CONTOH PELAKSANAAN KAJIAN KESPROSES PELAKSANAAN

LANGKAH 1: PENYATAAN MASALAH

Guru mengenal pasti tajuk / tema

3.1.4 Mengenal pasti alatan dan kegunaannya dalam masyarakat prasejarah.

LANGKAH 2: OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid:

1. Mengenal pasti alatan dan menyenaraikan alatan zaman prasejarah2. Mengenalpasti kegunaannya dalam masyarakat prasejarah3. Mengaplikasi kemahiran meneroka bukti bagi menjana pemikiran kritis dan kreatif.PERANCANGAN GURU Menetapkan tempoh kajian Pembentukan kumpulan Memberi tugasan-berikan beberapa soalan berkaitan tajuk bagi mencungkil pendapat murid Menentukan kaedah kajian yang ingin dilakukan:-

Kaedah kajian lapangan/ kajian perpustakaan Kaedah temu bualMenentukan bentuk laporan-peta minda/pembentangan

LANGKAH 3: RUJUKAN SUMBER Majalah/buku Orang sumber Dokumen/Jurnal

Surat khabar

Laman sesawang

Muzium/Arkib/Agensi berkaitan

LANGKAH 4: ANALISIS DATA Banding beza hasil dapatan daripada pelbagai sumber rujukan.

LANGKAH 5: LAPORAN KAJIAN Laporan: Pembentangan/peta minda Hasil Laporan :

Mengandungi 1 helai peta minda(kad manila) Merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Perbincangan( Hasil Kajian), Kesimpulan dan Rujukan.

CONTOH PELAKSANAAN

Alatan zaman prasejarah menjadi sumber asas untuk menjana idea mencipta alatan canggih pada masa kini.Senaraikan alatan zaman prasejarah dan kegunaannya..

13