6- rosmah binti suly v ismail mohd - isu beban bukti 13

27
Rosmah binti Suly & Seorang yang lain lwn Ismail bin Mohamad & Seorang yang lain JH32 Bhg 2 [Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Y.A.A bin Lembut Pengerusi HMRyS, Y.A Dato’ Muhamad Asri bin Haji Abd Y.A Datuk Hj. Md. Yusup bin Che Teh, HMRyS) 26 Jamadilawwal 1431H Mei 2010] [Kes Mal Bil: 14000-039-0018-2008] Undang-Undang Pentadbiran Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Penafian berla wasiat – Samada pemberian simati sebagai Hibah atau Wasiat – Samada Hibah atau adakah sah di sisi Syara’ - Sama ada berlaku penerimaan (Al-Qabd ) atau tidak – Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. Undang-Undang Keterangan – Beban Pembuktian – Sama ada beban pembuktian mengikuti Hukum Syara’- Surat Kuasa Wakil – Power of Attoney Act 1949 - Pengaku tentang tulisan, tandatangan atau meterai - 55 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 - Saksi-saksi adalah saudara kandung Terdapat Tohmah dalam Penyaksian atau tidak – S.83, Akta Keterangan Mahkamah Sy (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Fakta Kes 1. Tindakan rayuan yang dibawa ini adalah terhadap keseluruhan kepu Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diberikan pad 16 Oktober 2008 yang memutuskan bahawa:- “Menolak keseluruhan tuntutan Perayu-perayu dan memerintahkan 1

Upload: sahila-ayub

Post on 22-Jul-2015

198 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Rosmah binti Suly & Seorang yang lain lwn Ismail bin Mohamad & Seorang yang lain JH32 Bhg 2 [Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Y.A.A Tan Sri Ibrahim bin Lembut Pengerusi HMRyS, Y.A Dato Muhamad Asri bin Haji Abdullah, HMRyS dan Y.A Datuk Hj. Md. Yusup bin Che Teh, HMRyS) 26 Jamadilawwal 1431H bersamaan 11 Mei 2010]

[Kes Mal Bil: 14000-039-0018-2008]

Undang-Undang Pentadbiran Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Penafian berlaku wasiat Samada pemberian simati sebagai Hibah atau Wasiat Samada Hibah atau wasiat adakah sah di sisi Syara - Sama ada berlaku penerimaan (Al-Qabd ) atau tidak S.46 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. Undang-Undang Keterangan Beban Pembuktian Sama ada beban pembuktian mengikuti Hukum Syara- Surat Kuasa Wakil Power of Attoney Act 1949 - Pengakuan tentang tulisan, tandatangan atau meterai - 55 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 - Saksi-saksi adalah saudara kandung Samada Terdapat Tohmah dalam Penyaksian atau tidak S.83, Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Fakta Kes1.Tindakan

rayuan yang dibawa ini adalah terhadap keseluruhan keputusan oleh Y.A Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diberikan pada 16 Oktober 2008 yang memutuskan bahawa:Menolak keseluruhan tuntutan Perayu-perayu dan memerintahkan tanah di bawah hak

1

milik GM No. 33, Lot 557, Kampung Padang Balang, Sentul Kuala Lumpur adalah milik Responden Kedua yang dipegang secara amanah oleh Responden Pertama 2. Fakta kes menunjukkan bahawa Perayu-perayu dan Responden 2 mempunyai hubungan sebagai adik beradik kandung seibu sebapa. Selain itu terdapat 5 orang adik beradik kandung seibu sebapa yang lain.3.Allahyarham

Suli bin Rangkota adalah bapa kandung kepada Perayu-perayu dan

Responden 2 yang telah meninggal dunia pada 27.01.1991. Allahyarham telah meninggalkan harta pusaka yang telah dipindah milik kepada waris-warisnya melalui pembahagian harta pusaka mengikut Faraid oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.4.Responden

Pertama adalah tuan punya asal hartanah No. 33 Lot 557 Kampung Padang

Balang Sentul Kuala Lumpur yang kemudiannya telah dimiliki oleh si mati. Namun proses pindah milik telah tidak dapat disempurnakan semasa hayat si mati disebabkan oleh usia Responden 2 yang masih kecil (15 tahun) dan status tanah yang belum dipecahkan hak milik. 5. Pada 09.08.2000 Responden 1 telah memeterai Surat Kuasa wakil di mana Hartanah tersebut telah diserahkan kepada Responden Kedua. Di peringkat Mahkamah Tinggi syariah, Perayu-perayu memohon supaya Hartanah tersebut di tukar hak milik oleh Responden 1 seterusnya diberi secara faraid kepada ahli-ahli waris.6.Responden

2 tidak bersetuju dengan tuntutan Perayu-perayu dan mendakwa bahawa

pemberian harta tersebut adalah berbentuk Hibah kepada dirinya oleh si mati dan bukannya harta pusaka Si mati .7.Perayu-perayu

telah mengemukakan 7 alasan rayuan yang kesemuanya menjurus bahawa

harta tersebut adalah harta pusaka yang perlu di bahagi secara faraid dan bukannya harta Hibah. Alasan-alasan Perayu adalah :-

2

i.

Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila menolak tuntutan Perayuperayu dan mengisytiharkan hartanah No. 33, Lot 557, Kampung Padang Balang, Sentul Kuala Lumpur adalah milik Responden Kedua yang dipegang secara amanah oleh Responden Pertama berdasarkan prinsip Hibah sedangkan keterangan Respondenresponden dan saksi-saksi bertentangan dengan prinsip Hibah atau pemberian waktu hidup seperti yang diplidkan oleh Responden-responden di dalam pembelaannya.

ii.

Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk Responden Kedua sedangkan keterangan saksi-saksi Responden tidak menunjukkan wujudnya penyerahan/penguasaan (al-qabd - )Hartanah tersebut daripada pemberi Hibah, Suli bin Rangkota (si mati) kepada Responden Kedua.

iii.

Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk Responden Kedua berdasarkan keterangan saksi Responden-responden sedangkan keterangan tersebut adalah bertentangan dan tidak konsisten dengan keterangan Respondenresponden

iv.

Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undangundang apabila memutuskan bahawa pemberian atau Hibah yang didakwa oleh Responden adalah sah dan Hartanah tersebut adalah milik Responden Kedua sedangkan Responden-responden yang diwakili oleh Peguam hanya memfailkan pembelaan untuk menolak tuntutan Perayu-perayu tanpa memfailkan tuntutan balas

3

berkaitan Hibah.v.

Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undangundang dan fakta apabila mensabitkan Hibah berdasarkan keterangan saksi-saksi Responden sedangkan terdapat tohmah terhadap saksi pertama Responden, SD1 (Zolkiflee bin Roslie) dan saksi ketiga, SD3 (Rusni binti Rosli) yang mengakui tidak baik langsung/tidak baik dengan Perayu-perayu manakala SD2, (Mohd Rajil bin Suli) adalah pihak yang disaman oleh Responden Kedua di Mahkamah Sivil.

vi.

Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undangundang apabila bersetuju bahawa beban pembuktian untuk membuktikan wujudnya Hibah adalah di atas Respondenresponden dan pada masa yang sama menyatakan Perayu-perayu gagal untuk membawa saksi menafikan wujudnya Hibah sedangkan Perayu yang memerlukan keterangan sebagai Plaintif perlu mendengar keterangan Responden-responden sebagai muddai sebelum membawa saksi Perayu-perayu. Memandangkan Perayu-perayu adalah plaintif, maka Perayuperayu tidak mempunyai peluang membawa saksi menafikan wujudnya Hibah setelah Responden-responden menutup kes mereka.

vii.

Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undangundang apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk Responden Kedua sedangkan surat akuan Responden Pertama yang diakui disediakan oleh peguam menyatakan bahawa si mati berwasiat untuk memberikan Hartanah tersebut kepada Responden Kedua dan keterangan lisan Responden Pertama untuk menyatakan sebaliknya adalah tidak wajar diterima oleh Mahkamah.

4

8.

Asal permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah telah dimulakan oleh Perayu bagi tujuan mendapatkan perintah :i.

Wasiat oleh Allahyarham Suli bin Rangkota kepada Responden 1, sekiranya ada adalah tidak sah di sisi undang-undang dan Hukum Syara

ii.

Responden 1 hendaklah memindah milik hartanah No. 33 Lot 557 Mukim Setapak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada waris-waris Allahyarham mengikut Faraid.

9.

Walau bagaimanapun, Y.A hakim telah memutuskan Permohonan Perayu 1 dan 2 ditolak, dan memutuskan bahawa hartanah No. 33, Lot 557 kampung Padang Balang Sentul Kuala Lumpur sebagai milik Responden 2 yang di pegang secara amanah oleh Responden 1.

Diputuskan SETELAH Kami meneliti rayuan Perayu-perayu dan alasan-alasan yang telah dikemukakan Perayu-Perayu juga hujah yang telah dibentangkan oleh Peguam Syarie Perayu-perayu dan Peguam Syarie Responden-responden serta alasan yang telah kami berikan dengan meruju kepada undang-undang dan Hukum Syara maka adalah dengan ini kami sebulat suara memutuskan bahawa :i.

Rayuan Perayu-Perayu terhadap keseluruhan keputusan Y.A Hakim Mahkamah Tinggi

Syariah W.Persekutuan Kuala Lumpur Kes Mal No. 14200-039-001-2003 yang diberikan pada 6 Oktober 2003 adalah ditolak. ii. Perintah Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah W.Persekutuan Kuala Lumpur tersebut

adalah dikekalkan. Peguam Syarie

5

Perayu Respondan

: :

Encik Ahmad Tarmizi bin Sharif dari Tetuan Tarmizi Marzuki & Sulaiman bagi Perayu Pertama dan Perayu Kedua Encik Mohd Fuad bin Hj. Jaafar dari Tetuan Mohd Fuad Jaapar & Associates

Surah Al-Quran Yang Dirujuk Surah Al-Baqarah ayat 177

Undang-Undang Yang Dirujuk 1. Sek.46. 2. 3. Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Sek 55 Power of Attorney Act 1949 (1), S.83. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Kitab-Kitab Yang Dirujuk1.

Ad-Dumyati, Abu Bakar (Al-Bakri) Bin Muhammad Syatta Ad-Dumyati. 1302H Ianah

Al-Talibin Ala Halli Alfaz Fathul Muin, Beirut, Lebanon : Dar al Kutub al ilmiyyah. juzu 3, Hlm 245,254.2.

Syarbini, al-syeikh Muhammad bin Muhammad As-Syarbini al-Syafie al-Khatiibi. Mughni Zaydan, Karim (Dr). Nizam al-Qada fi Syariat al-Islamiyyah. Muassasah Al-Risalah. Hlm Abdul Aziz Hussin. 2004. Surat Kuasa Wakil : Pengurusan Undang-undang. Kuala Mozley & Whiteleys Law Dictionary.

Al Muhtaj Ila Marifati Alfaz Al-Minhaj. Juz 3, Hlm 559. Juz 6. Hlm 421.3.

102-103, 106.4.

Lumpur - DBP . Hlm 3.5.

Penghakiman Y.A.A Tan Sri Ibrahim bin Lembut Pengerusi HMRyS

6

1.Tindakan

rayuan yang dibawa di hadapan kami ini adalah terhadap keseluruhan keputusan

oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diberikan pada 16 Oktober 2008 yang memutuskan bahawa:Menolak keseluruhan tuntutan Perayu-perayu dan memerintahkan tanah di bawah hak milik GM No. 33, Lot 557, Kampung Padang Balang, Sentul Kuala Lumpur adalah milik Responden Kedua yang dipegang secara amanah oleh Responden Pertama 2. Fakta kes menunjukkan bahawa Perayu-perayu dan Responden 2 mempunyai hubungan sebagai adik beradik kandung seibu sebapa. Selain itu terdapat 5 orang adik beradik kandung seibu sebapa yang lain. 3. Allahyarham Suli bin Rangkota adalah bapa kandung kepada Perayu-perayu dan Responden 2 yang telah meninggal dunia pada 27.01.1991. Allahyarham telah meninggalkan harta pusaka yang telah dipindah milik kepada waris-warisnya melalui pembahagian harta pusaka mengikut faraid oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.4.Responden

pertama adalah tuan punya asal hartanah No. 33 Lot 557 Kampung Padang

Balang Sentul Kuala Lumpur yang kemudiannya telah dimiliki oleh Si mati. Namun proses pindah milik telah tidak dapat disempurnakan semasa hayat Si mati disebabkan oleh usia Responden 2 yang masih kecil (15 tahun) dan status tanah yang belum dipecahkan hak milik.5.Pada

09.08.2000 Responden 1 telah memeterai Surat Kuasa wakil di mana Hartanah Perayu-perayu memohon supaya Hartanah tersebut di tukar hak milik oleh

tersebut telah diserahkan kepada Responden Kedua. Di peringkat Mahkamah Tinggi syariah, Responden 1 seterusnya diberi secara Faraid kepada ahli-ahli waris.6.Responden

2 tidak bersetuju dengan tuntutan Perayu-perayu dan mendakwa bahawa

7

pemberian harta tersebut adalah berbentuk Hibah kepada dirinya oleh si mati dan bukannya harta pusaka si mati .7.Perayu-perayu

telah mengemukakan 7 alasan rayuan yang kesemuanya menjurus bahawa

harta tersebut adalah harta pusaka yang perlu di bahagi secara faraid dan bukannya harta Hibah. Alasan-alasan Perayu adalah :i.

Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila menolak tuntutan Perayuperayu dan mengisytiharkan hartanah No. 33, Lot 557, Kampung Padang Balang, Sentul Kuala Lumpur adalah milik Responden Kedua yang dipegang secara amanah oleh Responden Pertama berdasarkan prinsip Hibah sedangkan keterangan Respondenresponden dan saksi-saksi bertentangan dengan prinsip Hibah atau pemberian waktu hidup seperti yang diplidkan oleh Responden-responden di dalam pembelaannya.

ii.

Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk Responden Kedua sedangkan keterangan saksi-saksi Responden tidak menunjukkan wujudnya penyerahan/penguasaan (al-qabd - )Hartanah tersebut daripada pemberi Hibah, Suli bin Rangkota (si mati) kepada Responden Kedua.

iii.

Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk Responden Kedua berdasarkan keterangan saksi Responden-responden sedangkan keterangan tersebut adalah bertentangan dan tidak konsisten dengan keterangan Respondenresponden.

8

iv.

Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undangundang apabila memutuskan bahawa pemberian atau Hibah yang didakwa oleh Responden adalah sah dan Hartanah tersebut adalah milik Responden Kedua sedangkan Responden-responden yang diwakili oleh Peguam hanya memfailkan pembelaan untuk menolak tuntutan Perayu-perayu tanpa memfailkan tuntutan balas berkaitan Hibah.

v.

Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undangundang dan fakta apabila mensabitkan Hibah berdasarkan keterangan saksi-saksi Responden sedangkan terdapat tohmah terhadap saksi pertama Responden, SD1 (Zolkiflee bin Roslie ) dan saksi ketiga, SD3 ( Rusni binti Rosli) yang mengakui tidak baik langsung/tidak baik dengan Perayu-perayu manakala SD2, (Mohd Rajil bin Suli) adalah pihak yang disaman oleh Responden Kedua di Mahkamah Sivil.

vi.

Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undangundang apabila bersetuju bahawa beban pembuktian untuk membuktikan wujudnya Hibah adalah di atas Respondenresponden dan pada masa yang sama menyatakan Perayu-perayu gagal untuk membawa saksi menafikan wujudnya Hibah sedangkan Perayu yang memerlukan keterangan sebagai Plaintif perlu mendengar keterangan Responden-responden sebagai muddai sebelum membawa saksi Perayu-perayu. Memandangkan Perayu-perayu adalah Plaintif, maka Perayuperayu tidak mempunyai peluang membawa saksi menafikan wujudnya Hibah setelah Responden-responden menutup kes mereka.

vii.

Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi undang-

9

undang apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk Responden Kedua sedangkan surat akuan Responden Pertama yang diakui disediakan oleh peguam menyatakan bahawa si mati berwasiat untuk memberikan Hartanah tersebut kepada Responden Kedua dan keterangan lisan Responden Pertama untuk menyatakan sebaliknya adalah tidak wajar diterima oleh Mahkamah. 8. Asal permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah telah dimulakan oleh Perayu bagi tujuan mendapatkan perintah :i.

Wasiat oleh Allahyarham Suli bin Rangkota kepada Responden 1, sekiranya ada adalah tidak sah di sisi undang-undang dan Hukum Syarak.

ii.

Responden 1 hendaklah memindah milik hartanah No. 33 Lot 557 Mukim Setapak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada waris-waris Allahyarham mengikut Faraid.

9.

Walau bagaimanapun, Y.A hakim telah memutuskan Permohonan Perayu 1 dan 2 ditolak, dan memutuskan bahawa hartanah No. 33, Lot 557 kampung Padang Balang Sentul Kuala Lumpur sebagai milik Responden 2 yang di pegang secara amanah oleh Responden 1.

10.

Keputusan oleh Y.A Hakim ini bercanggah dengan tuntutan asal Perayu-perayu iaitu mengenai penafian berlakunya wasiat. Namun di dalam Penyata Pembelaan Responden 1 dan Responden 2 kami dapati Responden-responden turut menafikan dakwaan Perayu-perayu dengan menyatakan si mati telah menyerahkan harta itu sebagai hadiah atau Hibah dan bukannya sebagai wasiat. Oleh itu, pada pendapat kami Y.A Hakim telah memberikan keputusan bersandarkan alasan pihak Respondenresponden iaitu harta tersebut telah diberi sebagai Hibah dan bukannya wasiat.

11.

Setelah kami teliti kepada alasan yang dikemukakan oleh Peguam Syarie pihak-pihak

10

juga hujah yang difailkan, kami dapati terdapat beberapa isu yang menjadi persoalan di dalam kes ini iaitu:i.

Sama ada pemberian oleh Si mati kepada Responden 2 sebagai pemberian Hibah atau

wasiat; dan jika Wasiat atau Hibah telah berlaku, apakah wasiat atau Hibah itu telah sah menurut Hukum Syara.ii.

Sama ada beban pembuktian kes oleh pihak yang mendakwa telah dipenuhi sebagaimana

kehendak Hukum Syara. ISU PERTAMA : Sama ada pemberian oleh Si mati kepada Responden 2 sebagai pemberian Hibah atau wasiat; dan jika Wasiat atau Hibah telah berlaku, apakah wasiat atau Hibah itu telah sah menurut Hukum Syara. 12. Persoalan mengenai sama ada berlakunya Hibah ini timbul akibat dari penafian Perayu-perayu mengenai dakwaan bahawa berlakunya wasiat sebaliknya Respondenresponden mengatakan telah berlaku pemberian semasa hidup ( Inter vivos gift ) atau Hibah. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pula berpendapat bahawa hartanah No. 33, Lot 557 Kampung Padang Balang sentul Kuala Lumpur adalah milik Responden 2 yang dipegang secara amanah oleh Responden 1. 13. Alasan yang diberikan oleh Y.A Hakim, istilah wasiat oleh saksi-saksi tidak menggambarkan rumah tersebut sebagai wasiat arwah dan berpendapat walaupun terminologinya yang dipakai oleh Saksi Responden 2 adalah wasiat tetapi ia bukan wasiat dalam erti kata sebenar, ia istilah yang dipakai oleh saksi Responden 2 dalam menyatakan peringatan dari bapanya sebelum bapanya meninggal dunia. Y.A Hakim turut menghuraikan bahawa pemilikan harta itu kepada Responden 2 berlaku selepas kematian arwah, namun fakta perlakuan arwah semasa hidupnya tidak menampakkan niat arwah untuk menjadikan ia wasiat. 14. Kekeliruan di dalam kes ini mungkin disebabkan wujudnya Surat Kuasa Wakil yang

11

dibuat oleh Responden 1 bertarikh 09 Ogos 2000 yang menyebut bahawa hartanah tersebut diserahkan kepada Responden 2. Proses ini berlaku selepas kematian Allahyarham Suli bin Rangkota yang meninggal dunia pada 27 Januari 1991. 15. Bagi menghurai kekeliruan ini, kami ingin membawa semua pihak melihat semula kepada perbezaan antara Hibah dan wasiat. Secara mudahnya wasiat adalah pemberian oleh Si mati kepada seseorang dan pelaksanaannya selepas berlaku kematian. Berbeza dengan Hibah yang pemberian sebelum kematian dan pemilikan juga sebelum berlaku kematian si pemberi Hibah. 16. Secara lebih terperincinya, Hibah merupakan suatu pemberian hak milik sesuatu harta kepada seseorang tanpa perlu menukar ganti dengan harta atau benda yang lain, atau dengan wang pada kadar nilaian yang tertentu yang dibuat semasa pemberi Hibah masih hidup, dan ia dilakukan secara sukarela. Firman Allah S.W.T. di dalam surah alBaqarah ayat 177 :-

Bermaksud: Bukanlah perkara kebajikan

kamu

itu

hanya

menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada

12

orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; 17. Manakala menurut istilah syara pula, Hibah bermaksud suatu akad pemberian (alatiyyah) atau pemindahan hak milik ain sesuatu harta kepada seseorang tanpa apa-apa balasan (iwad) semasa pemberi milik itu masih hidup, dan ia dilakukan secara sukarela dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul. 18. Dalam Kitab Iaanah al-Talibin, ( al-Allamah Abi Bakr Othman bin Muhammad Shatta al Dimyati al-Bakr, Ianat al Talibin, 1995, Beirut, Lebanon : Dar al Kutub al ilmiyyah, jil.3, hlm. 245) telah dijelaskan perkara berkaitan dengan Hibah :-

: Bermaksud : Hibah menurut pengertian syarak ialah memberi milik sesuatu barang kepada seseorang yang lain, yang mana barang itu adalah sah untuk dijual beli, atau diberi hutang oleh ahli yang tabarru, tanpa adanya sebarang balasan atau tukaran. 19. Manakala di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj, Juz 3,TAHUN 2000/1421H, hlm. 559 pula menyatakan bahawa :-

Bermaksud :

13

Hibah ialah suatu pemberian milik sesuatu benda tanpa ada timbal balas atau tukaran sewaktu seseorang masih hidup dan ia dilakukan secara sukarela. 20. Peruntukan mengenai Hibah dan wasiat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dinyatakan pada seksyen 46 (2)(b)(v)(vi) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) yang menyebut :Seksyen 46. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah. (2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan-(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati Islam; (vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seseorang Islam; 21. Meskipun tidak disebut perkataan Hibah di dalam peruntukan tersebut, namun perkataan alang semasa hidup sudah jelas membawa maksud Hibah. Begitu juga dengan perkataan penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang turut membawa maksud Hibah dan tidak bercanggah dengan tafsiran Hukum Syara sebagaimana yang telah kami bentangkan tadi. 22. Berdasarkan kepada tafsiran dan perbezaan di antara wasiat dan Hibah yang telah dinyatakan, Pihak-pihak telah diberi panduan sama ada pemberian yang berlaku oleh

14

Si mati ke atas hartanah No. 33 Lot 557 Kampung Padang Balang Sentul Kuala Lumpur kepada Responden kedua sama ada telah berlaku secara Hibah atau wasiat. 23. Perayu-perayu menghujahkan bahawa pemberian yang berlaku oleh Si mati adalah secara wasiat kerana tiada pemberian secara mutlak kepada Responden 2 ketika hayat Suli bin Rangkota (si mati). Bahkan, keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi Responden iaitu Saksi 1, Saksi 2, Saksi 3 dan juga Responden 1 serta Responden 2 sendiri menunjukkan bahawa pemberian secara mutlak kepada Responden Kedua (jika ada) hanya berkuat kuasa selepas si mati meninggal dunia. Ini bertentangan dengan konsep Hibah yang mengkehendaki sebarang pemberian atau pemindahan hak milik mesti dilakukan ketika hidup dan bukannya selepas mati. Jika ia dilaksanakan selepas kematian maka ia dikategorikan sebagai wasiat. 24. Responden-responden pula berpendapat telah berlaku pemberian secara mutlak semasa si mati masih hidup lagi berdasarkan kepada keterangan empat orang saksi termasuk Responden 1 yang semuanya menyokong bahawa hartanah tersebut adalah milik Responden kedua secara mutlak di atas pemberian sewaktu hidup. 25. Perbezaan pendapat di dalam kes ini disebabkan terdapatnya keterangan dan dokumen yang menyatakan bahawa Allahyarham telah mengatakan kepada Responden 1 bahawa hartanah No. 33 ( Lot 557 ) Kampung Padang Balang Sentul, Kuala Lumpur diberikan kepada Responden 2. Dokumen yang dimaksudkan adalah Surat Kuasa Wakil No. Pendaftaran 72953120000 yang dibuat oleh Responden 1 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 9 Ogos 2000 dan di sahkan lagi melalui surat dari Responden 1 kepada Peguam Perayu bertarikh 10 April 2003. 26. Dokumen-dokumen ini mengesahkan bahawa hartanah tersebut adalah milik Responden 1 yang merupakan tuan punya berdaftar 3.72/160 dari keseluruhan 45/160. Responden 1 telah memberi kebenaran kepada si mati untuk mendiami hartanah yang terdiri di atasnya sebuah rumah kedai. Hartanah tersebut diberikan keizinan untuk si

15

mati mendiaminya sebagai gantian atas hartanah kepunyaan si mati yang telah diambil oleh Responden 1 untuk dimajukan. 27. Namun demikian, dokumen Surat Akuan Responden 1 yang ditandatangani bertarikh 12 Mei 2003 menunjukkan bahawa Responden 1 sebagai pemilik telah menyerahkan hartanah tersebut kepada si mati. Hartanah tersebut diserahkan sebagai balasan kepada si mati yang menyerahkan satu tanah beliau untuk dibangunkan secara usaha sama pada sekitar tahun 1975. 28. Responden 1, di dalam Surat Akuan tersebut turut menegaskan bahawa si mati telah berwasiat kepada beliau bahawa hartanah tersebut diserahkan kepada Responden 2 yang pada ketika itu masih kecil. 29. Meskipun, Responden 1 menggunakan perkataan wasiat di surat Akuan tersebut mahupun di dalam surat kepada Peguam Syarie Perayu-perayu, perbuatan itu tidak menunjukkan berlakunya wasiat sebaliknya pemberian tersebut berlaku semasa Si mati masih hidup. Hal ini, berdasarkan qarinah yang si mati tidak meletakkan namanya terlebih dahulu sebaik sahaja penyerahan oleh Responden 1. Si mati terus bersetuju supaya hartanah tersebut hendaklah diberikan kepada Responden 2 yang gagal untuk dilaksanakan disebabkan usia Responden 2 yang masih kecil. Kaedah Fiqh ada menyebut bahawa setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya. Kaedah fiqh tersebut menyebut:

Bermaksud: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat".

16

30.

Berdasarkan kepada keadaan itu, pemberian telah berlaku semasa hidup Si mati lagi dan kenyataan ini di sokong lagi oleh Surat Kuasa Wakil ( Power of Attorney) yang dikemukakan oleh Responden 1. Pengakuan oleh Responden 1 terhadap dokumen ini semasa memberikan keterangan di Mahkamah Bicara telah mematuhi kehendak Seksyen 55 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu Pengakuan mengenai tulisan, tandatangan atau meterai. 55 (1) Pengakuan tentang tulisan, tandatangan atau meterai hendaklah diterima sebagai pengakuan orang yang menulis atau yang menyempurnakan dokumen itu.

31.

Alasan di atas telah menjawab mengenai isu yang pertama iaitu pemberian hartanah di No. 33 Lot 557 Kampung Padang Balang sentul Kuala Lumpur, yang berlaku antara Si mati kepada Responden adalah pemberian berbentuk Hibah. Seterusnya kami akan melihat pula, sama ada Hibah tersebut telah berlaku secara sah atau tidak menurut Hukum Syara.

32.

Alasan kedua perayu-perayu adalah pertikaian mengenai al-Qabd ( , ) Perayuperayu mendakwa bahawa al-Qabd atau penyerahan dan penguasaan hartanah tersebut dari Si mati (Pemberi Hibah) kepada Responden 2 tidak berlaku. Kami bersetuju dengan hujah Balas Responden yang menyatakan bahawa Responden 2 di dalam keterangannya menyatakan :Beliau bersama ayahnya (si mati) pernah pergi ke pejabat En. Ismail (Responden 1) untuk memasukkan nama Responden 2 ke dalam geran bagi menyempurnakan pemilikan akan tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana masalah teknikal seperti yang disahkan oleh Responden 1 iaitu hartanah tersebut masih lagi berstatus pertanian dan belum ditukar kepada status perumahan dan ia ditolak oleh

17

pejabat tanah. Akan tetapi nama Responden 2 ada tercatat di dalam rekod Sri Alam Sdn. Bhd. (pemaju) sebagai pemilik beneficial hartanah tersebut dan selari dengan itu satu surat Kuasa Wakil bertarikh 9 Ogos 2000 telah dibuat oleh En. Ismail bin Mohamad (Responden 1) mengesahkan pemilikan Responden 2. 31. Kami tertarik kepada Surat Kuasa Wakil tersebut, di dalam kes ini, kami akan menghuraikan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan Surat Kuasa Wakil atau Power of Attorney dan bagaimanakah kesannya. Mengikut Mozley & Whiteleys Law Dictionary mentakrifkan: Surat Kuasa Wakil adalah suatu kuasa atau autoriti yang diberi oleh seseorang kepada seseorang lain untuk bertindak bagi pihaknya semasa ketiadaannya (atau semasa ketidakhadirannya ) Misalnya untuk memindahkan tanah, menerima hutang, mendakwa dan lain-lain lagi. Pihak yang diberi kuasa untuk bertindak sedemikian dipanggil wakil pihak yang memberi kuasa atau autoriti berkenaan 32. Buku bertajuk Surat Kuasa Wakil : Pengurusan Undang-undang oleh Abdul Aziz Hussin, DBP , Kuala Lumpur 2004 muka surat 3 telah membawakan kes yang di putuskan oleh Hakim Idris Yusuf di dalam kes Wee Tiang Peck lwn Teoh Poh Tin setelah merujuk Jowitts Dictionary of English Law memberi takrif Surat Kuasa Wakil, iaitu :Suatu instrumen ( surat cara ) rasmi dengan mana seseorang memberi kuasa kepada seseorang lain mewakilinya atau bertindak bagi pihaknya untuk tujuantujuan atau maksud-maksud tertentu

18

33.

Merujuk kepada Power of Attorney Act 1949, menjelaskan bahawa Surat Kuasa Wakil sebagai satu instrument yang memberikan kuasa kepada Pemegang Amanah (attorney) untuk bertindak bagi pihak Pemberi ( Penghibah ) semasa ketidakhadiran PengHibah untuk menuntut aset Hibah daripada Institusi yang memegang aset Hibah itu. Surat Kuasa ini hendaklah didaftarkan di Mahkamah dan akan digunakan untuk menuntut aset Hibah selepas kematian penghibah.

34.

Surat Kuasa Wakil oleh Responden telah memenuhi kehendak Power Attorney Act kerana telah disempurnakan termasuklah di tandatangani Responden di hadapan Advocate & Solicitor dan tidak ada pertikaian pihak-pihak di dalam kes ini.

35.

Bukanlah tujuan kami untuk memberi penjelasan mengenai Surat Kuasa Wakil, sebaliknya kami ingin kaitkan syarat al-Qabd dengan Hibah yang telah berlaku. Jika dilihat kepada Surat Kuasa Wakil tersebut, Responden 1 telah memberi kuasa yang luas kepada Responden 2 bagi tujuan pemilikan hartanah tersebut. Terdapat 22 item yang disebut dan diberi kuasa kepada Responden 2 oleh Responden 1 terhadap hartanah tersebut termasuklah untuk disewa (to let), dijual (to sell), dibayar (to paid) dan sebagainya.

36.

Pemberian kuasa melalui Surat Kuasa Wakil ini menunjukkan bahawa Responden 1 telah mengetahui bahawa pemilikan ke atas hartanah tersebut adalah kepunyaan Responden 2. Sekatan dan kelewatan membuat Surat Kuasa Wakil tidak menjejaskan hak Responden 2 di sebabkan penama milik ke atas hartanah tersebut masih lagi atas nama Responden 1. Jika Si mati sebagai pemilik geran, nescaya pemberian yang berlaku boleh dianggap sebagai wasiat ataupun harta pusaka yang perlu dibahagi secara faraid.

37.

Usaha si mati dan Responden 2 yang berulang alik sama ada ke pejabat tanah mahupun ke pejabat Responden 1 iaitu Syarikat Sri Alam menunjukkan qarinah kesungguhan si

19

mati untuk membuat tukaran nama sebagai memenuhi tuntutan undang-undang bagi tujuan pendaftaran nama Responden 2 di Pejabat Tanah. 38. Kalau dilihat pula didalam kitab al-Fiqh al-Manhaji jilid 3 hlm 16 membahagikan qabd kepada 3 bahagian : ada

.1 : 1- Bagi barangan jenis harta boleh alih, bentuk qabad

(penerimaannya)

boleh

berlaku

dengan

cara

mengambil dengan tangan jika barangan tersebut boleh diambil dengan tangan. Contohnya seperti baju, buku atau sebagainya.

.2 2- Jika barangan tersebut tidak boleh diambil dengan tangan seperti kereta, haiwan atau sebagainya, maka qabadnya (penerimaannya) boleh dilakukan dengan cara memindahkan barangan tersebut

.3 : 3- Manakala bagi barangan yang tidak boleh alih seperti rumah dan Tanah, qabad (penerima) boleh berlaku dengan cara penjual melepaskan haknya

20

kepada pembeli atau menguasainya atau penjual mengenepikan segala halangan semasa penyerahannya atau dengan penyerahan kunci jika barangan tersebut seperti rumah atau sebagainya 39. Berpandukan kepada tafsiran yang diberikan, kami ingin menarik perhatian pihakpihak kepada pengertian Qabd menurut syara yang menetapkan bahawa harta tersebut mestilah dikuasainya dengan cara yang dibenarkan oleh Syara. Di dalam kes ini, Responden 2 telah menguasai harta yang disenaraikan sebagaimana Surat Kuasa Wakil tersebut dan berupaya untuk membuat apa sahaja ke atas hartanah tersebut tanpa ada sekatan. Rentetan itu, pendapat kami pemberian yang berlaku adalah secara Hibah dan Hibah itu telah memenuhi kehendak Hukum Syara. Di dalam Kitab Hasiyah Ianah al Tholibin, Bab Fii al-Hibah , Terbitan Dar al-Kitab al-Alamiyyah muka surat 254 menyebut :-

) )Bermaksud : engan akad sahaja belum berlaku Hibah bahkan hendaklah dengan adanya pemilikan ( Qabd ), demikian menurut pendapat al-Syafie yang baru. 40. Istilah wasiat yang digunakan oleh Responden 1 di dalam kandungan surat Responden 1 kepada Peguam Syarie Perayu-perayu bertarikh 10 April 2003, juga Surat Akuan 12 Mei 2003 tidak boleh dijadikan pegangan bahawa pemberian yang berlaku sebagai suatu wasiat. Kesilapan menggunakan istilah mungkin disebabkan kekeliruan dan pemahaman mengenai cara pemberian tersebut. Namun takrifan Syara yang telah kami bawa boleh dijadikan panduan sama ada sesuatu pemberian itu berlaku secara Hibah ataupun wasiat.

21

41.

Jika diteliti kepada Surat Akuan Responden 1 bertarikh 12 Mei 2003 ada menunjukkan kekeliruan pemahaman antara Hibah dan wasiat. Petikan akuan di perenggan 2, baris 3 yang terakhir ada menyebut :Allahyarham telah berwasiat kepada saya bahawa hartanah tersebut beliau serahkan kepada Rosilawati binti Suli yang pada ketika itu masih kecil

42.

Istilah wasiat di dalam akuan berkenaan adalah tidak bersesuaian kerana perkataan serahkan kepada Rosilawati binti Suli yang pada ketika itu masih kecil menunjukkan perbuatan Hibah kerana penyerahan yang berlaku semasa hidup dan bukannya wasiat.

ISU KEDUA : Sama ada beban pembuktian kes oleh pihak yang mendakwa telah dipenuhi sebagaimana kehendak Hukum Syara. 43. Isu beban pembuktian kami kupas berdasarkan kepada alasan Perayu-perayu iaitu pada alasan yang pertama, kedua, ketiga,kelima dan keenam. Kehendak konsep al-Bayyinah menurut Islam ini adalah sesuatu yang perlu diikuti supaya keadilan dan kesaksamaan diperolehi oleh pihak-pihak yang bertikai di Mahkamah Syariah. 44. Asas yang perlu dilihat ialah siapakah yang memikul beban pembuktian dan siapakah pula yang boleh memberikan keterangan dan seterusnya diterima untuk pertimbangan hakim. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam hal ini menulis dalam kitabnya Nizam alQadha di hlm. 106. Beliau mengatakan bahawa mengetahui dan membezakan antara al-muddaie dan al-muddaa alaih adalah suatu pengetahuan yang wajib dikuasai oleh seseorang hakim dan pihak-pihak yang bertikai supaya ia boleh menentukan siapa al-muddaie yang ditanggung atasnya dengan keterangan dan siapa al-muddaia alaih yang ditanggung ke atasnya dengan yamin apabila ia menafikan dakwaan pihak muddaie sebagaimana yang dikehendaki Hadis Nabi berkenaan. Betapa pentingnya pengetahuan berkenaan dengan perkara ini diungkapkan oleh beliau dengan kata-kata seperti berikut:

22

Bermaksud: cara yang boleh menentukan siapa al-muddaie dan siapa pula al-mudda alaih adalah dengan mengetahui perbezaan antara keduanya. Jangan lupa bahawa kadangkadang perbezaan antara keduanya tidak begitu jelas dan tidak ketara kerana bukanlah semua orang yang menuntut (Plaintif) adalah muddaie dan bukan semua orang yang kena tuntut itu (Defendan) adalah al-muddaa alaih. Kerana itu Para Fuqaha telah memasukkan dalam takrif mereka beberapa ciri yang dapat membezakan antara keduanya. Beliau di dalam m.s. 102-103 telah memperturunkan beberapa takrif yang diberikan oleh fuqaha, antaranya; - - Bermaksud: (1) muddaie ialah seseorang yang mendakwa sesuatu perkara yang tersembunyi, almuddaa alaiah pula adalah orang yang mendakwa sesuatu yang zahir lagi jelas ( 2 ) al-muddaie ialah orang yang kata-katanya menyalahi

23

asal atau 24dapat kebiasaan (urf) manakala al-muddaa alaih pula orang yang kata-katanya menepati asal atau urf. Takrif ini adalah selari takrif yang diberikan di dalam Kitab Mughni Muhtaj, Jilid 6, hlm 421 menyebutkan: Ertinya: mengikut pendapat yang terkuat (yang distilahkan sebagai azhar) almuddaie ialah orang yang kata-katanya menyalahi zahir katanya menepati zahir sesuatu perkara sesuatu perkara, manakala orang yang didakwa (al-muddaa alaih) ialah orang yang kata-

45. Di dalam kes ini, kami bersetuju dengan penghakiman Y.A Hakim yang menyebut : Oleh sebab pihak Plaintif ( Perayu ) mendakwa sesuatu yang muafiq ( selari ) dengan sesuatu yang asal iaitu tidak wujudnya, manakala defendan ( Responden 2 ) yang menyatakan wujudnya Hibah, maka beban untuk membuktikan wujudnya Hibah seperti yang didakwa adalah ditanggung oleh pihak yang mendakwa iaitu pihak defendan ( Responden 2 ) 46. Sehubungan itu, beban pembuktian adalah terletak di atas bahu Responden. Semua pihak tidak mempertikaikan mengenai hak milik harta tersebut kecuali secara undangundang. Ini disebabkan pemilik sebenar iaitu Responden 1, Perayu-perayu, Responden 2 mahupun saksi-saksi mengakui bahawa hartanah tersebut milik Si mati Allahyarham Suli bin Rangkota. Pertikaian yang timbul hanya mengenai cara pemberian dari Si mati kepada Responden. Isu ini telah kami jawab sebentar tadi dan tumpuan kami sekarang sama ada pihak yang mendakwa ( Responden 2 ) telah berjaya membuktikan kes dan dakwaannya.

24

47. Di Peringkat Mahkamah Tinggi Syariah, Responden 2 telah mengemukakan 4 orang saksi termasuklah responden 1 sendiri. Setelah kami meneliti kepada nota keterangan dan rekod rayuan, kami dapati kesemua saksi sepakat mengatakan bahawa hartanah tersebut adalah hak milik Responden 2 yang diberikan oleh Si mati semasa hayatnya. Saksi 1,2 dan 3 adalah merupakan adik-beradik dengan Responden 2. 48. Alasan perayu-perayu bahawa wujudnya tohmah untuk saksi 1,2 dan 3 berdasarkan kepada hubungan baik sebagai adik-beradik dan mengaku tidak baik langsung dengan Perayu-perayu, kami perlu melihat kepada peruntukan undang-undang mengenai tatacara keterangan di Mahkamah Syariah. 49. Seksyen 83 Akta Keterangan Mahkamah Syariah ( Wilayah-Wilayah Persekutuan ) ada menjelaskan mengenai siapa yang boleh memberikan keterangan sebagai saksi. sek. 83 (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah kompeten untuk memberikan syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah 'aqil, baligh, 'adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka. Huraian-Seseorang Islam adalah disifatkan 'adil jika dia menunaikan obligasi agamanya, melaksanakan kewajipan agama yang ditetapkan, menahan diri daripada melakukan dosa besar dan tidak terus menerus melakukan dosa kecil. (2) Seseorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk memberikan bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut Hukum Syarak. Huraian-Bayyinah seorang pakar bukan Islam terhadap seorang Islam boleh diterima, jika dikehendaki. (3) Seseorang yang tidak 'adil adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten memberikan syahadah.

25

(4) Seseorang yang belum baligh atau seseorang yang tak sempurna akal adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah. Huraian-Bayyinah seorang orang belum dewasa dalam kes kecederaan yang dilakukan oleh beberapa orang belum dewasa ke atas yang lain boleh diterima dengan syarat bahawa antara mereka tiada perselisihan faham dan mereka berada di tempat kejadian itu. (5) Seseorang yang mempunyai ingatan yang lemah atau yang pelupa atau mengidap hilang ingatan adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah. (6) Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan baiknya dengan dan mempunyai kepentingan dalam pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah. (7) Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan buruknya dengan pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah. 50. Peruntukan di atas memperlihatkan bahawa seseorang saksi itu masih boleh memberikan keterangan jika terdapat tohmah namun keterangannya secara bayyinah dan bukannya syahadah. Kami bersetuju dengan alasan Y.A Hakim bahawa memandangkan ketigatiga mereka menafikan hak ke atas hartanah berkenaan, maka mereka tidak mempunyai tohmah dan boleh menjadi saksi. 51. Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi dan dokumen yang difailkan maka kami berpuashati bahawa telah berlaku Hibah dari Si mati kepada Responden 2 berasaskan kepada Rukun-rukun Hibah sebagaimana yang ditetapkan oleh Hukum Syarak iaitu :-

26

i. ii.

al-Aqidan iaitu al-Wahib ( pemberi Hibah ) dan al-Mawhub lahu ( penerima Hibah ) al-Hibah/al-Mauhub ( perkara atau barang yang Sighah iaitu ijab dan Qabul ( beri dan terima ) al-Qabd ( serahterima ) 37. Berdasarkan alasan-alasan yang telah kami berikan maka kami putuskan kes ini seperti berikut :KEPUTUSAN SETELAH Kami meneliti Rayuan Perayu-perayu dan alasan-alasan yang telah dikemukakan Perayu-Perayu juga Hujah yang telah dibentangkan oleh Peguam Syarie Perayu-Perayu dan Peguam Syarie Responden-responden serta alasan yang telah kami berikan dengan meruju kepada undang-undang dan Hukum Syara maka adalah dengan ini kami sebulat suara memutuskan bahawa :diHibahkan )

iii. iv.

i.

Rayuan Perayu-Perayu terhadap keseluruhan keputusan Y.A Hakim Mahkamah Tinggi

Syariah W.Persekutuan Kuala Lumpur kes Mal No. 14200-039-001-2003 yang diberikan pada 6 Oktober 2003 adalah ditolak. ii. Perintah Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah W.Persekutuan Kuala Lumpur tersebut adalah dikekalkan. Penghakiman kes ini telah dibaca dan dipersetujui oleh Y.A Dato Muhamad Asri bin Haji Abdullah, HMRyS dan Y.A Datuk Yusop bin Che Teh, HMRyS.

27