6 misi visi sekolah

4
MOTTO SEKOLAH USAHA TANGGA JAYA

Upload: fauzan-farid

Post on 24-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

misi

TRANSCRIPT

Page 1: 6 Misi Visi Sekolah

MOTTO SEKOLAHUSAHA TANGGA JAYA

Page 2: 6 Misi Visi Sekolah

FALSAFAH SEKOLAHKearah melahir dan merealisasikan anak didik yang cintakan ilmu, berketrampilan, tekun, amanah dan berakhlak mulia, patuh kepada Tuhan dan menghormati kedua ibu bapa serta membina insan yang cintakan kebenaran, tinggi semangat juang, berkeyakinan dan berani mengamalkan ilmu dan berketrampilan untuk kebaikan dan kesejahteraan diri sendiri dan alam sejagat.

MATLAMAT SEKOLAHMemastikan sistem pendidikan dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah semua murid SKTAM harus memiliki ketahanan dan jati diri yang utuh dalam menghadapi cabaran globalisasi.

OBJEKTIF SEKOLAHSekolah SKTAM akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai objektif sekolah seperti berikut:

Menyediakan peluang pendidikan asas yang berkualiti bagi menghasilkan individu yang berketrampilan, bertanggung jawab dan berhemah tinggi.

Melaksanakan program pendidikan yang berwibawa, bersistem, berkesan dan terkini bagi menghasilkan insan yang bersikap proaktif, kreatif, inovatif dan produktif.

Mengamalkan perkhidmatan pendidikan yang professional, adil dan saksama bagi melahirkan insan yang berilmu, penyayang dan setia kepada negara.

Menyediakan suasana sekolah yang indah, bersih dan ceria bagi menghasilkan insan yang mempunyai keyakinan diri, berdisiplin dan mengamalkan budaya sedia berkhidmat.

Page 3: 6 Misi Visi Sekolah

VISI SEKOLAH"PENDIDIKAN BERKUALITIINSAN TERDIDIKNEGARA SEJAHTERA"MISI SEKOLAHMELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

BUDAYA KERJA SEKOLAH Memahami dan menghayati Matlamat Sekolah, Objektif Sekolah dan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, JPNPs dan KPM setiap masa.

Mementingkan kualiti dan kesan pendidikan. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil. Mengamalkan kerja secara berpasukan. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah. Mengamalkan perkhidmatan penyayang. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. Kerja adalah ibadah.

Page 4: 6 Misi Visi Sekolah

PIAGAM PELANGGAN Kami berjanji akan melayan semua tetamu sekolah dengan mesra dan sentiasa

membantu menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran murid sekolah ini.

Kami akan berkhidmat seoptimum mungkin bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti murid-murid, cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Kami akan menjaga keselamatan murid-murid semasa di sekolah dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempastikan mereka dalam keadaan terkawal.

Berjanji menyempurnakan dan menjawab surat-surat penting dengan segera sebelum tempoh.

Kami akan sentiasa menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan agensi-agensi setempat bagi meningkatkan kerjasama untuk kebaikan murid-murid.