5.pernyataan sebelum praktikum

5
NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012 PRAKTIKUM FASA 3 (FEBRUARI-APRIL 2014) IPG KAMPUS PERLIS Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis Jalan Kuala Perlis 02000, Kuala Perlis Perlis, Malaysia PENYATAAN PRAKTIKUM (SEBELUM) Sebagai seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), saya akan menjalani latihan praktikum selama sebulan bagi semester tujuh ini bermula 2 Februari hingga 1 Mei 2015. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis. Sebelum menjejakkan kaki ke sekolah, saya meletakkan satu garis pencapaian untuk diri saya sendiri dan juga untuk murid-murid yang akan saya hadapi kelak. Bagi diri saya sendiri, saya meletakkan beberapa sasaran. Antaranya ialah : 1. Sasaran : Menyesuaikan diri secepat mungkin dengan persekitaran dan keadaan sekolah. - Tempoh : 2 minggu - Cara Pelaksanaan : - 1

Upload: jillian-weber

Post on 15-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pernyataan Sebelum Praktikum

TRANSCRIPT

NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANIDPISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012PRAKTIKUM FASA 3 (FEBRUARI-APRIL 2014)IPG KAMPUS PERLIS

Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis Jalan Kuala Perlis 02000, Kuala Perlis Perlis, Malaysia

PENYATAAN PRAKTIKUM (SEBELUM) Sebagai seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), saya akan menjalani latihan praktikum selama sebulan bagi semester tujuh ini bermula 2 Februari hingga 1 Mei 2015. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis. Sebelum menjejakkan kaki ke sekolah, saya meletakkan satu garis pencapaian untuk diri saya sendiri dan juga untuk murid-murid yang akan saya hadapi kelak.Bagi diri saya sendiri, saya meletakkan beberapa sasaran. Antaranya ialah :1. Sasaran : Menyesuaikan diri secepat mungkin dengan persekitaran dan keadaan sekolah. Tempoh: 2 minggu Cara Pelaksanaan: -a) Membuat pemerhatian terhadap infrastruktur, budaya dan iklim sekolah.b) Memperkenalkan diri dan bertegur sapa dengan semua guru dan staf sekolah.c) Mendapatkan maklumat berkaitan sekolah daripada warga sekolah.

2. Menambah baik aspek kawalan kelas berbanding praktikum Fasa 1 dan 2. Tempoh: 12 minggu (sepanjang praktikukm) Cara Pelaksanaan: -a) Penggunaan Kotak Ajaib yang mengandungi nama murid bagi mengelakkan murid-murid berebut semasa ingin menjawab soalan atau melaksanakan aktiviti.b) Penerapan inovasi Konsep Negara bagi menggalakkan setiap kumpulan bersaing secara positif dan saling menjaga tingkah laku antara ahli kumpulan.c) Menyediakan profil bergambar setiap murid bagi memudahkan guru mengenali dan memanggil nama murid. Ini menjadikan murid-murid lebih peka dan berwaspada kerana guru mengingati diri mereka.

3. Mengaplikasikan teori pedadogi sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam kelas. Tempoh: 8 minggu (sepanjang praktikum) Cara pelaksanaan : -a) Membimbing murid membina sendiri pengetahuan melalui penerapan kemahiran berfikir dan pengajaran berfokuskan murid (Teori Kognitif Jean Piaget).b) Memberi murid kasih sayang, penghargaan dan motivasi (Teori Keperluan Maslow).c) Memberi ganjaran sebagai peneguhan atas perbuatan baik serta hukuman bagi kesalahan yang dilakukan murid (Teori Pengajaran Tingkah Laku Skinner).d) Menggunakan pelbagai teknik pengajaran bahasa seperti perbincangan, permainan bahasa, teknik soal jawab, kuiz, simulasi dan main peranan.

4. Sasaran : Menonjolkan imej positif diri selaku guru yang berwibawa. Tempoh: 12 minggu (sepanjang praktikum) Cara pelaksanaan : -e) Menjaga disiplin diri dari segi segenap aspek merangkumi ketepatan masa, penampilan dan mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan. f) Sentiasa bersedia memberikan kerjasama dan bantuan kepada warga sekolah yang memerlukan pertolongan.g) Membuktikan kesungguhan dalam pengajaran dengan cara membuat perancangan rapi dari segi objektif, isi pelajaran, aktiviti, bahan bantu mengajar dan lain-lain bagi setiap sesi p&p yang dijalankan.

5. Sasaran : Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap, menyeluruh dan mengikut format yang betul. Tempoh: 12 minggu (sepanjang praktikum) Cara pelaksanaan : -a) Berkolaboratif dengan guru dan pensyarah pembimbing.b) Merujuk buku-buku, laman-laman sesawang, senior-senior dan rakan-rakan.

Saya berharap, melalui pernyataan praktikum ini, saya dapat memberi ganjaran lebih jelas kepada diri sendiri terutamanya tentang sasaran pencapaian yang ingin saya perolehi sepanjang praktikum ini. Malah setiap sasaran telah saya tetapkan cara pelaksanaannya agar saya lebih fokus bertindak untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Secara keseluruhan, saya positif dapat mencapai semua sasaran ini kerana saya percaya bahawa saya dapat memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang praktikum ini.

3