571-1106-1-sm.docx

101
i PENGGUNAAN KAEDAH PROJEK BUKU SKRAP 3D MEMBANTU MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 BAGI TOPIK TABIAT MAKAN HAIWAN MOHD FARAHAN ABDUL RAHMAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Sains Pendidikan Rendah) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU

Upload: panji-hitam

Post on 02-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN KAEDAH PROJEK BUKU SKRAP 3D MEMBANTU MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 BAGI TOPIK TABIAT MAKAN HAIWAN

MOHD FARAHAN ABDUL RAHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian(Sains Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU

OKTOBER 2014

i

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian(Sains Sekolah Rendah)

Tandatangan : Nama Penyelia : Tarikh :

ii

PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : Nama Penulis : Tarikh :

iii

DEDIKASI

Syukur kehadrat Ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini dan berjaya mengharungi liku-liku kehidupan di siniKutitipkan dedikasi teristimewa

Buat

Ayah dan Emak

En. Abdul Rahman bin Abdullah dan Pn. Fetimah binti Mohd

Demi sedikit sinar harapan

Melihat kejayaanku dunia dan akhirat

Terima kasih atas segala dorongan dan doa restu yang diberikan

Pensyarah-pensyarah

Terutama En. Pajuzi bin Awang

Buat

Rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu

Terima kasih atas segalanya

Semoga kejayan menjadi milik kita

PENGHARGAAN

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang. Bersyukur ke hadrat Illahi yang telah mengurniakan petunjuk dan kesabaran kepada hambaNya sepanjang kajian tindakan ini ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia projek, Encik Pajuzi bin Awang yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga saya berjaya menyiapkan laporan kajian tindakan ini. Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada semua pensyarah di Jabatan Sains, rakan-rakan sepejuangan yang sentiasa memberikan sokongan dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong yang sentiasa memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan kajian tindakan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga yang sentiasa di sisi memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang kajian tindakan ini serta tidak jemu-jemu mendoakan kejayaan saya.

Akhir kata, semoga kajian tindakan ini memberikan manfaat buat semua dan dapat dijadikan rujukan dalam usaha mempertingkatkan taraf mutu pendidikan.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid bagi topik tabiat makan haiwan melalui kaedah projek buku skrap 3D. Berdasarkan tinjauan awal yang telah dilaksanakan, didapati murid tidak dapat membezakan apakah haiwan karnivor, herbivor dan omnivor. Kajian ini dijalankan dengan melibatkan 5 orang murid tahun3 Bestari di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong sebagai peserta kajian. Peserta kajian telah dipilih berdasarkan prestasi di dalam ujian pra dan juga lembaran kerja yang telah dilaksanakan. Bilangan peserta kajian lelaki adalah seramai tiga orang manakala peserta kajian perempuan adalah seramai dua orang. Terdapat tiga alat kajian yang telah digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan kajian ini iaitu ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan juga pemerhatian berstruktur. Dapatan kajian telah menunjukkan peningkatan markah bagi alat kajian ujian pra dan pasca dan juga analisis dokumen. Manakala hasil pemerhatian pula menunjukkan perubahan positif setelah kajian dijalankan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan kefahaman peserta kajian bagi topik tabiat makan haiwan melalui kaedah projek buku skrap 3D.

Kata kunci: Kaedah pembelajaran berasaskan projek, buku skrap, 3D, tabiat makan haiwan

ABSTRACT

This study was conducted to improve pupils understanding in topic Animals Diet by using 3D scrap book project. Based on early evaluation, the pupils do not know the meaning of carnivor, herbivor and omnivor. Beside that they cant categorize animals based on their diet correctly. The respondents for this study were 5 pupils from class Year 3 Bestari in Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Terengganu. They were choosen based on their result in test dan worksheet. The respondents were consist of three males and 2 females. The instruments used were pre test and post test, documents analysis and observation checklists. The analysis from the instruments show improvement in the score of the respondents in post test dan worksheets. The respondents also show some positive changes. As a result, the analysis of data proved that there were improvements in respondents understanding in topic Animals Diet by using 3D scrap books project.

Key Word: Project based method, scrap book, 3D, animals diet

vii

KANDUNGAN

Muka Surat PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ABSTRAK vi ABSTRACT vii KANDUNGAN viii SENARAI JADUAL x SENARAI RAJAH xi SENARAI LAMPIRAN xii1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 2

1.2 Soroton Literatur 4

2.0 FOKUS KAJIAN 7

2.1 Tinjauan Masalah 9

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 15

3.1 Objektif Umum 15

3.2 Objektif Khusus 15

3.3 Persoalan Kajian 15

3.4 Kepentingan Kajian 16

3.5 Definisi Operasional 18

viii3.5.1 Projek 18

3.6 Batasan Kajian 20_Toc400023140

4.0 KUMPULAN SASARAN 21

5.0 TINDAKAN 22

5.1 Prosedur Tindakan 22

5.2 Prosedur Mengumpul Data 24

6.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI 27

6.1 Penilaian 27

6.2 Pemerhatian 28

6.3 Analisis dokumen 34

7.0 DAPATAN KAJIAN 37

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 41

SENARAI RUJUKAN 44

LAMPIRAN 45

xi

SENARAI JADUAL

Jadual Perkara Muka Surat

1 Jadual Prestasi Murid 9

2 Jadual Markah Ujian Pasca 10

3 Analisis Pemerhatian Responden R1 29

4 Analisis Pemerhatian Responden R2 29

5 Analisis Pemerhatian Responden R3 30

6 Analisis Pemerhatian Responden R4 31

7 Analisis Pemerhatian Responden R5 32

8 Analisis Pemerhatian Keseluruhan 33

9 Analisis Senarai Semak Sebelum Intervensi 35

10 Analisis Senarai Semak Lembaran Kerja Selepas Intervensi 35

SENARAI RAJAH

RajahPerkaraMuka Surat

1Carta Tingkah Laku Murid13

2Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewis17

3Graf Peratusan Markah Responden27

4Graf Analisis Pemerhatian33

5Graf Peratusan Jawapan Betul Lembaran Kerja36

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Perkara Muka Surat

AUjian Pra45

BUjian Pasca50

CSenarai Semak Pemerhatian55

DLembaran Kerja56

xii1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak diasekolah. Pengkaji mula mengenal pasti masalah yang timbul ketika menjalankan sesi praktikum fasa 3 di salah sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu. Salah satu masalah yang telah dikenalpasti ialah murid gagal menguasai salah satu topik di dalam subjek Dunia Sains Teknologi iaitu topik tabiat makan haiwan. Tahap kefahaman mereka juga begitu rendah bagi topik tersebut. Lantaran itu, pendidikan kepada kanak-kanak haruslah dititik beratkan agar mereka dapat menguasai segala kemahiran dan pengetahuan yang sepatutnya dipelajari.Kemahiran mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan yang perlu dikuasai oleh murid boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa jenis pendekatan salah satunya belajar melalui penghasilan projek buku skrap. Mereka belajar dan meneroka melalui projek penghasilan buku skrap yang bersifat berpusatkan murid. Aktiviti yang berpusatkan murid makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya dan mendapat keseronokan.Pelbagai kaedah telah digunakan oleh guru-guru untuk memastikan murid- muridnya sentiasa berminat dalam bilik darjah dan juga menguasai pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya disampaikan oleh guru. Inilah cabaran yang dihadapai oleh pengkaji semasa pengkaji berpraktikum. Jelaslah bahawa pengkaji menghadapi masalah dalam menghasilkan satu pendekatan pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran Sains. Pengkaji amat berminat untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran serta memperbaharui alat bantu mengajar yang sedia ada iaitu membaharui projek penghasilan buku skrap dengan projek penghasilan buku skrap 3D. Pengkaji berpendapat bahawa unsur 3D mampu meningkatkan kefahaman murid terhadap topik yang hendak diajar. Ini adalah penting kerana aktiviti pengajaran dan

1pembelajaran melalui projek penghasilan buku skrap 3D ini pastinya dapat menarik minat murid, merangsangkan minda murid-murid dan dapat mengurangkan kebosanan murid-murid semasa belajar ( Jamalludin, 2008 ).

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Masalah utama yang telah pengkaji hadapi sepanjang tempoh praktikum pengkaji dalah para murid tidak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancangkan. Semasa sesi perbincangan diadakan, mereka tidak berani memberi idea atau pandangan sendiri. Pengkaji berpendapat, mereka masih bersifat pasif dan malu untuk menjawab soalan semasa pengajaran. Selain daripada itu, pengkaji mendapati bahawa murid mula hilang minat dan semangat untuk belajar sekiranya pengkaji menyampaikan isi muridan secara lisan untuk satu tempoh yang lama. Sebagai contohnya, untuk topik tabiat makan haiwan dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi tahun 3, sekiranya guru hanya menjelaskan tabiat makan haiwan binatang secara lisan, maka para murid akan cepat hilang minat terhadap topik yang hendak diajar. Melalui pengalaman daripada fasa praktikum yang lepas dan juga praktikum yang terkini, para murid akan berasa bersemangat dan berminat sekira pengkaji menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan topik yang hendak diajar. Pengkaji pernah mendengar komen daripada seorang murid semasa pengkaji menunjukkan bahan-bahan visual, murid tersebut berkata: Yang ini baru best, tadi boring sangat.Pengalaman berpraktikum yang ke 3 di sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu telah menemukan pengkaji dengan beberapa masalah dalam kalangan murid-murid dalam menguasai topik-topik bagi subjek Dunia Sains Teknologi. Hal ini pengkaji temui ketika pengkaji sedang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk

2subjek Dunia Sains Teknologi bagi tahun tiga. Ini berlaku apabila ada di antara kanak-kanak yang tidak dapat mengenal serta tidak mengetahui makna bagi tiga jenis tabiat makan haiwan. Lanjutan daripada aktiviti tersebut guru juga turut melakukan aktiviti tabiat makan haiwan di mana guru menampal kad perkataan bagi tabiat makan haiwan iaitu herbivor, karnivor dan juga omnivor dan juga gambar beberapa haiwan di papan hitam dan meminta kanak-kanak memadankan kad tabiat makan haiwan dengan gambar haiwan yang betul. Perkembangan kepada aktiviti ini dilihat ada di antara mereka yang tidak dapat menentukan haiwan manakah yang sesuai dipadankan dengan kad tabiat makan haiwan. Contohnya, gambar haiwan yang ditampal ialah gambar harimau namun murid telah memadankan gambar harimau tersebut dengan perkataan omnivor. Pemerhatian seterusnya dilihat pada murid yang seterusnya. Murid tersebut tersebut menunjukkan reaksi yang sama seperti rakannya tadi. Gambar gajah telah dipadankan denga perkataan karnivor.Seterusnya bagi fasa kedua dibuat dengan menjalankan aktiviti yang berbeza iaitu menjalankan aktiviti permainan bola beracun tabiat makan haiwan. Permainan bola beracun tabiat makan haiwan merupakan satu aktiviti dimana apabila muzik bermula murid perlu menyerahkan bola kepada rakan di sebelah kiri. Apabila muzik dihentikan orang yang terakhir memegang bola perlu mencabut satu kertas di dalam kotak yang telah disediakan. Setiap kertas di dalam kotak tersebut mempunyai satu nama haiwan dan tugas murid ialah mengelaskan haiwan tersebut berdasarkan tabiat makan haiwan tersebut. Beberapa orang murid yang sama didapati menunjukkan perkembangan yang kurang memberansangkan.Masalah dalam menguasai topik ini berlaku kemungkinan disebabkan oleh gangguan rakan sekelas ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Gangguan dari rakan sekelas kerap berlaku apabila kanak-kanak yang ingin menjawab soalan

3terpengaruh dengan jawapan rakan lain sedangkan jawapan yang mereka berikan pada awalnya adalah betul. Disini akan timbul kekeliruan dalam diri kanak-kanak untuk menguasai topik tabiat makan haiwan dengan betul.Selain itu persekitaran yang kurang kondusif menyumbang kepada faktor penguasaan kanak-kanak. Keadaan kelas yang tidak dapat dikawal baik oleh guru juga menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak terganggu. Ini disebabkan pendekatan yang digunakan oleh guru ketika sesi pengajaran terlalu beraras tinggi bagi sesetengah murid yang masih tidak memahami apa itu herbivor, karnivor dan juga omnivor.Berdasarkan maklumat di atas, pengkaji perlu mengambil langkah dengan menerokai kaedah baru yang mampu memfokuskan kepada kemahiran mengenalpasti tabiat makan haiwan. Kaedah pengajaran yang seterusnya juga perlulah lebih kreatif kerana penumpuan kanak-kanak juga lebih baik jika dibandingkan dengan pengajaran secara chalk and talk sahaja..

1.2 Soroton Literatur

Brunner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses dimana murid membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Murid memilih dan menginterprestasi maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan pembentukan pengalaman yang membolehkan individu melangkau maklumat yang diberikan Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan. Salah satu contoh pembelajaran penemuan ialah pembelajaran berasaskan projek.

4Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Mereka membetuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek , idea dan perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan mengintepretasikan apa yang mereka lihat secocok dengan peraturan yang telah mereka bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat meerangkan maklumat yang baru ini dengan lebih baik.Menurut Zahari (1992), jika guru dapat menimbulkan minat murid-murid yang diajar serta menimbulkan minat murid untuk membuat latihan, maka latihan yang disediakan akan menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian. Murid- murid lebih berminat dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan mempelbagaikan strategi pengajaran yang digunakan dibilik darjah.(S.Sukumaran,1991; Burden dan Byrd, 1994)

Fryland (1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang timbul dalam setiap diri murid akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang dicita- citakan. Ini bermakna proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya murid berminat dengan subjek dan kaedah yang dijalankan.Menurut Crow dan Crow (1983) minat merupakan daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Ia boleh merupakan pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan itu sendiri. Oleh itu minat berkait rapat dengan desakan, motif, gerak balas emosi dari aspek disiplin kerja dan hasil pengalaman dalam alam sekitar. Menurutnya lagi

10sekiranya seseorang itu berminat walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana, individu tersebut kan menghsilkan produk yang lebih baik berbanding dengan orang yang tidak mempunyai minat. Tujuan projek penghasilan buku skrap interaktif ialah untuk menarik minat murid seterusnya meningkat kefahaman murid terhadap topik yang hendak diajar (Rios 2005).Pembelajaran Berasaskan Projek merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru dan murid dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.Kaedah projek yang diasaskan oleh John Dewey (1997), menggalakkan murid memperoleh sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Murid merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada murid menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesanProjek menghasilkan buku skrap akan meningkatkan prestasi pemahaman murid- murid berkaitan idea, konsep, teori dan prinsip sains. Prestasi murid-murid ditunjukkan melalui huraian yang jelas dan penyediaan butir-butir serta hujah yang tepat dalam buku skrap. (Newmann & Wehlage 1995). Pembelajaran berasaskan projek adalah suatu pendekatan yang komprehensif dengan melibatkan murid-murid dalam penyiasatan yang berterusan dan berkerjasama (Bransford & Stein, 1993)dalam erti kata lain pembelajaran projek berasaskan projek merupakan satu aktiviti yang berpusatkan murid.Trigwell dan Prosser (1996) menyatakan guru perlu menyedari bahawa guru tidak dapat memindahkan sesuatu pandangan atau konsep baru tentang dunia kepada pelajar. Kaedah berpusatkan murid adalah satu keperluan. Pengkaji-pengkaji seperti Balakrishnan et al. (2009) berpendapat bahawa Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) sesuai digunakan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. PBP dianggap sebagai satu amalan terbaik dalam bidang P dan P dalam misi membestarikan sekolah-sekolah di Malaysia di samping beberapa amalan lain seperti pembelajaran abad ke-21, pembelajaran ubiquitous dan penggunaan portal pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010)

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian pengkaji ialah meningkatkan kefahaman murid mengenai tajuk tabiat makan haiwan melalui projek penghasilan buku skrap. Pengkaji berpendapat bahawa projek penghasilan buku skrap 3D dapat dilaksanakan di dalam kelas dan seterusnya mampu meningkatkan kefahaman murid terhadap topik yang hendak diajar. Dari segi pemerolehan data, pengkaji boleh melakukan soal selidik dan juga pemerhatian ke atas murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kajian ini juga mudah dilaksanakan kerana subjek kajian ialah murid yang diajar oleh pengkaji sendiri serta tidak akan mencetuskan gangguan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru lain.Kajian yang dilaksanakan ini memberi kelebihan kepada banyak pihak antaranya ialah institusi sekolah. Kajian ini memberikan peluang kepada pengkaji khasnya untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap topik yang hendak diajarmelalui penghasilan projek Sains yang menarik. Selain itu, subjek kajian dapat mempelajari tajuk tabiat makan haiwan melalui aktiviti yang lebih menyeronokkan berbanding melalui kaedah tradisional. Proses pembelajaran yang menyeronokkan dapat meningkatkan motivasi subjek kajian untuk mempelajari subjek Sains. Selain itu, persepi sesetengah subjek kajian yang beranggapan bahawa subjek Sains merupakan subjek yang susah juga akan dapat diatasi. Penyelesaian kepada masalah juga membolehkan pengkaji meneruskan pengajaran seterusnya yang berkaitan dengan tabiat makan haiwan..Hasil kajian dapat membantu guru-guru menggunakan kaedah penghasilan buku skrap 3D kerana buku skrap 3D ini boleh digunakan pakai pada mana-mana subjek yang bersesuaian. Jadi, konsep buku skrap 3D ini boleh digunakan oleh semua guru tanpa mengira subjek mahupun jantina selagi bersesuaian.Kajian ini berada dalam kawalan pengkaji. Permasalahan yang menjadi yang pencetusnya projek penghasilan buku skrap 3D ini wujud di dalam kelas pengkaji. Ini bermakna pengkaji mempunyai masa yang secukupnya untuk menangani masalah tersebut disamping pengkaji dapat melaksanakan intervensi dengan menggunakan masa PdP pengkaji bersama responden kajian. Dalam erti kata lain, langkah intervensi yang dilaksanakan tidak mengganggu waktu interaksi guru lain.Pelbagai usaha kolaboratif telah dijalankan tidak kira secara langsung ataupun tidak langsung. Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah meminta pendapat daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Mereka telah memberikan sokongan kepad pengkaji untuk meneruskan kajian ini. Pengkaji juga telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah agar membolehkan pengkaji melakukan kajian terhadap murid.Kajian ini boleh diguna pakai oleh pihak sekolah yang terlibat yang bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di sekolah. Sememangnya kajian ini dapat membina satu hubungan baik antara pengkaji dengan ramai individu ternasuklah guru-guru dan juga murid-murid.Pengkaji melihat fokus bagi kajian ini adalah releven kepada pihak sekolah. Kajian ini dilakukan setelah meneliti dan melihat kepentingannya dari aspek akademik. Secara khususnya, hasil dapatan kajian ini adalah untuk membantu murid dalam memahami pengajaran yang diajar oleh guru. Peningkatan prestasi kurikulum akan dapat dicapai apabila murid bermotivasi dan seronok dengan pembelajaran mereka. Kecemerlangan akademik ini mampu meningkatkan lagi peratus pencapaian prestasti sekolahKesimpulannya, setelah meneliti beberapa kriteria, pengkaji mendapati bahawa adalah penting bagi pengkaji untuk melakukan kajian ini bagi mempertingkatkan kefahaman murid terhadap topik tabiat makan haiwan.

2.1 Tinjauan Masalah

Tabiat makan haiwan merupakan subtopik kepada unit 3 Dunia Sains dan

Teknologi tahun 3. Topik ini telah diajar oleh pengkaji kepada murid-murid tahun 3

Bestari. Ekoran daripada wujudnya masalah dalam pengajaran dan pembelajaran, maka penyelidik telah melakukan tiga intervensi tinjauan awal untuk mengumpul data bagi mengenal pasti punca kepada timbulnya permasalahan ini . Penyelidik telah menggunakan beberapa kaedah bagi meninjau masalah yang dihadapi.Analisis dokumen

Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah mengedarkan lembaran kerja di akhir pengajaran untuk melihat tahap kefahaman murid-murid terhadap topik yang telah diajar. Setiap murid diberi tempoh 10 minit untuk menyelesaikan lembaran kerja tersebut. Setiap lembaran kerja murid ditanda dan diberi skor berdasarkan jumlah jawapan tersebut. Penyelidik telah membuat analisis skor bagi mengenalpasti masalah-masalah yang timbul kepada murid-murid Ujian praSoalan akan membantu guru memperkenalkan tajuk, merangsang pemikiran analitik dan juga mengenalpasti masalah murid-murid dalam usaha untuk memahami konsep- konsep tertentu (Faridah , 2007). Oleh kerana itu, penyelidik telah membina satu item ujian pra dan setiap murid tahun 3 Bestari perlu menjawab soalan ujian pra tersebut. Tujuan ujian tersebut adalah untuk mengenalpasti subjek kajian iaitu murid- murid yang menghadapi masalah dalam memahami topik tabiat makan haiwan. PemerhatianPemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Mohd Majid ( 1990) menyarankan bahawa pemerhatian adalah sesuai digunakan untuk mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial. Semasa pemerhatian dijalankan, pengkaji dapat mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh subjek kajian dan melihat sendiri tingkah laku mereka. Mengikut Majid lagi, maklumat yang diperolehi menerusi pemerhatian mempunyai nilai yang tinggi seandainya secara objektif. Atas alasan itu penyelidik melakukan pemerhatian ke atas murid tahun 3Bestari.

Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji adalah berbentuk pemerhatian tidak berstruktur iaitu melalui instrumen nota lapangan. Fokus atau objektif pemerhatiantelah ditetapkan iaitu untuk menyelidik tingkah laku dan juga respon yang ditunjukkan oleh murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran topik tabiat makan haiwan berjalan.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Pengkaji telah melakukan analisis berdasarkan kaedah yang diguna pakai ketika proses tinjauan masalah. Hasil analisis tinjauan masalah adalah seperti berikut: Analisis dokumenPengkaji telah mengkaji serta menganalisis lembaran kerja murid. Berdasarkan lembaran kerja tersebut, murid-murid boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cemerlang, kumpulan sederhana serta kumpulan lemah.Kumpulan cemerlang ialah kumpulan murid yang berjaya mencapai band B1

DS4 E1 iaitu berjaya menyatakan tabiat makan haiwan sama ada herbivor, karnivor atau omnivor dengan betul kesemuanya atau 9. Manakala kumpulan sederhana ialah kumpulan yang berjaya menyatakan 4 hingga 8 tabiat makan haiwan dengan betul manakala kumpulan lemah ialah kumpulan murid yang hanya betul 3 dan ke bawah. Jadual 1 yang berikut menunjukkan prestasi murid berdasarkan hasil analisis lembaran kerja murid.Jadual 1 : Jadual Prestasi Murid

Jumlah jawapan betul Bilangan murid Kumpulan Prestasi

9 3 Cemerlang

8 5 Cemerlang

7 6 Sederhana

6 6 Sederhana

55 Sederhana

47Sederhana

31Lemah

22Lemah

11Lemah

01Lemah

Penilaian ( ujian pra )

Data yang dikumpulkan daripada ujian pra dianalisis dan diterjemah dalam bentuk peratus. Hasil daripada analisis ujian pra yang dijalankan semasa tinjauan awal, terdapat 5 orang murid mengalami masalah dalam memahami tajuk tabiat makan haiwan dan kelima-lima murid tersebut merupakan murid yang sama yang telah dikenal pasti lemah dalam lembaran kerja yang terdahulu. Jadual 2 dibawah adalah hasil markah ujian pra.

Jadual 2: Jadual Markah Ujian Pra

GredPeratusan Markah(%)Tahap

KeberkesananJumlah Murid

A80-100Cemerlang4

B60-79Sederhana15

C40-59Tidak memuaskan8

D0-39Gagal5

Kelima-lima responden kajian telah dikenalpasti lemah dalam memahami tajuk tabiat makan haiwan kerana telah mencatat keputusan yang paling lemah iaitu gred D.Hasil daripada pengamatan pengkaji, pengkaji dapat membuat keputusan bahawa murid berhadapan dengan masalah dalam memahami istilah yang diperkenal ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Rentetan daripada keputusan ujian pra, pengkaji telah mengenalpasti responden kajian bagi kajian penyelidikan ini.Pemerhatian

Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid dan respon murid terhadap topik tabiat makan haiwan. Pemerhatian terhadap tingkah laku yang telah direkod penyelidik ialah berkenaan respon yang ditunjukkan. Selain itu,kerjasama kepada pengkaji yang diberikan oleh responden, perhatian kepada penyelidik, sifat dan juga sikap turut diberi perhatian. Hasil dapatan daripada nota lapangan yang telah dikaji dan dianalisis adalah seperti carta berikut.

Rajah 1: Carta Tingkah Laku MuridHasil daripada pemerhatian yang dilakukan pengkaji, pengkaji mendapati bahawa tingkah laku murid adalah negatif dan perlu diperbaiki bagi memastikan berlakunya perubahan tingkah laku sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku yang negatif ini bermakna bahawa murid-murid tidak berminat untuk belajar. Oleh sebab itu, wajar dilakukan perubahan dalam kaedah pengajaran agar dapat menarik kembali minat murid terhadap topik yang diajar. Salah satunya ialah menerapkan unsur-unsur penghasilan projek.3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif yang berikut :

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap topik tabiat makan haiwan dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek.3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk

i.Mengetahui tahap penguasaan murid terhadap topik tabiat makan haiwan selepas projek penghasilan buku skrap 3Dii.Meningkatkan penguasaan murid terhadap topik tabiat makan haiwan dengan projek penghasilan buku skrap 3Diii.Mengenalpasti keberkesanan projek penghasilan buku skrap 3D untuk meningkatkan pencapaian murid dalam topik tabiat makan haiwan.

3.3 Persoalan Kajian

Berikut adalah persoalan yang timbul dan ingin diselesaikan oleh pengkaji bagi mencapai objektif kajian iaitu ;i.Adakah projek penghasilan buku skrap 3D sesuai dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap topik tabiat makan haiwan?ii.Dapatkah projek penghasilan buku skrap 3D meningkatkan penguasaan murid terhadap topik tabiat makan haiwan?iii.Sejauhmanakah keberkesanan projek penghasilan buku skrap 3D dalam meningkatkan pencapaian murid dalam topik tabiat makan haiwan.

3.4 Kepentingan Kajian

Melalui strategi ini, hubungan guru dengan murid akan lebih mesra kerana guru dan murid saling berkomunikasi dan bertukar pendapat. Persepsi negatif murid kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksi sentiasa berlaku. Tujuan utama strategi ini ialah untuk menggalakkan murid mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah. Galakan daripada guru akan menambahkan lagi keyakinan murid. Topik yang dipilih oleh guru mestilah sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik minat murid. Keadaan ini membolehkan murid belajar dalam keadaan yang gembira tanpa tekanan yang membebankan.Kepentingan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dimuridi semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorong mereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna.Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, murid turut melibatkan diri secara aktif dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap koperatif dalam kalangan murid. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di dalam kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan dipupuk.Murid-murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis. Kebanyakan projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada murid untuk mencari sendiri maklumat yang diperlukan. Murid-murid boleh menggunakan pelbagai jenis sumber seperti pusat sumber, media massa, internet, dan sebagainya. Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para murid. Kebiasaannya guru akan meminta setiap murid membentangkan hasil tugasan yang mereka lakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan para murid ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain.Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kepentingan lain, antaranya ialah minat pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, ia dapat memberi peluang kepada murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Projek ini juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus, Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.Selain daripada itu juga, murid mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti yang dijalankan bermakna dan berilmiah.Pembelajaran berasaskan projek juga mampu menarik minat dan memotivasikan murid yang kurang menumpukan perhatian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, menolong murid dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan, menolong murid dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikanmasalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri, mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti, menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat, serta memenuhi keperluan murid yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

3.5 Definisi Operasional

3.5.1 Projek

Projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakn untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain itu, projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik dan mengikut minat murid. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan di bawah bimbingan guru. Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Handbook, Project Based Learning menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa murid menerokai ilmu melalu pendekatan baru dan tidak melalui tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu.Kaedah melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian lapangan atau dunia sebenar. Secara umumnya, projek merujuk kepada kajian dan aktiviti yang disepadukan bagi menghasilkan satu susunan bahan yang berkaitan satu tema mengikut minat dan kecenderungan orang yang menjalankan projek itu. Sesuatu projek mungkin berjalan selama tempoh masa yang lama seperti beberapa bulan atau beberapa minggu atau beberapa hari sahaja, bergantung kepada minat, kecenderungan, kemampuan dan kematangan peserta projek itu. Projek akhirnya akan dipamerkan atau digunakan untuk menggalakkan perbincangan dalam bilik kuliah atau diterbitkan dalam bentuk tesis, buku, makalah atau jurnal. Suatu hasil

18yang praktik juga digalakkan daripada projek yang dijalankan. Strategi berasaskan projek membolehkan murid menjalankan aktiviti mengikut minat dan kecenderungannya sendiri.Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.3.5.2 3D

Bahan media tiga dimensi ialah bahan yang merujuk kepada bahan yang mempunyai panjang,lebar dan ketinggian.Objek 3D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kuboid,kon dan sfera.Selain itu,media 3D boleh menyokong bahan lain seperti buku teks dan menyumbang kepada pengalaman konkrit selain memberikan rangsangan untuk kreativiti dan ekspresi. Tujuan dan fungsi media 3D digunakan adalah untuk membantu pelajar memahami dunia kini dan dahulu.Di samping itu,media 3D juga amat digalakkan supaya digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berfungsi sebagai alat bantu mengajar.Tambahan lagi,media 3D juga boleh digunakan untuk mengajar pelbagai aktiviti kurikulum dalam bilik darjah dan ianya juga member pelajar peluang untuk meneliti,membaca serta belajar daripada bahan yang direka cipta oleh manusia .Kesemua bahan 3D amat berguna untuk mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran para guru dan boleh dijadikan sumber kepada guru-guru.

193.6 Batasan Kajian

Antara batasan bagi kajian ini ialah penghasilan projek memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana maklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskan semata-mata untuk menyiapkan projek ini.Batasan yang seterusnya ialah, perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula melibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek murid harus mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat projek. Contohnya dalam projek buku skrap, murid perlu membeli alatan seperti pensil warna, marker, gam, gunting, kertas warna dan banyak lagi.4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ini diperoleh hasil daripada tinjauan awal yang dilakukan pengkaji menggunakan beberapa alat kajian. Reponden kajian terdiri murid-murid tahun 3 di salah sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu dan merupakan dari kelas yang sama. Seramai 22 orang kanak-kanak yang berusia 5 tahun terlibat pada peringkat permulaan. Kemudian pengkaji menjalankan tinjauan awal dan mendapati hanya lima orang sahaja iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan dilihat memerlukan bimbingan secara intensif.Pemilihan responden dibuat secara berperingkat iaitu berdasarkan ujian pra serta analisis dokumen iaitu buku latihan serta lembaran kerja. Hasil tinjauan awal tersebut pengkaji mengesan beberapa orang murid masih lemah dalam topik tabiat makan haiwan.Kelima-lima responden merupakan murid yang berlatar belakangkan keluarga yang berpendapatan serderhana. Kebanyakan mereka berasal dari kampung yang mana kegiatan pertanian merupakan kegiatan utama mereka.5.0 TINDAKAN

Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam menjalankan kajian tindakan ini.

Menurut Rosinah Edinin (2011), Lewin menerangkan bahawa dalam satu lingkaran terdiri daripada empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Rajah di bawah merumuskan bagaimana langkah kajian tindakanmodel Kurt Lewin (1948) dijalankan.

Rajah 2 : Model Kurt Lewin , 1948

5.1 Prosedur Tindakan

Langkah 1- Mencari gambar haiwan

Setelah responden kajian telah dikenalpasti mereka ditugaskan untuk mencari gambar haiwan melalui internet, majalah, buku dan surat khabar.Langkah 2 Membuat bacaan lanjut

Responden kajian kemudiannya membuat bacaan lanjut terhadap haiwan yang telah dicari. Antara maklumat yang diperlukan ialah tabiat makan haiwan tersebut sama ada herbivor, karnivor ataupun omnivor dan juga ciri-ciri haiwan tersebut. Segala maklumat tersebut adalah penting kerana akan diguna pakai dalam penghasilan buku skrap 3DLangkah 3- membina buku skrap 3D

Setiap subjek kajian telah menerima sampul surat yang mengandungi beberapa helai kertas berwarna, kertas bercetak dan juga kad arahan. Subjek kajian perlu membaca kad arahan terlebih dahulu kerana segala arahan untuk penghasilan buku skrap 3D. Kertas berwarna dilipat dua supaya menjadi seperti helaian buku. Setelah selesai melipat kertas berwarna,responden kajian kemudiannya mengunting kertas bercetak gambar haiwan mengikut garisan yang terdapat pada kertas bercetak tersebut. Pada kertas bercetak terdapat nombor kedudukan. Bagi mengelakkan berlaku kekeliruan, responden kajian telah menggunting kertas bercetak dan kemudiannya melekatkan kertas bercetak yang telah digunting tersebut berdasarkan arahan. Hanya terdapat tempat-tempat tertentu sahaja yang perlu dilekatkan.Setelah selesai kertas bercetak ditampal barulah kertas bercetak yang kedua boleh digunting dan ditampal. Kertas yang telah berjaya dilekatkan dilipat dan apabila dibuka, gambar haiwan yang dilekatkan terbentuk seakan-akan 3D. Kertas bercetak yang telah berjaya dibentuk menjadi haiwan berbentuk 3 Dimensidiasingkan mengikut kategori sama ada herbivor, karnivor ataupun omnivor. Setelah diasingkan, kertas bercetak yang berbentuk 3D ditampal pada kertas berwarna. Subjek kajian kemudiannya perlu membuat satu esei ringkas mengenai haiwan tersebut berdasarkan tabiat makan haiwan tersebut.Langkah 4 - Penilaian buku skrap

Pengkaji perlu membuat penilaian terhadap buku skrap yang telah dihasilkan oleh setiap responden. Pengkaji memberikan markah berdasarkan ketepatan murid mengkategori, kekemasan, dan daya kreativiti murid dalam menghasilkan buku skrap. Penilaian projek ini akan mengukur proses meta-kognitif dan sikap responde dan memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Selain daripada itu juga dapat membantu responden mengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin. Portfolio juga merupakan salah satu jenis penilaian yang membawa maksud koleksi tugasan berdasarkan prestasi dan akhir sekali tugasan prestasi lembaran kerja. Di akhir pembelajaran, pengkaji memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki kelemahan diri. Buku skrap yang cantik dan kreatif di pamerkan di dalam kelasLangkah 5 lembaran kerja, kuiz dan ujian pasca

Selepas menjalankan projek ini, guru akan menguji kefahaman para pelajar terhadap topik tabiat makan haiwan dengan menggunakan lembaran kerja, kuiz dan juga ujian pasca. Ujian kefahaman dilakukan berdasarkan topik tabiat makan haiwan. Hal ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada berlaku peningkatan atau tidak intervensi kajian dijalankan.5.2 Prosedur Mengumpul Data

Dalam usaha untuk menjalankan kajian, pengkaji telah mengumpul data melalui tiga kaedah iaitu penilaian,analisis dokumen dan juga pemerhatian. Kaedah pengumpulan data yang dipelbagaikan membolehkan kesahan dan juga kebolehpercayaan kajian dapat ditentukan melalui triangulasi data. Menurut Noraini ( 2010) triangulasi merupakan teknik kesahan silang kualitatif yang digunakan untuk menilai ataumentaksir sama ada data yang diperolehi mencukupi melalui pemusatan maklumat ke arah dapatan umum yang dipersetujui ramai.5.2.1 Penilaian

Pengkaji telah memilih untuk melakukan penilaian untuk mengutip data bagi menilai dan juga mengesan tahap penguasaan murid terhadap topik tabiat makan haiwan yang telah diajar oleh guru. Instrumen yang telah digunakan ialah ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra telahpun dijalankan oleh pengkaji pada fasa awal tinjauan awal. Tujuan ujian pra dijalankan ialah untuk mengenal pasti subjek kajian berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh murid di dalam ujian. Apabila selesai intervensi dijalankan, setiap responden perlu menduduki satu ujian pasca. Perlaksanaan ujian pasca sebagai ujian akhir adalah untuk memastikan sama ada berlakunya peningkatan dalam penguasaan subjek kajian terhadap topik tabiat makan haiwan ataupun tidak. Ujian yang dilaksanakan telah dibentuk mengikut tema berdasarkan modul Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) tahun 3 iaitu tabiat makan haiwan. Kedua- dua ujian mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A dan juga bahagian B. Bahagian A mempunyai 10 soalan objektif manakala bahagian B mempunyai 2 soalan berstruktur. Bahagian B memerlukan responden untuk menulis haiwan ke dalam kotak mengikut kategori tabiat makan haiwan.5.2.2 Pemerhatian

Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian ke atas responden kajian semasa aktiviti kuiz yang dijalankan setelah selesai tempoh intervensi. Pemerhatian ini bertujuan untuk meninjau sama ada berlakunya peningkatan terhadap tahap penguasaan murid selepas kaedah pembelajaran berasaskan projek diperkenalkan. Instrumen kajian yang diguna pakai ialah borang senarai semak pemerhatian.5.2.3 Penelitian dokumen

Apabila langkah intervensi selesai dijalankan, pengkaji telah menyediakan lembaran kerja yang perlu diselesaikan oleh responden kajian. Lembaran kerja yang digunakan adalah berbentuk latih tubi mengelaskan haiwan berdasarkan tabiat makan haiwan dan berpandukan buku skrap 3D yang telah dihasilkan. Tujuan lembaran kerja ini adalah untuk melihat keberkesanan sama ada projek yang dilaksanakan mampu meningkatkan tahap pencapaian murid dalam topik tabiat makan haiwan. Instrumen kajian yang telah diguna ialah senarai semak lembaran kerja.6.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

Pengkaji telah menggunakan tiga alat kajian sepanjang intervensi dijalankan iaitu penilaian, analisis dokumen dan juga pemerhatian. Tujuan alat kajian ini digunakan secara triangulasi adalah untuk memastikan kesahan alat kajian serta kebolehpercayaan data yang berjaya diperolehi.6.1 Penilaian

Adakah projek penghasilan buku skarap 3D sesuai dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap topik tabiat makan haiwan?Ujian pra dan juga ujian pasca telah dijalankan oleh pengkaji sebelum dan juga selepas intervensi dijalankan. Ini adalah untuk memastikan keberkesanan projek penghasilan buku skrap 3D dalam meningkatkan kefahaman responden terhadap topik tabiat makan haiwan.

Rajah 3: Graf Peratusan Markah RespondenRajah 3 menunjukkan perbandingan markah yang berjaya diperolehi oleh responden dalam ujian pra dan pasca yang telah dijalankan sebelum dan juga selepas intervensi dijalankan. Keputusan ujian telah menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap kefahaman murid mengenai topik tabiat makan haiwan. Responden R2 telah menunjukkan peningkatan yang paling ketara iaitu berlakunya peningkatan markah sebanyak 68% iaitu daripada 32% kepada 100%. Keputusan ujian responden R1 pula telah meningkat daripada 36% kepada 88%. Responden R3 telah menunjukkan peningkatan yang paling sedikit iaitu daripada markah 24% kepada 64%. Bagi responden R4 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 64% iaitu daripada 32% kepada 96% manakala responden yang terakhir iaitu R5 juga menujukkan peningkatan daripada 36% kepada 92% Markah kelima-lima responden juga telah berjaya melepasi markah gagal iaitu 39% dan kebawah. Jika sebelum intervensi dijalankan, kelima-lima responden telah gagal di dalam ujian pra, namun kesemua responden telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara apabila 4 responden berjaya mendapat A dan seorang responden berjaya mendapat B. Ini membuktikan terdapat peningkatan yang telah ditunjukkan oleh responden selepas intervensi dijalankan.6.2 Pemerhatian

Dapatkah projek penghasilan buku skrap 3D meningkatkan tahap kemahiran murid mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan haiwan?Pemerhatian telah dibuat sebanyak dua kali iaitu ketika kuiz dijalankan sebelum intervensi dijalankan terhadap kelima-lima responden dan juga selepas intervensi dijalankan. Analisis pemerhatian telah dibuat dengan menggunakan borang senarai semak.Jadual 3: Analisis Pemerhatian R1

Pemerhatian Kod Kuiz 1 (sebelum) Kuiz 2 (selepas)

Menyatakan makna haiwanP1Ya/TidakYa/Tidak

herbivor dengan betulMenyatakan makna haiwan

P2

/

/

karnivor dengan betulMenyatakan makna haiwan

P3

/

/

omnivor dengan betulMenyatakan satu contoh

P4

/

/

haiwan herbivor dengan betulMenyatakan satu contoh

P5

/

/

haiwan karnivor dengan betulMenyatakan satu contoh

P6

/

/

haiwan omnivor dengan betulJumlah

3/6

3/6

5/6

1/6

Peratusan 50% 50% 83% 17%

Pemerhatian menggunakan senarai semak bagi responden R1 menunjukkan 50% berjaya dijawab dengan betul dalam kuiz 1 namun menunjukkan peningkatan pada kuiz 2 iaitu kepada 83%. Ini bermakna berlaku 33% peningkatan yang ditunjukkan oleh R1. Dalam kuiz 1 , R1 tidak berjaya menyatakan makna bagi haiwan omnivor serta tidak memberikan contoh yang betul bagi haiwan herbivor dan juga omnivor.Namun dalam kuiz 2,R1 hanya gagal menjawab satu sahaja soalan kuiz dengan betul iaitu memberikan contoh haiwan omnivor yang salah. Ini menunjukkan bahawa berlaku peningkatan terhadap responden bagi topik tabiat makan haiwan.Jadual 4 : Analisis Pemerhatian R2

Pemerhatian Kod Kuiz 1 (sebelum) Kuiz 2 (selepas)Ya Tidak Ya TidakMenyatakan makna haiwan herbivor dengan betul Menyatakan makna haiwan karnivor dengan betul Menyatakan makna haiwan omnivor dengan betul

P1 / / P2 / / P3 / / Menyatakan satu contoh P4 / / haiwan herbivor dengan betul Menyatakan satu contoh haiwan karnivor dengan betul Menyatakan satu contoh haiwan omnivor dengan betul

P5 / / P6 / /Jumlah 2/6 4/6 6/6 0/6 Peratusan 33% 67% 100% 0%

Pemerhatian bagi responden R2 pada pemerhatian 1 mencatatkan Ya sebanyak 33% dan meningkat kepada 100% pada pemerhatian yang kedua iaitu bagi kuiz 2. R1 mencatatkan peningkatan yang begitu memberangsangkan apabila kesemua soalan bagi kuiz 2 berjaya dijawab dengan betul. Perkara ini jelas membuktikan berlaku peningkatan bagi responden R2 dalam penguasaan topik tabiat makan haiwan.Jadual 5: Analisis Pemerhatian R3

P1YaTidak/Ya/TidakP2//P3//P4//P5//P6//0/66/63/63/6Pemerhatian Kod Kuiz 1 (sebelum) Kuiz 2 (selepas) Menyatakan makna haiwanherbivor dengan betulMenyatakan makna haiwan karnivor dengan betul Menyatakan makna haiwan omnivor dengan betul Menyatakan satu contoh haiwan herbivor dengan betul Menyatakan satu contoh haiwan karnivor dengan betul Menyatakan satu contoh haiwan omnivor dengan betulJumlah Peratusan 0% 100% 50% 50%

Responden R3 telah menunjukkan peningkatan dari kuiz 1 kepada kuiz 2. Dalam pemerhatian bagi kuiz 1, responden gagal menjawab kesemua soalan kuiz. Borang senarai semak responden menunjukkan bahawa responden mendapat TIDAK bagi keenam-enam konstruk senarai semak iaitu 100%. Namun begitu, setelah intervensidijalankan, rensponden telah menunjukkan kemajuan bagi topik tabiat makan haiwan apabila di dalam pemerhatian bagi kuiz 2, R3 berjaya mencatatkan 3 YA daripada atau 50%. Peningkatan sebanyak 50% telah ditunjukkan oleh R3.Jadual 6: Analisis Pemerhatian R4

P1Ya/TidakYa/TidakP2//P3//P4//P5//P6//2/64/66/60/6Pemerhatian Kod Kuiz 1 (sebelum) Kuiz 2 (selepas) Menyatakan makna haiwanherbivor dengan betulMenyatakan makna haiwan karnivor dengan betul Menyatakan makna haiwan omnivor dengan betul Menyatakan satu contoh haiwan herbivor dengan betul Menyatakan satu contoh haiwan karnivor dengan betul Menyatakan satu contoh haiwan omnivor dengan betulJumlahPeratusan 33% 67% 100% 0%

Pemerhatian bagi kuiz 1 iaitu kuiz sebelum intervensi dijalankan menunjukkan responden R4 hanya berjaya menjawab 2 soalan kuiz dengan betul. Berdasarkan pemerhatian bagi kuiz 1, responden R4 telah menunjukkan kefahaman terhadap haiwan herbivor apabila berjaya memberi makna haiwan herbivor dengan betul serta memberikan contoh haiwan herbivor dengan betul namun R4 masih gagal menunjukkan penguasaan sepenuhnya bagi topik tabiat makan haiwan apabila gagal menjawab dengan betul bagi haiwan karnivor dan juga omnivor. Setelah intervensi dijalankan, responden R4 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 67% dalam pemerhatian bagi kuiz 2 apabila mencatatkan 100% YA di dalam senarai semak bagi pemerhatian untuk kuiz 2.

31Jadual 7: Analisis Pemerhatian R5

Pemerhatian Kod Kuiz 1 (sebelum) Kuiz 2 (selepas)

Menyatakan makna haiwanP1YaTidak/Ya/Tidak

herbivor dengan betulMenyatakan makna haiwan

P2

/

/

karnivor dengan betulMenyatakan makna haiwan

P3

/

/

omnivor dengan betulMenyatakan satu contoh

P4

/

/

haiwan herbivor dengan betulMenyatakan satu contoh

P5

/

/

haiwan karnivor dengan betulMenyatakan satu contoh

P6

/

/

haiwan omnivor dengan betulJumlah

1/6

5/6

6/6

0/6

Peratusan 17% 83% 100% 0%

Tahap penguasaan responden R5 dalam topik tabiat makan haiwan telah meningkat berdasarkan peningkatan yang telah ditunjukkan di dalam kuiz 2 jika dibandingkan dengan kuiz 1. Pemerhatian berdasarkan kuiz 1 didapati R5 hanya mampu mendapat1 YA iaitu 17% sahaja tetapi pemerhatian berdasarkan kuiz 2, R5 telah berjaya kesemua YA iaitu 100%. Ini bermakna berlaku peningkatan sebanyak 83% yang telah ditunjukkan oleh R5 selepas interveni dijalankan.Jadual 8 : Analisis Pemerhatian Keseluruhan

Pemerhatian Kod Kuiz 1 (sebelum) Kuiz 2 (selepas)Kekerapan % Kekerapan %Menyatakan makna haiwan herbivor dengan betul

P1 2/5 40 5/5 100

Menyatakan makna haiwan karnivor dengan betul

P2 2/5 40 5/5 100Menyatakan makna haiwan omnivor dengan betul

P3 1/5 20 4/5 80

Menyatakan satu contoh haiwan herbivor dengan betul

P4 1/5 20 4/5 80

Menyatakan satu contoh haiwan karnivor dengan betul

P5 2/5 40 5/5 100

Menyatakan satu contoh haiwan omnivor dengan betul

P6 0/5 0 3/5 60

Rajah 4: Graf Analisis Pemerhatian

Rajah 4 menunjukkan perbandingan di antara pemerhatian dalam kuiz 1 dan juga kuiz 2. Pencapaian yang baik dapat dilihat dengan meningkatnya kekerapan YA yangditunjukkan oleh responden dalam kuiz 2 jika dibandingkan dengan kuiz 1. Peratusan kekerapan YA tertinggi yang diperoleh dalam kuiz 1 adalah sebanyak 40 manakala kuiz 2 adalah sebanyak 100%. Bagi pemerhatian P1,P2 dan P5 peningkatan markah adalah 40% kepada 100%. Berlaku kenaikan sebanyak 60% bagi pemerhatian P1,P2 dan P5. Kelima-lima responden berjaya memberikan makna haiwan herbivor,makna haiwan karnivor serta contoh haiwan karnivor dengan betul di dalam kuiz 2. Peningkatan peratusan kekerapan YA bagi pemerhatian P3 dan P4 ialah daripada20%, kepada 80%. Ini bermakna berlaku peningkatan sebanyak 60% bagi pemerhatian P3 dan P4. Pemerhatian P6 pula menunjukkan peningkatan iaitu daripada 0% kepada 60%. Peningkatan kekerapaan YA yang ditunjukkan berdasarkan pemerhatian kuiz 1 dan kuiz 2 bagi keenam-enam konstruk pemerhatian adalah sama iaitu sebanyak 40%.6.3 Analisis dokumen

Sejauhmanakah keberkesanan projek penghasilan buku skrap 3D dalam meningkatkan pencapaian murid dalam topik tabiat makan haiwan?Analisis dokumen bertujuan bagi mengutip data daripada dokumen yang telah dikaji. Pengkaji telah menganalisis lembaran kerja yang telah diberikan kepada responden sebelum intervensi dijalankan serta selepas intervensi telah dijalankan. Lembaran kerja yang telah disiapkan oleh kesemua responden dianalisis menggunakan senarai semak dan kemudiannya ditukarkan kepada bentuk peratus.Jadual 9: Analisis Senarai Semak(sebelum)

Jumlah jawapan yang betul

Responden

R1 R2 R3 R4 R5

1098765 /4 / /321 /0 /Jumlah 5/10 4/10 0/10 4/10 1/10 Peratus 50% 40% 0% 40% 10%

Responden R1 telah mencatatkan jumlah jawapan yang betul yang paling tinggi iaitu sebanyak 5 jawapan yang betul manakala responden R3 telah mendapat jumlah jawapan yang betul yang paling sedikit apabila tiada jawapan yang betul berjaya dijawab oleh R3. Dua responden iaitu R2 dan R4 telah mendapat jawapan yang betul dengan jumlah yang sama banyak iaitu 4 atau 40%. Manakala responden R5 telah menjawab 9 soalan lembaran kerja dengan jawapan yang salah.Jadual 10: Analisis Senarai Semak Selepas Intervensi

Jumlah jawapan yang betul

RespondenR1 R2 R3 R4 R510 / / / /98 /7654 3

2

1

0

Jumlah10/108/1010/1010/1010/10

Peratus100%80%100%100%100%

Hampir kesemua iaitu 80% daripada keseluruhan responden telah berjaya menjawab lembaran kerja dengan jumlah jawapan yang betul yang maksima iaitu 10 jawapan betul. Hanya responden R2 yang telah gagal menjawab dua soalan lembaran kerjadengan betul.

120

100

100

100 100 100

8080

60 5040 40

peratus jawapan betul40

Lembaran kerja 1 lembaran kerja 2

20 1000R1 R2 R3 R4 R5responden

Rajah 5: Graf Peratusan Jawapan Betul Lembaran Kerja7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Adakah projek penghasilan buku skrap 3D sesuai dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap topik tabiat makan haiwan?Persoalan kajian ini dijawab dengan menggunakan data daripada hasil analisis ujian pra dan juga ujian pasca serta analisis dokumen iaitu lembaran kerja. Sebelum intervensi dijalankan, hasil keputusan ujian pra bagi kelima-lima responden didapati tahap penguasaan responden terhadap topik tabiat makan haiwan adalah begitu lemah sekali. Oleh sebab itu, pengkaji telah merancang serta menjalankan satu kaedah pembelajaran berasaskan projek. Setiap responden terlibat secara individu dalam projek penghasilan buku skrap 3D bagi topik tabiat makan haiwan. Selesai intervensi, satu ujian pasca telah dijalankan dan keputusan ujian pasca telah menjawab persoalan kajian ini apabila keputusan ujian pasca kelima-lima responden telah telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara. Terdapat seorang responden yang berjaya dengan betul kesemua item di dalam ujian pasca. Dengan berlakunya peningkatan yang positif dalam keputusan ujian pasca jika dibandingkan dengan keputusan ujian pra bermakna berlakunya peningkatan tahap penguasaan murid terhadap topik tabiat makan haiwan. Ini membuktikan bahawa projek penghasilan buku skrap 3D mampu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam topik tabiat makan haiwan.Dapatan ini kajian ini disokong oleh Newmann dan Wehlage (1995) yang menyatakan bahawa projek penghasilan buku skrap akan meningkatkan prestasi pemahaman murid-murid berkaitan idea, konsep, teori dan juga prinsip Sains.Projek penghasilan buku skrap 3D merupakan satu aktiviti individu yang dijalankan sendiri oleh responden dan pengkaji bertindak sebagai pemudah cara. MenurutMeyes dan Jones (1993) pembelajaran berpusatkan murid akan meningkatkan motivasi, pemahaman, dan murid akan lebih meminati pelajaran yang diajar.7.2 Dapatkah projek penghasilan buku skrap 3D meningkatkan tahap kemahiran murid mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan haiwan?Bagi menjawab persoalan ini, data daripada analisis pemerhatian diperlukan. Pemerhatian telah dilakukan ketika kuiz yang dijalankan sebelum intervensi dan juga selepas intervensi. Pemerhatian yang dilakukan ketika kuiz ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kemahiran murid mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan hiawan.Sebelum intervensi dijalankan, kesemua responden masih lemah dalam kemahiran mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan haiwan. Ini terbukti apabila pemerhatian terhadap kemahiran murid mengelas haiwan melalui aktiviti kuiz didapati jumlah jawapan yang betul yang paling tinggi hanyalah tiga markah daripada enam soalan yang ditanya. Bahkan terdapat juga seorang responden iaitu R3 yang gagal menjawab kesemua enam soalan kuiz dengan betul. Hasil analisis pemerhatian sebelum intervensi membuktikan tahap kemahiran murid berada di tahap amat lemah. Justeru itu, pengkaji telah merancang serta melaksanakan projek penghasilan buku skrap 3D bagi meningkatkan tahap kemahiran murid mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan haiwan. Pelaksanaan intervensi ini disokong oleh Chua (2001) yang berpendapat motivasi dan minat serta semangat baru akan diperolehi dengan pengisian pembelajaran yang positif dan konkrit untuk merangsang minda pelajar. Aktiviti penghasilan buku skrap 3D merupakan satu contoh yang tepat bagi pengisisan pembelajaran yang positif dan konkrit kerana responden sendiri yang terlibat dalam projek penghasilan buku skrap 3D.Peranan guru dalam kelas adalah memastikan pelajar sentiasa berminat untuk mengikuti pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Che Mansor (2000), guru-guru perlu menggalakkan para pelajar berfikir untuk lebih menghasilkan daya pemikiran yang lebih kreatif, inovatif dan menghasilkan idea yang bernas. Pengkaji telah menggalakkan murid berfikir secara lebih kreatif melalui projek penghasilan buku skrap 3D. Pemikiran yang kreatif dalam menghasilkan buku skrap 3D yang menarik adalah sangat diperlukan. Selain itu, buku skrap 3D yang dihasilkan telah dijadikan sebagai medium bagi responden untuk menghasilkan idea yang bernas dan juga kreatif.7.3 Sejauhmanakah keberkesanan projek penghasilan buku skrap 3D dalam meningkatkan pencapaian murid dalam topik tabiat makan haiwan?Data hasil daripada analisis dokumen yang telah dijalankan sebelum intervensi dijalankan pencapaian murid di dalam lembaran kerja yang telah diedarkan adalah kurang memberangsangkan. Berdasarkan analisis tersebut markah yang paling tinggi yang berjaya diperolehi oleh responden ialah 50% dan terdapat seorang responden yang telah gagal menjawab kesemua soalan lembaran kerja dengan betul.Apabila intervensi selesai dijalankan, data keputusan lembaran kerja kelima- lima responden telan menunjukkan perubahan yang begitu memberangsangkan. Berdasarkan analisis tersebut, empat responden telah menunjukkan tahap pencapaian yang begitu membanggakan apabila berjaya menjawab kesemua soalan lembaran kerja dengan betul. Terdapat hanya seorang responden yang telah menjawab dua soalan di dalam lembaran kerja dengan jawapan yang salah.Menurut Nurul Ayunni Mokhtar (2005) kaedah pembelajaran berasaskan projek berjaya meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan 4 dalam tajuk pencemaran udara berbanding dengan pengajaran tradisional. Beliau mendapati semasa prosespengajaran dan pembelajaran berlaku didapati pelajar memberikan kerjasama dan melibatkan diri secara aktif dengan menjalankan tugasan yang diberikan. Kefahaman pelajar dapat ditingkatkan menerusi kerjasama di sesama pelajar semasa proses mengenalpasti masalah, mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Bagi pelajar lemah, kaedah ini amat berkesan dalam meningkatkan kefahaman melalui penglibatan secara aktif.Sepertimana yang dinyatakan oleh Solomon (2003), pembelajaran berasaskan projek mencabar pelajar untuk belajar mengatasi masalah dalam kehidupan yang sebenar di dalam bilik darjah sebagai satu titik permulaan. Di mana pelajar belajar dan bekerja dalam satu pasukan untuk menyelesaikan masalah yang bersifat authentik berasaskan kurikulum dan pelbagai kemahiran. Pernyataan ini disokong oleh Lucas (2002) yang menyatakan strategi pembelajaran berasaskan projek, pelajar dapat menguasai pembelajaran dan perkembangan kemahiran melalui projek yang dijalankan dengan melatih mereka menggunakan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi keadaan dunia sebenar yang kompleks dan berasaskan masalah.8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid Tahun 3

Bestari mengenai topik tabiat makan haiwan serta meningkat tahap kemahiran murid mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan haiwan dengan projek penghasilan buku skrap 3D. Hasil dapatan kajian yang dijalankan pengkaji mendapati bahawa terdapat perubahan yang positif pada responden selepas projek penghasilan buku skrap 3D dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan positif pada responden ini dapat dilihat melalui kefahaman responden menggunakan istilah bagi setiap kategori tabiat makan haiwan dengan betul. Selain itu, responden juga berjaya memberikan contoh haiwan bagi setiap kategori tabiat makan haiwan dengan betul selepas projek penghasilan buku skrap 3D selesai dilaksanakan. Oleh yang demikian, untuk memastikan bahawa penggunaan kaedah ini lebih efektif dan berkesan di masa hadapan, maka pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan untuk kajian ini.Cadangan penambahbaikan pertama ialah meluaskan lagi skop kajian yang dijalankan. Kajian tindakan ini hanya dijalankan oleh pengkaji di sebuah sekolah sahaja. Oleh yang demikian, data kajian ini hanya melibatkan responden dalam lingkungan yang kecil. Sehubungan dengan itu, pengkaji mencadangkan supaya kajian tindakan ini dijalankan lebih luas dengan melibatkan lebih banyak sekolah. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar responden kajian ditambah kuantitinya. Hal ini akan memberi gambaran dan penilaian yang lebih jelas tentang keberkesanan penggunaan kaedah projek penghasilan buku skrap 3D dalam meningkatkan kefahaman murid dalam topik tabiat makan haiwan.Cadangan penambahbaikan yang kedua ialah dengan menjalankan kajian tindakan ini kepada semua murid tanpa mengambil kira samada murid cemerlang, sederhana,atau lemah. Melalui pelaksanaan kajian tindakan yang sebegini, maka kajian penggunaan intervensi ini adalah lebih praktikal dan berkesan. Hal ini kerana, sampel kajian yang banyak dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan kajian yang dijalankan.Cadangan yang ketiga yang dicadangkan oleh pengkaji ialah menggunakan instrumen tambahan dalam mengumpuldata bagi kajian ini. Bagi kajian ini, pengkaji telah menggunakan ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan juga analisis dokumen. Penggunaan pelbagai instrumen seperti temubual, soal selidik, nota lapangan dan sebagainya akan membantu pengkaji mendapatkan maklumat serta dapatan kajian yang lebih tepat dan seterusnya memberi penilaian yang lebih mendalam mengenai kajian ini.Oleh yang demikian, diharap hasil dapatan daripada kajian tindakan kajian ini dapat mengatasi masalah kefahaman murid di dalam topik tabiat makan haiwan dengan menggunakan buku skrap 3D yang telah dihasilkan. Penggunaan bahan bantu mengajar amat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran yang baik dan berkesan kepada murid. Bahan bantu mengajar yang menarik dapat membantu guru menarik perhatian murid sekaligus meningkatkan kefahaman murid mereka.Bahan bantu mengajar yang digunakan itu pula haruslah bersesuaian dengan topik dan isi pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Sebagai contoh, untuk topik pengajaran dan pembelajaran tabiat makan haiwan, pengkaji telah menggunakan beberapa gambar haiwan yang dibentuk menjadi 3D . Hal ini menunjukkan pemilihan BBM seharusnya bertepatan dengan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.Kajian tindakan ini juga diharap dapat menyumbangkan input-input yang berguna kepada guruguru Sains dan membantu mereka khususnya dalam

42meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran mereka. Sekiranya kualiti sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru itu dapat ditingkatkan, maka sudah pasti murid yang cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.

SENARAI RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat . (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, K. P. (2008). Buku ManualKajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Kementerian Muridan Malaysia.

Bakar, Z. A. (1992). Psikologi Pendidikan untuk Guru. Petaling Jaya: Pustaka Delta Muridan aaaSdn Bhd.

Brooks, J. G. (1993). Brooks, J. In search of understanding: The case for constructivist classrooms.Alexandria, VA: Association of Supervision and Curriculum Development.Brunner. (1960). The process of education. Cambridge: Harvard University Press. Burden, P. d. (1994). Methods For Effective Teaching. Masachusetts: Allyn and Bacon.Crow, D. a. (1983). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Rios, S. (2005). Designer Scrapbooks. Sterling Publishing.

V.C., F. (1994). Trade and Job Analysis. New York: The Bruce Publishing Co.

Che Mansor bin Che Tom. (2000). Jurnal Bestari : Koleksi Guru Johor. JabatanPendidikan Negeri Johor. (hlmn 48).

Chua Yock Chuan .(2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan : PKPSM Johor.(hlmn 61-64)

LAMPIRAN A

45