52750909-teologikal

Upload: ucu-tadu

Post on 03-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 52750909-teologikal

    1/7

    Teori Sekular BaratPengertian Nilai dan Etika

    Cendekiawan dan ahli falsafah memberi pengertian yang pelbagai mengenai nilai danetika. Menurut kamus Dewan nilai bererti prinsip moral, kepercayaan dan juga harga diri

    . Suffean Hussin merujuk nilai kepada mutu, faedah, kepentingan, dan valuableness

    sesuatu tingkah laku, pegangan, amalan, aktiviti dan objek.

    Umumnya nilai adalah satu ideal atau konsep yang wujud dalam pemikiran manusia yangmenggambarkan pelbagai darjah perlakuan umpamanya, kecantikan, kemuliaan,keikhlasan, dan keefisienan yang dijadikan pegangan dan yang membantu mengarahkanmanusia membuat keputusan atau menetapkan yang mana baik dan yang tidak baik.

    Nilai dijadikan pilihan ke arah mencapai matlamat akhir.

    Etika berasal daripada perkataan ethics yang diambil daripada perkataan ethos yangmembawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

    Kamus Dewan Bahasa Pustaka mendefinisikan Etika sebagai suatu sistem dasar akhlak,adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Etika boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Normatik

    yang merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang

    baik dan jahat; manakala Metaethic pula dibahagikan kepada dua iaitu Analitik yangberkaitan dengan menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik dan

    jahat, dan Kritikal yang berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah

    dianalisis. Dengan lain perkataan,etika dapat didefinisikan sebagai sains moral danprinsip-prinsip moral.Teori TeleologikalGolongan yang mengatakan bahawa tiada pertalian antara peraturan masyarakat

    (kemoralan sosial) serta keperibadian mulia dengan etika, biasanya lebih cenderungberfikir sendiri tentang kriteria moral. Oleh itu, mereka telah berfalsafah dan akhirnya

    menghasilkan beberapa teori etika yang mengutamakan atau berasaskan prinsiptertentu. Tetapi prinsip etika itu berbeza dan bertentangan. Bab ini akan mendedahkan

    serta membuat sedikit ulasan atau kritikan terhadap dua prinsip etika yang boleh

    disifatkan sebagai teleologi.Teori teleologi menegaskan bahawa kriteria dan piawai asas tentang sesuatu yang benar,

    baik, salah, jahat, dan sebagainya ialah penghasilan nilai moral yang dianggap baik. Bagi

    teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya.Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan

    yang dihasilkan melebihi kejahatan.

    Teori Etika Teleologikal yang juga dikenali dengan consequentialism adalah sejenis teoriyang mendakwa bahawa semada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah

    adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat (consequences) atau hasil daripada

    sesuatu tindakan. Setiap tindakan yang mendatangkan kesan yang baik adalah tindakanberetika . Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya

    dan kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilanganorang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi.

    Seseorang itu dianggap tidak beretika dianggap tidak beretika apabila tindakannya

    menolong orang buta melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan.Bagaimanapun, ahli teleologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang

    dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Ini menyebabkan

    Wujudnya beberapa jenis teleologi yang berbeza seperti utilitarianisme dan egoisme.UtilitarianismeEtika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnyamelakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyakkepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling ramai. Kebahagiaan yang

    dimaksudkan ialah keseronokan (iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral).Seorang pengikut utilitarianisme yang terkemuka ialah John Stuart Mill (1806 -1873). Mill

    (1964) memerihalkan utilitarianisme seperti berikut: Konsep utiliti atau PrinsipKebahagiaan Terbanyak menekankan sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikutkadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu.

  • 7/28/2019 52750909-teologikal

    2/7

    Yang dimaksudkan dengan kebahagiaan ialah keseronokan yang dihajati dan tiadanya

    kesakitan, manakala kedudukan ialah kesakitan dan tiadanya keseronokan. Keseronokan(bebas daripada kesakitan) sahajalah natijah atau hasil yang benar, baik dan yang

    diidamkan.

    Warnock (1979) pula berpendapat bahawa perkataan utilitarian dicipta oleh JeremyBentham (1748-1832). Oleh itu, Bentham telah dianggap sebagai pengasas prinsip utiliti

    dalam perbahasan moral. Sesungguhnya, Bentham(1970) mengatakan bahawa manusia

    dikuasai dan dipengaruhi keseronokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usahamencari kebahagiaan, iaitu keseronokan.Quinton (1973), misalnya, menganggap individu yang memegang prinsip utilitarianisme

    sebagai mereka yang bersetuju bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuanditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri. Penentuan nilai berkenaan

    ialah keseronokan dan kesakitan yang wujud bersamanya.

    Sebelum ulasan dibuat terhadap etika utilitarianisme, untuk memperjelaskan teori etikaini eloklah isu moral berkaitan peperangan diambil sebagai contoh. Bagi utilitarianisme,

    dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu menerusi caraberperang tertentu, seseorang itu mesti menimbangkan kemudahan dan kebaikan yang

    mungkin dihasilkan oleh peperangan itu. Jika kemudaratan itu dijangka melebihi apa-apa

    akibat yang baik yang boleh dinikmati negara yang melancarkan peperangan itu(walaupun negara berkenaan menang), menurut etika utilitarianisme, peperangan itu

    tidak boleh di justifikasikan. Sebaliknya, peperangan serta cara peperangan itudikendalikan dianggap wajar dari segi moral oleh etika utilitarianisme jika hasilnyamembawa kebahagiaan dan kebaikan lebih daripada kesengsaraan dan penderitaan.

    Justeru itu, utilitarianisme akan menyokong tindakan mengebom bandar bandar di

    Jerman (walaupun ramai yang tidak berdosa terkorban)untuk menamatkan Perang Dunia Kedua kerana jika pihak Nazi menang, dunia ini akan

    kehilangan sifat ke manusiaannya dan kezaliman akan berleluasa. Walau apa pun, yangmenjadi masalah ialah setiap negara yang pernah berperang selalunya mendakwa

    mereka berbuat demikian untuk menegakkan kebenaran bagi kebaikan dunia, manakala

    cara serta alat peperangan canggih yang digunakan adalah wajar dari segi moral!Berbalik kepada penerangan Bentham dan Mill di atas, kita bolehlah menganggap

    penerangan Bentham dan Mill sebagai pengalaman keseronokan mestilah

    dimaksimumkan dan kesakitan diminimumkan. Jika inilah halnya prinsip utiliti, dalammeminimumkan kesakitan, akan membenarkan kita dalam situasi tertentu untuk

    melakukan perkara tidak baik atas alasan perlu bagi menyekat berlakunya sesuatu yanglebih buruk. Misalnya, kita akan dibenarkan mendera dengan keras seseorang yang telahmembuat kesalahan, malahan menghukum orang yang tidak bersalah (scapegoat) jika

    ini perlu dan mencukupi untuk mengelakkan kekacauan, kerugian, kerosakan, kejahatanatau kecelakaan lebih besar.

    Begitu juga untuk memaksimumkan keseronokan, sesuatu perlakuan yang melibatkan

    bercakap bohong, tidak menepati janji dan sebagainya yang boleh membawakebahagiaan kepada 10 orang, akan diutamakan daripada perlakuan lain yang dapat

    menjana jumlah kebahagiaan yang sama hanya kepada sembilan orang walaupun

    perlakuan yang kedua ini tidak melibatkan perkara tidak baik seperti bercakap bohong.Sekali lagi, atas prinsip memaksimumkan kebahagiaan, dalam mengagihkan sesuatu

    seperti wang atau barang kepada sekumpulan manusia, orang yang paling iri hati atau

    tamak sepatutnya mendapat lebih. Ini kerana orang biasa mudah bersyukur, tetapi orang

    yang iri hati atau tamak mesti mahu lebih daripada orang lain, barulah mereka berpuashati, seronok dan bahagia.

    Tetapi semua contoh minimumkan kesakitan dan memaksimumkan keseronokan,sebenarnya tidak adil dan berat sebelah. Oleh itu, mestilah diakui bahawa konsep utiliti

    dengan, mudah boleh berkonflik dengan prinsip keadilan.Kerumitan mendamaikan utiliti dengan keadilan (suatu prinsip atau virtue moral yang

    asas) bukan sahaja boleh menjadikan prinsip utiliti itu sebagai asas koral atau etika yang

    memuaskan.Aspek lain dalam prinsip utiliti dalam teori ini yang masih boleh diperbaiki.

    Pertama

  • 7/28/2019 52750909-teologikal

    3/7

    Keseronokan dan kesakitan ialah perasaan. Perasaan adalah subjektif. Seperti yang

    dinyatakan oleh Durkhein (1968), keseronokan atau kebahagiaan pada hakikatnya ialahsuatu perasaan atau pengalaman yang subjektif yang setiap orang menikmatinya

    mengikut kehendak sendiri.

    Oleh itu, prinsip utiliti tidak bersifat objektif tetapi subjektif atau relatif seperti jugaprinsip simpati atau antipati yang telah dikritik oleh Bentham. Beliau mengkritik dan

    memburuk-burukkan prinsip utilitinya.

    KeduaKerosakan dan kesakitan bukan sahaja subjektif, tetapi sesuatu yang disangsikan ataukabur. Mereka yang berfahaman utilitarianisme percaya bahawa kerosakan dan kesakitan

    adalah sendiri. Dan semua sensasi hanya boleh digolongkan kepada kerosakan dakesakitan. Tetapi ramai pengkritik utilitarianisme berpendapat bahawa semua

    kepercayaan dan anggapan itu tidak tepat.

    Parekh (1974), misalnya berhujah bahawa ada keadaan minda yang tidak bolehditerangkan dengan betul dan tepat bagi menggambarkan keseronokan atau kesakitan.

    Menurutnya, terdapat sensasi yang belum tercapai intensiti atau keamanan minimumtertentu, sungguhnya bukan sensasi keseronokan atau sensasi kesakitan dan terdapat

    sensasi yang enak dan enak dan kurang menyenangkan tetapi tidak menyakitkan.

    Contohnya seseorang itu sakit kepalanya. Terdapat pula sensasi yang menyakitkan tetapitidak semestinya merunsingkan atau tidak menyenangkan. Misalnya seorang ibu

    melahirkan anaknya.KetigaPrinsip utiliti menggambarkan manusia hanya sebagai pemburu keseronokan atau

    manusia itu secara naluri semestinya membenci kesakitan. Dalam hal ini, terdapat juga

    hujah yang boleh dikemukakan untuk menunjukkan bahawa gambaran tentang manusiaini tidak tepat.

    Masochists misalnya berpendapat bahawa menikmati dan suka kepada kesakitan ataumendapat kepuasan daripada kesakitan yang dilakukan terhadap dirinya sendiri. Mereka

    merasai, mengalami atau menanggung keperitan dan kesakitan kerana mendapat

    kerosakan daripada kesakitan itu. Mungkin ada juga orang lain yang menanggungkesakitan hanya kerana mereka hendak merasainya, bukan kerana menginginkannya

    dan insan ini tidak mendapat sebarang keseronokan daripada apa yang dialaminya.

    Nietzsche (1968) juga menentang idea bahawa manusia menjauhkan diri daripadakesakitan, iaitu membenci kesakitan. Beliau mengatakan bahawa untuk berusaha

    mendapatkan kuasa, manusia mesti mengatasi rintangan dan menempuh halangan.Ini ditafsirkan oleh beliau sebagai mengejar atau memburu kuasa melalui kesakitan. Olehitu, kesakitan ialah sesuatu yang wujud dalam alam ini sebagai sifat atau bahagian yang

    tetap dan semula jadi. Kesakitan tidak perlu dielakkan tetapi mesti diatasi untukmencapai kuasa. Beliau juga menggambarkan kesakitan sebagai bapa kepada segala

    keseronokan serta pendahuluan kepada segala keseronokan kerana kesakitan ialah

    pengalaman mengatasi sesuatu rintangan atau halangan.

    Dalam pernyataan prinsip utiliti ini, terdapat dua istilah lain yang perlu juga diteliti.Pertama ialah istilah kebaikan. menurut prinsip utiliti, pengalaman keseronokan mestilah

    dikaitkan dengan kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitkan dengan kejahatan. Kita

    sepatutnya menentang pengenalpastian kebaikan dengan keseronokan kerana ada nilailain yang berkait dengan kebaikan yang lebih patut dianggap sebagai matlamat hidup.

    Contohnya, kebebasan, kesihatan, ilmu. pengetahuan dan kualiti lain yang menjadikankehidupan itu berharga.

    Kesemuanya ini boleh kita akui sebagai lebih penting berbanding dengan keseronokandan sesuatu yang benar benar baik dan segi moral. Patut juga ditekankan bahawa

    terdapat keseronokan yang jahat dan hasad kerana ada manusia atau dengan kata lainsadist yang berasa seronok membunuh dan menyeksa orang lain atau memusnahkan

    harta benda orang, misalnya.

  • 7/28/2019 52750909-teologikal

    4/7

    Umumnya, perlakuan ini dianggap sebagai tidak baik, tetapi jika seseorang itu menikmati

    keseronokan melakukannya, perlakuan orang itu pasti lebih dahsyat berbanding jika diamelakukannya atas sebab lain. Misalnya, menyeksa orang lain kerana hendak

    mendapatkan sesuatu daripada pihak musuh mungkin tidak sejahat menyeksa seseorang

    kerana keseronokan.Seterusnya ialah istilah kebahagiaan. Prinsip utiliti turut menyamakan keseronokan

    dengan kebahagiaan. Ini juga sukar diterima kerana sebenarnya kedua dua istilah itupatut dibezakan. Menurut Frankena (1973), 'keseronokan' membayangkan perasaanyang agak khusus sedangkan 'kebahagiaan' tidak demikian. Berbeza dengan'kebahagiaan', 'keseronokan' membayangkan sensasi 'rendah' atau sensasi fiz ikal, iaitu

    sesuatu yang tidak mendalam atau berpanjangan berbanding dengan kepuasan jangka

    panjang dan lebih mendalam yang terdapat, pada. kebahagiaan.

    Selain itu, ungkapan seperti 'kehidupan yang menyeronokkan' menggambarkan sesuatuyang agak berbeza daripada rangkai kata 'kehidupan yang membahagiakan'. Oleh itu jika

    kita bersetuju dengan ciri-ciri keseronokan di atas, dengan menegaskan bahawa

    keseronokan ialah kebahagiaan, keraguan kita akan bertambah tentang sama adakebahagiaan mesti dilihat sebagai tujuan utama kehidupan manusia atau tidak.Akhir sekali, utilitarianisme membayang bahawa tidak kira maksud tindakan itu baik atau

    jahat, kedua-duanya boleh disukat. Dari segi kuantiti pula, yang paling baik dan jahat

    mestilah boleh diimbangi. Behtham bertanggung jawab dalam usaha menghasilkan suatukalkulus hedonok bagi keseronokan dan kesakitan dengan menggunakan tujuh keadaanatau demensi, iaitu intensiti keseronokan atau kesakitan; jangka masanya;ketentuan

    atau ketidakpastiannya; keadaan dekat atau terpencilnya; sifat kebaikannya; ketulenandan takutnya. Empat dimensi yang pertama hendaklah diambil kira dalam menilai

    keseronokan dan kesakitan.

    Perkiraan ini hanya merujuk seseorang insan dan bagi sesuatu keseronokan ataukesakitan. Tetapi apabila keseronokan atau kesakitan lain dipertimbang, dimensi kelima

    dan keenam hendaklah diambil kira. Dimensi ketujuh pula dipertimbang apabila

    perkiraan ini melibatkan lebih seorang insan. Untuk mendapatkan perkiraan tepat

    terhadap kecenderungan am sesuatu perlakuan yang melibatkan sesuatu komunititerhadap kepentingan sesuatu komuniti, Bentham mengemukakan suatu proses atau

    arahan yang terlalu panjang untuk dihuraikan di sini. Tentang kalkulus hedonik Bentham (ialah proses menyukat keseronokan dan kesakitan),perlu ditegaskan bahawa 'proses ini ialah suatu urusan yang sukar kerana menghadapi

    berbagai bagai masalah. Pertama, kerana tiada manusia yang boleh memberikan jumlah

    perasaannya dengan tepat. Contohnya intensiti keseronokan atau kesakitan yang dirasaiseseorang sukar disukat. Satu lagi masalah ialah setiap orang mengalami keseronokan

    dan kesakitan yang tidak sama dari segi mutu dan tahapnya.

    Bentham sendiri mengatakan bahawa terdapat 14 jenis keseronokan dan 12 jeniskesakitan yang berbeza antara satu sama lain dari segi kualitinya. Dan menyedari hal ini

    Mill (1964) berkata, tidak munasabah jika dalam menaksir dan menyukat keseronokanatau kesakitan, perkiraan hanya bergantung kepada kuantiti sedangkan dalam menilaiunsur lain, kuantiti dan kualiti diambil kira. Oleh sebab kualiti mempengaruhi nilai,

    timbullah pertanyaan sama ada seseorang itu boleh membuat perbandingan kuantitatifantara keseronokan dengan kesakitan yang tidak serupa dari segi kualiti.

    Selain itu, terdapat kerumitan menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan seseorang,pada masa yang berlainan dan berkait dengan pengalaman yang berbeza. Kalkulushedonik juga membandingkan perasaan individu yang berbeza. Tetapi menurut Mackie

    (1979), sukatan antara orang perseorangan menimbulkan kerumitan yang lebih besar.

  • 7/28/2019 52750909-teologikal

    5/7

    Bagaimanapun, Bentham yang menyedari masalah ini, telah menghuraikan

    perbincangannya dengan memperkenalkan 32 situasi yang mempengaruhi perasaan.Tetapi kerana situasi itu sendiri wujud dalam jumlah gabungan yang tidak terhad,

    keadaan ini tidak dapat membantu kita bagi membandingkan perasaan individu yang

    berbeza terhadap keseronokan atau kesakitan. Tegasnya, terdapat kerumitan yang tidakboleh diatasi untuk menyukat atau mengimbangi keseronokan dan kesakitan. Oleh itu,

    kenyataan ini merupakan suatu tentangan yang serius terhadap kekuatan prinsip utiliti.

    Daripada keseluruhan perbincangan kita tentang prinsip utiliti, kesimpulannya ialah kitamesti berjaga jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat utilitisebagai suatu prinsip etika mahupun pegangan dalam kehidupan. Ini kerana prinsip etika

    yang di kemukakan masih tidak kukuh dan masih boleh dipertikaikan oleh orang lain

    mahupun pihak lain.Egoisme.Ahli falsafah Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 1900) ialah seorang ahli falsafah yang

    mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan sosialiaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat.

    Ahli falsafah ini pernah menggambarnya kemoralan sosial, terutara etika agama Nasrani

    dan Yahudi, sebagai ciptaan hamba abdi ( slave morality atau herd morality). Dalambuku On the Genealogy of Morals and Ecc Homo, beliau menyentuh asal usul kemoralanhamba abdi ini. Dalam penerangannya, Nietzche pertamanya mengenal pasti duakumpulan manusia, iaitu orang biasa atau rakyat jelata dan kumpulan tuan. Kumpulantuan biasanya terdiri dari golongan bangsawan. Menurut Nietzsche pertamanya rakyat jelata lemah dan tidak berdaya walaupun dari segibilangan, lebih ramai. Kaum bangsawan pula, sungguhpun mereka kaum minor iti, adalah

    kuat, individualistik dan mempunyai iradat atau tekat untuk berkuasa dan bebas. Tekaduntuk berkuasa ini merupakan tekad kaum bangsawan untuk hidup sebagai overman

    atau superman, iaitu individu yang ingin mencapai serta menikmati kemoralan ketuanan

    ( master morality).

    Oleh sebab itu mereka lemah dan miskin, rakyat jelata ingin melindungi diri merekadaripada diekploitasi oleh kaum bangsawan yang berkuasa itu. Menurut Nietzsche, rakyat

    jelata biasanya berasa sakit hati dan menyimpan dendam terhadap kemoralan ketuanan

    yang dianuti kaum bangsawan. Rakyat jelata yang sentiasa menentang bangsawanakhirnya berjaya mendesak golongan itu mengkaji semula pendirian nilai mereka.

    Akhirnya kaum bangsawan mula mempercayai dan menganggap bahawa baik bukanlah

    bermaksud bangsawan tetapi baik ialah mengasihi dan menurut segala perintahTuhan.

    Kaum bangsawan, berikutan penentangan rakyat jelata, mula melihat diri mereka sendiri

    mereka sendiri sebagai buruk dan durjana. Mereka akhirnya menganggap bahawa ni lai

    asal mereka ( individualisme atau egoisme) sebagai salah dan terkutuk. Piawai danukuran baik dan jahat kaum bangsawan sekarang sudah menjadi piawai baik dan durjana

    bagi rakyat jelata.

    Perubahan nilai kaum bangsawan di atas telah dihasilkan dengan berkesan oleh rakyat

    jelata dengan memperkenalkan peraturan moral yang mengandungi konsep sertapengorbanan diri, rasa bersalah suara batin dendaan pahala dan dosa serta kepercayaan

    agama.

  • 7/28/2019 52750909-teologikal

    6/7

    Menurut Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya Tuhan dan agama yang

    melindungi dan menjadikan peraturan moral rakyat jelata kekal dan universal, lahirdaripada pemberontakan agung golongan majoriti ini terhadap ketuanan nilai

    bangsawan. Rakyat jelata telah berjaya menjadikan etika dan kemoralan atau perkara

    salah dan benar itu sebagai berpunca daripada perundangan tuhan.

    Usaha rakyat biasa memutlakkan peraturan moral mereka dengan mengaitkan autoriti

    agama atau Tuhan telah ditentang oleh Nietzsche kerana menurutnya, perkara inimerupakan perkembangan ke arah kemoralan hamba abdi yang merendahkan martabatmanusia seperti binatang peliharaan atau pun binatang gembala. Beliau berpendapatbahawa keadaan wujudnya manusia masih dalam proses pengubahsuaian dan belum lagi

    menguasai persekitarannya.

    Oleh itu, bergantung kepada keadaan dan apabila ada peluang, peraturan moral yang

    digubal dengan sewenang wenangnya oleh rakyat biasa hendaklah ditentang dan diubahbagi menjamin kemajuan dan kecekapan kaum bangsawan. Oleh sebab pendapat teori

    ini yang menyatakan Tuhan dan agama ciptaan rakyat biasa melindungi peraturan moraldaripada perubahan, kepercayaan itu ialah musuh kehidupan dan kebenaran bagi

    mereka. Dengan ini, konsep pahala dan dosa telah ditolak oleh mereka. Sebaliknya, dalam usaha menjadi superman, maju dan cekap, individu mesti menentangpengorbanan diri dan menggantikannya dengan pemeliharaan diri, pengasihan diri,pembesaran diri, kepentingan diri dan ego. Individu mesti juga memulihkan tekadnya

    untuk berkuasa, iaitu naluri semula jadinya yang membolehkan dia membezakan unsur

    yang boleh menguntungkan berbanding dengan yang merugikannya dan kemudianmenekan, menguasai serta mengeksploitasi unsur itu.

    Seperti yang diterangkan di atas, tekad untuk berkuasa mestilah ditafsirkan juga sebagai

    tekad untuk hidup. Menurut Nietzsche, mengeksploitasi rakyat biasa dan bukannyapengorbanan diri malah dasar atau hakikat kehidupan. Sebagai rumusan, ahli falsafah ini

    ialah seorang egois yang mahu melihat kaum bangsawan (sebagai manusia yangindividualistik) menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undang undang moral.

    Beliau mendesak agar kaum bangsawan dan egois bangkit semula dan berkuasa dalam

    lapangan moral.

    Pendapat atau falsafah Nietzsche yang diterangkan dengan ringkas di atas tentu sekaliditentang oleh mereka yang beragama. Bagi penentang falsafah ini, Nietzsche dianggap

    sebagai ateis yang tidak bermoral. Nietzsche juga ditentang oleh pendukung demokrasiserta mereka yang berjiwa masyarakat dan berfikiran sivik.

    Sesungguhnya, egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambilkira kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egoistiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela.

    Menurut Ross (1998), egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejarkepentingan diri sendiri, sebaliknya dalam banyak kes, mungkin memudaratkan orang

    lain.

    Lebih khusus lagi, kita boleh membentangkan beberapa penentangan lain terhadapfalsafah moral atau etika Nietzsche. Pertama, Nietzsche mungkin jahil tentang hakikat

    kewujudan manusia atau sengaja menyalahtafsirkannya. Akibatnya, beliau berhujah

    berasaskan maklumat dan data yang salah. Misalnya, Nietzsche berpendapat, untukmemperoleh kecekapan dan kemajuan, mereka yang lemah mesti dieksploitasikan.

    Manusia juga tidak perlu bermasyarakat atau taat kepada autoriti, malah, hendaklah

    membenci pertubuhan atau organisasi.Sejarah menunjukkan perlindungan kepada mereka yang lemah dan menderita tidak

    menjejaskan kemajuan, kekuatan dan kecekapan umat manusia dan menderita tidak

    menjejaskan kemajuan, kekuatan dan kecekapan umat manusia keseluruhannya.Kejayaan rakyat Jepun pula, misalnya kerana kesetiaan kepada maharaja mereka.

    Mereka yang kuat dan berkuasa juga tidak semestinya membenci organisasi.Nietzsche juga menentang pengorbanan diri seperti yang diamalkan oleh tentera Jepun

    (kamikazi) kerana menurut beliau, unsur ini boleh menyebabkan manusia reput dan

  • 7/28/2019 52750909-teologikal

    7/7

    mundur (mengurangkan jumlah komuniti). Pada kita ini tidak benar. Sebaliknya manusia

    seperti binatang liar dan buas akan berbunuhan sesama sendiri jika pengorbanan diritidak dipraktikkan.

    Satu lagi hujah menyokong pengorbanan diri dan menentang kepentingan diri ialah

    pembawaan atau sifat semula jadi jiwa manusia, oleh itu, tidak patut dimusnahkan