5000konvobuahbm - universiti putra malaysiapsasir.upm.edu.my/49408/1/5,000 anak pokok...

1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Jumaat, Oktober 28, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » 5,000 anak pokok buah-buahan dijual di Ekspo Pertanian Oleh Azman Zakaria Foto Noor Azreen Awang SERDANG, 17 Okt Kira-kira 5,000 anak pokok buah-buahan yang dihasilkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) termasuk pelbagai klon anak pokok durian, rambutan, jambu dan nangka dijual pada Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM ke-40, dari 20 hingga 26 Oktober ini. Anak pokok itu telah mendapat pensijilan Skim Pengesahan Bahan Tanaman yang memperakukan anak benih klon yang dikeluarkan oleh UPM itu dijamin ketulenan baka dan kualiti serta memenuhi standard yang ditetapkan Jabatan Pertanian. Pengarah Taman Pertanian Universiti (TPU) UPM, Prof. Dr Japar Sidik Bujang berkata antara anak pokok durian yang dijual ialah jenis klon D 24, D 99 (Kop Kecil), D 168 (Hajah Hasmah) dan D 197 (Raja Kunyit). Anak pokok rambutan jenis R191, anak pokok mangga jenis MA 224 Cok Anan, anak pokok nangka jenis J33 dan anak pokok jambu batu jenis GU15 juga dijual pada ekspo yang diadakan di Bukit Ekspo UPM, dari 10 pagi hingga 10 malam. Tema Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen tahun ini ialah menggungguli pertanian, menggapai reputasi antarabangsa.Beliau berkata peminat orkid juga berpeluang membeli orkid pelbagai spesies menarik pada pameran dan jualan di Astaka Orkid, Bukit Ekspo. Katanya, jualan daging lembu dan rusa UPM diadkan di Gerai Jualan Putra Mart TPU. Turut diadakan ialah Fun Ride, UPM Obstacle ChallengeRakan Muda yang menguji kekuatan fizikal dan mental berlari menempuh halangan serta peluang menaiki kuda serta memberi makan kuda, rusa dan kambing pada pameran ternakan dan mini zoo. Pengarah TPU, UPM, Prof. Dr. Japar Sidik Bujang (enam dari kanan) bersama Penolong Pengarah Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd Noor (lima dari kiri) dan Timbalan Pengarah CoSComm, Prof. Madya Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib (lima dari kanan) Pertandingan memancing diadakan pada 22 Oktober di Kolam 2 dan Kolam 3 UPM. Bersempena dengan pertandingan memancing itu, Prof. Dr Japar melepaskan kira- kira satu tan ikan patin di Kolam 2, hari ini. Sementara itu, pameran inovasi menampilkan produk racun teknoloji hijau untuk menghapus siput gondang (apple snail) yang menjadi haiwan perosak dan mengancam tanaman padi. Produk itu yang dihasilkan kumpulan penyelidik diketuai Prof. Dr. Rita Muhamad Awang dari Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian akan dipamer di gerai pameran penyelidikan sepanjang ekspo pertanian. - UPM RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 28 Oct 2016 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 28/10/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/5000konvobuahbm

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

    .CARI .

    Jumaat, Oktober 28, 2016

    | A- | A | A+| EN | RU | AR

    BERITA »

    5,000 anak pokok buah-buahan dijual di Ekspo Pertanian

    Oleh Azman ZakariaFoto Noor Azreen Awang

    SERDANG, 17 Okt – Kira-kira 5,000 anak pokok buah-buahan yang dihasilkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) termasuk pelbagai klon anak pokok durian, rambutan, jambu dan nangka dijual pada Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM ke-40, dari 20 hingga 26 Oktober ini.

    Anak pokok itu telah mendapat pensijilan Skim Pengesahan Bahan Tanaman yang memperakukan anak benih klon yang dikeluarkan oleh UPM itu dijamin ketulenan baka dan kualiti serta memenuhi standard yang ditetapkan Jabatan Pertanian.

    Pengarah Taman Pertanian Universiti (TPU) UPM, Prof. Dr Japar Sidik Bujang berkata antara anak pokok durian yang dijual ialah jenis klon D 24, D 99 (Kop Kecil), D 168 (Hajah Hasmah) dan D 197 (Raja Kunyit).

    Anak pokok rambutan jenis R191, anak pokok mangga jenis MA 224 Cok Anan, anak pokok nangka jenis J33 dan anak pokok jambu batu jenis GU15 juga dijual pada ekspo yang diadakan di Bukit Ekspo UPM, dari 10 pagi hingga 10 malam. Tema Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen tahun ini ialah “menggungguli pertanian, menggapai reputasi antarabangsa.”

    Beliau berkata peminat orkid juga berpeluang membeli orkid pelbagai spesies menarik pada pameran dan jualan di Astaka Orkid, Bukit Ekspo.

    Katanya, jualan daging lembu dan rusa UPM diadkan di Gerai Jualan Putra Mart TPU.

    Turut diadakan ialah “Fun Ride, UPM Obstacle Challenge” Rakan Muda yang menguji kekuatan fizikal dan mental berlari menempuh halangan serta peluang menaiki kuda serta memberi makan kuda, rusa dan kambing pada pameran ternakan dan mini zoo.

    Pengarah TPU, UPM, Prof. Dr. Japar Sidik Bujang (enam dari kanan) bersama Penolong Pengarah Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd Noor (lima dari kiri) dan Timbalan Pengarah CoSComm, Prof. Madya Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib (lima dari kanan)

    Pertandingan memancing diadakan pada 22 Oktober di Kolam 2 dan Kolam 3 UPM. Bersempena dengan pertandingan memancing itu, Prof. Dr Japar melepaskan kira-kira satu tan ikan patin di Kolam 2, hari ini.

    Sementara itu, pameran inovasi menampilkan produk racun teknoloji hijau untuk menghapus siput gondang (apple snail) yang menjadi haiwan perosak dan mengancam tanaman padi.

    Produk itu yang dihasilkan kumpulan penyelidik diketuai Prof. Dr. Rita Muhamad Awang dari Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian akan dipamer di gerai pameran penyelidikan sepanjang ekspo pertanian. - UPM

    RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 28 Oct 2016

    MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

    Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

    28/10/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/5000konvobuahbm