5 sebab gagal buat duit

6
5 SEBAB GAGAL BUAT DUIT & CARA MENGATASINYA Kita boleh beri berjuta alasan. Sebenarnya, semuanya boleh dirangkumkan dalam 5 sebab utama ini. Semua ini RACUN yang membunuh. Jangan gedik sangat. 5 alasan ini boleh diselesaikan dengan mudah. Mahu hapuskan semua alasan ini? Mari kita lihat apa penawarnya! Ayuh kita… 1. SAYA TIADA MODAL! Siapa kata nak bisnes perlukan modal? Siapa kata nak bisnes perlukan modal besar?

Upload: redhuan1978

Post on 23-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bisnes

TRANSCRIPT

Page 1: 5 Sebab Gagal Buat Duit

5 SEBAB GAGAL BUAT DUIT & CARA MENGATASINYA

Kita boleh beri berjuta alasan.

Sebenarnya, semuanya boleh dirangkumkan dalam 5 sebab

utama ini.

Semua ini RACUN yang membunuh.

Jangan gedik sangat. 5 alasan ini boleh diselesaikan dengan

mudah.

Mahu hapuskan semua alasan ini?

Mari kita lihat apa penawarnya!

Ayuh kita…

1. SAYA TIADA MODAL!

Siapa kata nak bisnes perlukan modal?

Siapa kata nak bisnes perlukan modal besar?

Page 2: 5 Sebab Gagal Buat Duit

INGAT: Kita nak buat duit, bukan nak buat bisnes, bukan nak

buat kedai, bukan nak buat iklan Facebook atau banner atau

signboard.

Nak buat servis penghantaran makanan ke pejabat? Boleh

terus buat!

Tak pandai masak? Minta tolong / upah mak atau makcik atau

jiran sebelah masakkan.

Panjat tangga pejabat dan offer servis pada mereka. Ambil

order.

Berapa modal? Kos bahan-bahan pasar dan upah masak je.

Kalau tiada modal langsung, ambil pre-order, minta mereka

bayar dulu.

Nak berniaga barang bayi / t-shirt muslimah / produk kurus

/ makanan sunnah / krim pelebat rambut? Buat la dropship!

Dah dapat duit dari pembeli, baru bayar kepada supplier.

Supplier juga yang akan hantarkan kepada pembeli.

Masih rasa anda perlu modal?

2. SAYA TAKUT GAGAL/RISIKO!

Takut rugi.

Page 3: 5 Sebab Gagal Buat Duit

Takut hilang duit beratus ribu.

Mudah saja.

Kalau kita cuba buat dalam skala kecil, boleh rugi besar

ke?

Kalau buat dropship, apa jadi kalau orang tak beli? Tak rugi

apa. Rugi masa sikit je.

Kalau kita buat servis hantar makan tadi, apa jadi kalau orang

tak beli? Penat sikit la naik tangga turun tangga tu. Tapi tak rugi

apa pun.

Kita boleh cari jalan yang tak merugikan dan tak perlu risiko

besar.

JANGAN mula bisnes dengan modal melebihi RM500 (contoh,

ikut sedap sendiri la berapa nak).

Lagi satu, biasalah benda baru… Perlu biasakan diri dulu.

Kalau tak reti berenang, duduk la main-main air dulu. Celup

kaki sikit-sikit. Lepas tepi tu sikit, celup kepala sikit. Kalau terus

terjun 5 meter dalam, memang la lemas.

Tapi jangan la duduk bertenggek je tepi kolam sampai tak

turun-turun. Kalau gitu, sampai ke sudah tak berenang.

Page 4: 5 Sebab Gagal Buat Duit

Beranikan diri sikit-sikit.

Lagipun, nanti lepas kita alami dan kita tengok semula benda

yang kita takut tu, kita akan rasa: Laaaa… Itu ke benda yang

aku takut sangat?

NEXT!

3. SAYA TAK CUKUP X!

X boleh jadi macam-macam perkara.

X = ilmu

X = modal (lihat atas)

X = keberanian (lihat atas)

Dan macam-macam lagi.

Tetapkan apa yang kita perlu tahu. Kita tak perlu tahu

semua.

Kita tak perlu tahu memandu laju kalau pegang stereng pun

terketar-ketar. Kita perlu belajar dulu memandu perlahan.

Kemudian, BUAT dan PRAKTIS.

Buat apa tunggu nak belajar teori sampai ke memandu fighter

jet baru nak sentuh stereng Kancil?!

Page 5: 5 Sebab Gagal Buat Duit

Kita tak perlu tahu ilmu Theoretical Physics sebelum mula buat

latihan 1 + 1 = 2. Kan?

Pastikan HANYA cari benda yang PERLU. Bukan yang poyo-

poyo tapi tak berguna buat masa sekarang.

4. SAYA TAK PANDAI MARKETING!

Ini sambungan dari No 3.

Ya, perlu tahu marketing. Tapi perlu ke belajar sampai belajar

‘1001 cara menjual’ atau ‘cara menjual kepada CEO Fortune

500’?

Tak perlu!

Cukup la belajar marketing asas macam saya ceritakan

sebelum ni:

>> KLIK LINK.

Buat terus! Jangan tunggu sempurna atau belajar tinggi-tinggi

baru nak praktis.

Perlu ke nak belajar kelas platinum, uranium, plutonium

bayar sampai RM15,000 tu?

Tak payah!

Page 6: 5 Sebab Gagal Buat Duit

5. SAYA TIADA PRODUK!

Zaman sekarang ni, produk bersepah.

Ramai pengeluar produk mencari ejen jualan atau dropship.

Petik saja!

Tak tahu produk mana laku? Ada saja cara untuk spy produk

mana yang laku keras. Gunakan alat-alat percuma yang ada di

internet ni.

Sebenarnya… ramai orang yang ada produk tapi tak

laku! Beli produk MOQ sampai 1000 unit tapi buat sendal katil

sendal pintu, duduk bawah tangga.

Sebenarnya… produk tak penting.

SKIL paling penting ialah: MENGESAHKAN ada permintaan

untuk produk, buat market research. BUKAN skil buat produk.

Dan, kita tak perlu masa yang lama untuk SAHKAN kehendak

pasaran.

Dalam masa 24-48 jam, dengan cara yang betul, kita boleh

pastikan ada market untuk produk yang kita mahu jual.