4535683 faktor utama keberkesanan pelaksanaan kurikulum

Upload: ctamina

Post on 08-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 4535683 Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

    1/9

    April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANANPELAKSANAAN KURIKULUM]

    KURIKULUM

    Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada laluan

    dalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut, perkataan

    kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan laluan atau laluan-laluan.

    Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan

    pembelajaran yang berkembang iaitu apa itu persekolahan. Ahli progresif dan

    behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang

    kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan

    kemasyarakatan dan strategi-strategi pengajaran.

    Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi

    kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan

    pembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan pelajar

    untuk pembelajaran; bagaimana dan di mana kurikulum dilaksanakan (Dillard &

    Laidig, 1998). Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah

    atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan.

    Sebenarnya terdapat dua jenis kurikulum utama iaitu kurikulum formal dan

    tersembunyi.

    Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankansupaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan

    satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku

    di bilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada

    kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan

    dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan

    eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata

    pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas (Ornstein,

    A.C. & Hunkins, F, 1983).

    Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak

    formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum tak rasmi atau terlindung atau

    tak formal. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia

    merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah

  • 8/6/2019 4535683 Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

    2/9

    April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANANPELAKSANAAN KURIKULUM]

    tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari

    peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk

    oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman

    guru dan murid.

    Oleh itu, beberapa pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi

    ini antaranya ialah kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara

    penyampaian dengan menggunakan pelbagai strategi, kurikulum akan dibina

    sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan, bahan, pengalaman dan

    sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam

    struktur teras kurikulum.

    FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM

    Ilmu dan kandungan kurikulum

    Kemahiran guru

    Premis

    Sumber

    Murid

    Kurikulum berpusat

    Faktor 1: Ilmu dan kandungan kurikukulum

    Kurikulum prasekolah mengandungi 6 komponen pembelajaran iaitu:

    Komponen Bahasa dan Komunikasi

    Merupakan media pengantara yang digunakan oleh guru dan kanak-

    kanak di prasekolah. Kefahaman dan pertuturan kanak-kanak berbeza

    mengikut tahap kumpulan umur. Ia adalah penting supaya guru

    memahami cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Pengajaran akan lebihberkesan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan

    tahap keupayaan kanak-kanak berbahasa dan berkomunikasi.

    Komponen Perkembangan Kognitif

  • 8/6/2019 4535683 Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

    3/9

    April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANANPELAKSANAAN KURIKULUM]

    Kanak-kanak akan menggunakan deria bagi meneroka dan memahami

    persekitaran mereka. Penemuan ini dianggap sebagai proses kognitif bagi

    mengalami, memahami dan mengetahui. Guru dan ibu bapa perlu

    menyedari pemikiran kanak-kanak adalah berbeza khususnya kanak-

    kanak di prasekolah. Pada peringkat ini, kanak-kanak membina konsep

    dengan menggunakan bahan yang konkrit. Aktiviti yang melibatkan

    perkembangan kognitif perlu dilaksanakan secara tidak formal.

    Komponen Pendidikan Kerohanian dan Moral

    Menyedari dan percaya pada Tuhan, bersyukur dengan pemberian Tuhan,

    berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur ini amat

    penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang

    kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan,

    berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

    Komponen Perkembangan Sosioemosi

    Kanak-kanak berpuas hati dan yakin apabila dapat melakukan dengan

    mencapai kemahiran menerusi daya usaha sendiri. Kanak-kanak perlumenyesuaikan diri dengan rakan sebaya, keluarga dan ahli komuniti

    persekitarannya. Guru di prasekolah perlu memupuk nilai-nilai rohani dan

    moral yang sesuai dengan peringkat kefahaman kanak-kanak supaya

    diamalkan semasa berinteraksi dengan orang lain.

    Komponen Perkembangan Fizikal

    Tubuh badan yang sihat memerlukan makanan dan aktiviti pergerakan

    yang dapat membantu pertumbuhan kanak-kanak. Aktiviti fizikal pada

    peringkat prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap umur

    dan keupayaan kanak-kanak. Aktiviti perkembangan fizikal perlu meliputi

    pergerakan motor halus dan motor kasar.

    Komponen Kreativiti Dan Estetika

  • 8/6/2019 4535683 Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

    4/9

    April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANANPELAKSANAAN KURIKULUM]

    Kreativiti adalah proses dan bukan dilihat daripada penghasilannya.

    Setiap peringkat umur kanak-kanak memperlihatkan hasil kreativiti yang

    berbeza. Oleh itu, sebarang hasil karya yang dihasilkan adalah mengikut

    tahap perkembangan murid itu sendiri.

    Kurikulum atau aktiviti yang dirancang oleh guru seharusnya

    menghubungkaitkan di antara satu komponen yang lain supaya kanak-kanak

    mendapat pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh. Bahan atau

    kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan keperluan

    kanak-kanak supaya setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam

    pengalaman pembelajaran. Kandungan kurikulum hendaklah sesuai dengan

    tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran,bina

    sikap positif dan akhlak yang baik. Meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke

    arah penyuburan potensi yang optimum.

    Faktor 2: Kemahiran guru

    Guru prasekolah diwajibkan memperoleh latihan bidang pendidikan prasekolah.

    Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak adalah

    mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat. Guru hendaklah merancangaktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran

    dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.

    Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak

    adalah mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka boleh buat. Guru

    hendaklah merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi

    peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.

    Guru yang berkemahiran juga perlu merancang dan melaksanakan aktiviti

    prasekolah yang menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku

    disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak.

    Guru perlu mempunyai pengetahuan psikologi kanak-kanak, serta prihatin

    kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan,minat dan latar belakang

    serta peka terhadap perubahan dan revolusi dunia pendidikan masa kini.

  • 8/6/2019 4535683 Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

    5/9

    April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANANPELAKSANAAN KURIKULUM]

    Guru haruslah mempunyai kualiti seperti berikut;

    Kualiti HuraianKecindan i. Suasana yang ceria membantu

    perkembangan emosi kanak-kanak.ii. Suasana yang ceria juga mendorong minat

    belajar.Anjal i. Guru perlu bersikap boleh mudah ubah dan

    menjangka perubahan.

    ii. Guru dapat mengubah suai aktiviti yang

    dirancang jika keadaan tidak sesuai tetapi

    matlamat pengajaran dapat dicapai.Mesra i. Guru dapat menyesuaikan diri dengan

    kanak-kanak.

    ii. Kemesraan guru dapat mengimbangkan

    emosi kanak-kanak (perubahan emosi).Matang i. Ketika berhadapan dengan masalah kanak-

    kanak.

    ii. Masalah peribadi tidak dibawa ke kelas.

    iii. Profesional terhadap tugas.Bersikap terbuka i. Memberi peluang kepada kanak-kanak

    untuk memberi pendapat.

    ii. Kanak-kanak yang diterima pendapatnya

    akan merasa dirinya dihargai dan

    meningkatkan keyakinan diri.Anjakan i. Bersedia mempelajari pengetahuan

    dan maklumat baru dan

    menyesuaikan dengan perubahan

    persekitaran.

    Menyediakan

    persekitaran yang

    menarik

    i. Bahan bantu belajar yang sesuai

    dengan umur dan tahap

    perkembangan kognitif.

    ii. Susun atur alatan dalam keadaan

    selamat dan mudah digunakan.Kecekapan bahasa i. Menggunakan laras bahasa dengan

  • 8/6/2019 4535683 Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

    6/9

    April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANANPELAKSANAAN KURIKULUM]

    mudah dan sesuai dengan tahap

    usia dan pengalaman kanak-kanak.

    ii. Guru perlu menggunakan bahasa

    yang mudah untuk melambangkan

    sesuatu yang konkrit dan dapat

    diimaginasikan maksudnya dengan

    jelas.Penyelesaian masalah i. Guru perlu menggunakan teknik bimbingan

    yang sesuai dengan kanak-kanak.

    Contohnya:

    Peneguhan

    Time-out (pengasingan masa)

    Token economy

    Faktor 3: Premis

    Premis prasekolah yang kondusif merupakan faktor utama dan pendorong

    perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang. Premis haruslah

    selesa dan selamat, riang serta penuh kasih sayang. Persekitaran premis

    seharusnya mencabar dan boleh mengayakan pengalaman mereka.

    Premis perlulah mempunyai 3 bahagian iaitu;

    Luar bangunan

    Dalam bangunan, dan

    Lanskap.

    Dalam bangunan;

    Saiz ruang yang menepati syarat penubuhan sebuah prasekolah

    Bentuk bilik segi empat lebih sesuai dan mudah disusun kerana laluan

    trafik selesa dan memudahkan pergerakan, guru mudah menyelia kanak-

    kanak, kanak-kanak mudah berinteraksi dengan rakan sebaya.

    Plug elektrik mestilah berada pada kedudukan yang tidak boleh dicapai

    ileh kanak-kanak dan selamat.

  • 8/6/2019 4535683 Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

    7/9

    April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANANPELAKSANAAN KURIKULUM]

    Dinding disediakan untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid dengan

    kreatif. Pemilihan warna dinding sesuai dengan konsep kanak-kanak.

    Tingkap dan pintu;

    (i) Membantu pencahayaan (ruang melukis dan membaca)

    (ii) Pintu kecemasan tidak dibenarkan meletak sebarang bentuk

    penghalang

    (iii) Pintu ruang ke dapur hendaklah ada penghadang pintu dan

    sentiasa diawasi.

    Faktor 4: Sumber

    Maklumat atau bahan yang digunakan mempunyai daya penarik bagi menarik

    minat pelajar. Sumber yang asli dan tidak diubahsuai. Sumber yang tepat dan

    benar serta boleh diterima secara logik oleh murid

    Faktor 5: Murid / kanak-kanak

    Kanak-kanak yang sentiasa didorong oleh semangat ingin tahu. Semangat ingin

    tahu menyebabkan mereka sentiasa cerdas dan cenderung untuk

    berkomunikasi. Semangat ingin tahu pada kanak-kanak tidak boleh disekat.

    Kanak-kanak perlu menguasai penggunaan otot kasar, otot halus dan koordinasi

    pergerakan mata dan tangan. Interaksi yang mesra antara murid dengan guru,

    pengasuh, rakan sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan.

    Faktor 6: Kurikulum Berpusat

    Terdapat 4 prinsip pembelajaran kanak-kanak prasekolah iaitu:

    Pembelajaran melalui pengalaman dan bahan maujud ditekankan.

    Bermain sambil belajar dalam suasana riang diutamakan.

    Pembelajaran hendaklah dijalankan secara bersepadu.

    Interaksi mesra antara kanak-kanak dengan guru, pengasuh, rakan

    sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan.

    Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan

    mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan

  • 8/6/2019 4535683 Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

    8/9

    April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANANPELAKSANAAN KURIKULUM]

    ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilainya

    diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran.

    Perkembangan kurikulum, sebagai satu proses, merupakan putaran asas

    yan mengandungi : menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai.

    Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan

    menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan.

    Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan

    oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan.

    Di bawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti

    kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan

    untuk membentuk kurikulum formal. Pembentukkan dan perubahan dalam

    kurikulum dipengaruhi oleh polisi-polisi kerajaan, matlamat dan keutamaan

    program, keperluan negara dan masyarakat, keperluan individu serta keperluan

    menyeluruh.

    RUJUKAN

    Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak.

    Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur. (1998). Siri Bimbingan Diploma

  • 8/6/2019 4535683 Faktor Utama Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

    9/9

    April 21, 2008[PKMP_FAKTOR UTAMA KEBERKESANANPELAKSANAAN KURIKULUM]

    Perguruan Psikologi 2. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Mok Soon Sang. (2006). Pengantar Pendidikan Teras. Subang Jaya :

    Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Prof Madya Dr. Bustam Kamri. (2007). Pendekatan dan Kurikulum dalam

    Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

    Ishak Alishah Ahmad. (2003). Panduang Pengajaran Bertema Prasekolah.

    Kajang: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.