4.3 teknikal penghakiman pesta pantun rendah

13
PANDUAN PENGHAKIMAN (Panduan Untuk Taklimat Kepada Hakim) 1. PENDAHULUAN Dalam Pesta Pantun ini hakim memainkan peranan yang sangat penting. Bagi para peserta, hakim ialah orang yang arif dan faham secara mendalam mengenai pantun dan perkara-perkara yang berkait dengan puisi lama ini. Hakim juga mestilah sekurang-kurangnya dapat membezakan antara pantun yang baik dengan pantun yang kurang baik hanya melalui pendengaran secara lisan dan spontan serta pemerhatian mereka terhadap pemantun berkenaan. Walau bagaimanapun, hakim mestilah adil, objektif dan tidak mendatangkan keraguan kepada sesiapa pun. Keputusan hakim yang muktamad tidak boleh dijadikan alasan untuk melaksanakan tugas ini tanpa komitmen dan rasa tanggungjawab. 2. JENIS PANTUN Hanya pantun empat kerat sahaja diterima, dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya untuk maksud. Pantun yang dijual mesti merupakan soalan dan pantun yang dibeli pula merupakan pantun yang menjawab soalan berdasarkan tema. Pantun. yang dianggap paling baik terutama dalam konteks pesta ini ialah pantun yang mempunyai ciri-ciri berikut : Rima awal , tengah dan akhir bait mestilah a/b/a/b. Suku kata pada setiap baris seelok-eloknya antara 8 -12 (kurang lebih 4 patah perkataan yang bersuku kata 2 atau 3) Pembayang maksud mesti dipetik daripada keindahan alam semula jadi termasuk karenah hati budi manusia. Pantun yang mengutamakan suasana, iklim dan kebudayaan Malaysia adalah ditekankan. Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermakna bahawa pantun-pantun yang baik mesti mempunyai unsur- 75

Upload: bambee255

Post on 18-Nov-2015

57 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

PJK

TRANSCRIPT

ETIKA PENGHAKIMAN

PANDUAN PENGHAKIMAN

(Panduan Untuk Taklimat Kepada Hakim)

1. PENDAHULUAN

Dalam Pesta Pantun ini hakim memainkan peranan yang sangat penting. Bagi para peserta, hakim ialah orang yang arif dan faham secara mendalam mengenai pantun dan perkara-perkara yang berkait dengan puisi lama ini. Hakim juga mestilah sekurang-kurangnya dapat membezakan antara pantun yang baik dengan pantun yang kurang baik hanya melalui pendengaran secara lisan dan spontan serta pemerhatian mereka terhadap pemantun berkenaan.

Walau bagaimanapun, hakim mestilah adil, objektif dan tidak mendatangkan keraguan kepada sesiapa pun. Keputusan hakim yang muktamad tidak boleh dijadikan alasan untuk melaksanakan tugas ini tanpa komitmen dan rasa tanggungjawab.

2. JENIS PANTUN

Hanya pantun empat kerat sahaja diterima, dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya untuk maksud.

Pantun yang dijual mesti merupakan soalan dan pantun yang dibeli pula merupakan pantun yang menjawab soalan berdasarkan tema.Pantun. yang dianggap paling baik terutama dalam konteks pesta ini ialah pantun yang mempunyai ciri-ciri berikut :

Rima awal , tengah dan akhir bait mestilah a/b/a/b.

Suku kata pada setiap baris seelok-eloknya antara 8 -12

(kurang lebih 4 patah perkataan yang bersuku kata 2 atau 3)Pembayang maksud mesti dipetik daripada keindahan alam semula jadi termasuk karenah hati budi manusia.

Pantun yang mengutamakan suasana, iklim dan kebudayaan Malaysia adalah ditekankan. Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermakna bahawa pantun-pantun yang baik mesti mempunyai unsur-unsur lama dan bertradisi. Unsur-unsur kemajuan, perkembangan ilmu dan budaya semasa dan mutakhir yang disisipkan ke dalam pantun hingga menggambarkan bahawa pantun itu dapat dipengaruhi oleh kemodenan isi tetapi dapat bertahan dari segi bentuk dan format adalah sangat digalakkan. Pantun-pantun sebegini juga dianggap baik dan sangat sesuai.

3. PEMARKAHAN

Menghakimi perkara-perkara di atas tidak begitu sukar kerana agak objektif. Berdasarkan pengalaman, kesukaran menilai akan timbul apabila hakim berhadapan dengan beberapa perkara yang lain. Oleh itu, sedikit panduan tambahan adalah difikirkan wajar untuk tatapan serta pertimbangan hakim-hakim dalam pelbagai peringkat pertandingan.

Pantun yang dipersembahkan dengan nada dan intonasi yang berirama sederhana tetapi dapat menimbulkan mood pantun yang dicipta itu dan bersesuaian pula dengan isi yang hendak disampaikan wajar mendapat markah persembahan yang tinggi. Sebaliknya jika penjual atau pembeli pantun tergagap-gagap dan teragak-agak sehingga kelihatan cacat dan cela pantunnya maka markah persembahan haruslah dikurangkan. Seperti yang dinyatakan tadi, setiap pantun yang dijual mestilah mempunyai SATU soalan yang jelas. Pantun jualan yang merupakan penyataan dan bukan merupakan soalan tidak diterima dan diberi 0 markah isi.

Pantun yang mempunyai dua soalan akan diberi 0 markah isi, manakala pembeli pantun mesti menjawab satu soalan sahaja daripada soalan yang dikemukakan berdasarkan tema yang ditetapkan.Pantun jualan yang tidak mengikut tema tidak akan diberi sebarang markah isi. Walau bagaimanapun, pembeli pantun yang menjawab soalan pantun berdasarkan tema diberi antara 4 hingga 8 markah sahaja.

Pantun yang dibeli mestilah menjawab soalan yang dikemukakan dalam setiap pusingan Jawapan yang tidak tepat akan dikurangkan markah isi tetapi pantun 'pelarian' yang jelas menunjukkan sikap tidak ingin berfikir atau kecewa akan diberi 0 markah.Bahasa Me!ayu baku mesti digunakan dalam semua aspek seperti sebutan, tatabahasa, struktur ayat dan kosa kata. Markah bahasa akan dikurangkan sekiranya tidak menggunakan bahasa Melayu baku.Memilih perbendaharaan kata yang mempunyai nilai estetik yang tinggi untuk menunjukkan penciptaan pantun yang matang dan bermutu adalah digalakkan. Pantun yang mempunyai unsur-unsur aliterasi dan asonansi perlu diberikan ganjaran markah yang sewajarnya.

Sekiranya pembeli pantun dapat membeli pantun yang soalannya kurang jelas maksudnya dengan penuh bijaksana menggunakan kiasan dan perlambangan layak mendapat markah yang sewajanya.Semasa membeli pantun, kecekapan individu adalah diutamakan. Perbincangan dan sebarang bentuk bantuan antara ahli kumpulan tidak dibenarkan. Jikalau keadaan ini berlaku, sejumlah 50 markah keseluruhan pasukan akan dipotong. Pemantun dikehendaki membeli pantun dalam masa 90 saat. Sekiranya pemantun tidak dapat membeli dalam masa yang ditetapkan, 0 markah diberikan.

4. PERTIMBANGAN DAN WAJARAN

Semua pemarkahan adalah sulit dan para hakim mempunyai pertimbangan yang muktamad. Jawatankuasa Induk Pesta Pantun menyerahkan penilaian pertandingan pantun kepada hakim-hakim dengan kreativiti dan budi bicara mereka masing-masing. Kadar pemarkahan ialah:BIDANGMARKAH

ISI

10

BAHASA10

PERSEMBAHAN5

PEDOMAN BERPANTUN DALAM PESTA PANTUN

Contoh:

P1:Kain belacu pembungkus permata,

Disimpan bersama tebu sekerat;

Anak dan cucu orang berharta,

Mengapakah si tua dibiar melarat.

Tema: masyarakat penyayang

P2:Pohon kemboja pohon mengkuang,

Ditanam berjajar si gadis sunti;

Pahlawan berjasa di medan juang,

sumbangan pelajar apakah bukti.

Tema: patriotisme

P3:Burung kedidi hinggap di dahan,

Turun ke tanah di pinggir kota;

Bergoyang budi runtunan kemajuan,

Musnahkah maruah kerana harta

Tema: bebas

Contoh pantun yang tidak diterima:

Seuncang butang di atas kerusi,

Pari-pari di inderaloka;

Bulan dan bintang menjadi saksi,

Janji dimungkiri teruna dan dara.

(tidak menyoal, pembayang maksud tiada pertalian idea.)

Pohon jelutung tinggi menjulang,

Pohon berangan di rimbun lalang;

Apakah untung apakah malang,

Burung di tangan disambar helang.

(pantun berkias)

Daun budi ukiran pendeta,

Ukiran tercipta di tengah rumah;

Musnahkah budi kerana cinta,

Punahkah cinta kerana fitnah.

(mengandungi dua soalan)

Tumbuh melata pohon angsana,

Rumpun rendang dipandang cantik;

Saudara terkenal bijak laksana,

Berapakah dalam lautan Atlantik

(soalan berbentuk kuiz)

Mat Rock lepak di Dataran Merdeka,

Tunggu awek tapi tak datang;

Gua dah cakap lu tak caya,

Ngapa nak tunggu orang tak cayang (pantun tercemar)

Dua tiga kucing berlari,

mana nak sama si kucing belang;

Buka tv Malaysia Hari Ini,

Semoga anda ceria cemerIang.

(pantun ciplak/plagiat)

Kopi di cawan masih berwap,

Minuman teruna bersopan santun;

Pertanyaan tuan mudah dijawab,

Jumpalah saya selepas berpantun.

(pantun pelarian)

Contoh pantun yang sempurna:

Burung melayang di Kota Tampin,

Kota terpenciI di hujung desa;

Masyarakat penyayang wawasan pemimpin,

Mengapakah si kecil masih diseksa.

Pohon kemboja di pinggir desa,

Rimbun daunnya hiasan taman;

Si kecil tak berdosa masih diseksa,

Kerana manusia berhati haiwan.

PANDUAN UNTUK PEMANTUN

1.

2.

3.

4.

5.

6.6.

7.

8.

9.

10.

11.12.Bukan pantun jual

Pembayang maksud tiada pertalian Dua soalan dalam satu pantun

Lari/tidak menepati tema

Tidak baku - sebutan

Pantun jual berbentuk kuiz

Pantun jawapan pelarian

Perbincangan

Tergagap/tersekat-sekat

Pantun ciplakpembayang dan maksud

Pantun tercemarCiplak sebaris- 0 markah isi

- tolak markah bahasa

- 0 markah isi

- 0 markah isi

- tolak markah persembahan- 0 markah isi- 0 markah isi

- tolak 50 markah keseluruhan

pasukan- tolak markah persembahan

- Tolak markah bahasa- tolak markah bahasa- tolak markah bahasa

- tolak markah bahasa

(HAKIM PERTAMA - ISI : 10 MARKAH)

PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAHNama Peserta:

Sekolah:

Pertandingan:

Nama Hakim:

PUSINGAN PERTAMA

Jualan PantunBelian Pantun

(a) Ketepatan Soalan

(10 Markah)(b) Ketepatan Belian

(10 markah)Jumlah (a) + (b)

(a) =

(b) =

PUSINGAN KEDUA

Jualan PantunBelian Pantun

(a) Ketepatan Soalan

(10 markah)(b) Ketepatan Belian

(10 markah)Jumlah (a) + (b)

(a) =

(b) =

PUSINGAN KETIGA

Jualan PantunBelian Pantun

(a) Ketepatan Soalan

(10 Markah)(b) Ketepatan Belian

(10 markah)Jumlah (a) + (b)

(a) =

(b) =

Untuk Perhatian Hakim Pertama

ketepatan soalan/jawapan Jelas/sesuai dengan tema ( 10 markah )

(a) Satu soalan yang jelas. Jika lebih daripada satu soalan dan soalan

itu pula berupa penyataan dan bukan soalan, 0 markah diberikan.

(b) Jualan pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan - 0 markah

markah

(c) Jawapan yang merupakan pelarian yakni tidak menjawab soalan, 0 markah.

(d} Jawapan bagi soalan tanpa diberikan markah (seperti dalam a, b, dan c ) di atas wajarlah diberikan antara 4 - 8 markah mengikut budi bicara.JUMLAH PUNGUTAN MARKAH

Tandatangan Hakim:

(HAKIM KEDUA - ISI : 10 MARKAH)

PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAHNama Peserta:

Sekolah:

Pertandingan:

Nama Hakim:

PUSINGAN PERTAMA

Jualan Pantun (a)Belian Pantun (b)

Padat/Jitu

(5 Markah)Nilai susila

(5 Markah)Padat/Jitu

(5 Markah)Nilai susila

(5 Markah)Jumlah (a) + (b)

(a) =

(b) =

PUSINGAN KEDUA

Jualan Pantun (a)Belian Pantun (b)

Padat/Jitu

(5 Markah)Nilai susila

(5 Markah)Padat/Jitu

(5 Markah)Nilai susila

(5 Markah)Jumlah (a) + (b)

(a) =

(b) =

PUSINGAN KETIGA

Jualan Pantun (a)Belian Pantun (b)

Padat/Jitu

(5 Markah)Nilai susila

(5 Markah)Padat/Jitu

(5 Markah)Nilai susila

(5 Markah)Jumlah (a) + (b)

(a) =

(b) =

Untuk Perhatian Hakim Kedua

Padat & Jitu (5 markah)

(a) Pemilihan kosa kata yang indah dan tiada kesalahan bahasa.

(b) Susunan kata yang betul

Bernilai Susila (5 markah)(a) Pantun boleh dijadikan panduan/pedoman dalam kehidupan seharian

JUMLAH PUNGUTAN MARKAH

Tandatangan Hakim:

(HAKIM KETIGA - BAHASA : 10 MARKAH)

PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAHNama Peserta:

Sekolah:

Pertandingan:

Nama Hakim:

PUSINGAN PERTAMA

Jualan Pantun (a)Belian Pantun (b)

Pola Rima

(5 Markah)Suku Kata

(5 Markah)Pola Rima

(5 Markah)Suku Kata

(5 Markah)Jumlah (a) + (b)

(a) =

(b) =

PUSINGAN KEDUA

Jualan Pantun (a)Belian Pantun (b)

Pola Rima

(5 Markah)Suku Kata

(5 Markah)Pola Rima

(5 Markah)Suku Kata

(5 Markah)Jumlah (a) + (b)

(a) =

(b) =

PUSINGAN KETIGA

Jualan Pantun (a)Belian Pantun (b)

Pola Rima

(5 Markah)Suku Kata

(5 Markah)Pola Rima

(5 Markah)Suku Kata

(5 Markah)Jumlah (a) + (b)

(a) =

(b) =

Untuk Perhatian Hakim Ketiga

Pola Rima (5 Markah) / Suku Kata Dalam Baris (5 Markah)

(a) Rima di hujung baris (3 markah) dan rima di tengah baris (2 markah)

(b) Suku kata dalam baris antara 8 - 12 suku kata (5 markah)JUMLAH PUNGUTAN MARKAH

Tandatangan Hakim:

(HAKIM KEEMPAT - BAHASA : 10 MARKAH)

PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAHNama Peserta:

Sekolah:

Pertandingan:

Nama Hakim:

PUSINGAN PERTAMA

Jualan Pantun (a)Belian Pantun (b)

Pembayang Maksud

(6 Markah)Kaitan Maksud

(4 Markah)Pembayang Maksud

(6 Markah)Kaitan Maksud

(4 Markah)Jumlah (a) + (b)

(a) =

(b) =

PUSINGAN KEDUA

Jualan Pantun (a)Belian Pantun (b)

Pembayang Maksud

(6 Markah)Kaitan Maksud(4 Markah)Pembayang Maksud

(6 Markah)Kaitan Maksud

(4 Markah)Jumlah (a) + (b)

(a) =

(b) =

PUSINGAN KETIGA

Jualan Pantun (a)

Pembayang Maksud

(6 Markah)Kaitan Maksud

(4 Markah)Pembayang Maksud

(6 Markah)Kaitan Maksud

(4 Markah)Jumlah (a) + (b)

(a) =

(b) =

Untuk Perhatian Hakim Keempat

Pembayang maksud ( 6 markah ) / Kaitan Maksud ( 4 markah )

(a) Terdapat kesinambungan / hubungan antara baris 1 dan baris 2 (6 markah)

(Hubungan keindahan unsur alam & karenah hati manusia)

(b) Kesesuaian antara 2 baris pembayang dan maksud (4 markah)

JUMLAH PUNGUTAN MARKAH

Tandatangan Hakim:

(HAKIM KELIMA PERSEMBAHAN : 10 MARKAH)

PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAHNama Peserta:

Sekolah:

Pertandingan:

Nama Hakim:

PUSINGAN PERTAMA

Jualan Pantun (a)Belian Pantun (b)

Gerak Geri

(3 markah)Intonasi & Jeda

(3 markah)Kelancaran (2 markah)Sebutan Baku

(2 markah)Gerak Geri

(3 markah)Intonasi & Jeda

(3 markah)Kelancaran (2 markah)Sebutan Baku

(2 markah)Jumlah

(a) + (b)

PUSINGAN KEDUA

Jualan Pantun (a)Belian Pantun (b)

Gerak Geri

(3 markah)Intonasi & Jeda

(3 markah)Kelancaran (2 markah)Sebutan Baku

(2 markah)Gerak Geri

(3 markah)Intonasi & Jeda

(3 markah)Kelancaran (2 markah)Sebutan Baku

(2 markah)Jumlah

(a) + (b)

PUSINGAN KETIGA

Jualan Pantun (a)Belian Pantun (b)

Gerak Geri

(3 markah)Intonasi & Jeda

(3 markah)Kelancaran (2 markah)Sebutan Baku

(2 markah)Gerak Geri

(3 markah)Intonasi & Jeda

(3 markah)Kelancaran (2 markah)Sebutan Baku

(2 markah)Jumlah

(a) + (b)

Untuk Perhatian Hakim Kelima

Gerak Geri yang seimbang (3 markah) / Intonasi & Jeda (3 markah)

Kelancaran (2 markah) dan Sebutan baku (2 markah)(a) Gerak geri tangan, jelingan dan senyuman seimbang dengan pantun

(3 markah)

(b) Intonasi : Nada pemisah antara pembayang dengan maksud

Jeda : Nada / Hentian sebutan pada suku kata setiap baris (3 markah)

(c) Kelancaran : Tanpa kegagapan & pengulangan (2 markah)

(d) Sebutan baku (2 markah)

JUMLAH PUNGUTAN MARKAH

Tandatangan Hakim:

BORANG PEMARKAHAN

PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAHNAMA HAKIM:

12345

PESERTA

SKPUSINGANJUMLAH

123

A.

B.

C.

JUMLAH

PESERTA

SK PUSINGANJUMLAH

123

1.

2.

3.

JUMLAH

BORANG REKOD PENGIRAAN MARKAH

NEGERI:

NAMA SEKOLAH:

Nama PemantunHakim 1Hakim 2Hakim 3Hakim 4Hakim 5Jumlah Markah

A.

B.

C.

Jumlah Pungutan Markah

NEGERI:

NAMA SEKOLAH:

Nama PemantunHakim 1Hakim 2Hakim 3Hakim 4Hakim 5Jumlah Markah

1.

2.

3.

Jumlah Pungutan Markah

PEMENANG:

PEMANTUN TERBAIK:

PANEL HAKIMTANDATANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

75

76

77

78

73

79

80

81

82

83

84

85

86

PAGE