4. teknik penulisan sejarah - bentuk

8
Gaya Penulisan Sejarah naratif, deskriptif, ekposisi, analisa kritikan. 1

Upload: ahmad-fadhil-ramza

Post on 13-Dec-2015

170 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4. Teknik Penulisan Sejarah - Bentuk

Gaya Penulisan Sejarah

naratif, deskriptif, ekposisi, analisa kritikan.

1

Page 2: 4. Teknik Penulisan Sejarah - Bentuk

Gaya penulisan Naratif terbahagi kepada dua bahagian yang utama.

1.  Naratif kronologikal Jenis ini bertujuan untuk menceritakan semula mengikut

aturan peristiwa yang telah berlaku secara kronologis.

2. Naratif imaginatif Jenis ini bergantung kepada kebolehan penulis

mengingati kejadian-kejadian dan menceritakan semula secara logik.

Thucydides, sejarawan dari Athen menulis karya Sejarah Perang Peloponesia menggunakan gaya naratif dan menggambarkan peristiwa-peristiwa  yang berkaitan  dengan peperangan dan dialog-dialog tokoh-tokoh penting mengenai sejarah persengketaan antara Athens dan Sparta.

2

Page 3: 4. Teknik Penulisan Sejarah - Bentuk

Karya-karya sejarah tempatan yang ditulis dengan gaya naratif seperti Sejarah Melayu, Hikayat  Hang  Tuah, Hikayat Johor  dan banyak lagi. Wajar jika semuanya dianggap karya sejarah yang berunsur kesusasteraan.

Sejarah Melayu, tulisan Tun Seri Lanang yang bergaya naratif persembahannya memuatkan   unsur-unsur imaginatif dongengan dan metos. Misalnya, penamaan Samudera  (tempat) yang ditulis;

...maka dilihatnya seekor semut besarnya   seperti kucing...maka tanah itu diperbuatnya akan tempatnya, maka dinamainya Semudra, ertinya semut besar.

Petikan ini menggambarkan penggunaan gaya naratif imaginatif dalam penulisan sejarah.

3

Page 4: 4. Teknik Penulisan Sejarah - Bentuk

Gaya penulisan deskriptif

Gaya penulisan yang cuba menggambarkan peristiwa secara terperinci. Ia sesuai bagi  menggambarkan  suasana tempat, orang atau  peristiwa. Penerangan  penulis  harus memberi gambaran yang jelas dalam minda pembaca.

 Misalnya, Khoo Kay Kim (1977) dalam karyanya The Western Malay States, 1850-1873 menulis secara deskriptif tentang kewujudan kerajaan-kerajaan negeri Melayu di Tanah Melayu;

  Pada amnya, negeri Melayu tradisional merupakan satu kelompok

petempatan yang terdapat di tebing-tebing sungai. Tiap-tiap negeri di Semenanjung kecuali Negeri Sembilan, mendapat namanya daripada sungai tempat bermulanya kerajaan itu didirikan.

Penulisan deskriptif juga mengutamakan aturan  sumber yang diperoleh secara topikal yang merujuk kepada suatu jangka masa yang tetap.  Contohnya, Hasil karya Nabir Abdullah, Maahad  Il Ihya Assyariff Gunung Semanggol, 1934-1959

4

Page 5: 4. Teknik Penulisan Sejarah - Bentuk

Gaya Penulisan Ekposisi atau pendedahan bermaksud buka, hurai, singkap, papar atau tunjuk.

Tujuannya   adalah untuk memindahkan idea (memberitahu- menyatakan) tentang sesuatu peristiwa secara jelas dari fikiran penulis kepada fikiran pembaca. Gaya ini membongkarkan rahsia tentang mengapa, bagaimana dan akibat berlakunya sesuatu peristiwa.

Gaya ekposisi lebih sesuai daripada gaya naratif dan deskriptif kerana melibatkan perkara-perkara yang abstrak dan memerlukan kemahiran kognitif atau kebolehan intelek penulisnya. Contohnya, Khoo Kay Kim dalam bukunya The Western Malay States 1850-1873 mendedahkan tentang penemuan bijih timah di Larut oleh  Long Jaafar bukanlah pada tahun 1848 seperti  yang lazim diketahui.

5

Page 6: 4. Teknik Penulisan Sejarah - Bentuk

Gaya Penulisan Analisis

Memberi gambaran peristiwa secara kritis dan detail.-    satu kajian yang holistik mengenai peristiwa. -    mengambil suatu masalah yang kompleks untuk diselidiki

secara terperinci setiap komponen dan perkaitan antara semua komponen tersebut.

Penganalisaan dilakukan untuk memaparkan maklumat jurai keturunan dan statistik data-data yang diperolehi.

Gaya ini biasa digunakan untuk penulisan sejarah   ekonomi, iaitu menekankan penggunaan data-data. Misalnya, buku The Western Malay States oleh Khoo Kay Kim menganalisa perkembangan perlombongan di Larut;

With the development of mining in Larut the trade between Penang and Perak reach...In 1861-1862...$291, 989...from….

Dengan suatu analisa yang jitu akan dapat memberi a real exposition and explanation of the phenomenon studied.

JANUARI 2014 6

Page 7: 4. Teknik Penulisan Sejarah - Bentuk

Gaya Penulisan Kritikan

Sebenarnya menjadi sub-set bagi gaya analisis. Menurut G.J.Garraghan (1946) bahawa, “bahawa sesuatu kritikan itu harus bersandarkan kepada

proses comparison (perbandingan)”  Kritikan bermakna mencari kesilapan pendapat yang lama dan baru

diajukan dalam penulisan sejarah. Harus dilihat secara menyeluruh apabila hendak mengkritik. 

Gaya kritikan berguna untuk menjelaskan atau membetulkan fakta-fakta sejarah yang bias atau menyeleweng persepsi pembaca. Alasan-alasan yang diajukan dalam penulisan gaya kritikan, harus disokong dengan petikan-petikan (quatation) daripada sumber rujukan. 

Hakikatnya, terpulang kepada penulis untuk memilih gaya yang tersendiri, mungkin pada  holistiknya seseorang memilih kerangka  besarnya gaya penganalisaan tetapi di dalamnya boleh menggunakan gaya lain yang sesuai untuk perbincangannya. 

Bagi penulisan sejarah kini, gaya penganalisaan dianggap suatu penulisan yang mantap dalam menghasilkan karya sejarah yang bermutu. JANUARI 2014 7

Page 8: 4. Teknik Penulisan Sejarah - Bentuk

Sekian, terima kasih

JANUARI 2014 8