4. sehubungan itu, mesyuarat pengurusan politeknik kuala ...4. sehubungan itu, mesyuarat pengurusan...

28

Upload: others

Post on 19-Mar-2021

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan
Page 2: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8

Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan pelajar baharu semester 1 bagi

sesi Disember 2020 dilaksanakan seperti ketetapan berikut;

4.1 Pelajar yang tidak memerlukan rumah sewa / tinggal bersama keluarga

Tarikh Daftar: 1 MAC 2021 (ISNIN)

Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Perkarangan Politeknik Kuala Terengganu

4.2 Pelajar yang memerlukan rumah sewa / tidak tinggal bersama keluarga

Tarikh Daftar : 2 MAC 2021 (SELASA)

Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Perkarangan Politeknik Kuala Terengganu

**Tarikh telah ditukar dari 28/02/2021(Isnin) kepada 02/03/2021

(Selasa) selaras dengan kenyataan KPT pada 31/01/2021

5. Sehubungan dengan itu, pelajar baharu semester 1 yang akan melapor diri

akan menjalani SEPULUH (10) hari tempoh pengasingan:

5.1 Pelajar yang tinggal di rumah sendiri dan tidak memerlukan rumah sewa

akan menjalani proses Pengasingan di rumah masing-masing

5.2 Pelajar yang tinggal di rumah sewa akan menjalani Proses Pengasingan

di Pusat Pengasingan yang ditentukan oleh Pihak PKT

6. Proses pengasingan ini akan bermula dari 2 Mac 2021 (SELASA) hingga

12 Mac 2021 (JUMAAT). Maklumat dan penerangan jelas berkaitan proses

pengasingan adalah seperti LAMPIRAN 1: PANDUAN DAN SYARAT LAPOR DIRI

PELAJAR BAHARU KE PUSAT PENGASINGAN POLITEKNIK KUALA

TERENGGANU (PKT) PROGRAM DIPLOMA SESI DISEMBER 2020. Pelajar adalah

DIWAJIBKAN untuk menyerahkan BORANG PENGESAHAN SARINGAN

Page 3: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan
Page 4: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

LAMPIRAN 1:

PANDUAN DAN SYARAT LAPOR DIRI

PELAJAR BAHARU KE PUSAT PENGASINGAN

POLITEKNIK KUALA TERENGGANU

PROGRAM DIPLOMA SESI DISEMBER 2020

Page 5: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

PANDUAN DAN SYARAT LAPOR DIRI PELAJAR BAHARU KE PUSAT PENGASINGAN

POLITEKNIK KUALA TERENGGANU

PROGRAM DIPLOMA SESI DISEMBER 2020

1. PENDAHULUAN

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu yang telah terpilih untuk

mengikuti program pengajian Diploma Sesi Disember 2020 di Politeknik Kuala

Terengganu. Panduan dan syarat pendaftaran ini merupakan panduan untuk pelajar

baharu yang akan melapor diri ke Politeknik Kuala Terengganu nanti.

2. LAPOR DIRI

Pelajar baharu yang akan datang untuk lapor diri perlu hadir dan menjalani tempoh

PENGASINGAN WAJIB selama SEPULUH (10) hari di Pusat Pengasingan yang

akan ditentukan oleh Politeknik Kuala Terengganu bermula pada 2 MAC 2021.

Ketika proses lapor diri, pelajar perlu mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan

oleh pihak pengurusan Politeknik Kuala Terengganu: -

(a) Pelajar akan diturunkan di kawasan “DROP ZONE” iaitu di hadapan pintu

pagar masuk utama Politeknik Kuala Terengganu. Kawasan “DROP

ZONE” hanya untuk menurunkan pelajar dan keperluan pelajar sahaja,

tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan (parking) di kawasan

tersebut.

(b) Pelajar DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA ketika memasuki

kawasan Politeknik Kuala Terengganu.

Page 6: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

(c) Pelajar DIWAJIBKAN UNTUK MENGIMBAS KOD QR MY-SEJAHTERA

di pintu masuk utama sebelum memasuki kawasan Politeknik Kuala

Terengganu.

(d) Pelajar yang bacaan suhu melebihi 37.5°C dan bergejala TIDAK

DIBENARKAN UNTUK MELAPOR DIRI. Pelajar perlu mendapatkan

rawatan di klinik berhampiran dan pengesahan doktor untuk kebenaran

masuk kawasan Politeknik Kuala Terengganu.

(e) Pelajar DIWAJIBKAN untuk menyerahkan borang PENGESAHAN

SARINGAN KESIHATAN/PENILAIAN RISIKO COVID-19 ketika lapor

diri.

(f) Waris tidak dibenarkan untuk mengiringi pelajar semasa proses

pendaftaran berlangsung. Hanya pelajar sahaja dibenarkan berada di

dalam kawasan Politeknik dan Pusat Pengasingan.

3. TEMPOH PENGASINGAN

Pelajar-pelajar baharu yang tinggal di rumah sewa akan ditempatkan di pusat

pengasingan yang telah disediakan oleh pihak Politeknik Kuala Terengganu.

Pelajar-pelajar baharu yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu (yang tinggal di

rumah sendiri) hendaklah menjalani proses pengasingan kendiri di rumah masing-

masing.

Tempoh pengasingan adalah SEPULUH (10) HARI bermula dari tarikh lapor diri 2

MAC 2021. Sepanjang tempoh pengasingan tersebut, pelajar masih boleh bergerak

untuk mendapatkan makanan dan minuman harian secara ‘take-away’.

Page 7: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

PENGESAHAN SARINGAN KESIHATAN/PENILAIAN RISIKO COVID-19

Zon : Merah/Kuning/Hijau

Alamat :

Tarikh :

Gejala : Tiada/Ada

Slip ini mengesahkan bahawa En/Puan/Cik _________________________________

No: KP ________________________ telah datang mendapatkan Saringan

Kesihatan/Penilaian Risiko Covid-19 diri sendiri/pelajar pada tarikh _____________

masa ___________ pagi/petang dan meninggalkan klinik pada jam ______________

pagi/petang.

---------------------------- Cop Rasmi :

Pengawai Perubatan

**Perlu dilengkapkan sebelum hadir mendaftar dan diserahkan pada hari pertama tiba

di Politeknik Kuala Terengganu

Page 8: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)

GARIS PANDUAN

PENDAFTARAN PELAJAR

POLITEKNIK 2020

(Versi Politeknik Kuala Terengganu)

Page 9: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik

(Versi Politeknik Kuala Terengganu)

ISI KANDUNGAN

PERKARA Muka Surat

Maklumat Am

Pengenalan 1

Kemudahan tempat tinggal 1

Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu

Peringatan Penting 3

Proses Sebelum Hari Pendaftaran 4

Proses Semasa Hari Pendaftaran 5

Jadual Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai 6

Kaedah Bayaran Yuran 7–10

Sahsiah dan Rupa Diri

Semasa Hari Pendaftaran 11

Sepanjang Tempoh Pengajian 12

Lampiran

Senarai Semak Dokumen 14

Pengurusan Pendaftaran Pelajar Pasca COVID-19

Maklumat Tambahan 16

Poster Urusan Pendaftaran Pelajar 17

Page 10: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)

MAKLUMAT AM

PENGENALAN

Visi Politeknik Malaysia: Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.

Misi Politeknik Malaysia: i. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf; ii. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat (PSH); iii. Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang; dan iv. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.

KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

Politeknik Kuala Terengganu TIDAK mempunyai kemudahan ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN. Oleh itu

pelajar perlu memahami beberapa perkara seperti berikut:

i. Pelajar yang memerlukan rumah sewa diwajibkan dengan kadar segera menghubungi

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar di talian yang tertera di bawah sebelum

hadir mendaftar (kemudahan rumah sewa adalah TERHAD).

09-6204100 / 6322023 / 6322009 / 6322055

Pembayaran rumah sewa (pembayaran adalah bagi satu semester sekaligus), bil air dan

elektrik adalah di bawah tanggungjawab pelajar dan hendaklah dijelaskan setiap

semester.

Kemudahan di dalam rumah sewa hanyalah kemudahan asas iaitu seperti katil, tilam, peti

sejuk dan mesin basuh. Oleh itu, keperluan lain seperti bantal, sarung bantal dan cadar

serta keperluan peribadi lain hendaklah disediakan atau dibawa sendiri.

Pakaian semasa mendaftar hendaklah mengikut seperti mana yang telah ditetapkan di

dalam Buku Panduan Pendaftaran.

**PENJELASAN:

• Politeknik hanya MEMBANTU mencari rumah sewa yang berhampiran dengan kelengkapan

dan harga berpatutan (DALAM KAWASAN BANDARAYA KUALA TERENGGANU). Pihak

Politeknik Kuala Terengganu tidak mempunyai halangan sekiranya pelajar ingin mencari

rumah sewa sendiri.

• Segala perkara yang berlaku di rumah sewa adalah tanggungjawab pelajar itu sendiri dan

segala urusan selepas itu adalah di antara pelajar dan tuan rumah sewa kerana ianya

bukan di bawah bidang kawalan kuasa politeknik.

• Segala pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi pegawai seperti yang tertera di atas.

1

Page 11: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)

PANDUAN PENDAFTARAN

PELAJAR BAHARU

2

Page 12: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)

PERINGATAN PENTING

PERKARA:

1. Maklumat anda akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran. Tindakan akan

diambil sekiranya anda:

i. memberi maklumat salah atau palsu semasa permohonan berkaitan dengan: • Kewarganegaraan • Keputusan Peperiksaan SPM atau Keputusan Peperiksaan Semester Akhir

ii. seorang penagih, pengedar atau terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.

2. Jika anda terlibat dengan perkara (i) dan (ii), tawaran kemasukan anda ke politeknik akan

ditarik balik dan terbatal. 3. Pelajar yang mendapat tawaran program yang disenaraikan di bawah ini, dikehendaki

memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik dengan SEGERA sekiranya

didapati Buta Warna setelah membuat Pemeriksaan Doktor. Rujuk HEP 2 (m/s 16 - 19).

i. Diploma Seni Bina*

ii. Diploma Senibina Kapal*

iii. Diploma Kejuruteraan Elektrik *

iv. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik*

v. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)*

vi. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)*

vii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)*

viii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)*

ix. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)*

x. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau) *

xi. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi*

xii. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga) *

xiii. Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Instrumentasi*

xiv. Diploma Kejuruteraan Mekatronik*

xv. Diploma Kejuruteraan Perkapalan*

xvi. Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat*

xvii. Diploma Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian*

xviii. Diploma Rekabentuk Grafik*

xix. Diploma Teknologi Media Cetak*

xx. Diploma Rekabentuk Industri*

*Syarat bagi program ini adalah calon tidak buta warna.

4. Pelajar dikehendaki mencetak surat tawaran terkini di laman web

http://ambilan.mypolycc.edu.my untuk simpanan sendiri.

MAKLUMAT DALAM BUKU INI ADALAH BENAR SEHINGGA DIKEMASKINI PADA

SESI DISEMBER 2020

3

Page 13: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)

PANDUAN PENDAFTARAN

PROSES SEBELUM HARI PENDAFTARAN

Mula

Membuat setuju terima tawaran dan menghantar Borang

Jawapan Terima (BJT) ke Politeknik dalam tempoh 14 hari

(Layari portal rasmi: http://ambilan.mypolycc.edu.my)

1. Menghubungi Politeknik Sekiranya Memerlukan RUMAH SEWA

(Rujuk Maklumat Penginapan di m/s 1)

2. Membuat bayaran yuran pengajian (BIMB)

**Mulai 03/01/2021

(Rujuk Jadual dan Kaedah Bayaran di m/s 7 - 10)

Daftar secara online (selepas 24 jam bayaran dilakukan) di

laman web politeknik (SPMP/ e-daftar) & cetak salinan slip

pengesahan pendaftaran

http://spmp.pkt.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp

Lengkapkan Borang HEP1-HEP6

(yang telah dicetak dari laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my )

Lapor diri di Politeknik pada Hari Pendaftaran dengan membawa:

Borang Pengesahan Saringan Kesihatan/Penilaian Risiko Covid-19

Slip Pengesahan Pendaftaran Borang HEP 1- HEP 6 Senarai Semak- Lampiran 1 Resit Bayaran Yuran Bawa gambar berukuran passport (1 Keping)

Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar Surat Asal Tajaan cth: MAIS, MAIP (jika ada)

Selesai

4

Page 14: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)

PROSES SEMASA HARI PENDAFTARAN

Berurusan dengan Urusetia

/ membuat pendaftaran

on-line di kaunter.

Serah kepada Urusetia:

i. Surat Asal Tajaan

1. Beratur di luar Dewan / Jabatan / Kelas

Bawa dokumen berikut:

1. Borang Pengesahan Saringan Kesihatan/Penilaian Risiko Covid-19

2. Slip Pengesahan Pendaftaran 3. Senarai Semak- Lampiran 1 4. Borang HEP 1- HEP 6 5. Resit Bayaran Yuran 6. Bawa gambar berukuran passport (1 Keping) 7. Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar

2. Ruang Menunggu.

Keluarkan dokumen di perkara 1.

LENGKAP

Ada tajaan dan masalah TIDAK

YA pendaftaran on-line

3. Pendaftaran

Semakan dokumen perkara 1.

4. Membuat Bayaran Pelbagai (RM300)

Di Kaunter Koperasi

5. Mengisi Borang Soal Selidik Pendaftaran

Secara atas talian (online)

Tamat

5

Page 15: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)

JADUAL YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2020

BIL. JENIS BAYARAN JUMLAH (RM) KAEDAH BAYARAN

1

Yuran Pengajian

200.00

Bayar melalui Perbankan Internet / Mesin ATM / Mesin Cash Deposit

(CDM) BIMB atas nama POLITEKNIK KPT

**Bayaran Yuran Pengajian Boleh dibuat mulai 03/01/2021

2

Bayaran Pelbagai

300.00

Tunai (pada hari pendaftaran)

3 Bayaran Rumah Sewa (rujuk Peg. Hal Ehwal

Pelajar)

Sila rujuk Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar Untuk Maklumat Lanjut

(*mana yang berkenaan) ( 09-6204100 / 6322000 / 6322009 / 6322023 / 6322055 )

4 Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor ditanggung oleh pihak pelajar.

Nota:

• Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan. • Patuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian/ Yuran Kolej Kediaman di Bank Islam Malaysia

Berhad (BIMB).

• Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran.

• Pelajar dikehendaki menjelaskan semua bayaran di BIMB terlebih dahulu sebelum lapor diri di Politeknik. • Setiap resit bayaran yuran hendaklah dibuat salinan dan disimpan sebagai bukti pembayaran.

6

Page 16: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)

KAEDAH BAYARAN YURAN

KAEDAH MENGGUNAKAN MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BIMB

1. Pilih menu YURAN IPT. 4. Amaun akan dipaparkan mengikut jenis bayaran.

Gambarajah 1

2. Masukkan No Kad

Pengenalan Pelajar.

Gambarajah 2

3. Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran

Pengajian (RM 200).

Yuran Pengajian RM200

Yuran Kolej Kediaman RM60/ RM360/630

Gambarajah 4

5. Sahkan jumlah kemasukan wang.

6. Transaksi selesai dan ambil resit.

Gambarajah 5

Gambarajah 3

7

Page 17: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)

KAEDAH MENGGUNAKAN MESIN ATM BIMB

1. Pilih menu LAIN-LAIN. 5. Masukkan No Kad Pengenalan pelajar.

Gambarajah 6

2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL /

YURAN IPT.

Gambarajah 7

3. Pilih menu YURAN IPT.

Gambarajah 8

4. Pilih Akaun Pembayar (akaun

yang akan didebit).

Gambarajah 9

Gambarajah 10

6. Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran Pengajian

RM200.

Gambarajah 11 7. Amaun akan dipaparkan mengikut jenis

bayaran.

Gambarajah 12

8. Sahkan jumlah kemasukan wang.

9. Transaksi selesai dan ambil Resit.

8

Page 18: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

KAEDAH MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET

1. Layari www.bankislam.biz. Masukkan “USER ID” dan kata laluan.

2. Pilih “Bill Presentment”.

Klik “Bill Presentment”

Gambarajah 13

3. Pilih New Ic Number. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar pada ruang

Kad Pengenalan dan klik “Submit”.

i. Pilih “New IC”.

ii. Masukkan No. Kad Pengenalan.

iii. Klik “Submit”.

Gambarajah 14

4. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”. Kl ik menu

Politeknik KPT untuk bayaran Yuran Pengajian RM200.00.

Yuran Pengajian

RM200

Yuran Kolej Kediaman

RM630 Gambarajah 15

9

Page 19: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

5. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “From account”

yang hendak didebitkan. Sahkan jumlah amaun dan klik “pay”.

Jumlah bayaran

POLI – RM200

POLI – RM630

Masukkan jumlah mengikut jenis bayaran

Gambarajah 16

6. Klik Request i-access code untuk dapatkan nombor kod transaksi melalui sms. Masukkan

no i-access code. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran.

7. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Tekan “print”

setelah transaksi berjaya sebagai bukti bayaran.

8. Ulangi langkah 1 hingga 7 untuk bayaran Yuran Kolej Kediaman. Setiap jenis bayaran

hendaklah dibuat secara berasingan.

i. Bayaran ke atas akaun: POLI – Yuran Pengajian & Kolej Kediaman

Bukti bayaran ke atas pelajar melalui:

Bill Number – No. KP pelajar

Student Name – Nama pelajar

Jumlah bayaran:

POLI – RM200

POLI – RM60 / RM 360/ RM 630 Gambarajah 17

10

Page 20: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

SAHSIAH DAN RUPA DIRI

SEMASA PENDAFTARAN

Lelaki Keterangan

Baju/ Tali Leher Kemeja Putih (Kosong tidak bercorak) lengan panjang dan bertali leher

Seluar/ Tali • Seluar panjang ‘slack’ berwarna hitam – jeans dan denim tidak

Pinggang dibenarkan.

• Tali pinggang berwarna hitam –corak atau kepala tali pinggang yang

berbentuk keterlaluan tidak dibenarkan.

Kasut • Kasut bertutup penuh- Kasut sukan tidak dibenarkan.

• Memakai sarung kaki dengan sempurna

Rambut • Pendek, kemas dan tidak diwarnakan

• Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh

paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.

Perempuan Keterangan

Baju

• Berbaju kurung / blouse labuh melepasi paras punggung.

(Warna Putih, Kosong Tidak Bercorak)

• Bertudung Putih (Kosong Tidak Bercorak) dan melebihi paras bahu bagi yang

beragama Islam.

• Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian

yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-

mana bahagian badan yang sensitif tidak dibenarkan.

Kasut • Kasut bertutup penuh.

• Memakai sarung kaki dengan sempurna.

Rambut • Rambut kemas sama ada diikat atau dengan cara yang seumpama

dengannya dan tidak diwarnakan serta tidak berfesyen.

(**bagi yang bukan beragama Islam)

Lain-lain • Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan. • Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar

pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.

11

Page 21: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN

Lelaki Keterangan

Baju Kemeja lengan panjang / pendek Baju T berkolar(tuck-in)

Baju Kebangsaan lengkap

Seluar Seluar ‘slack’

Kasut Kasut berstokin yang sesuai atau kasut sukan

Rambut Pendek, kemas dan tidak diwarnakan

Gambarajah 18

Gambarajah 19

Perempuan Keterangan Baju Baju kebangsaan lengkap

Berlengan panjang, kemas dan bersopan Baju T berkolar

Pakaian labuh melepasi paras punggung

Seluar Seluar ‘slack’

Sarung/Maxi Labuh, longgar dan tidak jarang

Kasut Kasut bertali yang sesuai atau kasut sukan

Rambut Kemas dan tidak diwarnakan

Gambarajah 20

12

Page 22: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

LAMPIRAN

1. Borang Jawapan Tawaran (BJT) perlu dilengkapkan bersama Salinan dokumen yang

telah disahkan dan dipos dengan SEGERA kepada

Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar

Politeknik Kuala Terengganu

Jalan Sultan Ismail

20200 Kuala Terengganu, Terengganu

(U/P: En Mohd Zailani bin Sulong)

2. Borang HEP 1 hingga HEP 6 perlu dilengkapkan dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Setiap dokumen mestilah dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4 untuk setiap satu,

cetakan tidak boleh dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.

3. Pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/swasta dengan

tanggungan sendiri sebelum melapor diri sebagai pelajar Politeknik.

4. Pelajar tidak perlu membawa filem x-ray semasa hari pendaftaran. Hanya laporan x-ray

sahaja yang diperlukan.

5. Pegawai yang layak menjadi saksi untuk mengesahkan Salinan sijil serta dokumen.

Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Kumpulan A

Doktor yang bertugas di Pusat kesihatan Kerajaan sahaja

Pengetua Sekolah Menengah

Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas

Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas

Penguasa Penjara, Penguasa Bomba, Penguasa Kastam

Pengurus Felda atau Pengurus Felcra

Wakil Rakyat

Pengamal Undang-undang

Pesuruhjaya Sumpah

Jaksa Pendamai

Penghulu/Penggawa/Ketua Kampung/Pemanca/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak)

(Sila pastikan cop pengesahan mesti mempunyai nama dan jawatan serta majikan)

13

Page 23: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

LAMPIRAN

SENARAI SEMAK

Dokumen-dokumen berikut mesti diserahkan pada hari pendaftaran. Dokumen pendaftaran yang

telah lengkap diisi dan perlu diketipkan (staple) sekali mengikut tertib/aturan. Setiap dokumen mestilah

di cetak pada satu muka kertas untuk setiap satu, cetakan tidak boleh dilakukan pada muka

hadapan dan belakang helaian yang sama.

Nama :

No. Kad Pengenalan: No.Pendaftaran :

Sila sertakan salinan dokumen dalam saiz A4 (pastikan mengikut susunan berikut)

Bil Borang Maklumat Pelajar Tindakan Tindakan Urus Calon setia

( √ ) Pendaftaran

1 Borang Pengesahan Saringan Kesihatan/Penilaian Risiko Covid-19

2 Slip Pengesahan Pendaftaran Sesi Disember 2020

3 Maklumat Peribadi Pelajar HEP 1

4 Laporan Pemeriksaan Doktor Bahagian A: HEP 2

5 Laporan Pemeriksaan Doktor Bahagian B: HEP 2

6 Laporan Pemeriksaan Doktor Bahagian C: HEP 2

7 Laporan Pemeriksaan Doktor Bahagian D: HEP 2

8 Kebenaran Ibubapa/Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan HEP 3

9 Perakuan Pelepasan Tanggungjawab (Ibu-bapa/Penjaga) HEP 4 (A)

10 Perakuan Pelepasan Tanggungjawab (Pelajar) HEP 4 (B)

11 Akuan Pelajar HEP 5 (A)

12 Akuan Ibubapa/Penjaga HEP 5 (B)

13 Aku Janji Pelajar HEP 6

14 1 Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar DISAHKAN

15

1 Keping gambar ukuran pasport (untuk fail peribadi pelajar

- Tulis nama dan no k/p di belakang gambar)

Dokumen Lengkap

Dokumen Tidak Lengkap

Tandatangan pegawai bertugas

…………………………………………………

Tarikh: ………………………. Tandatangan & Cop Rasmi

Pegawai Penyemak

14

Page 24: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

PENGURUSAN PENDAFTARAN

PELAJAR PASCA COVID-19

15

Page 25: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

MAKLUMAT TAMBAHAN PENGURUSAN

DAN PENDAFTARAN PELAJAR PASCA

COVID-19

Pelajar perlu mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Politeknik, KPT

selaras dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Garis panduan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Disember 2020 (Pasca Covid-19)

adalah seperti berikut:

i. urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dibuat secara berperingkat bagi

memastikan jumlah kehadiran adalah terkawal pada satu-satu masa. Perjalanan

pelajar adalah ditanggung dan diurus sendiri oleh pelajar.

ii. pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, penggunaan

pensanitasi tangan, pemakaian pelitup muka dan pengamalan penjarakan sosial

akan diadakan di seluruh Politeknik, KPT.

iii. Waris tidak dibenarkan untuk mengiringi pelajar semasa proses pendaftaran

sedang berlangsung

iv. pelajar yang bergejala COVID-19, berstatus Person under Investigation (PUI) atau

Person under Surveillance (PUS), tidak dibenarkan mendaftar.

v. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak pengurusan Politeknik berkenaan atau

layari portal rasmi ambilan pelajar http://ambilan.mypolycc.edu.my.

16

Page 26: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

POSTER URUSAN PENDAFTARAN

Page 27: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan
Page 28: 4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala ...4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8 Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan

JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR

POLITEKNIK KUALA TERENGGANU JALAN SULTAN ISMAIL, 20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

TEL: 09-6322000 / 2022 / 2023 / 2055 / 2009 FAKS: 09 - 6204102