4 nombor perpuluhan

3
Nombor Perpuluhan dan Pecahan 1. Mewakilkan pecahan 1/10 dan 1/100 sebagai nombor perpuluhan dan sebaliknya. 2. Nombor perpuluhan (decimals) adalah pecahan (fractions) yang mana penyebutnya (denominator) adalah gandaan 10, iaitu, 10, 100, 1 000, ... dan seterusnya. 3. Dalam rajah di bawah, kawasan berlorek mewakili 8 daripada 10 bahagian, iaitu 8/10 bahagian. Maka 1 daripada 10 bahagian = 1/10 = 0.1 Disebabkan 1/10 = 0.1 Oleh sebab itu, 8/10 = 0.1 x 8 = 0.8 Oleh itu, nombor perpuluhan dan pecahan, adalah boleh saling ditukar (interchangeable). 4. Mewakilkan pecahan dengan penyebut 1, 100 dan 1 000 sebagai nombor perpuluhan. Mana-mana pecahan dengan penyebut (denominator) 10, 100 dan 1 000 boleh diungkapkan dalam bentuk nombor perpuluhan. Maka Disebabkan 1/10 = 0.1, dan 1/100 = 0.01, dan 1/1000 = 0.001, Oleh sebab itu 81/100 = 0.81

Upload: ismail

Post on 27-Jan-2016

276 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

matematik ting 1

TRANSCRIPT

Page 1: 4 NOMBOR PERPULUHAN

Nombor Perpuluhan dan Pecahan

1. Mewakilkan pecahan 1/10 dan 1/100 sebagai nombor perpuluhan dan sebaliknya.

2. Nombor perpuluhan (decimals) adalah pecahan (fractions) yang mana penyebutnya

(denominator) adalah gandaan 10, iaitu, 10, 100, 1 000, ... dan seterusnya.

3. Dalam rajah di bawah, kawasan berlorek mewakili 8 daripada 10 bahagian, iaitu 8/10

bahagian.

Maka

1 daripada 10 bahagian = 1/10 = 0.1

Disebabkan 1/10 = 0.1

Oleh sebab itu, 8/10 = 0.1 x 8 = 0.8

Oleh itu, nombor perpuluhan dan pecahan, adalah boleh saling ditukar

(interchangeable).

4. Mewakilkan pecahan dengan penyebut 1, 100 dan 1 000 sebagai nombor

perpuluhan.

Mana-mana pecahan dengan penyebut (denominator) 10, 100 dan 1 000 boleh

diungkapkan dalam bentuk nombor perpuluhan.

Maka

Disebabkan 1/10 = 0.1,

dan 1/100 = 0.01,

dan 1/1000 = 0.001,

Oleh sebab itu 81/100 = 0.81

Page 2: 4 NOMBOR PERPULUHAN

Bagaimana nombor perpuluhan ditulis dan dibaca?

1. 4/10 = 0.4 [dibaca sebagai: kosong perpuluhan empat (zero point four)]

2. 3/100 = 0.03 [dibaca sebagai: kosong perpuluhan kosong tiga (zero poit zero three)]

3. 1987/1000 = 1.987 [dibaca sebagai: satu perpuluhan sembilan lapan tujuh (one

point nine eight seven)]

Menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya.

1. Untuk menukar pecahan kepada nombor perpuluhan:

Bahagikan pengangka (numerator) oleh penyebutnya (denominator).

Contoh 1:

Tukarkan pecahan berikut kepada nombor perpuluhan.

a. 1/8

Jwb: 1/8 = 1 ÷ 8

Oleh itu, 1/8 = 0.125

b. 15/8

Jwb: 15/8 = 15 ÷ 8

Oleh itu, 15/8 = 1.875

Untuk menukar nombor perpuluhan kepada pecahan:

1. Kira bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan.

Page 3: 4 NOMBOR PERPULUHAN

2. Kemudian, tukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan yang setara, dengan

penyebutnya adalah gandaan 10.

3. Permudahkan jawapan kepada sebutan (term) yang paling rendah (serendah

mungkin).

Contoh 2:

Tukarkan nombor perpuluhan berikut kepada pecahan.

a. 0.07

Jwb: 0.07 = 7/100

0.07 (mempunyai dua digit disebelah kanan titik perpuluhan)

7/100 (penyebutnya mempunyai dua sifar/zero)

b. 0.095

Jwb: 0.095 = 95/1000

0.095 (mempunyai tiga digit disebelah kanan titik perpuluhan)

95/1000 (penyebutnya mempunyai tiga sifar/zero)

c. 1.568

Jwb: 1.568 = 1 + 0.568 = 1 + 568/1000