4- makenisma latihan lpnm.pdf

Upload: pamela-gan

Post on 15-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    1/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 1 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    PROSEDUR DALAMAN PENTADBIRAN

    BIL 3/2010

    MEKANISMA LATIHAN LAIN

    SELAIN DARIPADA MENGHADIRI KURSUS/LATIHAN/BENGKEL

    LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    1. TUJUAN

    Garis Panduan ini dikeluarkan kepada semua anggota

    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia untuk menyatakan

    Mekanisma Latihan lain selain daripada menghadiri

    kursus/latihan/bengkel bagi memenuhi keperluan Dasar

    Latihan Sumber Manusia Sektor Awam iaitu mempastikan

    sasaran tujuh hari berkursus dalam setahun dapat

    dicapai oleh setiap anggota LPNM.

    2. LATAR BELAKANG

    Pembangunan sumber manusia merupakan aset penting

    dalam sesebuah organisasi, justeru itu Pengurusan LPNM

    amat memberi penekanan kepada keperluan peningkatan

    kemahiran, kebolehan dan kerjaya individu dengan

    mempraktikkan pengetahuan, pendedahan kepada pelbagai

    idea dan pengalaman melalui program-program latihan

    anjuran LPNM, agensi awam dan swasta serta agensi

    luar negara.

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    2/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 2 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

    Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber

    manusia dalam sektor awam, Dasar Latihan Sumber

    Manusia Sektor Awam telah menetapkan setiap anggota

    perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapi

    dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan

    pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui

    program pembangunan sumber manusia yang terancang yang

    berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran

    berterusan

    Latihanbermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan

    secara kemas dan berdisplin, bertujuan menambah

    pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan

    tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui

    sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan

    semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau

    yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada

    pembangunan individu dan kecemerlangan organinasi

    Pembelajaran Berterusan ialah proses mendapatkan

    ilmu pengetahuan sepanjang hayat yang melibatkan tiga

    elemen utama iaitu latihan, pembelajaran dan

    pembangunan diri.

    Petikan : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    3/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 3 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    3. KAEDAH LATIHAN

    Pengurusan LPNM akan melaksanakan tiga keadah latihan

    seperti berikut;

    3.1 Program Latihan

    Program latihan merupakan aktiviti latihan yang

    dijalankan selama 6 jam secara bersemuka dan

    berterusan anjuran Kementerian, jabatan, bahagian

    atau Agensi Luar di dalam dan luar negara. Jenis-

    jenis aktiviti adalah seperti berikut;

    i. Kursus;

    ii. Seminar;

    iii. Konvensyen;

    iv. Bengkel/ Workshop;

    v. Forum;

    vi. Simposium;

    vii. Lawatan Rasmi/ Korporat/ Sambil Belajar;

    dan

    xi. Klinik Kaunseling

    3.2 Sesi Pembelajaran

    Sesi pembelajaran merupakan sebarang aktiviti

    latihan atau pembelajaran secara bersemuka yang

    tempohnya kurang 6 jam, anjuran Kementerian,

    Jabatan, Bahagian dan Agensi luar. Jenis-jenis

    aktiviti yang terlibat adalah seperti berikut;

    (i) Sesi Pembelajaran PTK anjuran Unit

    Latihan & Kompentensi;

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    4/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 4 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    (ii) Sesi Pembelajaran di peringkat Jabatan,

    Bahagian, Cawangan dan Unit;

    (iii) Sesi Perkongsian ilmu diperingkat

    Jabatan, Bahagian, Cawangan dan Unit;

    (iv) Program Executive Talk anjuran

    Kementerian, INTAN atau program yang

    seumpamanya.

    (v) Perhimpunan Bulanan Kementerian /

    Jabatan;

    (vi) Program penerapan Nilai-nilai murni dan

    Ceramah-ceramah khas pada bulan

    Ramadhan, Taskirah Mingguan;

    (vii) Program sambutan/ Program khas-Sambutan

    Bulan-bulan Islam/ Perayaan yang

    mengandungi ucapan/ ceramah/ forum;

    (viii) Pertemuan Mentor dan Mantee;

    (ix) Sesi Perbincangan/ Perkongsian idea

    Pengurusan tertinggi/ tetamu Jemputan

    Khas, Pembentangan kertas kerja di

    seminar, Konvensyen, Simposium,

    Persidangan;

    (x) Sesi Kaunseling Perkembangan; dan

    (xi) Menyampaikan ceramah di dalam Kursus/

    Bengkel (Modul yang pertama kali

    dibentangkan atas tajuk yang samasahaja diambilkira.

    3.3 Pembelajaran Kendiri

    Pembelajaran Kendiri merupakan kaedah

    pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya

    usaha sendiri. Pembelajaran melibatkan secara

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    5/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 5 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    bersemuka dan tidak bersemuka (Online). Aktiviti

    utama dalam pembelajaran kendiri adalah pembacaan

    buku-buku ilmiah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa

    Inggeris (buku biasa/ bentuk fizikal atau maya

    (virtual). Bahan-bahan yang ingin dibentangkan

    hendaklah mendapat persetujuan Ketua Pengarah /

    Timbalan Ketua Pengarah / Pengarah Bahagian.

    Pembacaan buku merupakan satu alternatif

    sekiranya kewajiban menghadiri kursus bagi

    kakitangan awam tidak dapat dipenuhi. Pelaksanaan

    pembacaan buku bagi menggantikan hari berkursus

    ini adalah melalui dua pendekatan seperti

    berikut;

    (i) sekiranya anggota LPNM memenuhi keperluan

    7 hari kursus, maka tiada pembacaan buku

    diperlukan; dan

    (ii)

    bilangan buku yang perlu dibaca adalah

    bergantung kepada bilangan hari kursus

    yang diperlukan untuk memenuhi 7 hari

    kursus seperti yang ditetapkan di dalam

    Pekeliling Bil. 6 Tahun 2005

    3.3.1 Keadah Pelaksanaan Pembacaan Buku

    (i)

    Ketua Pengarah / Pengarah Bahagian /Ketua Unit akan menentukan jenis

    bahan bacaan atau jenis perkongsian

    pengalaman kerja yang ditetapkan;

    (ii) Perbentangan dan penulisan sinopsis

    buku yang disediakan perlu meliputi

    perkara-perkara berikut;

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    6/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 6 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    Ringkasan Eksekutif

    Pembelajaran yang diperolehi;

    dan

    Aplikasi di dalam Organisasi

    (iii) Pembentangan ke atas pembacaan buku

    boleh diadakan dalam majlis rasmi

    seperti mesyuarat, perhimpunan

    bulanan Bahagian / Jabatan, sesi

    pengkongsian ilmu, sesi pembelajaran,

    sesi perbincangan dan sebagainya

    dengan penyertaan oleh pembentang,

    pegawai penilai dan anggota

    organisasi berkenaan;

    (iv) Tempoh pembentangan adalah mengikut

    kumpulan kategori pegawai LPNM dalam

    lingkungan 10 minit hingga 15 minit;

    (v) Sesi pembentangan dipengerusikan oleh

    Ketua Pengarah atau oleh pegawai yang

    satu gred lebih tinggi daripada

    pembentang; dan

    (vi) Sesi pembentangan akan diadakan

    semasa Mesyuarat Pagi / Mesyuarat

    Pengurusan / Perhimpunan Bulanan danada sesi soal jawab.

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    7/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 7 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    3.3.2 Pembentangan ke atas pembacaan buku dan

    penulisan sinopsis adalah mengikut

    kumpulan kategori pegawai seperti berikut;

    Kumpulan Pengurusan

    & Profesional Gred

    48 - 54

    Pembentangan bentangan ke

    atas pembacaan buku dan

    penulisan sinopsis buku

    Kumpulan Pengurusan

    & Profesional Gred

    48 - 54

    Penulisan sinopsis buku

    Kumpulan Sokongan 1

    (Gred 17 -38)

    Penulisan sinopsis buku

    Kumpulan Sokongan 2

    (Gred 16 ke bawah)

    Pembentangan ke atas

    pembacaan / pengalaman

    kerja

    4. PENGIRAAN HARI BERKURSUS

    4.1 Pengiraan bilangan hari berkursus setahun bagi

    tujuan perekodan Log Latihan adalah seperti

    berikut:-

    BIL PROGRAMLATIHAN

    JENIS AKTIVITI

    1. Latihan i.

    ii.

    iii.

    Tempoh 6 jam berterusan

    diiktiraf sebagai satu hari

    berkursus.

    Kehadiran minimum 2 hari setahun

    dan tidak terhad jumlah

    maksimumnya.

    Kehadiran yang diambil kira

    hanya bagi kursus jangka pendek

    (tempoh kurang 3 bulan) manakala

    bagi kehadiran kursus jangka

    sederhana (Contohnya Diploma

    Pengurusan Awam INTAN) dan

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    8/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 8 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    kursus jangka panjang (Contohnya

    ijazah Sarjana) tidak akan

    diambil dikira)

    BIL PROGRAMLATIHAN

    JENIS AKTIVITI

    2. SesiPembelajaran

    i.

    ii.

    iii.

    Kehadiran 6 jam yang dikumpulkan

    secara berterusan dikira

    bersamaan 1 hari berkursus.

    Jumlah yang diambilkira sebagai

    hari berkursus terhad untuk 5

    hari (bersamaan 30 jam

    terkumpul) sahaja setahun.

    Bagi pertemuan mentor dan mentee

    serta sesi perbincangan/

    perkongsian idea dengan

    pengurusan tertinggi (pegawai di

    peringkat Pengarah Bahagian /

    Ketua Unit) - catatan

    perbincangan mestilah dibuat di

    dalam sebuah buku catatan.

    Perhimpunan Bulanan Peringkat

    Kementerian, Jabatan bersamaan 1

    jam, manakala perhimpunan

    bulanan di peringkat Bahagian/

    Unit/ bersamaan 30 minit

    (setengah jam) sahaja.

    3. Pembelajaran Kendiri

    i.

    ii.

    Pembacaan buku/ bahan ilmiah.

    Satu sesi pembentangan perlu

    diadakan di peringkat Jabatan,

    Bahagian atau Unit. Seorang

    Pegawai di gred 48 atau Pegawai

    Pengesah Latihan (PSL) perluhadir sebagai penyelia. Setiap

    satu pembentangan diiktiraf

    sebagai satu hari berkursus.

    Pembelajaran kendiri cuma terhad

    untuk bersamaan 3 hari berkursus

    sahaja, iaitu 3 kali

    pembentangan setahun.

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    9/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 9 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    5. KAEDAH PENGESAHAN

    5.1 Kehadiran Pegawai di dalam sesuatu program perlu

    disahkan (di ruang pengesahan) oleh pegawai-

    pegawai yang diiktiraf / dilantik sebagai PSL.

    PSL adalah terdiri dari pegawai-pegawai seperti

    berikut:-

    BIL BAHAGIAN PEGAWAI PENGESAH LATIHAN (PSL) DANBIDANG KUASA

    1. Unit Latihan

    (Pegawai/

    Urus setia

    Latihan)

    i.

    ii.

    iii.

    iv.

    Pegawai Unit Latihan /

    Pengarah Khidmat Pengurusan /

    Pengarah Bahagian

    PSL di Unit Latihan boleh

    membuat pengesahan untuk

    program latihan yang dihadiri

    oleh kesemua pegawai Jabatan

    sama ada anjuran Bhg Latihan

    sendiri, anjuran bahagian /

    unit atau anjuran Agensi

    Luar (dalam dan luar negara.

    Berhak memperakukan rekod

    kehadiran program oleh PSL

    lain yang dilantik oleh Unit

    Latihan.

    Memperakukan pengeluaran

    Sijil Penghargaan Memenuhi

    Syarat Dasar Latihan

    Jabatan.

    2. Bahagian /

    Institusi

    i.

    ii.

    iii.

    Pegawai Latihan / Pengarah di

    Gred 48/ gred jawatan PSL

    hendaklah lebih tinggi dari

    gred pegawai yang dibuat

    pengesahan.

    PSL di Bahagian/Unit boleh

    membuat pengesahan untuk

    program latihan yang dihadiri

    oleh pegawai di bahagian/Unit

    tersebut sahaja samada di

    dalam dan luar negara.

    Pelantikan PSL di

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    10/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 10 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    Bahagian/Unit diuruskan oleh

    Bahagian Latihan.

    5.2. Unit Latihan akan mengeluarkan surat pelantikan

    rasmi berserta kelayakan mengadakan cop rasmi

    kepada pegawai Bhg/Inst yang dilantik sebagai

    PSL. Setiap PSL akan bertanggungjawab untuk

    menandatangani, mengecop dan mencatatkan tarikh

    pengesahan di dalam Log Latihan pegawai-pegawai.

    5.3. Pelantikan PSL adalah berdasarkan jawatan yang

    disandang semasa lantikan. Pelantikan akan

    terbatal sekiranya pegawai berkenaan tidak lagi

    memegang jawatan tersebut. Cop pengesahan

    hendaklah dikembalikan kepada Bhg Latihan untuk

    membolehkan pelantikan PSL baru dibuat.

    5.4 Tatacara membuat pengesahan adalah seperti

    berikut:

    i. Pegawai yang ingin membuat pengesahan

    kehadiran kursus mestilah menyertakan

    dokumen sokongan berupa sijil, surat

    tawaran, surat jemputan, buku catatan

    perbincangan yang disahkan oleh Pengurusan

    Atasan/ Mentor dan sebarang dokumen

    sokongan yang berkaitan untuk memudahkan

    urusan pengesahan. PSL hendaklah menyimpan

    dokumen sokongan tersebut dengan

    sistematik di dalam satu folder di

    Bahagian masing-masing;

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    11/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 11 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    ii. Bagi urus setia kursus, pengesahan boleh

    dibuat pada hari terakhir kursus;

    iii. Sekiranya maklumat-maklumat yang

    dikemukakan didapati palsu, tindakan

    tatatertib boleh dikenakan di bawah

    Peraturan 4 (f) dan peraturan 4 (g),

    Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan

    dan Tatatertib) 1993; dan

    5.5

    Pegawai yang telah disahkan hadir sekurang-

    kurangnya 7 hari berkursus oleh PSL hendaklah

    mengemukakan Log Latihan asal kepada Unit Latihan

    melalui Pengarah masing-masing pada akhir tahun

    untuk membolehkan pihak Unit Latihan mengeluarkan

    Sijil Penghargaan.

    6.0 LAPORAN KURSUS

    6.1 Pegawai dikehendaki menghantar Laporan Kursus

    selepas menghadiri kurusus dalam Borang Laporan

    Kursus (BKP/L(440)/02);

    6.2 Pegawai dikehendaki menulis ringkasan kursus dan

    memberikan komen atau cadangan (sekiranya perlu)

    untuk penambahbaikan di masa akan datang;

    6.3 Laporan Kursus hendaklah disahkan oleh Pengarah

    Bahagian atau Ketua Unit atau Pengarah Negeri.

    6.4 Laporan Kursus hendaklah dihantar ke Unit Latihan

    dalam tempoh masa 7 hari berkerja selepas

    berkursus. Kegagalan menghantar laporan akan

    menyebabkan kursus tidak akan direkod dan pegawai

    terbabit akan dianggap tidak hadir berkursus.

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    12/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 12 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    7.0 PENUTUP

    Garis Panduan Mekanisma Latihan Lain Selain Menghadiri

    Kursus/Bengkel/Seminar di Lembaga Perindustrian Nanas

    berkuatkuasa daripada tarikh peraturan ini

    ditandatangani.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    [HAJI SAHDAN BIN SALIM]

    KETUA PENGARAHLEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    13/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 13 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    LPNM/BKP/L(440)/01

    LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    REKOD PENGESAHAN KEHADIRANPERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL PENGHARGAAN

    BIL PROGRAM LATIHAN BILANGAN HARI

    1. Latihan

    a) Dalam Negeri

    b) Luar Negara

    2 Sesi Pembelajaran

    3. Pembelajaran Kendiri

    JUMLAH HARI LATIHAN

    Adalah disahkan bahawa....................

    No. K/P:.Gred Jawatan: Bahagian.............

    Telah menghadiri....hari berkursus pada

    tahun..................

    Dengan ini beliau LAYAK / TIDAK LAYAK untuk menerima Sijil

    Penghargaan

    Kerana TELAH / TIDAK memenuhi dasar latihan Kementerian/Jabatan

    .............................................

    ( )

    Nama Pegawai Pengesah Latihan:

    Jawatan :

    Cop pengesahan :

    Tarikh :

  • 7/23/2019 4- makenisma latihan lpnm.pdf

    14/14

    PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 03

    BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010

    Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 14 / 14LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    LPNM/BKP/L(440)/02

    LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

    LAPORAN KURSUS

    NAMA PEGAWAI

    BAHAGIAN

    JAWATAN GRED

    TAJUK SEMINAR /

    KURSUS

    TARIKH / TEMPAT

    RINGKASAN LAPORAN

    KOMEN / CADANGAN

    PENGESAHAN

    PENGARAH BAHAGIAN

    / KETUA UNIT /

    PENGARAH NEGERI

    NAMA :

    TARIKH :